komunikasi kumpulan kecil
Post on 04-Jan-2016
496 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL
KOH 3401(3+0)
Pensyarah Kursus Dr. Hamisah Zaharah Hasan,
Tingkat 1, Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
No. Telefon: 03-8946 8667 (pejabat)E-mel: hamisah @upm.edu.my
Objektif Kursus
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:1. Memahami konsep-konsep dalam
komunikasi kumpulan kecil,2. Memahami prinsip-prinsip komunikasi
kumpulan kecil,3. Mengaplikasi teori-teori komunikasi
kumpulan kecil, dan4. Berinteraksi secara berkesan dengan
individu-individu dalam kumpulan kecil
Kandungan Kursus
• Konsep dan prinsip komunikasi kumpulan kecil• Proses dan faktor pembentukan kumpulan yang
kukuh dan cemerlang• Iklim kumpulan dan faktornya• Komunikasi bukan lisan• Kaedah pembuatan keputusan dan penyelesaian
masalah dalam kumpulan• Pengurusan konflik dalam kumpulan• Kepemimpinan dan kepengikutan
Penilaian Kursus
• Tugasan 1: 20%• Tugasan 2 : 20%• Ujian: 30%• Peperiksaan Akhir Semester: 30%• Jumlah: 100%
Tugasan 1 (20 %)Tarikh perlu sampai kepada Pensyarah: 21hb
Mar 2014. Anda sebagai penyelia di organisasi tempat anda bertugas. Apakah
tingkah laku komunikasi yang perlu anda amalkan dalam membimbing dan menggerakkan pekerja di bawah seliaan anda. Bincangkan dengan memberikan sokongan bahan-bahan rujukan yang relevan.
1. Esei ini perlu bertaip tidak melebihi 10 halaman. 2. Langkau dua 3. Menulis berpandukan gaya penulisan APA
Rujukan• Beebe, S.A. and Masterson, J.T. (2000). Coomunicating in
small groups: Principles and practices. New York: Longman• Cathcart, Samovar and Henman. (1996). Small group
communication: Theory and Practice. Madison:Brown and Benchmark
• Cragan, J.F. and Wright, D.W. (1999). Communication in small groups: Theory, process and skills. Belmont: Wadsworth Pub. Co.
• Ezhar Tamam. (1999). Menjayakan komunikasi dalam kumpulan kecil. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
• Galanes, G.J., Adams, K. and Brilhart, J.K. (2000). Communicating in groups: Application and skills. Boston: McGraw Hill.
Rujukan
KUMPULAN KECIL
• Objektif pembelajaran minggu ini:1. Mengetahui konsep dan takrif kumpulan kecil2. Mengenalpasti elemen-elemen dalam kumpulan
kecil3. Mengetahui konsep dan takrif komunikasi dalam
kumpulan kecil4. Mengenalpasti perkara asas dalam proses
komunikasi melalui kumpulan5. Mengenalpasti keunikan komunikasi kumpulan
kecil
KUMPULAN KECIL
• Kumpulan adalah himpunan individu yang berkongsi matlamat dan berinteraksi antara satu sama lain secara langsung atau tidak
• Devito (1997): kumpulan adalah himpuan individu yang berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama
ELEMEN-ELEMEN DALAM KUMPULAN
1. Tujuan atau matlamat kumpulan2. Komunikasi3. Struktur4. Saiz kumpulan
Prinsip Saiz Kumpulan
• Prinsip Saiz Terkecil: siaz kumpulan bergantung kepada 1) bentuk tugasan dan 2) matlamat kumpulan
• Saiz ideal kumpulan kecil adalah 5-7 orang (Napier & Gershenfeld, 1993)
• Penambahan dan pengurangan saiz mempengaruhi pencapaian matlamat kumpulan
Komunikasi Kumpulan Kecil
• Komunikasi: satu proses mewujudkan kesamaan dengan cara berkongsi maklumat secara lisan dan bukan lisan.
• Prinsip kesamaan dalam komunikasi:a. Kesamaan perkataanb. Kesamaan maknac. Kesamaan kepercayaan/keyakinan
Komunikasi Kumpulan Kecil
• Takrif 1:proses interaksi bersemuka di kalangan individu yang berkongsi matlamat dan merasakan diri sebagai ahli kumpulan yang saling bergantung dan mempengaruhi antara satu sama lain (Beebe & Masterson, 1994)
• Takrif 2: proses anggota kumpulan bertukar dan berkongsi maklumat lisan dan bukan lisan untuk mempengaruhi antara satu sama lain sama ada secara bersemuka atau tidak (on-line) (Tubbs,1998)
Perkara Asas dalam Proses Komunikasi
• Persepsi: Tanggapan terhadap rangsangan yang diterima oleh deria, dipengaruhi oleh kebiasaan dan pengalaman
• Perhatian: memberi tumpuan terhadap penyampaian dan penerimaan mesej
• Keyakinan terhadap mesej• Kejelasan dan ketepatan mesej
Keunikan Komunikasi Kumpulan Kecil
• Kesan pemerhati: pengaruh kandungan dan cara berkomunikasi
• Interaksi: semakin kompleks interaksi apabila saiz kumpulan semakin besar
• Pengaruh majoriti dan minoriti: pengaruh penentu penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan oleh anggota kumpulan
MENYESUAIKAN DIRI DALAM KUMPULAN
Untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan, terdapat 5 perkara yang perlu difahami oleh setiap ahli kumpulan. Perkara-perkara tersebut adalah:
1. Peranan2. Norma3. Status4. Kuasa5. Kepercayaan.
Peranan
Ellis & Fisher (1994) menyatakan peranan timbul lantaran apa yang kita harapkan dari diri kita dan apa yang orang lain harapkan dari kita.
Terdapat 3 kategori peranan:1. Peranan tugas kelompok2. Peranan pemelihara kelompok3. Peranan individu.
Peranan
• Peranan boleh diperolehi secara formal atau tidak formal.
• Peranan (1) dan (2) adalah peranan yang berkaitan dengan matlamat kumpulan (matlamat pencapaian dan matlamat penjagaan kumpulan)
• Matlamat pencapaian adalah hasil yang diinginkan (produk- berkaitan dengan keberkesanan kumpulan)
• Matlamat penjagaan kumpulan adalah merujuk pada usaha mengendali, mengukuh dan mensejahterakan kumpulan (jaga hubungan).
Peranan Tugas Kelompok
• Contoh peranan tugas kelompok:1. Membuat keputusan2. Menyelesaikan masalah3. Mencetuskan idea-idea baru
Peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli dalam melaksanakan tugas ini adalah:
Peranan Tugas Kelompok (samb.)
a. Perintis-penyumbangb. Pencari informasic. Pencari pendapatd. Pemberi informasie. Penerangf. Penyimpulg. Penyalaras-penyatu
Peranan Tugas Kelompok (samb.)
h. Pengarahi. Pembantahj. Penilai-pengkritikk. Pendorongl. Petugas Teknikm. Pencatat
Peranan Pemeliharaan Kelompok
Peranan yang dimainkan oleh ahli untuk memelihara hubungan emosional. Ahli wajar bertindak sebagai:
a. Penggalakb. Pelerai-pendamaic. Pengkompromid. Pengawale. Pengasas Piawaif. Pengikut
Peranan Individu
Satu usaha individu dalam kumpulan untuk memenuhi keperluan peribadi yang tidak relevan dengan tugasan kumpulan atau matlamat kumpulan. Individu seperti ini selalunya bertindak sebagai:
a. Penyerangb. Penghambatc. Pencari nama
Peranan Individu (samb.)
d. Pengungkap dirie. Peleserf. Penindasg. Pencari simpati
Norma Kumpulan
• Peraturan atau piawai yang perlu dipatuhi oleh ahli kumpulan untuk memudahkan proses pencapaian matlamat kumpulan
• Norma yang menjadi amalan akan membudaya dalam kumpulan
• Norma menyatakan apa yang elok dan tidak elok, apa yang sesuai/tidak sesuai dan apa yang perlu dan tidak perlu.
Norma Kumpulan (samb.)
• Terdapat 2 kategori norma:1. Bertulis: norma yang dibentuk secara formal.
Misalnya polisi/undang-undang atau perlembagaan kumpulan
2. Tidak bertulis: norma yang dibentuk secara tidak formal. Misalnya hukum sosial; memerhati perlakuan orang lain
Norma Kumpulan (samb.)
• Keakuran kepada norma berlaku apabila:1. Kejelasan penyataan norma serta hukumnya jika
dilanggar2. Bilangan anggota yang telah menerima dan
memperakuinya ramai3. Kualiti hubungan interpersonal yang baik4. Kekuatan semangat kekitaan5. Mahu bersama dalam kumpulan dalam jangka
masa yang lama
Status dalam kumpulan
• Kedudukan sosial atau kepentingan ahli dalam sesebuah kumpulan
• Tinggi atau rendah status ahli dalam kumpulan akan mempengaruhi cara bercakap
• Kajian Beebe & Masterson (1994) mendapati:
Status dalam kumpulan (samb.)
1. Orang berstatus tinggi lebih berkomunikasi daripada orang berstatus rendah
2. Orang berstatus tinggi suka berkomunikasi dengan orang berstatus tinggi
3. Orang berstatus tinggi lebih berpengaruh membuat keputusan
4. Orang berstatus rendah lebih mengarahkan komunikasinya kepada orang berstatus tinggi
5. Ramai ahli tidak menghiraukan komen/pendapat orang berstatus rendah.
Kuasa dalam kumpulan
• Pengaruh di dalam kumpulan yang mampu menimbulkan ketundukan /keakuran
• Terdapat 5 jenis kuasa:1. Kuasa koersif: ganjaran/hukuman kpd ahli2. Kuasa keahlian: ada pengetahuan,
kepakaran, pengalaman, ketrampilan atau kemampuan
Kuasa dalam kumpulan (samb.)
3. Kuasa bermaklumat: mempunyai maklumat kritikal dan terbaru yang amat diperlukan oleh ahli
4. Kuasa rujukan: idola (kerangka rujukan untuk menilai diri; menjadi teladan)
5. Kuasa undang-undang: kedudukan formal yang diperolehi hasil dari lantikan, atau peraturan telah menetapkan ahli perlu akur kepada arahan.
Kepercayaan dalam kumpulan
• Kewujudan saling mempercayai antara ahli sehingga dapat menjalinkan kemesraan dalam kumpulan
• Komunikasi yang dilakukan tidak berkesan bukan kerana mesej tidak difahami dan tidak didengar, sebaliknya kerana tidak mahu percaya kepada apa yang disampaikan. Keraguan terhadap diri komunikator.
MENEGUHKAN KUMPULAN
• Faktor-faktor yang meneguhkan kumpulan:1. Perjuangan dan pegangan2. Komunikasi3. Struktur4. Kepemimpinan5. Hubungan
MENEGUHKAN KUMPULAN (samb)
6. Perancangan, perlaksanaan dan penilaian7. Saling kenal mengenali, saling memahami,
saling memberi dan menerima, saling mempercayai
8. Semangat setiakawan9. Penglibatan ahli secara iltizam10. Ahli bertindak rasional dan berlaku adil
Konsep dalam meneguhkan kumpulan
Konsep rasional:Berfikir secara kritikal dalam sebarang perbincangan,
terbuka dan mendengar secara aktif terhadap hujah dan bukti, berani dan boleh menerima perbezaan pendapat, dan berlapang dada dengan kritikan, teguran dan sanggahan
Konsep Adil:Memenuhi dan menunaikan hak anggota
Konsep dalam meneguhkan kumpulan
Konsep Kenal:Merangkumi tahu tentang kepakaran, kemahiran,
sikap, minat, kepercayaan, kebencian, kelebihan dan kelemahan
Bentuk direktori/inventori untuk tujuan:a. Mengenali anggota kumpulanb. Menyesuaikan pembahagian tugas dengan
keupayaan anggotac. Memperkukuhkan kumpulan
MEMBINA IKLIM KUMPULAN
• Iklim kumpulan merupakan keadaan/suasana dalam kumpulan yang mempengaruhi perjalanan dan prestasi kumpulan
• Faktor utama yang mewarnai iklim kumpulan adalah pola-pola komunikasi, iaitu cara berkomunikasi dalam kumpulan sama ada positif atau negatif
MEMBINA IKLIM KUMPULAN (samb.)
• Iklim positif akan wujud jika perlakuan komunikasi kita adalah perlakuan menyokong, iaitu suasana yang menyemarakkan semangat kerjasama untuk meningkatkan prestasi kumpulan
• Iklim negatif akan wujud jika perlakuan komunikasi kita adalah defensif, iaitu perlakuan yang memberi kesan tidak baik ketika berkomunikasi.
PERILAKU KOMUNIKASI DALAM KUMPULAN
• Perlakuan Menyokong1. Deskriptif2. Orientasi masalah3. Spontan/mendadak4. Empati5. Persamaan6. Kesementaraan
• Perlakuan Mengancam1. Penilaian2. Kawalan3. Strategi4. Berkecuali5. Superioriti6. kepastian
RESPONS BERMAKNA
Perlakuan yang menunjukkan respons yang memberi mesej bermakna kepada ahli dalam kumpulan.
Contoh:1. Pengakuan langsung2. Ungkapan perasaan positif3. Respons meminta keterangan4. Respons bersetuju5. Respons menyokong
RESPONS TIDAK BERMAKNA• Perlakuan yang tidak memberikan mesej sebenar
terhadap apa yang dinyatakan oleh ahli kumpulan• Contoh:1. Respons sekilas2. Respons impersonal3. Respons kosong4. Respons tidak berkaitan5. Respons mengganggu6. Respons bercelaru7. Respons bercanggah
MENCERAP DENGAN AKTIF
• Proses memberi tumpuan kepada apa yang disampaikan oleh ahli kumpulan
• Kejayaan atau kegagalan pencerapan yang aktif bergantung kepada teknik mendengar dengan baik
Faktor Kejayaan Pencerapan
1. Bersedia untuk mendengar2. Dengar dengan penuh tumpuan3. Kawal emosi ketika mendengar4. Anggapkan apa yang didengar ada kebaikan
atau kepentingannya5. Dengar dengan mata dan hati
Faktor Kejayaan Pencerapan (samb.)
6. Tangguhkan pertimbangan7. Bersabar ketika mendengar8. Dengar dengan perhatian dan kritikal
Faktor Kegagalan Pencerapan
1. Tandus motivasi2. Lara/fikiran melayang3. Mendengar dengan minat yang khusus4. Mendengar cetek5. Suka bangkang apa yang didengar
Faktor Kegagalan Pencerapan (samb.)
6. Kaki tembak/suka beri pertimbangan spontan/tergesa-gesa
7. Mendengar tanpa melihat8. Buruk sangka9. Pendengar palsu8. Gagal membenteras gangguan (emosi dan
persekitaran)
KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM KUMPULAN KECIL
• Keperluan mengetahui komunikasi bukan lisan dalam kumpulan kecil:
1. Manusia lebih banyak berkomunikasi secara bukan lisan (70-80%)
2. Mesej bukan lisan lebih dipercayai daripada mesej lisan
3. Perasaan lebih berkesan disampaikan secara bukan lisan.
Kategori Komunikasi Bukan Lisan
• Ekman & Friesen (1975) mengkategorikan kepada 5:
1. Lambang/simbol – isyarat tanpa lisan2. Pengilustrasian – isyarat disertai lisan3. Pemaparan rasa – emosi dari air muka4. Pengawal (regulator) – pengawalan aliran
berkomunikasi (giliran bercakap)5. Penyesuaian – adapatsi diri dengan situasi
Kategori Komunikasi Bukan Lisan
• Mehrabian (1972) mengkategorikan kepada 3:1. Kecenderungan – keinginan atau minat mahu
berinteraksi atau tidak (posisi tubuh dan kontak mata, atau sentuhan)
2. Kemujaraban – perilaku menyatakan kuasa dan status yang dimiliki
3. Keterlibatan – gerak geri mengambil bahagian dalam interaksi (semangat untuk berbual melalui intonasi suara)
Kategori Komunikasi Bukan Lisan
• Ruesch & Kees (dalam Knapp, 1972) membahagikan komunikasi bukan lisan kepada 5 kategori:
1. Isyarat berkaitan ruang dan waktu2. Isyarat berkaitan pergerakan tangan3. Isyarat berkaitan air muka4. Isyarat berkaitan nada suara5. Isyarat pakaian
Tujuan Komunikasi Bukan Lisan
1. Memberitahu atau menunjukkan sikap2. Memberitahu atau menyembunyikan
perasaan3. Menyokong komunikasi lisan4. Memberi maklumbalas5. Memberitahu giliran bercakap6. Membentuk keserasian
Prinsip-prinsip Perlu Difahami Oleh Komunikator Dalam Komunikasi bukan Lisan
1. Kualiti perhubungan di antara ahli kumpulan dibentuk & dikekalkan menerusi komunikasi bukan lisan
2. Jika komunikasi lisan bercanggah dengan komunikasi bukan lisan, mesej bukan lisan adalah lebih dipercayai
3. Isyarat bukan lisan hanya bermakna apabila ada yang mentafsirnya
4. Tafsiran kita tentang perlakuan seseorang perlu mengambil kira konteks dan pertalian kuasa
Prinsip-prinsip Perlu Difahami Oleh Komunikator Dalam Komunikasi bukan Lisan
5. Tingkahlaku anggota kumpulan mestilah selaras dengan budaya di mana kumpulan itu wujud
6. Kepekaan terhadap komunikasi bukan lisan berbeza dari seseorang ke seseorang lain.
top related