analisis godot

48
-aloengsilalahi- ANALISIS RINGKAS WAITING FOR GODOT Oleh ALOENG SILALAHI 1. TAJUK DAN TEMA Naskah ini bertajuk Waiting for Godot, merupakan naskah terjemahan dari Bahasa Perancisnya En attendant Godot (While Waiting for Godot) yang diterjemahkan sendiri oleh penulisnya Samuel Beckett, dua tahun selepas ia diterbitkan di Paris. Tema yang terdapat dalam naskah ini termasuklah: a. Pilihan Dua orang tramps yang tidak mampu berbuat apa-apa (nothing to be done), atau bergerak, atau berfikir dengan betul sementara mereka menunggu ketibaan Godot. Watak-watak ini tak menyedari bahawa menunggu juga merupakan sebuah tindakan yang telah mereka pilih, namun mereka melihatnya sebagai sebuah rutin harian yang wajib. Bahkan apabila mereka mampu membuat sesuatu keputusan, mereka tak berjaya menzahirkan fikiran mereka dalam bentuk perbuatan. Seringkali mereka membuat "keputusan" untuk meninggalkan pentas, tetapi tidak bergerak ke mana-mana. Kegagalan untuk bertindak ini membawa kepada kebekuan yang berulang-ulang dalam kitaran harian mereka. 1

Upload: aloeng-silalahi

Post on 04-Aug-2015

1.011 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

ANALISIS RINGKAS WAITING FOR GODOT

Oleh ALOENG SILALAHI

1. TAJUK DAN TEMA

Naskah ini bertajuk Waiting for Godot, merupakan naskah terjemahan dari Bahasa

Perancisnya En attendant Godot (While Waiting for Godot) yang diterjemahkan sendiri oleh

penulisnya Samuel Beckett, dua tahun selepas ia diterbitkan di Paris.

Tema yang terdapat dalam naskah ini termasuklah:

a. Pilihan

Dua orang tramps yang tidak mampu berbuat apa-apa (nothing to be done), atau

bergerak, atau berfikir dengan betul sementara mereka menunggu ketibaan Godot. Watak-

watak ini tak menyedari bahawa menunggu juga merupakan sebuah tindakan yang telah

mereka pilih, namun mereka melihatnya sebagai sebuah rutin harian yang wajib. Bahkan

apabila mereka mampu membuat sesuatu keputusan, mereka tak berjaya menzahirkan fikiran

mereka dalam bentuk perbuatan. Seringkali mereka membuat "keputusan" untuk

meninggalkan pentas, tetapi tidak bergerak ke mana-mana. Kegagalan untuk bertindak ini

membawa kepada kebekuan yang berulang-ulang dalam kitaran harian mereka.

b. Kesedaran, Hidup dan Keberadaan (Ujud)

Gambaran kehidupan dalam naskah ini cukup menyedihkan. Berulang-ulang dan

beku. Kehilangan makna, tujuan dan mengisahkan penderitaan yang berterusan. Penyelesaian

kepada masalah mereka ialah untuk memilih dan bertindak, biarpun dalam ketidakpastian,

namun seperti kata Vladimir, "habit is a great deadener," - tindakan mereka hanya muncul

dari kebiasaan bukan dari pemikiran yang jelas.

1

Page 2: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

c. Hidup sebuah Penjara

Setiap karakter dalam naskah ini terlihat seperti hidup dalam penjara ciptaan sendiri.

Setiap mereka terkurung dalam ketidakmampuan untuk bertindak. Satu karakter (Lucky) jelas

sebagai seorang hamba, namun tak lebih terikat dari karakter-karakter lain yang jelas bebas.

Lebih dari itu, mungkin Lucky lebih bebas kerana sekurang-kurang nya dia sedar akan

keterikatannya.

d. Kematian

Tiada seorang pun karakter dalam naskah Waiting for Godot menidakkan fakta

bahawa mati itu pasti. Bahkan kematian ada waktunya menjadi pilihan untuk menamatkan

hidup mereka yang tanpa makna. Vladimir dan Estragon merancang membunuh diri mereka,

seolah-olah bunuh diri itu sama mudahnya seperti berjalan ke taman bunga, mungkin juga

tidak ada apa-apa lagi alasan untuk mereka terus hidup. Akhirnya mereka tidak membunuh

diri kerana mereka tidak mempunyai alat yang sesuai (tali yang pendek dan rapuh), juga

kerana mereka tidak pasti apakah hasilnya dari cubaan mereka (mungkin berjaya, mungkin

gagal). Oleh kerana mereka tak pasti apakah hasilnya, mereka memutuskan untuk tidak

bertindak sama sekali.

Secara keseluruhannya saya dapati naskah Waiting for Godot ini bertemakan manusia

yang bergelut menentang kekecewaannya, manusia yang tak mampu berfikir tentang

pemikiran, manusia yang murung dalam kesepiannya sendiri, manusia yang mencari

ketenangan dalam pembuangan; survival manusia-manusia yang mencari makna

keberadaannya.

2

Page 3: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

2. PENULIS

Penulis naskah ini ialah Samuel Beckett . Beliau dilahirkan di Dublin, Ireland pada

1906, namun mendakwa telah dilahirkan pada April 13 (Good Friday & Friday the 13th),

tetapi tarikh tersebut telah dipertikaikan, diubah kepada tarikh sebulan kemudian pada sijil

kelahirannya.

Beckett mempelajari Modern Languages di Trinity College, Dublin, dan merupakan

salah seorang pelajar terbaik dalam kelasnya. Dia juga seorang pemain kriket yang baik. Pada

tahun 1928, dia telah dilantik sebagai pensyarah dalam program pertukaran pensyarah di

Paris, di mana dia bertemu dengan James Joyce yang banyak mempengaruhi karya-karya

awalnya.

Dalam tahun 1930, Beckett menjadi pensyarah Bahasa Perancis di Trinity College,

Dublin. Sebuah studi-kritik Marcel Proust (1931) merupakan karya pertamanya yang

diterbitkan, mengukuhkan reputasi akademiknya, tetapi dia berhenti mengajar dua tahun

kemudian dan menjadi penulis sepenuh masa. Beliau menghabiskan lima tahun seterusnya

menjelajahi German, Perancis, Ireland dan England.

Setahun kemudian, beliau menerbitkan koleksi pertama cerpennya, More Pricks than

Kicks, pada 1934 dan setahun kemudian, koleksi pertama puisi beliau, Echo's Bones and

Other Precipitates diterbitkan. Pada tahun 1937, beliau menetap di Montparnasse di Paris dan

bertemu dengan Suzanne Dumesnil yang kemudian menjadi teman dan akhirnya menjadi

isteri beliau. Semenjak akhir tahun 1930 hinggalah ke awal tahun 1950an, Beckett telah

menerbitkan beberapa siri novel, termasuklah Murphy, Watt, dan trilogi Molloy, Malone

Dies, dan The Unnamabel. Pada tahun 1945, beliau mula menulis sepenuhnya dalam bahasa

Perancis, kemudian baru menterjemahkannya ke dalam Bahasa Inggeris.

3

Page 4: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

Dalam tahun 1948-49, Beckett menulis Waiting for Godot, tetapi gagal mencari

produser atau penerbit sehinggalah pada tahun 1952 apabila naskahnya diterbitkan di

Perancis. Godot yang pertama kali dipentaskan dalam bahasa Perancis pada 1953 di Paris,

menjadi sebuah sensasi kritikus teater pada masa itu. Kejayaannya menjadikan Beckett yang

selama ini tidak begitu dikenali sebagai seorang tokoh antarabangsa, dengan pementasan

Godot seterusnya di London dan New York.

Beberapa lagi naskah komikal suramnya yang menyusul sesudah itu, terutamanya

Endgame, yang berkisar tentang dua orang tokoh berdialog sementara masing-masingnya

berada dalam tong sampah, dan Happy Days, di mana watak perempuannya ditanam separas

pinggang - kemudian separas leher - dalam pasir. Pada 1969, Beckett telah dianugerahkan

Nobel Prize for Literature, sebuah anugerah yang disifatkan isterinya, Suzanne, sebagai

sebuah malapetaka. Beckett tidak menghadiri majlis penganugerahan tersebut.

Sepanjang tahun 1960an dan 1970an, Beckett terus menulis karya-karya yang lebih

pendek dan lebih abstrak: dalam naskah Play, tiga karakter bercakap dari dalam pasu; naskah

Not I pula hanya memaparkan mulut pelakon di atas pentas sewaktu menyampaikan monolog.

Beckett juga menulis skrip radio dan televisyen. Karya terakhir yang diterbitkan semasa

beliau masih hidup adalah Worstward Ho!. Beckett meninggal dunia di Paris pada 22

Disember 1989.

3.1 GENRE

Samuel Beckett melabelkan naskahnya ini sebagai sebuah tragikomedi dalam dua

babak. Tragedi di sini hadir dalam sebuah latar yang muram dan nostalgia namun tanpa

identifikasi, seumpama sebuah lukisan immpresionis yang digabungkan dengan surrealis.

Ketidakmampuan manusia untuk bertindak itu komikal tetapi mempunyai konsekuensi yang

tragis ke atas keberadaan/eksistensi mereka dalam dunia nostalgia ini.

Drama Absurd.

4

Page 5: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

Biarpun Beckett sendiri menolak klasifikasi kebanyakan kritikus yang meletakkan

naskahnya sebagai naskah yang mewakili drama absurd, namun dipercayai sehingga kini

hanya Waiting for Godot satu-satunya naskah yang dikatakan dapat mengemban persoalan

absurdnya manusia dan dunia hingga ke tahap struktural. Drama absurd yang telah

dikenalpasti telah berakar sejak lama dahulu sekitar 550 hingga 220 SM pada zaman klasik

Yunani, namun berkembang dengan pesat dan masuk ke dalam arus mainstream arena teater

dunia setelah berakhirnya Perang Dunia ke2, yang melahirkan para pelopor absurdisme

moden seperti Jean-Paul Sartre dan Albert Camus. Bersama dengan patron mereka, Nietche,

para avant-gardis pemikiran ini mempersoalkan kondisi dan makna keberadaan manusia

(absurdisme tidak boleh tidak akan tetap terkait dengan eksistensialisme, terutama Jean-Paul

Sartre) dalam realiti kehidupan tidak koheren dan kehilangan logik. Oleh itu lahirnya manusia

(terlebih lagi hanya sekadar menjadi korban di medan perang) seperti kehilangan makna; dan

berapa banyak nyawa yang telah terkorban juga di atas nama agama?

Pemikiran seperti ini menyebabkan golongan pemikir baru ini mempersoalkan dan

mencari harapan dalam keadaan tanpa harapan ini. Namun, dalam aplikasi tema absurd dalam

naksah drama, para dramatis masih banyak menggunakan struktur konvensional dan hanya

mengisahkan tema absurd ke dalam permasalahan cerita sahaja, bukan

mendemonstrasikannya.

Naskah Waiting for Godot telah mencapai totaliti absurd bukan hanya dalam

permasalahan dan karakter, tetapi juga dalam struktur plot dan gaya penulisannya. Watak-

watak yang diwujudkan dalam naskah ini muncul begitu sahaja tanpa sebarang ekpositori

yang lengkap, latarnya walapun bersifat realis tetapi bergerak dengan sangat surreal; pohon

yang berdaun dalam hanya satu malam, malam yang datang tanpa transisi senja dan bulan

yang muncul dan naik tiba-tiba. Sebatang pohon di sebuah jalan desa - sebuah latar yang

boleh berlaku di mana sahaja atau tidak di mana-mana.

Struktur plot yang dihasilkan Beckett telah menggegarkan fondasi plot teater

konvensional sebelumnya dengan menggunakan plot sirkular (cyclic) sekaligus menekankan

ritual hidup yang kehilangan makna. Gaya penulisan/penceritaan pula yang meminjam teknik

5

Page 6: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

tradisi burlesque dan vaudeville berjaya memaparkan karakter-karakter yang menjalani hidup

dalam kegagalan; interpretasi yang mengambang dalam komunikasi sesama mereka,

kegagalan untuk memahami tindakan sendiri dan orang lain, kegagalan untuk keluar dari

kondisi yang ada; kegagalan untuk bertindak.

3.2 PERIOD

Naskah Waiting for Godot ini ditulis pada tahun 1948 hingga 1949 dan diterbitkan

pada 1952 dalam bahasa Perancis, dipentaskan buat kali pertama di Paris pada tahun 1953.

Ianya kemudian diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada 1954.

Latar dalam naskah:

a. Tempat:

Sebuah jalan desa, dekat sebatang pokok.

b. Waktu:

Peristiwa merangkumi rentang waktu dua hari dua malam.

c. Sosial:

Dua orang kutu raya (tramps). Sepasang tuan dan hamba. Namun konsep tuan dan hamba

menjadi celaru dalam aspek filosofi di sini, terlebih lagi dalam Babak II.

Tak dapat dipastikan sepenuhnya sama ada Babak I dan Babak II mengambil tempat

di lokasi yang sama, selain dari teks samping yang ditulis oleh Beckett. Begitu juga dengan

apa yang terdapat di bahagian "offstage", disebabkan Vladimir dan Estragon seolah berada

dan kembali ke pentas dengan terpaksa. Kesan dari set minimalis yang ditulis oleh Beckett

membuatkan kita tak dapat memastikan di mana atau bila peristiwa dalam naskah ini terjadi.

Apakah masa lampau, masa depan, di bumi atau hanyalah sebuah dunia imaginasi

dalam fikiran salah seorang atau kedua-dua watak dalam naskah ini? Latar yang dicipta oleh

Beckett ini benar menjadikan ianya sesuatu yang tak pasti dan sangat mendukung tema atau

idea yang cuba dipaparkannya.

Dapat juga kita pastikan bahawa kedua lelaki ini sedang berada di sebuah jalan. Tapi

ke manakah destinasi jalan ini. Mungkin saja jalan ini tak menuju ke mana-mana kerana

Estragon dan Vladimir hanya berulang kembali ke jalan yang sama sahaja.

6

Page 7: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

Kehadiran pokok dan batu (atau gundukan) juga nampaknya penting, sekurang-

kurangnya menurut Beckett. Bagi beliau, latar yang diciptakannya adalah lengkap, binatang,

tumbuhan dan tanah. Ini memberikan kesan yang menarik pada dunia ciptaannya ini. Adanya

ketiga-tiga elemen ini memberikan metafora dunia Godot yang lengkap, tiada yang kurang,

tetapi masih; dunianya tetap "lompong" kerana watak-wataknya gagal untuk mengisikan

makna dalam hidup mereka.

3.3 GAYA PENULISAN

Beckett menggunakan teknik prosa bebas dalam naskah ini. Dapat dilihat juga

penggunaan silang-dialog yang menyerupai tradisi vaudeville dan music hall antara Didi dan

Gogo, terutamanya dari Nat Mills dan Bobbie MacCauley, duo suami isteri dalam rancangan

variety televisyen pada tahun 1930an:

a. Waiting for Godot

VLADIMIR:You're right, we're inexhaustible.

ESTRAGON:It's so we won't think.

VLADIMIR:We have that excuse.

ESTRAGON:It's so we won't hear.

VLADIMIR:We have our reasons.

ESTRAGON:All the dead voices.

VLADIMIR:They make a noise like wings.

ESTRAGON:Like leaves.

VLADIMIR:Like sand.

ESTRAGON:Like leaves.Silence.

VLADIMIR:They all speak at once.

ESTRAGON:Each one to itself.Silence.

VLADIMIR:Rather they whisper.

ESTRAGON:They rustle.

VLADIMIR:

7

Page 8: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

They murmur.ESTRAGON:

They rustle.Silence.

b. Cross-Talking Nat Mills & Bobbie MacCauley:

NAT: Listen — you can talk, but at the right time.

BOBBIE: Well, who’s talking now?

NAT: Me.

BOBBIE: Oh no — I’m ‘me’.

NAT: No — I’m ‘me’.

BOBBIE: Then who am I?

NAT: You’re ‘you’.

BOBBIE: I can’t be you — I must be me!

NAT: You’re only ‘me’ to you! I’m ‘me’ to me and I’m ‘you’ to you.

BOBBIE: What relation does that make me to Aunt Polly?

NAT: Aunt Polly my foot!

BOBBIE: Oh — I’ve got two.

NAT: Two what?

BOBBIE: Two feet. Give me one more and I’ll have a yard.

NAT: You’ve got hold of the wrong end of the stick.

BOBBIE: What stick?

8

Page 9: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

NAT: When I say, ‘You’ve got hold of the wrong end of the stick’, I don’t meanthere is a stick, I mean there isn’t a stick!

BOBBIE: You’re talking through your hat.

NAT: What hat?

BOBBIE: When I say, ‘You’re talking through your hat’, I don’t mean there is ahat, I mean there isn’t a hat!

NAT: Oh, let’s — get — on — with — it.

Gaya penulisan Beckett boleh dikatakan adalah usaha penyampaian idea-idea atau

pendapat oleh seseorang watak yang kemudian disangkal kembali olehnya atau watak lain

(void). Ini dapat dilihat dalam kutipan perenggan Gospel St. Luke yang diungkapkan oleh

Vladimir dalam Babak I, tetapi tidak diselesaikan secara fizikal dialog ataupun

pemaknaannya:

VLADIMIR:(musingly). The last moment . . . (He meditates.) Hope deferred maketh the something sick, who said that?

ESTRAGON:Why don't you help me?

VLADIMIR:Sometimes I feel it coming all the same. Then I go all queer. (He takes off his hat, peers inside it, feels about inside it, shakes it, puts it on again.) How shall I say? Relieved and at the same time . . . (he searches for the word) . . . appalled. (With emphasis.) AP-PALLED. (He takes off his hat again, peers inside it.) Funny. (He knocks on the crown as though to dislodge a foreign body, peers into it again, puts it on again.) Nothing to be done. (Estragon with a supreme effort succeeds in pulling off his boot. He peers inside it, feels about inside it, turns it upside down, shakes it, looks on the ground to see if anything has fallen out, finds nothing, feels inside it again, staring sightlessly before him.) Well?

Beckett juga menggunakan teknik penulisan yang tidak koheren (rancu) dari segi

struktural dan pemaknaan bagi memberi deskripsi watak Lucky yang mengalami torment

fizikal dan mental sepanjang eksistensinya:

LUCKY:Given the existence as uttered forth in the public works of Puncher and Wattmann of a personal God quaquaquaqua with white beard quaquaquaqua outside time without extension who from the heights of divine apathia divine athambia divine aphasia loves us dearly with some exceptions for reasons unknown but time will tell and suffers like the divine Miranda with those who for reasons unknown but time will tell are plunged in torment plunged in fire whose fire flames if that continues and who can doubt it will fire the firmament that is to say blast hell to heaven so blue still and calm so calm with a

9

Page 10: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

calm which even though intermittent is better than nothing but not so fast and considering what is more that as a result of the labors left unfinished crowned by the Acacacacademy of Anthropopopometry of Essy-in-Possy of Testew and Cunard it is established beyond all doubt all other doubt than that which clings to the labors of men that as a result of the labors unfinished of Testew and Cunnard it is established as hereinafter but not so fast for reasons unknown that as a result of the public works of Puncher and Wattmann it is established beyond all doubt that in view of the labors of Fartov and Belcher......

Gaya penulisan Beckett berjaya memberi gambaran absurditi dalam komunikasi

manusia dan persekitarannya. Ini dapat dilihat dari watak Estragon yang tidak menyalahkan

kasut boot yang menyakitkan kakinya, tetapi tetap tidak dapat memisahkan dirinya dari

kasutnya itu. Begitu juga sewaktu mereka cuba mengenal pasti tempat mereka berjanji

menunggu Godot. Biarpun dalam ketidakyakinan mereka sendiri, mereka tetap menunggu di

situ - ke mana lagi mereka dapat pergi?

4. SINOPSIS

Naskah lakon dua babak ini berkisar tentang dua orang kutu rayau

(tramps/homeless/beggars), Vladimir (Didi) dan Estragon (Gogo), dekat sebagai pokok di

sebatang jalan desa, sedang menunggu Godot, yang tak pernah mereka temui sebelum ini dan

mungkin tidak pernah wujud. Mereka bertelagah, berbaik semula, merancang untuk

membunuh diri, berbincang tentang cerita-cerita dalam kitab Injil, dan bertemu dengan Pozzo

dan Lucky, sepasang tuan-hamba. Menjelang akhir babak pertama, seorang budak lelaki

datang dengan sebuah pesanan menyatakan Godot tidak dapat hadir hari itu, tetapi pasti akan

datang esoknya.

Dalam babak kedua pula, aksi-aksi babak pertama seperti berulang lagi, dengan

sedikit perubahan: pokok di tempat mereka menunggu itu kini berdaun, Pozzo muncul lagi

tetapi kini seorang buta dan Lucky masih terikat, tetapi dengan tali yang lebih pendek. Sekali

lagi budak lelaki datang menyatakan Godot tidak akan datang pada hari itu. Bagaimanapun,

budak tersebut berkeras bahwa dia tidak pernah berjumpa dengan Didi dan Gogo sebelumnya.

Naskah ini berakhir dengan dialog yang cukup terkenal antara Didi dan Gogo:

VLADIMIR:Well? Shall we go?

10

Page 11: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

ESTRAGON:Yes, let's go.They do not move.

Curtain.

5. KAJIAN WATAK

5.1. Pendekatan terhadap watak Vladimir & Estragon

Berbeza dengan analisis karakter dalam naskah-naskah realisme, watak-watak dalam

naskah Waiting for Godot tidak mempunyai eksposisi atau latar belakang yang konvensional.

Oleh itu, dalam menganalisis watak-watak dalam naskah ini, dapatlah digunakan cara

perbandingan dan persamaan dalam hubungan antara watak untuk memberi klasifikasi pada

karakter watak-watak yang ada; biarpun dalam konsep eksistensi bahawa seorang manusia

tidak dapat mengambil teras kewujudannya dari orang lain. Ini berikutan kesukaran untuk

mencapai titik perbezaan antara kedua watak Vladimir dan Estragon.

Kedua mereka adalah kutu rayau (tramps) dengan pakaian yang dapat ditukar-pakai

sesama mereka (interchangeable). Kedua-duanya memakai kasut boot besar yang tak

semestinya sesuai pada kaki mereka, juga memakai topi bowler. Seluar mereka longgar dan

besar/baggy (dalam Babak II, ketika Estragon menanggalkan tali yang digunakan sebagai tali

pinggangnya, seluarnya melorot jatuh.) Pakaian mereka seakan pakaian yang selalu

digunakan dalam burlesque atau vaudeville, seperti juga yang digunakan oleh karakter "Little

Tramp" yang dilakonkan oleh Charlie Chaplin.

Kostum sebegini seakan menyediakan kita untuk berdepan dengan aksi-aksi rutin

komikal yang dilakukan Vladimir dan Estragon. Permulaan Babak I ketika Estragon berusaha

menanggalkan kasut bootnya manakala Vladimir sibuk mencabut dan memeriksa topinya

memberi kesan rutin burlesque pada pembaca. Persamaan yang terdapat pada kostum mereka

dengan kostum "Little Tramp" Charlie Chaplin menggambarkan pada kita bahawa kutu

rayau/tramps/homeless ini adalah orang-orang terbuang dari masyarakat, tetapi tetap dengan

sebab dan alasan tersendiri untuk terus "wujud" dalam dunia.

11

Page 12: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

5.1.a Vladimir

Jumaat, 27 Disember 1974, ketika Samuel Beckett mengarah naskah ini (dalam versi

Jerman) di Schiller Theatre, Berlin, beliau menerangkan tentang watak Vladimir dan Estragon

dengan menyebut, " Estragon is on the ground, he belongs to the stone. Vladimir is light, he

is oriented towards the sky. He belongs to the tree." Melalui pernyataan ini dapat ditanggap

bahawa Vladimir seorang yang berfizikal lebih kurus, tinggi dan berat dari Estragon. Namun

di dalam naskah, Estragon mendakwa yang Vladimir lebih berat darinya:

ESTRAGON:Let's hang ourselves immediately!

VLADIMIR:From a bough? (They go towards the tree.) I wouldn't trust it.

ESTRAGON:We can always try.

VLADIMIR:Go ahead.

ESTRAGON:After you.

VLADIMIR:No no, you first.

ESTRAGON:Why me?

VLADIMIR:You're lighter than I am.

ESTRAGON:Just so!

VLADIMIR:I don't understand.

ESTRAGON:Use your intelligence, can't you? Vladimir uses his intelligence.

VLADIMIR:(finally). I remain in the dark.

12

Page 13: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

ESTRAGON:This is how it is. (He reflects.) The bough . . . the bough . . . (Angrily.) Use your head, can't you?

VLADIMIR:You're my only hope.

ESTRAGON:(with effort). Gogo light—bough not break—Gogo dead. Didi heavy—bough break—Didi alone. Whereas—

VLADIMIR:I hadn't thought of that.

ESTRAGON:If it hangs you it'll hang anything.

Ini memberi gambaran bahwa pernyataan Beckett tentang kedua watak ini lebih

bersifat metaforik berganda: Langit dan bumi sebagai simbol konsep idea dan realiti dalam

kehidupan manusia (idea=kepala dan realiti=badan). Selain itu, jika dirujuk melalui tradisi

vaudeville atau burlesque, biasanya ada dua karakter yang dikenali sebagai "the straight man"

dan "the fall guy". Vladimir boleh dikategorikan seumpama "the sraight man" ini. Dia

merupakan seorang intelektual yang selalu memikirkan bermacam pendapat. Vladimir jugalah

yang selalu membuat keputusan bagi pihak mereka berdua dan mengingati aspek-aspek

penting masa lalu mereka:

VLADIMIR:When I think of it . . . all these years . . . but for me . . . where would you be . . . (Decisively.) You'd be nothing more than a little heap of bones at the present minute, no doubt about it.

ESTRAGON:And what of it?

VLADIMIR:(gloomily). It's too much for one man. (Pause. Cheerfully.) On the other hand what's the good of losing heart now, that's what I say. We should have thought of it a million years ago, in the nineties.

ESTRAGON:Ah stop blathering and help me off with this bloody thing.

VLADIMIR:Hand in hand from the top of the Eiffel Tower, among the first. We were respectable in those days. Now it's too late. They wouldn't even let us up. (Estragon tears at his boot.) What are you doing?

13

Page 14: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

Vladimir jugalah yang selalu mengingatkan Estragon yang mereka sedang menunggu

Godot. Dia juga sering mengesan kesan filosofis dan keagamaan dalam perbualan mereka,

dan mentafsirkan sikap mereka melalui perspektif agama. Contohnya, ketika dia

membicarakan tentang kisah salah seorang dari dua pencuri yang tak diselamatkan dalam

kitab Injil. Bahawa hanya satu dari empat Gospel yang menyatakan bahawa pencuri tersebut

diselamatkan oleh Jesus.

Vladimir sering mengaitkan beberapa tindakan mereka berdua dengan konsep

kemanusiaan/humanity. Dalam Babak II ketika Pozzo dan Lucky jatuh dan meminta tolong,

Vladimir menganggap bahawa itu adalah peluang bagi dirinya dan Estragon untuk berada

dalam sebuah posisi untuk membantu kemanusiaan, sebuah posisi yang memberi mereka

tujuan dan makna sebagai manusia:

VLADIMIR:That seems a good idea all right. But could we do it? Is he really asleep? (Pause.) No, the best would be to take advantage of Pozzo's calling for help—

POZZO:Help!

VLADIMIR:To help him—

ESTRAGON:We help him?

VLADIMIR:In anticipation of some tangible return.

ESTRAGON:And suppose he—

VLADIMIR:Let us not waste our time in idle discourse! (Pause. Vehemently.) Let us do something, while we have the chance! It is not every day that we are needed. Not indeed that we personally are needed. Others would meet the case equally well, if not better. To all mankind they were addressed, those cries for help still ringing in our ears! But at this place, at this moment of time, all mankind is us, whether we like it or not. Let us make the most of it, before it is too late! Let us represent worthily for once the foul brood to which a cruel fate consigned us! What do you say? (Estragon says nothing.).....

Tambahan pula, Vladimir jugalah yang selalu menanyakan soalan kepada Pozzo,

Lucky dan Boy (messenger), sementara Estragon kebanyakannya hanya diam mendengar.

Bahkan, Vladimirlah yang senantiasa mengingatkan Estragon tentang tujuan keberadaan

mereka di tempat itu, yakni menunggu Godot.

Selain daripada seorang retoris, filisofis dan pengingat/reminder kepada Estragon,

Vladimir juga menanggapi keperluan fizikal mereka berdua. Dia membantu masalah Estragon

dengan kasut bootnya, dan lagi, sekiranya dia bersama Estragon pada waktu malam, dia tidak

14

Page 15: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

akan membiarkan kawannya itu dipukul, juga dia jugalah yang mengatur dan membahagikan

makanan mereka (turnips, carrot, and radishes). Secara keseluruhannya, Vladimir dapat

dikatakan sebagai pengurus, penjaga atau ketua bagi mereka berdua.

5.1.b Estragon

Sebaliknya, Estragon selalunya hanya kisah tentang perkara-perkara yang bersifat

rutin, atau biasa sahaja: dia lebih suka untuk makan lobak merah berbanding turnip,

menyalahkan kasut bootnya atas kesakitan kakinya; dia seringkali ingin beredar dari tempat

itu, dan harus dipakukan ke otaknya oleh Vladimir bahawa dia mesti menunggu Godot.

Estragon dapat mengingati yang dia telah dipukul, tetapi tidak dapat melihat aspek filosofis

pukulan tersebut. Dia sanggup meminta sedekah dari orang asing (Pozzo), dan rela makan

tulang ayam yang dibuang tanpa merasa malu sedikit pun.

Oleh yang demikian, kelihatannya Estragon lebih simple/basic berbanding Vladimir.

Dia tidak terpengaruh dengan urusan-urusan filosofikal atau keagamaan. Pertamanya, dia tak

pernah mendengar (atau tak pernah kisah) tentang dua pencuri yang disalib bersama Jesus,

bahkan jika para Gospel saling bertentangan dalam versi masing-masing:

VLADIMIR:Then the two of them must have been damned.

ESTRAGON:And why not?

VLADIMIR:But one of the four says that one of the two was saved.

ESTRAGON:Well? They don't agree and that's all there is to it.

Bagi Estragon, sebarang perbincangan lebih lanjut tak bermakna apa-apa baginya.

Karakteristik Estragon sebagai watak yang biasa/basic juga dapat dilihat dalam babak 2

ketika dia tak menunjukkan sebarang minat pada cerita Vladimir tentang Pozzo dan Lucky

bahkan tidur, juga dia tidur sepanjang adegan Vladimir dan Boy (messenger). Ringkasnya, dia

tak peduli langsung tentang apa yang berlaku di sekitarnya.

15

Page 16: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

Walaubagaimanapun, Estragon sangat bergantung kepada Vladimir, seringkali

melakukan apa yang disuruh oleh Vladimir. Contohnya, Vladimir lah yang mencarikan kasut

boot Estragon, yang menyimpan dan menyediakan makanan, memujuk dan

mententramkannya, dan mengingatkan tujuan mereka berada di situ untuk menunggu Godot.

Pernah Estragon sesekali berpendapat bahawa mereka lebih baik berpisah, tetapi dia

tak pernah meninggalkan Vladimir terlalu lama.Pendeknya, watak Estragon ialah watak yang

kurang berfikir (konsep: Vladimir-kepada Estragon-badan). Segalanya harus dijelaskan

Vladimir kepadanya, dan nampak sangat keliru tentang keberadaannya sehingga memerlukan

seseorang untuk menjaganya.

5.2 Pendekatan Watak Pozzo dan Lucky

Pozzo dan Lucky melambangkan antitesis kepada satu dengan yang lain (konsep

polarity). Namun mereka terikat kejap - secara fizikal dan metafizikal sekaligus. Seperti dua

sisi pada koin yang sama, mereka seperti dua kutub magnet yang berlainan tetapi saling

memerlukan untuk eksistensi mereka sendiri. Jika Pozzo ialah tuan, maka Lucky adalah

hamba. Jika Pozzo ialah ketua sarkas, Lucky adalah binatang pertunjukan. Jika Pozzo seorang

yang kejam (sadis), Lucky pula ialah seorang masochistik. Juga Pozzo boleh dilihat sebagai

Ego, manakala Lucky sebagai Id.

5.2.a Pozzo

Pozzo muncul di pentas sejurus selepas Lucky. Mereka berdua terkait pada tali yang

sama; justeru nasib mereka telah ditetapkan seolah Pozze merupakan ibu, memegang tali yang

seumpama tali perut yang menghubungkan mereka berdua.

Segalanya tentang Pozzo mengingatkan kita pada imej seorang ketua sarkas. Jika

begitu, tak salah jika Vladimir dan Estragon menyangkakan bahawa dia adalah Godot pada

awalnya. Seperti seorang ketua sarkas, dia tiba dengan cemeti di tangannya. Bahkan kita lebih

dahulu akan mendengar letusan cemetinya sebelum dia muncul. Bangku yang dibawa Lucky

16

Page 17: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

untuknya juga seringkali dikaitkan dengan seorang pelatih binatang, Pozzo juga sering

memanggilnya dengan nama binatang. Secara kasarnya, Pozzo memberi perintah dan Lucky

mematuhinya.

Dalam Babak I, Pozzo nampaknya selesa dengan posisinya sebagai watak yang

memiliki kuasa. Dia menayangkan pengaruhnya pada orang lain, tegas, bertenaga dan yakin.

Dia memberi gambaran yang dia tahu apa yang dia lakukan.

Ketika dia sampai dan bertemu Vladimir dan Estragon, dia mengenali mereka sebagai

manusia, tetapi lebih kecil/lemah; dengan jelek mengakui adanya ciri-ciri manusia pada

mereka, biarpun tidak sempurna:

ESTRAGON:(hastily). We're not from these parts, Sir.

POZZO:(halting). You are human beings none the less. (He puts on his glasses.) As far as one can see. (He takes off his glasses.) Of the same species as myself. (He bursts into an enormous laugh.) Of the same species as Pozzo! Made in God's image!

......

POZZO:It's a disgrace. But there you are.

ESTRAGON:Nothing we can do about it.

POZZO:...................... Yes, gentlemen, I cannot go for long without the society of my likes (he puts on his glasses and looks at the two likes) even when the likeness is an imperfect one. (He takes off his glasses.) Stool!.....

Dominasi kekuasaan Pozzo juga terlihat dari cara dia makan ayam dan kemudian

mencampakkan tulang ayam tersebut dengan penuh keangkuhan.

Berbanding dengan kuasa penuh yang ditunjukkan oleh Pozzo dalam Babak I,

perubahan yang cukup ketara muncul dalam Babak II. Tali yang mengikat Lucky menjadi

pendek, menyebabkan Pozzo menjadi semakin dekat dengan antitesisnya, Lucky. Pozzo kini

buta; tak mampu mencari arahnya sendiri. Dia tersandung dan jatuh. Tak mampu meneruskan

perjalanannya tanpa pertolongan. Tak mampu lagi memberi arahan. Kalau sebelum ini dia

yang "memandu" Lucky, kini dia pula yang "dipandu". Dari posisi yang kukuh, yakin dan

17

Page 18: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

berdaulat, dia telah tumbang dan menjadi seorang manusia gagal yang sering membebel

bahawa waktu tidak bermakna dan eksistensi/keberadaan manusia tidak mempunyai sebarang

erti. Butanya melebihi aspek fizikal, tak seperti butanya tukang-tukang nujum hebat (Teiresias

contohnya), bagi Pozzo:

POZZO:I woke up one fine day as blind as Fortune. (Pause.) Sometimes I wonder if I'm not still asleep.

VLADIMIR:And when was that?

POZZO:I don't know.

VLADIMIR:But no later than yesterday—

POZZO:(violently). Don't question me! The blind have no notion of time. The things of time are hidden from them too.

Akhirnya, bagi Pozzo, eksistensi manusia itu tak bermakna apa-apa; hanya sengsara,

menyedihkan, kelam dan yang paling utama, singkat dan tanpa tujuan:

POZZO:(suddenly furious.) Have you not done tormenting me with your accursed time! It's abominable! When! When! One day, is that not enough for you, one day he went dumb, one day I went blind, one day we'll go deaf, one day we were born, one day we shall die, the same day, the same second, is that not enough for you? (Calmer.) They give birth astride of a grave, the light gleams an instant, then it's night once more. (He jerks the rope.) On!

5.2.b Lucky

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Lucky adalah antitesis watak Pozzo. Pada satu

ketika, Pozzo menyatakan keberadaan/eksistensi Lucky hanya semata-mata berdasarkan

tujuan untuk menjadi hambanya; yakni, fungsi dan tujuan hidupnya Lucky dalam dunia ini

adalah sebagai hambanya, dan jika sekiranya dia dibebaskan dari perhambaan itu, hidup

Lucky akan kehilangan makna dan tujuan. Melihat kondisi Lucky, kita dapat melihat ironi

pada namanya sendiri "Lucky", lebih-lebih lagi setelah mendengar dialog Pozzo:

POZZO:I do. But instead of driving him away as I might have done, I mean instead of simply kicking him out on his arse, in the goodness of my heart I am bringing him to the fair, where I hope to get a good price for him. The truth is you can't drive such creatures away. The best thing would be to kill them. Lucky weeps.

ESTRAGON:

18

Page 19: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

He's crying!

POZZO:Old dogs have more dignity....

Semua aksi Lucky kelihatan rawak dan tak dapat dijangka. Dalam babak 1, ketika

Estragon cuba membantunya, Lucky menjadi ganas dan menendang tulang kering Estragon

hingga berdarah. Kemudian apabila dia menari, gerakan-gerakannya sangat sumbang tak

menjadi apa yang dapat disebut sebagai sebuah tarian. Jarang sekali dapat kita menemukan

kejahilan atau ketololan seumpama ini, apatah lagi, apabila dia diminta untuk berfikir, sekali

lagi kita dikejutkan oleh ucapannya yang rancu tanpa struktur makna yang jelas.

Lucky lebih jelas sebagai binatang berbanding manusia, dan keberadaannya dalam

naskah ini merupakan parodi atas eksistensi manusia sendiri. Dalam babak 2, ketika dia tiba

dalam keadaan bisu, hanyalah merupakan kesinambungan pada kondisinya dalam babak 1,

kiranya dia bercakap pun tak mungkin dapat difahami. Hanya kini dia tak lagi berusaha untuk

mengeluarkan barang sepatah kata bahkan sebarang bunyi sekali pun. Dalam aspek

kemanusiaan apa pun yang diwakili Lucky, kita dapat membuat rumusan bahawa

eksistensinya sebagai manusia telah jatuh kepada seseorang yang memimpin si buta, bukan

melalui akal, tetapi naluri semata-mata.

6. PLOT

Sebenarnya hampir mustahil untuk menjabarkan dengan secara konvensional, lebih-

lebih lagi dalam kerangka episodik (Shakespearean) dan klimaktik (Aristotelian) bagi naskah

Waiting for Godot ini, yang seringkali disifatkan sebagai naskah di mana "tidak ada apa-apa

terjadi". (nothing happens, twice)

Naskah Waiting for Godot ini ditulis oleh Samuel Beckett yang mengorbankan struktur drama

konvensial dan menggantikannya dengan struktur ritual atau pattern. Plotnya berbentuk

circular, yang bermula dengan dua orang tramps menunggu Godot, cuba mengisi kekejaman

waktu yang berhenti (kerana menunggu) dengan rutin-rutin komik dan vaudeville, sering

berkontemplasi untuk membunuh diri (escapisme), muncul dua lagi watak (Pozzo dan

19

Page 20: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

Lucky), berlakunya pertukaran dialog sehinggalah seorang budak sampai membawa pesan

bahawa Godot tidak dapat datang hari itu dan berjanji akan datang esoknya. Esoknya mereka

kembali menunggu, mengulangi rutin yang sama, Pozzo dan Lucky kembali, dengan sedikit

perbezaan, pergi lagi sehingga kemudian tiba kembali budak membawa pesan yang sama dari

Godot. Mereka bermula dengan menunggu dan berakhir juga dengan menunggu.

Namun, sesungguhnya banyak yang terjadi dalam logik "tidak ada apa-apa terjadi

itu". Menunggu itu pasif, tetapi tetap sebuah aksi. Asas struktur naskah ini, dari satu sudut

lain pula, adalah sebuah struktur simetrikal yang dijana oleh ritual atau rutin yang berdiri

sendiri di mana dua orang watak tramps ini menggabungkan silang dialog dan irama tradisi

vaudeville dan music hall dengan ungkapan-ungkapan filosofikal spekulatif.

Tetapi jika setiap rutin berdiri secara sendirinya, setiap satunya tetap dihubungkan

dengan yang lain dengan apa yang boleh dipanggil sebagai prinsip penggabungan atau

penambahan, berbanding dengan bentuk teatrikal lainnya seperti plot progresif, developing

character, atau naik turunnya aksi dalam klimaks atau resolusi yang jelas.

Dalam naskah ini, situasi ialah Godot merupakan sebuah kondisi monotonous, dan

perulangan abadi, menandakan bentuk putaran/cyclic ini akan terus berjalan seperti sebuah

lingkaran yang tak pernah putus hingga ke infiniti. Beckett tidak meletakkan karakter-

karakternya pada latar yang spesifik. Dia justeru membiarkannya dalam sebuah dimensi

universal dari segi aspek ruang dan waktu. Ada juga yang berpendapat kecenderungan

Beckett dalam matematik (justeru minat beliau dalam permainan catur) menyebabkan dia

melabelkan karyanya ini sebagai sebuah tragikomedi dalam dua babak. Beliau mengetahui

bahawa dalam teori matematik titik perubahan antara 0 ke 1 menandakan perubahan yang

besar dan nyata, juga bahawa titik perubahan dari 1 ke 2 membayangkan kemungkinan ke

arah infiniti, oleh itu dua babak telah cukup untuk memberi sugestif yang tokoh-tokoh

naskahnya, Vladimir , Etragon, Pozzo, Lucky dan Boy akan terus berjumpa lagi dalam

kondisi fizikal dan mental yang semakin merudum akan tetapi tidak akan tidak pernah

berjumpa lagi.

20

Page 21: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

BABAK I

Bermula dengan dua orang tramps, Estragon dan Vladimir, duduk di samping jalan

desa berdekatan sebuah pokok yang togel. Estragon cuba menanggalkan kasut bootnya, dan

akhirnya berjaya. Mereka berbicara tentang pencuri-pencuri yang disalib, memutuskan

bahawa jika hanya seorang dari Gospel yang menyebut bahawa seorang saja pencuri yang

diselamatkan, hanya orang bodoh sahaja yang percaya dan mengharapkan pengampunan.

Estragon mengajak mereka beredar, tetapi Vladimir bertegas bahawa mereka tidak

boleh ke mana-mana kerana mereka sedang menunggu Godot. Kemudian mereka bertengkar

sekirannya mereka berada di tempat dan masa yang betul seperti yang dijanjikan. Selepas itu,

mereka memutuskan untuk menggantung diri, tetapi tak dapat membuat keputusan siapa yang

harus digantung dahulu, oleh kerana takut hanya salah seorang sahaja dari mereka yang

berjaya membunuh diri dan yang seorang lagi tinggal keseorangan, mereka menghentikan niat

mereka. Estragon lapar dan meminta lobak merah dari Vladimir. Vladimir memberikannya

turnips, sehingga kemudiannya menemukan lobak merah setelah menyelongkar semua

sakunya. Sambil makan, Estragon bertanya jika mereka "terikat", dan Vladimir meyakinkan

bahawa mereka memang terikat dengan Godot, dan tak ada apa-apa yang boleh dilakukan

tentangnya. Mereka ingin keluar dari situ, tetapi takut untuk melakukannya.

Ketika ini, Pozzo dan Lucky masuk. Lucky terikat di lehernya; tangannya penuh

dengan barang-barang. Pozzo pula membawa cemeti di tangannya; dia yang memang hujung

tali yang mengikat leher Lucky. Vladimir dan Estragon fikir Pozzo adalah Godot, tetapi

Pozzo berjaya meyakinkan mereka bahawa dia bukan. Dia bertanya pada kedua tramps ini

siapakah gerangannya Godo, tetapi mereka tak dapat nak menggambarkannya. Pozzo

kemudian memberi indikasi bahawa dia adalah tuan punya tanah di mana mereka menunggu,

dan memutuskan untuk bersama mereka buat seketika. Dia memerintahkan Lucky untuk

21

Page 22: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

menyiapkan hidangan tengaharinya, Lucky menjalankannya dengan penuh setia, dan Pozzo

makan dengan lahap sementara Lucky tertidur sambil berdiri.

Apabila Pozzo melemparkan tulang sisa ayam yang dimakannya, Estragon meminta

kebenaran untuk memakan tulang tersebut. Pozzo menyatakan tulang tersebut kepunyaan

Lucky, tetapi akhirnya Estragon dapat mengambil tulang tersebut dan memakannya. Vladimir

marah kerana muak terhadap cara Pozzo melayani Lucky. Dia dan Estragon hairan kenapa

Lucky tidak meletakkan beg besar yang dibawanya ke tanah. Pozzo menyatakan Lucky ingin

menunjukkan kesetiaan dan khidmatnya sebagai hamba, keranan takut Pozzo tidak lagi mahu

menyimpannya sebagai hamba lagi. Pozzo sebenarnya dalam perjalanan ke pasar untuk

menjual Lucky, tetapi sebenarnya dia berpendapat adalah lebih baik jika Lucky dibunuh

sahaja. Lucky mula menangis, dan Estragon cuba menawarkan saputangan Pozzo untuk

memujuknya, hanya untuk mendapat tendangan di tulang keringnya dari Lucky. Sebaik sahaja

Estragon mula menangis, Lucky menghentikan tangisannya. Vladimir pergi terkencing,

kembali dengan agak marah, namun kemudian agak tenang. Pozzo menanyakan Vladimir

namanya, dan dijawab; Adam. Pozzo kemudian menyatakan yang dia ingin melakukan

sesuatu untuk kebaikan teman-teman barunya ini; Estragon meminta sepuluh francs, tetapi

Vladimir melarangnya. Pozzo kemudian memutuskan yang Lucky akan menghiburkan

mereka. Lucky menarikan tarian yang menyedihkan, mengulanginya sekali lagi. Kedua

tramps ini meminta Pozzo mengarahkan Lucky untuk "berfikir" dengan kuat (ucapan).

Namun, Pozzo berkeras yang Lucky tak boleh berfikir tanpa topinya. Estragon takut nak

meletakkan topi kembali ke atas kepala Lucky, tetapi Vladimir melakukannya, dan Lucky

memulakan sebuah orasi panjang, merepek tanpa makna. Ketiga-ketiga mereka menerkam

dan cuba mendiamkan Lucky, dan akhirnya berjaya. Pozzo memijak topi Lucky agar dia tak

dapat lagi berfikit. Lucky kembali kepada beban yang tadi diangkatnya dan bersama Pozzo

dia meninggalkan pentas. Vladimir dan Estragon berdebat samada Pozzo dan Lucky telah

berubah, tetapi menyimpulkan bahawa mereka sendiri tidak dapat berubah.

Mereka mendengar suara, dan seorang budak masuk. Budak itu membawa pesan dari

Godot, tetapi takut untuk masuk kerana bunyi cemeti Pozzo. Apabila Budak itu

22

Page 23: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

menyampaikan pesan Godot yang dia tak dapat datang pada hari itu, tetapi pasti pada

esoknya, Estragon dan Vladimir mendesak Budak itu untuk mengetahui dengan lanjut

tentang Godot. Hanya sedikit yang didedahkan Budak itu - bahawa dia mengembala kambing

untuk Godot, dan dilayan dengan baik (walaupun abangnya, yang mengembala kambing,

telah dipukul), tidur di loteng dan cukup makan. Selepas Budak beredar, Estragon akhirnya

berjaya menanggalkan kasut bootnya yang sebelah lagi. Kedua mereka memutuskan untuk

pergi dari situ, tetapi mereka tidak bergerak.

BABAK II

Tempat yang sama, keesokan harinya. Vladimir masuk dan menyanyi lagu yang lucu

tentang seekor anjing. Estragon masuk, setelah dipukul semalamnya oleh sekumpulan orang

tanpa sebab yang jelas. Mereka membincangkan kesunyian mereka dan apakah sebabnya

mereka nampaknya selalu akan mencari satu sama lain, tetapi seperti biasa, mereka tidak tahu

kenapa. Vladimir bercakap tentang tempat-tempat lain yang pernah mereka datangi, tetapi

Estragon tak mengingatinya; sedikit sekali tentang Pozzo dan Lucky. Mereka memikirkan

mengapa mereka tak boleh diam, dan merumuskan bahawa mereka takut untuk

mendengarkan kesunyian alam, tetapi berfikir hanya akan membawa kesengsaraan. Mereka

kemudian mendapati pokok yang togel sebelum ini berdaun beberapa helai, namun kerana

selang masa sehari sahaja tumbuhnya daun itu, mereka tak pasti samada mereka berada di

tempat yang sama seperti semalam. Vladimir bertanyakan Estragon tentang apa yang terjadi

pada kasut bootnya (yang masih terletak di tengah pentas), dan Estragon cakap dia telah

menanggalkannya dan tak tahu di manakah kasut boot itu. Vladimir nampak kasut Estragon di

atas pentas dan tunjukkan pada Estragon, tetapi Estragon berkeras itu bukan kasutnya, tetapi

milik orang lain. Vladimir menawarkan radish kepada Estragon, menyeluk poketnya dan

mengeluarkan beberapa biji turnips dan akhirnya berjaya mendapataan sebiji radish, namun

Estragon inginkan radish yang berwarna merah jambu. Vladimir kemudian meminta Estragon

untuk mencuba kasut boot seandainya kasut boot itu miliknya - sekadarnya untuk mengisi

waktu. Kasut-kasut itu muat. Estragon cuba tidur, dan Vladimir mendodoikannya. Dia tidur

23

Page 24: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

sebentar, tetapi tak lama kemudian bangun dari mimpi buruk. Vladimir kemudian

menemukan topi Lucky dan mencubanya; Estragon pakai topi Vladimir, Vladimir pakai topi

Estragon, Estragon pakai topi Lucky dan seterusnya. Akhirnya Vladimir memilih topi Lucky

dan membuang topinya sendiri. Mereka kemudian memutuskan untuk memainkan watak

Pozzo dan Lucky, dengan Vladimir sebagai watak Lucky. Tak lama kemudian Estragon bosan

dan keluar sebentar sebelum kembali lagi. Estragon mendengar seseorang datang, dan

Vladimir yakin bahawa Godot akhirnya telah tiba., tetapi Estragon pula takut, dan Vladimir

meminta dia supaya berselindung di sebalik pokok, tetapi pokok itu terlalu kecil. Mereka

memandang ke semua arah dan sedar bahawa tiada sesiapa pun datang. Kemudian mereka

memutuskan untuk menghabiskan masa dengan mengutuk satu sama lain, kemudian memujuk

pula. Mereka kemudian melakukan beberapa siri aktiviti yang bodoh. Pozzo dan Lucky

datang, tetapi kini Pozzo telah buta. Estragon dan Vladimi fikir bahawa itulah Godot,

tetapi sedar kemudiannya ianya hanyalah Pozzo. Lucky dan Pozzo telah jatuh, dan kedua

tramps ini berbincang samada ingin membantu mereka atau tidak. Mereka takut ditendang

lagi oleh Lucky, tetapi inginkan tulang ayam dari Pozzo. Sementara mereka berdebat, Pozze

terus meraung meminta tolong. Dia kemudian menawarkan wang kepada kedua tramps ini

untuk membantunya berdiri, tetapi mereka terlalu sibuk berdebat. Akhirnya Vladimir

memutuskan untuk membantu, sekadar mengubah suana, tetapi dia tak mampu mengangkat

Pozzo, dan terus jatuh dan mula meminta tolong. Estragon mengugut untuk pergi, tetapi

akhirnya menghulurkan tangannya pada Vladimir, tetapi dia juga jatuh. Sekarang keempat-

empat mereka terbaring di tanah. Pozzo merangkak kesakitan dan kedua tramps ini

memanggilnya, tanpa jawaban. Mereka cuba memanggilnya dengan nama-nama yang

berbeza, "Abel", kemudian "Cain". Vladimir dan Estragon kemudian bangun, tetapi masih

tiada tempat tujuan dan tanpa sesuatu untuk dilakukan. Akhirnya mereka membantu Pozzo

berdiri, dan Pozzo meminta mereka mencarikan Lucky untuknya. Estragon tak ingin

berdekatan dengan Lucky, tetapi Pozzo meminta dia untuk menarik tali Lucky dengan kuat,

dan menyepaknya di muka atau di mana sahaja yang lebih menyakitkan. Estragon menendang

Lucky, hanya untuk menyakitkan kakinya sendiri. Vladimir meminta Pozzo mengarahkan

24

Page 25: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

Lucky menyanyi atau berucap lagi, tetapi Pozzo menegaskan yang Lucky bisu. Pozzo dan

Lucky kemudiannya keluar, dan jatuh lagi sebaik sahaja keluar dari pentas.

Estragon tidur, dan Boy kembali datang, menyampaikan kepada Vladimir perkara

yang sama seperti hari sebelumnya. Dari pertanyaan Vladimir, Boy memberikan deskripsi

Godot sebagai seorang tua dengan janggut putih, yang "tak berbuat apa-apa". Setelah Boy

beredar, Estragon terjaga, dan kedua tramps ini kembali berfikir untuk menggantung diri

mereka, tetapi sedar bahawa tali yang mereka ada terlalu pendek dan lemah. Esok, mereka

berniat untuk membawa tali yang lebih panjang untuk membunuh diri - kecuali jika Godot

datang. Malam tiba, mereka mengambil keputusan untuk pergi; tetapi tidak bergerak ke

mana-mana.

7. RELEVANSI TEMA DAN PERMASALAHAN PADA AUDIENS HARI INI

Secara politiknya, Malaysia hari ini telah berubah dari sebuah negara dengan satu

ideologi kepada sebuah negara yang sarat dengan acuan-acuan pandangan politik yang

berbeza-beza. Begitu juga dengan percampuran nilai-nilai Timur dan Barat yang semakin

payah untuk ditelusuri akar dan buahnya. Generasi hari ini adalah generasi terperangkap.

Terutama sekali dalam arus consumerisme yang menggelegak. Mereka terpinga-pinga untuk

percaya yang mana. Tekanan antara moraliti dan keperluan ekonomi juga membuatkan ramai

orang yang menekan kesedaran sivik untuk keperluan perut.

Maka saya percaya, gambaran terhadap betapa absurdnya hidup kita hari ini dapat

dirasakan oleh penonton yang datang menonton persembahan ini. Rasa serba salah untuk

survive sebagai individu atau satu untuk semua merupakan persoalan nilai yang saya percaya

menghantui ramai manusia di negara ini. Oleh itu, adalah wajar untuk mereka berkenalan

dengan sisi eksistensialis versi Beckett di mana kita perlu memilih, dipilih, dipaksa memilih,

ditinggalkan dengan pilihan atau tanpa pilihan - tetapi semuanya tanpa makna jika kita tak

memaknakannya.

8. TENTANG PENULIS

25

Page 26: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

8.1 GAYA BAHASA

Gaya bahasa yang digunakan Samuel Beckett dalam naskah ini, dapat dikatakan bahasa yang

kelihatan ringkas, atau minimal. Penggunaan ayat yang minimal ini juga memberi kesan

totaliti kepada dunia naskah yang minimal dan kontan.

Samuel Beckett dalam naskahnya Waiting for Godot menggunakan unsur allegori

dalam gaya bahasanya. Terutama terhadap referensinya terhadap perenggan-perenggan

Biblical yang dapat dilihat dari dialog Boy (messenger):

VLADIMIR:You work for Mr. Godot?

BOY:Yes Sir.

VLADIMIR:What do you do?

BOY:I mind the goats, Sir.

VLADIMIR:Is he good to you?

BOY:Yes Sir.

VLADIMIR:He doesn't beat you?

BOY:No Sir, not me.

VLADIMIR:Whom does he beat?

BOY:He beats my brother, Sir.

VLADIMIR:Ah, you have a brother?

BOY:Yes Sir.

VLADIMIR:What does he do?

BOY:He minds the sheep, Sir.

VLADIMIR:And why doesn't he beat you?

BOY:I don't know, Sir.

Ini adalah sebuah twist dalam kisah pengembala biri-biri dan kambing, dalam

Matthew 25:32-41 (Bible). Dalam kisah ini sepatutnya pengembala kambing yang dipukul,

yakni mewakili golongan kiri (musyrik, ahli neraka), tetapi dalam Waiting for Godot ia

menjadi sebaliknya.

26

Page 27: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

8.2 GENRE KEGEMARAN

Sebelum menulis Waiting for Godot, Beckett telah mula bereksperimentasi dengan

penggunaan bahasa yang tidak konvensional dalam pemaknaan prosanya dan puisi-puisinya.

Beliau banyak dipengaruhi oleh James Joyce pada peringkal awalnya berkarya. Biarpun

awalnya beliau menulis dalam bahasa Inggeris, tetapi beliau kemudian memilih untuk

berkarya dalam bahasa Perancis, kerana menganggap bahasa Inggeris yang telah dikuasainya

akan mengongkongnya. Waiting for Godot sendiri ditulis dalam bahasa Perancis sebelum

terjemahkan kembali olehnya ke bahasa Inggeris pada tahun 1954.

Genre-genre karya beliau termasuklah novel, kumpulan puisi, drama radio dan

television selain dari naskah-naskah drama pentas. Dalam karya-karya pentas pasca Godot,

beliau masih setia dengan gaya humor suram dan genre absurdisme yang terus

mempersoalkan eksistensi manusia dalam dunianya.

8.3 FALSAFAH

“We always find something, eh Didi, to give us the impression we exist?” - Estragon in Waiting for Godot

Existensialisme adalah sebuah gerakan ideologi filosofis dan kesusasteraan abad ke-

20 yang berpaksi kepada individu dan hubungannya dengan alam atau Tuhan. Salah seorang

pelopor utama dalam fahama existensialisme adalah penulis dan dramawan Perancis, Jean-

Paul Sartre. Falsafahnya diartikulasikan dalam novel-novelnya seperti No Exit dan Nausea,

juga dalam karya filsafatnya (Being and Nothingness, Critique of Dialectical Reason).

Sebuah ungkapan Sarte yang terkenal," existence precedes and rules essence," yang

secara kasarnya dapat ditafsirkan sebagai tiada konsep atau aturan yang telah ditetapkan sejak

dini atas kemanusiaan kecuali apa yang telah kita tetapkan bagi kita sendiri. Manusia diberi

27

Page 28: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

kebebasan untuk memilih, dengan konsekuensi terhadap pilihannya sendiri. Oleh kerana

konsekuensi yang harus dipertanggungjawabkan ini mencetuskan sengsara dan dekadensi

moral manusia.

Eksistensialime cuba untuk menggambarkan keinginan kita untuk membuat keputusan

rasional walaupun berada dalam dunia yang tak rasional. Malangnya, hidup mungkin tanpa

makna yang jelas (existential atheists) atau mungkin tanpa makna yang dapat difahami

(existensial theists). Kedua-duanya tetap menyatakan keinginan manusia untuk sesuatu yang

logik dan kekal adalah sia-sia. Kita dipaksa untuk memberi definisi terhadap makna kita

sendiri, dengan kesadaran bahawa makna itu mungkin sahaja sementara sifatnya.

Jolokan existensialist telah diberikan kepada ramai penulis, filsuf, artis seni tampak

dan pembikin filem; sebuah gerakan yang berkembang di pertengahan abad ke-20 di Eropah.

Pelopor pemikiran ini pada kurun ke-19 termasuklah Kierkegaard dan Nietsche. Manakala

untuk abad ke-20 pula yang lainnya termasuklah Albert Camus, Jean Genet, Andre Gide,

Simone de Beauvoir, Franz Kafka dan Beckett.

Dalam Waiting for Godot, jelas terlihat falsafah eksistensialisme yang dipaparkan

Beckett dalam aksi watak-wataknya. Eksistensi berkenaan pilihan dan tanggungjawab atas

pilihan secara sedar, akan tetapi kesemua wataknya, terutama Vladimir dan Estragon gagal

dalam membuat pilihan, sekiranya pun ada tetap tak dapat melaksanakannya dalam bentuk

tindakan. Seringkali kerana tidak dapat memastikan konsekuen dari pilihan mereka. Jelas

dapat dilihat ketika mereka memutuskan untuk menggantung diri, akan tetapi oleh kerana

tidak dapat memastikan samada dahan pokok itu kukuh ataupun samada tali mereka cukup

kuat, mereka membatalkan hasrat mereka.

8.4 KARYA-KARYA LAIN

Endgame

"Nothing to be done" merupakan dialog pembukaan Waiting for Godot, dan dialog itu

mewarnai keseluruhan drama. Begitu juga dengan Endgame: "Finished, it's finished . . ."

28

Page 29: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

menyatakan tema untuk drama ini. Beckett sendiri pernah menerangkan bahawa Endgame

sebagai "rather difficult and elliptic" dan "more inhuman than Godot."

Latarnya pula, seperti karya-karyanya yang lain, pelik dan asing, yang mampu

mengacu kepada pelbagai interpretasi dan assosiasi.

Jika dalam Waiting for Godot, Vladimir dan Estragon memikirkan untuk bunuh diri

dengan menggantung diri mereka, idea tentang kematian menjalar ke seluruh naskah, dengan

tajuk Endgame (End of the Game) kepada kematian Nell yang telah dijangkakan.

Banyak lagi karya-karya Beckett yang mempunyai tona dan warna yang sama tetapi

dengan representasi yang berbeza-beza. Karya-karya beliau yang terkenal antara lain ialah:

1. Incamination Of Work In Progress, 1929

2. Whohoscope, 1930

3. Proust, 1931

4. More Pricks Than Kicks, 1934

5. Echo’s Bones, 1935

6. Murphy, 1938

7. Molloy, 1951

8. Malone Meurt, 1951 - Malone Dies

9. L’innommable, 1953 - The Unnamable

10. Watt, 1953

11. From An Abandoned Work, 1958

12. Bram Van Velde, 1958

13. Acte Sans Paroles, 1958

14. Krapp’s Last Tape, 1959

15. All That Fall, 1959

16. Happy Days, 1961

17. Comment C’est, 1961 - How It Is

18. Words And Music, 1962

19. Play, 1964

29

Page 30: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

20. Imagination Morte Imaginez, 1965

21. Assez, 1966

22. Bing, 1966

23. Film, 1967

24. Va Et Vient, 1967 - Come And Go

25. No Knife, 1967

26. Breath And Other Short Plays, 1972

27. Abandonne, 1972

28. The North, 1972

29. Rough For Theatre I, 1976

30. ... But The Clouds..., 1977

31. Company, 1979

32. Nohow On, 1981

33. Rockaby, 1982

34. Ohio Impromptu, 1982

35. A Piece Of Monologue, 1982

36. Mal Vu Mal Dit, 1982 – Ill Seen Ill Said

37. Worstward Ho, 1983

9. SEBAB-SEBAB KEINGINAN UNTUK MENGARAH NASKAH INI.

Naskah Waiting for Godot merupakan sebuah naskah yang mencetuskan fenomena

sewaktu kemunculannya pada 1953 di Paris. Kekayaan nilai sasteranya yang berjaya

mengelak pelbagai pemaknaan dan asumsi menjadi ia salah sebuah karya yang tak akan

pernah selesai dipelajari sepanjang zaman. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada

penggiat teater untuk cuba mendekati naskahnya dengan perspektif yang berlainan, oleh

kerana ianya "void" pemaknaan, maka ia saya rasakan dapat digolongkan dalam naskah yang

mampu membangkitkan interpretasi dan asumsi yang berbeza-beza dalam aspek

pementasannya.

30

Page 31: Analisis Godot

-aloengsilalahi-

Sesungguhnya ini adalah sebuah cabaran; pertamanya, untuk memahami dan

mendapatkan essensi tematik naskah - untuk mementaskannya apa adanya sahaja merupakan

sebuah cabaran yang besar. Namun, perjudiannya ialah dengan taraf intelektual masyarakat

semasa yang semakin apresiatif, juga dengan adanya toleransi kepercayaan masyarakat

semasa terhadap multi-ideologi, saya percaya pementasan ini dapat diapresiasi terutamanya

oleh golongan muda intelektual.

Walaubagaimanapun, oleh kerana adanya teknik tradisi vaudeville dan burlesque

yang memberi aspek komikal dalam naskah ini, boleh saja akan dapat memaut perhatian

golongan penonton selain dari yang disebut di atas. Juga, kejayaan dalam mementaskan

naskah ini akan dapat memberi platform yang mengukuhkan potensi akademik sebagai

seorang pentafsir dan penterjemah naskah ke panggung bukan sahaja hanya secara ilmiah,

tetapi efektif dalam aspek praktikalnya.

RUJUKAN

1. Samuel Beckett, Waiting for Godot, http://samuel-beckett.net/

2. Walter D. Asmus, “Beckett Directs ‘Godot,’” from On Beckett: Essays andCriticism. © 1986 by Grove Press, Inc.

3. Katherine H. Burkman, “The Nonarrival of Godot: Initiation into the SacredVoid,” from The Arrival of Godot: Ritual Patterns in Modern Drama,London and Toronto: Associated University Presses, 1986.

4. Lawrence Graver, Samuel Beckett Waiting for Godot, Cambridge University Press, New York, 2004.

5. Angela Hotaling, Camus and the Absurdity of Existence in Waiting for Godot , SUNY Oneonta, New York.

6. Edwin Wilson and Alvin Goldfarb, The Living Theatre, Second Edition, McGraw-Hill, Inc., New York, 1994.

7. Edwin Wilson, The Theatre Experience, Fourth Edition, Hunter College and Graduate Center, The City University of New York, McGraw-Hill, Inc., New York, 1988.

31