apa erti ketuanan melayu34

5
APA MAKNA 'KETUANAN'? Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘ketuanan’ bererti hak menguasai dan memerintahsesebuah negeri atau disebut juga ‘kekuasaan’. Ketuanan melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu(sekarang) iaitu Malaysia.Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap pendatang (yang dibawa masuk oleh British)disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu( sekarang ) iaitu Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 , dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi. Jawatan Yang di-Pertuan Agong , tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor- gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut: 1. Tanah untuk Orang Melayu

Upload: fatin-salmi

Post on 11-Aug-2015

30 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

love

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Erti Ketuanan Melayu34

APA MAKNA 'KETUANAN'?

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘ketuanan’ bererti hak menguasai dan memerintahsesebuah negeri atau disebut juga ‘kekuasaan’.

Ketuanan melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu(sekarang) iaitu Malaysia.Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap pendatang (yang dibawa masuk oleh British)disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu( sekarang ) iaitu Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Hak-hak istimewa orang MelayuSetiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang

berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak

istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-

negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh

orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan

diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-

gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di

Persekutuan Tanah Melayu.

Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:

1. Tanah untuk Orang Melayu

Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana

pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh

membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.

2. Jawatan dalam Kerajaan

Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan

pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

Page 2: Apa Erti Ketuanan Melayu34

3. Peruntukan biasiswa

Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut

Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

4. Bantuan Ekonomi

Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau

kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan

dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala

perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan

Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain

daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

PERKARA 153

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.

Bil Perkara

1. Kebebasan hak asasi rakyat.

2. Kebebasan diri dan kebebasan bergerak.

3. Kebebasan bercakap, berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan.

4. Kebebasan beragama.

5. Kebebasan daripada menjadi abdi dan melakukan kerja paksa.

6. Perlindungan daripada undang-undang yang berkuasa kebelakangan dan perbicaraan

berulang.

7. Kesamarataan di sisi undang-undang.

8. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak (Perkara 153).

9. Orang Melayu dan kaum Bumiputera diberi hak-hak istimewa dalam pemegangan jawatan

perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan pengeluaran permit seta lesen.

10. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (Perkara 152).

11. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu namun tiada sesiapapun boleh dilarang daripada

menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau mempelajari bahasa-bahasa lain.

12. Bahasa Inggeris boleh digunakan bagi maksud-maksud rasmi tertentu seperti perutusan

dengan kerajaan luar negeri atau badan-badan antarabangsa.

13. Kewarganegaraan.

Page 3: Apa Erti Ketuanan Melayu34

14. Kerajaan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang yang telah memperoleh

kerakyatan negara lain (Perkara 24).

15. Kerajaan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang sekiran

PUNCA KETUANAN MELAYU DIPERLEKEH

Sejak selesai Pilihan Raya Umum Ke-12 dan seperti mana yang kita ketahui akan keputusannya di mana lima negeri dikuasai pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu. 

Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku dalam senario politik negara.

Penulis tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, di manakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh di belakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. 

Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan BN jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Di manakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk sejak merdeka lagi di antara parti komponen BN? Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan daripada orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah peroleh dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini. 

Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu? Ingatlah kaum bukan Melayu, orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri.

Orang Melayu tidak mahu hidup merempat di tanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap mereka menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.

Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayakan hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu. Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya. 

Page 4: Apa Erti Ketuanan Melayu34

Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia seperti yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu di atas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara?

Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah!

Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri.

Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar “tuan”.

Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak daripada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin sebelum ini:

"Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung’." Sama-samalah kita renungkan.