tajuk projek: kod projek: ipta: ketua projek:...
Post on 30-Aug-2019
18 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAJUK PROJEK:
PENINGKATAN KUALITI HIDUP PENDUDUK PESISIRAN PANTAI DI KOTA MARUDU
SABAH MENERUSI PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN BERASAS KOMUNITI
KOD PROJEK:
K-ECO/40(UPM-11)
IPTA:
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KETUA PROJEK:
PROFESOR DR. AWANG NOOR BIN ABD. GHANI
AKADEMIA:
PROFESOR DATIN DR. FARIDAH HANUM IBRAHIM
PROFESOR MADYA DR. ABDULLAH MOHD
PROFESOR MADYA DR. MOHAMED ZAKARIA HUSSIN
PROFESOR MADYA DR. KAMZIAH ABD. KUDUS
TAN SRI PROFESOR DATUK DR. NIK MUSTAPHA R. ABDULLAH
PROFESOR DR. FATIMAH MD. YUSOFF
PROFESOR MADYA DR. AZIZ ARSHAD
RAKAN KOMUNITI:
JAWATANKUASA KEMAJUAN KAMPUNG (JKKK) KOTA MARUDU
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI
TEMPOH:
1 JULAI 2011 – 30 JUN 2013
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Objektif utama projek adalah untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk dengan merancang
pembangunan ekopelancongan ekosistem bakau di Kota Marudu. Projek ini bertujuan
membangunkan satu modul yang memfokuskan ke arah ekopelancongan berasaskan komuniti
(CBE) secara lestari kepada penduduk kampung di kawasan persisiran pantai Kota Marudu
melalui latihan ekopelancongan. Melalui projek ini, pakar-pakar dari UPM menyediakan modul
latihan dalam perancangan ekopelancongan, ekosistem dan biodiversiti bakau, hidupan liar,
sosial, ekonomi dan biologi marin. Selain itu, projek ini berupaya mengenal pasti produk
ekopelancongan seperti hutan, sungai, laut, perikanan dan budaya tempatan yang berpotensi di
kawasan tersebut dan yang berupaya meningkatkan pendapatan serta kualiti hidup komuniti
persisiran pantai.
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
1) Untuk menentukan ciri demografi penduduk di beberapa buah kampung dan kesanggupan mereka untuk melibatkan diri dalam ekopelancongan.
2) Untuk mengenal pasti produk ekopelancongan yang boleh dimajukan. 3) Untuk memberikan latihan kemahiran asas kepada penduduk kampung
yang berminat bagi memajukan ekopelancongan sebagai perniagaan baharu dan sumber pendapatan.
4) Untuk mengemukakan strategi yang bersesuaian bagi pembangunan ekopelancongan di kawasan program dijalankan.
AKTIVITI
1) Pendekatan kajian melibatkan kaji selidik untuk menentukan profil
penduduk dan kampung yang telah dipilih untuk terlibat dalam pembangunan ekopelancongan di Kota Marudu. Kaji selidik ini juga untuk mengetahui dan memahami potensi ekopelancongan yang terdapat di kampung mereka.
2) Latihan menerusi bengkel telah diadakan kepada pengerusi JKKK yang dipilih dan beberapa orang penduduk kampung yang berminat untuk melibatkan diri dalam sektor ekopelancongan. Latihan ini meliputi empat perkara utama seperti berikut: a) Kursus asas ekopelancongan b) Kesedaran dalam pendidikan alam sekitar dan ekopelancongan
pada masyarakat setempat c) Pembangunan produk ekopelancongan dan interpretasi alam
sekitar d) Pengurusan kewangan untuk ekopelancongan e) Penyertaan masyarakat setempat dalam pengurusan
ekopelancongan. 3) Sesi latihan melibatkan analisa, pembangunan modul latihan (sinopsis
kursus, hasil pembelajaran, isi kandungan, penilaian dan penaksiran), pemilihan peserta, latihan dan penilaian bengkel. Bengkel latihan ini telah dijalankan bersama dengan syarikat ekopelancongan swasta.
4) Satu pelan ekopelancongan yang bersepadu telah dirangka untuk dijadikan panduan bagi melaksanakan produk ekopelancongan yang dicadangkan. Pelaksanaan ekopelancongan oleh penduduk setempat yang ingin menceburi program ini telah dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.
OUTPUT
Komuniti:
1) Kesedaran menjalankan aktiviti ekopelancongan meningkat kerana ada penduduk yang menjalankan kerja ekopelancongan sebagai kerja sambilan.
2) Kesedaran menjalankan aktiviti ekopelancongan juga meningkat. 3) Peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam ekopelancongan. 4) Kesedaran tentang pemuliharaan hutan bakau. 5) Kerja berpasukan dalam kalangan komuniti meningkat. Penduduk
saling bekerjasama dalam penjagaan gerai semasa pameran. 6) Peningkatan kemahiran mengurus pelancongan sehingga komuniti
dapat berhubung dengan pengunjung. 7) Pengetahuan dan kemahiran peserta dalam ekopelancongan
berasaskan sumber hutan meningkat 90%. 8) Minat untuk menjalankan aktiviti ekopelancongan berasaskan sumber
hutan paya laut meningkat 90%. 9) Kesedaran tentang pemuliharaan hutan paya laut meningkat 80%.
10) Perkhidmatan homestay di kampung Gosyen telah meningkatkan bilangan pengunjung.
11) Minat dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan komuniti penduduk dalam projek ini meningkat 30%.
12) Projek ini telah mengenal pasti beberapa produk yang boleh dimajukan pada masa akan datang, memberi latihan kemahiran asas serta mengemukakan strategi yang bersesuaian untuk pembangunan ekopelancongan di kawasan program dijalankan.
IPTA: 1) Sumbangan kepakaran UPM kepada peningkatan kualiti hidup
penduduk pesisir pantai Kota Marudu menerusi program ekopelancongan meningkat.
2) Kemahiran pengumpulan data ekopelancongan meningkat.
Pembangunan Modal Insan: 1) Pengalaman dan kemahiran graduan pelatih menjadikan mereka lebih
sensitif terhadap masalah penduduk setempat dan mereka mendapat idea dan keupayaan untuk menambah pendapatan melalui peluang baharu dalam bidang keusahawanan.
2) Kemahiran graduan pelatih mengurus projek ekopelancongan, berurusan dengan pejabat kerajaan, penduduk-penduduk kampung dan cara mengumpul data untuk membangunkan pelan ekopelancongan.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Putra Malaysia
2) Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kota Marudu
KEBERHASILAN
Komuniti: 1) Kemahiran pengurusan ekopelancongan hutan paya laut dan mengenal
pasti produk ekopelancongan yang berpotensi meningkat. 2) Jaringan antara agensi kerajaan semakin meningkat. 3) Peluang meningkatkan pendapatan penduduk menerusi
ekopelancongan sekaligus meningkatkan kualiti hidup mereka. 4) Kesedaran untuk memulihara ekosistem hutan paya laut, kebudayaan
setempat serta menggunakannya dengan sebaik mungkin dalam aktiviti ekopelancongan tanpa mencemarkannya.
5) Pengetahuan dan kemahiran mengenai ekopelancongan serta jaringan dengan pihak berkepentingan yang lain.
IPTA: 1) Pulangan akhir kepada UPM dalam bentuk bukan kewangan seperti
jaringan antara UPM dan komuniti di Kota Marudu dapat dipertingkatkan dalam bidang ekopelancongan dan pemuliharaan alam sekitar.
2) Maklumat, pengalaman dan penerbitan yang diperoleh telah dapat memberi pengalaman dan ilmu kepada IPTA dalam usaha menambah baik pembelajaran masa depan.
Pembangunan Modal Insan: 1) Pengalaman dan ilmu yang berguna kepada graduan pelatih dalam hal
mengendalikan projek ekopelancongan. 2) Kesedaran graduan pelatih tentang menjaga alam sekitar,
pemuliharaan ekosistem hutan paya laut dan kebudayaan setempat penduduk dapat digalakkan.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek
B) Laporan Berkala Oleh Komuniti
6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN
AKHIR
Laporan dihantar
Laporan tidak dihantar
PROPOSAL 3
BULAN 6
BULAN 9
BULAN 12
BULAN 15
BULAN 18
BULAN 21
BULAN 24
BULAN LAPORAN
AKHIR
4. PENILAIAN PROJEK
Rakan Komuniti : Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kota Marudu Tarikh Lawatan : 27 Ogos 2014 Panel Penilai : Dr. Harry Entebang (UNIMAS)
ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti)
SEKSYEN ITEM PENILAI
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 26%
B AKADEMIA (10%) 7%
C GRADUAN PELATIH (10%) 6%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 5%
E LAPORAN DARI KOMUNITI (30%) 29%
MARKAH KESELURUHAN (%) 73%
PENILAIAN OLEH KOMUNITI
A) Penilaian Terhadap Akademia
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti
5/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti
5/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek 4/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan
BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
5/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh komuniti
5/5
C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
5/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
5/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
5/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek
Cemerlang Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan
Berdasarkan penilaian keseluruhan projek ini, panel pakar berpendapat bahawa projek ini mempunyai nilai tambah kepada komuniti. Peningkatan kemahiran dan kesedaran kepada komuniti telah menunjukkan projek ini mampu menjadi pemangkin dalam perkembangan komuniti. Maka dengan itu, projek ini berada di kategori hijau.
LAMPIRAN
Hutan paya laut dan pondok untuk rehat nelayan sepanjang sungai merupakan salah satu produk
ekopelancongan yang boleh dibangunkan di Kota Marudu
Hasil tangkapan nelayan dijual di pasar Kota Marudu merupakan salah satu produk ekopelancongan
Pemandangan kampung di pesisiran pantai Kota Marudu yang boleh dijadikan salah satu produk
ekopelancongan
Menangkap ikan merupakan kegiatan ekonomi utama penduduk pesisir pantai di Kota Marudu
Suasana indah dan permai di salah satu tempat di Kota Marudu sesuai untuk dijadikan aktiviti pelancongan
Lawatan panel penilai di Kota Marudu, Sabah
top related