anatomi buku teks

3
ANATOMI BUKU TEKS Sesebuah buku secara umumnya mempunyai empat bahagian iaitu: a. Bahagian kulit buku b. Bahagian awalan c. Bahagian teks (kandungan) d. Bahagian akhiran Maklumat yang dipaparkan pada setiap bahagian buku berdasarkan spesifikasi buku teks mata pelajaran berkenaan. Bahagian Kulit Buku Kulit Buku Teks terdiri daripada 3 bahagian, iaitu kulit depan, kulit belakang dan tulang belakang. Setiap bahagian memaparkan maklumat seperti: Kulit Depan a. Bahagian luar kulit depan mengandungi: Judul Buku Nama penulis/penyusun/penterjemah Logo penerbit b. Bahagian dalam kulit depan mengandungi: Rukun Negara Kulit Belakang a. Bahagian luar kulit belakang mengandungi: Harga buku Berkod Nombor ISBN (International Standard Book Number) Perkataan 'Tidak Boleh Dijual' untuk buku teks Simpanan Buku Teks b. Bahagian dalam kulit belakang mengandungi: Akad dan Cop SPBT Tulang Belakang Logo KPM Judul buku Logo penerbit Buku yang kurang 96 halaman tidak mempunyai maklumat pada tulang belakang buku Bahagian Awalan Secara umumnya bahagian awalan buku teks Kementerian Pelajaran

Upload: ika-zalikha-b

Post on 14-Nov-2015

305 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

buku teks

TRANSCRIPT

ANATOMI BUKU TEKS

Sesebuah buku secara umumnya mempunyai empat bahagian iaitu:a. Bahagian kulit buku b. Bahagian awalan c. Bahagian teks (kandungan) d. Bahagian akhiran Maklumat yang dipaparkan pada setiap bahagian buku berdasarkan spesifikasi buku teks mata pelajaran berkenaan.

Bahagian Kulit Buku

Kulit Buku Teks terdiri daripada 3 bahagian, iaitu kulit depan, kulit belakang dan tulang belakang. Setiap bahagian memaparkan maklumat seperti:

Kulit Depana. Bahagian luar kulit depan mengandungi: Judul Buku Nama penulis/penyusun/penterjemah Logo penerbit b. Bahagian dalam kulit depan mengandungi: Rukun Negara

Kulit Belakanga. Bahagian luar kulit belakang mengandungi: Harga buku Berkod Nombor ISBN (International Standard Book Number) Perkataan 'Tidak Boleh Dijual' untuk buku teks Simpanan Buku Teks b. Bahagian dalam kulit belakang mengandungi: Akad dan Cop SPBT

Tulang Belakang Logo KPM Judul buku Logo penerbit Buku yang kurang 96 halaman tidak mempunyai maklumat pada tulang belakang buku

Bahagian Awalan

Secara umumnya bahagian awalan buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai halaman-halaman berikut:

Halaman juduli. Judul buku ii. Nama penulis/penyusun/penterjemah iii. Nama editor iv. Nama ilustrator v. Nama pereka bentuk vi. Logo dan nama penerbit vii. Tahun terbitan viii. Perkataan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah/Menengah

Halaman hak ciptai. Cap nombor siri perakuan buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia ii. Nombor ISBN (International Standard Book Number) iii. Tahun terbitan pertama iv. Simbol hak cipta v. Maklumat hak cipta vi. Nama dan alamat penerbit yang lengkap vii. Nama pengatur huruf viii. Maklumat jenis dan saiz muka taip ix. Nama dan alamat pencetak

Halaman penghargaanMengandungi teks penghargaan kepada pemilik hak cipta bahan dalam buku atau pihak yang memberi sumbangan kepada penerbitan buku berkenaan.

Halaman kandunganMengandungi senarai kandungan buku berkenaan mengikut turutan dimulai bahagian awalan, kandungan, dan akhiran beserta rujukan halalan.

Halaman kata penghantarMengandungi teks Kata Penghantar Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Halaman pendahuluanMengandungi maklumat tentang tujuan penerbitan, latar belakang penerbitan dan penekanan penting dalam penggunaan buku berkenaan.

Bahagian Teks (Kandungan)

Bahagian bahan teks atau kandungan buku yang disusun mengikut bab, tajuk dan sub tajuk mengikut keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran berkenaan.

Bahagian Akhiran

Secara umumnya bahagian akhiran mengandungi maklumat-maklumat untuk halaman-halaman berikut:

Lampiran terpilihLampiran menyampaikan maklumat tambahan seperti carta, jawapan kepada soalan-soalan dan perkara-perkara lain yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

GlosariMengandungi senarai istilah beserta takrifnya yang disusun mengikut abjad.

Senarai rujukanSenarai bahan rujukan termasuk bahan laman web yang digunakan dalam penerbitan buku dan disusun mengikut abjad.

IndeksPerkataan baru yang dipelajari dalam buku berkenaan nombor halaman yang berkenaan.