teknik menjawab soalan novel spm (bahasa melayu)
Post on 21-May-2015
60.961 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU
SPMDihasilkan oleh ;
SAHARUDDIN BIN ABDULLAH
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Sijangkang Jaya.
saharuddinabdullah81@yahoo.com
Saharuddin-abdullah.blogspot.com
Soalan Novel :
Kajian Novel : Novel Papa…(akhirnya kau tewas jua!)
Karya Deana Yusof – Tingkatan 4. Novel Konserto Terakhir – Karya Abdullah
Hussain – Tingkatan 5. Jika anak berminat, anda boleh mengkaji
sendiri mana-mana novel yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Soalan Novel :Soalan 4 .Aspek Kajian hendaklah meliputi ;
a) Sinopsis
b) Biodata Pengarang.
c) Tema.
d) Watak dan Perwatakan.
e) Plot ( Binaan Plot & Teknik Plot)
f) Latar ( Masa / Tempat / Masyarakat )
g) Gaya Bahasa
h) Nilai
i) Pengajaran
Soalan Novel :
Soalan 4 .• Terdapat dua bahagian iaitu (a – 7 markah)
dan (b – 8 markah ).• Soalan (a) berbentuk sastera tulen atau
kemahiran berfikir. Hanya 1 novel sahaja.• Soalan (b) berbentuk sastera tulen atau
perbandingan antara 2 novel yang dikaji.• Markah bahasa untuk soalan 4(a) ialah 3
markah dan 4(b) pula ialah 2 markah.
TAHUNSPMU SPMN
(a) – 7 m (b) – 8 m (a) – 7m (BHS = 3M) (b) – 8 m (BHS = 2M)
2001 - - Kewajaran pengarang
mengakhiri ceritaEmpat persoalan
2002 Sinopsis novel Empat nilai murni Tema Latar masyarakat
2003Klimaks & peristiwa yang membawa kpd.
kesudahan ceritaEmpat latar tempat
Buktikan persoalan kegigihan
Perwatakan watak utama
2004Cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh watak utama
Empat pengajaran Tiga nilai kasih sayang
Cara watak utama menyelesaikan
konflik yang dihadapi
2005 Perwatakan satu watak sampingan
Tiga peristiwa yang dapat anda teladani
Dua peristiwa yang paling menarik
Bandingkan satu latar tempat dalam
dua novel
2006 Pertentangan antara watak
Dua nilai kemasyarakatan dalam dua novel
PengajaranSatu persoalan
dalam dua novel
2007 Dua nilai setia kawan
Perbandingan tema
Dua peristiwa tentang persoalan maruah
Cara watak utama menyelesaikan
konflik yang dihadapi dalam dua
novel
ANALISIS SOALAN NOVEL SPM 2001 – 2013
TAHUNSPMU SPMN
(a) – 7 m (b) – 8 m (a) – 7m (BHS = 3M) (b) – 8 m (BHS = 2M)
2008Pemilihan tajuk
dikaitkan dengan isi kandungan novel
Tiga pengajaran dalam dua novel
Dua sebab bahagian permulaan novel menarik minat
pembaca
Perbandingan (persamaan &
perbezaaan) latar masyarakat dalam
dua novel
2009Dua peristiwa yang
meninggalkan kesan terhadap pembaca
Satu latar masa dalam dua novel
Dua contoh yang membuktikan
ketabahan watak utama
Satu contoh nilai kasih sayang dalam dua novel
2010Dua peristiwa yang
menunjukkan kepincangan masyakarat
Satu latar masyarakat dalam
dua novel
Sebab-sebab novel boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca
Satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel
2011 Kandungan novel (Sinopsis)
Dua Pengajaran (1 Novel)
Perwatakan watak utama
Dua persoalan (1 novel)
2012 Tema 3 pengajaran Dua latar masaTiga nilai
kemanusiaan (1 novel)
2013 Latar Tempat
Pertentangan pendapat antara
watak utama dengan 1 watak lain (2 novel)
ANALISIS SOALAN NOVEL SPM 2001 – 2013
TAJUK-TAJUK POPULAR NOVEL.
1. Nilai (pengorbanan / tolong-menolong / bertanggungjawab / kegigihan)
2. Perwatakan watak sampingan (Pilih watak sampingan utama - yang rapat dengan watak utama)
3. Latar masyarakat (Perbezaan / Perbandingan / Kegiatan Ekonomi)
4. Teknik Plot (Saspens / Kejutan / Imbas Kembali / Monolog Dalaman)
5. Persoalan (Kepimpinan / bertanggungjawab / kegigihan)
TAJUK-TAJUK POPULAR NOVEL.
6. Pengajaran (Sebagai jalan selamat, beri lebih daripada jumlah yang diminta)7. Teguran pengarang / Kritikan Sosial8. Peristiwa Menarik / Teladan9. Latar Tempat (Perbandingan)10. Plot (Permulaan / Peleraian / Klimaks)11. Watak utama (Perwatakan / Cabaran / Perbandingan
Contoh Soalan NovelJawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:Papa…Akhirnya kau tewas jua!, karya Deanna YusofKonserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain
Latihan 1
(a) Watak dalam novel berperanan untuk menghidupkan penceritaan. Huraikan dua watak sampingan dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua nilai daripada setiap novel tersebut.
Contoh Jawapan [4 (b)]
Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Papa, karya Deana Yusof. Terdapat beberapa nilai dalam novel ini.
Nilai paling utama ialah nilai kasih sayang. Intan Julia sangat menyayangi papa dan mamanya. Intan Julia sanggup berulang alik dari UIA ke Hospital ketika mamanya sedang koma. Nilai kasih sayang juga dipaparkan melalui watak En Jefri yang berulang alik ke hospital selepas waktu bekerjanya tamat untuk melihat isterinya yang koma.
Selain itu, terdapat juga nilai keprihatinan. Nilai ini dapat dilihat melalui peristiwa Mak Cik Noraini yang menasihati Intan Maliana supaya tidak…….
Contoh Jawapan [4 (a)]
Novel yang saya kaji dalam tingkatan 5 ialah novel Konserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain. Terdapat beberapa watak sampingan dalam novel ini.
Antara watak sampingan yang ada ialah Datok Johari. Beliau merupakan anak kampong yang berhijrah ke bandar setelah berkahwin dengan ibu Helmi. Semasa di bandar beliau telah berkahwin dengan Datin Salmah dan hidup dalam kemewahan. Datok Johari berpangkat besar dan mempunyai seorang anak yang bernama Hayati….
Selain itu, watak sampingan seterusnya ialah Datin Salmah….
Contoh Jawapan [4 (b)]
Selain itu, saya juga mengkaji novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Terdapat beberapa nilai dalam novel ini.
Nilai paling utama ialah ketabahan. Nilai ini dapat dilihat melalui pelbagai peristiwa yang dialami oleh Helmi. Helmi tetap bekerja di rumah Datok Johari walaupun beliau tidak disenangi oleh Datin Salmah. Helmi juga tabah dan tekun mempelajari pelbagai alatan muzik hingga berjaya menjadi seniman yang terkenal.
Di samping itu, terdapat juga nilai kasih sayang. Hayati sangat menyayangi Helmi. Helmi berjaya mengubah kehidupan Hayati…
Bengkel 1Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:Papa…Akhirnya kau tewas jua!, karya Deanna YusofKonserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain
Latihan 1
(a) Huraikan dua perwatakan utama dalam novel yang anda pelajari.
(b) Kerajinan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Buktikan pernyataan tersebut dengan mngemukakan dua bukti yang tepat.
Bengkel 2Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:Papa…Akhirnya kau tewas jua!, karya Deanna YusofKonserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain
Latihan 1
(a) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
(b) Jelaskan 2 nilai setia kawan yang terkandung dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.
Bengkel 3Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:Papa…Akhirnya kau tewas jua!, karya Deanna YusofKonserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain
Latihan 1
(a) Berdasarkan mana-mana novel yang anda pelajari, nyatakan konflik yang berlaku antara watak utama dengan watak sampingan.
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menunjukkan sikap prihatin masyarakat.
‘JIKA SAYA HENDAK BERJAYA, SAYALAH YANG PERLU
BERUSAHA DAN BELAJAR’
‘PILIH SATU ANTARA DUA: SAKIT KERANA MENDISPLINKAN DIRI
ATAU SAKIT KERANA MENYESAL KEMUDIAN HARI’
‘KECEMERLANGAN, KESEDERHANAAN ATAU
KEGAGALAN ADALAH PILIHAN SENDIRI’
SELAMAT SELAMAT BERJAYA BERJAYA
SEMOGA SEMOGA AA DI DALAM DI DALAM
GENGGAMANGENGGAMAN
top related