panduan menjawab soalan sains

77
PANDUAN MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR Panduan dan Teknik menjawab soalan Sains Bahagian A dan Bahagian B

Upload: tiena1980

Post on 22-Nov-2014

16.832 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan menjawab soalan sains

PANDUAN MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR

Panduan dan Teknik menjawab soalan Sains Bahagian A dan Bahagian B

Page 2: Panduan menjawab soalan sains

Pengenalan Pada Kertas Sains• Kertas soalan ini mula diperkenalkan pada

peperiksaan UPSR tahun 1997

• Kertas soalan peperiksaan ini terdiri daripada satu kertas sahaja. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah satu jam lima belas minit.

• Kertas ini terbahagi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B

Page 3: Panduan menjawab soalan sains

Pengenalan Pada Kertas Sains• Bahagian A terdiri daripada 30 soalan. Soalan

ini dalam bentuk aneka pilihan atau objektif. Masa dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 45 minit.

• Bahagian B terdiri daripada 5 soalan berstruktur dan masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit.

Page 4: Panduan menjawab soalan sains

Panduan Menjawab Soalan

• Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak soalan.

• Pertanyaan soalan dalam Kertas Sains ini tidak secara terus. Sebaliknya calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang diberi.

Page 5: Panduan menjawab soalan sains

Panduan Menjawab Soalan

• Kaitkan maklumat-maklumat tersebut dengan fakta dalam bidang penyiasatan yang disoal.

• Tandakan jawapan Bahagian A di kertas soalan dahulu sebelum memindahkan jawapan tersebut dengan menghitamkan kertas jawapan yang diberi.

Page 6: Panduan menjawab soalan sains

Panduan Menjawab Soalan

• Calon perlu berhati-hati menandakan jawapan pada kertas jawapan (OMR)

• Pastikan jawapan tersebut sama dengan jawapan yang anda pilih di kertas soalan

Page 7: Panduan menjawab soalan sains

Panduan Menjawab Soalan

• INGAT !! Pastikan anda dapat skor yang baik bagi kertas Bahagian A ini.

• Bahagian A menyumbang 60% daripada markah keseluruhan kertas Sains UPSR

Page 8: Panduan menjawab soalan sains

Jenis-Jenis Soalan• Fakta• Urutan• Istilah• Kaedah• Pengelasan• Prinsip / Konsep• Tafsiran• Terjemahan• Ekstrapolasi• Aplikasi

Page 9: Panduan menjawab soalan sains

Fakta

• Menguji pengetahuan calon tentang fakta seperti ciri , sifat atau fenomena.

Page 10: Panduan menjawab soalan sains

Contoh soalan

• Ketiga-tiga pereka cipta di atas memberi sumbangan dalam bidang …

A Pengangkutan

B Komunikasi

C Angkasa lepas

D Pembinaan

•Alexander Graham Bell

•Samual FB Morse

•Guglielmo Marconi

Page 11: Panduan menjawab soalan sains

Jawapannya

B

Page 12: Panduan menjawab soalan sains

Urutan• Menguji pengetahuan calon

tentang proses , aliran atau tertib, pergerakan fenomena berhubung dengan masa, kesinambungan dan perkembangan.

Page 13: Panduan menjawab soalan sains

Contoh soalan

• Susun mengikut urutan kejadian objek dalam Sistem suria bermula dari ia berada di angkasa lepas hinggalah jatuh ke Bumi.

A Meteor Meteroid Meteorit

B Meteroid Meteorit Meteor

C Meteroid Meteor Meteorit

D Meteorit Meteor Meteroid

Page 14: Panduan menjawab soalan sains

Jawapannya

C

Page 15: Panduan menjawab soalan sains

Istilah

• Menguji pengetahuan calon tentang definisi, maksud, makna atau simbol yang berkaitan dalam soalan.

Page 16: Panduan menjawab soalan sains

Contoh soalan

• Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan ?

A Hubungan makanan antara setiap hidupan

B Keupayaan hidupan untuk terus hidup walaupun terdapat banyak rintangan

C Gabungan dalam bentuk makanan antara setiap hidupan

D Cara makanan diagih-agihkan kepada setiap hidupan

Page 17: Panduan menjawab soalan sains

Jawapannya

C

Page 18: Panduan menjawab soalan sains

Kaedah• Menguji pengetahuan calon

tentang cara, pendekatan dan teknik bagi mengenal pasti jawapan yang betul.

Page 19: Panduan menjawab soalan sains

Contoh soalan

• Sebuah kubus mempunyai sisi 4 cm. Berapakah isi padu kubus tersebut selepas dipotong separuh daripada keseluruhannya ?

A 16 cm³

B 32 cm³

C 64 cm³

D 128 cm³

Page 20: Panduan menjawab soalan sains

Jawapannya

B

Page 21: Panduan menjawab soalan sains

Pengelasan

• Menguji pengetahuan calon tentang jenis, kumpulan, set atau bidang yang terlibat dalam soalan berkenaan.

Page 22: Panduan menjawab soalan sains

Contoh soalan• Antara berikut, objek yang manakah

tidak boleh dikelaskan dalam kumpulan yang sama dari segi sumber asas objek tersebut ?

A C

B D

Page 23: Panduan menjawab soalan sains

Jawapannya

A

Page 24: Panduan menjawab soalan sains

Prinsip / Konsep

• Menguji pengetahuan calon tentang hukum dan prinsip sains.

Page 25: Panduan menjawab soalan sains

Contoh soalan

• Pernyataan berikut boleh menerangkan tentang pembentukkan bayang-bayang objek kecuali

A cahaya bergerak lurus

B cahaya boleh dibiaskan

C cahaya tidak boleh menembusi objek legap

D cahaya boleh diselerakkan

Page 26: Panduan menjawab soalan sains

Jawapannya

B

Page 27: Panduan menjawab soalan sains

Tafsiran

• Menguji pemahaman calon tentang maklumat yang diberi dengan meminta calon membuat rumusan atau kesimpulan daripada data dalam soalan. Calon juga diuji tentang sesuatu idea secara menyeluruh.

Page 28: Panduan menjawab soalan sains

Contoh soalan

• Jadual di atas menunjukkan perubahan suhu air yang telah direkodkan dalam satu penyiasatan. Antara berikut, penyataan yang manakah boleh mewakili maklumat dalam jadual di atas ?

I Tenaga haba telah dibebaskan

II Perubahan keadaan bahan mulai berlaku pada minit ke – 25

III Proses penyejatan telah berlaku

A III sahaja C I dan III sahaja

B I dan II sahaja D I, II dan III

Masa/minit 5 10 15 20 25 30

Suhu/ °c 50 33 20 8 0 0

Page 29: Panduan menjawab soalan sains

Jawapannya

B

Page 30: Panduan menjawab soalan sains

Terjemahan• Menguji pemahaman calon tentang

maklumat / data / fakta yang diberikan dan biasanya memerlukan calon menyatakan maksud atau memindahkan data daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Data / maklumat yang diberi boleh jadi dalam bentuk jadual, graf, simbol atau gambar rajah.

Page 31: Panduan menjawab soalan sains

A C

B D

Contoh soalan

•Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan sifat cahaya di atas ?

Page 32: Panduan menjawab soalan sains

Jawapannya

C

Page 33: Panduan menjawab soalan sains

Ekstrapolasi

• Menguji pemahaman calon tentang kesan / akibat / implikasi daripada sesuatu tindakan. Calon biasanya diminta membuat ramalan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam soalan.

Page 34: Panduan menjawab soalan sains

Contoh soalan• Antara berikut bola yang manakah akan bergerak

lebih jauh apabila menuruni landasan ?

Page 35: Panduan menjawab soalan sains

Jawapannya

D

Page 36: Panduan menjawab soalan sains

Aplikasi

• Menguji keupayaan calon menggunakan pengetahuan dan pemahaman fakta untuk dihubungkaitkan dengan situasi baru khususnya berlatarbelakangkan kehidupan seharian.

Page 37: Panduan menjawab soalan sains

Contoh soalan

• Mengapakah kereta lumba lebih rendah berbanding kereta lain ?

A Lebih laju

B Bentuk yang menarik

C Tidak mudah terbalik

D Menjimatkan perbelanjaan

Page 38: Panduan menjawab soalan sains

Jawapannya

C

Page 39: Panduan menjawab soalan sains

Tip Menjawab Soalan Bahagian B

• Bagi soalan Bahagian B, istilah-istilah yang digunakan perlu diketahui oleh para calon kerana telah dipelajari di bilik darjah. Misalnya, apakah inferens? Apakah kesimpulan? Apakah hipotesis? Apakah pemboleh ubah? Dan pelbagai lagi.

Page 40: Panduan menjawab soalan sains

Tip Menjawab Soalan Bahagian B

• Adalah dicadangkan calon memperuntukkan masa sebanyak 45 minit untuk menjawab soalan Bahagian A dan 30 minit untuk menjawab soalan Bahagian B.

• Semak jawapan anda sebelum menghantar kepada pengawas peperiksaan.

Page 41: Panduan menjawab soalan sains

Tip Menjawab Soalan Bahagian B

• Soalan berstruktur sentiasa bermula dengan sesuatu perenggan yang mempunyai maklumat tertentu.

• Fahamkan segala maklumat yang diberikan dalam perenggan itu sebelum menjawab.

Page 42: Panduan menjawab soalan sains

Bentuk Soalan• Pada asasnya terdapat 4 bentuk utama yang

digunakan dalam pertanyaan soalan Kertas Sains.

• Bentuk-bentuk soalan itu ialah:

i. Eksperimen

ii. Rajah/Gambar Rajah/Jadual/Maklumat

iii. Padanan

iv. Kemahiran matematik

Page 43: Panduan menjawab soalan sains

Eksperimen• Hampir keseluruhan soalan yang

dikemukakan adalah berasaskan eksperimen atau uji kaji. Untuk menjawab soalan seperti ini, calon hendaklah memerhati dengan teliti dan memahami dengan teliti perkembangan eksperimen tersebut.

Page 44: Panduan menjawab soalan sains

Rajah/Gambar Rajah/Jadual/Maklumat

• Sekurang-kurangnya 20 soalan dalam Bahagian A dan semua soalan Bahagian B pada peperiksaan disertakan rajah/gambar rajah/jadual/maklumat. Untuk menjawab soalan seperti ini, para calon perlu memahami maklumat yang diberi menerusi rajah/gambar rajah/jadual/maklumat tersebut.

Page 45: Panduan menjawab soalan sains

Padanan• Selain daripada soalan yang berbentuk

eksperimen atau rajah, ada juga soalan yang mengemukakan maklumat dalam bentuk padanan atau gandingan. Para calon dikehendaki memilih padanan yang sesuai sebagai jawapannya. Soalan bentuk ini lebih menguji kepada aplikasi konsep sains atau tokoh yang terlibat dalam bidang sains.

Page 46: Panduan menjawab soalan sains

Kemahiran matematik

• Terdapat juga soalan dalam Kertas Sains ini memerlukan calon menguasai kemahiran matematik. Soalan yang dikemukakan biasanya melibatkan aspek pengiraan. Pengiraan ini meliputi pengiraan isi padu, keluasan, panjang, masa dan sebagainya.

Page 47: Panduan menjawab soalan sains

Tip Menjawab Soalan Bahagian BKata Kunci Kemahiran Proses Sains

• Membuat Inferens

• Meramal

• Membuat Hipotesis

• Mentafsir Maklumat/ Data

• Mengawal Pemboleh Ubah

• Pemerhatian

• Pola dan Corak

• Hubungan

• Kesimpulan

Page 48: Panduan menjawab soalan sains

Kata Kunci Soalan

Membuat Inferens

Page 49: Panduan menjawab soalan sains

Tip-tip untuk menjawab

• Perhatikan fenomena / kejadian yang berlaku (menggunakan deria)

• Fikirkan sebab berlakunya kejadian / fenomena (menggunakan minda )

• Penerangan dari pemerhatian utama atau sebab terjadi demikian

Page 50: Panduan menjawab soalan sains

Sila jawab soalan ini.

Page 51: Panduan menjawab soalan sains

Kata Kunci Soalan

Meramal

Apakah yang akan berlaku …….?

Ramalkan apakah yang akan berlaku ?

Menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan pengalaman / pengetahuan atau data-data / maklumat yang terbukti kesahihannya.

Page 52: Panduan menjawab soalan sains

Tip-tip untuk menjawab•Kaji keputusan atau pemerhatian yang diberi

•Tentukan sama ada soalan meminta meramal keputusan akan datang / keputusan yang sebelumnya

•Lihat pola yang ada ( jika ada jadual atau graf diberi )

•Cari susunan pola yang berurutan

•Daripada susunan pola tentukan jawapan anda

Page 53: Panduan menjawab soalan sains

Sila jawab soalan ini.

Page 54: Panduan menjawab soalan sains

Kata Kunci Soalan

Mengawal Pemboleh Ubah

Nyatakan / cadangkan maklumat yang perlu

Page 55: Panduan menjawab soalan sains

Tip-tip untuk menjawab

• Senaraikan semua pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen

• Kenal pasti jenis pemboleh ubah

Page 56: Panduan menjawab soalan sains

Tip-tip untuk menjawab• Pemboleh Ubah dimanipulasikanPerkara yang diubah-ubah pada mulanya seperti saiz,

bentuk, bilangan, suhu dan sebagainya.

• Pemboleh Ubah bergerak balasPerkara yang bertindak balas berikutnya setelah diubah-

ubah pemboleh ubah manipulasi atau hasil keputusan eksperimen yang perlu dicatat

• Pemboleh ubah dimalarkanPerkara yang perlu ditetapkan/ dikawal agar tidak

mempengaruhi keputusan eksperimen nanti atau faktor-faktor lain yang boleh menpengaruhi keputusan eksperimen selain daripada pemboleh ubah yang dimanipulasikan

Page 57: Panduan menjawab soalan sains

Sila jawab soalan ini.

Page 58: Panduan menjawab soalan sains

Kata Kunci Soalan

Mentafsir Maklumat

•Apakah tajuk eksperimen ?

•Tajuk penyiasatan

•Tujuan eksperimen

•Tujuan penyiasatan

•Nyatakan pola / corak

Page 59: Panduan menjawab soalan sains

Tip-tip untuk menjawab

• Kaji semua maklumat yang dikumpulkan / diberi

• Kenal pasti pola / corak maklumat

• Fahamkan apa sebenarnya maklumat-maklumat tersebut

• Tentukan perkaitan antara maklumat-maklumat itu

Page 60: Panduan menjawab soalan sains

Sila jawab soalan ini.

Page 61: Panduan menjawab soalan sains

Kata Kunci Soalan

• Hipotesis

• Kesimpulan

• Rumusan

• Hubungan

• Apakah perkaitan….. ?

• Nyatakan perkaitan ….

Membuat Hipotesis

Page 62: Panduan menjawab soalan sains

Tip-tip untuk menjawab

• Kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi

• Kenal pasti pemboleh ubah bergerak balas

• Nyatakan hubungan / perkaitan

Page 63: Panduan menjawab soalan sains

Sila jawab soalan ini.

Page 64: Panduan menjawab soalan sains

Kata Kunci Soalan

Soalan-soalan Aplikasi

• Soalan yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman fakta untuk dihubungkan dengan situasi baru khususnya berlatarbelakangkan kehidupan seharian.

Page 65: Panduan menjawab soalan sains

Rumusan

• Rumusan ada kaitan dengan membuat kesimpulan, tetapi rumusan lebih ringkas penerangannya dan masih menggunakan data yang dicatat.

Page 66: Panduan menjawab soalan sains

Contoh soalan

Berat baja (g)

30 40 50 60 70 80 90

Bilangan buah mangga yang dihasilkan

10 15 22 24 24 24 20

Page 67: Panduan menjawab soalan sains

Soalan

• Nyatakan rumusan berdasarkan maklumat dalam jadual tadi.

Page 68: Panduan menjawab soalan sains

Contoh soalan

Berat baja (g)

30 40 50 60 70 80 90

Bilangan buah mangga yang dihasilkan

10 15 22 24 24 24 20

Nyatakan rumusan berdasarkan maklumat dalam jadual diatas.

Page 69: Panduan menjawab soalan sains

Jawapannya

• Bilangan buah mangga yang dihasilkan paling banyak jika menggunakan baja dari 60g hingga 80g.

Page 70: Panduan menjawab soalan sains

SILA JAWAB TEKA-TEKI INI

• Rekaan teknologi sangat berguna,

• Memudahkan kerja pada masa kini,

• Menaik objek mudah sekali,

• Seperti bendera di tiang tinggi.

Page 71: Panduan menjawab soalan sains

TAKAL

Page 72: Panduan menjawab soalan sains

SILA JAWAB TEKA-TEKI INI• Bahagian sistemnya ada dua,

• Bulat dan lurus itulah sifatnya,

• Banyak didapati pada basikal dan kereta,

• Berputar dan bergerak bebas jika diguna

Page 73: Panduan menjawab soalan sains

RODA DAN GANDAR

Page 74: Panduan menjawab soalan sains

Di mana ada kemahuan, di situ ada “A” one

Rahsia Terbesar Kejayaan

Ialah Memberi

Tumpuan Sepenuhnya Ketika Guru Mengajar

Page 75: Panduan menjawab soalan sains

Untuk Berjaya Dengan CemerlangSAYA YANG PERLU TEKUN BELAJAR

Bukan ibu bapa saya

Bukan guru-guru saya

Bukan kawan-kawan saya

TETAPI SAYA. YA, SAYA

Page 76: Panduan menjawab soalan sains

SEKIAN, TERIMA KASIH

ATAS PERHATIAN

ANDA

Page 77: Panduan menjawab soalan sains

TAMAT