kerosakan gigi (karies gigi).pdf

2
5/4/14 Kerosakan Gigi (Karies Gigi) www.myhealth.gov.my/index.php/pergigian/masalah-pergigian/kerosakan-gigi-karies-gigi 1/3 Cari... Mengenai Kami | Hubungi Kami | Peta Laman Bahasa Malaysia PERGIGIAN Masalah Pergigian Kerosakan Gigi (Karies Gigi) Kerosakan Gigi (Karies Gigi) Karies gigi lebih dikenali sebagai 'gigi berlubang' di kalangan masyarakat kita. Masalah ini boleh dialami oleh semua golongan masyarakat tidak kira kanak-kanak atau dewasa.Ianya boleh berlaku pada gigi kekal dan gigi susu. Gambar menunjukan karies gigi kekal (gigi hadapan dan gigi geraham) Gambar menunjukan karies gigi susu ( gigi hadapan dan gigi geraham) Bagaimana karies gigi boleh terjadi? Pada kebiasaannya bakteria sentiasa terbentuk di atas permukaan gigi dalam rongga mulut dalam bentuk satu lapisan nipis yang dikenali sebagai plak. Perubahan di dalam persekitaran rongga mulut seperti suhu, pH dan sistem ketahanan badan boleh mengganggu hubungan simbiotik normal dan boleh menambah risiko penyakit pergigian. Setiap kali selepas mengambil makanan, bakteria yang ada di dalam plak akan bertindakbalas dengan gula yang ada di dalam makanan untuk menghasilkan asid. Asid yang terhasil akan bertindak ke atas permukaan gigi dan melembutkannya melalui proses demineralisasi. Sekiranya asid yang terhasil tidak di neutralkan, proses demineralisasi akan berterusan mengakibatkan terjadi karies. Tanda-tanda karies Perubahan warna gigi (bintik putih atau bintik hitam) Liang-liang kecil pada permukaan gigi Lubang yang ketara Makanan mudah melekat pada permukaan gigi. Rasa sakit dan sengal bila minum air panas dan sejuk Kawasan permukaan gigi yang mudah terjejas kepada kejadian karies adalah Celah - celah gigi hadapan dan belakang Kawasan gigi yang berlapis Permukaan gigi geraham Jenis karies AHAD, 04 MEI 2014, 21:35:25 Media Berkaitan Tajuk :Tahap Kejadian karies Gigi (BM) Masa :2:07 min Saiz :14.5 MB Tajuk :Rawatan Karies Gigi (BM) Masa :1:25 min Saiz :9.9 MB Tajuk :Aplikasi Varnis Fluorid (BM) Masa :2:49 min Saiz :12.64 MB Tajuk :Keratan Rentas Gigi Tajuk : Kerosakan Gigi UTAMA UTAMA BAYI/KANAK-KANAK BAYI/KANAK-KANAK REMAJA REMAJA DEWA SA DEWA SA WARGA EMAS WARGA EMAS PEMAKANAN PEMAKANAN UBAT & ANDA UBAT & ANDA PERGIGIA N KESIHATAN MENTAL KESIHATAN MENTAL UMUM UMUM

Upload: michy-tay

Post on 24-Nov-2015

174 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Kerosakan Gigi (Karies Gigi)

TRANSCRIPT

  • 5/4/14 Kerosakan Gigi (Karies Gigi)

    www.myhealth.gov.my/index.php/pergigian/masalah-pergigian/kerosakan-gigi-karies-gigi 1/3

    Cari...

    Mengenai Kami | Hubungi Kami | Peta Laman Bahasa Malaysia

    PERGIGIAN Masalah Pergigian Kerosakan Gigi (Karies Gigi)

    Kerosakan Gigi (Karies Gigi)

    Karies gigi lebih dikenali sebagai 'gigi berlubang' di kalangan masyarakat kita. Masalah

    ini boleh dialami oleh semua golongan masyarakat tidak kira kanak-kanak atau

    dewasa.Ianya boleh berlaku pada gigi kekal dan gigi susu.

    Gambar menunjukan karies gigi kekal (gigi hadapan dan gigi geraham)

    Gambar menunjukan karies gigi susu ( gigi hadapan dan gigi geraham)

    Bagaimana karies gigi boleh terjadi?

    Pada kebiasaannya bakteria sentiasa terbentuk di atas permukaan gigi dalam rongga

    mulut dalam bentuk satu lapisan nipis yang dikenali sebagai plak. Perubahan di dalam

    persekitaran rongga mulut seperti suhu, pH dan sistem ketahanan badan boleh

    mengganggu hubungan simbiotik normal dan boleh menambah risiko penyakit

    pergigian.

    Setiap kali selepas mengambil makanan, bakteria yang ada di dalam plak akan

    bertindakbalas dengan gula yang ada di dalam makanan untuk menghasilkan asid. Asid

    yang terhasil akan bertindak ke atas permukaan gigi dan melembutkannya melalui

    proses demineralisasi. Sekiranya asid yang terhasil tidak di neutralkan, proses

    demineralisasi akan berterusan mengakibatkan terjadi karies.

    Tanda-tanda karies

    Perubahan warna gigi (bintik putih atau bintik hitam)

    Liang-liang kecil pada permukaan gigi

    Lubang yang ketara

    Makanan mudah melekat pada permukaan gigi.

    Rasa sakit dan sengal bila minum air panas dan sejuk

    Kawasan permukaan gigi yang mudah terjejas kepada kejadian karies adalah

    Celah - celah gigi hadapan dan belakang

    Kawasan gigi yang berlapis

    Permukaan gigi geraham

    Jenis karies

    AHAD, 04 MEI 2014, 21:35:25

    Media Berkaitan

    Tajuk :Tahap Kejadian karies

    Gigi (BM)

    Masa :2:07 min

    Saiz :14.5 MB

    Tajuk :Rawatan Karies Gigi

    (BM)

    Masa :1:25 min

    Saiz :9.9 MB

    Tajuk :Aplikasi Varnis Fluorida

    (BM)

    Masa :2:49 min

    Saiz :12.64 MB

    Tajuk :Keratan Rentas Gigi

    Tajuk :Kerosakan Gigi

    UT A MAUT A MA BA YI/KA NA K-KA NA KBA YI/KA NA K-KA NA K REMA JAREMA JA DEWA SADEWA SA WA RGA EMA SWA RGA EMA S PEMA KA NA NPEMA KA NA N UBA T & A NDAUBA T & A NDA PERGIGIA N KESIHA T A N MENT A LKESIHA T A N MENT A L UMUMUMUM

  • 5/4/14 Kerosakan Gigi (Karies Gigi)

    www.myhealth.gov.my/index.php/pergigian/masalah-pergigian/kerosakan-gigi-karies-gigi 2/3

    1. Karies dibahagian lapisan enamel

    2. Karies dibahagian lapisan enamel dan dentin

    3. Karies yang telah merebak ke dalam lapisan pulpa

    4. Karies bahagian akar

    Rawatan untuk karies

    1. Karies melibatkan lapisan enamel (karies awal)

    Biasanya tidak sakit.Kerosakan struktur gigi sukar dilihat dengan mata kasar.

    Rawatan :

    Rawatan pencegahan dengan sapuan bahan fluorida

    Tampalan mudah jika lubang agak ke atas.

    2. Karies yang melibatkan lapisan dentin

    Biasanya sakit dan senggal ketika makan atau berkumur dan lubang kelihatan

    lebih ketara dan dalam. Rawatan yang disyorkan adalah tampalan secepat

    mungkin.

    3. Karies yang melibatkan bahagian pulpa

    Pesakit akan mengalami sakit yang teruk dan berdenyut.Sekiranya dibiarkan

    sahaja infeksi boleh merebak kebahagian akar gigi.Boleh mengakibatkan gusi

    bernanah.

    Gigi akan mati dan memerlukan rawatan salur akar dan tampalan

    seterusnya.Dalam keadaan dimana struktur gigi sudah banyak rosak, korona baru

    perlu dibuat.

    Bagaimana mencegah karies ?

    1. Amalkan tabiat pemakanan sihat dengan:

    i. Kurangkan kekerapan mengambil makanan di antara waktu makan utama.

    ii. Kurangkan pengambilan makanan bergula dan melekit

    iii. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan kordial

    2. Penjagaan higin mulut yang betul

    i. Memberus gigi secara berkesan setiap kali selepas makan dan sebelum

    tidur

    ii. Gunakan ubat gigi berfluorida bagi membantu menguatkan gigi

    iii. Gunakan flos bagi pembersihan di antara celah-celah gigi.

    3. Pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun agar

    rawatan pencegahan dapat dijalankan

    4. Sekiranya memerlukan rawatan, datanglah segera ke klinik gigi.

    Semakan Akhir : 4 Disember 2013

    Penulis : Dr. Hasni bt. Md. Zain

    Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Panduan Pengguna Jaminan Kualiti