archimedes principle

5
Archimedes Principle 1. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa tujah ke atas yang dialami oleh suatu jasad yang tenggelam sepenuhnya atau separa tenggelam adalah sama dengan berat cecair yang disesarkan oleh jasad itu. 2. Dari segi matematik: Daya tujahan F=ρVg V = isipadu disesarkan ρ = ketumpatan cecair g = daya tarikan graviti 3. Daya tujahan di dalam bendalir adalah disebabkan oleh beza tekanan di antara permukaan bawah dengan permukaan atas. 4. Tujah ke atas ialah daya yang bertindak pada arah ke atas terhadap suatu jasad yang direndam separuh atau sepenuhnya dalam suatu cecair. 1. Rajah di atas menunjukkan suatu jasad sekata yang tenggelam separuh dalam suatu cecair. 2. Berat air yang tersesar adalah sentiada sama dengan daya tujah.

Upload: amry

Post on 11-Dec-2015

87 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

physics

TRANSCRIPT

Page 1: Archimedes Principle

Archimedes Principle1. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa tujah ke atas yang dialami oleh suatu

jasad yang tenggelam sepenuhnya atau separa tenggelam adalah sama

dengan berat cecair yang disesarkan oleh jasad itu.

2. Dari segi matematik:

Daya tujahan

F=ρVg  

V = isipadu disesarkan

ρ = ketumpatan cecair

g = daya tarikan graviti

3. Daya tujahan di dalam bendalir adalah disebabkan oleh beza tekanan di

antara permukaan bawah dengan permukaan atas.

4. Tujah ke atas ialah daya yang bertindak pada arah ke atas terhadap suatu

jasad yang direndam separuh atau sepenuhnya dalam suatu cecair.

1. Rajah di atas menunjukkan suatu jasad sekata yang tenggelam separuh dalam suatu cecair.

2. Berat air yang tersesar adalah sentiada sama dengan daya tujah.

Page 2: Archimedes Principle

Prinsip Keapungan

1. Prinsip keapungan menyatakan bahawa apabila satu objek terapung di atas permukaan satu

cecair, berat cecair yang disesarkan oleh objek itu adalah sama dengan berat objek.

2. Mengikut prinsip Archimedes, berat cecair yang disesarkan oleh objek adalah sama dengan

daya tujahan.

3. Seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas, jika satu objek terapung di atas permukaan air,

mengikut prinsip keapungan, berat objek diimbangi oleh daya tujahan.

4. Jika berat objek > Daya tujahan, objek itu tenggelam ke dalam cecair..

Nota1. Isi padu cecair disesarkan = Isi padu bahagian objek yang terendam di dalam cecair.

2. Jika berat objek  > daya apungan, objek akan tenggelam ke dalam cecair

3. Jika berat objek  = daya apungan, objek itu terapung di atas permukaan cecair.

Daya-Daya Dikenakan Ke Atas Objek Terbenam Di Dalam Air

Untuk menyelesaikan masalah yang berhubungkait dengan objek terbenam di dalam air, adalah penting bagi anda mengetahui daya-daya yang dikenakan ke atas objek dalam keadaan yang berlainan.

Kes 1:

Page 3: Archimedes Principle

1. Ketumpatan objek lebih rendah daripada ketumpatan cecair, oleh itu objek itu terapung di atas permukaan cecair.

2. Daya-daya yang dikenakan ke atas objek termasuk1. berat objek (W)2. daya tujahan (F)

Kedua-dua daya ini adalah dalam keseimbangan, maka

F = W

Kes 2:

1. Ketumpatan objek lebih tinggi daripada cecair. Oleh itu, objek tenggelam ke dasar bekas.

2. Apabila objek itu merehat di atas dasar cecair, terdapat satu tindak balas normal bertindak ke

atas objek itu.

3. Daya-daya yang bertindak ke atas objek itu ialah

1. berat objek (W)

2. daya tujahan (F)

3. tindak balas normal (R)

Ketiga-tiga daya itu dalam  keseimbangan, oleh itu

Page 4: Archimedes Principle

F + R = W

Kes 3:

1. Ketumpatan objek lebih tinggi daripada cecair. Objek digantung pada satu tali supaya ia tidak

tenggelam ke dasar bekas.

2. Terdapat satu daya tegangan pada tali yang bertindak ke atas.

3. Daya-daya yang bertindak ke atas objek itu ialah

1. berat objek (W)

2. daya tujahan (F)

3. daya tegangan tali (T)

4. Ketiga-tiga daya itu dalam  keseimbangan, oleh itu

F + T = W

Kes 4:

Page 5: Archimedes Principle

1. Ketumpatan objek lebih rendah daripada ketumpatan cecair, dan objek itu diikat pada satu

benang supaya ia tidak terapung di atas permukaan air.

2. Tali itu mengenakan satu daya tegangan ke atas objek.

3. Daya-daya yang dikenakan ke atas objek termasuk

1. berat objek (W)

2. daya tujahan (F)

3. daya tegangan tali (T)

4. Ketiga-tiga daya ini adalah dalam keseimbangan, maka

F = W + T