surat tajaan contoh.pdf
Post on 07-Dec-2015
292 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kepada yang berkenaan,
Tuan/Puan,
MEMOHON TAJAAN KE DEPOK, INDONESIA UNTUK PROGRAM 1000 TREES PROJECT 2015
Saya dengan hormatnya merujuk perkara diatas
2. Sukacita dimaklumkan American Institute of Chemical Engineer (AiChE) UiTM Student Chapter
telah dijemput ke program 1000 Trees Project 2015 anjuran Society of Biological Engineering Student
Chapter Universitas Indonesia. Program ini dianjurkan sempena lawatan balas AiChE UiTM SC yang
sebelum ini menerima lawatan daripada pihak SBE Universitas Indonesia. Program ini bertujuan untuk
meningkatkan jaringan antarabangsa persatuan dalam Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi
MARA
3. Program tersebut akan diadakan pada:
Tarikh : 8-12 Oktober 2015
Tempat : Universitas Indonesia, Depok, Jakarta
4. Sehubungan dengan itu, saya dengan rasa rendah diri memohon jasa baik dan keikhlasan pihak
tuan/puan untuk memberi tajaan 5 tiket penerbangan pergi dan balik Kuala Lumpur ke Jakarta bagi
menampung kos perbelanjaan. Semoga dengan bantuan dari pihak tuan/puan dapat merangsang
kejayaan pelajar hingga ke peringkat lebih tinggi.
5. Pihak AiChE UiTM SC amat menghargai sumbangan tuan/puan dan didahului dengan jutaan
ucapan terima kasih. InsyaAllah Allah akan memberikan rezeki yang lebih lagi kepada tuan. Amin
Yang Menjalankan Tugas,
ZAQWAN ………………………………………
Muhammad Zaqwan Bin Abu Zaki
Presiden,
AiChE UiTM Student Chapter
Universiti Teknologi MARA
American Institute of Chemical Engineer (AIChE) UiTM Student Chapter Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA
top related