selamat membaca 2020 sekolah st stephen · 2020-05-05 · s angat nakal. dia terlalu nakal sehingga...
Post on 29-Jul-2020
17 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SEKOLAH ST STEPHENSELAMAT MEMBACA 2020
Koleksi buku-buku ini boleh didapati di lelaman: https://eresources.nlb.gov.sg
BUKU-BUKU YANG DISARANKAN OLEH GURU-GURU SSS
RINGKASAN BUKU
Siri ini khusus untuk meningkatkan kebolehan dan penguasaan kanak-kanak membaca pada peringkat awal. Buku ini memberi penekanan terhadap kaedah sebutan suku kata terbuka yang tersusun dan ringkas, ilustrasi berwarna-warni yang sesuai dengan suku kata serta pembacaan ayat-ayat ringkas dan mudah.
Bacalah SayangDarjah 1
Cikgu Khatijah
RINGKASAN BUKU
Buku ini tentang seekor anak tupai yang nakal. Ia tidak suka mendengar nasihat ibunya. Anak tupai itu selalu keluar seorang diri. Pada suatu hari, sesuatu telah terjadi kepada anak tupai itu.
Apakah kejadian itu?
Anak Tupai Yang NakalDarjah 1
Cikgu Khatijah
RINGKASAN BUKU
Buku ini mengisahkan tentang tiga ekor kucing adik beradik yang bernama Along, Angah dan Ucu. Angah dan Ucu selalu mengharapkan bantuan Along. Apabila Along jatuh sakit, Angah dan Ucu sedar betapa mereka sangat memerlukan Along. Setelah Along sembuh, Angah dan Ucu berjanji akan bekerjasama dengan Along.
Cikgu Hidayah
Angahku Sayang
Darjah 2
RINGKASAN BUKU
Sang Kancil mengidamkan untuk makan daging rusa. Dia yang kecil tidak mampu berbuat apa-apa. Dia pun meminta bantuan Harimau. Disuruhnya Harimau berpura-pura mati. Apabila semua haiwan datang, Kancil memberikan isyarat. Harimau lalu menerkam tengkuk Rusa. Apakah yang berlaku seterusnya? Baca untuk ketahui kesudahan cerita ini.
Cikgu Hidayah
Sang Kancil dengan Harimau
Darjah 2
RINGKASAN BUKU
Buku ini adalah adaptasi daripada cerita ‘Jack and the Beanstalk’. Buku ini menceritakan kisah Jack, seorang anak daripada keluarga miskin, yang mendapat kacang ajaib apabila menjual lembu ternakannya. Kacang itu tumbuh untuk menjadi pokok yang tinggi sehingga mencecah langit. Di sebalik langit, ada banyak makanan. Setiap hari, Jack akan memanjat pokok itu untuk mengambil makanan.
Namun, seorang gergasi ternampaknya. Apakah yang terjadi kepada Jackselepas itu?
Jack dengan Pokok Kacang
Cikgu Amelia
Darjah 3
RINGKASAN BUKU
Buku ini adalah tentang seorang budak lelaki yang sangat nakal. Dia terlalu nakal sehingga dia kehilangan semua kawan-kawannya kerana ibu bapa mereka tidak suka Fitri berkawan dengan anak mereka. Ibunya seringkali cuba menasihatinya tetapi ia bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Satu hari, Fitri keluar dari rumahnya dan terserempak dengan seorang lelaki tua.
Siapakah lelaki itu?
Maafkan Fitri, Mak
Cikgu Amelia
Darjah 3
RINGKASAN BUKU
Buku ini mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang berkawan baik. Suatu hari, semasa mereka pulang dari sekolah, mereka ternampak seorang wanita tua yang terduduk di tepi jalan. Wanita itu cedera dan meminta pertolongan mereka. Mereka menghantar wanita tua itu ke hospital. Ketika berada di hospital, wanita tua itu menyerahkan sebuah kotak kepada tiga orang sahabat itu. Apakah yang terjadi selepas itu?
Cikgu Norhazli
Tiga Sahabat Yang Jujur
Darjah 4
RINGKASAN BUKU
Buku ini mengisahkan tentang Aminah yang malas belajar. Oleh itu, dia tidak mendapat markah yang baik dalam ujiannya. Dia berasa sedih dan kecewa apabila seorang teman sekelasnya mula mengejeknya. Namun, berkat nasihat daripada ibunya, Aminah bangkit dari sikapnya yang buruk itu. Dia tidak lagi malas belajar dan cemerlang dalam pelajarannya.
Cikgu Norhazli
Usaha Tangga Kejayaan
Darjah 4
RINGKASAN BUKU
Buku ini menceritakan kisah seorang lelaki yang mahu cepat kaya. Matlamatnya adalah untuk mencari sebanyak mungkin emas. Dia pergi berjumpa dengan orang paling bijaksana di kampung itu, Pak Fikir. Dia meminta nasihat Pak Fikir untuk mendapatkan sebanyak mungkin emas.
Apakah nasihat Pak FIkir?
Ladang Emas
Cikgu Amelia
Darjah 5
RINGKASAN BUKU
Buku ini adalah tentang seorang budak lelaki yang mempunyai tabiat yang buruk. Dia kerap menggigit kuku jarinya. Satu hari, dia membuat keputusan untuk hentikan tabiatnya itu. Namun, amat payah untuk dia berhenti. Dia mendapatkan nasihat daripada ramai orang dan mengikuti nasihat-nasihat tersebut.
Adakah dia berjaya hentikan tabiatyang buruknya itu?
Krim Ajaib
Cikgu Amelia
Darjah 5
RINGKASAN BUKU
Keluarga Encik Fadhil sudah lama menjadi penjaja warung burger terkenal di taman perumahan mereka di Taman Taming Jaya. Namun, populariti mereka terjejas teruk selepas sebuah lagi warung burger baharu yang lebih menarik dibuka berhampiran mereka. Apakah yang akan berlaku kepada kedua-dua penjaja ini? Siapakah yang berjaya menarik perhatian pembeli burger? Baca untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Cikgu Hidayah
Burger Del
Darjah 6
RINGKASAN BUKU
Buku ini mengisahkan tentang Mak Jah yang hilang duitnya. Dia terlupa di mana dia meletakkan duit itu.. Sudah puas dia mencari ke mana-mana, namun dia masih tidak dapat mencari wangnya. Mak Jah berasa sangat marah. Dia mengesyaki anaknya, Razak yang telah mengambil wangnya. Adakah Mak Jah berjaya menemukan wangnya semula?
Cikgu Norhazli
Tersilap Tuduh
Darjah 6
Darjah 1
Tajuk Buku Penulis Disaran oleh
Bacalah Sayang Wan Rosmawati Cikgu Khatijah
Anak Tupai Yang Nakal Lee Guat Eam
Apakah Itu? Lee Guat Eam
Anjing Dan Bayang-bayangnya
Siti Dalila
Semut Yang Degil Siti Dalila
Darjah 2
Tajuk Buku Penulis Disaran oleh
Kisah Siput Emas Hamdan Mohd Ali Cikgu Hidayah
Saya nak gajah! Ida Zuraini
Sang kancil dengan perigi buta
Rahimidin Zahari
Ibu Saya Seorang Yang Hebat
Shelley Admont
Angahku Sayang Syazana Husna Jasnee
Darjah 3
Tajuk Buku Penulis Disaran oleh
Jack dengan Pokok Kacang Norul Azila Arifin Cikgu Amelia
Kucing Yang Bijak Norul Azila Arifin
Maafkan Fitri Mak Halimah Zakaria
Miko Yang Sombong Jamiah Sapari
Niat Baik Nenek Karisma Arshad
Darjah 4
Tajuk Buku Penulis Disaran oleh
Usaha Tangga Kejayaan Halimah Zakaria Cikgu Norhazli
Tiga Sahabat Yang Jujur Chan Siew Mooi
Tersilap Langkah Dan Cerita-Cerita Lain
Sulaiman Zakaria
Si Tanggang Dan Cerita-Cerita Lain
Sulaiman Zakaria
Pengorbanan Si Ibu Buta Zakaria Arif
Darjah 5
Tajuk Buku Penulis Disaran oleh
Hendak Seribu Daya, Tidak Hendak Seribu Dalih
Haji Bahasa Haji Othman Cikgu Amelia
Krim Ajaib Sariah Ramlee
Ladang Emas Mohamed Zaem
Ayam Bertelur Emas Fahimi Cikgu Khatijah
Badang Mohd Israry Hamid
Darjah 6
Tajuk Buku Penulis Disaran oleh
Tersilap Tuduh Ghazali Ngah Azia Cikgu Norhazli
Sesat Farahanis
Pengembaraan ke Athens Karisma Arshad
Tuk Mudin Datang Ida Munira Abu Bakar Cikgu Hidayah
Burger Del Faizal Dzasrik
BUKU-BUKU YANG DISARANKAN OLEH PIHAK MOE CPDD
DARJAH 1 - DARJAH 3
S/N Tajuk Penulis Online access Genre
1 Nabil & Nabilah Reader Series
MLLPC www.mllpc.sg Children Ebook
2 eResources from NLB
NLB https://eresources.nlb.gov.sg Other Media resources
3 Apakah Nama Anda? / What Is Your Name ?
Dino Lingo https://nlb.overdrive.com/media/2938817?cid=106180
Juvenile Fiction/Juvenile Literature/Mythology/ Short Stories
4 Mengelilingi Dunia / Around The World
Dino Lingo https://nlb.overdrive.com/media/2939632?cid=106180
Juvenile Fiction/Short Stories
S/N Tajuk Penulis Online access Genre
5 Selamat Malam, Anakku!
Shelley Admont
https://nlb.overdrive.com/media/5375764?cid=106180
Juvenile Fiction/Juvenile Literature/Mythology/ Short Stories
6 Saya Suka Makan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran
Shelley Admont
https://nlb.overdrive.com/media/5375711?cid=106180
Juvenile Fiction/ Juvenile Literature
7 Saya Suka Tidur Di katil Sendiri
Shelley Admont
https://nlb.overdrive.com/media/5375715?cid=106180
Juvenile Fiction/Juvenile Literature
DARJAH 1 - DARJAH 3
DARJAH 4 - DARJAH 6
S/N Tajuk Penulis Online access Genre
1 Cef Pastri Junior Edisi Kemas Kini
Hayati Hanif https://nlb.overdrive.com/media/3705635?cid=106180
Juvenile Fiction/ Juvenile Literature
2 Garaj Aiman Shamsuddin Abdul Kadir
https://nlb.overdrive.com/media/3780207?cid=106180
Juvenile Fiction/ Juvenile Literature
3 Gila-gila PSP Maslina Ngadiman
https://nlb.overdrive.com/media/3705651?cid=106180
Juvenile Fiction/Juvenile Literature
DARJAH 4 - DARJAH 6
S/N Tajuk Penulis Online access Genre
4 Atan Jambul: Kerana Tikus
Moh Dat Molok
https://nlb.overdrive.com/media/3780189?cid=106180
Juvenile Fiction/Juvenile Literature
5 Adam Kecil: Lari Dari Rumah
Ashadi Zain https://nlb.overdrive.com/media/3780177?cid=106180
Juvenile Fiction/ Juvenile Literature
6 Dunia coklat Nadia Natasha Effyzal
https://nlb.overdrive.com/media/3780204?cid=106180
Juvenile Fiction/ Juvenile Literature
7 Kapten Kuro Dari Planet Marikh
Nick Broadhurst
https://nlb.overdrive.com/media/4224562?cid=106180
Juvenile Fiction/ Juvenile Literature
DARJAH 4 - DARJAH 6
S/N Tajuk Penulis Online access Genre
8 Krew Rinching: Kawan Baru Saya
Lily Haslina Nasir
https://nlb.overdrive.com/media/3780215?cid=106180
Juvenile Fiction/ Juvenile Literature
9 Usahawan Cilik: Mesin Rumput Ekspres
Shamsuddin Abdul Kadir
https://nlb.overdrive.com/media/3780317?cid=106180
Juvenile Fiction/ Juvenile Literature
10 Misi 8A The Novel Nazry Salam https://nlb.overdrive.com/media/3780230?cid=106180
Juvenile Fiction/ Juvenile Literature
Koleksi buku-buku ini boleh didapati di lelaman: https://eresources.nlb.gov.sg
top related