laporan inovasi kerajaan negeri melaka majlis...
Post on 11-Aug-2019
290 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA
MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
PROJEK SULAMAN KASIH
A. PENERANGAN MENGENAI JABATAN
1.1 Profil Majlis Agama Islam Melaka
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah ditubuhkan pada 28
September 1960.
Ia adalah bertujuan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dalam menguruskan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka.
Sebagai badan pembuat dasar.
MAIM merupakan badan induk kepada semua agensi dan institusi Islam di
Negeri Melaka.
Selaras dengan itu beberapa agensi/institusi Islam telah ditubuhkan bagi
melaksanakan segala keputusan yang telah dibuat oleh MAIM seperti
Jabatan Agama Islam (JAIM), Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan anak-
anak syarikat MAIM.
1.2 Profil Yayasan Toh Puan Zurina
Haemodialysis Centre mempunyai dua bahagian pengurusan iaitu Ahli
Lembaga Pengarah Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ) dan Ahli
Jawatankuasa Pengurusan Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ). Dr. Low Tick
Seng telah dilantik sebagai orang yang bertanggungjawab dan pakar
nefrologi di Haemodialysis Centre YTPZ.
Kakitangan Pengurusan YTPZ terdiri daripada Pengurus, Eksekutif
Pentadbiran dan Fasiliti, Penyelaras, Pembantu Pegawai Perubatan dan
Penolong Pengurus Klinikal yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif.
Kakitangan di Unit Dialisis YTPZ pula terdiri daripada jururawat terlatih dan
pembantu dialisis yang memiliki lesen amali tahunan (APC) seperti yang
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada penghujung tahun 2015, Haemodialysis Centre Yayasan Toh Puan
Zurina telah berpindah ke bangunan baru di Lot 149, Pantai Peringgit,
Melaka.
Haemodialysis Centre YTPZ telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia sebagai sebuah badan kebajikan yang menjalankan rawatan
dialysis atas nombor pendaftaran 884679-P dan telah didaftarkan pada 22
April 2010.
1.3 Visi MAIM
Menjadi organisasi yang unggul,dinamik,cekap, mesra dan berkualiti ke
arah memperkasakan pembangunan sosio ekonomi ummah berlandaskan
Syarak.
1.4 Misi MAIM
• Membentuk pengurusan yang memenuhi keperluan semasa
mengikut perkembangan teknologi terkini
• Merancang dan membentuk pembangunan asnaf dengan jati diri
yang murni dan berakhlak mulia dalam meningkatkan sosio ekonomi.
• Mempelbagaikan sumber dan pelaksanaan aktiviti Baitulmal untuk
keberkesanan pengurusan hartanah.
1.5 Visi dan Misi Yayasan Toh Puan Zurina
Menambah bilangan Pusat Hemodialisis di Melaka bagi memberi
peluang kepada lebih ramai pesakit mendapat rawatan secara percuma.
Menyediakan Pusat Rawatan Hemodialisis yang berkualiti bagi
membolehkan pesakit mendapat rawatan yang terbaik.
Memberi pendidikan, khidmat nasihat dan kaunseling kepada pesakit
serta khidmat susulan.
1.6 Piagam Pelanggan MAIM
Kesungguhan setiap anggota perkhidmatan Majlis Agama Islam Melaka
dalam memberikan perkhidmatan secara cekap, mesra dan berkesan untuk:
Melaksanakan siasatan ke atas permohonan dan menyerahkan
bantuan kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 35 hari bekerja
dari tarikh permohonan dibuat.
Pihak MAIM juga komited untuk memastikan amanah pengurusan agihan
zakat dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
1.7 Piagam Pelanggan Yayasan Toh Puan Zurina
Perkhidmatan hemodialisis akan disediakan dengan penjagaan yang
optimum, cekap, berkesan, responsif dan penyayang yang selamat
Kami menyediakan khidmat hospitaliti dengan persekitaran mesra,
konduktif dan bersih.
1.8 Objektif MAIM
Objektif MAIM adalah membangunkan dan mengembangkan institusi zakat
untuk manfaat masyarakat Islam. Ia diperincikan dengan objektif Bahagian
Zakat seperti berikut :
Merangka skim-skim bantuan zakat yang relevan dengan keperluan
asnaf dalam konteks semasa.
Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan Agihan Zakat
dilaksanakan dengan efisyen dan cekap demi memelihara hak-hak
asnaf.
B. PENGENALAN MENGENAI INOVASI
i. Tujuan Projek
Menyediakan alternative kepada pesakit-pesakit dialisis yang sedang
menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan dialisis percuma di hospital
kerajaan;
Membantu meringankan beban tanggungan pesakit dialisis berhubung kos
rawatan harian mereka yang semakin menunjukkan peningkatan kos setiap
tahun;
Mengenalpasti idea yang paling ekonomik dan praktikal untuk pihak MAIM
mengendalikan pusat rawatan dialysis sendiri;
Mengaplikasikan penyediaan sebuah pusat rawatan dialysis pada kos yang
optimum; dan
Membantu pesakit dialysis mendapatkan rawatan di tempat yang selsa dan
kondusif dan lengkap dengan segala kemudahan.
ii. Objektif Projek/Inovasi
Menangani Cabaran Sosial;
Pada masa ini, ramai pesakit yang tiada penaja kos rawatan sedang
mengharap untuk mendapatkan rawatan percuma di Hospital Besar Melaka
sedangkan sedia ada masih ramai pesakit yang sedang membuat rawatan
juga berharap agar mereka dapat terus mendapatkan rawatan secara
percuma di sana.
Meningkatkan kecekapan dan kuliti perkhidmatan;
MAIM hendaklah berusaha untuk menangani masalah di atas dengan
berbekalkan sumber zakat yang ada dan memastikan sesuatu skim bantuan
yang dilancarkan itu dapat diambil manfaat secara yang paling optimum
dalam keadaan perkhidmatan yang disedkan adalah memuaskan hati
pelanggan.
iii. Proses pelaksanaan Inovasi
Projek ini dijalankan secara bersama dengan pihak Yayasan Toh Puan
Zurina(YTPZ), iaitu sebuah pusat rawatan dialysis yang telah kukuh
beroperasi yang menawarkan rawatan secara percuma kepada mana-
mana pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dan tiada
kemampuan untuk membiaya kos rawatan tersebut;
Dengan khidmat nasihat dan kepakaran pengurusan pusat rawatan yang
diperolehi daripada pihak Hospital Putra Melaka, YTPZ telah Berjaya
menyediakan sebuah pusat rawatan yang kondusif dan memenuhi
semua keperluan asas yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia;
MAIM pula telah sedia dikenali sebagai agensi yang ke hadapan dalam
menyalurkan bantuan kepada asnaf zakat yang memerlukan bantuan.
Sebelum ni telah mempunyai beberapa skim bantuan rawatan dialisis
seperti berikut :
ASNAF PAKEJ WAJIB NILAI(RM)
Fakir 1) Bantuan Makanan Bulanan;
2) Bantuan Tunai Fakir;
3) Bantuan Rawatan Dialisis;
4) Bantuan Sakit Kronik;
200.00
200.00
420.00
150.00
JUMLAH BANTUAN DITERIMA 970.00
Miskin Bantuan Makanan Bulanan;
Bantuan Rawatan Dialisis;
Bantuan Sakit Kronik;
200.00
420.00
150.00
JUMLAH BANTUAN DITERIMA 750.00
Namun, menyedari kos yang perlu dibelanjakan untuk membuat
rawatan dialisis bagi tempoh sebulan adalah berjumlah sekitar
RM2,730.00 hingga RM4,160.00, pihak MAIM dengan kekuatan dana
zakat yang ada, bercadang untuk menubuhkan sebuah pusat dialisis
yang dikelolakan sendiri ataupun dikendalikan secara pihak swasta
yang professional dan bertauliah untuk mengendalikan pusat rawatan
dialisis.
Dalam usaha untuk mengenalpasti kaedah terbaik dan kos yang optimal
untuk mewujudkan sebuah pusat dialisis yang dimiliki atau dibiaya oleh
pihak MAIM, beberapa perbincangan dua hala di antara pihak YTPZ
dan juga pihak MAIM diadakan untuk tujuan tersebut;
Melalui sesi percambahan idea dan perbincangan antara dua pihak,
lahirlah idea untuk bekerjasama mewujudkan projek inovasi ini dalam
keadaan menang-menang dan kos penyediaan yang sangat minima.
iv. Tempoh Perlaksanaan
Bantuan haemodalisis ini telah bermula pada bulan Mac 2016 hingga
kini.
Untuk menyediakan pusat Dialisis tersebut siap sedia untuk beroperasi,
ia hanya mengambil masa yang sangat singkat dengan butiran berikut :
i) Permohonan rasmi diterima daripada pihak YTPZ untuk
memohon kerjasama pihak MAIM pada 10 September 2015;
ii) Perkara ini diangkat untuk kelulusan Mesyuarat Majlis Agama
Islam Melaka dan diluluskan pada mesyuarat yang bersidang
pada 21 September 2015;
iii) Pihak MAIM menghantar permohonan ke Pejabat Kewangan
Negeri Melaka untuk mendapatkan kelulusan perolehan mesin
rawatan dialisis secara Rundingan Terus melalui pembekal
yang disyorkan oleh pihak YTPZ pada 12 Januari 2016;
iv) Kelulusan untuk Perlantikan Syarikat Fresenius Medical Care
untuk membekalkan mesin dialisis dan system air terawatt
diterima pada 3 Februari 2016.
v) Mesyuarat Tender MAIM bersidang untuk melantik syarikat
pembekal mesin dialisis tersebut pada 24 Februari 2016;
vi) Surat perlantikan pembekal dikeluarkan pada 29 Febuari 2016
bersama dengan surat lantikan pihak YTPZ sebagai pengurus
pusat rawatan dialisis tersebut.
vii) Surat setuju terima perlantikan diterima pada 10 Mac 2016;
viii) Pembekalan dan pemasangan messin tersebut selesai
bersama dengan tauliah penggunaannya pada 1 Julai 2016;
ix) Dalam masa yang sama, pesakit-pesakit tajaan MAIM telah
mula mendapatkan rawatan di YTPZ pada bulan Mac 2016
dengan menggunakan mesin sedia ada yang disediakan oleh
pihak YTPZ sebagai pesakit perintis bagi meyakinkan
penerima bantuan lain untuk membuat rawatan di situ.
Oleh itu, tempoh masa yang diperlukan untuk meralisasikan idea
pelaksanaan projek ini pada keseluruhannya mengambil masa selama 6
bulan sahaja iaitu bermula September 2015 dan pesakit pertama membuat
rawatan pada Mac 2016.
v. Peringkat Perlaksanaan
Pembangunan idea inovasi dikekalkan dan dijadikan sebahagian
daripada norma harian (Pengekalan).
Berikut adalah data berkaitan dengan jumlah pesakit yang mula
membuat rawatan di YTPZ bermula Mac 2016 sehingga terkini:
JUMLAH PENERIMA SKIM DIALISIS
BIL BULAN TAHUN JUMLAH
1 MAC 2016 9
2 APRIL 2016 13
3 MEI 2016 15
4 JUN 2016 15
5 JULAI 2016 15
6 OGOS 2016 22
7 SEPTEMBER 2016 22
8 OKTOBER 2016 23
9 NOVEMBER 2016 23
10 DISEMBER 2016 31
11 JANUARI 2017 32
12 FEBRUARI 2017 33
13 MAC 2017 43
14 APRIL 2017 49
15 MEI 2017 51
16 JUN 2017 54
vi. Implikasi Kewangan
a) Bayaran Pembelian Mesin
Pihak MAIM memperuntukkan sebanyak RM1,527,248.00 untuk
penyediaan projek ini. Ia hanya melibatkan kos pembelian alatan
sahaja tanpa perlu mengeluarkan kos pembinaan atau penyediaan
tempat. Semua kos itu disediakan oleh pihak YTPZ.
Dengan hanya kos penyediaan mesin sahaja yang dikeluarkan oleh
pihak MAIM, selepas pembekalan ini, pihak MAIM hanya menaja
kos rawatan pesakit yang sangat minima iaitu hanya RM2,250.00
seorang sebulan berbanding dengan kos yang ditanggung oleh
pesakit jika perlu membuat rawatan diluar. Butiran lanjut kos
disediakan di Lampiran 1.
PERKARA KUANTITI
(UNIT)
HARGA
SEUNIT
(RM)
JUMLAH
(RM)
Pembelian Mesin
Haemodalisis
30
45,580.00
1,367,400.00
Mesin Sistem Air Terawat 1 159,848.00 159,848.00
JUMLAH (termasuk 6% GST) 1,527,248.00
b) Bayaran Bulanan Pesakit
Dengan kolaborasikan yang dijalin bersama, pihak MAIM hanya
menanggung kos rawatan pesakit berdasarkan jumlah pesakit yang
membuat rawatan dan segala kos selainnya disediakan oleh pihak
YTPZ. Berikut adalah butiran kos yang dibayar oleh MAIM bagi
tempoh sehingga terkini.
vii. Kaedah Pencetusan Idea
Projek ini diilhamkan daripada peringkat Pengurusan Atasan, warga jabatan
dan juga kehendak pelanggan.
Pada peringkat Pengurusan Atasan, arahan diberikan kepada warga jabatan
untuk meneliti cadangan menubuhkan sebuat pusat rawatan dialisis. MAIM
sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan Yayasan Toh Puan Zurina(YTPZ)
telah mengikuti perkembangan pengurusan YTPZ sebagai sebuah pusat
TAHUN BULAN BILANGAN
PESAKIT(ORANG)
JUMLAH
(RM)
2016 MAC 9 20,250.00
APRIL 13 29,250.00
MEI 15 33,750.00
JUN 15 43,750.00
JULAI 15 43,750.00
OGOS 22 64,500.00
SEPTEMBER 22 64,500.00
OKTOBER 23 66,750.00
NOVEMBER 23 89,750.00
DISEMBER 31 89,750.00
2017
JANUARI 32 92,000.00
FEBRUARI 33 94,250.00
MAC 43 116,750.00
APRIL 49 130,250.00
MEI 51 134,750.00
JUN 54 141,500.00
rawatan dialisis yang berasaskan kebajikan. Dan berdasarkan kepada reality
yang dikemukakan kepada mesyuarat jawatankuasa pengurusan, pada
sesuatu masa, akan ada di antara 5 hingga 10 pesakit memohon untuk
mendapatkan rawatan percuma di pusat rawatan tersebut. Dalam masa yang
sama, pihak MAIM mempunyai dana yang munasabah untuk menyediakan
sebuah pusat dialisis sendiri.
Manakala pada peringkat warga kerja kedua-dua agensi MAIM dan YTPZ,
kami mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari jalan terbaik bagi
merealisasikan hasrat Pengurusan Atasan.
Selain itu juga, berdasarkan beberapa sesi bersama pelanggan dan taklimat
agihan yang diadakan, antara maklumbalas yang diterima ialah berkaitan
harapan agar pihak MAIM meneliti keperluan untuk menubuhkan sebuah
pusat rawatan dialisis sendiri kerana kekangan yang dihadapi oleh pesakit-
pesakit untuk menanggung kos rawatan.
Daripada semua sumber ini, lahir idea inovasi untuk mengintegrasikan
kerjasama kedua-dua agensi dalam usaha untuk merealisasikan kewujudan
satu lagi saluran alternative rawatan percuma bagi sakit buah pinggang ini
selain hospital awam kerajaan dan YTPZ itu sendiri.
viii. Elemen Kolaborasi
Projek ini adalah projek kolaborasi di antara pihak MAIM sebagai agensi yang
mempunyai kekuatan dana pembiayaan dan pihak YTPZ sebagai pihak yang
memiliki kepakaran dalam menyelenggarakan pusat rawatan dialisis secara
bukan komersil.
Kolaborasi pintar di antara kedua-dua agensi ini adalah bertujuan untuk
menyediakan sebuah pusat rawatan dialisis pada kos penyediaan dan
pengurusan yang minimal dan terbaik dari segi kualiti perkhidmatan dan
kemudahan.
ix. Kategori Inovasi
Inovasi Sosial
Dalam melahirkan idea inovasi ini, kami menggunakan pendekatan
eksperimen yang berasaskan kepada rekod perkhidmatan yang diberikan
oleh pihak YTPZ dalam menyelenggarakan perkhidmatan sebuat pusat
vrawatan dialisis berasaskan kebajikan dengan maklumbalas positif yang
diterima daripada pesakit yang membuat rawatan di situ sebagai satu
penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang yang sah bagi
menzahirkan idea penubuhan idea inovasi ini.
Selain itu, melalui projek ini juga, pihak MAIM dan YTPZ telah menjalinkan
rangkaian kerjasama yang merentasi sempadan di antara sektor awam dan
pihak institusi kebajikan bukan kerajaan dan kolaborasi ini juga merupakan
idea yang memenuhi prinsip National Blue Ocean Strategy(NBOS) di mana
kami telah berjaya menstrukturkan semula sempadan pasaran sedia ada dan
mencapai kepada sesuatu yang telah melangkaui permintaan yang ada di
kalangan pesakit-pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis
percuma kerana tiada pembiaya sama ada pihak Jabatan Perkhidmatan
Awam(JPA) ataupun pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Akhirnya, melalui projek ini juga, kami dapat membangunkan inisiatif baru
oleh agensi kerajaan bersama-sama dengan agensi pertubuhan bukan
kerajaan iaitu yang mewakili institusi masyarakat umum bagi memastikan
penyampaian perkhidmatan yang disediakan ini menepati keperluan sebenar
mereka dengan pengurusan risiko yang cekap bagi membangunkan strategi
pelaksanaan yang terbaik.
x. Indikator Atau Ciri-ciri Utama Inovasi
Memberi Impak Ketara kepada pelanggan
Projek ini jelas menjadi alternative terbaik kepada lebih daripada 200 orang
pesakit yang sedang menunggu dan mengharapkan untuk membuat rawatan
penuh dialisis bagi meredakan kesakitan yang dialami. Pada ketika ini, bagi
mereka yang tidak mempunyai pembiaya kerana tidak bekerja kerajaan
ataupun swasta, maka hanya hospital besar kerajaan sahaja yang
menyediakan khidmat rawatan percuma selain mengaharapkan adanya
pembiaya swasta yang sedia menampung kos rawatan mereka.
Meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos
Melalui pelaksanaan secara NBOS dan kolaborasi ini, pihak MAIM dapat
memastikan bahawa kos yang dibelanjakan bagi membiayai rawatan dialisis
ke atas seseorang pesakit adalah minima selain tidak wujud kos bagi
mewujudkan sebuah pusat yang boleh menempatkan mesin-mesin rawatan
dialisis. Pihak YTPZ sebagai sebuah badan bertauliah menyelenggarakan
pusat rawatan dialisis juga menyediakan ruang, khidmat kepakaran dan
perkhidmatan di atas kos bukan berasaskan keuntungan.
Memperkenalkan Pendekatan Baru
Sepertimana yang menjadi teras kepada prinsip Blue Ocean Strategy, projek
kolaborasi ini telah memperkenalkan pendekatan baru kepada sebuah
kerjasama dalam menyediakan pusat rawatan dialisis. Kos yang dibayar bagi
projek ini adalah pada kos par iaitu pada kos asas sahaja tanpa melibatkan
apa-apa aspek keuntungan. Oleh itu, pihak MAIM sebagai pemilik dana akan
dapat mengoptimumkan jumlah pesakit yang boleh mendapatkan
pembiayaan dengan jumlah dana yang ada. Ia juga menjadi saluran pantas
kepada pesakit-pesakit yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan
rawatan di hospital besar.
Pada umumnya juga, bagi kos rawatan dialisis, keadaan kesihatan fizikal
pesakit akan menentukan kos yang perlu dibayar untuk rawatan, namun,
melalui projek ini, kadar am yang dibayar oleh pihak MAIM adalah
merangkumi segala bentuk kesihatan pesakit selain lain-lain perkhidmatan
yang disediakan seperti khidmat pengangkutan, kemudahan membuat
rawatan dan lain-lain.
xi. Input Pelanggan diambil kira dalam peringkat penghasilan inovasi
a) Peringkat Permulaan
Pada peringkat permulaan, pihak MAIM telah memanggil dua sesi taklimat
kepada semua pesakit-pesakit yang dibantu oleh MAIM melalui skim sedia
ada iaitu bantuan rawatan dialisis penuh MAIM RM360.00 sebulan dan
Bantuan Rawatan Dialisis MAIM yang ditaja PERKESO iaitu RM200.00
sebulan.
Sesi taklimat telah diadakan terus di Pusat Haemodialisis YTPZ sendiri bagi
memperlihatkan kemudahan yang disediakan kepada pesakit-pesakit. Melalui
sesi taklimat tersebut, pihak MAIM mendapatkan maklumbalas daripada
pesakit dan membuat kajian keperluan pesakit bagi menyediakan kemudahan
rawatan terbaik kepada pesakit.
Selain itu, pihak MAIM bersama dengan YTPZ juga telah membuat program
lawatan ke rumah sebanyak tiga kali dan dapat menziarahi sebanyak 20
rumah asnaf untuk mendapatkan maklumbalas mereka kepada idea inovasi
ini.
b) Peringkat Pertengahan
MAIM juga sentiasa memantau perkembangan pesakit yang membuat
rawatan ke YTPZ ini pada enam bulan pertama projek dilaksanakan untuk
mendapatkan maklumbalas penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.
Hasilannya, pihak MAIM bersetuju untuk membantu pihak YTPZ untuk urusan
pengambilan dan penghantaran pesakit ke pusat rawatan haemodialysis
YTPZ bagi menjimatkan masa pesakit untuk pergi membuat rawatan.
Selain itu, pihak MAIM juga telah membuat ketetapan baru agar hanya
pesakit yang tiada pembiaya sahaja yang boleh mendapatkan tempat
rawatan di YTPZ. Ini kerana, pada awal pelaksanaan projek, ada seramai 5
pesakit tajaan SOCSO yang membuat rawatan di YTPZ sebagai pesakit
perintis.
c) Semua Peringkat
Dari semasa ke semasa juga, pihak MAIM masih memantau perkembangan
projek dan melihat kepada sebarang potensi penambahbaikan yang ada
dalam komitmen memastikan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan adalah
yang terbaik kepada pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan dialisis di
pusat Dialisis YTPZ ini.
xii. Mekanisme Maklum Balas Pelanggan
Borang maklum balas digunakan bagi mendapatkan maklum balas kepuasan
pelanggan dan maklum balas penambahbaikan perkhidmatan yang
ditawarkan.
Selain kaedah borang maklum balas, pihak MAIM juga berusaha untuk
mendapatkan pandangan umum melalui kaedah berikut:
i) Taklimat dan interaksi langsung dengan pesakit tajaan MAIM(Bukti di
Lampiran 2);
ii) Melalui Program ziarah ke rumah bagi memujuk dan mendengar
permasalahan pesakit tajaan MAIM(Rujuk Lampiran 3);
iii) Melalui panggilan telefon:
iv) Melalui program-program lain bahagian Agihan Zakat bersama
dengan asnaf, antaranya program bantuan pakaian sekolah.
2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
2.1 Sebelum Inovasi Dihasilkan
2.1.2 Kaedah / sistem yang digunakan
i. Pengurusan Bantuan Hemodialis MAIM untuk Asnaf Fakir dan Miskin
yang kovensional dijalankan adalah mengikut tempoh bantuan asas
iaitu Bantuan Makanan Bulanan yang diberikan.
ii. Setiap penerima Bantuan Hemodialis daripada MAIM diberi bantuan
berjumlah RM420.00 sebulan bagi yang bukan merupakan
kakitangan kerajaan dan pencarum socso. Manakala bagi pencarum
socso adalah RM300.00 sebulan.
iii. Urusan pengagihan Bantuan Hemodialisis terbahagi kepada tiga iaitu
bayaran secara Tunai asnaf perlu hadir ke pejabat, dikreditkan dalam
akaun Tabung Haji dan yang terakhir pihak MAIM hadir ke rumah
asnaf bagi menyerahkan bantuan tersebut.
iv. Selain itu, penerima Bantuan Hemodialisis turut menerima skim
bantuan tambahan yang lain seperti Bantuan Sakit Kronik RM150.00,
Bantuan Saraan Anak Sekolah RM50.00 dari darjah 1 sehingga
tingkatan 5 dan IPTA dan Bantuan Persediaan Ramadhan RM400.00.
v. Terdapat banyak pengulangan kerja dilakukan oleh pegawai MAIM
dalam urusan pembayaran bantuan hemodialisis MAIM.
vi. Walaubagaimanapun, jumlah bantuan yang diberikan masih tidak
dapat menampung kos rawatan haemodialysis yang perlu ditanggung
oleh pesakit.
2.1.3 Masalah-masalah yang dihadapi
i. Pesakit dialisis yang tiada penajaan, terpaksa menanggung kos
lebihan rawatan yang tahap biasa dan tahap kritikal;
ii. Pemohon terpaksa bertukar-tukar pusat rawatan dialisis untuk
mendapatkan kos rawatan yang terendah;
iii. Bagi pesakit yang tidak menerima mana-mana tajaan terpaksa
menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan percuma di Hospital
Kerajaan;
iv. Sekiranya bantuan yang dituntut oleh wakil tidak sampai kepada
pesakit dialisis kerana berlakunya penyelewengan sama ada dituntut
di pejabat ataupun melalui bank;
v. Pesakit juga terpaksa menanggung kos pengangkutan pergi dan balik
untuk mendapatkan rawatan pusat dialysis; dan
vi. MAIM terpaksa menanggung kos lebihan rawatan bulanan pesakit
dan caj membuat Tapak dialysis secara bantuan am iaitu berdasarkan
pernohonan dan proses pembayaran bantuan yang melebihi jumlah
RM500.00 mengambil masa sehingga 14 hari untuk diuruskan.
2.1.4 Carta alir sebelum inovasi
PROSES PENDAFTARAN PENERIMA BANTUAN HEMODIALISIS
PERMOHONAN BARU
Mula
Daftar dalam buku daftar dan Sistem Agihan
Terima permohonan
Jalankan siasatan
Sediakan laporan Mesyuarat JKKAB
Semak kelayakan asnaf
Buka fail, rekod dokumen dan kemaskini
Sistem Agihan Zakat
Sediakan surat makluman
Terima keputusan kelulusan
LULUS TOLAK
Sediakan surat tolak dan
failkan dalam fail induk
Kemaskini rekod
A. PROSES TUNTUTAN BANTUAN HEMODIALISIS (ASNAF
FAKIR/MISKIN)
2.2 Selepas Inovasi Dihasilkan
2.2.1 Kaedah / sistem yang digunakan
i. Bermula Mac 2016 MAIM dan YTPZ telah bekerjasama menyantuni
keperluan pesakit dialisis dengan menggunakan mesin sedia ada di YTPZ;
ii. Pihak MAIM menanggung semua kos rawatan pesakit dialisis yang bukan
merupakan kakitangan kerajaan dan pencarum SOCSO.
Tamat
Mula
Asingkan dan masukkan wang mengikut
senarai nama yang diterima
Terima tunai dari Bahagian Kewangan
Pastikan penerima tandatangan rekod terima
Rekodkan pengambilan wang
Sediakan penyata pemulangan balik dokumen
Dokumenkan borang tuntutan yang ditentukan
Semak dan sahkan
Serahkan pemulangan duit
Kemaskini rekod
iii. Skim Bantuan Hemodialisis berjumlah RM420.00 dan pakej bantuan yang
lain masih dikekalkan;
iv. Pihak YTPZ menyediakan pengangkutan secara percuma kepada pesakit
dialisis.
v. Pesakit yang bersetuju tidak perlu menunggu lama giliran untuk membuat
rawatan dialisis di Hospital Besar dan boleh terus mula membuat rawatan
setelah bersetuju masuk;
vi. Kos yang dibayar oleh MAIM bagi kos rawatan pesakit dialisis adalah jauh
lebih rendah daripada kos yang perlu dibayar kepada pihak luar.
Berikut adalah proses-proses kerja yang berkaitan dengan pelaksanaan projek ini :
A. PROSES PENDAFTARAN PENERIMA BANTUAN
HEMODIALISIS
PERMOHONAN BARU
Tamat
Mula
Daftar dalam buku daftar dan Sistem Agihan
Terima permohonan
Jalankan siasatan
Sediakan laporan Mesyuarat JKKAB
Semak kelayakan asnaf
Buka fail, rekod dokumen dan kemaskini
Sistem Agihan Zakat
Sediakan surat makluman
Terima keputusan kelulusan
LULUS TOLAK
Sediakan surat tolak dan
failkan dalam fail induk
Kemaskini rekod
B. PROSES TUNTUTAN BANTUAN HEMODIALISIS (ASNAF
FAKIR/MISKIN)
Pada ketika ini, keseluruhan prosedur ini tidak lagi dilaksanakan
kerana pesakit tajaan MAIM hanya perlu terus ke YTPZ dan mula
membuat rawatan apabila telah disahkan oleh Panel Doktor bertauliah
yang disediakan oleh pihak YTPZ.
Tamat
Mula
Asingkan dan masukkan wang mengikut
senarai nama yang diterima
Terima tunai dari Bahagian Kewangan
Pastikan penerima tandatangan rekod terima
Rekodkan pengambilan wang
Sediakan penyata pemulangan balik dokumen
Dokumenkan borang tuntutan yang ditentukan
Semak dan sahkan
Serahkan pemulangan duit
Kemaskini rekod
Penerima Bantuan
pergi ke Yayasan Toh
Puan Zurina untuk
menerima rawatan.
x x x x x x
x x
x
C. PROSES TUNTUTAN BAYARAN BALIK BANTUAN
HEMODIALISIS (YTPZ)
3.0 IMPAK INOVASI
Bagi melaksanakan amanah daripada wang zakat yang telah dibayar, Majlis Agama
Islam Melaka telah memperuntukkan kesemua wang zakat tersebut kepada aktiviti
untuk kemaslahatan orang Islam negeri Melaka. Salah satu daripada program
bantuan Majlis Agama Islam melaka yang telah dikategorikan dalam asnaf yang
ditetapkan dan bantuan yang disediakan adalah Bantuan Hemodialisis. Program
Bantuan Hemodialisis ini telah memberi impak kepada beberapa kepada bahagian
iaitu:
3.1 Agensi – MAIM
i. Pelaksanaan progam ini dapat mencapai objektif utama Majlis Agama
Islam di dalam membangun dan menggembangkan institusi zakat
untuk manafaat masyarakat Islam.
ii. Dapat memberi khidmat rawatan dialisis kepada pesakit buah
pinggang yang menerima bantuan daripada MAIM secara langsung
dan dapat memberi bantuan kepada lebih ramai pesakit buah
pinggang yang ada sekarang.
iii. MAIM dilihat sebagai agensi yang berperanan aktif membantu
golongan yang sangat memerlukan bantuan di kalangan pesakit-
pesakit dialisis.
Tamat
Mula
Proses bayaran menggunakan Cek/EFT
Tuntutan diproses untuk penyediakan baucer
bayaran
YTPZ terima bayaran tuntutan
iv. Kos yang perlu dibayar bagi pembiayaan rawatan dialisis adalah
minimum jika dibandingkan jika MAIM membuat projek tajaan rawatan
di pusat dialisis luar.
3.2 Perkhidmatan Awam
i. Penubuhan Pusat Dialisis Maim ini dapat membantu Hospital Besar
Melaka di dalam menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat
dan dapat mengurangkan jangka masa menunggu giliran pesakit.
ii. Membuktikan bahawa pihak kerajaan sentiasa komited di dalam hal-
hal kebajikan rakyat dengan menawarkan mutu perkhidmatan yang
berkesan serta mempromosikan agenda kesihatan yang positif.
3.3 Kumpulan Sasar
i. Dapat membantu meringankan bebanan pesakit golongan sasar
dengan menampung kos rawatan dialisis.
ii. Dapat memberi keselesaan kepada pesakit semasa menerima
rawatan dialisis dengan kemudahan-kemudahan asas yang
ditawarkan.
iii. Keadaan kesihatan rakyat yang baik dapat memberikan kelangsungan
hidup yang baik dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan
produktiviti dan kualiti hasil kerja individu khususnya.
4. ELEMEN INOVASI
i) Inovatif/kreatif :
Projek ini adalah merupakan elemen penciptaan nilai baru kepada
pasaran sedia ada melalui kaedah Blue Ocean Strategy.
Projek ini juga telah berjaya menstrukturkan semula sempadan pasaran
sedia ada dan mencapai kepada sesuatu yang telah melangkaui
permintaan yang ada di kalangan pesakit-pesakit buah pinggang yang
memerlukan rawatan dialisis percuma kerana tiada pembiaya sama ada
pihak Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) ataupun pihak Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO) mahupun pihak-pihak swasta atau
individu luar yang lain.
Projek ini juga dapat membangunkan inisiatif baru oleh agensi kerajaan
bersama-sama dengan agensi pertubuhan bukan kerajaan iaitu yang
mewakili institusi masyarakat umum bagi memastikan penyampaian
perkhidmatan yang disediakan ini menepati keperluan sebenar mereka
dengan pengurusan risiko yang cekap bagi membangunkan strategi
pelaksanaan yang terbaik.
Selain itu, melalui projek ini juga, dapat memberikan talian hayat yang
baru kepada pesakit-pesakit haemodialisis yang terpaksa menyerahkan
nasibnya kepada takdir berhubung ajal dan maut. Alternatif yang
menjamin kebahagian pihak pesakit dan keluarga yang selama ini
sangat mengaharapkan bantuan disediakan kepada mereka.
ii) Keberkesanan
Pesakit yang bersetuju untuk masuk membuat rawatan di YTPZ/MAIM
ini tidak perlu menunggu lama giliran untuk membuat rawatan dialisis
di Hospital Besar dan boleh terus mula membuat rawatan setelah
bersetuju masuk;
Kos yang dibayar oleh MAIM bagi kos rawatan pesakit dialisis adalah
jauh lebih rendah daripada kos yang perlu dibayar kepada pihak luar.
Masalah pengangkuta pergi dan balik ke tempat rawatan dialisis
diselesaikan dengan perkhidmatan bersama yang disediakan untuk
mengangkut dan menghantar balik pesakit;
Melalui pemantauan kualiti secara bersama, projek ini dapat
menyantuni segala aspek kebajikan yang diharapkan oleh pesakit-
pesakit haemodialysis yang membuat rawatan di situ.
iii) Signifikan
Dengan asas penjimatan kos yang disasarkan, pihak MAIM/YTPZ
dalam menghendalikan sebuah perkhidmatan rawatan dialisis pada
kos yang sangat rendah berbanding dengan pasaran;
Kos penyediaan dan mula pengoperasian juga adalah sangat cepat
iaitu hanya 6 bulan sahaja yang melibatkan peringkat penyediaan
dan pelarasan sehinggalan pesakit mula membuat rawatan;
Elemen kolaborasi yang dijalin telah merapatkan hubungan kerjasama
dua agensi yang berkongsi sumber untuk menyediakan
perkhidmatan terbaik kepada masyarakat;
Melalui kerjasama dan perkongsian sumber juga, pesakit mendapat
kesejahteraan kesihatan dan masa apabila tempoh masa membuat
rawatan dapat dikurangkan apabila pihak MAIM bekerjasama untuk
menyediakan perkhidmatan pengambilan pesakit. Pada ketika ini,
projek ini mempunyai 3 buah kenderaan yang mampu menguruskan
kesemua 54 pesakit yang sedang membuat rawatan di situ.
iv) Relevan
Projek kolaborasi ini telah menunjukkan aspek penjimatan yang amat ketara
bagi perkara-perkara berikut :
a) Pihak MAIM tidak perlu membelanjakan sebarang kos untuk
menyediakan sebuat pusat rawatan dialisis sendiri. Pada umumnya,
kos sebanyak tidak kurang daripada RM500,000.00 diperlukan untuk
membina sebuah bangunan atau mengubahsuai mana-mana
bangunan untuk menempatkan mesin-mesin rawatan dialisis dan
segala keperluan teknikal sebuah pusat rawatan dialisis;
Penjimatan yang dapat dibuat disini adalah berjumlah sekurang-
kurangnya RM500,000.00
b) Jika kos bagi seorang pesakit biasa perlu dibayar sebanyak
RM2,730.00 sebulan, kos yang perlu ditanggung oleh MAIM adalah
seperti berikut :
Kos Seorang pesakit sebulan RM 2,730.00
Tempoh telah mula membuat rawatan 15 bulan
Jumlah Kos yang patut dibayar oleh MAIM RM 40,950.00
Jumlah yang dibayar oleh MAIM sebenar RM 33,750.00
Jumlah penjimatan bagi seorang pesakit ialah RM7,200.00
Oleh itu jika projek ini memenuhi jumlah yang ditetapkan bagi tempoh
rawatan yang sama, jumlah yang pihak MAIM dapat jimatkan adalah
berjumlah :
RM7,200.00 x 15 bulan = RM108,000.00
Ini tidak termasuk penjimatan kos yang dapat dijimatkan pada kos
penyelenggaraan bangunan yang ditanggung oleh pihak YTPZ
sebagai sebahagian kerjasama yang dibuat.
c) Selain itu, disebabkan projek ini adalah kolabirasi dua pihak, maka
pihak MAIM juga dapat menjimatkan masa pelaksanaan projek selain
mendapat khidmat rujukan professional yang percuma daripada pihak
YTPZ yang bertauliah dalam mengelolakan Pusat Rawatan Dialisis.
6. PENUTUP
Kesimpulannya, projek Sulaman Kasih, MAIM/YTPZ ini adalah satu langkah ke
hadapan yang dirintis oleh pihak MAIM dan YTPZ dalam memastikan kebajikan dan
kesejahteraan pesakit-pesakit dialisis di negeri Melaka mendapat perhatian dan
pembelaan yang wajar. Selain itu, melalui projek kolaborasi ini, ia dapat
mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dan juga memaksimumkan jumlah
penerima bantuan yang boleh mendapat manfaat daripada projek ini. Ia pastinya
memenuhi harapan ramai pesakit-pesakit dialisis yang amat mengharapkan tempat
berteduh kasih selagi hayat dikandung badan.
LAMPIRAN 1
PERBANDINGAN KOS RAWATAN DIALISIS
NO. PUSAT DIALISIS
KOS RAWATAN/ SESI
TERMASUK SUNTIKAN
JUMLAH RAWATAN BAGI SEBULAN
(MINIMUM 13 KALI RAWATAN)
1 Pusat Dialisis Putra Hospital 220.00 2860.00
2 Pusat Dialisis Comfort 210.00 2730.00
3 I Medic Renal Care, Oriental Hospital
320.00 4160.00
4 Pusat Dialisis Tenang 225.00 2925.00
5 Pusat Dialisis AMS Bukit Katil 220.00 2860.00
6 Pusat Dialisis Nephrocare 230.00 2990.00
7 Pusat Dialisis Impan 260.00 3380.00
LAMPIRAN 2
LAPORAN TAKLIMAT KHAS BERKAITAN PENUBUHAN PUSAT RAWATAN DIALISIS
TANGGUNGAN MASJLIS AGAMA ISLAM MELAKA BERSAMA YAYASAN TOH PUAN
ZURINA
TARIKH : 1 JUN 2016 (RABU)
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : ARAS 3, BANGUNAN YAYASAN TOH PUAN
ZURINA, PANTAI PERINGGIT
- Surat telah diedarkan pada 17 Mei 2016 kepada semua penerima bantuan
haemodalisis MAIM seramai 91 orang dan dimaklumkan melalui infoblast untuk
kehadiran.
- Daripada jumlah 91 orang seramai 41 orang pesakit yang telah hadir ke majlis
taklimat tersebut
- Majlis taklimat telah disampiakn oleh Datuk Hajjah Radhuana binti Salleh, Ketua
Pegawai Eksekutif Yayasan Toh Puan Zurina.
- Taklimat tersebut diadakan bagi menerangkan tujuan penubuhan pusat rawatan
haemodalisis tersebut dan syarat-syarat kemasukan.
- Memastikan pesakit buat perbandingan perkhidmatan rawatan di pusat diaylisis
lama dengan Toh Puan Zurina
- Memberikan perincian skim bantuan tambahan kepada pesakit yang buat rawatan di
Toh Puan Zurina dibawah Tajaan MAIM
LAMPIRAN 2
LAPORAN TAKLIMAT KHAS KEPADA SEMUA PENERIMA SKIM BANTUAN
HAEMODALISIS TANGGUNGAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA BERSAMA
YAYASAN TOH PUAN ZURINA
TARIKH : 23 OGOS 2016 (SELASA)
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : ARAS 3, BANGUNAN YAYASAN TOH PUAN
ZURINA, PANTAI PERINGGIT
- Surat telah diedarkan pada 10 Ogos 2016 kepada semua penerima bantuan
haemodalisis MAIM seramai 112 orang dan dimaklumkan melalui infoblast untuk
kehadiran.
- Daripada jumlah 112 orang seramai 46 orang peserta yang telah hadir ke majlis
taklimat tersebut
- Majlis taklimat telah disampiakn oleh PSU Agihan Zakat, En. Mohd Hairulamin bin
Mohd Sis.
- Taklimat tersebut diadakan bagi menerangkan kelebihan membuat rawatan di
Yayasan Toh Puan Zurina
- Memaparkan jumalah Skim Tambahan Bantuan dari MAIM selain Kos Rawatan
Bulanan Cucian Yang Ditanggung MAIM sepenuhnya
- Memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh Toh Puan Zurina melebihi dari
Rawatan Diaylisis yang dibuat oleh pesakit di Pusat Lama
LAMPIRAN 3
PESAKIT MAIM - LAWATAN KE RUMAH
RABU 16 MAC 2016
Bil. Nama Pesakit Alamat Waktu Dialisis
Remark
1 Azueen Bin Osman 2027, Batu 3 1/2, Jalan
Pokok Mangga, Melaka. 2,4,6
Tidak ada kaki
sebelah.
2 Fawziah Binti Bahari
No.10, 1/44, Taman
Cheng Perdana 1, 75260
Melaka.
2,4,6
3 Abdul Aziz Bin Bidin 642-2, Pengkalan Perigi,
Tanjung Keling, Melaka. 2,4,6
4 Abdul Manan Bin
Othman
Kg Gelam, Tanjung
Keling,Sekolah Seri
Tanjung Lorong Mentari
2,4,6
5 Kamsiah Binti Ahmad
Lorong 13, 582, Taman
Tanah Merah Jaya,
76400, Tanjung Keling
Melaka
2,4,6
6 Suhaizy Bin Baba
16 C Durian Daun Dalam
Melaka, (Depan Pinti
Maktab Perguruan)
2,4,6
7 Syafiq Bin Mohamad No 104, Kg Pengkalan
Rama, Pantai Melaka 2,6
Perlu datang
pada waktu
8 Zamri Bin Lambak KM 18, Sungai
Udang,Melaka.
2,4,6
9 Zamzam Bin Abdullah
M 17-1, Jalan MJ 27,
Taman Merdeka Jaya,
Batu Berendam
2,4,6 request visit
16/3/2016
PESAKIT MAIM - LAWATAN KE RUMAH
KHAMIS 17 MAC 2016
Bil. Nama Pesakit Alamat Waktu
Dialisis Remark
1 Sarah Binti Abdul
Rahman
No.12G, Blok A, Rumah
Awam,
Bukit Lintang Melaka.
1,3,5
2 Erny Hany Bt Samuri
KM 16, Kg. Bukit
Nibong, Paya Dalam,
75460, Melaka
1,3,5
3 Hamidah Binti Abdullah
No. c, 8731, KM 10,
Simpang Aiir Molek,
75460 Melaka
1,3,5
4 Abd Rahman Bin Abd
Rahim
380, 12 3/4 Kg
Simpang, 77300
Merlimau
2,6
5 Md Taha Bin Kasnon
No.72 C, Batu 4 1/2,
Kg. Baru,, Bukit
Beruang 75450 Melaka
1,3,5
6 Mohd Ikmar Bin Ismail
Bukit Katil, Taman
Merak Mas 75450
Melaka
1,3,5
7 Rusmawati Binti Abu
Bakar
4242-1, Batu 3 1/2,
Jalan Hang Tuah, Off
Jalan Dang Merdu,
Jambatan Duyong
Melaka
1,3,5
PESAKIT MAIM - LAWATAN KE RUMAH
JUMAAT 18 MAC 2016
Bil. Nama Pesakit Alamat Waktu
Dialisis Remark
1 Hamidah Binti Abd
Hamid
1192-2, Bt 6 1/2 Kg
Teluk, 75450, Bukit
Katil, Melaka.
2,4,6
2 Rozaini Bin Zaid
No.3, Blok M, Rumah
Awam Fasa 2,
Ayer Molek Melaka
2,4,6
PESAKIT MAIM - LAWATAN KE RUMAH
SELASA 22 MAC 2016
Bil. Nama Pesakit Alamat Waktu
Dialisis Remark
1 Abdul Rahman Bin
Batu 11 1/2, Lorong
Imam Hj Moksin, Paya
Rumput Jaya, Sg.
Udang
1,3,5
2 Azlina Binti Jahaya 1 10 1/2, Paya Rumput,
Sungai Udang, Melaka 1,3,5
3 Khatijah Binti Jaamat
No.139, Bt 10 1/2, Kg.
Tanah Merah, Krubong
Melaka
1,3,5
4 Menah Binti H.
Mohammad
Kg Bukit Pegoh, Pernu,
Melaka 1,3,5
5 Mohd Nasir Bin Md Jani Batu 6 1/2, Kg Cheng,
Jalan Tampoi Melaka 1,3,5
6 Noraidah Mohamad
No.19, Jalan TT 4,
Taman Gadong
Perdana, Melaka.
1,3,5
7 Zainon Binti Mustapah
Batu 5 1/2, Batang 3,
Tanjung Keling,
Melaka.
1,3,5
top related