anemia semasa kehamilan

4
Materi Seminar Anemia Semasa Kehamilan 1. Pengenalan Ane mia ket ika men gan dun g terj adi apa bil a sese ora ng wanita itu mempun yai  paras hemoglobin yang rendah semasa mengandun g. 2. Penerangan Anemi a berlak u apabila jumla h sel-sel darah merah di dalam darah berkuran gan dar i bia sa. Seb aga i seorang wan ita mengandun g, ada lah pen tin g bagi and a unt uk menda patkan ujian darah bagi menen tukan paras hemog lobin nya semasa lawatan  pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengal ami mas ala h ane mia pada lawatan per tama, and a masi h ber pot ens i unt uk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut. Ter dap at ban yak jenis ane mia . Jika and a mer asak an bah awa and a men gal ami masalah ini, berjumpalah doktor. 3. Asas Sain tif ik   Sel dar ah mer ah ada lah sel yan g ber per ana n unt uk mengag ihk an oks ige n ke selu ruh bad an. Kompon en darah yang memainkan per anan uta ma dalam hal ini dikenali sebagai hemoglobin. Ia membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu badan. Hemog lobin terdiri daripad a prote in dan juga ferum (zat besi). Ferum ini adalah  penting untuk mengekalkan paras hemo globin. 4. Penyebab Kebanyakkan anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekura nga n fer um dan jug a asid fol ik. Dala m keb any aka n kes , per kar a-perk ara  berikut boleh menyebabkan masalah anemia : Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian Mengal ami kehila nga n dar ah yan g ber punca dar i pen dar aha n gast rou sus,  buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak. Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia 1

Upload: agnes-elisabeth-malau

Post on 03-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Anemia Semasa Kehamilan

 

Materi Seminar

Anemia Semasa Kehamilan

1. Pengenalan

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai

 paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung.

2. Penerangan 

Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan

dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk 

mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan

 pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak 

mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk 

mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Terdapat banyak jenis anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami

masalah ini, berjumpalah doktor.

3. Asas Saintifik  

Sel darah merah adalah sel yang berperanan untuk mengagihkan oksigen ke

seluruh badan. Komponen darah yang memainkan peranan utama dalam hal ini

dikenali sebagai hemoglobin. Ia membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu badan.

Hemoglobin terdiri daripada protein dan juga ferum (zat besi). Ferum ini adalah

 penting untuk mengekalkan paras hemoglobin.

4. Penyebab 

Kebanyakkan anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan

kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara

 berikut boleh menyebabkan masalah anemia :

• Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian

• Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus,

 buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.

• Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di

mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia

1

Page 2: Anemia Semasa Kehamilan

 

• walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini

kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada

 janin dalam kandungan.

• Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan

Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

5. Faktor - faktor risiko 

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat

anemia :

• Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana

masalah loya atau muntah.

• Wanita yang mengandung kembar 

• Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.

• Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang

tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

• Merokok dan meminum alkohol berlebihan

• Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan

zat makanan

• Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

6. Tanda - tanda dan gejala 

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :

• Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.

• Kelihatan pucat

• Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :

• Loya

• Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat

• Sakit kepala dan pening

• Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah

• Mudah lupa

Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :

2

Page 3: Anemia Semasa Kehamilan

 

• Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit

• Sakit di bahagian perut atau abdomen

7. Komplikasi 

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya

kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan anemia

tersebut menjadi lebih teruk.

• Kajian menunjukkan bahawa keadaan anemia yang teruk boleh mengaruh

kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga

menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

• Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau praeklampsia di kalangan

ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat

semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada

ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.

• Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas

 bersalin.

8. Rawatan farmakologi 

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan

asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di

antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali

sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan

sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan

lebihkan meminum cecair.

Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid

folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis

vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin

tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian anemia dan kecacatan

kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau,

 jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan

 juga adalah perlu.

9. Pemantauan 

3

Page 4: Anemia Semasa Kehamilan

 

Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin

anda untuk sepanjang tempoh kehamilan.

10. Prognosis 

• Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis

untuk anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain

keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan

sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan

ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk 

 bayi sentiasa ada.

• Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid

folik tambahan yang cukup.

• Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk 

akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk 

kehamilan-kehamilan yang mendatang.

11. Pencegahan 

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:

• Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi

mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.

• Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga

 buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.

• Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang,

mentega kacang, cendawan dan juga hati.

• Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan,

ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar 

 penyerapan ferum.

• Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya

asid folik.

• Hindari meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil

vitamin tambahan.

4