apa masalahnya insurans konvensional

3
Apa masalahnya insurans konvensional? Masyarakat umum mengetahui bahawa insurans konvensional adalah satu bentuk pemindahan risiko daripada seseorang individu atau sesebuah organisasi kepada syarikat insurans. Akad terjadi apabila individu atau organisasi tersebut membayar sejumlah bayaran (yang dikenali sebagai premium) kepada syarikat insurans itu dan syarikat insurans berjanji untuk membayar pampasan sekiranya individu atau organisasi mengalami sesuatu musibah yang telah ditentukan di dalam kontrak. Oleh yang demikian, insurans konvensional difahami sebagai satu kontrak jual beli dari sudut pandangan syariah kerana satu pihak menawarkan pampasan di atas premium yang diberikan oleh satu pihak yang lain. Pada dasarnya, objektif insurans konvensional adalah baik kerana berasaskan kepada dasar membantu pihak yang mengalami kesusahan dari segi kewangan. Dasar bantu-membantu ini merupakan perkara positif yang diterima baik oleh semua manusia walaupun berbeza fahaman agama, bahkan sikap ini disanjung dalam agama Islam seperti mana yang dirakamkan dalam surah Al-Maidah ayat ke-2 yang bermaksud: “Hendaklah kamu tolong-menolong di dalam perkara / ke arah kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.” Walaupun begitu, masyarakat perlu tahu bahawa dasar tolong-menolong yang terdapat di dalam insurans konvensional tidak menghalalkan aktiviti insurans secara keseluruhannya kerana dalam kebanyakan hal, matlamat yang baik tidak menghalalkan cara yang salah. Dalam insurans konvensional, ada tiga elemen yang menjadikan insurans konvensional tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir. Sebaliknya, skim takaful bersih daripada elemen yang dinyatakan tadi bahkan ia dibina atas dasar prinsip tabarru’ iaitu menderma untuk membantu sesama peserta takaful dan bukan akad jual beli. Hujah-hujah di bawah menjelaskan lagi bagaimana ketiga-tiga elemen (riba, gharar, maisir) terdapat di dalam insurans konvensional yang menjadikan ia tidak patuh syariah dan wajib bagi individu yang beragama Islam khususnya untuk mengelak daripada terjebak ke arah perkara tersebut. Elemen riba

Upload: ina

Post on 05-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

melibatkan e elemen yang diharamkan dalam islam iaitu riba, gharar(ketidakpastian),maisir(perjudian)

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Masalahnya Insurans Konvensional

Apa masalahnya insurans konvensional?Masyarakat umum mengetahui bahawa insurans konvensional adalah satu bentuk pemindahan risiko daripada seseorang individu atau sesebuah organisasi kepada syarikat insurans. Akad terjadi apabila individu atau organisasi tersebut membayar sejumlah bayaran (yang dikenali sebagai premium) kepada syarikat insurans itu dan syarikat insurans berjanji untuk membayar pampasan sekiranya individu atau organisasi mengalami sesuatu musibah yang telah ditentukan di dalam kontrak.

Oleh yang demikian, insurans konvensional difahami sebagai satu kontrak jual beli dari sudut pandangan syariah kerana satu pihak menawarkan pampasan di atas premium yang diberikan oleh satu pihak yang lain.

Pada dasarnya, objektif insurans konvensional adalah baik kerana berasaskan kepada dasar membantu pihak yang mengalami kesusahan dari segi kewangan. Dasar bantu-membantu ini merupakan perkara positif yang diterima baik oleh semua manusia walaupun berbeza fahaman agama, bahkan sikap ini disanjung dalam agama Islam seperti mana yang dirakamkan dalam surah Al-Maidah ayat ke-2 yang bermaksud: “Hendaklah kamu tolong-menolong di dalam perkara / ke arah kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.”

Walaupun begitu, masyarakat perlu tahu bahawa dasar tolong-menolong yang terdapat di dalam insurans konvensional tidak menghalalkan aktiviti insurans secara keseluruhannya kerana dalam kebanyakan hal, matlamat yang baik tidak menghalalkan cara yang salah. Dalam insurans konvensional, ada tiga elemen yang menjadikan insurans konvensional tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.

Sebaliknya, skim takaful bersih daripada elemen yang dinyatakan tadi bahkan ia dibina atas dasar prinsip tabarru’ iaitu menderma untuk membantu sesama peserta takaful dan bukan akad jual beli. Hujah-hujah di bawah menjelaskan lagi bagaimana ketiga-tiga elemen (riba, gharar, maisir) terdapat di dalam insurans konvensional yang menjadikan ia tidak patuh syariah dan wajib bagi individu yang beragama Islam khususnya untuk mengelak daripada terjebak ke arah perkara tersebut.

Elemen riba

Riba bemaksud lebihan yang diperoleh tanpa timbal balas yang diiktiraf oleh syarak. Memandangkan kontrak insurans konvensional merupakan kontrak jual beli, maka terjadi riba. Ini kerana syariah melihat jual beli pampasan dan premium sebagai jual beli wang. Maka, transaksi sepatutnya perlu terjadi secara langsung atau terus dan dengan jumlah yang sama. Di samping itu elemen riba juga boleh berlaku dalam aktiviti pelaburan yang melibatkan bon atau saham konvensional yang tidak patuh syariah memandangkan syarikat insurans konvensional tiada kewajipan untuk memastikan pelaburan yang dibuat patuh syariah.

Elemen gharar

Gharar boleh difahami sebagai ketidakpastian. Gharar dalam insurans konvensional terjadi kerana ketidakpastian pampasan yang akan dibayar oleh syarikat insurans dari sudut kewujudannya dan jangka masa. Dalam syariah, salah satu syarat dalam kontrak jual beli adalah penyerahan harga dan barang

Page 2: Apa Masalahnya Insurans Konvensional

dalam sesuatu tempoh, dan kedua-duanya perlu jelas kewujudan dan masa serahannya. Dalam kontrak insurans konvensional, peserta tidak akan tahu adakah musibah akan berlaku dan juga tidak tahu bilakah bayaran pampasan akan dibayar.

Elemen maisir (judi)

Dari sudut syariah, akad insurans konvensional mengandungi elemen judi apabila pemegang polisi hilang wang premium sekiranya musibah yang dilindungi tidak berlaku. Tambahan lagi, pemegang polisi membayar wang premium yang sedikit tetapi mengharapkan bayaran pampasan yang lebih besar. Manakala pihak syarikat insurans akan menanggung kerugian sekiranya terpaksa membayar wang pampasan yang melebihi jumlah wang premium yang diterima.

Ketiga-tiga elemen di atas tidak terdapat di dalam skim takaful hanya kerana akad yang diguna pakai berbeza. Melalui konsep tabarru’, risiko ditanggung oleh sesama peserta takaful itu sendiri dan bukannya ditanggung oleh syarikat pengendali takaful. Syarikat pengendali takaful hanya bertindak sebagai pentadbir wang yang telah disumbangkan oleh para peserta dan membayar wang pampasan yang diletakkan di dalam dana tabarru’ kepada peserta yang ditimpa musibah. Tambahan pula operasi di syarikat takaful dipantau oleh Ahli Majlis Penasihat Syariah dan pegawai-pegawai di Jabatan Syariah untuk memastikan segala modus operandi takaful bertepatan dengan piawaian syariah. Dalam sistem pelaburan di takaful, wang caruman yang diterima hanya boleh dilaburkan dalam instrumen yang patuh syariah.

Terdapat juga sesetengah syarikat insurans konvensional menawarkan produk-produk mereka yang mana wang caruman yang terkumpul dilaburkan dalam instrumen pelaburan yang mematuhi keperluan syariah. Secara prinsipnya, walau betapa halalnya aktiviti pelaburan yang dijalankan, fokus perlu dihalakan kepada akad insurans itu sendiri. Jika insurans konvensional mengguna pakai akad tabarru’, sudah pasti ia telah selangkah lebih dekat menjadi patuh syariah. Namun masih ada lagi perkara yang perlu dititikberatkan bagi menjamin setiap transaksi kewangan yang dilakukan berlandaskan syariah secara menyeluruh.

Sebagai kesimpulan, semoga kita dapat menghindarkan diri daripada terjebak ke dalam sebarang aktiviti insurans konvensional dan mudah-mudahan Allah Taala memberi petunjuk dan hidayah kepada kita dalam memastikan setiap aktiviti muamalah seharian kita berlandaskan syarak agar kita sentiasa beroleh keredhaan Ilahi. Amin.

Penulis adalah Ketua Unit Syariah, Pengurusan Strategik & Syariah

Great Eastern Takaful Berhad

- See more at: http://m.utusan.com.my/…/apa-masalahnya-insurans-konvension…