persepsi majikan terhadap faktor yang … · penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara...
Post on 15-Mar-2019
259 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMILIHAN PEKERJA OKU (FIZIKAL) DI INDUSTRI SEDERHANA
(KEJURUTERAAN MEKANIKAL) DAERAH JOHOR BHARU.
HASLINA BINTI MOHAMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PEKERJA OKU (FIZIKAL) DI INDUSTRI SEDERHANA (KEJURUTERAAN MEKANIKAL) DAERAH JOHOR BHARU
SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya HASLINA BINTI MOHAMAD
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
(HURUF BESAR)
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Dr. HAJJAH NORANI BINTI MOHD NOOR
1919 KG BELUKAR JAMBU 21080 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN Tarikh: 25 APRIL 2008 Tarikh: 25 APRIL 2008
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : Dr. Hajjah Norani binti Mohd Noor
Tarikh : 25 April 2008
PERSEPSI MAJIKAN TERHADAP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMILIHAN PEKERJA OKU (FIZIKAL) DI INDUSTRI SEDERHANA
(KEJURUTERAAN MEKANIKAL) DAERAH JOHOR BHARU.
HASLINA BINTI MOHAMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ........................................
Nama Penulis : Haslina binti Mohamad
Tarikh : 24 April 2008
iii
DEDIKASI
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T
Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….
Ayah, Mak dan adik-beradik yang tercinta..... Encik Mohamad bin Jusoh & Puan Mahani bte Md. Jonin...
Haslinda Mohamad...
Hasnita Mohamad...
Hasliza Mohamad...
Ahmad Muzamir Mohamad...
Ahmad Fadli Mohamad...
Ahmad Irfan Hafizuddin Mohamad...
Hasrieta Asyikin Mohamad...
Sesungguhnya doa dan jasa kalian adalah sumber kejayaanku. Semoga kehidupan ayah,
mak dan adik-beradik yang lain senantiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya selalu.
Buat Pria yang tersayang.... Mohd Amin bin Salleh @ Sullong...
Segala sokongan dan dorongan dikau adalah sumber kekuatanku.
Semoga cabaran kehidupan masa mendatang ditempuhi dengan segala kekuatan yang ada
di samping lembaran rahmat dan kasih-Nya dari yang Maha Pencipta.
Sekian, Wassalam.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala
pujian untuk Allah s.w.t serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah
s.a.w.
Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi
semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini
bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada
penyelia saya, Dr. Hajjah Norani bte Mohd Noor yang telah banyak memberi
bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk
menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya
jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada majikan-majikan industri
sederhana terutamanya Encik Zaid Zabidi di atas kebenaran dan kerjasama serta
perhatian yang diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing,
rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam
menyiapkan penyelidikan ini, semoga segala jasa baik yang diberikan mendapat
keberkatan di dalam kehidupan kalian semua, InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini telah dijalankan terhadap majikan di industri sederhana
(kejuruteraan mekanikal) di sekitar daerah Johor Bharu bertujuan untuk mengenal
pasti faktor yang mempengaruhi pemilihan dalam pengambilan pekerja OKU
(fizikal). Elemen pemilihan yang dikaji termasuklah kemahiran generik, kemahiran
teknikal, kelayakan dan juga kemampuan fizikal dan mental golongan OKU (fizikal).
Seramai 42 orang majikan telah dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Instrumen
kajian yang digunakan ialah menggunakan borang set soal selidik yang dibina sendiri
oleh penyelidik. Ia mengandungi 36 item yang diukur dengan menggunakan Skala
Likert dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS 12.0). Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 10 orang majikan
sekitar Taman Gembira, Johor Bharu. Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah nilai α = 0.843. Analisis data dilakukan secara
peratus, frekuensi dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek utama yang
dititikberatkan oleh majikan dalam pengambilan pekerja OKU (fizikal) ialah aspek
kemampuan fizikal dan mental (80 peratus) diikuti oleh aspek kemahiran generik
(78.4 peratus), aspek kemahiran teknikal (71.6 peratus) dan akhir sekali ialah aspek
kelayakan (66 peratus). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa majikan memiliki
pandangan positif terhadap pekerja OKU (fizikal) untuk menempatkan diri mereka di
industri sederhana.
vi
ABSTRACT
This study was carried out to identify the perception of employers about the
factor that influence in selecting physical disability (OKU) employees at medium
industry around Johor Bharu. Elements of perspective that have been studied are the
generic skill, technical skill, qualification and physically and mentally ability. A set
of questionnaire consist of 36 items were given out to 42 employers in the medium
industry around Johor Bharu. The data were analyzed using Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS 12.0) program. A pilot survey was done among 10
employers at Taman Gembira, Johor Bharu. The alpha croncbach score was 0.843.
The data were analyzed using percentage, frequency and mean. The result of the
study showed that the highest elements of perspective is physically and mentally
ability (80%), followed by generic skill (78.4%), technical skill (71.6%) and lastly
qualification aspect (66%). The result also indicated that employers have positive
perspective about the physical disability (OKU) employees to involve in the medium
industry.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Kerajaan
1.6.2 Badan-badan Bukan Kerajaan
9
9
9
viii
1.6.3 Majikan
1.6.4 Masyarakat
10
10
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Operasional
1.8.1 OKU fizikal
1.8.2 Kemahiran generik
1.8.3 Kemahiran teknikal
1.8.4 Kelayakan
11
11
12
12
12
1.9 Penutup 13
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Definisi kerjaya 15
2.3 Peranan kerjaya 16
2.4 Kajian-kajian lepas dalam negara 17
2.5 Kajian-kajian lepas luar negara 19
2.6 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan dalam
pengambilan pekerja OKU (fizikal) di industri
sederhana oleh majikan.
20
2.6.1 Pengenalan 20
2.6.2 Faktor yang mempengaruhi pemilihan
pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana
oleh majikan dari aspek kemahiran generik.
22
2.6.3 Faktor yang mempengaruhi pemilihan
pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana
oleh majikan dari aspek kemahiran
teknikal.
24
ix
2.6.4 Faktor yang mempengaruhi pemilihan
pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana
oleh majikan dari aspek kelayakan diri.
27
2.6.5 Faktor yang mempengaruhi pemilihan
pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana
oleh majikan dari aspek kemampuan diri.
30
2.7 Kesan kegagalan dalam pemilihan kerja pada
kehidupan individu
32
2.8 Kesimpulan 33
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 36
3.4 Kerangka Operasi 37
3.5 Lokasi Kajian 40
3.6 Instrumen Kajian 40
3.7 Kajian Rintis 42
3.8 Penganalisisan Data Kajian 43
3.9 Andaian Kajian 45
3.10 Kesimpulan
45
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 46
4.2 Analisis Demografi 47
4.3 Analisis Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan
dalam Pengambilan Pekerja OKU (fizikal) di
Industri Sederhana (Kejuruteraan Mekanikal)
50
x
4.4.1 Faktor kemahiran generik 50
4.4.2 Faktor kemahiran teknikal 54
4.4.3 Faktor kelayakan diri 57
4.4.4 Faktor kemampuan diri 59
4.4 Analisis Keseluruhan 62
4.5 Kesimpulan 63
BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 64
5.2 Rumusan 65
5.2.1 Rumusan keseluruhan kajian 66
5.2.2 Rumusan latar belakang majikan 67
5.2.3 Rumusan keseluruhan bagi setiap persoalan
kajian
67
5.3 Kesimpulan 68
5.4 Perbincangan 70
5.4.1 Latar belakang majikan 70
5.4.2 Faktor kemampuan diri 71
5.4.3 Faktor kemahiran generik 73
5.4.4 Faktor kemahiran teknikal 75
5.4.5 Faktor kelayakan diri 77
5.5 Cadangan Kajian 78
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 79
BIBLIOGRAFI
81
Lampiran A-C 87-99
xi
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK
MUKA
SURAT
3.1 Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi Krejcie R.V dan
Morgan D.W
37
3.2 Skor bagi pernyataan 41
3.3 Taburan soalan berdasarkan persoalan kajian 41
3.4 Pekali Alpha Cronbach 42
3.5 Perubahan skala lima mata kepada skala tiga mata 43
3.6 Penilaian berdasarkan min 44
4.1 Perubahan skala lima mata kepada skala tiga mata 47
4.2 Demografi jantina 48
4.3 Demografi bangsa 48
4.4 Demografi tahap kelulusan akademik 48
4.5 Demografi pengalaman bekerja 49
4.6 Perbandingan respon majikan mengikut peratusan, kekerapan,
dan min bagi faktor kemahiran generik
51
4.7 Perbandingan respon majikan mengikut peratusan, kekerapan,
dan min bagi faktor kemahiran teknikal
54
4.8 Perbandingan respon majikan mengikut peratusan, kekerapan,
dan min bagi faktor kelayakan diri
57
4.9 Perbandingan respon majikan mengikut peratusan, kekerapan,
dan min bagi faktor kemampuan diri
60
4.10 Taburan min keseluruhan bagi faktor pemilihan dalam
pengambilan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana
62
xii
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Carta alir kerangka operasi 39
xiii
SENARAI SINGKATAN
OKU - Orang Kurang Upaya
NGO - Non Government Organization
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Jadual determining sample size for research 87
B Borang kaji set soal selidik 89
C Surat akuan pengesahan soal selidik 96
D Surat akuan individu
98
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Setiap manusia di dunia ini dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan tujuan yang
tertentu di mana kewujudan manusia itu sendiri yang bergelar “khalifah” merupakan
suatu amanah. Tuntutan amanah itu menghendaki kita berusaha menjalani dan mengisi
kehidupan ini dengan sebaik mungkin di dalam lingkungan syariat Islam tanpa mengira
taraf insan normal atau OKU kerana kedua-duanya memikul amanah yang sama iaitu
mencari keredhaan Allah s.w.t demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat
sebagaimana firman Allah s.w.t, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan)
kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam membuat dosa dan
pelanggaran, dan bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t., sesungguhnya Allah amat berat
siksa-Nya.” (Al-maidah(5):2).
Golongan orang kurang upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan
kepada dua kumpulan utama iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara
2
sementara. Antara mereka yang dikategorikan sebagai kurang upaya secara kekal ialah
golongan cacat anggota, cacat pendengaran, cacat penglihatan dan warga tua. Manakala
individu yang cedera, sakit dan mengandung dikategorikan sebagai kurang upaya secara
sementara.
Menurut pengerusi Institut Pembangunan Keluarga Dan Kanak-kanak Nury,
Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Abu Bakar (2006) menyatakan definisi OKU atau “Orang
Kurang Upaya” ialah orang yang mengalami satu kecederaan otak dan sistem saraf yang
mungkin bermula di dalam kandungan atau waktu kelahiran serta kadang-kadang
selepas demam panas hasil dari serangan bakteria atau virus yang menyebabkan demam
melarat ke dalam otak ataupun selepas berlaku sesuatu kemalangan.
Mengikut buku Social Competence and Employability Skills Curriculum, OKU
dinyatakan sebagai seseorang yang terencat akal dari segi mentalnya, sukar untuk
mendengar, pekak, sukar untuk bercakap, kurang upaya secara visual, mengalami
gangguan emosi, mengalami kecacatan otot, atau mempunyai pembelajaran yang
spesifik tentang ketidakupayaan diri.
Definisi lain bagi OKU ialah orang yang mengalami keterbatasan mobilitinya
merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental (ringan,
sederhana ataupun berat), penglihatan dan pendengaran. Tujuan istilah OKU ini
diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud
melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (Hashim Omar 1991, Unit Pendidikan
Khas, KPM).
Kini, ramai yang tidak tahu nasib OKU di negara ini masih belum terbela
sepenuhnya. Hakikatnya, mereka sering kali menjadi mangsa kepada stigma masyarakat
3
dan juga faktor keadaan sekeliling di mana faktor kekurangan fizikal dijadikan alasan
kepada majikan untuk menolak permohonan kerja mereka secara terang-terangan
walaupun berkelayakan dan mempunyai segulung ijazah. Adakah mereka didiskriminasi
atau tiada kelayakan? Ia bukan lagi menjadi persoalan. Apa yang penting adalah
keyakinan dan kesanggupan para majikan untuk menerima pekerja daripada golongan
yang hanya mengalami sedikit kekurangan ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Orang Kurang
Upaya (OKU) tidak lagi boleh dianggap sebagai golongan yang hanya mengharap
simpati dan perlu dibantu sebaliknya mereka juga boleh menjadi penyumbang kepada
aset negara. Ia adalah sebahagian daripada konsep modal insan yang diketengahkan
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di mana kerajaan
berpandangan jauh dan menganggap OKU perlu diubah agar menjadi aset yang boleh
menyumbang kepada keperluan modal insan negara. Mereka (OKU) mungkin ada
kekurangan tetapi kalau diberi kasih sayang dan didikan, mereka bukan sahaja dapat
menyumbang kepada kesejahteraan mereka malah turut menyumbang kepada negara.
Katanya lagi ketika berucap pada majlis Malam Amal Semai Bakti, ini ialah matlamat
terakhir kita (kerajaan) untuk mengubah nasib OKU agar menjadi penyumbang kepada
negara (Utusan Malaysia 18 September 2006).
Disarankan juga supaya perkataan cacat dan kurang upaya itu sendiri harus
digantikan dalam mendefinisikan golongan sebegini. Adalah dirasakan perkataan
golongan istimewa lebih sopan dan sesuai dalam mendiskripsikan mereka ini secara
positif. Secara tidak langsung kita dapat memberi mereka keyakinan untuk
menempatkan diri dan bergaul dalam masyarakat.
Secara amnya mereka juga bukanlah golongan yang terlalu lemah hingga
membebankan kepada yang menanggungnya. Ketidakupayaan mereka ini yang dapat
4
dikategorikan kepada dua iaitu kelemahan fizikal dan kelemahan mental juga masih
mempunyai kelebihan yang tersendiri. Di mana, masih ada anggota badan mereka yang
lain boleh bekerja seperti insan biasa. Mereka yang ada masalah fizikal tidak
semestinya dianggap lemah kerana golongan ini masih mampu menggunakan
kecerdasan mental dan minda untuk menyumbang dalam kemajuan dalam ekonomi dan
kemasyarakatan.
1.1 Latar Belakang Masalah
Dewasa ini, kita sering melihat bahawa golongan kurang upaya sering diabaikan
oleh masyarakat kerana sifat mereka yang tidak sempurna. Mereka sering disisih tidak
kira dalam pekerjaan, kemahiran, keperluan asas dan sebagainya. Masyarakat luar
beranggapan bahawa golongan tersebut tidak mampu melakukan pekerjaan sepertimana
hasil yang dilakukan oleh golongan yang cukup sifatnya. Masyarakat tidak mengetahui
realiti sebenar bahawa orang kurang upaya juga mampu melakukan pekerjaan seperti
orang lain. Malah, ada diantara mereka yang mampu menghasilkan produk yang lebih
baik daripada golongan biasa.
Menurut Menteri Sumber Manusia ketika pelancaran Skim Bantuan Galakan
Perniagaan OKU di Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn,
beliau turut mengakui bahawa OKU adalah golongan yang kreatif dan produktif jika
diberi peluang. Tambahnya, kecacatan fizikal bukan merupakan halangan kepada
golongan ini untuk bekerja dan apa yang penting, para majikan perlu bersikap rasional
dengan menyediakan kemudahan khas kepada golongan terbabit. Jelasnya lagi, OKU
juga akan bekerja dengan baik apabila mereka ditempatkan di tempat kerja yang
5
kondusif, selesa dan selamat. Malahan OKU lebih fokus bekerja berbanding orang
normal dan ini merupakan kelebihan kepada mereka (Utusan Malaysia, 31 Mei 2007).
Justeru itu, golongan ini haruslah diberi peluang untuk menunjukkan kemahiran
mereka kerana ia akan dapat meningkatkan keyakinan diri mereka, boleh belajar untuk
mencari punca pendapatan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada belas kasihan
orang lain. Menurut Pengarah Kumpulan Komunikasi Perhubungan Awam Sunway
Management, Sharzede Salleh Askor (2006), tidak sukar untuk mendidik golongan OKU
ini, walaupun mereka lambat memahami sesuatu tetapi mereka mudah mendengar kata
dan tidak pernah mencuri tulang. Katanya lagi, duit bukan segalanya bagi golongan
OKU tetapi pengalaman bekerja lebih penting daripada segalanya kerana ia merupakan
harta yang paling tinggi nilainya dalam hidup mereka (Utusan Malaysia, 26 Ogos 2006).
Agensi kerajaan dan swasta juga digesa untuk mengambil lebih banyak orang
kurang upaya sebagai pekerja mereka bagi mebolehkan golongan itu dapat hidup
berdikari seperti manusia normal yang lain. Menteri Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Zaleha Ismail berkata, buat masa ini sokongan
dari agensi kerajaan dan swasta dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan
kurang upaya ini amat rendah dan menyedihkan. Daripada jumlah 70,000 orang kurang
upaya yang mendaftar dengan kementerian sejak 1996, hanya 2,964 diambil bekerja di
agensi swasta dan 538 di agensi kerajaan. Kalau hendak dikira, jumlah itu memang
cukup rendah dan kita berharap agensi kerajaan dan swasta dapat menawarkan lebih
banyak peluang pekerjaan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini (Utusan
Malaysia, 19 Oktober 2002).
Menurut Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),
Shafie BP. Mamal (2007) mendakwa terdapat segelintir majikan sektor swasta di negara
ini yang masih mendiskriminasikan golongan orang kurang upaya (OKU). Malah,
6
terdapat ratusan OKU di negara ini yang gagal mendapat pekerjaan menyebabkan
golongan tersebut hidup susah. Katanya lagi, sektor swasta tidak seharusnya
memandang rendah terhadap kecacatan yang dialami oleh golongan tersebut. Ini kerana,
golongan istimewa itu boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan
sumbangan mereka perlu diiktiraf. Jika majikan mendiskriminasikan OKU, di manakah
tanggungjawab sosial mereka? Apakah mereka yang buta atau bisu tidak boleh
menghasilkan produktiviti yang baik? Majikan seharusnya berasa bangga apabila
menawarkan pekerjaan kepada OKU. Langkah itu membuktikan bahawa mereka tidak
lupa untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya (Utusan Malaysia, 10 Jun 2007).
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada isu kerjaya bagi golongan kurang upaya yang sukar
mendapat tempat di sektor industri semakin diperkatakan, yang meliputi aspek peluang
pekerjaan, kemahiran yang diperlukan, ditambah pula dengan kemampuan fizikal yang
kurang, pandangan masyarakat, pihak industri dan sebagainya, maka satu kajian telah
dibuat untuk mengkaji persepsi majikan terhadap faktor yang mempengaruhi pemilihan
pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana (kejuruteraan mekanikal) daerah Johor
Bharu.
7
1.3 Objektif Kajian
Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian
yang dilakukan. Langkah ini amat perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat
dicapai dengan sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan adalah :
i. Mengenalpasti adakah faktor kemahiran generik yang dititikberatkan oleh
majikan terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana
(kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.
ii. Mengenalpasti adakah faktor kemahiran teknikal yang dititikberatkan
oleh majikan terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri
sederhana (kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.
iii. Mengenalpasti adakah faktor kelayakan diri yang dititikberatkan oleh
majikan terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana
(kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.
iv. Mengenalpasti adakah faktor kemampuan diri yang dititikberatkan oleh
majikan terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana
(kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.
8
1.4 Persoalan Kajian
Pasaran kerja yang tidak menentu selain kekurangan ruang untuk golongan OKU
menempatkan diri dalam arena pekerjaan semakin hangat diperkatakan. Masalah
pekerjaan di industri sederhana merupakan masalah yang semakin hangat diperkatakan
terutama untuk golongan OKU yang semakin terhad. Berdasarkan objektif-objektif
kajian, beberapa persoalan yang akan dijawab dalam kajian ini adalah seperti berikut :
i. Adakah faktor kemahiran generik yang dititikberatkan oleh majikan
terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana
(kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.
ii. Adakah faktor kemahiran teknikal yang dititikberatkan oleh majikan
terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana
(kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.
iii. Adakah faktor kelayakan diri yang dititikberatkan oleh majikan terhadap
pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana (kejuruteraan
mekanikal) daerah Johor Bharu.
iv. Adakah faktor kemampuan diri yang dititikberatkan oleh majikan
terhadap pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana
(kejuruteraan mekanikal) daerah Johor Bharu.
top related