kerja kursus bf vella.docxb
Post on 29-Nov-2015
25 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PESTA PONGGAL DI TENGKU AMPUAN AFZAN
Hari Thaiponggal (Bahasa Tamil: தை�ப்பொ��ங்கல்) merupakan perayaan menuai
yang diraikan secara meluas oleh orang India. Pongal dalam bahasa Tamil bererti
"melimpah-ruah." Minyak melimpah dalam belanga tanah liat melambangkan kekayaan
harta benda bagi penghuni rumah. Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara
tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang
membantu menghasilkan kekayaan harta benda.
Sebagai genarasi muda,kami juga turut berterima kasih kepada Dewa Matahari.Jadi
guru pelatih IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN yang beragama hindu telah
menganjurkan pesta ponggal.Sambutan Pesta Pongal peringkat IPG telah diadakan pada
18 Januari 2013 (Jumaat).Kami meraikan pesta ini di Astaka IPG. Pesta ini dianjurkan oleh
Persatuan Bahasa Tamil serta gabungan daripada warga IPG.Kami menjemput semua
warga IPG untuk meraikan pesta ponggal bersama-bersama.Kami juga turut menjemput
Timbalan Pengarah ke pesta ponggal. Sebelum maraikan pesta ponggal kami semua
membuat persediaan awal.Sehari sebelum pesta ponggal,kami semua bekerjasama untuk
membersihkan Astaka. Kami dibahagikan secara berkumpulan.Setiap kumpulan
menjalankan tugas masing-masing.
Pada keesokan harinya, pesta ponggal bermula pada puku 10.00 pagi. Timbalan
Pengarah tiba di astaka pada pukul 10.15 pagi dan beliau telah diiringi oleh Ketua Jabatan
Bahasa Tamil iaitu Cik.Saraswathy dan pensyarah-pensyarah lain. Pesta ini bermula
dengan sebuah tarian yang menarik.Selepas itu,Cik Saraswathy (Ketua Jabatan Bahasa
Tamil) telah memberi ucapan.Dalam ucapan , beliau member sedikit penerangan mengenai
perayaan ponggal.Setelah ucapan beliau,Timbalan Pengarah IPG KAMPUS TENGKU
AMPUAN AFZAN telah merasmikan sambutan Pesta Pongal ini. Dalam ucapan,beliau
menyatakan bahawa"Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" (தை� �றந்��ல் வழி� �றக்கும்)
bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap berkait dengan perayaan
hari Thaiponggal.
Acara berikut bermula setelah pesta ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah. Pesta
ini bermula dengan acara pertama iaitu pertandingan memasak ponggal.Sebanyak lapan
kumpulan telah mengambil bahagian dalam semua acara. Bagi pertandingan memasak
ponggal,diberikankan masa selama dua puluh minit.Susu daripada belanga kumpulan mana
yang melimpah dulu dikira pemenang.Bukan setakat itu sahaja malah ponggal yang
dimasak juga haruslah sedap. Saya dan kumpulan saya begitu bersungguh-sungguh
memasak ponggal.Selama ini saya tidak mengerti memasak ponggal tetapi kakak senior
dalam kumpulan saya mengajar saya cara memasak ponggal.Semua kumpulan begitu
teruja sekali untuk melihat susu daripada belanga kumpulan mana akan melimpah dulu.
Kumpulan “Thirumalisaiyalwar” iaitu kumpulan saya menjadi pemenang bagi acara
memasak ponggal.
Pertandingan seterusnya ialah “Tarian Kummi”.Tarian ini adalan tarian tradisional
kaum india. Kita perlu bertepuk tangan sambil menari. Inilah keistimewaan tarian ini.Saya
pun turut mengambil bahagian dalam tarian itu bersama kumpulan saya.Kami buat yang
terbaik.Pertandingan seterusya ialah,pertandingan “kolam”.Kumpulan mana yang membuat
“kolam” secara kreatif dikira pemenang. Pesta ini dimeriahkan lagi dengan pertandingan
mengupas kulit tebu dan menganyam “thoranam”.Pertandingan yang terakhir ialah (uri
adittal) iaitu memecahkan belanga yang diikat diatas tiang sambil menutup mata.Ahli
kumpulan masing-masing memberi petunjuk agar ahli kumpulan mereka dapat memecahkan
belanga itu dengan tepat. Setelah tamat pertandingan itu maka berakhirlah semua
pertandingan.
Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah. Para pemenang menerima hadiah
daripada pensyarah.Ucapan penutup diberi oleh Ketua Jabatan Bahasa Tamil iaitu Cik
Saraswathy. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatan kuasa dan juga
kepada yang semua terlibat bagi menjayakan Pesta Pongga 2013l.Beliau turut menyatakan
bahawa program seperti ini harus diteruskan bagi mengwujudkan semangat
berpasukan,bertoleransi serta keprihatinan dikalangan guru pelatih bagi melahirkan modal
insan kelas pertama.Akhir sekali ,diberikan jamuan kepada semua yang datang ke pesta
ponggal.
Bagi saya,meraikan pesta ponggal bersama dengan warga IPG cukup bermakna.
Melalui pesta ponggal ini saya dapat mempelajari banyak perkara.Saya mendapati bahawa
sesutu yang susah juga menjadi senang jika kita semua berganding bahu.Selain itu,semasa
aktiviti kumpulan saya juga turut belajar untuk bertolak ansur dengan orang
lain.Kadangkala,kita perlu bertolak ansur untuk menjayakan sesuatu perkara.Saya berasa
amat gembira kerana dapat meraikan pesta ponggal bersama dengan rakan-rakan dan saya
tidak akan melupakan kenangan manis ini.
.
Saya ingin membanding bezakan peristiwa ponggal bersama dengan peristiwa lain
yang diadakan di IPGKTAA. Oleh hal demikian ,saya memilih Wacana Malam Dialektologi
yang dinjurkan oleh Jabatan Jabatan Bahasa Melayu.
PERSAMAAN
Kedua-dua peristiwa ini berjaya menguatkan hubungan antara guru-guru pelatih.
Kedua-dua peristiwa ini melibatkan semua kaum.
Penglibatan guru-guru pelatih dalam kedua-dua peristiwa cukup membanggakan.
PERBEZAAN
PESTA PONGGAL
- Diraikan di astaka.
-Disambut pada waktu pagi.
-Kami keletihan kerana mengambil
bahagian dalam pertandingan.
- Kami kepanasan disebabkan cuaca
panas.
- Dapat mengetahui lebih lanjut mengenai
perayaan ponggal.
- Semua guru pelatih yang beragama
hindu.mengambil bahagian dalam pesta
ini dan guru-guru pelatih kaum lain turut
menyokong pesta ini .
- Kurang mendapat sambutan daripada
kaum lain.
WACANA MALAM DIALEKTOLOG
- Diadakan di Dewan Darul Makmur.
- Diadakan pada waktu malam.
- kami hanya duduk dan menonton
sahaja.
- Keadaan dingin kerana duduk di dewan.
- Dapat mengetahui dialek negeri-negeri
lain.
- Hanya yang terpilih sahaja berlakon.
- Mendapat sambutan yang baik.
REFLEKSI
Nama saya Vellashene a/p Subramaniam dari unit BM (SJKT) Program Persediaan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PPISMP ) Semester 2. Saya telah diberikan suatu tugasan
individu untuk Bahasa Melayu Akademik 1.Dengan izin Tuhan, saya dapat menyediakan
tugasan tersebut pada masa yang tepat dan sempurna.
Pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
Kemahiran Belajar Berfikir iaitu,PUAN.NIRWANA BINTI MOHD RASHID kerana membantu
saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.Tanpa panduan dan bantuan beliau, saya tidak
sanggup menyelesaikan tugasan tersebut. Beliau telah memberikan banyak penerangan
kepada saya berkaitan topik tersebut dan cara untuk menyelesaikan tugasan tersebut.
Seterusnya, saya juga telah mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
saya, iaitu Subramaniam a/l Muthusamy dan Sanbakhawalli a/p Krishnan yang menyokong
dalam kategori kewangan. Mereka memberi sokongan moral dan bimbingan ketika
melakukan tugasan tersebut.
Semasa menjalankan tugasan ini, saya memulakan dengan mencari maklumat yang
saya perlukan. Oleh sebab, kerja kursus ini secara berkumpulan, kami bercadang
membahagikan kerja. Kami mulakan kerja kursus ini dengan merancang apa yang patut
lakukan untuk menyelesaikan tugasan tersebut.Kami telah mengumpulkan semua maklumat
yang kami perlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan melayari internet, merujuk
buku-buku di perpustakaan dan beberapa idea daripada rakan-rakan kami.Seperti mana
yang kami cadang kami pun mula membuat kerja yang dibahagikan masing-masing.
Saya dapat merancang apa yang saya patut lakukan untuk menyelesaikan tugasan
tersebut. Saya telah mengumpulkan semua maklumat yang saya perlukan untuk kerja
kursus ini dengan melayari internet, merujuk buku-buku di perpustakaan .
Kekuatan saya semasa menjalankan tugasan tersebut adalah saya dapat
membahagikan masa dengan begitu terancang untuk menyiapkan kerja kursus tersebut
walaupun saya sibuk dengan kerja kursus lain. Selain itu, saya juga berani apabila
berkomunikasi dengan pensyarah.Saya tidak takut untuk berkomunikasi dengan pensyarah
untuk bertanya kepada beliau meengenai kerja kursus ini.
Selain itu, masalah sambungan wayarles di dalam kampus kami menjadi satu
masalah semasa menjalankan kerja kursus ini. Baru-baru ini saya dapat tahu bahawa
wayarles di dalam kampus kami disekat untuk beberapa minggu. Ia membuat saya
menghadapi masalah dalam mencari idea-idea tentang topik tugasan saya di internet. Saya
juga terpaksa meminjam jalur lebar dari rakan saya untuk mencari maklumat. Tetapi kadang
kala jalur lebar tidak dapat pada waktu malam dan beberapa halaman juga disekat.Saya
juga mencari maklumat berkaitan tajuk kerja kursus tersebut dengan menggunakan jalur
lebar pada waktu tengah malam.
Selepas menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat mengetahui lebih lanjut tentang
teknik CORT.Selepas menyiapkan kerja kursus ini saya dapat tahu bahawa kita boleh
mengaplikasikan teknik-teknik CORT dalam pelajaran kita. Teknik sebegini amat membantu
dalam pelajaran kita.
Tambahan pula,setelah menyiapkan tugasan ini saya mendapat tahu bahawa sikap
rajin, bertanggungjawab dan menepati masa adalah amat penting dalam melakukan kerja
kursus. Sikap seperti ini juga meningkatkan keyakinan diri untuk persiapan mengharungi
cabaran profesion perguruan. Sebagai seorang bakal guru, kita seharusnya lebih gigih serta
tekun untuk menghadapi masalah.
Kesimpulannya,walaupun kedua-dua peristiwa ini mempunyai perbezaan tetapi info
yang saya peroleh daripada peristiwa-peristiwa di atas sangat luas.Info-info yang saya
peroleh itu amat berguna untuk saya. Akhirnya saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua orang yang telah membantu saya untuk menyelesaikan tugasan tersebut.
Sekian.
Terima kasih.
top related