sejarah ringkas perkembangan pendidikan prasekolah malaysia
Post on 05-Apr-2018
281 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
1/23
SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
MALAYSIA.
1970an KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam
1986 Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
1992 KPM memulakan Prasekolah
1993 Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan
oleh KPM
2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
2008/9 KPK disemak semula
RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan
kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan,
mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah
PERUBAHAN YANG BERLAKU
Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:
Pembangunan modal insan
Penghasilan pelajar celik minda
Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran
kritis, kreatif dan inovatif
PERUBAHAN YANG DILAKUKAN
1.Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
2/23
2.Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan
keusahawanan.
3.Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai
bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik,pegangan teguh kepada ajaran agama
4.Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan
melalui program prasekolah
5.Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan
menyeronokkan
6.Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.
7.Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
3/23
PENEKANAN KURIKULUM DAN TAHAP PERSEKOLAHAN DALAM
KURIKULUM TRANSFORMASI.
4 M
Membaca
Menulis
Mengira
Menaakul
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH
KEBANGSAAN 2010
Matlamat
http://lh4.ggpht.com/_60aiEFbjBwA/SzxYRK2bspI/AAAAAAAABPY/PrwYUQ_xHek/s1600-h/BLOGPRA2%5B3%5D.jpg -
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
4/23
Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan
prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang
selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk
konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam
persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan
tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
4 kata kekunci
Menyuburkan (Enriching)
Aktif Penglibatan (Engaging)
Selamat (Safe)
Seronok (Fun)
OBJEKTIF KSPK
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada muridberumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut
Jasmani:
Mempunyai tubuh badan yang sihat
Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
Menguasai kemahiran psikomotorasas kemahiran motor halus dan motor
kasar
Emosi:
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
5/23
Mempunyai konsep kendiri yang positif
Mempunyai keyakinan diri
Mempunyai jati diri
Berani mencuba
Mempunyai kematangan emosi
Menghormati perasaan dan hak orang lain
Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan
Intelek:
Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan
bahasa Malaysia
Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris
Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan)
Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang
berkenaan)
Memperolehi kemahiran proses sains asas
Memperolehi kemahiran matematik asas
Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul
Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian murid
Mempunyai daya kreatif dan estetika
Menghargai keindahan alam dan warisan budaya
Rohani:
Mengamalkan nilai murni
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
6/23
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama
Islam.
Sosial:
Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.
Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
Menyuarakan pandangan dan perasaan.
Bekerjasama dengan orang lain.
TUNJANG-TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH
KEBANGSAAN.
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
7/23
REKABENTUK KURIKULUM
Kurikulum berasaskan Standard
Kurikulum berbentuk modul
KURIKULUM BERASASKAN STANDARD
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
8/23
Justifikasi Penggunaan Standard.
Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti.
Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama
Kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang
berkualiti.
Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk memberi
pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.
Kebertanggungjawaban (Accountability) guru dan pentadbir
o Memastikan SEMUA murid melepasi piawai standard yang
ditetapkan
o Memastikan semua prasekolah awam dan swasta mematuhi
keperluan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Skema dan piawai pengukuran
o Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan
jelas untuk tujuan meningkatkan tahap pembelajaran murid
o Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
o Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah
KURIKULUM BERBENTUK MODULAR
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
9/23
Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang
kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk
bahagian atau unit,bahagian atau unit ini dinamakan modul.
DUA JENIS MODUL
Modul Teras Asas
Modul Bertema
Modul Teras Asas
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina/Bahasa Tamil
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Matematik
Aktiviti di Luar (Outdoor activity)
Modul Bertema
Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur
dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul
Bertema dibina menggunakan isu kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak.
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
10/23
Justifikasi penggunaan modul
Bersifat dinamik
o pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa
menjejaskan keseluruhan kurikulum
Pelaksanaan p & p yang fleksibel
o Guru ada pilihan menggunakan modul mengikut kesesuaian
PERUNTUKAN MASA
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
11/23
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
12/23
PRINSIP PEMBELAJARAN
Prinsip Pembelajaran yang dijadikan Fokus
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
13/23
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan prinisip
Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori pembelajaran
konstruktivisme di mana:
Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoonfeeding.
Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
Perbezaan individu dibenarkan.
Murid belajar mengikut kadar sendiri.
Guru mengajar dengan mengaitkan dengan pengalaman seharian murid.
STANDARD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang perlu diketahui
dan dilakukan oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan pembelajaran.
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Pertama:
Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.
Guru prasekolah perlu membuat perancangan jangkamasa panjang (contohnya
Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek (contohnya Rancangan Harian)
berdasarkan keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan
keperluan kanak-kanak.
Guru prasekolah merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut:
Kreativiti
Pemikiran logikal
Kemahiran Menaakul
Perkembangan Rohani
Pembentukan sikap positif dan nilai murni
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
14/23
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
15/23
Belajar Melalui Bermain
Pendekatan Bersepadu
Pendekatan Bertema
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Masteri (terutamanya dalam penguasaan bahasa dan
kemahiran)
Pembelajaran Kontekstual (menggunakan pengalaman murid, alam
persekitaran murid)
Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (Multiple
intelligences)
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Ketiga:
Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan
pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keempat:
Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
dalam bilik prasekolah.
Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan
mesra dalam kelas.
Guru prasekolah mewujudkan pusat-pusat pembelajaran dalam kelas
prasekolah.
Guru prasekolah melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan yang sesuai,
mencukupi dan updated.
Guru prasekolah memastikan pusat pembelajaran sentiasa kemas.
Guru prasekolah melibatkan murid dalam merekabentuk pusat pembelajaran.
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kelima:
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
16/23
Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan
awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina
perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.
Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan perhubungan yangbaik dengan ibubapa/penjaga melalui pelbagai cara.
Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk jawatankuasa
yang melibatkan waris/ibubapa/penjaga murid.
Guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibubapa/penjaga secara berkala,
sekurang-sekurangnya dua kali setahun.
Pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibubapa dalam program dan aktivitisekolah seperti Hari Sukan, Hari Keluarga, Gotong Royong, lawatan dan
program keibubapaan.
Guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum prasekolah termasuk
kaedah pentaksiran kepada ibubapa.
Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat lawatan ke rumah untuk murid
yang bermasalah jika perlu.
Guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan pengajaran dan pembelaran
dari sekolah ke rumah.
Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keenam:
Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas
dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid
keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa.
Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan borang
pengesanan yang telah disediakan di sekolah.
Pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa untuk menghantar
murid tersebut ke sekolah pendidikan khas jika perlu.
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
17/23
STANDARD P & P (Overview)
Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.
Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan
tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally appropriate) supaya
pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid.
Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan
pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.
Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
dalam bilik prasekolah.
Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan
awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina
perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.
Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas
dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid
keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa.
STANDARD PENTAKSIRAN
Standard Pentaksiran Pertama:
Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang
ditetapkan.
Tujuan pentaksiran adalah untuk:
Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.
Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan
mempertingkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh.
Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari
semasa ke semasa.
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
18/23
Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek
yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Mengesan keberkesanan pengajaran guru.
Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan
susulan yang berkesan untuk:
Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif,
afektif dan psikomotor.
Membantu pembelajaran murid.
Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran guru.
Standard Pentaksiran Kedua:
Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk:
Penerapan nilai
Pembentukan sikap
Penguasaan kemahiran
Status kecergasan
Status kesihatan
Kesediaan sosial (social readiness)
Aktiviti kokurikulum dan ektra-kurikulum tidak harus ditaksirkan kerana pada
peringkat umur ini murid tidak dapat menyertai aktiviti ini secara berdikari.
Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira
sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada peringkat umur ini
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
19/23
pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak faktor dan bukan sahaja atas
kebolehan individu.
Standard Pentaksiran Ketiga:
Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.
Standard Pentaksiran Keempat:
Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-
kanak dan berasaskan kaedah saintifik.
Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan
perbandingan antara murid.
Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah seperti berikut:
Pemerhatian berterusan
Penilaian hasil kerja
Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak:
Ujian atau peperiksaan formal
Ujian kertas and pensil
Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih.
Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit.
Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau kesimpulan
yang dibuat adalah sah dan sahih.
Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitanperkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid . Contoh rekod
adalah seperti berikut:
Senarai Semak.
Skala Kadar.
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
20/23
Rekod Anekdot.
Rekod Berterusan (Running Record).
Portfolio
Standard Pentaksiran Kelima:
Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu
pengajaran.
Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat
prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif.
Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat kepada
ibubapa mengenai kemajuan anak-anak mereka.
Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-murid sama
ada mereka perlu dirujuk kepada pakar.
Standard Pentaksiran Keenam:
Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak
perlu dipatuhi.
Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain, ia
hanya boleh ditunjukkan kepada ibubapa dan pihak tertentu sahaja.
Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Pada
peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat dipengaruhi oleh kadar
pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak pada peringkat umur ini akan
mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangan kanak-kanak ini kelak.
Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu
elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat A atau B dan
seterusnya.
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
21/23
Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi boleh
berubah, contohnya kanak-kanak perempuan secara fisiologinya berkembang
lebih cepat dalam penguasaan bahasa daripada kanak-kanak lelaki, adalah tidak
wajar melabelkan murid lelaki sebagai lambat daripada perempuan.
Standard Pentaksiran (overview)
Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang
ditetapkan.
Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.
Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-
kanak dan berasaskan kaedah saintifik.
Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu
pengajaran.
Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanakperlu dipatuhi.
STANDARD DOMAIN KREATIVITI
Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dipupuk di kalangan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran mulai dari prasekolah lagi.
Peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh diberikan dalam
banyak konteks yang berbeza dan boleh diintegrasikan dalam banyak aktiviti
dalam dan luar bilik darjah.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas prasekolah perlu memberi
peluang kepada murid agar mereka:
suka menyoal dan mencari jawapan
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
22/23
membuat perkaitan dan melihat hubung kait
menjangka apa yang akan berlaku
membuat spekulasi tentang kemungkinan
meneroka idea
berfikir secara literal
sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil.
Pemupukan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum prasekolah dimantapkan
melalui dua pendekatan utama, iaitu:
Penerapan kreativiti dalam semua tunjang melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
Memberi fokus khusus kepada kreativiti melalui pendidikan muzik dan
pendidikan seni visual
Standard Domain Kreatif di prasekolah terdiri daripada dua komponen iaitu:
pemikiran kreatif dan pemupukan sikap dan personaliti.
Standard Domain Kreativiti Pertama:
Guru Prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid untuk meningkatkan
kemahiran berfikir kreatif mereka
Standard ini mencadangkan bahawa:
Murid diberi peluang meneroka dan mencuba idea untuk menghasilkan
karya/ciptaan yang asli, penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Murid mengikuti proses berfikir seperti yang disenaraikan dibawah dengan
bimbingan guru.
Standard Domain Kreativiti Kedua:
Guru Prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid agar mereka
menghayati dan menghargai nilai estetik dalam kehidupan dan seterusnya
-
7/31/2019 Sejarah Ringkas Perkembangan Pendidikan Prasekolah Malaysia
23/23
meningkatkan naluri mereka untuk terus menghasilkan karya kreatif secara
berterusan dan beretika.
SUMBER: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
top related