sastera kanak2 dan remaja p
Post on 02-Jul-2015
517 Views
Preview:
TRANSCRIPT
AS-2303 SASTERA KANAK-KANAK DAN REMAJACERITA BINATANG - PERLUMBAAN SANG ARNAB DAN KURA-KURA
NURULNISA IZZATI BINTI ABD HAMID11B8142
KANDUNG
AN DEFINISI CERITA BINATANG
SINOPSIS PERLUMBAAN ARNAB DANKURA-KURA
PENGAJARAN
PERBANDINGAN
KESIMPULAN
CERITA BINATANG
Cerita yang tertua, sama usianya dengan cerita asal usul.
Disebut juga sebagai cerita mergastua.
Dituturkan secara lisan dan disebarkan dikalangan masyarakat
yang belum mengenal huruf.
Amat terkenal dalam masyarakat kita terutamanya di kalangan
kanak-kanak sejak kecil lagi.
Cerita ini menggunakan binatang sebagai pelaku atau watak.
Watak-wataknya diberi sifat manusia yang mempunyai
kebolehan bercakap, berfikir, bertindak dan melakukan sesuatu
seperti manusia biasa yang berperanan menjadi watak yang
cerdik, bijak,sombong atau mudah tertipu.
Cerita-cerita binatang sarat dengan unsur moral, pengajaran, alat
kritikan sosial dan sindiran disamping menjadi hiburan yang
berkesan untuk golongan kanak-kanak dan remaja.
PERLUMBAAN ARNAB DAN KURA-KURA
Sinopsis
Cerita Arnab dan Kura-kura adalah sebuah cerita dongeng teladan.
Kisahnya mengenai seekor arnab yang mencemuh seekor kura-kura
yang bergerak lambat. Mereka pun berselisih pendapat tentang siapa
yang boleh berlari lebih pantas. Kemudian sang kura-kura menyahut
cabaran sang arnab dengan mengadakan satu perlumbaan. Mereka
bersetuju tentang masa dan jalan-jalan yang bakal dilalui dalam
perlumbaan itu. Pada suatu hari, perlumbaan tersebut pun dimulakan.
Arnab berlari dengan selaju-lajunya kemudian dia berhenti dan
mendapati kura-kura tertinggal jauh di belakang. Arnab pun mengambil
keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok di mana dia
akhirnya tertidur dengan nyenyak. Kura-kura berlari dengan tidak
berhenti-henti dan memenangi perlumbaan itu. Akhirnya arnab pun
terjaga dari tidur tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah sampai
ke garisan penamat.
PENGAJARAN
Jika hendak berjaya, bukanlah semestinya ada kepandaian, tidak
semestinya ada kekuatan tetapi yang penting ialah sikap dalam
mengejar sebuah matlamat.
Dari segi fizikal, tentulah arnab lebih tangkas. Kakinya lebih
panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti ia sudah
mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab
itu sendiri menyebabkan ia gagal. Matlamat arnab berubah-
ubah, apabila ia sampai di tengah jalan, matlamatnya berubah kepada
hendak berehat dan kemudian tertidur.
Bagi kura-kura pula walaupun kakinya pendek dan tiada kekuatan
seperti arnab, tetapi sikapnya betul. Walaupun ia telah ketinggalan,
tetapi matlamatnya sentiasa di hadapan dan tidak berubah-ubah.
Matlamatnya ialah hendak menang dalam perlumbaan dan terus
mempertahankannya hingga berjaya.
Sikap negatif yang terdapat pada arnab dan sebabkegagalannya ialah sambil lewa, sikap terlalu yakin, sikapbertangguh, sikap berpuas hati dan suka memandangrendah terhadap orang lain. Walaupun bakatnyatinggi, tenaganya banyak, dan lebih pandai dari kura-kura, tetapi akhirnya arnab kalah dalam perlumbaannyadengan kura-kura.
Sikap kura-kura yang positif ialah
1. Konsisten ataupun istiqamah - ia tetap meneruskan
perlumbaan walau apapun yang terjadi.
Misalnya, walaupun ia telah ketinggalan, ia tetap
merangkak juga.
2. Sabar - kura-kura mempunyai kesabaran yang tinggi
dalam menempuh dugaan sepanjang perjalanan.
Perjalanan yang jauh itu menyebabkan kura-kura tetap
teruskan walaupun ia tidak nampak arnab di hadapan.
3. Kura-kura juga mempunyai harga diri yang tinggi.
Sikap inilah yang menyebabkan ia menyahut cabaran
arnab kerana ia tidak mahu dihina.
PERBANDINGAN
Perbandingan cerita arnab dan kura-kura ini boleh kita
padankan dengan kehidupan manusia sebenar.
1. Terdapat segelintir manusia yang kita lihat kadang-kadang
mempunyai kecerdikan dan kekayaan yang pada zahirnya
boleh menyebabkan mereka berjaya, tetapi tidak berjaya
juga dalam hidup. Ini kerana sikap mereka mempunyai
sikap buruk seperti arnab; tidak konsisten, tiada harga diri,
angkuh, berubah matlamat, terlalu yakin dan sebagainya.
Dalam pendidikan anak-anak, misalnya kita nampak
seorang anak itu mempunyai pemikiran ataupun
kecerdikan yang tidak tinggi tetapi jika dia mempunyai
disiplin diri dan sikapnya yang betul seperti menepati
waktu, mempunyai matlamat dan berjiwa besar maka
dia mungkin akan berjaya sekalipun anak itu tiada bakat
atau kepandaian, dia akan berjaya daripada anak yang
mungkin lebih pandai tetapi malas, tiada keyakinan
diri, tidak komited dalam melakukan sesuatu perkara.
2. Menerusi cerita ini kita tahu Allah SWT tidak suka orang
yang sombong. Orang sombong seperti arnab yang suka
menghina orang lain, sebenarnya dia telah membuktikan
bahawa dirinyalah yang lebih hina daripada orang yang
dihina itu. Apabila arnab memandang hina kura-
kura, menunjukkan dia bersikap takbur dan sombong.
Sebaliknya, kura-kura yang dihina pula membela maruah
dirinya dengan menyahut cabaran arnab itu. Hinaan arnab
terhadap kura-kura tidak menyebabkan kura-kura
menghinanya kembali, tetapi kura-kura berusaha
untuk membuktikan bahawa dirinya bukanlah seperti yang
diperkatakan oleh arnab. Bagi kura-kura, apabila menerima
cemuhan, ia menjadi pendorong untuk lebih maju dan
sebagainya.
Pada umumnya cerita binatang seperti cerita PERLUMBAAN
ARNAB DAN KURA-KURA ini merupakan cerita yang
dikategorikan sebagai cerita jenis Fable. Peranan Sang Arnab
menyatakan bahawa wataknya digambarkan sebagai watak binatang
yang sombong dan berkeyakinan tinggi, malah peranan Sang Kura-
kura tidak mempunyai sifat putus asa, sentiasa tabah dalam
menghadapi cabaran dan berusaha dalam mencapai kejayaan.
Bahan bacaan seperti ini dapat mendedahkan kepada adik-adik dan
anak-anak kita tentang kejayaan dan pencapaian yang baik serta
berguna sekiranya kita berusaha dan menggunakan akal fikiran
untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak mampu
meningkatkan daya motivasi dan keyakinan dalam diri untuk
menjadi lebih baik.
KESIMPULAN
SEKIANTERIMA KASIH
top related