mari mengenali teknologi lifi – pemindahan data 100 kali lebih pantas berbanding wifi _ amanz
Post on 09-Mar-2016
232 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
READING MODE
Informasi Komputer & Teknologi TerkiniBERITA Mulakan carian
Mari Mengenali Teknologi LiFi Pemindahan Data 100 Kali Lebih
Pantas Berbanding WiFi(https://amanz.my/2015100464/)
Diterbitkan pada 2 jam lepas oleh Aizan Fahri (https://amanz.my/author/kay_amx/).
5c
ftg
Julai 2011. Seorang professor dari University of Edinburgh, Harald Haas,
mempertontonkan di acara TED Global
(https://www.ted.com/talks/harald_haas_wireless_data_from_every_light_bulb) satu
teknologi yang dinamakan Visible Light Communication, juga dikenali sebagai Light
Fidelity, LiFi. Beliau memperkenalkan teknologi LiFi sebagai satu alternatif untuk
membenarkan transmisi aliran data pada kelajuan tinggi hanya dengan menggunakan
lampu LED.
TIPS DAN TUTORIAL(HTTPS://AMANZ.MY/TIPS-TUTORIAL/)
-
Professor Haas menyatakan bahawa LiFi bukan sahaja mampu membenarkan aliran data
pada kelajuan yang tinggi, bahkan ia mampu dibangunkan dengan menggunakan
infrastruktur pencahayaan LED yang sedia ada, sekaligus menjadikannya satu teknologi
yang mesra penggunaan tenaga.
Pada September 2015, Professor Haas kembali ke pentas TED Global
(https://www.ted.com/talks/harald_haas_a_breakthrough_new_kind_of_wireless_internet)
untuk mempertontonkan LiFi buat kali kedua. Ketika pertama kalinya Professor Haas
melakukan demonstrasi LiFi pada tahun 2011, beliau memperlihatkan konsep aliran data
dengan menggunakan cahaya daripada LED. Pada kali ini, beliau memperkuatkan lagi
hujahnya akan potensi LiFi dengan menyatakan bahawa ia boleh dibangunkan dengan 2
infrastruktur yang sudah sedia ada: lampu LED dan juga sel suria.
Sepertinya LiFi ini merupakan satu teknologi yang cerah untuk dibangunkan bagi tujuan
pengkomersilan. Amanz pada kali ini ingin membawakan perbincangan yang mendalam
akan teknologi ini. Yosh!
Sejarah Penyelidikan dan Pembangunan
Pada tahun 1979 dua penyelidik dari makmal IBM Zurich Research Laboratory di
Switzerland, Gfeller dan Bapst, melakukan kajian berkenaan transmisi data tanpa wayar
-
Switzerland, Gfeller dan Bapst, melakukan kajian berkenaan transmisi data tanpa wayar
(wireless connection) dengan menggunakan diffuse infrared radiation (difusse IR).
Gfeller dan Bapst pada ketika itu menyimpulkan bahawa wireless connection dengan
menggunakan teknologi diffuse IR mampu mencapai kelajuan transmisi sehingga 1
Megabits per saat (1 Mb/sec).
17 tahun setelah hasil kajian Gfeller dan Bapst diterbitkan, 2 penyelidik dari Institute of
Electrical and Electronics Engineers (IEEE), Gene Marsh dan Joseph Kahn berjaya
merekodkan kelajuan transmisi data 50 kali ganda lebih laju daripada kajian
sebelumnya iaitu 50 Mb/sec.
4 tahun selepas itu, satu lagi kajian dalam bidang yang sama berjaya merekodkan
kelajuan transmisi data selaju 70 Mb/sec berjaya dicatat oleh Jeffrey Carruther dan
Joseph Kahn pada tahun 2000, beserta dengan pelbagai penambah-baikan yang lain.
Ketiga-tiga hasil kajian ini mempunyai skop kajian yang serupa, iaitu:
1. Menggunakan cahaya inframerah untuk membenarkan transmisi data tanpa wayar,
kerana
2. Ia mempunyai kelebihan berbanding gelombang radio untuk komunikasi jarak dekat
dan sederhana, dan juga
3. Kerana teknologi ini menggunakan gelombang spektrum yang tidak memerlukan
perlesenan, tidak seperti WiFi, LTE, dan 3G yang memerlukan kepada pengurusan
spektrum.
Artikel ini akan membincangkan akan potensi teknologi terbaru untuk transmisi data
yang dikenali sebagai LiFi, iaitu singkatan kepada Light Fidelity. Untuk memahami akan
teknologi ini, kita perlu menjawab beberapa soalan untuk memahami konsep dan
kelebihan LiFi berbanding teknologi transmisi data yang sedia ada.
1 Mbps? 50 Mbps? 70 Mbps?
-
1 Mbps? 50 Mbps? 70 Mbps?
Rata-rata ketika ini saiz bagi 1 movie 720p berdurasi 90 minit berlegar di sekitar 800
Megabytes (800 MB). Untuk memuat turun movie tersebut pada kelajuan 1 Megabits per
saat (1 Mb/sec), ia mungkin mengambil masa 1 jam 46 minit. Pada kelajuan 50 Mb/sec, 2
minit dan 8 saat diperlukan untuk memuat turun movie yang sama.
Pada akhir tahun lepas para penyelidik
berjaya merekodkan kelajuan transmisi
data sehingga 224 Gb/sec, peningkatan
sebanyak 320,000 kali ganda. Dengan
transmisi berkelajuan sedemikian, hanya
0.029 saat diperlukan untuk memuat
turun movie yang bersaiz 800 MB,
ataupun dalam erti kata lain, 36 movies
yang sama dalam masa 1 saat.
-
yang sama dalam masa 1 saat.
Izinkan kami membetulkan satu salah
faham yang agak lazim berlaku. 1 byte
tidak mempunyai nilai yang sama dengan
1 bit. 1 byte mempunyai nilai sebanyak 8
bits. Jika anda ingin membandingkan
kelajuan pakej internet yang diiklankan
dengan kelajuan efektif muat turun,
contohnya pakej Streamyx 384 Kbps,
kelajuan muat turun efektif bagi pakej
tersebut ialah 48 kilobytes per saat (48
kB/sec). Dalam erti kata lain, pakej
Streamyx tersebut mengambil masa 4 jam
37 minit untuk memuat turun movie yang sama seperti contoh di atas.
Perbezaan notasi hanyalah pada aksara B: huruf B menandakan ia dalam unit bytes,
manakala huruf b menandakan ia dalam unit bits.
Spektrum Elektromagnetik?
Apakah yang membezakan antara LiFi dengan teknologi transmisi data yang tersedia
ketika ini? Untuk menjawab soalan ini, wajar kita mengklasifikasikan dahulu teknologi-
teknologi penghantaran data yang boleh didapati ketika ini.
Umumnya teknologi transmisi data boleh dibahagikan kepada dua sub-kelas yang besar,
iaitu transmisi setempat (local) dan transmisi jarak jauh (long range). Dalam sub-kelas
transmisi setempat, kita mempunyai teknologi Wireless Fidelity (WiFi). Manakala untuk
transmisi jarak jauh pula, kita mempunyai teknologi-teknologi seperti GPRS, EDGE, 3G,
dan 4G.
-
Kesemua teknologi transmisi data yang dinyatakan di atas beroperasi dengan
memanfaatkan gelombang radio pada spektrum elektromagnetik. Sementara itu
teknologi LiFi beroperasi dengan memanfaatkan gelombang cahaya optikal (visible light
spectrum).
Teknologi LiFi beroperasi pada julat frekuensi dari 400 TeraHertz hingga 800 TeraHertz
(THz). Julat yang dinyatakan tersebut merangkumi frekuensi berhampiran ultraungu
(near ultraviolet, NUV) iaitu pada 800 THz, hingga frekuensi inframerah (infrared, IR).
Dalam rangkuman frekuensi ini kita mempunyai frekuensi cahaya optikal iaitu:
-
LiFi vs Teknologi Transmisi Data Masakini?
Apakah antara masalah yang ingin diselesaikan dengan LiFi? Spectrum shortage.
Gelombang radio merupakan aset yang dikawal selia di bawah pengurusan kerajaan
-
Gelombang radio merupakan aset yang dikawal selia di bawah pengurusan kerajaan
bagi mana-mana negara. Bagi membolehkan sesebuah syarikat untuk memancarkan
gelombang radio, syarikat berkenaan mesti mendapatkan lesen untuk memancarkan
gelombang radio pada frekuensi yang tertentu.
Setelah berjaya mendapatkan hak untuk memancarkan gelombang radio pada jalur
yang ditetapkan, barulah ia boleh beroperasi. Namun begitu, jalur frekuensi mempunyai
had trafik. Bayangkan jalur frekuensi seperti lebuh raya: hanya beberapa kenderaan
sahaja boleh melalui lebuh raya pada satu-satu masa. Pada waktu puncak di mana jalur
frekuensi menjadi sesak, maka situasi seperti tiada siaran dan panggilan tidak dapat
dihubungkan boleh berlaku.
Dengan konsep yang sama juga, syarikat-syarikat telekomunikasi (ringkas: telco) mampu
menawarkan pakej internet yang murah pada bukan waktu puncak seperti pada jam 2
pagi hingga 6 pagi kerana tiada orang yang memenuhi trafik jalur frekuensi mereka.
Masalah ini menjadi satu isu yang rumit kerana:
1. Telco terpaksa berurusan dengan kerajaan untuk mendapatkan lesen, maka dengan
itu
2. Ia akan melambatkan telco untuk membangunkan infrastruktur bagi memanfaatkan
jalur frekuensi baru, dan sehubungan dengan itu
3. Apabila jumlah pengguna internet mudah-alih meningkat, jalur frekuensi sedia ada
akan menjadi semakin sesak sehingga menimbulkan beberapa masalah seperti
jaringan terputus-putus atau kegagalan mengakses internet walaupun mempunyai
sambungan.
Bagaimanakah LiFi menyelesaikan masalah spectrum shortage ini? Dengan
membenarkan transmisi data berlaku pada jalur frekuensi cahaya optikal. Apakah
kelebihan yang dapat LiFi manfaatkan dengan menggunakan jalur frekuensi cahaya
optikal ini?
1. Tiada pengawalan yang ketat dari pihak kerajaan, oleh itu
2. Tiada proses yang memenatkan untuk berurusan dengan kerajaan, yang juga
bermaksud
3. Tidak perlu membelanjakan duit untuk mendapatkan lesen kebenaran untuk
beroperasi, yang juga bermaksud
4. Kos operasi LiFi adalah lebih rendah berbanding teknologi sedia ada.
Tambahan lagi, saiz keseluruhan spektrum gelombang cahaya optikal jauh lebih luas
berbanding dengan saiz keseluruhan spektrum gelombang radio! Ini bermaksud kita
mampu menyelesaikan masalah spectrum shortage dengan mengeksploitasi sifat-sifat
fizikal (physical properties) gelombang cahaya optikal.
-
Ketiadaan pengawalan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada potensi LiFi
ini boleh dikomersialkan secara meluas. Antara faktor lain ialah LiFi boleh dibangunkan
dengan menggunakan infrastruktur pencahayaan light-emitting diode (LED) yang
tersedia ada. Apa yang diperlukan untuk mengubah lampu LED biasa kepada peranti
transmisi LiFi ialah dengan memasang modulator pada lampu LED tersebut.
Satu lagi ciri-ciri yang memperlihatkan potensi LiFi ini ialah kelajuan transmisi data yang
ditawarkannya: di dalam persekitaraan makmal, transmisi data mampu mencapai
kelajuan sehingga 224 Gigabits/sec dengan LiFi. Jika dibandingkan dengan teknologi
transmisi data LTE yang sekarang ni mampu mencapai kelajuan puncak 50 Megabits/sec,
manakala WiFi networking standard 802.11ac (networking standard WiFi paling terkini)
mampu mencapai kelajuan agregat 6.77 Gigabits/sec.
Mekanisma LiFi?
LiFi beroperasi berdasarkan prinsip binari: 0 dan 1. Apabila lampu LED dihidupkan, ia
bermaksud 1 (on), dan apabila lampu LED dimatikan, ia bermaksud 0 (off). Dengan
kaedah membuka dan menutup lampu LED akan menghasilkan isyarat binari 1 dan 0
-
kaedah membuka dan menutup lampu LED akan menghasilkan isyarat binari 1 dan 0
yang boleh diambil dan ditafsir kepada data oleh peranti penerima seperti sel solar.
Teknik ini dikenali sebagai modulasi amplitud (amplitude modulation, AM), merujuk
kepada aktiviti meninggikan dan merendahkan keamatan isyarat.
Lampu LED berkenaan boleh dihidupkan dan dimatikan pada kelajuan nanosaat
(0.000000001 saat), terlampau laju untuk diperhatikan dengan mata kasar seolah-olah
lampu LED itu tidak berkelip langsung ketika ia menghantar isyarat.
-
Kami tidak berjaya mendapat kos sebenar untuk membina satu unit peranti LiFi, namun
kami boleh menganggarkan dengan kiraan kasar. Papan lampu LED (36 mentol) boleh
didapati pada harga RM 9.50, manakala sel suria boleh didapati pada harga RM 9.90.
Harga bagi papan litar bercetak (printed circuit board, PCB) boleh didapati pada harga
RM 31.50. Jumlah keseluruhan setakat ini ialah RM 50.90. Ditambah lagi dengan wayar-
wayar yang diperlukan, mungkin akan mencapai harga sekitar RM 70.
Cukup murah jika dibandingkan dengan peranti WiFi router berkelajuan tinggi. Untuk
penghasilan industri bagi tujuan pengkomersilan, kos kesemua komponen dapat
dikurangkan dengan lebih drastik lagi. Pengilangan secara pukal akan mengurangkan
keseluruhan kos untuk pasaran, sekaligus menjadikannya lebih rendah daripada yang
dijangkakan.
-
Peranti LiFi pertama yang sedia dikomersialkan ialah pureLiFi Li-1st. Ia memberikan
memberikan bukti konsep (proof of concept) yang kukuh akan potensi teknologi LiFi ini,
meskipun pada ketika ini reka bentuk peranti Li-1st agak tidak enak dipandang.
Kekangan Teknikal LiFi?
Kelihatan sepertinya LiFi menjanjikan masa depan transmisi data yang sangat
memberangsangkan, namun ia mempunyai satu kelemahannya yang tersendiri.
Sebelum kita berbincang mengenai kelemahan LiFi, mari mengenal pasti terlebih dahulu
ciri-ciri fizikal spektrum gelombang cahaya optikal dan hubungannya dengan kelajuan
transmisi data.
Spektrum gelombang cahaya optikal merupakan gelombang elektromagnetik
berfrekuensi tinggi, manakala spektrum gelombang radio merupakan gelombang
elektromagnetik berfrekuensi rendah. Berpandukan kepada persamaan (equation) di
atas, spektrum berfrekuensi tinggi membenarkan aliran data yang lebih tinggi (higher
bandwidth).
Mengikut hukum fizik, spektrum berfrekuensi rendah mampu bergerak jauh berbanding
dengan spektrum berfrekuensi tinggi, kerana secara lazimnya spektrum berfrekuensi
tinggi akan diserap oleh objek di sekelilingnya.
Maka dengan itu, kita boleh menyimpulkan bahawa:
Dalam erti kata lain:
Sejauh manakah jarak transmisi data LiFi yang telah diuji sehingga kini? 3 meter hingga
5 meter. Ini bermaksud:
1. Jarak LiFi LED transmitter dan signal transceiver mestilah dalam lingkungan 5 meter,
higher frequency = higher bandwidthR
higher bandwidth = higher bits per secondR
higher frequency = higher bandwidth = shorter distanceR
LiFi = short distance data transmissionR
-
1. Jarak LiFi LED transmitter dan signal transceiver mestilah dalam lingkungan 5 meter,
maka
2. Ia memberikan kurang kebebasan ruang untuk menggunakan LiFi, yang juga
bermaksud
3. Untuk memenuhi ruang yang besar, jumlah peranti LiFi LED transmitter mestilah
banyak!
Adakah ini bermaksud LiFi merupakan teknologi yang tidak praktikal?
Mungkin, jika kita melihat dari perspektif transmisi jarak jauh seperti isyarat television.
Namun sejak dari awal pembanggunannya lagi LiFi bukannya dibina untuk transmisi
data jarak jauh, tetapi untuk jarak dekat dan sederhana. Jika dilihat dari sudut
keselamatan, oleh kerana isyarat LiFi tidak boleh menembusi dinding, ia bermaksud
segala komunikasi LiFi adalah terlindung daripada ancaman keselamatan luar
medannya.
Lagipun untuk membangunkan infrastruktur LiFi ia tidak memerlukan kos yang tinggi,
bahkan ia boleh digunakan pada infrastuktur pencahayaan LED yang sedia ada, seperti
lampu LED dikawasan pejalan kaki ditepi-tepi jalan, pencahayaan dalam pusat membeli-
belah, kedai makan, dan lain-lain lagi. Apa yang diperlukan hanyalah modulator dan
juga signal receiver / transceiver yang boleh hadir dalam bentuk sel suria.
Sehingga kini kita hanya berbincang aplikasi LiFi untuk data transmisi satu hala
(unidirectional transmission), namun untuk menjadikan teknologi komunikasi itu satu
teknologi yang praktikal, transmisi data mestilah berlaku dalam dua hala (duplex
transmission) antara peranti LiFi dan juga signal transceiver. Konsep ini sama seperti
percintaan: siapa suka kalau cinta tidak terbalas, kan?
Bayangkan ketika ini anda sedang melayari halaman YouTube. Mentol LED akan
membenarkan aliran data daripada peranti LiFi kepada signal transceiver. Dalam kes ini,
aliran data seperti video akan dihantar daripada mentol LED kepada peranti penerima
isyarat yang disambung ke komputer anda. Bagaimanakah isyarat dapat dihantar
daripada komputer anda kepada peranti LiFi?
-
Kekangan ini boleh diatasi dengan menyatukan peranti penerima isyarat dengan
penghantar isyarat ringkas seperti lampu LED inframerah. Jika anda menekan butang
seperti play dan sebagainya, lampu LED inframerah itu dapat menghantar isyarat
berkenaan balik kepada peranti LiFi. Ini membenarkan peranti penerima isyarat untuk
menerima isyarat ringkas, namun tidak mampu untuk memuat naik apa-apa fail dengan
pantas.
Kekangan terakhir yang mesti diselesaikan bagaimana LiFi mampu bertoleransi dengan
gangguan isyarat, sebagai contoh, dengan hadirnya cahaya latar belakang ambien
(ambient background light) ataupun lain-lain gangguan seperti kabus?
-
Ketika Professor Haas melakukan demonstrasi LiFi pada September 2015, beliau
membuktikan bahawa halangan seperti kabus (dengan menggunakan kain sapu tangan
sebagai contoh) tidak menghalang proses transmisi data. Ketika Professor Haas
melakukan demonstrasi tersebut, cahaya latar belakang juga tidak memberikan
sebarang masalah.
Ini kerana reka bentuk signal receiver ini tidak peduli sejauh manakah terangnya cahaya
daripada LED, tetapi ia hanya berminat dengan signal fluctuation yang terhasil daripada
aktiviti modulasi amplitud. Ini juga bermakna LiFi mampu beroperasi dengan isyarat
cahaya yang dipantul daripada mana-mana objek.
Berdasarkan kepada konsep high frequency = shorter distance, adakah ini bermaksud
low frequency = longer distance?
-
low frequency = longer distance?
Ya betul!
Teknologi komunikasi selular generasi terdahulu seperti 2G dan GPRS menggunakan
gelombang radio berfrekuensi rendah. Manakala teknologi komunikasi selular moden
seperti LTE menggunakan gelombang radio berfrekuensi tinggi. Ini merupakan antara
faktor kenapa LTE mempunyai liputan kawasan yang lebih kecil berbanding GPRS, selain
daripada faktor perkakasan dan juga faktor perlesenan.
Kesimpulan dan Penutup?
Teknologi LiFi ini dilihat mempunyai prospek masa depan yang cerah. Faktor yang
menyumbang kepada masa depannya yang cerah antaranya ialah:
1. Kos yang rendah, kerana
2. LiFi boleh dibangunkan dengan infrastruktur pencahayaan LED yang sudah tersedia
ada, dan juga kerana
3. LiFi tidak memerlukan perlesenan dan juga pengawalan yang ketat sebagaimana
gelombang radio.
Sepertinya juga kekangan-kekangan yang hadir dalam teknologi LiFi ini mampu
diselesaikan. Kekangan jarak transmisi LiFi menjadikan ia lebih sesuai untuk digunakan
dalam kawasan tertutup. Kekangan unidirectional transmission boleh diatasi dengan
menggunakan LED inframerah tambahan, dan kekangan gangguan isyarat tidak menjadi
satu masalah yang besar kerana LiFi hanya berminat dengan perubahan amplitud
isyarat yang dihantar.
Ingin kami tekankan di sini bahawa teknologi LiFi ini merupakan satu alternatif untuk
meningkatkan kelajuan transmisi aliran data, bukannya untuk meningkatkan kelajuan
jaringan internet. Ini kerana kelajuan jaringan internet bergantung kepada pakej
internet yang anda langgani dan juga yang ditawarkan oleh telco atau internet service
provider anda.
Jika dilihat daripada skop yang lebih besar, teknologi LiFi membuka ruang yang baru
dalam aplikasi realiti maya (virtual reality, VR). Untuk menghantar isyarat visual daripada
komputer kepada peranti VR, data mestilah dihantar pada kelajuan yang sangat tinggi,
mungkin memerlukan kepada jaringan optik fiber yang sangat mahal. Namun dengan
hadirnya LiFi, bukan sahaja transmisi data dapat dilakukan pada kadar yang sangat
tinggi, bahkan ia lebih murah dan tidak memerlukan wayar untuk menghubungkan
antara peranti VR kepada komputer.
Kami berpendapat teknologi ini akan mendapat perhatian yang luas. Apakah pendapat
anda?
Terima kasih kepada Adib Yahaya, Syafiq Lomotech, dan juga Fadzli Badarul atas
input mereka dalam menjayakan artikel ini. Anda boleh membaca nukilan saya,
Aizan Fahri (https://amanz.my/author/kay_amx/) sebelum ini seperti Pengenalan
Kepada HEVC (https://amanz.my/201463576/), Pengenalan Kepada Dalvik
(https://amanz.my/201354627/), dan Pengenalan Kepada DDoS
(https://amanz.my/201117545/).
R
-
Terdapat 5 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
UNDI
Aizan Fahri (Http://Caspershire.Net) November 29, 2015 20:58
(https://amanz.my/2015100464/#comment-1218299)
Jawapan:
1. Asalkan signal transceiver dapat menangkap subtle change in
amplitude daripada LiFi device, it can decode the signals.
2. Surprisingly, LED can be dimmed to a point it looks like it is not
turned on at all, and still functioning, according to the researchers. Sila
rujuk video TEDGlobal Professor Haas pada tahun 2011 dan 2015.
READ ORIGINAL
8 0
UNDI
Syamsulum November 29, 2015 20:40
(https://amanz.my/2015100464/#comment-1218295)
Terbaik Amanz
READ ORIGINAL
2 0
Syamsulum November 29, 2015 20:40
(https://amanz.my/2015100464/#comment-1218295)
Terbaik Amanz
REPLY (HTTPS://AMANZ.MY/2015100464/?REPLYTOCOM=1218295#RESPOND)
2 0
The Rock Is Cooking November 29, 2015 20:48
(https://amanz.my/2015100464/#comment-1218296)
1. Bagaimana kalau tengah main phone, baring pusing sini pusing sana
dan halang cahaya dari kena phone, data transmisi terputus la kan
2. Nak tengok movie malam malam dalam gelap tak dapat dilakukan
kerana perlukan cahaya dari led.
Nyatakan pendapat anda ?
REPLY (HTTPS://AMANZ.MY/2015100464/?REPLYTOCOM=1218296#RESPOND)
0 4
Aizan Fahri (Http://Caspershire.Net) November 29, 2015
20:58 (https://amanz.my/2015100464/#comment-1218299)
Jawapan:
1. Asalkan signal transceiver dapat menangkap subtle
change in amplitude daripada LiFi device, it can decode the
signals.
8 0
2 jam lepas
Mari Mengenali Teknologi LiFi
Pemindahan Data 100 Kali
Lebih Pantas Berbanding WiFi
(https://amanz.my/2015100464/)
Xiaomi Mi
Pad 2
Cukup
Berkuasa
Untuk
Memainkan
Counter
Strike &
League of
Legends
(https://amanz.my/2015100454/)
Mesin ATM
Di Jepun
Mula
Menyokong
Penggunaan
Bahasa
Melayu
(https://amanz.my/2015100450/)
Sultan Johor
Mengharamkan
Penjualan Vape
Di Negeri Johor
Bermula 1
Januari
(https://amanz.my/2015100434/)
(Ura-Ura)
iPhone 7
Tidak Akan
Mempunyai
Jack Fon
Kepala
(https://amanz.my/2015100431/)
Mingguan (https://amanz.my/video/amanztv-
7 JAMLEPAS
9 JAMLEPAS
12JAM
LEPAS
12JAM
LEPAS
NOVEMBER
Artikel Terkini
-
Komen
HANTAR KOMEN
Notify me of follow-up comments by email.
signals.
2. Surprisingly, LED can be dimmed to a point it looks like it
is not turned on at all, and still functioning, according to the
researchers. Sila rujuk video TEDGlobal Professor Haas pada
tahun 2011 dan 2015.
REPLY (HTTPS://AMANZ.MY/2015100464/?
REPLYTOCOM=1218299#RESPOND)
Wew November 29, 2015 21:25 (https://amanz.my/2015100464/#comment-
1218312)
jd ape salahnye hasilkan brg (handset) yg mempunyai lampu terbina
didalamnya untuk memastikan ia kekal menerima signal etc.xpaham
btol ak
REPLY (HTTPS://AMANZ.MY/2015100464/?REPLYTOCOM=1218312#RESPOND)
1 0
Van Super November 29, 2015 21:46
(https://amanz.my/2015100464/#comment-1218323)
Terima kasih untuk info. Ia sangat menarik dan berguna.
REPLY (HTTPS://AMANZ.MY/2015100464/?REPLYTOCOM=1218323#RESPOND)
1 0
Ruangan Komen
FORUM
asus
(http://amanz.my/forum/thread/asus-
5/)
November 29, 2015
asus
(http://amanz.my/forum/thread/asus-
4/)
November 29, 2015
asus
(http://amanz.my/forum/thread/asus-
3/)
November 29, 2015
asus
(http://amanz.my/forum/thread/asus-
2/)
November 29, 2015
asus
(http://amanz.my/forum/thread/asus/)
November 29, 2015
Laptop gaming bawah Rm3000 ada
cadangan?
(http://amanz.my/forum/thread/laptop-
gaming-bawah-rm3000-ada-cadangan/)
November 29, 2015
boleh suggestkn phone android yg
okay range 1k 1.5k ?
(http://amanz.my/forum/thread/boleh-
suggestkn-phone-android-yg-okay-
range-1k-1-5k/)
November 28, 2015
pandangan tentang website yify-movie
(http://amanz.my/forum/thread/pandangan-
tentang-website-yify-movie/)
November 28, 2015
Chromecast atau miracast lg ok??
(http://amanz.my/forum/thread/chromecast-
atau-miracast-lg-ok/)
November 27, 2015
Nama Emel Web
Mingguan
Amanz
Xiaomi
Redmi
Note 3,
Produk
Lenovo
Baru,
Samsung
Gear S2
(https://amanz.my/video/amanztv-
2015-46/)
NOVEMBER29, 2015
-
November 27, 2015
Yes 4G Hack kouta
(http://amanz.my/forum/thread/yes-
4g-hack-kouta/)
November 27, 2015
Xiaomi Mi Pad 2 CukupBerkuasa Untuk
Memainkan CounterStrike & League of
Legends(https://amanz.my/2015100454/)
)
TIPS & ULASAN
(https://amanz.my/201577670/)
Ulasan: Asus Zenfone 5
LTE (A500KL)
(https://amanz.my/201577670/)
(https://amanz.my/201230611/)
Bagaimana Memuat-
Turun Manga Ke
Desktop Anda Dengan
Mudah?
(https://amanz.my/201230611/)
(https://amanz.my/201238863/)
Ketahui Peranti Yang
Menggunakan Rangkaian
WiFi Sama Dengan Anda
(https://amanz.my/201238863/)
(https://amanz.my/201477004/)
Ulasan Samsung Galaxy
Tab Active
(https://amanz.my/201477004/)
(https://amanz.my/201235818/)
Bagaimana Dapatkan
Beberapa Maklumat
Asas Terus Melalui
GTalk?
(https://amanz.my/201235818/)
(https://amanz.my/201238511/)
(Chrome) Bagaimana
Menyertakan Carian
Masa-Nyata Twitter Pada
Google?
(https://amanz.my/201238511/)
(https://amanz.my/201354552/)
Bagaimana Mematikan
Sokongan Image
Preview Pada Aplikasi
Twitter?
(https://amanz.my/201354552/)
(https://amanz.my/201355973/)
Restore Point Creator
Ingin Memudahkan
Proses Membuat
Restore Point Pada
Windows
(https://amanz.my/201355973/)
AmanzTV (https://amanz.my/video/)
Mengenai Amanz Media (https://amanz.my/mengenai-kami/)
2015 Amanz Media
top related