analisis dan perspektif industri home video di malaysia...

21
ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA (2000 HINGGA 2003) Zairul Anuar Md. Dawam ABSTRACT This study cores the development of home video industry especially direct to video (DTV) in Malaysiafrom year 2000 till 2003 with emphasis on the history. business and market structure. and also issues related to video industry development. Data was collected using interviews with distributors. film and video producers. Besides. through video cataloging of the VCD released within 2000 to 2003. production trends in terms of copyrights acquired. cost. genre and total of video produced was analysed. Furthermore. secondary data from newspaper articles. Video Business Research and Variety was also obtained and analysed. This study found that the early stage of home video industry development in Malaysia is similar to the Hollywoodfilm industry. Other than to increase the income. the producer also wants to avoid some difficulties in film production such as high cost in film making and problems in distribution and film exhibition through cinema. This study show that although DTV has a potential market. the sales of DTV decreased due to piracy. exhorbitant prices and low quality of the video'produced. This phenomena lead to a drop in number of video produced. which is not more than 10 videos per year within year 2004 and 2005. Film companies such as Motion Planet. Boomax Sdn. Bhd. and others have reduced the number of production or no longer producing DTY. PENOAHUUJAN Home video merupakan pasaran tam bah an (ancillary markets) kepada pasaran sedia ada dalam industri perfileman termasuk di Malaysia. Pasaran home video merujuk tiga bentuk utama iaitu pita video (VHS cassettes), video cakera padat (Video Compact Disc - VCO) dan terbaru cakera padat digital (Digital Versatile Disc - OVO). Di luar negara, pasaran home video wujud pada tahun 1980-an apabiJa stesen televisyen kabel atau televisyen berbayar seperti Home Box-office (HBO), Cinemax, Showtime dan Movie Channel menjalinkan usaha sarna dengan pengeluar atau produser filem bebas (independent film producers) bagi menghasilkan filem khusus untuk rangkaian tersebut. Persaingan pasaran

Upload: others

Post on 16-Jan-2020

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA (2000 HINGGA 2003)

Zairul Anuar Md. Dawam

ABSTRACT

This study cores the development of home video industry especially direct to video (DTV) in Malaysiafrom year 2000 till 2003 with emphasis on the history. business and market structure. and also issues related to video industry development. Data was collected using interviews with distributors. film and video producers. Besides. through video cataloging of the VCD released within 2000 to 2003. production trends in terms of copyrights acquired. cost. genre and total of video produced was analysed. Furthermore. secondary data from newspaper articles. Video Business Research and Variety was also obtained and analysed. This study found that the early stage of home video industry development in Malaysia is similar to the Hollywoodfilm industry. Other than to increase the income. the producer also wants to avoid some difficulties in film production such as high cost in film making and problems in distribution and film exhibition through cinema. This study show that although DTV has a potential market. the sales of DTV decreased due to piracy. exhorbitant prices and low quality of the video'produced. This phenomena lead to a drop in number of video produced. which is not more than 10 videos per year within year 2004 and 2005. Film companies such as Motion Planet. Boomax Sdn. Bhd. and others have reduced the number of production or no longer producing DTY.

PENOAHUUJAN

Home video merupakan pasaran tam bah an (ancillary markets) kepada pasaran sedia ada dalam industri perfileman termasuk di Malaysia. Pasaran home video merujuk \~pada tiga bentuk utama iaitu pita video (VHS cassettes), video cakera padat (Video Compact Disc - VCO) dan terbaru cakera padat digital (Digital Versatile Disc - OVO). Di luar negara, pasaran home video wujud pada tahun 1980-an apabiJa stesen televisyen kabel atau televisyen berbayar seperti Home Box-office (HBO), Cinemax, Showtime dan Movie Channel menjalinkan usaha sarna dengan pengeluar atau produser filem bebas (independent film producers) bagi menghasilkan filem khusus untuk rangkaian tersebut. Persaingan pasaran

Page 2: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Zairul Anuar Md. Dawam

ini menyebabkan syarikat filem yang terdiri dari studio utama Hollywood terpaksa mencari altematif pasaran baru dengan menghasilkan semula filem yang telah ditayangkan di pawagam dalam format video (VHS).

Pasaran home video terus berkembang selaras dengan perkembangan teknologi cakera padat. Sejak cakera padat diperkenalkan oleh syarikat gergasi elektronik seperti Philips. JVC. SONY dan Matsushita pada tahun 1993. pasaran home video berbentuk cakera padat tcrus berkembang di seluruh dunia. Oi Asia pada tahun 200 1 contohnya. perkembangan positif home video berbentuk cakera pad at ini jelas apabila kapasiti tahunan pengeluaran cakera padat meningkat kepada 6 bilion discs iaitu hampir 30 peratus daripada jumlah pasaran global (Baine. 200 1). Oi Amerika Syarikat. pengguna membelanjakan USOS.7 bilion bagi membeli filem dalam format OVO sahaja. Angka ini tidak termasuk jumlah yang dibelanjakan untuk format VHS. Manakala dari laporan yang sarna juga, pad a tahun 2002 pengguna di Amerika telah membelanjakan USOS.2 bilion lagi bagi menyewa filem dalam format VHS dan OVO. Jumlah ini menyebabkan pasaran home video di Amerika Syarikat berjumlah US020.3 bilion iaitu meningkat sebanyak 11.5 peratus berbanding tahun 2001 (Hettrick. 2003).

Mutu audio dan visual yang lebih baik berbanding format VHS menyebabkan VCO dan kini OVO menawarkan kepuasan menonton filem yang lebih tinggi tanpa perlu ke pawagam. Peningkatan taraf hidup dan harga pemain cakera padat yang murah juga menyebabkan orang ramai mudah memilikinya. Faktor ini menyebabkan pemain cakera pad at mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah. Situasi ini telah mempengaruhi jualan cakera padat filem dan perkembangan industri filem terutama untuk pasaran home video di Malaysia.

PERKEMBANGAN HOME VIDEO DI MALAYSIA (2000-2003)

Sebelum wujudnya home video. pasaran bagi industri perfileman di Malaysia bergantung kepada tayangan di pawagam dan penjualan ke stesen televisyen sarna ada stesen televisyen tempatan dan stesen luar negara berdekatan seperti Singapura dan Brunei. Kewujudan Measat Broadcast (kini dikenali sebagai ASTRO) yang menawarkan pelbagai rangkaian melalui televisyen satelit pada tahun 1996 menyebabkan syarikat produksi mempunyai altematif lain penjualan ke stesen televisyen. Ini terbukti dengan kewujudan siaranpay-per-view melalui ASTRO Showcase pada tahun 2001 atau kini lebih dikenali sebagai rangkaian Astro Box-Office. Kewujudan ini membolehkan pihak prod user menjual filem mereka selepas sebulan hingga tiga bulan selesai ditayangkan di pawagam. Contohnya. selepas filem Syukur 21 (2001), Gerak Khas The Movie (2001), Kuala Lumpur Menjerit (2002) dan Mami Jarum (2002) pemah ditayangkan

2

Page 3: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Analisis dan Perspektif Illdustri Home Video di Malaysia

dalam tempoh yang dinyatakan di atas. Kini, terdapat enam rangkaian televisyen percuma dengan dua daripadanya dimiliki oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Manakala TV3, TV8, Channel 9, dan Natseven TV Sdn Bhd (NTV7) kini dimiliki oleh Media Prima Sdn. Bhd.

Perkembangan tcknologi dan kewujudan pemain Video Casette Recorder (VCR) pada tahun 1980-an menyebabkan filem-fiIem tempatan dipindahkan ke format VHS. Kewujudan teknologi cakera padat pada tahun 1993 menyebabkan kini semua syarikat produksi filem tempatan menjual hak cipta pengedaran filem masing-masing dalam bentuk VCD kepada syarikat-syarikat pengedar seperti Speedy Video, Golden Satellite dan Music Valley. Dijangkakan pasaran home video terutama bagi filem tayangan pawagam yang dipindahkan ke format video akan terus berkembang selaras dengan perkembangan teknologi peralatan teater rumah.

Speedy Video Distributor Sdn. Bhd. yang memiliki rangkaian lebih dari 70 buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem tempatan dalam bentuk VHS dan cakera padat. Sebagai contoh, filem keluaran anak syarikat Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) iaitu Grand Brilliance seperti Penyu (1995), Sutera PUlih (1996), Lurah Dendam (1996), Azam (1997), Sate (1997), Baginda (1997), Puteri Impian (1997), PUleri Impian 2 (1998), Penyair Malam (1998), Jibon (1998), Badai Mantera (1998), Perempuan Melayu Terakhir (1999), Senario The Movie (1999), dan Burung Besi (1999) diedarkan oleh Speedy Video. Namun. kemunculan Golden Satelitte (M) Sdn. Bhd. menyebabkan syarikat tersebut kini mengambil alih peranan Speedy Video sebagai pengedar utama filem dalam bentuk VCD di Malaysia. Filem-fiIcm mutakhir keluaran Grand Brilliance seperti Senario Lagi (2000), Lagi-lagi Senario (2001) dan Seri Dewi Malam (2001) diedarkan oleh Golden Satellite. Daripada 46 buah filem yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga 2003, 50 peratus diedarkan oleh Golden Satellite (Rajah 1). Manakala Speedy Video hanya mengedarkan 28.3 peratus, diikuti oleh lain-lain pengedar sebanyak 15.2 peratus. Bakinya, 6.5 peratus atau tiga buah filem tidak diterbitkan dalam bentuk video.

GOLDEN

VIDEO SYARIKAT

7" 15'110

SPEEDY VIDEO

28%

Rajah 1: Peratusan pengedaran veo di Malaysia mengikut syarikat pengedar (200-2003)

3

Page 4: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Zairul Anuar Md. Dawam

Hak cipta dan pengedaran merupakan dua aspek yang berbeza dalam pengedaran home video. Namun, biasanya pengedar juga memegang hak cipta pengedaran atau menggunakan anak syarikat di bawahnya untuk mengedarkan VCD. Skop Productions yang dimiliki oleh pengarah dan pelakon, Yusof Haslam kini memegang hak cipta filem dalam format video melalui anak syarikatnya Skop Audio Visual Enterprise. Hak cipta pengedaran video filemnya Gerak Khas The Movie 2 dan Mr. Cinderella yang diterbitkan oleh Skop Productions dengan kerjasama Kuasatek Pictures, contohnya dimiliki oleh Skop Audio Visual Enterprise namun pengedarannya masih dilakukan oleh Golden Satellite. Selain itu, anak syarikat Home Video Distributor (HVD) iaitu Sendi Mutiara Entertainment Sdn. Bhd. yang terlibat mengedar filem tempatan juga memegang hak cipta pengedaran dalam bentuk video melalui Wayang Tinggi Marketing Sdn. Bhd. Filem Syukur 21 (2000), No Problem (2001) dan Mendam Berah; (2002) yang diedarkan di pasaran dalam format VCD merupakan filem edaran pengedar tersebut. VTR Network yang kini giat mengedarkan semua filem lama dalam bentuk VCD memegang hak cipta pengedaran melalui Cipta Video iaitu yang mempunyai kaitan dengan syarikatnya sendiri.

Pengedar lain yang terlibat mengedarkan filem tempatan yang ditayangkan di pawagam dalam bentuk VCD ialah Music Valley. Filem-fiIem yang diedarkan oleh Music Valley merupakan filem yang tidak mencatat kutipan box-office di pawagam. Filem tersebut ialah Dari Jemapoh ke Manchester dan Cinta Tiada Restu yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2001 dan 2002.

Selepas kewujudan cakera padat, pengeluaran filem dalam bentuk VHS semakin berkurangan. Malah, pad a pertengahan tahun 1990-an tiada lagi filem format VHS dikeluarkan. Bahkan, filem-fiIem lama juga kini diterbitkan kembali dalam format VCD untl1k pasaran home video. Menyedari filem-fiIem klasik masih mendapat sambutan penonton dan mempunyai pasaran, Music Valley telah mengedarkan semula filem-fiIem terbitan Show Brothers dalam format VCD pada tahun 2002. Sebanyak 175 buah filem terbitan Shaw Brothers diterbitkan semula dalam format VeD secara berperingkat-peringkat. Usaha ini diikuti oleh Winstar Video Distributor yang mcngedarkan filem-filem klasik terbitan Cathay Keris.

Filem tcmpatan dalam bentuk cakera padat biasanya berada di pasaran sebulan selepas tamat ditayangkan di pawagam. Bergantung kepada keyakinan pengedar bahawa sesebuah filem itu akan mencapai kutipan box-office, rundingan pembelian hak cipta an tara syarikat produksi filem dengan pengedar video kadang kala dilakukan awal iaitu sebelum filem tersebut ditayangkan di pawagam. Filem Soalnya Siapa? (2002) terbitan Serangkai Filem Holding misalnya dibeli oleh Golden Satellite sebelum filem tersebut siap penggambarannya (Habsah Hassan, 2003). Ini juga berlaku kepada filem-fiIem arahan keluaran Skop Productions dan

4

Page 5: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Analisis dan PerspektiJ [ndustri Home Video di Malaysia

Metrowealth Movies Sdn. Bhd. yang sering mencapai kutipan box-office. Keyakinan pengedar mengenai sesebuah filem itu berjaya mencapai kutipan box-office dan seterusnya mempengaruhi jualan cakera padatnya bergantung kepada beberapa faktor. Rekod jualan dan kutipan box-office filem terdahulu arahan pengarah yang sarna dan barisan pelakon popular menjadi antara kriteria

utama penilaian. Penjualan hak cipta pula dilakukan secara lump-sum dan bukan berdasarkan

royalti atau dikira mengikut kuantiti jualan VCD. Ini disebabkan kebanyakan

syarikat produksi filem tidak mahu mengambil risiko cetak rompak yang boleh mempengaruhijumlahjualan tersebut. Tempoh hak cipta pengedaran pula adalah

an tara tiga hingga lima tahun bergantung kepada rundingan syarikat produksi dengan pengedar. Selepas tempoh terse but tamat, hak cipta pengedaran video akan dikembalikan semula kepada syarikat produksi. Pihak produser atau syarikat produksi akan menerima bayaran di antara RM 150,000.00 hingga RM450,OOO.00.

Melalui penjualan hak cipta atau penghasilan filem dalam bentuk home video hal ini dapat membantu pihak prod user menampung kos produksi yang dibelanjakan atau tidak dapat dikutip sepenuhnya melalui kutipan pawagam. Ini

dilakukan oleh Raja Azmi yang menerbitkan kembali filem dalam format VCD filem Cinta 200 Ela (2002) dengan harapan dapat mengurangkan kerugian kerana kutipan pawagam yang rendah (Utusan Malaysia, 2002). Presiden Bersama Miramax Films, Harvey Weinstein juga menggambarkan bahawa pasaran home video juga boleh menutup kerugian kutipan di pawagam. Katanya:

Filem yang tidak berjaya di pawagam, kita boleh pas ark an dalam bentuk home video. Kita akan memperolehi USD22 hingga USD23

juta bagi filem Kate & Leopold bagi pusingan pertama pasaran domestik, dan kita anggarkan akan memperolehi USD30 juta untuk beberapa tahun.

(Hettrick, 2(02)

Perkembangan pasaran home video juga dapat dilihat berdasarkan usaha pihak pengedar untuk menerbitkan semula filem-fiIem tempatan yang diterbitkan pada tahun 1980-an dalam bentuk cakera padat. Antara syarikat yang paling giat menerbit dan mengedarkan semula filem lama ialah Music Valley Sdn. Bhd., Teliwa,

VTR Network dan Winstar Video Distributor. Selain itu, terdapat syarikat-syarikat lain yang terlibat mengedarkan filem-filem lama dalam bentuk cakera padat ini iaitu Pumama Girang Sdn. Bhd., Naza Distributor, Multimedia Entertainment Sdn. Bhd .• Circuit Vision dan Lokasari (M) Sdn. Bhd. Antara filem lama pada akhir tahun 1980-an dan awal 1990-an yang sebelum ini dalam format VHS dan

5

Page 6: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Zairui Anuar Md. DaM/am

diedarkan semula dalam format VCD ialah filem keluaran Fuego Productions Sdn. Bhd. seperti Hantu Siang (1986), Guru Badul (1988), Riang Tirana (1990) dan Adik (1990) yang diedarkan oleh Pumama Girang dan Hero (1989) manakala filem Kembar Siam (1989), Awang Spanar (1990) dan OK (1990) yang diterbitkan oleh SV Productions pula diedarkan oleh Teliwa Video-CD (Zairul Anuar Md. Dawam, 2(04).

Selain itu, Syarikat Music Valley juga didapati aktif mengedarkan filem­filem lama yang pernah ditayangkan pada sekitar tahun tahun 1970-an, 1980-an dan awal 1990-an. Kini syarikat ini mempunyai hak pengedaran semula filem­filem lakonan Mr. Os dan AR Badul selain Purnama Girang.

Usaha penerbitan semula dalam bentuk video bukan hanya melibatkan filem lama yang ditayangkan di pawagam. Kini, usaha untuk menerbitkan drama­drama yang pemah disiarkan melalui televisyen untuk pasaran home video giat dilakukan. Antara syarikat yang aktif mengedarkan semula cereka televisyen ini ialah Vision Blockbuster Group Network Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Motion Planet Production Sdn. Bhd., PMP Entertainment (M) Sdn. Bhd. dan Zetbase Entertainment Sdn. Bhd. Antara drama televisyen yang diterbitkan semula untuk pasaran home video ialah Meena Meenaehi, Meneari Jalan Pulang, SebualJ Pelayaran, Impian Suraya, Perempuan Seorang Sutradara, Siapa Tunang Atuk. Rimba Berdarah, Mutua oh Mutua. Tuan Rumah. dan Filrah Fitri. Najwa. Misteri Banglo Puteh. dan Che Mat.

Penerbitan drama bersiri popular dan sitkom dalam bentuk VCD yang pemah disiarkan oleh TV3 juga dilakukan. Antara drama tersebut ialah Cinderella. Salam Taj Mahal dan Romeo &: Juliet yang diterbitkan oleh Kuasatek Pictures. Drama-drama bersiri lain ialah Maria Mariana terbitan Skop Productions. Pi Mai Pi Mai Tang Tu terbitan Cinematic dan Senario terbitan TV3 sendiri. Malah, siri popular Kopitiam yang pernah disiarkan di NTV7 dan Skuad Elit yang ditayangkan di RTM kini juga boleh diperolehi dalam format VCO. Selain anak syarikat TV3 iaitu Grand Brilliance yang terlibat dalam proses pengedaran. TV3 juga melantik pihak lain iaitu Winstar Video Distributor sebagai pengedar VCD tersebut.

Sebenarnya aliran penerbitan semula ini menjadi semakin rancak iaitu kesan daripada perkembangan pasaran filem berbentuk telemovie yang dihasilkan secara direct-to-video (OTV) atau filem yang dihasilkan khusus untuk pasaran home video. Filem yang dihasilkan secara OTV ini mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 200 1 oleh Motion Planet melalui anak syarikatnya Cine Art Productions. Kemunculan telemovie Blok 404 yang dihasilkan secara DTV itu merupakan titik tolak perkembangan pasaran OTV di Malaysia sekali gus kepada usaha penerbitan semula siri dan telemovie yang pernah disiarkan di televisyen dalam format VCD.

6

Page 7: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Analisis dan PerspekJij Induslri Home Vuieo di Malaysia

DTV

DTV juga dikenali sebagai straight-to-video dan made-for-video. Istilah ini

merujuk kepada usaha menerbitkan filem khusus untuk pasaran home video. Filem yang diterbitkan untuk pasaran home video ini tidak ditayangkan di pawagam. Kemunculan pasaran DTV bermula apabila penerbit menghadapi masalah mendapatkan pengedar bagi menayangkan filem mereka di pawagam. Selain kesukaran mendapatkan pengedar, pasaran DTV juga dapat mengelakkan

penerbit daripada dimanipulasikan oleh pengedar melalui pembahagian kutipan box-office. Selain itu, kos penghasilan filem secara DTV adalah relatif rendah berbanding filem untuk tayangan pawagam. Purata kos produksi penghasilan

filem secara DTV di Hollywood contohnya antara USD15 juta. Kos ini rendah berbanding produksi filem untuk tayangan pawagam yang memerlukan belanja sebanyak USD80 milion dan USD I 00 milion.

Perkara ini juga dinyatakan oleh Jeff Fino, Pengerusi Eksekutif Wild Brain Inc. iaitu sebuah studio yang banyak menghasilkan siri animasi untuk syarikat filem seperti Universal. Twentieth Century Fox. Disney, DreamWorks, Warner Bros, Nickelodeon, Cartoon Network, dan Oxygen Inc. Beliau yang terlibat menghasilkan sekuel animasi FernGully (1997) terbitan 20th Century Home Entertainment bagi pasaran DTV telah menyentuh cara DTV boleh menghasiIkan keuntungan kepada pihak produser dengan kos penerbitan yang rendah. Katanya:

... aspek kewangan merupakan faktor utama penerbitan DTV. Katakan kos penerbitannya adalah USD4 juta. Untuk filem seperti

Ferngully adalah tidak mungkin anggaran jualannya hanya 4 juta. Jika kita menjualnya RMI5 per kaset, hasiljualannya adalah USD60

juta. Memang wujud kos pengeluaran, pengedaran, pengiklanan dan lain-lain, namun kos tersebut tidaklah setinggi filem yang ditayangkan di pawagam.

(Johnston, 1997)

Di Hollywood, penghasilan filem secara DTV atau straight-to-video pada awalnya bertujuan untuk mendapat keuntungan dengan pantas. Pasaran ini dianggap sebagai pasaran kelas kedua. Namun, titik tolak yang berlaku pada tahun 1994 telah mengubah persepsi industri ten tang pasaran home video secara DTV. Graser (1999) menyatakan, pasaran DTV telah lama dipandang rendah iaitu sebagai sebuah industri yang dipenuhi oleh filem aksi yang memiliki bajet dan kualiti yang rendah. Bagaimanapun, sejak sekuel Aladdin - The Return of lafar

7

Page 8: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Zairul Anuar Md. Dawam

dihasilkan secara DTV pada tahun 1994 keadaan telah mengubah industri filem Hollywood yang selama ini memandang rendah keupayaan pasaran video dalam menjana pendapatan syarikat. Filem Aladdin yang telah dijual sebanyak 10 juta unit telah menarik syarikat filem untuk menghasilkan filem secara DTV dengan bajet yang lebih besar menggunakan pelakon terkenal.

Aliran menghasilkan filem khusus untuk pasaran home video cenderung untuk filem-filem sekuel dan prekuel terutama filem animasi. Selain sekuel Alladin, The Return of lafar (1994) dan Aladdin and the King of Thieves (1996), filem sekuellain seperti Lion King II: Simba's Pride, (Oktober 1994), Pooh's Grand Adventure: The Search for Christopher Robin (1997), The Little Mermaid II (September 2000), filem prekuel Hercules: Zero To Hero (1999), Joseph. King of Dreams (November 2000), Buzz Ughtyear of Star Command: The Adventure Begins (Ogos 2000) dan ban yak lagi dihasilkan secara DTV. Malah, penerbitan secara DTV juga tidak terhad kepada filem animasi atau filem gred B sahaja. Filem-filem sekuel bukan animasi seperti K-9, Dragonheart, Addams Family Reunion, Tremors Two: Aftershocks. dan Honey. We Shrunk Ourselves turut dihasilkan secara DTV.

Kini, semua syarikat besar di Hollywood terutama studio mempunyai bahagian home video sendiri iaitu Walt Disney Home Video, Universal Home Video, MGM Animation, 20th Century Home Entertaiment dan Warner Home Video bagi menerbitkan filem untuk home video khususnya DTV. Fenomena ini wujud akibat pasaran DTV menjana pUlangan pelaburan yang tinggi. Ini dinyatakan oleh Louis Feola, presiden Universal Family and Home Entertainment Production. Di Amerika Syarikat, DTV menghasilkan USD IS juta dan kutipan ini melebihi USD3 juta daripada pasaran runcit industri muzik (Dennis, 1998).

Bukti bahawa pasaran DTV menjana pulangan keuntungan dengan ban yak boleh dilihat berdasarkan pUlangan Walt Disney yang memperolehi lebih USDI bilion melalui penghasilan kira-kira 22 buah filem secara DTV (Groves, 2(02).

DTV DI MALAYSIA

Di Malaysia, Motion Planet melalui anak syarikatnya iaitu Cineart Productions merupakan pelopor bagi pasaran home video berbahasa Malaysia yang dihasilkan secara DTV. Di Malaysia, filem yang dihasikan untuk pasaran DTV ini juga dikenali sebagai telemovie (television movie) berbentuk VCD. Ini disebabkan durasi filem yang dihasilkan dalam bentuk video cakera padat ini lebih pendek iaitu 75 minit hingga 90 minit berbanding filem tayangan pawagam yang mengambil masa kira­Idra duajam. Kos penghasilan telemovie DTV ini juga lebih rendah berbanding penghasilan filem untuk tayangan di pawagam. Telemovie DTV Blok 404 dan

8

Page 9: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Analisis dan Perspeklif Induslri Home Video di Malaysia

Neurose Dew; contohnya dihasilkan dengan anggaran kos RM 180,000.00. Filem­filem yang dihasilkan untuk tayangan pawagam pula memerlukan belanja an tara RM800,OOO.00 hingga RM 1.3 juta. Malah, kos pembikinan filem untuk tayangan

pawagam ini menjadi semakin tinggi jika berbentuk period movie atau aksi. Filem Embun dan Paloh yang dihasilkan oleh Filem Negara dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) contohnya mempunyai belanja

melebihi RM3 juta. Sambutan telemovie DTV ini amat baik. Filem Kern 505 yang juga diterbitkan

pada tahun 2002 oleh Cineart Productions contohnya, berjaya mencecah jualan sebanyak 30,000 unit dalam masa seminggu dipasarkan dan sebanyak 8S,000 unit selepas sebulan dipasarkan (Utusan Malaysia, 2(02). Mengambil kira harga jualan sebanyak RMI6.90, maka jumlah jualan kasar telemovie DTV tersebut

adalah sebanyak RM I ,436,500.00. Ini berdasarkan anggaran kos pembikinannya sebanyak RM200,OOO.00. Dengan kata lain, pulangan yang diterima adalah sebanyak tujuh kali ganda. Pulangan ini adalah tinggi berbanding hasil kutipan filem-fiIem lain yang ditayangkan di pawagam. Filem Lagi-lagi Senario dan Sembilu 2 yang mencatat sejarah sebagai filem yang mendapat kutipan tertinggi dalam industri perfileman tempatan contohnya, hanya mencatat keuntungan

kira-kira enam dan empat kali ganda. Ini berdasarkan kutipan kasar kedua-dua filem tersebut sebanyak RM6 juta manakala kos pembikinan filem tersebut kira­kira RM950,OOO.OO bagi Sembilu 2 dan kira-kira RM I.S juta bagi Lagi-lagi Senario. Anggaran kos kebanyakan pembikinan telemovie DTV yang tidak menggunakan kesan khas adalah di bawah RM50,OOO.00 (tidak termasuk kos promosi). Ini berdasarkan bentuk penghasilannya sarna dengan telemovie yang dijual di rangkaian televisyen seperti RTM yang hanya memerlukan belanja di bawah RMSO,OOO.OO dengan waktu penggambaran antara enam hingga 10 hari.

Kejayaan Cineart Productions menghasilkan tclemovie DTV menyebabkan

beberapa syarikat menurutjejak langkah syarikat tersebut. Syarikat BoomMax Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Frankie Cheah yang pernah bekerja di syarikat rakaman BMG Music merupakan syarikat kedua aktifselcpas Cineart Productions. Bermula dengan Igau (September 2(02), Aku Kaya (Oktober 2002), Salria Maya (Disember 2002), Syair Si Pari-pari (Disember 2002) dan Champion (Februari 2(03), sehingga tahun 2003. BoomMax dengan kerjasama syarikat lain telah menerbitkan dan bertindak sebagai pengedar bagi 13 buah telemovie DTV. Jika Cineart Productions cenderung menggunakan pengarah berbangsa Cina seperti Silver Chung, Jason, Eric Chong dan Ah Lun, BoomMax pula menggunakan

pengarah berbangsa Melayu. Selain Silver Chung yang mengarahkan telemovie Igau dan Salria Maya, BoomMax juga telah memberi peluang kepada Murali Abdullah untuk mengarahkan telemovie DTV Aku Kaya dan Along Kamaruddin

9

Page 10: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Zairul Anuar Md. Dawam

untuk Syair Si Pari-pari. Syarikallain yang turut mengikut jejak ini ialah VTR Network yang menghasilkan telemovie DTV Berlagak (2001) dan Penanlian

Satu Harapan (2001). Syarikat produksi yang dahulunya menerbitkan filem dan drama untuk

televisyen juga mula meneroka pasaran DTV. Antaranya ialah Syarikat Eurofine (M) Sdn:Bhd. yang menghasilkan telemovie DTV bertajuk Impian XXL dengan kerjasama pengedar Golden Satellite. Selain itu, KiraWang Sdn. Bhd. yang sebelum ini juga menghasilkan penerbitan drama untuk siaran televisyen turut menghasilkan tclemovie DTV Cik Pon Mr. Drac (2003) arahan Along Kamaruddin. SV Productions yang selama ini menerbitkan filcm tempatan untuk tayangan pawagamjuga telah menghasilkan tiga telemovie DTV bertajuk Siapa Tak Sayang Bini I dan /I dan Bapak Borek Anak Rinlik. Sambutan baik pasaran telemovie DTV ini juga telah menarik minat syarikat luar negara. Contohnya, syarikat produksi dan Singapura iaitu Vantage Pictures Ptd. Ltd., telah menerbitkan telemovie DTV bertajuk Mama Kila Papa Awak (2002) dengan barisan gabungan artis Malaysia dan Singapura iaitu SalIeh Yaakob dan Didie Alias bersama Era Faridah.

Di Sabah dan Sarawak, perkembangan telemovie DTV ini juga semakin rancak. Industri ini telah dimulakan oleh Syarikat Tiew Brothers Company yang menerbitkan telemovie DTV bertajuk Beserara Enggau Air Mara (2000). Selain itu, terdapat sebuah lagi syarikat yang aktif menghasilkan DTV. Syarikat Abang Osman Ayu Ent. Sarawak Sdn. Bhd. telah menghasilkan empat telemovie DTV iaitu Anak Tarzan (200 1), Anak Tarzan 2 (2002). My Tambang (2003) dan Jesnila (2003). Manakala di Sabah telemovie DTV yang pertama diterbitkan oleh Skyline Enterprise bcrtajuk Orang Kita (2003). Skyline kemudian menghasilkan telcmovie DTV bcrtajuk Ampal (2004) yang mengandungi beberapa cerita pendek di dalamnya. Telemovie DTV kedua adalah Proton Saga Kelabu (2003) yang diterbitkan oleh Jawat Pelangi. Kemudian BUMC Records telah menerbitkan Piniupusan atau Percintaan (2003).

Sambutan baik daripada audien tempatan menyebabkan individu dan syarikat yang selama ini aktif atau terlibat dalam pembikinan drama telah mengembangkan operasinya di Sabah. Antaranya ialah pengarah Francis Gitom dan T.S. Jeffrey yang menghasilkan Huminodun (2004) dan Gali Lubang Tutup Lubang (2004). Pengedar yang beroperasi di Kuala Lumpur iaitu VTR Distributor juga telah bekerjasama dengan syarikat pengedar video dan kasel di negeri Sabah, Chew Lee Video Library dan Say Productions dengan menghasilkan telemovie DTV bertajuk Cinra Cadis Tamparuli (2004) dan Cinta Silang kala

(2004) bersama dengan album karaoke penyanyi tempatan, Justin Lusah.

10

Page 11: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Analisis dan PerspektiJ Industri Home Video di Malaysia

Penglibatan syarikat-syarikat rakaman muzik dalam industri ini juga merupakan satu perkembangan yang menarik syarikat rakaman tersebut termasuklah Fantasy Music City (FMC). New Southern Records (NSR). Suria Records. (M) Sdn. Bhd., dan Life Records. Penglibatan syarikat rakaman dalam industri ini bertujuan mencari ahernatifpasaran baru akibat kemerosotan industri muzik tempatan. Melalui penglibatan ini juga menyebabkan artis yang bernaung di bawah syarikat tersebutjuga telah diberi peluang menjadi pelakon di samping untuk menambah pendapatan masing-masing. Antaranya ialah Kumpulan Spin, Syura, Siti Nordiana. Kumpulan New Boyz. Kumpulan Hoboy dan XPDC. Ini dinyatakan oleh Pengurus A&R syarikat rakaman FMC, Fatah Hasan iaitu penerbitan VCD bertujuan membantu artis-artis naungan di bawah syarikat tersebut untuk mendapatkan sumber pendapatan lebih yang baik akibat penjualan album dan CD artis yang masih di tahap sederhana. Malah. kejayaan pasaran telemovie DTV seperti Blok 404 dan Aku Kaya juga antara faktor yang telah menarik minat syarikat rakaman untuk menceburi bidang tersebut. Ternyata penjualan yang baik ini dicatatkan oleh FMC apabiJa Telemovie DTV Demi dan Helah mencatat jualan hampir 100.000 unit. Telemovie DTV lain seperti Prahara terjuallebih 50.000 unit. Paling Cornel (45.000 unit). Kami Tak Bodoh 1 (25.000 unit) dan Pelakon Popular (20.000 unit).

Syarikat rakaman yang terlibat dalam industri home video mempunyai kelebihan dari aspek pengedaran. Pengalaman dan hubungan baik dengan peruneit dalam mengedarkan kaset dan cakera padat muzik sebelum ini merupakan kelebihan syarikat terbabit. Justeru. semua syarikat terse but menjadi pengedar kepada telemovie DTV yang diterbitkan. Malahan. Syarikat NSR juga turut mengedarkan telemovie DTV dua buah syarikat lain. Telemovie DTV ini ialah Sayangnya Liya (2003) dan Cinta KLCC (2003).

KANDUNGAN DAN BILANGAN PENERBITAN

Bermula pad a tahun 2000 hingga 2003, dianggarkan kira-kira 100 buah telemovie telah dihasilkan (Jadual 1). Pada peringkat awal iaitu pad a tahun 2001 hingga 2002. hanya tiga buah syarikat terlibat dalam penghasilan telemovie DTV. Syarikat tersebut ialah Motion Planet Production, VTR dan sebuah syarikat di Sarawak. Jumlah telemovie DTV yang dihasilkan hanya sebanyak lapan buah. Namun. jumlah ini telah meningkat secara drastik kepada 20 buah pad a tahun 2002 dan akhirnya melebihi 70 buah pada tahun 2003.

11

Page 12: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Zairul Anuar Md. Dawam

Jaduall: Terbilan lelemovie DTV

SYARIKAT BIL PRODUKSVfAHUN 2000 2001 2002 2003 Jumlah

1. CINEARTS - 5 6 2 13

2 BOOM AX + PMP ( i buah - - 5 8 13

3. FMC - - 2 6 8

4. NSR - - 1 2 3

5. SRC - - 1 1 2

6. UFERECORD - - - 2 2

7. VTR + act vision - 2 1 I 4

8. MUSICVAU.EY - - - 2 2

9. SV PRODUcnON - - - 3 3

10. AUDIO ONE - - - I 1 Herbil •• benam. d,a T.d -,

11. Nl.E SERVICES - 1 2 3

12. SENDI MlITIARA DAN - - - 3 3

ACE MOTION PICTURES

13. SABAH DAN SARAWAK I I I 5 8

14. LAIN·LAIN SYARIKAT - - 2 34 36

JUMLAH 1 8 ~ 11. 10l

Sumber: Zairul Anuar Md. Dawam. 2004. Katalog dan Analisis Industri Home video di Malaysia 2000·2003. Penyelidikan Skim Fundamental UMS 2004.

Kemunculan pasaran DTV ini telah menggalakkan kemunculan lebih banyak syarikat produksibaru. Kos penerbitan yang rendah dan penggunaan teknologi digital antara faktor yang mempengaruhi kemunculan ini. Malah. syarikat produksi baru mendominasi lebih 90 peralus penghasilan telemovie DTV yang dihasilkan dari tahun 2000 hingga 2003. Hanya beberapa buah syarikat iaitu Kirawang Sdn. Bhd .• Eurofine Sdn. Bhd. dan SV Production merupakan anlara syarikat produksi yang telah lama bergiat dalam industri filem dan penerbitan rancangan televisyen.

12

Page 13: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Analisis dan Perspektif lndustri Home Video di Malaysia

Pe\opor telemovie DTV berbahasa Malaysia iaitu Motion Planet Productions (MPP) telah memulakan industri ini dengan baik. Syarikat ini telah memberi satu tanda aras terutama dari aspek kualiti penerbitan. Telemovie DTV yang dihasilkan oleh MPP menyamai kualiti penerbitan filem terutama dari aspek audio dan visual. Malah penggunaan kesan khas melalui imej janaan komputer (CGI) dilakukan olch MPP melalui telemovie DTV aksi purba bertajuk Pendekar-The Movie

(generasi baru) pada tahun 2002. Kesungguhan MPP untuk menghasilkan DTV yang berkualitijelas ditunjukkan apabila syarikat tersebut telah membelanjakan kira-kira RM 120,000.00 hingga RM3oo,000.00 untuk menghasilkan penerbitannya. Jangka masa penggambaran juga melebihi satu bulan.

Namun, dari segi tema dan bentuk, telemovie DTV yang dihasilkan oleh MPP mempunyai pengaruh filem Hong Kong dan Hollywood. Genre atau bentuknya cenderung kepada thriller dan aksi yang memaparkan kisah pembunuhan. Pengaruh Hollywood juga menyebabkan sebuah telemovie DTVnya bertajuk Pukau juga mempunyai jalan cerita yang sarna dengan scbuah filem Hollywood iaitu Shallow Hal.

Bentuk dan jalan cerita yang memaparkan aksi dan keganasan juga telah menyebabkan dua buah telemovie DTV terbitan MPP iaitu Tangisan Romeo dan Zon 606 menghadapi masalah untuk diedarkan di pasaran. Tangisan Romeo contohnya terpaksa melalui proses suntingan semula. Telemovie DTV ini akhimya ditukar tajuk kepada Lambaian Mawar Putih dan dikategorikan sebagai U sebelum dipasarkan. Masalah yang sarna juga berJaku apabila telemovie DTV bertajuk Zon 606 mengalami masalah yang sarna sebelum bolch dipasarkan pada Jun 2004. Kedua-dua telemovie DTV ini sebelumnya tclah diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem kerana terdapat beberapa adegan ganas dan memaparkan adegan yang dikhuatiri menjejaskan akidah. Namun, MPP juga telah melakukan usaha untuk menerbitkan tclemovie DTV yang mendekati persoalan berkait dengan budaya tempatan. Ini telah dilakukan melalui telemovie DTV bertajuk Ampunkan Dosaku (2003) yang skripnya ditulis oleh pelakon Rozie Rashid.

MPP tidak begitu aktif menghasilkan telemovie DTV selepas kemunculan ban yak syarikat produksi baru. Pada tahun 2003, MPP hanya menghasilkan dua buah telemovie DTV berbanding lima buah pad a tahun 2001 dan enam buah pad a tahun 2003.

Kemunculan syarikat produksi yang ban yak menyebabkan industri ini telah mengalami beberapa perubahan. Selain dari segi kuantiti, perubahan tersebut juga melibatkan aspek kualiti penerbitan yang semakin menurun. Kejayaan telemovie DTV Aku Kaya yang mencecah jualan melebihi 100,000 unit dengan teknik pcnggambaran dan pcnceritaan yang sederhana memberi persepsi dan idea baru kepada syarikat produksi lain. Jika sebelum ini MPP dan beberapa

13

Page 14: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Zilirul Anuar Md. Dawam

DTV awallain telah dihasilkan dengan kos yang tinggi dan masa penggambaran melebihi sebulan, persepsi ini telah berubah. Kejayaan Aku Kaya membuktikan bahawa telemovie DTV bolch dihasilkan dcngan cerita dan teknik penggambaran yang sederhana serta kos yang rendah. Malah, kos yang rendah bermakna kos pelaburan juga akan berkurangan. Kesannya, lebih 80 peratus telemovie DTV yang dihasilkan mempunyai kualiti yang rendah dengan tahap mas a penggambaran an tara tujuh hingga 10 hari sahaja. Jika mengambil kira tempoh penggambaran dengan teknologi yang digunakan, temyata telemovie DTV yang

dihasilkan telah menyamai atau lebih rendah mutunya berbanding telemovie yang disiarkan di televisyen. Ini terbukti apabila telemovie DTV yang dihasilkan

tidak mempunyai skrip yang baik dan mutu audio serta visual yang rendah. Malah terdapat beberapa telemovie 'menipu' audien dengan meletakkan tajuk dan imej yang menggambarkan sebuah cerita genre seram tetapi jalan ceritanya tidak sehebat seperti yang dipromosikan.

Fenomena ini menyebabkan perkembangan telemovie DTV di Malaysia sarna seperti perkembangan awal yang berlaku Hollywood. Dengan kata lain. produksi DTV di Malaysia sehingga kini masih dianggap sebagai industri

penerbitan kelas kedua. Ini disebabkan kos dan mutu penerbitannya yang rendah. Para penerbit menjadikannya sebagai pasaran yang boleh memberi keuntungan pantas melalui pelaburan yang minima berbanding penerbitan filem. Beberapa orang penulis dan pengkritik filem juga telah mengkritik mutu penerbitan telemovie DTV ini. Ku Seman Ku Hussain (2003), menyatakan tidak hairanjika sejumlah besar drama VCO bersifatterlalu murahan. Sarna ada dari aspek cerita dan pembikinan, drama VCD telah membawa penon ton kembalijauh ke belakang. Kolumnis hiburan Siti Jarum turut mengkritik bahawa syarikat produksi tidak jujur dalam menghasilkan telemovie DTV. Katanya, "mereka (penerbit) hanya tengok duit dan menjual VCD ham pas kepada peminat" (Siti Jarum, 2(03).

Bagaimanapun, terdapat juga usaha untuk mengangkat martabat industri ini dengan menghasilkan hasil penerbitan bermutu dengan kos pelaburan yang tinggi. Syarikat Sendi Mutiara Entertainment dengan kerjasama ACE Motion Pictures yang dimiliki oleh Aziz M. Osman contohnya tclah menerbitkan telemovie DTV bertajuk Cinla 3 Musim (2003) yang dihasilkan secara liga siri. Siri telemovie DTV ini dikatakan memerlukan belanja sebanyak RM 1.8 jula termasuklah kos promosi (Joha Ahmad, 2003). Kesungguhan beberapa orang penerbit tempatan

juga dilakukan melalui telemovie DTV Skuad Elit·Edis; Khas (2003) yang diterbitkan oleh Cosmovision Production Sdn. Bhd. Walaupun terdapat beberapa

kelemahan dari aspek lakonan dan cerita, kesungguhan Cosmovision jelas apabila syarikat tersebut sanggup melabur kos yang tinggi untuk menghasilkan kesan khas teknik animasi adegan menembak yang menyerupai filem Matrix.

14

Page 15: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Analisis dan Perspektif Industri Home Video di Malaysia

Kejayaan telemovie DTV Aku Kaya menyebabkan telemovie berbentuk

komedi telah membanjiri pasaran. Buktinya dari 13 buah telemovie DTV yang dihasilkan atau diedarkan oleh BoomMax. tujuh daripadanya adalah berbentuk komedi. Begitujuga dengan telemovie DTV yang dihasilkan oleh FMC dari tahun 2002 hingga 2003 iaitu lima daripada lapan buah adalah berbentuk komedi. Perkara yang sarna turut dilakukan oleh SV Productions iaitu ketiga-tiga telemovienya berbentuk komedi. Selain komedi. bentuk telemovie DTV yang dihasilkan ialah

thriller. seram. romantik dan drama.

HARGADANPENGEDARAN

Terdapat beberapa bentuk harga jualan runeit bagi telemovie DTV. Lazimnya harga runcit bagi telemovie DTVadalah di sekitar RM14.90 hingga iaitu RM21.90. MMP contohnya, telah meletakkan dua daripada 13 buah DTVnya iaitu Neurose

Dewi dan Pukau dengan harga RM 19.90. Manakala yang lain-lain pula berharga RM 16.90. Perletakan harga yang sarna juga telah dilakukan oleh pengeluar lain. Namun. terdapat perlctakan harga runcit yang melebihi RM19.90. Telemovie DTV

Cinla 3 Musim contohnya berharga RM21.90. Selain itu. telemovie DTV yang dihasilkan di Sabah dan Sarawak juga dijual pad a harga yang sarna. Sebagai contoh. harga jualan runcit Prolon Saga Kelabu adalah RM21.90 dan Piniupusan

pula RM23.90. Jika Cinla Tiga Musim mengandungi 3 CD. harga telemovie Piniupusan ini terIalu mahal kerana hanya mengandungi sekeping VCD.

Prod user atau syarikat produksi mempunyai beberapa cara untuk mengedarkan produk telemovie DTV yang diterbitkan. Pertama adalah melalui penjualan secara lump-sum kepada pengcdar dengan harga yang dipersetujui

bersama. Cara ini sarna dengan cara yang dilakukan oleh syarikat fiJem yang menjual hak cipta pengedaran filem dalam format VCD. Hargajualan telemovie DTV bergantung kepada kos penerbitan dan keyakinan pengedar mengenai potensi pasaran DTV tersebut. Melalui cara ini syarikat produksi tidak menanggung sebarang risiko seperti cetak rompak. Risiko dan keuntungan hasil penjualan akan diperolehi oleh pengedar yang akan mengedarkannya kepada pemborong. Malah. dari segi label pembungkusan nama dan logo syarikat pengedar lebih ditonjolkan berbanding syarikat produksi yang menghasilkan

DTV terse but. Kedua. syarikat produksi akan melantik pengedar yang akan mengedarkan

DTV tersebut tanpa menjual hak eipta pengedarannya. Keuntungan yang diperolehi oleh syarikat pengeluar adalah berdasarkan kuantiti yang dijual. Bayaran kepada pengedar pula adalah berdasarkan margin jualan yang dipersetujui bersama. Sebagai contoh. jika syarikat meletakkan harga jualan

15

Page 16: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Zaind Anuar Md. Dawam

sebanyak RMS.OO sebuah kepada pengedar dan pengedar menjualnya kepada pemborong sebanyak RM 12.00 maka pengedar akan memperolehi RM4.00 bagi setiap VCO DTV yang dijual. Pengedar tidak menanggung sebarang risiko kerana hanya bertindak sebagai pengedar. Malah. cara kedua ini memberi risiko yang tinggi kepada syarikat produksi. Ini disebabkan kuantiti penjualan sukar dipantau. Syarikat produksi juga terdedah kepada ancaman cetak rompak yang boleh mempengaruhi kuantiti jualan. Terdapat sesetengah produser mendakwa bahawa pengedar boleh memanipulasikan jualan. tidak membantu sepenuhnya usaha mempromosi dan mengedarkan produk tersebut kepada peruncit. Cara ini memerlukan kepercayaan dan kerjasama yang tinggi an tara syarikat produksi dan syarikat pengedar. Namun begitu. jika kuantiti jualan tinggi. cara kedua ini mampu memberi keuntungan yang tinggi berbanding dengan cara yang pertama.

Ini disebabkan hasil penjualan hak cipta kepada pengedar adalah rendah. Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa produser bumiputera yang berusaha untuk melakukan pengedaran mereka sendiri dengan berurusan seeara langsung dengan pemborong. Ini bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh pengedar.

Cara ketiga ialah melalui kerjasama penerbitan antara syarikat produksi dengan syarikat pengedar. Ini telah dilakukan oleh Eurofine Sdn. Bhd. yang telah

bekerjasama dengan Golden Satellite untuk menerbitkan Impian XXL melalui pembahagian modal pelaburan adalah 50/50. Melalui kerjasama tersebut. Eurofine telah menguruskan penerbitan dan aspek pengedaran dilakukan oleh Golden Satellite.

Harga runeit CO dan VCO yang tinggi merupakan an tara faktor yang mempengaruhi gejala eetak rompak. Berbanding dengan harga tulen VCO bagi filem dan OTV iaitu RM16.90 dan RMI9.90. harga eetak rompaknya hanyalan sebanyak RM5.oo. Malah. bagi industri rakaman harga CO tempatan juga tinggi iaitu sekitar RM29.90. Harga yang tinggi ini dikatakan berpunea daripada tindakan pengedar. Pihak pengedar dikatakan meletakkan harga sesuka hati sehingga

menjadi terlalu mahal dan ada kalanya menjangkau tiga kali ganda daripada harga borong yang diambil daripada pengusaha. Timbalan Presiden Persatuan Karyawan. Freddie Fernandez juga menyatakan langkah pengedar menaikkan harga bukan sahaja menyebabkan kejatuhan kuantiti jualan yang drastik tetapi telah meningkatkan kegiatan eetak rompak (Utusan Express. 2(03).

Berdasarkan pembahagian peratusan dari harga sekeping VCO. pengilang akan memperolehi 15 peratus. pengedar 30 peratus. pemborong 15 peratus dan peruneit adalah 40 peratus (Serena. 2(03). Berdasarkan pembahagian peratusan, temyata pengedar dan peruneit memperolehi pembahagian keuntungan yang

tinggi. Namun, menurut Pengurus Golden Satellite, Serena Moi menyatakan terdapat beberapa kos yang ditanggung oleh pihak pengedar yang mempengaruhi harga VCD. Antaranya pengedar terpaksa menanggung kos hologram 'original'

16

Page 17: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Analisis dan Perspektif lndustri Home Video di Malaysia

yang diwajibkan oleh Kementerian Perdagangan Oalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPONHEP) berharga RMO.20 dan sijil B yang dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem berharga RM 1.10.

Harga yang ditetapkan juga berbeza antara pengedar dengan pengedar yang lain. Hal ini bergantung kepada harga jualan runcit. Sebagai contoh, bagi harga runcit telemovie OTV berharga RM 16.90 pemborong memperolehinya dengan harga RM 11.10 (Chew Lee Video, 2(03). Sclain itu, harga turut dipengaruhi oleh margin keuntungan yang ingin diperolehi oleh pengedar. Contohnya, harga VCO yang diperolehi oleh pemborong daripada Golden Satellite lebih tinggi berbanding Speedy Video. Walaupun pemborong memperolehi harga yang berbeza, hal ini tidak mempengaruhi harga jualan runcit iaitu RM 16.90 dan RM 19.90. Berdasarkan temu bual dengan pemilik kedai dan pemborong di sekitar Kota Kinabalu, berikut adalah contoh harga sekeping VCO yang diperolehi oleh pemborong daripada pihak pengedar:

HARGA VCD: RM19.90

RM12.70 PEMBORONG (termasuk kos pengangkutan ke Sabah sebanyak RMO.50)

RM13.70 PERUNCIT

RMI9.90 PEMBELIIHARGA RUNCIT

HARGA VCD RM16.90

RMll.lO PEMBORONG (termasuk kos pengangkutan ke Sabah RMO.50)

RM12.1O PERUNCIT

RMI6.90 PEMBELIIHARGA RUNCIT

17

Page 18: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Zairul Anuar Md. Dawam

Titik pulang modal (break even) bagi seorang produser bergantung kepada kos penerbitan sesebuah OTV. Jika kos penerbitan sebanyak RM 150,000.00, maka menerusi penjualan secara borong dengan harga RMS.OO sekeping, produser memerlukan penjualan sebanyak 19,000.00 unit. Namun. kos sebenar penerbitan VCO ini sukar diketahui kerana pihak yang terlibat dalam industri home video dan syarikat rakaman sering merahsiakan kos sebenar penerbitan. Inilah yang dihadapi oleh KPONHEP yang tidak mendapat maklum balas sepenuhnya daripada industri dalam usaha menemukan harga syiling cakera optik.

ISU PENURUNAN HARGA veo

Isu harga yang tinggi membabitkan penjualan cakera padat termasuk te\emovie OTV merupakan punca aktiviti cetak rompak berleluasa di Malaysia. Justeru, selain penguatkuasaan dan serbuan yang dilakukan oleh KPONHEP. kerajaan juga telah meminta syarikat rakaman dan produksi menurunkan harga produk mereka.

Pad a 17 September 2003, kerajaan telah menetapkan harga VCO tempatan dan antarabangsa yang dicetak dalam negara ialah RM 14, manakala RM21 untuk CO album artis tempatan berkuat kuasa 1 Januari 2004 (Tengku Khalidah. 2(03). Namun, penguatkuasaan ini ditangguhkan pad a 1 April 2004 disebabkan rayuan daripada pihak industri untuk berbincang dan menilai semula harga yang telah ditentukan. Bagaimanapun, langkah yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 April 2004 sekali lagi ditangguhkan dan akhimya harga VCO dikekalkan mengikut harga lama. Penangguhan ini diumumkan oleh Menteri KPONHEP yang baru dilantik, Oatuk Shafie Afdal.

Usaha kerajaan menetapkan harga siling CO, VCO, OVD, dan peri sian komputer selaras dengan keputusan Kabinet untuk menjadikan semua produk cakera optik sebagai barang kawalan di bawah Akta Kawalan Harga 1946. Penetapan harga CO dan VCO ini berdasarkan laporan daripada syarikat perunding iaitu Annuar Azizan Chew yang dilantik bagi mengkaji struktur harga, kos pengeluaran dan margin keuntungan bahan cakera optik. Menteri KPONHEP ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan dengan penetapan harga syiIing tersebut, harga CO dan VCO dikurangkan kepada 30 peratus.lndustri muzik dan filem termasuk pengeluar, peruneit dan pelaku (artis, penggubah lagu dan penulis Jirik) sebenarnya masih mendapat keuntungan antara II peratus sehingga 20 peratus (Rohaniza Idris, 2003).

Langkah kerajaan menetapkan harga syiJing ini mendapat bantahan daripada pihak pengeluar dan pengedar yang terlibat dalam industri rakaman dan video. Ketua Pegawai Operasi Syarikat BoomMax Sdn. Bhd., Oanny Liew berkata harga syiling RMI4 bagi VCO akan membunuh industri penerbitan VCO

18

Page 19: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Analisis dan Perspeklif Induslri Home Video di Malaysia

di negara ini. Yusof Haslam yang mewakili Persatuan Pengcluar Filem Malaysia (PPFM) juga menyatakan bahawa harga syiling tersebut akan memberi kesan negatif kepada penerbit filem (Tengku Khalidah, 2003). Penolong Setiausaha Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (Pematuhan dan Akses Pasaran), William H. Lashjuga turut menyatakan bahawa langkah pengawalan harga itu mendorong pelabur negaranya menjauhi pasaran Malaysia (Utusan Malaysia, 2003).

Penetapan harga CD dan VCD juga dijangka akan mempengaruhi perolehan produser hasil penjualan filem dalam format VCD. Pengedar sekali lagi akan menjadi faklor penentu perolehan ini. Mereka dijangka tidak akan mengurangkan

margin keuntungan yang diperolehi kerana kos pembelian hak cipta telah menjadi lebih rendah. Jika selama ini filem box-office memperolehi hasil jualan hak cipta di an tara RM250,OOO.00 hingga RM450,000.OO, penetapan ini dijangka akan

mengurangkan harga tersebut. Bagi syarikat produksi telemovie DTV pula, penetapan ini berkemungkinan menyebabkan harga borong kepada pengedar dan peruncit bertambah rendah. Justeru, bagi mengelakkan produser dan industri video terjejas, penetapan harga syiling seharusnya bukan dilakukan setakat di peringkat harga runcit semata-mata sebaliknya harus dikuatkuasakan di peringkat pengedaran juga.

PEl'.'UIlJP

Kekurangan pawagam, perkembangan teknologi dan kemampuan pengguna untuk memiliki alat pemain video seharusnya menyebabkan pasaran home video terutama telemovie DTV di Malaysia mempunyai potensi untuk terus membangun. Namun, pasaran video melalui penghasilan telemovie DTV di Malaysia tidak dapat bertahan lama. Ini dapal dibuktikan apabila bilangan penghasilan tclemovie DTV pada tahun 2004 dan 2005 tidak melebihi 10 buah sctahun. Seperti yang dinyatakan, masalah cetak rompak dan kualiti penerbitan yang rendah menyebabkan sambutan pembeli semakin berkurangan. Ini seterusnya merugikan pihak penerbit DTV dan menyebabkan mereka menghentikan penghasilan telemovie DTV. Namun, bagi syarikat yang menghasilkan filem untuk tayangan pawagam, pasaran home video masih menjadi pasaran kedua terbesar bagi menjana pcndapalan. Filcm yang ditcrbitkan semula dalam format video juga dijadikan sebagai aset untuk meningkatkan nilai syarikat pada masa hadapan. Diharapkan melalui inovasi teknologi, penciptaan format video scperti Blu-ray dan lain-lain teknologi pad a masa hadapan akan terus memajukan industri filcm tempatan terutama datam mcnjana pasaran home video.

19

Page 20: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Zairul Anuar Md. Dawam

RUJUKAN

Baine, Caroline. 2001. Media Manufacturing Within th~ Asia Market. Optical Disc: Understanding & Solutions. http://www.opticaldisc.

Chew Lee Video. 2003. Inanam. Sabah. Temu ramah 8 September.

Graser. Marc. 1999. Ferreting Out Franchises For Direct·to-Vuf Futures. Variety. Feb 8.

Groves, Don. 2002. Made-For-Video Toons Cash in Across Globe. Variety. September 2.

Habsah Hassan. 2003. Pejabat Serangkai Film Sdn. Bhd .• Petaling Jaya. Temu ramah 12 Jun.

Hettrick, Scott. 2002. Weinstein: 'Time To Make A Lot of Money Quickly"­Miramax Maverick is Banking on Video Franchises To Build Profit. 8 Ogos, Video Business Research.

Hettrick. Scott. 2003. Home Video Industry Bounds Past $20 Billion Mark.

Video Business Research.

Joha Ahmad. 2003. Cinta 3 Musim - Penggambaran Hingga Ke Jepun. Utusan Malaysia, 14 Jun. Utusan Online.www.utusan.com.my.

Johnston, George. 1997. Growth Looms In The Made-For-Video Animation Market. Animation World Magazine. Issue 2.8. November.

Ku Seman Ku Hussain. 2003. Drama VCD Jadi Karya Picisan. UlUsan Malaysia. 14 Julai. Utusan Online.www.utusan.com.my.

Michael, Dennis. 1998. Straight-to-Video: It's Not An Insult Anymore. Cable News Network, October 16. http://cgi.cnn.com.

Nazeri Nong Samah. 2003. Pengedar Pengaruhi Harga Mahal CD, VCD. Utusan Malaysia, 30 Julai. Utusan Online. www.utusan.com.my.

New Straits Times-Management Times. 200 1. Samsung's Milleno Vies for DVD Market Share, Jul 23.

20

Page 21: ANALISIS DAN PERSPEKTIF INDUSTRI HOME VIDEO DI MALAYSIA ...ums.edu.my/fksw/images/files/BIL11-2005/Analisis... · buah kedai di seluruh negara merupakan pengedar utama filem-fiIem

Analisis dan PerspekJij Industri Home Video di Malaysia

Rohaniza Idris. 2003. Harga Siling 1 Januari : CO Tempatan RM21, Antarabangsa RM29, veo 14. Berita Harlan. 18 September. NSTP E-media. www.bharian.com.

Serena Moi. 2003. Pengedaran VCD di Malaysia: Pengalaman Golden Satellite. Seminar Industri Perfileman di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah, 4 hingga 5 Ogos.

Siti Jarum. 2003. Filem VCO Hampas. Mingguan Malaysia, 2 Mac. Utusan Online. www.utusan.com.my.

Tengku Khalidah Tengku Bidin. 2003. FMC Terbit VCD Bantu Artis. Utusan Malaysia, 26 Disember. Utusan Online. www.utusan.com.my.

Tengku Khalidah Tengku Bidin. 2003. Harga Syiling VCD Penerbit dan Kerajaan Perlu Perbincang. Utusan Malaysia, 13 Disember. Utusan Online. www.utusan.com.my.

Utusan Express. 2003. Distributing Companies To Blame For High VCO Prices. 10 Julai, Vtusan Online. www.utusan.com.my.

Utusan Malaysia. 2002. Cinta 200 Ela Disabotaj. 20 Disember, Vtusan Online. www.utusan.com.my.

Utusan Malaysia. 2002. Mimpi - Thriller Terbaru Motion Planet. 2 Mac. Utusan Online. www.utusan.com.my.

Utusan Malaysia. 2003. Cakera Optik: Usah Bandingkan Peraturan. 11 Julai. Vtusan Online. www.utusan.com.my.

Zairul Anuar Md. Dawam. 2004. Katalog dan Analisis Industri Home Video di Malaysia 2000-2003. Hasil Penyelidikan Skim Fundamental VMS 2004. Belum terbiL

21