penulisan esei task isu dan cbrn semasa
Post on 17-Feb-2015
110 Views
Preview:
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA TERENGGANU
KERJA KURSUS
GURU DAN CABARAN SEMASA
(EDU 3109)
NAMA PELAJAR : FATIN BINTI MD. GHAZALI
NO. MATRIK : 122479
NO. KAD PENGENALAN :890207 – 01 - 5400
UNIT : PISMP PENDIDIKAN KHAS ( SEM. 8 )
NAMA KURSUS : GURU DAN CABARAN SEMASA
KOD KURSUS : EDU 3109
NAMA PENSYARAH : EN. ABD.HALIM BIN ISMAIL
TARIKH SERAHAN : 2 SEPTEMBER 201
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurniaanya dapat bersama-sama kami menyiapkan
tugasan ini dengan sebaik mungkin. Pelbagai input dan maklumat yang kami peroleh
bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.
Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing Encik Halim bin Ismail
yang banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang memberi idea dalam menyiapkan hasil
kerja ini.
Dalam menyiapkan tugasan ini, kami berusaha sedaya mampu untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Pelbagai maklumat dikumpul dari pelbagai
sumber bagi mendapatkan fakta yang sahih dan boleh dipercayai.
Semoga apa yang kami lakukan ini akan dapat memberi kami sesuatu yang
berguna pada masa ini dan juga pada masa hadapan. Insyaallaah..
Sekian terima kasih..
KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN 1
2.0 CABARAN DALAM DUNIA PENDIDIKAN 2
3.0 KESAN CABARAN & ISU DALAM DUNIA PENDIDIKAN
TERHADAP MASYARAKAT
8
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 11
5.0 KESIMPULAN 14
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan
yang dibincangkan. Manakala cabaran pula bermaksud ‘ sesuatu unsur atau faktor yang
menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi ‘ ( Kamus Dewan, 2007 ).
Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan
Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) amnya dan guru secara khasnya dalam
melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi mencapai misi KPM.
Profesion perguruan merupakan profesion yang tidak ditelan zaman dan kini
kehebatannya tidak dapat dipersoalkan lagi. Semenjak tahun 1960-an hinggalah tahun
1970-an, profesion perguruan menjadi satu rebutan sebagian besar para lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) seluruh Malaysia, lebih- lebih lagi jawatan tersebut diperlukan
setiap tahun. Sehinggalah kini profesion perguruan menjadi rebutan ramai kerana
permintaan terhadap bidang ini meningkat setiap tahun sedangkan tempat yang
ditawarkan terhad. Bergelar seorang pendidik bukan sesuatu yang mudah kerana di
dalamnya bergelumang dengan cabaran dan isu yang tidak pernah lekang dalam
memastikan tahap pendidikan negara setanding di mata dunia.
Dunia pendidikan dewasa ini penuh dengan rencam dan cabaran buat guru
dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat anak bangsa. Antara cabaran yang
sering dihadapi oleh guru ialah masalah disiplin murid, perbezaan tahap perkembangan
kognitif murid, dasar-dasar pendidikan terkini dan sebagainya.Segala cabaran ini perlu
digalas oleh guru dalam memastikan setiap anak didik mereka menerima pendidikan
yang sewajarnya dan dapat memberi manfaat buat mereka.Tugas pendidik atau guru
bukan sahaja mengajar di dalam kelas tetapi lebih kepada bersifat universal dan
pelbagai. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan
pembelajaran para pelajar. Pengajar bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana
pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga perlu bijak dan kreatif
dalam menciptakan pengajaran yang berkesan.
2.0 CABARAN& ISU DALAM DUNIA PENDIDIKAN
Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik
itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun
tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud
dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan
teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak,
sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi.
Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu,
natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang
berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah
membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat
Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan
keduanya ialah pembudayaan masyarakat. Pembinaan budaya ilmu dan masyarakat
tidak dapat direalisasikan jika para pendidik tidak kuat dan tegar dalam mengharungi
cabaran di dalam arena pendidikan. Bagi merealisasikan budaya ini, satu pemerhatian
telah dijalankan bagi mengenalpasti cabaran dan isu semasa yang berlaku dalam
kalangan pendidik dewasa ini.
Sepanjang menjalani sesi internship di sekolah, banyak isu atau cabaran yang
dapat diperhatikan. Antaranya ialah isu profesionalisme guru. Profesionalisme dapat
ditakrifkan sebagai ciri-ciri atau antribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suati
profesion. Mengikut Ornstein dan Levine ( 1993 ), terdapat empat antribut dalam suatu
unsur profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam,
kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal
tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran atau persetujuan diberi kepada suatu profesion
oleh masyarakat untuk beroperasi. Manakala Hoyle ( 1980 ) menghuraikan
profesionalisme sebagai sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang
berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan
upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Semuanya ialah hal-hal
yang dihubungkaitkan dengan perjuangan kesatuan sekerja.
Profesionalisme guru adalah kemampuan guru untuk melakukan tugas pokoknya
sebagai pendidik dan pengajar meliputi kemampuan merencanakan, melakukan, dan
melaksanakan evaluasi pembelajaran.Pada prinsipnya setiap guru harus dipantau
secara periodik dalam melaksanakan tugasnya.Jika jumlah guru cukup banyak, maka
guru besar sekolah dapat meminta bantuan wakilnya atau guru senior untuk melakukan
pemantauan. Keberhasilan guru besar sekolah sebagai pemantau antara lain dapat
ditunjukkan dengan peningkatan prestasi guru yang ditandai dengan kesedaran dan
keterampilan melaksanakan tugas secara bertanggung jawab.
Sifat dan kualiti profesional yang tinggi mestilah ada pada seseorang guru yang
bertauliah. Ini penting kerana guru yang mempunyai sifat dan profesional yang tinggi
akan dapat melakukan dan melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Oleh yang
demikian, walaupun seseorang guru yang memiliki ijazah daripada unversiti mereka
tidak semestinya guru yang baik.Antara sifat dan kualiti yang mesti ada pada guru
supaya dapat menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan ialah ingin tahu,
pengetahuan ikhtisas, suka membaca, kemahiran bertutur, daya ingatan dan daya
usaha.
Sifat ingin tahu yang ada pada diri seseorang guru akan mendorong seseorang
guru itu sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuannya. Guru akan
selalu mempelajari dan menyuaikan diri dalam perubahan-perubahan, baik daripada
kurikulum mahupun kaedah mengajar demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru.
Seseorang yang ingin menjadi guru mestilah menjalani kursus yang ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Ini kerana seseorang guru itu mestilah
bertauliah, iaitu layak menjadi seorang guru dalam erti kata yang sebenar. Guru
mestilah dilengkapkan dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi
kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, kurikulum, mata-mata pelajaran dan sebagainya.
Guru-guru yang melengkapkan diri dengan berbagai-bagai pengetahuan ikhtisas ini
adalah guru yang telah memperolehi kualiti profesional dalam konteks pendidikan.
Guru mestilah memperolehi ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam
sebelum menyampaikan pelajaran. Selain itu guru juga mestilah yakin semasa
menyampaikan dan menyebarkan ilmu kepada murid.Walau bagaimanapun objektif ini
hanya dapat dicapai sekiranya guru sentiasa membaca.Ini kerana, sifat suka membaca
adalah kriteria yang penting untuk mempertingkatkan kualiti profesional seseorang guru.
Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan guru menyampaikan pelajaran
ialah kemahiran bertutur. Guru yang mempunyai pertuturan yang jelas dan terang
akanmembolehkan murid mendengar pelajaran yang diajarnya dengan tepat dan
sebaliknya pertuturan guru yang kurang baik akan menyebabkan penyampaiannya
kurang jelas. Dengan penggunaan sebutan dan tatabahasa yang betul murid-murid tidak
akan tersilap. Oleh yang demikian kemahiran bertutur merupakan salah satu kualiti
profesional yang penting bagi seseorang guru.
Daya ingatan yang baik boleh membantu guru menyampaikan pelajaran yang
sepenuhnya mengikut perancangan yang telah disediakan. Oleh yang demikian, murid-
murid tidak akan ketinggalan sebarang isi pelajaran yang penting yang disampaikan
oleh guru. Daya ingatan yang baik adalah antara syarat penting untuk mempertingkatan
kualiti profesional seorang guru.
Kualiti daya usaha seseorang guru tidak akan terperangkat dengan masalah
yang akhirnya akan menyebabkan murid-murid bosan untuk belajar. Ini kerana guru
yang mempunyai kualiti profesional akan selalu dan sentiasa berfikir dan mencuba
pendekatan atau keadah yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan.
Isu yang dapat dikaitkan dengan profesionalisme guru sepanjang menjalani
internship di sekolah ialah berkaitan sikap dan sahsiah guru ketika di dalam
kelas.Pertamanya ialah sikap sambil lewa guru dalam menyampaikan pengajaran di
dalam kelas.Isu sebegini sering kita lihat berlaku dalam kalangan segelintir guru di
setiap sekolah.Sewajarnya pendidik perlu memberi pendidikan yang adil dan saksama
kepada semua murid tidak mengira status sosioekonomi, latar belakang, lokasi dan
etnik. Mengikut Dewey (1966), pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan
peluang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan.
Pendidikan untuk semua memberi peluang kepada semua individu untuk mendapat
pendidikan yang berkualiti.
Pemerhatian yang dijalankan terhadap kelas pendidikan khas integrasi
bermasalah pembelajaran ( PPKIBP ) mendapati isu sebegini sering berlaku ekoran
kebanyakan guru yang mengajar kelas tersebut tidak mempunyai ikhtisas dalam
menyampaikan pengajaran kepada murid-murid pendidikan khas. Hal ini menyebabkan
mereka mengajar dengan sambil lewa dan tidak mengambil berat terhadap kebajikan
kanak-kanak khas kerana kurangnya ilmu pedagogi dalam mengajar kanak-kanak
istimewa ini.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ikhtisas didefinisikan iaitu sesuatu
profesion atau pekerjaan yang memerlukan kepandaian atau kemahiran khusus. Di
dalam konteks pendidikan khas ini, seorang guru yang mempunyai ikhtisas ialah
seorang guru yang memperoleh pengetahuan dalam pendidikan. Guru ini akan
melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah
mengajar, ilmu kokurikulum, kandungan matapelajaran dan sebagainya. Guru yang
melengkapkan diri dengan berbagai- bagai pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang
telah memperoleh kualiti professional.
ISU TAHAP PROFESION
ALISME GURU
PENDIDIKAN KHAS
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, "Seseorang murid dengan keperluan khas
adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung
kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan,
pegawai Kementerian Pendidikan dan Pegawai Kebajikan Masyarakat, sebagai
berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program
pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut iaitu murid yang cacat anggota tetapi
mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa dan murid yang
mempunyai pelbagai kecacatan atau sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal
yang berat “. Oleh itu, berdasarkan hujah di atas, mana-mana kanak-kanak yang telah
menjalani ujian diagnostik daripada pegawai perubatan dan telah disahkan layak
mendapat pendidikan di negara ini tidak boleh dinafikan hak mereka.Jelaslah di sini
menunjukkan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas ini juga mempunyai hak untuk
mendapat pendidikan yang sewajarnya. Pengabaian hak dan sikap sambil lewa dalam
memberikan didikan kepada mereka hanya akan merugikan dan merosakkan masa
depan kanak-kanak khas ini sedangkan ilmu khususnya berkaitan kehidupan ini amat
penting dalam memastikan kelangsungan hidup mereka. Mereka hanya mengharapkan
ilmu yang dapat membolehkan mereka berdikari dalam kehidupan dan meringankan
beban keluarga dalam menampung kehidupan untu masa akan datang.
Keduanya ialah guru yang memasuki kelas tidak ada persediaan dan
beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar.Hal ini disebabkan guru- guru ini
beranggapan murid- murid pendidikan khas pasti tidak cemerlang seperti murid aliran
perdana.Tidak seperti murid-murid arus perdana yang perlu mengambil ujian bulanan
dan peperiksaan tahunan pencapaian murid pendidikan khas tidak ditentukan melalui
ujian dan peperiksaan sebaliknya pencapaian mereka ditentukan dari aspek pengurusan
kehidupan mereka. Oleh itu guru- guru menganggap tidak perlu tetapkan target kerana
murid- murid pendidikan khas sememangnya tidak ada pencapaian. Ada juga guru yang
memasuki kelas tanpa persediaan bahan bantu mengajar dan perancangan aktiviti
pembelajaran.
Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru
untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.Atan Long (1982)
membahagikan bahan bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu bahan pendengaran,
pandangan dan bahan pandang- dengar. Bahan bantu mengajar penting di dalam
pengajaran kerana ianya dapat membantu guru penyampaikan pengajaran dengan lebih
berkesan. Bersesuaian dengan tahap kognitif murid pendidikan khas, penggunaan
bahan bantu mengajar menjadikan penerangan tentang sesuatu konsep menjadi lebih
jelas selain memberikan pengalaman baru kepada murid.
Isu profesionalisme ketiga ialah terdapat guru yang melengahkan masa untuk
masuk ke dalam kelas. Ada juga yang masuk ke kelas tetapi tiada pengisian yang
diterima oleh murid tersebut. Hal ini disebabkan mereka beranggapan pengajaran
mereka akan menjadi sia-sia kerana murid pendidikan khas akan cepat lupa.
Pengajaran tidak berlaku dan kebiasaannya guru akan mengambil latihan di dalam
buku yang dibeli dan difotostat untuk semua muridnya. Aktiviti yang biasa dilakukan di
dalam kelas seperti mewarna, membuat latih tubi menulis, latihan prapenulisan dan
sebagainya hanya akan membuat murid merasa jemu untuk belajar. Kawalan kelas
juga goyah kerana murid tidak memberikan tumpuan dan sudah jemu dengan aktiviti
yang kerap kali dijalankan. Sebaliknya, guru yang prihatin akan memberikan pengisian
terlebih dahulu sebelum memberikan latihan kepada murid. Mereka akan merangka
aktiviti yang bersesuaian dengan tahap dan perkembangan murid serta memastikan
aktiviti yang dijalankan menarik dan mampu mengekalkan minat murid terhadapnya.
3.0 KESAN CABARAN& ISU TERHADAP MASYARAKAT
Hanya warga profesion perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan
pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap
perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad
Mahdzan, 1993).Justeru, guru memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan
budaya pendidikan anak bangsa.
Isu profesionalisme guru merupakan satu isu yang penting kerana guru
merupakan satu profesion yang dipandang mulia oleh masyarakat. Setiap tingkah laku
dan perkataan guru akan dipandang dan ditafsir oleh masyarakat sekeliling. Jika guru
tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, menimbulkan persepsi yang negatif terhadap masyarakat.
Masyarakat akanmemandang guru yang tidak profesional ini sebagai guru yang gagal
dan tidak layak menjadi guru kerana kurangnya ikhtisas dan kemahiran nilai tambah
dalam mendidik anak-anak mereka. Guru yang dikecam atau dilabel oleh masyarakat
akan mengalami tekanan dan gangguan emosi kerana tidak mendapat kerjasama dan
sokongan daripada masyarakat sekeliling.
KESAN
Guru pendidikan khas akan dilabel oleh guru arus perdana & pihak
pentadbir sekolah
Pandangan negatif terhadap potensi murid pendidikan
khas
Murid tidak bermotivasi
untuk belajar
Ibu bapa hilang kepercayaan
terhadap keupayaan guru mengajar
Guru PK dikecam oleh masyarakat
sebagai guru yang tidak profesional
Kyriacou (1987) mengenal pasti bahawa punca- punca stres ialah tekanan masa,
sikap buruk pelajar terhadap sekolah dan kurangnya motivasi di sekolah, masalah
pengurusan bilik darjah, bilangan pelajar yang ramai di dalam bilik darjah, gaji yang
rendah, kurangnya bahan bantu mengajar, keadaan bekerja yang tidak kondusif serta
konflik dengan rakan sejawat. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kajian oleh
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) atau NUTP (National
Union of Teaching Profession) mendapati salah satu punca tekanan emosi atau stres
ialah tekanan daripada ibu bapa atau pelajar.
Murid juga akan mendapat kesan daripada sikap ketidak profesionalisme guru.
Antaranya, murid akan merasa jemu untuk ke sekolah, bersikap memberontak dan
bermasalah disiplin, prestasi akademik murid menurun dan hilangnya kepercayaan dan
minat terhadap pelajaran. Hal ini akan merugikan murid-murid kerana mereka tidak
mendapat didikan yang sewajarnya seterusnya akan berlaku peningkatan angka
masalah sosial dalam kalangan murid sekolah. Murid yang jemu atau bosan dengan
sekolah akan mengambil langkah ponteng sekolah dan melepak di pusat membeli belah
sambil merayau atau berada seharian di dalam kafe siber. Mereka lebih gemar melepak
dengan rakan-rakan seangkatan daripada menghadirkan diri ke sekolah kerana
pengajaran guru yang membosankan.
Sikap guru mengajar sambil lewa dan hanya memberikan lembaran kerja kepada
murid tanpa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terlebih dahuluakan
membawa persepsi negatif pentadbir dan guru aliran perdana kepada profesion
perguruan pendidikan khas. Tanggapan guru pendidikan khas bahawa murid pendidikan
khas tidak mempunyai potensi dalam akademik dan pengajaran mereka hanya sia- sia
kerana mereka akan cepat lupa dengan pengajaran dalam masa yang singkat akan
seterusnya merebak di kalangan guru-guru arus perdana. Ini akan memberikan kesan
kepada murid- murid pendidikan khas yang diinklusifkan di dalam kelas arus perdana.
Ketidakpercayaan guru- guru arus perdana dengan pencapaian serta kebolehan
terhadap murid-murid pendidikan khas akan luntur. Kesannya, murid yang diinklusifkan
ini akan merasa rendah diri dan tidak bermotivasi untuk belajar.
Selain daripada itu, masyarakat akan hilang rasa percaya terhadap guru-guru di
sekolah bagi mendidik anak mereka khususnya mendidik kanak-kanak pendidikan khas.
ibu bapa akan lebih memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke pertubuhan NGO
seperti NASOM, Kiwanis dan sebagainya bagi mendapat didikan dan pengajaran yang
lebih bermanfaat buat anak-anak mereka. Hal ini akan menimbulkan kerugian kepada
murid pendidikan khas tersebut kerana tiada interaksi sosial yang berlaku antara murid
pendidikan khas dengan masyarakat luar. Jika anak mereka dihantar ke NASOM,
mereka hanya akan bergaul sesama rakan-rakan autisme sahaja dan hal ini akan
menyebabkan kemahiran interpersonal atau komunikasi dan pergaulan kanak-kanak
tersebut terbatas.Interaksi sosial diperlukan bagi membolehkan murid berkeperluan
khas menyesuaikan diri dalam komuniti setempat dan menjadi sebahagian daripada
komuniti tersebut.Ia akan membantu murid tersebut mengamalkan tabiat sosial yang
boleh diterima semasa bekerja dan bergaul dengan masayarakat.
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Setiap permasalahan yang berlaku memerlukan pencerahan bagi memastikan ianya
tidak merebak ibarat barah di dalam daging.Isu profesionalisme ini bukan sesuatu yang
mudah untuk dileraikan kerana ianya memerlukan komitmen dan pengorbanan yang
tinggi dalam kalangan guru.
Guru perlu mengambil inisiatif dalam meningkatkan nilai tambah dalam diri.
Contohnya, mengikuti kursus-kursus pengendalian kelas, peningkatan kemahiran
pedagogi dalam diri, profesionalisme keguruan dan sebagainya.Selain daripada itu,
pembacaan yang meluas juga perlu dilakukan oleh setiap guru bagi memastikan
pengetahuan mereka bertambah dari semasa ke semasa.Pada masa kini telah banyak
diwujudkan program- program pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM).Antara program- program tersebut ialah Program Khas
Pensiswazahan Guru (PKPG), Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) dan
Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB).Usaha ini bertujuan menaiktaraf
taraf pendidikan guru ke tahap yang lebih baik.
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
MENINGKATKAN NILAI TAMBAH DALAM DIRI
MENGKAJI KELEMAHAN DAN KEKUATAN MURID
MENGUBAH SUASANA PEMBELAJARAN MENJADI LEBIH
MENARIK
MENJALANKAN PENYELIDIKAN BAGI
MENINGKATKAN MUTU PENGAJARAN
Profesionalisme guru juga boleh ditingkatkan dengan menjalankan kajian
penyelidikan terhadap murid-murid dan sesi pengajaran bagi meningkatkan mutu
pengajaran dan pengetahuan diri.Melalui kajian yang dijalankan, guru dapat
meningkatkan mutu pengajarannya dan memajukan diri mereka ke peringkat yang lebih
baik.
Pelopor kajian tindakan di bilik darjah di United Kingdom, Elliott dan Adelman
(1976) berpendapat kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha
untuk meningkatkan mutu profesionalisme guru dengan cara menyelidik situasi sosial di
sekolah. Tujuan penyelidikan itu adalah untuk membaiki kualiti amalan guru.Guru-guru
perlu menjalankan kajian tindakan di dalam kelas masing-masing untuk meningkatkan
prestasi pengajaran dan pembelajaran.Hal ini demikian kerana, kajian tindakan yang
dijalankan dapat mengenal pasti atau mengesan kelemahan pelajar dan guru perlulah
memikirkan cara-cara yang sesuai untuk mengatasi kelemahan tersebut mengikut
kesesuaian pelajar di dalam sesuatu kelas.Hal ini terbukti melalui kajian tindakan yang
telah dijalankan di beberapa buah negara maju akhirnya berjaya meningkatkan
pencapaian masing- masing.
Seperti yang telah diterangkan tadi, kajian tindakan ialah kajian yang dilakukan
untuk mengenal pasti atau mengesan punca-punca masalah dan mencari langkah yang
sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Jika masalah tersebut masih tidak dapat
diatasi, kajian semula harus dilakukan untuk mencuba langkah lain yang lebih berkesan
bagi mengatasi masalah itu. Dengan perkataan lain, guru-guru perlulah reflektif, kreatif
dan proaktif bagi merawat masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya dengan
berkesan.
Guru perlu mengkaji kelemahan dan kekuatan murid PK bagi membantu guru
mencungkil bakat dan potensi murid PK itu sendiri. Tindakan ini juga dapat
memudahkan guru mencari kaedah yang sesuai untuk membantu sesi pengajaran dan
pembelajaran murid PK. Contohnya, murid autisme kebiasaannya mahir dalam satu-
satu bidang seperti seni lukis, matematik dan juga kemahiran komputer. Seorang guru
pendidikan khas yang bijak akan menyelami dunia murid autisme ini dengan cara
menyelami minat mereka. Kemahiran yang mereka perolehi ini perlulah digunakan oleh
guru untuk membantu mengoptimumkan penerimaan pengetahuan dalam bidang lain.
Pengajaran tidak semestinya berlaku di dalam kelas sahaja.Untuk menjadikan
sesi pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik, guru boleh mengubah suasana
pembelajaran dengan membawa murid PK belajar di luar kelas dan pengajaran tidak
semestinya berfokus kepada akademik sahaja boleh bersifat santai seperti pengurusan
diri, kemahiran hidup dan sebagainya.
Di dalam peraturan Pendidikan Khas, 1997 guru boleh mengubah kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran serta jadual bagi mencapai matlamat pendidikan
khas.Ini jelas memberikan peluang kepada guru- guru mengubah suasana pembelajaran
mengiku keperluan murid PK itu sendiri.Sepertimana yang diketahui murid PK
mempunyai ciri- ciri masalah memahami dan mengingati sesuatu pelajaran dalam masa
yang singkat. Oleh iu, melalui pendekatan belajar melalui aktiviti praktikal, murid akan
lebih memahmi penggunaan ilmu yang diajar dalam konteks sebenar kehidupan
mereka.
5.0 KESIMPULAN
Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke
hadapan. Perubahan-perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan
bertujuan memnuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa
hadapan.Para guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek
keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan
dan kemahiran selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP).
Guru yang profesional harus mampu menyediakan generasi muda untuk
menghadapi sebarang kemungkinan ke arah melahirkan masyarakat yang serba
berpengetahuan bagi menghadapi perkembangan dan persaingan dalam industri,
ekonomi yang global,kebanjiran teknologi yang tinggi dan sentiasa bertambah
canggih.Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru
menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam memastikan setiap murid
menguasai pengetahuan dan kemahiran- kemahiran baharu.
Oleh itu, adalah mustahak bagi setiap individu yang berkecimpung dalam bidang
ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dan
keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan
teknologi pesat.
RUJUKAN
e.t.al, H. N. (2007). Kamus Dewan Edisi keempat. Selangor Darul Ehsan: Dawama Sdn.Bhd.
Mohamed, J. K. (2008). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Noriati A. Rashid, B. P. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.
Noriati A.Rashid, B. P. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.
Pendidikan Khas di Malaysia dan Luar Negara. (2012). Diakses Oktober 2012, daripada ceritarasahati: http://www.ceritarasahati.com
top related