pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu …
Post on 20-Oct-2021
21 Views
Preview:
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR3A
Modul 8
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
Program Bahasa Melayu Edubest Modul 8
A. Perbendaharaan Kata & Bacaan
a. Perbendaharaan Kata
Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意思
1 ibarat
-seperti
如/好象
2 kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
-pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja
只够糊口
3 dipandang hina
-dipandang rendah
被轻视
4 gigih
-keras hati untuk mencapai sesuatu yang baik
坚决
5 mengerti
-memahami, mengenali
了解
6 menyara
-menanggung (hidup)
养活(家人)
7 disisihkan
-diketepikan
被隔离
8 menyimpan dendam
-berdendam
怀恨
9
umpat
-bercakap tentang keburukan seseorang di
belakangnya
背后说坏
话
10 keji
-hina, rendah, tidak baik
低贱
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
11 berarak
-bergerak dalam kumpulan besar
移动/游行
12 akur
-bersetuju, menerima
接受/同意
13 pujukan
-nasihat, dorongan
游说/劝告
14 dipanah cahaya
-dipancar cahaya
被光线照
射
b. Latihan Perbendaharaan kata : Isi tempat kosong
1. Badan Rina bermandi peluh setelah __________________
matahari selama setengah jam.
2. Pasukan perbarisan Hari Kebangsaan ______________ di
hadapan tetamu kehormat untuk memberkan tabik hormat kepada
mereka.
3. Kita akan ___________________ jika melakukan perbuatan yang
menconteng arang di muka ibu bapa kita.
4. _____________ merupakan suatu perbuatan yang ________.
5. Kehidupan keluarga Ghani seperti
_____________________________________________
setelah ayahnya lumpuh dan tidak dapat bekerja.
6. Guru ____________ lilin yang membakar diri untuk menerangi
masa depan anak muridnya.
7. Adik bongsu Hanisah belum ___________ penat lelah ibu bapanya
bekerja kuat untuk __________ hidup keluarga mereka.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
8. Dengan usaha yang ________, nescaya anda akan berjaya dalam
kerjaya anda !
9. Pemuda itu telah _______________ oleh orang kampung setelah
diketahui orang kampung yang dia menjalankan kegiatan yang
menyalahi undang-undang.
10. Setelah 90 minint bertarung, pasukan bola sepak Korea
terpaksa _______ dengan kehebatan pasukan bola sepak Brazil.
11. Alias yang _____________________ terhadap Budin selama ini
telah bertindak menyerangnya dalam suatu insiden pergaduhan.
12. Akhirnya, Erma menerima __________ ibunya supaya tidak
berkahwin dengan pemuda yang tidak disukai kedua orang tuanya.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Nelayan Yang Jujur
Pada suatu masa dahulu, tinggalkan Pak Rahmat bersama-sama
isteri dan anak-anaknya di dalam sebuah rumah yang kecil. Kehidupan
mereka sekelurga amat susah, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. Pak Rahmat sekeluarga dipandang hina oleh penduduk
kampung kerana kemiskinannya.
Pak Rahmat juga seorang yang gigih berusaha. Dia bekerja tanpa
mengenal erti penat lelah untuk menyara keluarganya. Pak Rahmat turun
ke laut seorang diri kerana dia disisihkan oleh penduduk kampung.
Namum begitu, dia tidak pernah menyimpan dendam dan tidak
mempedulikan umpat keji mereka.
“Biarlah mereka terus menghina keluargaku, aku tidak pernah
berbuat salah kepada mereka,” fikir Pak Rahmat.
Pada suatu hari, angin bertiup dengan kencang. Awan hitam
berarak di langit. Pak Rahmat sudah bersiap sedia untuk turun ke laut.
“Tak usahlah abang turun ke laut, angin sangat kencang. Saya
bimbangkan keselamatan abang,” rayu isterinya.
“Awak jangan bimbang, abang tahu menjaga diri. Lagipun kalau
abang tidak turun ke laut, bagaimana dengan anak-anak kita ? Mereka
akan kelaparan. Abang tidak sanggup melihat mereka begitu,” pujuk Pak
Rahmat.
Akhirnya, isteri Pak Rahmat terpaksa akur dengan pujukan Pak
Rahmat. Namun, dia tetap berdoa agar suaminya selamat.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pak Rahmat berharap agar cuaca kembali cerah. Dengan tidak
disangka-sangka angin yang tadinya bertiup kencang kembali tenang.
Awan hitam berarak pergi. Langit kembali cerah. Pak Rahmat bersyukur
kepada Tuhan.
Setelah sekain lama lama berada di laut, tiada seekor ikan pun
yang berjaya ditangkap oleh Pak Rahmat. Oleh sebab terlalu letih,
pukatnya terlepas ke dalam laut. Pak Rahmat cemas tetapi dia tidak
berbuat apa-apa. Dia termenung di atas sampannya.
Apalah malang nasibku. Akan kelaparanlah anak-anakku,” keluh Pak
Rahmat.
Tidak lama kemudian, timbul seekor ikan besar yang bersisik emas
lalu bertanya kepada Pak Rahmat, “Kenapa kamu bersedih wahai nelayan
? Ceritakanlah kepadaku, mungkin aku boleh menolong kamu.”
“Pukatku telah tenggelam ke dalam laut,” kata Pak Rahmat. Dia pun
menceritakan segala kesusahannya kepada ikan itu.
“Janganlah kamu bersedih, aku akan cuba mencari pukat kamu.
Kamu tunggulah sekejap,” kata ikan itu lalu menghilangkan diri.
Tidak lama kemudian, ikan itu timbul semula dengan membawa satu
pukat yang berbenang emas. Pukat itu berkilau-kilauan dipanah cahaya
matahari.
“Inikah pukat kamu ?” tanya ikan itu.
“Bukan, ini bukan pukat aku,” jawab Pak Rahmat sambil
menggeleng-gelengkan kepala.
“Kalau begitu, kamu tunggu sekejap, aku akan cuba mencari pukat
kamu,” janji ikan itu.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Tidak berapa lama kemudian, ikan itu muncul kembali dengan
membawa satu pukat berbenang sutera yang sangat kukuh.
“Bukan, ini bukan pukat aku. Pukat aku sudah buruk,” kata Pak
Rahmat.
“Pukat kamu sudah buruk, apa salahnya kamu ambil sahaja pukat
yang baru ini. Bolehlah kamu menangkap lebih banyak ikan,” kata ikan
bersisik emas tersebut.
“Tak mahulah, ini bukan pukatku. Tak baik mengambil barang orang
lain tanpa kebenaran tuannya,” kata Pak Rahmat.
“Kalau begitu baiklah, aku akan mencari pukatmu sampai jumpa.
Kamu tunggu di sini,” kata ikan itu.
Kali ini ikan bersisik emas itu menghilangkan dirinya agak lama. Pak
Mahat hampir berputus asa. Tiba-tiba ikan bersisik emas itu muncul
kembali dam membawa pukat Pak Rahmat.
“Ha, inilah pukat aku! Terima kasih wahai ikan yang budiman,” kata
Pak Rahmat dengan gembira.
“Ambillah pukat kamu ini. Aku berharap kamu dapat banyak ikan
pada hari ini,” kata ikan itu lalu menghilangkan diri.
Pak Rahmat sungguh gembira. Selepas itu dia memperoleh banyak
ikan. Apabila hari menjelang petang, dia mengambil keputusan untuk
pulang. Isteri dan anak-anaknya sudah menunggu di tepi pantai. Mereka
sangat gembira apabila melihat banyak ikan yang dibawa oleh Pak
Rahmat. Sejak itu, Pak Rahmat selalu memperoleh ikan yang banyak.
Hidup Pak Rahmat sekeluarga semakin senang.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Pemahaman
1. Mengapakah Pak Rahmat turun ke laut bersendirian ?
A. kerana dia sombong
B. kerana dia hendak mengaut keuntungan sendiri
C. kerana dia tidak berkawan
D. kerana dia tidak mendengar nasihat orang kampung
2. Apakah sikap atau perbuatan hina orang kampung Pak Rahmat ?
A. menyimpan dendam
B. dengki
C. mengumpat
D. iri hati
3. Pada pendapat anda, apakah sikap yang ada pada Pak Rahmat ?
i. bersyukur
ii. mendendam
iii. gigih
iv. tamak
v. jujur
vi. mudah putus asa
A. I, ii, iii B. I, iii, v C. I, iii, v, vi D. ii, iv, vi
4. Apakah ganjaran yang akan didapati oleh orang yang jujur dan
bersabar ? (KBAT)
___________________________________________________
___________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Senaraikan empat nilai yang terdapat dalam cerita ini : (KBAT)
i. __________ ii. __________ iii. ____________ iv. ___________
6. Padankan perkataan daripada Petak A dengan Petak B untuk
membentuk frasa : (KBAT)
1. ___________________ 6. ______________________
2. ___________________ 7. ______________________
3. ___________________ 8. ______________________
4. ___________________ 9. ______________________
5. ___________________ 10. _____________________
( %)
i-Think
Petak A
1. menghilangkan
2. mengambil
3. berputus
4. tanpa
5. sekian
6. bersisik
7. bertiup
8. berbuat
9. umpat
10.bersiap
Petak B
1. kebenaran
2. kencang
3. emas
4. keji
5. sedia
6. salah
7. lama
8. asa
9. diri
10.keputusan
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Tatabahasa
Nota Ringkas:
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Ayat aktif dan ayat pasif adalah dua bentuk ayat yang berlainan
tetapi sama maksudnya.
2. Ciri-ciri ayat aktif dan ayat pasif:
Ayat Aktif Ayat Pasif
mengutamakan pelaku
sebagai subjek/pelaku
(subjek di depan ayat)
kata kerja biasanya
berimbuhan “meN-”
mengutamakan objek dan
perbuatan (di depan ayat)
imbuhan awalan pada kata
kerja digugurkan
kata kerja berimbuhan “di-“
dan diikuti dengan “oleh”
(kata sendi)
3. Ayat aktif boleh ditukar kepada ayat pasif dan sebaliknya.
Subjek/
Pelaku
Ayat Aktif – Ayat Pasif
Pihak 3
(di…oleh)
Ayat
Aktif
Roslan memelihara ikan kelisa di dalam akuarium.
(subjek)(kata kerja) (objek) (frasa sendi)
Ayat
Pasif
Ikan kelisa dipelihara oleh Roslan di dalam akuarium.
(objek) (kata kerja) (subjek) (frasa sendi)
Pihak
1 & 2
Ayat
Aktif
Saya/Kamu memelihara ikan emas di dalam akuarium.
(subjek) (kata kerja) (objek) (frasa sendi)
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Ayat
Pasif
Ikan emas saya/kamu pelihara di dalam akuarium.
(objek) (subjek) (kata kerja) (frasa sendi)
4. Frasa sendi dikekalkan di tempat asal (bahagian belakang ayat)
5. Jika terdapat kata bantu di dalam ayat aktif:
a. kata bantu hendaklah dibubuh sebelu kata kerja pasif dalam ayat
pasif pihak 3
Contoh : Ali sedang memasak kari. (Ayat aktif)
Kari sedang dimasak oleh Ali. (Ayat pasif pihak 3)
b. kata bantu hendaklah dibubuh sebelum pelaku dalam ayat pasif
pihak 1 & 2.
Contoh: Saya akan menghantar buku latihan esok. (Ayat aktif)
Buku latihan akan saya hantar esok. (Ayat pasif pihak 1 & 2)
Latihan:
A. Tuliskan subjek, objek, kata kerja dan frasa sendi bagi ayat-ayat
aktif dan pasif berikut.
1. Maimunah menulis karangan di dalam bilik bacaan.
a. Subjek :
b. Objek :
c. Kata kerja :
i-Think
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
d. Frasa sendi:
2. Seorang penjenayah ditangkap oleh pihak polis pada petang
semalam.
a. Subjek :
b. Objek :
c. Kata kerja :
d. Frasa sendi:
3. Budin dan Badrul selalu memandu kereta dengan laju.
a. Subjek :
b. Objek :
c. Kata Kerja :
d. Frasa sendi:
4. Karma menunggu kawannya hingga larut malam.
a. Subjek :
b. Objek :
c. Kata kerja :
d. Frasa Sendi:
5. Susan megunjungi pameran ikan “flower horn” bersama kakak
iparnya.
a. Subjek :
b. Objek :
c. Kata kerja :
d. Frasa Sendi:
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Tukarkan ayat aktifberikut kepada ayat pasif. (KBAT)
1. Nur Lela menyampaikan sebuah cerita yang menarik semalam.
_____________________________________________________
2. Teja dan Tuah menghadap raja di balai rong seri ketika kejadian itu
berlaku.
_____________________________________________________
3. Saya mengulang kaji pelajaran di perpustakaan petang tadi.
_____________________________________________________
4. Anda tidak boleh mengacau adik saya mulai hari ini.
_____________________________________________________
5. Abang saya menunggang basikal di padang pada waktu pagi.
_____________________________________________________
6. Ibu Ibrahim menjerang air dengan cerek elektrik di dapur tadi.
_____________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif. (KBAT)
1. Kuih lapis ini dibuat oleh Puan Hasnah dengan tepung dan gula.
_____________________________________________________
2. Kelapa telah kami parut dengan tangan pagi tadi.
_____________________________________________________
3. Kereta ayah dicuci oleh adik bersama abang.
_____________________________________________________
4. Hukuman telah tuanku jatuhkan dengan adil dan saksama.
_____________________________________________________
5. Piano boleh dimain oleh Fazli dengan baik sekali.
_____________________________________________________
6. Hadiah itu disampaikan oleh baginda dalam majlis pelancaran tersebut
pada pagi kelmarin.
_____________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Pertuturan
Situasi 3 : Lakonkan situasi berikut:
Anda terlibat dalam suatu “perbahasan” untuk membuat keputusan
untuk mengadakan jamuan tahunan kelas di sekolah atau di sebuah
restoran.
Pihak Pencadang Pihak Pembangkang
Frasa yang
digunakan
Saya/kami
mencadangkan agar…
Saya/kami
berpendapat
bahawa…
Jika..., ini akan...
Saya/kami tidak
bersetuju dengan
cadangan/pendapat…
Saya/kami
berpendapat bahawa…
Jika..., ini akan...
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Penulisan
Karangan Cereka Berdasarkan Gambar
(Gambar Tunggal)
Panduan Mengarang
1. Terdapat dua jenis karangan bergambar, iaitu gambar bersiri dan
gambar tunggal.
2. Biasanya, karangan gambar bersiri lebih mudah ditulis kerana anda
hanya perlu menulis mengikut urutan peristiwa yang dipaparkan.
3. Untuk karangan gambar tunggal, anda perlu memahami situasi yang
dipaparkan dan membuat tafsiran sendiri. Anda perlu membuat
urutan peristiwa sendiri yang sesuai dengan gambar. Biasanya, anda
perlu menunjukkan bahawa anda memahami gambar itu dengan
mengaitkan situasi utama gambar di permulaan cerita.
4. Untuk gambar tunggal, elakkan daripada memecahkan gambar itu
kepada beberapa bahagian . Kaitkan bahagian-bahagian yang ada
dalam gambar tiu menjadi satu cerita yang lengkap.
5. Untuk kedua-dua jenis karangan, anda hendaklah menama serta
memperkenalkan watak-watak sejak mula-mula lagi.
Karangan Contoh :
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Setelah penat mengulang kaji pelajaran di perpustakaan, Aru
berasa lapar. Dia mengajak Amin makan di gerai mi yang terletak tidak
jauh dari sekolah setelah mengambil beg dari pustakawan.
Amin memandang ke arah gerai mi yang dimaksudkan oleh Aru. Dia
menggelengk-gelengkan kepada apabila melihat keadaan gerai itu. Gerai
makan itu kelihatan kotor.
Tukang masaknya memasak sambil menghisap rokok. Pakaiannya
juga kotor. Amin berasa hairan kerana masih ada orang yang berselera
untuk makan di gerai yang tidak bersih, sama ada daripada aspek
penyediaan makanan mahupun kebersihan kawasan gerai.
“Aru, saya fikir elok kita makan di tempat lain. Cuba kamu lihat
keadaan di gerai makan itu, Lalat berterbangan dan hinggap pada
makanan yang tidak ditutup. Longkang di hadapan gerai pula tersumbat.
Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai yang makan di
gerai itu. Jika tidak bernasib baik, kita boleh keracunan makanan,” kata
Amin kepada Aru.
Aru menyetujui pandangan Amin. Mereka pun meninggalkan tempat
itu lalu menuju sebuah gerai makan yang lebih bersih. _____________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
(Terapkan Nilai Murni)
Pengenalan : watak & latar belakang cerita
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 1 :
Pengenalan
Perkembangan I
Perkembangan II
Kemuncak
Penurunan
Pengakhiran
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 2 : Karangan Cereka (Tanpa Gambar)
Keadaan Kelas Tanpa Guru
Pengenalan
Perkembangan I
Perkembangan II
Kemuncak
Penurunan
Pengakhiran
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Rampaian Bahasa
A. Kata Ganda – Labelkan mengikut maksud 1. Jenis Kata Ganda a. Kata ganda seluruh b. kata ganda semu c. kata ganda separa d. kata ganda berirama e. kata ganda berimbuhan 2. Maksud Kata Ganda
a. banyak b. sejenis hidupan c. kata nama / sejenis benda d. pelbagai jenis e. perbuatan saling
f. perbuatan bersahaja g. perbuatan berulang h. seperti i. menegaskan kata sifat j. semuanya begitu
Bil Kata Ganda Membawa Maksud 1 Oleh-oleh 2 Lelabah 3 Kasar-kasar 4 Copak-capik 5 Lelada 6 Kata-kata 7 Coreng-moreng 8 Lelabi 9 Corak-carik 10 Kira-kira 11 Gertak-menggertak 12 Olok-olok 13 Moga-moga 14 Laki-laki
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
15 16 Hina-menghina 17 Masing-masing 18 Hasut-menghasut 19 Lelabu 20 Corat-coret
B. Perkataan Banyak Makna
Perkataan Banyak Makna Perkataan Banyak
Makna Maksud Contoh
1. ghaib a. hilang, lenyap b. ajaib, aneh c. tersembunyi
a. Setelah berkata-kata, suara itu pun ghaiblah.
b. Laporan tentang kejadian yang ghaib itu sukar dipercayai.
c. Bomoh itu mempunyai kuasa ghaib.
2. gila a. tidak waras/siuman
b. asyik, minat
a. Jangan dekati orang gila itu
b. Mereka gila benar menonton filem Hindustan
3. gugur a. jatuh, luruh b. lahir sebelum
cukup bulan c. terkorban
a. Buah durian itu telah gugur.
b. Anak yang dikandung oleh Fatimah gugur kerana dia terjatuh di dalam bilik air semasa
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 20
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
d. hilang hak
mandi. c. Banyak askar yang
gugur sewaktu Perang Dunia Kedua.
d. Ahli yang tidak membayar yuran selama dua tahun akan gugur haknya untuk mengundi.
4. halaman a. pekarangan rumah
b. muka surat
a. Ibu sedang menyapu sampah di halaman rumah.
b. Berita itu tersiar di halaman depan akhbar tempatan.
5. halus a. kecil-kecil, tidak besar
b. lembut c. bersopan d. elok, rapi
a. Daging itu dicencang halus untuk dibuat serunding.
b. Kain yang halus itu ke[unyaan Nordiana.
c. Anak gadis Pak Misron bertutur dengan lembut dan halus budi pekertinya.
d. Hasil anyaman Cik Nona sungguh halus.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 21
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Pepatah Melayu
Pepatah Melayu Pepatah Maksud Contoh Ayat
Biar putih tulang, jangan putih mata
Rela berkorban asalkan tidak menanggung malu, kecewa atau dirampas
Perdana Menteri kita bermati-matian mempertahankan nilai mata wang negara, bak kata pepatah biar putih tulang, jangan putih mata.
Bumi mana tidak ditimpa hujan
Tiada seorang manusia pun yang tidak pernah melakukan kesalahan
Kita selalu menganggap bahawa diri kita tidak pernah melakukan kesilapan, sedangkan ada pepatah mengatakan bumi mana tidak ditimpa hujan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A08 22
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my
top related