program pendidikan pencegahan bahagian...
Post on 23-Mar-2019
247 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN
BAHAGIAN KAWALAN PENAPISAN FILEM DAN PENGUATKUASAAN,
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
PENGENALAN
Pada masa ini, lambakan filem- filem tidak ditapis dan lucah ini masih berleluasa, bukan
sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. Lebih memburukkan lagi, bahan- bahan ini
mudah diperolehi dengan memuat turun dari internet. Lambakan ini memberi kesan kepada
industri perfileman kerana selain mengurangkan hasil yang diperolehi oleh pemilik filem
tersebut, ia juga membabitkan isu hak cipta sesebuah filem. Selain daripada itu, filem- filem
tidak ditapis dan lucah ini membawa kesan ke atas moral seseorang individu tersebut.
LAPORAN INOVASI (nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan)
Tujuan Projek Inovasi
Bahagian ini telah memperkenalkan Program Pendidikan Pencegahan sebagai satu usaha untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat. Program Pendidikan Pencegahan ialah program yang
dirangka untuk menyedarkan masyarakat akan kesan- kesan negatif daripada filem-filem tidak
bertapis dan lucah. Sekiranya masyarakat sedar akan kesan- kesan filem tidak ditapis dan lucah
ini, sudah tentu mereka akan mengatakan tidak terhadap bahan- bahan tersebut. Ini sekaligus
akan mengurangkan permintaan dan penawaran filem- filem tidak ditapis dan lucah di pasaran.
Proses pelaksanaan inovasi
• Program Pendidikan Pencegahan ini dilaksanakan secara in- house dan menggunakan
sumber kewangan dan sumber manusia sedia ada tanpa sebarang penambahan kos.
• Selain itu, kerjasama strategik dijalankan dengan agensi kerajaan yang lain untuk
mendapatkan kepakaran dan sumber tenaga dalam melaksanakan promosi, operasi
bersepadu dan aktiviti yang berkaitan.
2
Sebelum Inovasi
Pembanterasan penjualan filem- filem haram dan tidak ditapis dilakukan melalui operasi dan
pemeriksaan ke atas premis- premis kedai, pasar- pasar malam dan kawasan- kawasan strategik
berlakunya proses jual beli filem- filem haram dan tidak ditapis ini.
Selepas Inovasi
Program Pendidikan Pencegahan diadakan untuk mendidik masyarakat supaya mengatakan
TIDAK terhadap filem- filem haram dan tidak ditapis ini.
Impak inovasi terhadap kumpulan kumpulan sasar / perkhidmatan / jabatan / agensi/ Negara
:
Elemen inovatif/Kreativiti
i) Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik
Menerusi Program Pendidikan Pencegahan ini, pendekatan yang digunakan
adalah dengan memberi kesedaran akan bahaya filem- filem tidak ditapis kepada
masyarakat. Pembanterasan filem- filem haram ini tidak semestinya melalui
operasi dan pemeriksaan yang dilakukan sahaja, tetapi menerusi pendidikan ini
dapat meningkatkan kesedaran akan kesan- kesan filem- filem haram dan tidak
ditapis kepada masyarakat.
ii) Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah
Program Pendidikan Pencegahan ini dapat meningkatkan kesedaran akan bahaya
filem- filem haram dan tidak bertapis ini kepada masyarakat. Justeru,
peningkatan aduan daripada masyarakat membolehkan pihak penguatkuasa
menjalankan penguatkuasaan dengan lebih berkesan. Masyarakat akan menjadi
lebih aktif dan bekerjasama dengan pihak penguatkuasa dalam usaha
membanteras aktiviti penjualan filem- filem haram dan tidak ditapis.
3
Elemen Keberkesanan
i) Gambaran faedah yang nyata diperolehi:
Jadual menunjukkan penurunan bilangan filem haram yang telah dirampas dalam
unit dan RM.
Kesedaran di kalangan masyarakat juga semakin tinggi memandangkan aduan yang
diterima mengenai ketidakpatuhan penjual- penjual filem terhadap Akta Penapisan
Filem 2002 semakin meningkat.
Elemen Signifikan
i) Sejauhmana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil
• Meningkatkan kesedaran akan kesan- kesan filem haram dan tidak di
tapis di kalangan masyarakat.
• Meningkatkan pengetahuan masyarakat berkaitan Akta Penapisan
Filem 2002.
• Meningkatkan kerjasama diantara masyarakat dan Pegawai
Penguatkuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-
undang.
Elemen Relevan
i) Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional
• Menyumbangkan penurunan terhadap aktiviti penjualan filem-
filem haram dan tidak ditapis.
• Meningkatkan kesedaran masyarakat untuk membantu dalam
membanteras penjualan filem haram dan tidak ditapis.
4
Gambar-gambar berkaitan
Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri
Dalam Negeri, Y.B Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, di Kompleks Kementerian Dalam Negeri
pada 10 Disember 2010.
Aktiviti Komuniti Bestari yang telah diadakan di Jasin, Melaka pada 30 Mac 2011.
5
Aktiviti kaunseling diberikan kepada peniaga- peniaga filem haram dibawah Program Belaian
Qaseh.
Kerjasama dengan Jabatan atau Agensi Kerajaan yang lain dalam Program Titian Qaseh
membolehkan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan menjadi lebih mudah.
Penyertaan yang menggalakkan daripada masyarakat awam di Tesco, Jelutong, Pulau Pinang
pada 7 Mei 2011.
Program Hebahan Qaseh di Radio Malaysia Sarawak dan Radio Malaysia Kuala Lumpur.
6
Hebahan yang telah dilakukan di akhbar tempatan dan laman sosial Facebook.
Penyertaan penggiat seni di dalam Program Pendidikan Pencegahan boleh memberi pengaruh
yang tersendiri kepada masyarakat.
Penerangan diberikan kepada golongan ibu bapa dan pemimpin masyarakat semasa Program
Pimpinan Qaseh dijalankan.
7
Penerangan mengenai perfileman telah diberikan semasa Program Qaseh Belia diadakan.
PENUTUP
Walaupun Program Pendidikan Pencegahan ini masih baru, Bahagian ini berharap agar
program ini akan terus berjalan dan diberikan sokongan supaya dapat memberi impak yang
lebih kepada masyarakat, seterusnya dapat melahirkan modal insan negara yang berkualiti
demi masa depan negara yang cemerlang.
Disediakan oleh :
Nama Pegawai/Unit Terlibat : Nur Amaliza binti Bachik,
Unit Kajian Dasar dan Penyelidikan Filem, BKF, KDN
Telefon : 03- 8886 3177
Emel : amaliza@moha.gov.my
top related