soalan edu
Post on 29-Jun-2015
106 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FITRAH KEJADIAN MANUSIA
1. Antara berikut yang manakah merupakan konsep fitrah kejadian manusia
mengikut perspektif agama.
A. Kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang
menciptanya.
B. Memperlihatkan asas-asas genetik seperti baka dan persekitaran yang
menyumbang kepada pembentukan diri.
C. Tingkahlaku manusia adalah berasaskan arahan-arahan gen yang telah
berkembang dalam diri manusia melalui proses revolusi.
D. Keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam diri
seseorang yang membolehkan manusia berkembang maju ke hadapan.
2. Berikan potensi perkembangan manusia.
I Perkembangan fizikal
II perkembangan emosi
III Perkembangan sosial
IV perkembangan berfikir
A. i dan ii C. i,ii dan iii
B. ii dan iii D. I,ii,iii dan iv
3. Fitrah kejadian manusia mempengaruhi ketidaksamaan yang dimiliki oleh seseorang. Baka mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek?
I. Rohani
II. Kognitif
III. Fizikal
IV. Emosi
A. I dan II C. II,III dan IV
B. II dan III D. I, II, III dan IV
SUBJEKTIF
1. Berikan konsep fitrah manusia.
i. Perspektif agama
___________________________________________________________
___________________________________________________________
ii. Perspektif biologi
___________________________________________________________
___________________________________________________________
2. Nyatakan lima aspek perbezaan individu mengikut fitrah kejadian manusia
dari segi pengaruh persekitaran.
i) ______________________________________________________
ii) ______________________________________________________
iii) _______________________________________________________
iv) _______________________________________________________
v) _______________________________________________________
SOALAN ESEI
Pendidikan memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan potensi manusia.
Huraikan empat implikasi fitrah kejadian manusia terhadap proses Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P).
JAWAPAN
SOALAN OBJEKTIF
1. A
2. C
3. C
SOALAN SUBJEKTIF
1. i) Merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang
benar dan Tuhan yang menciptakannya.
ii) Fitrah manusia daripada perspektif biologi memperlihatkan asas
genetik seperti baka dan persekitaran yang menyumbang kepada
pembentukan diri seseorang.
2. i) Latar belakang keluarga
ii) Pengaruh rakan sebaya
iii) Kebudayaan dan kepercayaan
iv) Sumber teknologi
v) Guru dan sekolah
ESEI
guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti kognitif yang dapat mengilap
potensi intelek kanak-kanak. Contohnya dalam menyelesaikan masalah
Matematik Tahun 1, kemahiran mengira menggunkan objek dapat
mengembangkan potensi murid untuk berfikir secara logik.
Aktiviti kokurikulum di sekolah seperti pasukan beruniform, membantu
murid mengembangkan potensi dari segi bakat, sahsiah, dan emosi yang
baik. Misalnya sifat tolak ansur dan tolong-menolong dapt dipupuk
menerusi aktiviti penyelesaian masalah atau tugasan secara
berkumpulan. Di samping itu, murid-murid turut meningkatkan keyakinan
diri untuk menjadi seorang pemimpin.
Pelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran selaras dengan
gaya pembelajaran murid. Guru perlu berusaha merangsang murid untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan mewujudkan iklim
bilik darjah yang kondusif dan menarik.
Guru perlu memperkukuhkan kekuatan dalaman murid. Contohnya,
kesediaan dan kesungguhan murid dalam melaksanakan tugasan dan
menjawab soalan. Elakkan daripada membesarkan kelemahan murid.
Hargai setiap komitmen yang diberikan oleh murid kerana ia akan
merangsang mereka untuk terus belajar dan berusaha.
Aspirasi sekolah yang turut menekankan kepada kecemerlangan sukan,
turut membantu murid-murid mengembangkan potensi jasmani. Ini
bermakna murid berpeluang mempamerkan kemahiran psikomotor yang
ada pada diri mereka. Misalnya dalam permainan tenis atau badminton,
murid-murid berupaya melakukan servis , memulangkan bola dengan
tepat dan berupaya mengawal permainan di dalam gelanggang.
SOALAN ESEI
Teori Eric Erickson menekankan mengenai kepentingan hubungan sosial dengan
individu di persekitaran kanak-kanak.
Huraikan lapan peringkat perkembangan psikososial.
Peringkat Tahap Umur Huraian
1. Asas kepercayaan
lawan asas
ketidakpercayaaan
Dari lahir hingga 1
tahun
Bayi perlu mempunyai hubungan
yang erat, mendapat kasih sayang
dan kepercayaan daripada penjaga.
Sekiranya gagal, ketidakpercayaan
timbul.
2. Autonomi lawan
keraguan
1 tahun hingga 3
tahun
Perkembangan kanak-kanak pada
tahap ini tertumpu kepada
perkembangan fizikal. Sekiranya
berjaya dan menerima sokongan
menimbulkan rasa percaya kepada
keupayaan diri sekiranya gagal
mereka mula ragu-ragu terhadap
keupayaan diri.
3. Inisiatif lawan rasa
bersalah
4 tahun hingga 5
tahun
Kanak-kanak cuba untuk berdikari,
ada inisiatif untuk melakukan
sesuatu sendiri, sekiranya gagal
boleh membawa rasa bersalah.
4. Industri lawan rasa
rendah diri
6 tahun hingga 11
tahun
Kanak-kanak perlu menguasai
kemahiran-kemahiran tertentu di
alam persekolahan, kegagalan akan
membawa rasa rendah diri dan tiada
keupayaan.
5. Identiti lawan
kekeliruan identiti
12 tahun hingga 18
tahun
Mencari identiti diri bagi golongan
remaja dalam pekerjaan, kemhiran,
jantina dan bersosial.
6. Keintiman lawan
keasingan
Awal dewasa.
18 tahun hingga 35
tahun.
Mula membentuk keintiman dalam
hubungan, menuju ke arah
perkhawinan dan membina kerjaya.
Kegagalan membawa kepada
perasaan terasing dan tersisih.
7. Generativiti lawan
kekakuan
Pertengahan
dewasa.
35 tahun hingga 65
tahun.
Kehidupan berkeluarga dan kerjaya
yang baik. Kegagalan membawa
kepada perasaan mementingkan diri
sendiri.
8. intergriti lawan
kekecewaan
Lanjut usia. 65
tahun ke atas.
Kerjayaan dalam hidup berkeluarga
dan karier. Kegagalan membawa
kepada kesedihan dan kekecewaan.
PERKEMBANGAN KENDIRI
Disediakan oleh:
ATIYA ATIQAH BT. ABDUL HALIM
FATIN NASHWAH BT. AHMAD SHOBRI
NURUL AZIMAH BT. ABDUL RASID
SOALAN OBJEKTIF
1. Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti?
A. Meliputi keseluruhan perkembangan personaliti seseorang individu.
B. Tingkah laku pemikiran, perasaan, penggerak, khayalan, sifat
mempertahankan diri dan tanggapan seseorang individu terhadap
diri sendiri.
C. Individu yang mempunyai kosep kendiri yang positif dan mempunyai
kefahaman tentang diri sendiri.
D. Seseorang yang mempunyai kelakuan dan tingkah laku yang baik dan
di senangi oleh orang sekeliling.
2. Menurut Teori Psikoanalisis yang diasaskan oleh Sigmund Freud, beliau
menyatakan asas kepada aspek mental dalam kajian teori personalaiti
terbahagi kepada tiga iaitu:
i. Alam sedar
ii. Alam pra sedar
iii. Alam setengah sedar
iv. Alam bawah sedar
A. i dan ii C. ii, iii dan iv
B. iii dan iv D. i, ii dan iv
3. Berikut yang manakah faktor–faktor persekitaran yang mempengaruhi
perkembangan personalaiti?
i. Pemakanan
ii. Pengaruh keluarga
iii. Warna kulit
iv. Penyakit
A. i dan ii C. iii dan iv
B. ii dan iii D. i, ii dan iv
SOALAN SUBJEKTIF
1. Berikan faktor-faktor yang boleh menyebabkan
terbentuknya konseo kendiri yang negatif pada kanak-kanak.
i) ________________________________________________________
ii) ________________________________________________________
iii) ________________________________________________________
iv) ________________________________________________________
v) ________________________________________________________
2. Nyatakan dua dan huraikan secara ringkas ciri-ciri tingkah laku yang
mempunyai konsep kendiri yang positif.
i) ________________________________________________________
________________________________________________________
ii) ________________________________________________________
________________________________________________________
SOALAN ESEI
Nyatakan peranan-peranan yang boleh dimainkan oleh guru dalam
meningkatkan perkembangan kendiri kanak-kanak.
JAWAPAN
Konsep kendiri kanak-kanak berubaha dipengaruhi oleh situasi dan
perkembangan dalam hidupnya.
OBJEKTIF
1. B
2. D
3. A
SUBJEKTIF
1.
Pengaruh media massa
Pengaruh persekitaran
Pengaruh unsur-unsur negatif budaya barat
Kanak-kanak ketandusan kasih sayang
Ibubapa menaruh harapan terlalu tinggi
Kanak-kanak mempunyai masalah emosi
Kanak-kanak mempunyai masalah fizikal
Latar belakang keluarga yang tidak sihat.
2.
Bebas membuat keputusan dan pilihan. Mereka jarang berdepan
dengan dilema atau masalah dalam membuat sebarang keputusan
atau pilihan. Mereka juga tidak teragak-agak dalam membuat
keputusan dan boleh membuat pilihan tanpa terikat dengan pengaruh
rakan atau desakan keluarga.
Bertanggungjawab. Sekiranya melakukan kesilapan mereka akan
mengakuinya dan bertnggungjawab terhadap kesalahan yang
dilakukan.
Pemurah. Suka membantu orang lain dan berasa bertanggungjawab
untuk menghulurkan bantuan dan membantu menyelesaikan masalha
mereka yang memerlukan.
Mudah berkawan. Senang dibuat kawan dan disengangi oleh orang di
persekitaran. Sikap mereka tidak sombong, pandai menghargai rakan
dan sentiasa membantu menyebabkan rakan suka mendampinginya.
ESEI
Guru perlu peka dengan kebolehan dan minat setiap murid. Komunikasi
dan interaksi yang baik dengan murid dapat membantu guru
mengenalpasti kebolehan dan minat mereka. Dengan cara ini guru boleh
menggunakan kebolehan murid untuk meningkatkan konsep kendiri yang
positif dalam diri kanak-kanak tersebut.
Guru perlu menjadi model yang terbaik dalam mencerminkan sifat-sifat
dan ciri-ciri konsep kendiri yang positif kepada murid-murid. Oleh itu, guru
perlu berinteraksi dengan baik, gaya percakapan yang sopan dan
berhemah, cara bertindak yang bijak, dapat mengawal emosi dengan baik
dapat membantu membentuk konsep kendiri yang positif.
Guru perlu merancang aktivit pembelajaran yang berpusatkan murid.
Memberi peluang di dalam bilik darjah kepada murid yang ketinggalan
dapat membantu menolong kanak-kanak membina konsep kendiri yang
baik.
top related