pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ...€¦ · ke luar negara. a. padu b. padat...
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Modul PT3
SM 304
Nama : _____________________________
Format Bahasa Melayu PT3
Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)
Bahagian A: (20%)
20 Soalan aneka pilihan
a. Sistem bahasa
b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)
Bahagian B: (25%)
Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)
Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)
Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)
Bahagian C: (15%)
Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada
2)
Kertas 2 : 40% (1 jam)
Bahagian A: (10%)
Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)
Bahagian B: (30%)
Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sistem Bahasa
Bahagian A
A. Golongan Kata
Kata Adjektif
1. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat
sesuatu kata nama atau frasa nama. Contoh: Rumah itu sangat besar.
2. Kata adjektif boleh didahului dengan kata penguat. Contoh: sangat licin, amat
cantik, sungguh kuat.
3. Kata adjektif juga boleh terdiri daripada bentuk-bentuk yang berikut:
Kata Adjektif Sifatan : baik, jahat, cerdik, pandai, gopoh, lemah,
kasar, berani, takut, sihat
Kata Adjektif Warna : merah, putih, biru, hitam, kuning, hijau,
jingga, kelabu
Kata Adjektif Ukuran : panjang, pendek, kecil, besar, tinggi, rendah,
tebal, nipis, kerdil, renek
Kata Adjektif Bentuk : bulat, lonjong, bujur, bundar, leper, bengkok,
lurus, buncit, kempis, lekuk, langsing
Kata Adjektif Waktu : baharu, lama, segera, silam, suntuk, lampau,
lewat, cepat, lambat, awal
Kata Adjektif Jarak : jauh, dekat, hampir, nyaris
Kata Adjektif Cara : cepat, deras, laju, lambat, kukuh,
perlahan, lincah, gopoh, jelas, sering,
selalu
Kata Adjektif Perasaan : rindu, benci, segan, suka, gembira, berani,
ragu, kasih, sayang, cemburu, gayat, mual
Kata Adjektif Pancaindera : sedap, lazat, masam, kelat, pahit,
masin, tawar, lemak, payau,
4. Dari segi perbandingan, kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga
keadaan:
Darjah biasa – hidup sederhana, bulan terang, perangainya baik, sungai
cetek.
Darjah bandingan – secerdik abang, sesedap masakan ibu, sebesar rumah
Afzan.
Darjah penghabisan – sekeras-keras batu, terbaik, paling jauh, teramat tinggi,
sungguh merdu sekali.
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan:
Soalan 1-4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Kedudukan syarikat itu semakin _________ apabila memasarkan produk mereka
ke luar negara.
A. padu
B. padat
C. kuat
D. mantap
2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu ____________ mengejar kemewahan
sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
A. gelojoh
B. ghairah
C. gelabah
D. gayat
3. Kenderaan pacuan empat roda itu terbabas dan __________________ terjatuh ke
dalam gaung.
A. A. sipi-sipi
B. B. dekat-dekat
C. C. sedikit-sedikit
D. D. nyaris-nyaris
4. Rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme yang ___________ harus
mengelakkan diri daripada sebarang bentuk aktiviti berunsur keganasan.
A. tetap
B. B. teguh
C. C. tegak
D. D. tegap
Soalan 5-6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,
atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Buah mangga muda yang dipetik oleh ibu di belakang rumah sungguh masam
A B C
rasanya. Tiada kesalahan.
D
6. Penyanyi yang terkenal itu tidak bakhil untuk melemparkan senyuman mesra
A B C
kepada para peminatnya. Tiada kesalahan.
D
Soalan 7-8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
7. I Pesakit itu mulai segar setelah koma selama dua hari.
II Sayur-sayuran segar dijual di pasar raya yang baru dibuka itu.
III Kata-kata perangsang daripada ibu dan ayah masih segar dalam ingatanku.
IV Adik saya suka makan kek segar yang dibuat oleh emak
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. II dan IV
8. I Emak memasukkan benang yang halus itu ke dalam lubang jarum untuk
menjahit seluar adik yang terkoyak.
II Para doktor sukar mempercayai bahawa punca penyakit ganjil lelaki itu
disebabkan oleh gangguan makhluk halus.
III Halus lukisan itu terbukti membawa kejayaan kepada pelukisnya.
IV Kakak memotong bawang itu dengan halus sebelum menggorengnya. A. I dan II B. II dan III
C. III dan IV
D. II dan IV
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Penggunaan Kata Dalam Ayat
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
1.
I "Untung kamu berbapaangkatkan orang kaya, kalau tidak tentu hidup kamu
merempat," kata Raj kepada Velu.
II Untung yang diperoleh oleh syarikat itu lebih daripada sasaran yang ditetapkan
oleh pihak pengurusan.
III Penduduk Kampung Salang mendapat untung yang banyak daripada pembukaan
tapak perindustrian itu.
IV "Biarlah anak kita itu berpindah, untung dia akan sedar kesilapannya," kata
bapa kepada ibu.
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
2. I Penggunaan cecair peluntur yang berlebihan akan menurunkan warna pakaian.
II Untuk menurunkan berat badannya, Kapten Izam mengawal pemakanannya dan
sentiasa melakukan senaman.
III Bapa tidak mahu menurunkan tandatangannya sebelum membaca isi kandungan
surat perjanjian itu.
IV Pengurus pasukan bola sepak Melaka tidak akan menurunkan pemainnya yang
cedera dalam perlawanan itu.
A. II dan III B. I, III, dan IV
C. II, III dan III
D. I, II, III, dan IV
3. I "Semuanya sudah siap, tinggal hendak menggoreng ikan sahaja, mak," kata Ana
kepada Puan Arni.
II Tidak ada seorang pun yang tahu siapakah pemilik banglo tinggal itu.
III Rakyat yang miskin akan tinggal miskin jika mereka malas berusaha.
IV Mereka yang tinggal dalam pelajaran eloklah mengikuti kursus-kursus
kemahiran yang disediakan kerajaan.
A. I dan II B. II dan IV C. I, II, dan IV D. I, II, dan III
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Memilih Frasa Yang Betul
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. 1. Pada separuh masa kedua, pasukan bola sepak Perlis banyak melakukan
percubaan ke arah pintu gol pasukan Perak.
A. banyak melakukan percubaan arah
B. melakukan banyak percubaan arah
C. melakukan banyak percubaan ke arah
D. banyak melakukan percubaan ke arah
2. Sewaktu wajah bayi yang yatim piatu itu saya lihat untuk pertama kali, perasaan
pilu membuak-buak di jiwa saya.
A. dilihat oleh saya untuk pertama kali
B. dilihat oleh saya untuk kali pertama
C. saya lihat untuk kali pertama
D. saya lihat untuk pertama kali
3. Sebaik-baik mencelikkan matanya, terlihat akan Yus pada wajah adik-adiknya yang tiga orang itu.
A. terlihat oleh Yus pada wajah
B. terlihat oleh Yus akan wajah
C. terlihat oleh Yus di wajah
D. terlihat akanYus pada wajah D. Memilih Ayat Yang Betul
Pilih ayat-ayat yang betul. 1. I Peragawati yang sering memperagakan pakaian di majlis-majlis besar itu
rupanya sudah berkahwin.
II Apa-apa juga kebaikan yang pernah saya berikan tidak pernah saya hebahkan.
III Pemuda itu mencuba melawan perasaan gemuruhnya semasa disoal siasat
oleh pihak polis.
IV Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar.
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. I dan IV
B. II dan III
C. I, II, dan III
D. I, II, III, dan IV
2. I Antara haiwan liar yang terlibat dalam pertunjukan sarkas itu termasuklah
harimau, gajah, dan cimpanzi.
II Walaupun sedikit sahaja daripada kata-katanya itu yang betul, kami tetap
mendengarnya dengan teliti.
III Kejayaan pasukan boling memperoleh tiga pingat emas menggembirakan
Datuk Azalina Othman.
IV Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penyokongnya atas kerjasama
yang diberikan mereka.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, III, dan IV
D. I, II, III, dan IV
3. I Kebanyakan makanan segera tidak elok dimakan kerana banyak
mengandungi bahan perisa.
II Encik Foo masih belum mahu memberitahukan sebab-sebab beliau hendak
meletakkan jawatan.
III Wanita yang akan diperisteri oleh jutawan muda itu memiliki ciri-ciri wanita
Islam sejati.
IV Dia disamun oleh sekumpulan remaja yang tidak dikenalinya semasa balik
Sekolah tengah hari tadi.
A. I dan III
B. II dan IV
C. I, II, dan III
D. II, III, dan IV
E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud
yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
1. Setelah dapat bercakap secara depandepan dengan orang yang memfitnahnya
selama ini,barulah Muliadi berasa puas.
A. Hati Muliadi puas selepas dapat bercakap secara bersemuka dengan pemfitnahnya
selama ini.
B. Untuk memuaskan hati Muliadi, pemfitnah itu bercakap secara bersemuka
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
dengannya.
C. Muliadi dapat bercakap dengan puas di hadapan pemfitnahnya baru-baru ini.
D. Pemfitnah Muliadi berasa puas apabila dapat bercakap berdepan-depan dengan
orang.
2. Dalam sukan hoki, Malaysia menduduki tempat yang kelima terbaik di Asia
selepas Korea, Pakistan, India, dan Jepun.
A. Lima buah negara yang mendominasi sukan hoki di Asia ialah Korea, Pakistan,
India, Jepun, dan Malaysia.
B. Di Asia, tempat terbaik yang dihuni Malaysia dalam sukan hoki ialah tempat
yang kelima, yakni selepas Korea, Pakistan, India, dan Jepun.
C. Malaysia adalah antara lima buah negara yang terkenal dalam sukan hoki di
benua Asia selain Korea, Pakistan, India, dan Jepun.
D. Negara-negara terbaik Asia yang berada di tempat kelima dalam sukan hoki
ialah Korea, Pakistan, India, Jepun, dan Malaysia.
3. Selepas lapan belas tahun ditinggalkan, rumah yang menjadi kediaman bekas
menteri kabinet itu runtuh dimakan anaianai.
A. Rumah tinggal berusia 18 tahun yang pernah dihuni oleh bekas menteri kabinet
itu roboh kerana dikerjakan anaianai.
B. Rumah yang pernah diduduki oleh bekas menteri kabinet selama 18 tahun itu rebah
selepas dimakan anai-anai.
C. Rumah yang ditinggalkan oleh bekas menteri kabinet itu rebah menyembah
bumi selepas 18 tahun dikerjakan anaianai.
D. Rumah bekas menteri kabinet itu roboh dikerjakan anai-anai setelah terbiar
begitu sahaja selama 18 tahun.
F. Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.
1. "Oh, biar saya yang mewakili kelas ini! Saya memang biasa bersyair dan bersajak,"
kata Musliha, sengaja menonjol-nonjolkan dirinya.
Perbuatan Musliha itu berpadanan dengan peribahasa __________.
A. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
B. kalau tak ada api, masakan ada asap
C. orang mengantuk disorongkan bantal
D. seperti enau dalam belukar
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
“Usaha tangga kejayaan”
2. Peribahasa yang diberikan itu bermaksud ___________.
A. pekerjaan yang diusahakan dengan gigih akan membuahkan hasil
B. orang yang mudah putus asa perlu diberi semangat
C. orang yang lapar akan berusaha untuk mencari makan
D. setiap perbuatan ada balasannya, sama ada baik ataupun buruk
3. Maksud peribahasa “perigi mencari timba” ialah perempuan mencari lelaki.
Pilih peribahasa yang maksudnya tidak sama dengan peribahasa di atas.
A. sungai mencari sampan
B. Lesung mencari antan
C. Rumput mencari kuda
D. Mencari umbut di dalam batu
( / )
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B
1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan tatabahasa:
Kata tugas
Ayat
Istilah
Imbuhan
Hukum DM
Ayat Jenis Kesalahan
Tatabahasa
(i) Baginda sultan amat marah apabila mendapat tahu salah
seorang hulubalangnya telah membelot.
(ii) Alat tulis-alat-tulis yang dijual di koperasi sekolah
lebih murah berbanding di pasar raya.
(iii) Saya dan keluarga menginap di Panorama Hotel
semasa bercuti di Pulau Langkawi pada cuti sekolah yang
lalu.
(iv) Abang menghadiahkan seutas jam tangan untuk adik
kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
( /8)
2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan ejaan:
Kata majmuk
BA BM
Vokal (a e i o u)
Tanda baca (Aa / “ ” / - )
Imbuhan (gg & kk)
Ayat Jenis Kesalahan
Ejaan
(i) Murid-murid Tingkatan Lima Intan sedang membuat
ujikaji di makmal.
(ii) Kami sekeluarga sangat gembira kerana abang berjaya
melanjutkan pelajaran diluar negara.
(iii) Gejala merempit perlu dibenteras kerana turut
menyumbang kepadagejala sosial.
( /3)
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3 Tukarkan ayat bersusunan songsang dibawah kepada ayat bersusunan biasa.
(i) “Budak itu menangis kerana dipukul oleh kakaknya dengan kayu.
__________________________________________________________________
(ii) Kita perlu gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.
__________________________________________________________________
(iii) Tugasan itu belum disiapkan oleh Syakila.
__________________________________________________________________
(iv) Rumah yang disewa oleh Jarjit itu terletak di hujung kampung.
__________________________________________________________________
(v) Dia dan abangnya ke Pulau Perhentian pagi kelmarin.
__________________________________________________________________
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang
sesuai dengan gambar tersebut.
( /4)
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Penulisan :
A. Ringkasan (15%)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis suatu ringkasan bagaimana
caranya untuk mengelakkan remaja daripada melibatkan diri dalam masalah
jenayah.
Setiap sekolah tidak dapat dikecualikan daripada masalah. Namun
masalah yang paling ketara setakat ini ialah masalah jenayah dalam kalangan
pelajar. Ada pelbagai jenayah sekolah yang mula timbul dalam beberapa bulan
ini dan yang paling mengecewakan lagi ialah masalah ini menjadi semakin
serius sehingga melibatkan pihak berkuasa. Tetapi setiap masalah pasti dapat
diselesaikan.Ada pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengurangkannya
ke paras sifar dan perlu dilaksanakan daripada peringkat rendah lagi ibarat
“melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.
Pada peringkat sekolah rendah, pihak sekolah perlulah memberi pendidikan
agama yang lebih kepada para pelajar kerana pada peringkat inilah nilai-nilai murni
mudah diserapkan ke dalam sanubari mereka. Mereka juga harus diberi kasih sayang
yang mencukupi baik daripada ibu bapa mahupun guru-guru. Pada peringkat ini juga,
mereka sepatutnya diajar dengan sebaik mungkin untuk mematuhi setiap peraturan.
Pada peringkat menengah pula, peraturan sekolah perlulah diperketat dan
hukuman yang lebih berat dikenakan jika bersalah. Kerjasama daripada pihak kerajaan
amat perlu bagi membincangkan bentuk peraturan yang perlu diwujudkan. Pihak
sekolah juga harus mengambil berat tentang masalah pelajar dengan menempatkan
beberapa guru kaunseling di sekolah. Para pelajar juga harus digalakkan untuk
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat seperti bersukan, berkhemah dan
mendaki gunung. Dengan cara-cara inilah diharapkan masalah jenayah remaja di
negara ini dapat diminimakan ke suatu tahap yang bukan satu isu yang hebat
diperkatakan oleh masyarakat.
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit
Berdasarkan notisyang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang tentang
kepentingan etika ketika bersukan.
Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Karangan Umum (30%)
Karangan Dialog / Wawancara
Panduan Menulis Karangan
1. Penulisan karangan jenis dialog dan wawancara melibatkan dua pihak sekurang-
kurangnya untuk bertukar-tukar fikiran tentang sesuatu hal.
2. oleh sebab itu, perkara dan jalan ceritanya perlulah ditentukan lebih dulu
sebelum penulisan dimulakan.
3. Dalam soalan peperiksaan, biasanya satu situasi akan diberikan dan anda
mestilah menulis dialog atau wawancara dengan berdasarkan situasi tersebut.
4. Dalam penulisan dialog atau wawancara, kedua-dua pihak haruslah saling
bertanya dan memberikan pendapat atau pandangan masing-masing.
5. Selain memasukkan pendapat atau pandangan tersebut, anda juga boleh menulis
aksi kedua-dua pihak itu dalam kurungan.
6. Walau bagaimanapun, aksi tersebut biasanya ditulis dalam dialog saja dan
bukan dalam wawancara yang lebih formal sifatnya.
7. Inilah yang membezakan dialog dengan wawancara.
8. Gunakanlah kata-kata dan ayat-ayat yang mudah dan ringkas serta yang betul
dari segi tatabahasanya.
Format Dialog/ Wawancara
1. Pendahuluan
Berisi kata-kata untuk memulakan perbualan.
2. Isi-isi
Isi perbualan tentang sesuatu perkara - saling bertanya dan memberikan
pendapat orang yang berbual.
3. Penutup
Kata-kata untuk menunjukkan bahawa perbualan akan ditamatkan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Nama-nama orang yang terlibat dalam perbualan
Dibubuh tanda noktah bertindih selepas setiap nama itu.
Contoh Soalan:
Anda berkhidmat di salah sebuah stesen televisyen swasta tempatan sebagai
wartawan. Anda telah diberi tugas membuat liputan di Majlis Anugerah Sastera
Kebangsaan dan berpeluang mewawancara pemenang utama Hadiah Sastera Remaja.
Tulis teks wawancara tersebut selengkapnya.
Pendahuluan
Mengucapkan tahniah atas kejayaannya
Isi penting
a) menanyakan perasaannya apabila dipilih sebagai pemenang utama – pihak yang
banyak memberikan dorongan.
b) Penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif – adakah dia pernah menyertai
kursus penulisan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu
c) Tokoh sastera yang dikaguminya dan sebab-sebab dia mengkagumi tokoh
sastera tersebut
d) Menanyakan rancangannya pada masa hadapan dalam bidang penulisan – tokoh
yang dikaguminya
Penutup
Mengucapkan tahniah sekali lagi – mengucapkan terima kasih
Contoh karangan
Wartawan: Bersama-sama dengan ini ialah adik Faizal bin Muhamad, 16 tahun
dari Segamat, Johor yang telah merangkul gelaran pemenang
utama Hadiah Sastera Remaja 2006. Bagi pihak stesen TV4, saya
ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang Faizal.
Faizal :Oh, terima kasih!
Wartawan :Bagaimanakah perasaan Faizal apabila dipilih sebagai pemenang
utama Hadiah Sastera Remaja?
Faizal :Sebenarnya, saya tidak pernah terfikir akan terpilih sebagai
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
pemenang utama kerana penyertaan saya dalam pertandingan ini
hanyalah sekadar untuk mencuba. Saya berpendapat bahawa ada banyak
calon lain yang lebih berkaliber dalam bidang penulisan daripada saya.
Tetapi kerana inilah suratan takdir-Nya, maka saya berjaya, justeru saya
berasa syukur dan berbangga.
Wartawan :Siapakah yang banyak mendorong Faizal sehingga memungkinkan
Faizal beroleh kejayaan ini?
Faizal :Orang yang banyak memberikan dorongan kepada saya ialah ibu bapa,
guru dan tidak lupa juga rakan-rakan di sekolah. Malah, sejak di bangku
sekolah lagi, minat saya terhadap penulisan- penulisan cerpen dan puisi
sudah berputik. Hal ini mungkin disebabkan oleh minat saya yang suka
membaca, terutamanya penulisan kreatif.
Wartawan :Sepanjang penglibatan Faizal dalam penulisan kreatif, pernahkah Faizal
menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu?
Faizal :Saya bukan saja pernah malah sering menyertai kursus penulisan.
Kebanyakan kursus penulisan yang saya sertai ini dianjurkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka dan juga kursus anjuran Persatuan Penulis Negeri
Johor. Kursus-kursus sebegini banyak mengajar saya dalam usaha
menghasilkan tulisan yang mapan dan berkesan.
Wartawan :Sebagai pemenang Anugerah Sastera Remaja, Faizal turut menerima
hadiah wang tunai RM5000. Apakah yang akan Faizal lakukan terhadap
hadiah wang tunai tersebut?
Faizal: Jika tiada aral melintang, saya bercadang untuk membeli sebuah
komputer peribadi. Dengan ini, usaha mengarang saya akan menjadi lebih
mudah di samping hasil tulisan saya akan menjadi lebih teratur.
Wartawan :Siapakah tokoh yang Faizal kagumi dalam bidang penulisan tanah air?
Faizal :A. Samad Said. Beliau tidak pernah jemu untuk berkarya dan segala
karyanya mempunyai keunikan dan kelainan yang tersendiri.
Wartawan :Apakah rancangan Faizal pada masa hadapan dalam bidang penulisan?
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Faizal :Saya ingin terus memperbaiki mutu cerpen yang saya hasilkan kelak dan
saya turut merancang untuk cuba menulis novel pula.
Wartawan :Baiklah, Faizal. Tampaknya, setakat inilah saja wawancara kita dan
terima kasih banyak. Sebelum berpisah, tahniah sekali saya ucapkan dan
selamat maju jaya.
Faizal :Terima kasih kembali.
Latihan:
1. Seorang pelajar sekolah anda telah dipilih sebagai pelajar cemerlang dalam
bidang akedemik dan kokurikulum. Anda telah ditugaskan untuk mewawancaranya.
Tulis wawancaranya anda itu selengkapnya.
2. Pengetua sekolah anda akan bersara. Sebagai wartawan sidang redaksi majalah
sekolah, anda ditugaskan untuk mewawancara beliau. Tuliskan wawncara tersebut.
Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my