laporan anugerah inovasi kerajaan negeri...

19
LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA (AIKN) TAHUN 2016 PERBADANAN MUZIUM MELAKA A) PENGENALAN 1.0 PROFIL PERZIM 1.2 Muzium Melaka pertama yang lebih dikenali sebagai Sekolah Gambar mula beroperasi pada tahun 1954 hasil usaha dan kerja keras pegawai British serta rakyat tempatan melalui Persatuan Sejarah Melaka dan bantuan bahan dari Muzium Negara. Ianya terletak di Jalan Kota, Melaka. 1.3 Di bawah Enakmen Lembaga Muzium Melaka 1954 pelbagai usaha dijalankan termasuklah mengumpul dan mempamerkan koleksi sejarah serta warisan budaya Melaka untuk tatapan rakyat tempatan dan para pelancong. Pentadbiran hariannya dikendalikan oleh seseorang berjawatan Setiausaha yang bertugas secara sukarela dan dibantu kakitangan pengawas dalam kalangan anak jati Melaka yang masih lagi bertugas di Muzium Negara, Kuala Lumpur. 1.4 Pindaan Enakmen dibuat pada tahun 1984 bagi membolehkan bidang permuziuman diperluas dengan pengwujudan Ketua Eksekutif Lembaga Muzium Melaka iaitu Kurator. 1.5 Sementelah Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai warisan sejarah, melalui Kerajaan Negeri Melaka bidang permuziuman telah dipergiat dan dinaiktaraf. Justeru itu satu pindaan Enakmen telah diwujudkan pada tahun 1992 iaitu Enakmen Perbadanan Muzium Melaka bil.11 yang berkuatkuasa pada 1 Mac 1993. 1.6 Penubuhan ini juga membolehkan jawatan Ketua Eksekutif dipinda kepada Pengurus Besar dan ini membolehkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menjadi sebuah badan korporat yang berfungsi memajukan bidang permuziuman dalam konteks pembangunan pendidikan dan pelancongan. 1.7 Sebagai sebuah perbadanan, PERZIM mula meneroka dimensi baru dari segi pengurusan, pembangunan dan pengendalian muzium di Melaka selaras dengan moto “WARISAN TERAS WAWASAN”. 1.8 PERZIM sekarang menguruskan 26 buah muzium, 11 Galeri dan beberapa tapak sejarah di seluruh negeri Melaka. Adalah menjadi harapan PERZIM agar muzium-muzium ini akan terus menjadi produk utama pelancongan dan sekaligus menjayakan matlamat Melaka Negeri Maju pada tahun 2010, Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II, Berkat, Cepat, dan Tepat seperti disarankan oleh Ketua Menteri Melaka.

Upload: vunhi

Post on 09-Feb-2018

271 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

LAPORAN ANUGERAH INOVASI

KERAJAAN NEGERI MELAKA (AIKN) TAHUN 2016

PERBADANAN MUZIUM MELAKA

A) PENGENALAN

1.0 PROFIL PERZIM

1.2 Muzium Melaka pertama yang lebih dikenali sebagai Sekolah Gambar mula beroperasi pada

tahun 1954 hasil usaha dan kerja keras pegawai British serta rakyat tempatan melalui

Persatuan Sejarah Melaka dan bantuan bahan dari Muzium Negara. Ianya terletak di Jalan

Kota, Melaka.

1.3 Di bawah Enakmen Lembaga Muzium Melaka 1954 pelbagai usaha dijalankan termasuklah

mengumpul dan mempamerkan koleksi sejarah serta warisan budaya Melaka untuk tatapan

rakyat tempatan dan para pelancong. Pentadbiran hariannya dikendalikan oleh seseorang

berjawatan Setiausaha yang bertugas secara sukarela dan dibantu kakitangan pengawas

dalam kalangan anak jati Melaka yang masih lagi bertugas di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

1.4 Pindaan Enakmen dibuat pada tahun 1984 bagi membolehkan bidang permuziuman

diperluas dengan pengwujudan Ketua Eksekutif Lembaga Muzium Melaka iaitu Kurator.

1.5 Sementelah Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai warisan sejarah,

melalui Kerajaan Negeri Melaka bidang permuziuman telah dipergiat dan dinaiktaraf. Justeru

itu satu pindaan Enakmen telah diwujudkan pada tahun 1992 iaitu Enakmen Perbadanan

Muzium Melaka bil.11 yang berkuatkuasa pada 1 Mac 1993.

1.6 Penubuhan ini juga membolehkan jawatan Ketua Eksekutif dipinda kepada Pengurus Besar

dan ini membolehkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menjadi sebuah badan

korporat yang berfungsi memajukan bidang permuziuman dalam konteks pembangunan

pendidikan dan pelancongan.

1.7 Sebagai sebuah perbadanan, PERZIM mula meneroka dimensi baru dari segi pengurusan,

pembangunan dan pengendalian muzium di Melaka selaras dengan moto “WARISAN TERAS

WAWASAN”.

1.8 PERZIM sekarang menguruskan 26 buah muzium, 11 Galeri dan beberapa tapak sejarah di

seluruh negeri Melaka. Adalah menjadi harapan PERZIM agar muzium-muzium ini akan terus

menjadi produk utama pelancongan dan sekaligus menjayakan matlamat Melaka Negeri

Maju pada tahun 2010, Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa II, Berkat, Cepat, dan Tepat

seperti disarankan oleh Ketua Menteri Melaka.

Page 2: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

2.0 OBJEKTIF PERZIM

2.1 Untuk membantu, mengusaha, memaju dan menyelaraskan perkembangan muzium dalam

negeri serta melaksanakan garis panduan pengendalian muzium dengan berkesan ke arah

melahirkan perkidmatan yang cekap dan berkualiti.

2.2 Untuk mengembangkan, memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi :

2.2.1 Bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah, kebudayaan, flora dan fauna yang

terdapat di Malaysia dan negeri;

2.2.2 Sejarah perkembangan politik, sosial dan ekonomi bagi Malaysia dan negeri;

2.2.3 Sejarah perkembangan sains dan teknologi seterusnya mempamerkan koleksi-

koleksi sedemikian untuk faedah dan makluman awam kearah menjadikan PERZIM

sebagai institusi pendidikan yang inovatif dan efisien;

2.3 Untuk menjadikan PERZIM sebagai pusat penyelidikan dan rujukan saintifik serta kajian

ilmiah mengenai sejarah tamadun manusia yang memberikan tumpuan khas kepada negeri

dan menyebarkan penemuan penyelidikan tersebut.

2.4 Untuk menerbit dan menaja penerbitan majalah berkala, buku kecil dan bahan maklumat

lain berhubung dengan aktiviti permuziuman dalan negeri.

3.0 VISI PERZIM

3.1 Untuk menjadikan sektor permuziuman di Negeri Melaka sebagai sektor pendidikan dan

pelancongan bertaraf dunia.

4.0 MISI PERZIM

4.1 Untuk menyemarakkan sektor pendidikan dan pelancongan melalui pembangunan muzium-

muzium dan tapak tanah bersejarah secara professional dan berkualiti.

5.0 MOTO PERZIM

5.1 WARISAN TERAS WAWASAN

Fungsi : Mengumpul, memulihara dan menyalurkan maklumat atau bahan berkaitan warisan

sejarah secara professional dan berkualiti untuk tatapan genarasi sekarang dan akan datang.

Page 3: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

6.0 PIAGAM PELANGGAN

6.1 Menjadi muzium sebagai institusi penyebar ilmu yang berkualiti kepada orang ramai.

6.2 Mengadakan pameran tentang sejarah budaya negara melalui pameran tetap yang

berkualiti.

6.3 Mengadakan pameran sementara yang bermutu tidak kurang dari 3 kali setahun serta

seminar, symposium, bengkel tidak kurang dari 2 kali setahun.

6.4 Memberi khidmat rujukan yang cekap, berkesan dan terkini kepada para penyelidikan dan

pengkaji sejarah, pelajar serta orang ramai.

6.5 Memastikan para pelancong dan orang ramai mendapat perkhidmatan penerangan dan

penyebaran maklumat pelancong dengan layanan mesra dan memuaskan.

6.7 Memproses dan membuat keputusan samaada menyokong permohonan dan pelan-pelan

pengubahsuaian bangunan lama dalam tempoh dua minggu dengan syarat dokumen dengan

lengkap dan teratur dikemukakan.

6.8 Menyempurnakan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil-bil tertakluk kepada

pengesahan yang dibuat adalah senmpurna dan memenuhi peraturan.

6.9 Menyediakan dan mengemaskini segala rekod perkhidmatan dan kenaikan gaji dalam masa

satu minggu selepas sesuatu perubahan diperakui.

6.9 Menjawab surat-surat dalam tempoh 7 hari bekerja.

6.10 Memproses dan membuat keputusan untuk tawaran kerja kontrak seperti berikut:

6.10.1 Tender – 60 hari dari tarikh tender ditutup.

6.10.2 Sebutharga – 14 hari dari tarikh sebutharga ditutup.

6.11 Memastikan setiap pentanyaan ataupun aduan diambil tindakan dalam masa dua hari

selepas dilaporkan.

6.12 Menjaga semua harta dan kemudahan-kemudahan dengan sempurna.

Page 4: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

7.0 CARTA ORGANISASI

8.0 PENGHASILAN PROJEK

8.1 Kumpulan Inovasi PERZIM telah menghasilkan produk ‘Rak Serbaguna’ (RS) bagi kegunaan

operasi pengurusan pejabat.

9.0 TUJUAN INOVASI

9.1 Tujuan RS diwujudkan adalah untuk memudahan pengunaan pameran bergerak, perletakan

artifak dan keperluan lain seperti membantu penjimatan ruang pejabat dengan peralatan

pejabat yang lain. Masalah ini berlaku disebabkan ruang yang terhad, kos yang tinggi untuk

membeli rak berkualiti dan prosedur yang banyak untuk mendapatkannya. Sebagai contoh,

dengan adanya Rak Serbaguna yang dihasilkan oleh PERZIM dapat membantu fail-fail,

dokumen-dokumen dan peralatan kecil diletakkan di ruang yang sesuai dan efisien.

10.0 OBJEKTIF PROJEK

10.1 Mewujudkan ruang kerja yang selesa dan memberi semangat kepada kakitangan untuk

bekerja dengan baik.

10.2 Melahirkan idea-idea kreatif kepada kakitangan dengan pengunaan RS selain untuk

meletakkan fail-fail pejabat.

Pengurus Besar

UNIT PENTADBIRAN

UNIT PENYELENGGAR

AAN DAN PROJEK

UNIT PAMERAN

UNIT PROMOSI

UNIT KONSERVASI

UNIT ISTANA KESULTANAN

MELAKA

UNIT KOMPLEKS MUZIUM RAKYAT

UNIT KOMPLEKS MUZIUM

SAMUDERA

UNIT KOMPLEKS MUZIUM

SEJARAH DAN ETNOGRAFI

UNIT KOMPLEKS SAMUDERA

UNIT KOMPLEKS

HANG TUAH CENTRE

BAHAGIAN PENGURUSAN DAN SUMBER MANUSIA

S/U PEJABAT

BAHAGIAN PENGURUSAN MUZIUM

BAHAGIAN ANTIKUITI

Page 5: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

10.3 Menggalakkan penjimatan kos utiliti meliputi ruang pejabat, kos pembelian rak baharu dan

tenaga kerja.

10.4 Melahirkan organisasi yang mempunyi disiplin yang tinggi samada dalam aspek kebersihan

dan tingkah laku.

11.0 TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK

11.1 Projek penghasilan RS telah dilaksanakan pada Februari 2015. (11 bulan daripada laporan ini

disediakan).

12.0 PROSES PELAKSANAAN

12.1 Peringkat Pertama ( Peringkat menyelesaikan masalah)

12.1.1 Produk RS ini merupakan hasil idea daripada penyertaan konvensyen Kumpulan

Inovatif dan Kreatif (KIK) PERZIM. Projek ini telah diuji tahap keberkesanannya dari

segi ketahanan, keluasan, ketinggian dan material yang digunakan.

(Rujuk Lampiran I)

12.2 Peringkat Kedua (Peringkat mengenal material yang digunakan)

12.2.1 Rak serbaguna ini merupakan adaptasi idea sedia ada yang telah diwujudkan oleh

orang lain dan digunakan oleh PERZIM dengan perbagai fungsi lain seperti kegunaan

pameran berkala dan tempat perletakan artifak yang tidak gunakan oleh muzium-

muzium lain.

12.2.2 Pada peringkat ini, rak serbaguna telah mengunakan bahan teknikal mudah didapati

seperti mengunakan Poli Paip, Polyvinyl klorida (PVC) dan peralatan pertukangan

yang lain. Kos pelaksanaan RS adalah sebanyak RM 150.00 (Ringgit Malaysia Satu

Ratus Lima Puluh Sahaja).

12.2.3 Masa yang diambil untuk menyiapkan RS daripada bahan mentah hingga siap

menjadi produk Rak Serbaguna adalah mengambil masa 8 jam bekerja. Oleh itu, dari

segi pemasangan hanya mengambil masa kurang daripada 8 minit.

12.2.4 Pemasangan produk ini boleh dilakukan seorang atau dua orang tenaga kerja.

12.3 Peringkat Ketiga (Peringkat percubaan)

12.3.1 Pada peringkat ini, RS telah di uji dan diletakkan di pejabat bawah Unit Muzium

Rakyat. Pada peringkat pertama ujian ketahanan produk melepasi tahap percubaan.

Page 6: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

Selain itu, ruang pejabat lebih kemas dan teratur serta dapat menjimatkan jumlah

ruang.

12.3.2 RS mudah dibawa disebabkan bahan yang digunakan adalah ringan dan boleh dibuka

pemasangannya menjadi pecahan-pecahan kecil berbanding rak besi yang berat,

yang semestinya memerlukan penyewaan lori dan mengunakan tenaga manusia

yang ramai melebihi 3 orang amnya.

12.4 Peringkat Mampan

12.4.1 RS telah digunakan berdasarkan tempoh percubaan dan ianya telah berjaya

dilaksanakan. Hasil produk ini telah digunakan memandangkan fungsi serbagunanya

untuk keperluan pejabat.

13.0 IMPLIKASI KEWANGAN

13.1 Pengasilan RS tidak melibatkan kos yang tinggi dan bahan yang digunakan mudah

diperolehi selain ianya menjimatkan masa.

14.0 ELEMEN KOLABORASI

14.1 Elemen material bahan yang digunakan adalah mesra alam dan produk yang

dihasilkan juga bersesuaian dengan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.

15.0 KATEGORI INOVASI

15.1 Kategori inovasi yang dilakukan oleh PERZIM adalah ketegori pengurusan yang

melibatkan :

15.1.1 Inovasi pentadbiran dan organisasi, iaitu mengalakkan penghasilan cara

kerja lebih teratur dan berdisiplin.

15.1.2 Sistematik inovasi perkhidmatan, iaitu, pengunaan ruang yang tidak teratur

akan menyukarkan pergerakan perkhidmatan dan servis yang diberikan

menurun. Selain itu, mudah mencari semula peralatan yang diletakkan.

16.0 ELEMEN INOVASI

16.1 Idea ini merupakan proses tambahbaik dan digunakan oleh organisasi bagi

memudah dan menyelesaikan masalah pengurusan dan pentadbiran dengan baik

berbanding sebelumnya.

Page 7: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

Rak Serbaguna ini telah menjadikankan ruang yang terlibat kelihatan lebih kemas

dan teratur berbanding bahan sedia ada diletakkan di atas lantai sahaja yang boleh

mengundang kepada kerosakan dokumen dan mencacatkan pandangan pengurusan.

16.2 RS relevan untuk dihasilkan memandangkan penjimatan kos, penjimatan masa

perolehan bahan-bahan dan hanya melibatkan seorang atau dua orang bagi kerja-

kerja pemasangannya. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan juga adalah mesra

alam. (Rujuk kepada Lampiran II & III)

B) IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

17.0 SEBELUM INOVASI

17.1 Sebelum penghasilan idea ini malahan perbincangan masalah, cara dan tatacara

kerja seharian tidak menitik-beratkan tentang aspek keselamatan dan kekemasan di

ruang tempat kerja. Malahan dokumen-dokumen juga berserakan di atas dilantai.

Hal ini berlaku disebabkan penangguhan pembelian rak berkualiti disebabkan kos

dan mengambil masa yang lama untuk urusan pengurusannya.

18.0 SELEPAS INOVASI

18.1 Penghasilan rak sebaguna ini telah meningkatkan cara kerja kakitangan yang

mengendalikan fail-fail dan dokumen. Selain itu, rak serbaguna ini boleh dibawa oleh

unit pameran untuk pameran berkala kerana alat ini mudah dibawa, ringan dan

tidak perlu melibatkan tenaga kerja yang ramai untuk pemasangannya.

18.2 Kesan penghasilan inovasi ini telah menghasilkan cara kerja lebih teratur dan

sistematik berbanding cara kerja sebelum inovasi.

C) IMPAK INOVASI

19.0 IMPAK PERZIM

19.1 Galakkan Inovasi daripada Kerjaan telah member kesan penghasilan idea kepada kakitangan.

Oleh itu, kesan penghasilan rak serbaguna ini telah membantu tatacara kerja yang lebih teratur

kepada kakitangan PERZIM.

Page 8: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

PENUTUP

Kesimpulannya adalah Rak Serbaguna membawa penambahbaikan kepada organisasi PERZIM

terutama unit pengurusan dan pemuziuman. Oleh itu, produk ini ingin dipertandingkan ke peringkat

Negeri dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka (Kategori Bukan ICT).

Disediakan oleh :

(NORZAIFIRAH BINTI ZAINI)

Kurator PERZIM

Tel : 06-2826526 / 06-29300028

Emel : [email protected]

Page 9: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

Lampiran I

Peringkat Pertama (Perbincangan ahli kumpulan bagi menyelesaikan masalah)

Perbincangan data ingin dikumpul kesan daripada produk

Page 10: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

Peringkat Pertama (Lakaran dan ukuran produk)

Lakaran Idea

Page 11: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

Lampiran II

(Bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk)

(Poli paip yang digunakan)

Page 12: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

Lampiran III

(Bahan yang digunakan penghasilan produk)

(Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan produk)

Page 13: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

Lampiran IV

(Peralatan mengukur yang digunakan)

(Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan produk)

Page 14: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

Lampiran V

(Kertas pasir digunakan bagi membuang lebihan sisa potongan)

(Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan produk)

Page 15: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

Lampiran VI

(Bahan dan peralatan lain yang digunakan)

(Cara pemasangan)

Page 16: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

Lampiran VII

Page 17: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

Lampiran VIII

Page 18: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

Lampiran IX

Page 19: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2000-rak-serbaguna.pdf · ... memulih dan memelihara koleksi negeri merangkumi : ... memulihara

Lampiran X