kerosakan gigi (karies gigi).pdf
Post on 24-Nov-2015
180 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
5/4/14 Kerosakan Gigi (Karies Gigi)
www.myhealth.gov.my/index.php/pergigian/masalah-pergigian/kerosakan-gigi-karies-gigi 1/3
Cari...
Mengenai Kami | Hubungi Kami | Peta Laman Bahasa Malaysia
PERGIGIAN Masalah Pergigian Kerosakan Gigi (Karies Gigi)
Kerosakan Gigi (Karies Gigi)
Karies gigi lebih dikenali sebagai 'gigi berlubang' di kalangan masyarakat kita. Masalah
ini boleh dialami oleh semua golongan masyarakat tidak kira kanak-kanak atau
dewasa.Ianya boleh berlaku pada gigi kekal dan gigi susu.
Gambar menunjukan karies gigi kekal (gigi hadapan dan gigi geraham)
Gambar menunjukan karies gigi susu ( gigi hadapan dan gigi geraham)
Bagaimana karies gigi boleh terjadi?
Pada kebiasaannya bakteria sentiasa terbentuk di atas permukaan gigi dalam rongga
mulut dalam bentuk satu lapisan nipis yang dikenali sebagai plak. Perubahan di dalam
persekitaran rongga mulut seperti suhu, pH dan sistem ketahanan badan boleh
mengganggu hubungan simbiotik normal dan boleh menambah risiko penyakit
pergigian.
Setiap kali selepas mengambil makanan, bakteria yang ada di dalam plak akan
bertindakbalas dengan gula yang ada di dalam makanan untuk menghasilkan asid. Asid
yang terhasil akan bertindak ke atas permukaan gigi dan melembutkannya melalui
proses demineralisasi. Sekiranya asid yang terhasil tidak di neutralkan, proses
demineralisasi akan berterusan mengakibatkan terjadi karies.
Tanda-tanda karies
Perubahan warna gigi (bintik putih atau bintik hitam)
Liang-liang kecil pada permukaan gigi
Lubang yang ketara
Makanan mudah melekat pada permukaan gigi.
Rasa sakit dan sengal bila minum air panas dan sejuk
Kawasan permukaan gigi yang mudah terjejas kepada kejadian karies adalah
Celah - celah gigi hadapan dan belakang
Kawasan gigi yang berlapis
Permukaan gigi geraham
Jenis karies
AHAD, 04 MEI 2014, 21:35:25
Media Berkaitan
Tajuk :Tahap Kejadian karies
Gigi (BM)
Masa :2:07 min
Saiz :14.5 MB
Tajuk :Rawatan Karies Gigi
(BM)
Masa :1:25 min
Saiz :9.9 MB
Tajuk :Aplikasi Varnis Fluorida
(BM)
Masa :2:49 min
Saiz :12.64 MB
Tajuk :Keratan Rentas Gigi
Tajuk :Kerosakan Gigi
UT A MAUT A MA BA YI/KA NA K-KA NA KBA YI/KA NA K-KA NA K REMA JAREMA JA DEWA SADEWA SA WA RGA EMA SWA RGA EMA S PEMA KA NA NPEMA KA NA N UBA T & A NDAUBA T & A NDA PERGIGIA N KESIHA T A N MENT A LKESIHA T A N MENT A L UMUMUMUM
-
5/4/14 Kerosakan Gigi (Karies Gigi)
www.myhealth.gov.my/index.php/pergigian/masalah-pergigian/kerosakan-gigi-karies-gigi 2/3
1. Karies dibahagian lapisan enamel
2. Karies dibahagian lapisan enamel dan dentin
3. Karies yang telah merebak ke dalam lapisan pulpa
4. Karies bahagian akar
Rawatan untuk karies
1. Karies melibatkan lapisan enamel (karies awal)
Biasanya tidak sakit.Kerosakan struktur gigi sukar dilihat dengan mata kasar.
Rawatan :
Rawatan pencegahan dengan sapuan bahan fluorida
Tampalan mudah jika lubang agak ke atas.
2. Karies yang melibatkan lapisan dentin
Biasanya sakit dan senggal ketika makan atau berkumur dan lubang kelihatan
lebih ketara dan dalam. Rawatan yang disyorkan adalah tampalan secepat
mungkin.
3. Karies yang melibatkan bahagian pulpa
Pesakit akan mengalami sakit yang teruk dan berdenyut.Sekiranya dibiarkan
sahaja infeksi boleh merebak kebahagian akar gigi.Boleh mengakibatkan gusi
bernanah.
Gigi akan mati dan memerlukan rawatan salur akar dan tampalan
seterusnya.Dalam keadaan dimana struktur gigi sudah banyak rosak, korona baru
perlu dibuat.
Bagaimana mencegah karies ?
1. Amalkan tabiat pemakanan sihat dengan:
i. Kurangkan kekerapan mengambil makanan di antara waktu makan utama.
ii. Kurangkan pengambilan makanan bergula dan melekit
iii. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan kordial
2. Penjagaan higin mulut yang betul
i. Memberus gigi secara berkesan setiap kali selepas makan dan sebelum
tidur
ii. Gunakan ubat gigi berfluorida bagi membantu menguatkan gigi
iii. Gunakan flos bagi pembersihan di antara celah-celah gigi.
3. Pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun agar
rawatan pencegahan dapat dijalankan
4. Sekiranya memerlukan rawatan, datanglah segera ke klinik gigi.
Semakan Akhir : 4 Disember 2013
Penulis : Dr. Hasni bt. Md. Zain
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Panduan Pengguna Jaminan Kualiti
top related