sistem respirasi.ppt

Post on 23-Dec-2015

19 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MOHD KHAIRIEE BIN MOHAMAD

NOR FAIZAL B CHE DAUD

Respirasi atau pernafasan adalah merupakan satu proses yang bermula dari mengambil oksigen, mengeluarkan karbon dioksida dengan menggunakan tenaga di dalam tubuh manusia.

Manusia akan bernafas dengan mengambil oksigen di dalam udara bebas dan akan menghembuskan gas karbon dioksida ke luar semula.

Pengudaraan peparu..

- ianya berlaku melalui proses pernafasan.

Proses pernafasan terbahagi kepada dua :

Inspirasi –proses Menyedut udara secara aktif ke

dalam paru-paru.

Ekspirasi- proses Menghembus udara keluar dari

paru-paru.

Proses pertukaran gas antara oksigen dan karbon

dioksida berlaku di alvoelus yang diselaputi beribu-

ribu kapilari darah.

Sistem ventilasi yang baik akan menyediakan bekalan

tetap O₂ ke alvoelus dan menyikirkan CO₂

Reseptor regangan dalam peparu akan membantu

tindakan pernafasan.

Fiber elastik dalam peparu membenarkan

pengembangan optimun semasa inspirasi.

Rongga hidung Trakea Bronkus Paru-paru Tulang rusuk Diafragma Otot intercostal

STRUKTUR DAN FUNGSI BAHAGIAN RESPIRASI

Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengkumuhkan karbon dioksida.

Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida antara paru-paru.

Mengekalkan keadaan dan persekitaran dalaman tubuh yang stabil (hemeostasis)

Inspirasi

Ekspirasi

Perbezaan antara proses inspirasi dan juga proses ekspirasi.

FISIOLOGI SISTEM

RESPIRASI

Fungsi utama sistem respirasi adalah untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan serta menyingkirkan karbon dioksida dari badan.

Proses ini melibatkan: Ventilasi pulmonari Penafasan luaran Pengangkutan gas penafasan Penafasan dalaman

Udara akan disedut masuk dan di hembus keluar dari paru paru supaya udara yang berada dalam paru paru akan sentiasa mengalir.

Proses ini juga dikenali sebagai pernafasan

Proses ini adalah dimana pertukaran gas (oksigen dan karbon dioksida) diantara pulmunari darah dan alveoli berlaku.

Gas oksigen dan karbon dioksida perlu diagihkan keseluruh badan dari paru paru dan ke seluruh bahagian badan melalui saluran darah.

Proses ini berlaku pada pertukaran gas diantara darah dan sel tisu.

Satu proses di mana paru-paru mengembang untuk menyedut udara dan menguncup untuk mengeluarkan udara gerakan tarik dan hembus nafas

Ia dikawal oleh Pusat kawalan pernafasan di Medulla Oblongata

Setiap pusingan pernafasan mempunyai 3 fasa iaitu:

- Inspirasi/ Inspiration (tarik nafas)

- Ekspirasi/ Expiration (hembus nafas)

- Pause (rehat)

Tarik nafas

• Apabila otot diafragma menguncup, ia turun ke bawah dan menjadi rata. Kaviti toraks menjadi luas dari atas ke bawah.

• Apabila otot interkostal eksternal menguncup, tulang rusuk ditarik ke arah luar dan atas, dan ini meluaskan kaviti toraks dari sisi ke sisi dan dari hadapan ke belakang.

• Dengan tindakan otot ini, kaviti toraks menjadi luas. Oleh kerana tisu paru‑paru di bentuk oleh tisu yang elastik dan telap, dan juga lapisan luar pleura melekat pada bahagian dalam sternum dan otot diafragma, paru-paru juga turut mengembang apabila kaviti toraks meluas. Ini menyebabkan tekanan udara di dalam paru‑paru lebih rendah daripada udara atmosfera. Oleh itu udara akan di sedut masuk ke dalam paru‑paru. 

Hembus nafas Kaviti toraks mengecil kerana otot

diafragm kembali ke kedudukan asal, dan tulang rusuk ditarik ke bawah dan ke dalam oleh otot interkosta internal.

Tekanan udara di dalam paru‑paru menjadi lebih tinggi dari tekanan udara atmosfera. Oleh itu udara terdesak keluar dari paru‑paru.

Pause Berehat seketika di antara

pernafasan dan ia berlaku secara teratur.

Pernafasan terbahagi kepada 2 jenis iaitu: Pernafasan Eksternal (Pernafasan

Paru‑paru) Pernafasan Internal (Pernafasan Tisu)

Pernafasan Eksternal (Pernafasan Paru‑paru)– berlaku antara alveoli dan kapillari yang

mengelilinginya– O2 dari atmosfera disedut masuk ke paru

paru, dan di serap ke dalam sistem pengaliran darah, sementara CO2 dan wap air akan dibebas ke atmosfera melalui trek pernafasan

 • ii. Pernafasan Internal (Pernafasan

Tisu)– berlaku antara kapillari dan sel sel tubuh– O2 yang terdapat di dalam darah akan

diserap dan digunakan oleh sel tubuh dan CO2 dan wap air akan dibebaskan ke dalam kapilari darah.

Pernafasan Eksternal

Pernafasan Internal

Pengangkutan Karbon Dioksida

3 cara membawa gas karbon dioksida di

dalam darah.

a. 5% - karbon dioksida larut

b. 10% - bergabung dengan hemoglobin

c. 85% - dalam bentuk ion

hidrogenbikarbonet

Proses ini dimulakan dengan : CO₂ bertindak balas dengan air untuk membentuk

asid karbonik.

Anhdrase karbonic

CO₂ + H₂O = H₂CO₃

(karbon (air) (asid karbonik)

dioksida)

Kemudian asid karbonik akan berpisah menjadi ion hidrogen (H ) dan ion hidrogen karbonat ₊(HC0₃ ). ₋H₂CO₃ = H + HCO₃₊ ₋

(asid (ion (ion

karbonik) hidrogen) hidrogenbikarbonat)

1) pengurangan kolagen dalam tubuh manusia masalah kesihatan dan kulit mula berkedut. wujud terutamanya di dalam otot kulit, rawan,

tulang, gigi, organ dalaman (perut, usus, jantung, peparu, saluran darah dan mata)

Kolagen adalah komponen yang ke 2 terbanyak dalam tubuh manusia. 75% pembinaan kulit terdiri daripada kolagen.

1. mengurangkan kedut, menambahkan keanjalan kelicinan kulit

2. melindungi organ-organ & saluran darah

3. menguatkan struktur gigi & tulang

4. menguatkan tulang tendon dan rawan di antara sendi-sendi terutamanya lutut

5. mempercepatkan penyembuhan luka

6. memperbaiki kesihatan rambut, menjadikannya lebih kuat dan bersinar

Arthritis adalah kelainan sendi yang meliputi peradangan. Sendi adalah kawasan tubuh dimana dua tulang-tulang yang berbeza bertemu. Sendi berfungsi untuk menggerakan bahagian-bahagian tubuh yang dihubungkan oleh tulang-tulangnya. Arthritis secara harafiah bererti peradangan dari satu atau lebih sendi-sendi

rasa lenguh dan sakit di beberapa bahagian badan

keradangan saluran darah, tisu paru-paru dan ketaknormalan darah.

Sejenis penyakit paru-paru kronik (chronicobstructive pulmonary disease, COPD).

Disebabkan pendedahan kepada bahan toksik atau pendedahan kepada asap tembakau dalam jangka masa panjang.

Dinding alveolus yang nipis dan mudah pecah dan rosak

.Apabila alveolus musnah, paru-paru tidak berupaya untuk menghantar oksigen yang secukupnya ke salur-salur darah.

Paru-paru turut kehilangan keanjalannya yang menyebabkan pesakit sukar untuk menghembus nafas. Udara akan terperangkap di dalam paru-paru kerana tiub bronkiol mungkin rosak.

a. Semput : terasa mengah semasa bernafas. b. Batuk serta menghasilkan kahak yang kronik

(bronkitis kronik)c. Sakit dada yang berulang (chest colds)d. Mata dan kulit menjadi kekuningan (jaundis)e. Bahagian Abdomen dan kaki membengkak f. Keupayaan bersenam yang menurung. Penyakit asma dan alergi yang berpanjangan h. Masalah organ hati atau enzim hati yang tidak

dapat dijelaskan

top related