kerja kursus bf vella.docxb

7
PESTA PONGGAL DI TENGKU AMPUAN AFZAN Hari Thaiponggal (Bahasa Tamil: ததத பப) merupakan perayaan menuai yang diraikan secara meluas oleh orang India. Pongal dalam bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Minyak melimpah dalam belanga tanah liat melambangkan kekayaan harta benda bagi penghuni rumah. Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda. Sebagai genarasi muda,kami juga turut berterima kasih kepada Dewa Matahari.Jadi guru pelatih IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN yang beragama hindu telah menganjurkan pesta ponggal. Sambutan Pesta Pongal peringkat IPG telah diadakan pada 18 Januari 2013 (Jumaat).Kami meraikan pesta ini di Astaka IPG. Pesta ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Tamil serta gabungan daripada warga IPG.Kami menjemput semua warga IPG untuk meraikan pesta ponggal bersama- bersama.Kami juga turut menjemput Timbalan Pengarah ke pesta ponggal. Sebelum maraikan pesta ponggal kami semua membuat persediaan awal.Sehari sebelum pesta ponggal,kami semua bekerjasama untuk membersihkan Astaka. Kami dibahagikan secara berkumpulan.Setiap kumpulan menjalankan tugas masing-masing. Pada keesokan harinya, pesta ponggal bermula pada puku 10.00 pagi. Timbalan Pengarah tiba di astaka pada pukul 10.15 pagi dan beliau telah diiringi oleh Ketua Jabatan Bahasa Tamil iaitu Cik.Saraswathy dan pensyarah-pensyarah lain. Pesta ini bermula dengan sebuah tarian yang menarik.Selepas itu,Cik Saraswathy (Ketua Jabatan Bahasa Tamil) telah memberi ucapan.Dalam ucapan , beliau member sedikit penerangan mengenai perayaan ponggal.Setelah ucapan beliau,Timbalan Pengarah IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN telah merasmikan sambutan Pesta Pongal ini. Dalam ucapan,beliau menyatakan bahawa"Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" (தத த த தத தத )

Upload: xerez-sathish

Post on 29-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

DDD

TRANSCRIPT

Page 1: kerja kursus bf  VELLA.docxB

PESTA PONGGAL DI TENGKU AMPUAN AFZAN

Hari Thaiponggal (Bahasa Tamil: தை�ப்பொ��ங்கல்) merupakan perayaan menuai

yang diraikan secara meluas oleh orang India. Pongal dalam bahasa Tamil bererti

"melimpah-ruah." Minyak melimpah dalam belanga tanah liat melambangkan kekayaan

harta benda bagi penghuni rumah. Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara

tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang

membantu menghasilkan kekayaan harta benda.

Sebagai genarasi muda,kami juga turut berterima kasih kepada Dewa Matahari.Jadi

guru pelatih IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN yang beragama hindu telah

menganjurkan pesta ponggal.Sambutan Pesta Pongal peringkat IPG telah diadakan pada

18 Januari 2013 (Jumaat).Kami meraikan pesta ini di Astaka IPG. Pesta ini dianjurkan oleh

Persatuan Bahasa Tamil serta gabungan daripada warga IPG.Kami menjemput semua

warga IPG untuk meraikan pesta ponggal bersama-bersama.Kami juga turut menjemput

Timbalan Pengarah ke pesta ponggal. Sebelum maraikan pesta ponggal kami semua

membuat persediaan awal.Sehari sebelum pesta ponggal,kami semua bekerjasama untuk

membersihkan Astaka. Kami dibahagikan secara berkumpulan.Setiap kumpulan

menjalankan tugas masing-masing.

Pada keesokan harinya, pesta ponggal bermula pada puku 10.00 pagi. Timbalan

Pengarah tiba di astaka pada pukul 10.15 pagi dan beliau telah diiringi oleh Ketua Jabatan

Bahasa Tamil iaitu Cik.Saraswathy dan pensyarah-pensyarah lain. Pesta ini bermula

dengan sebuah tarian yang menarik.Selepas itu,Cik Saraswathy (Ketua Jabatan Bahasa

Tamil) telah memberi ucapan.Dalam ucapan , beliau member sedikit penerangan mengenai

perayaan ponggal.Setelah ucapan beliau,Timbalan Pengarah IPG KAMPUS TENGKU

AMPUAN AFZAN telah merasmikan  sambutan Pesta Pongal ini. Dalam ucapan,beliau

menyatakan bahawa"Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" (தை� �றந்��ல் வழி� �றக்கும்)

bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap berkait dengan perayaan

hari Thaiponggal.

Acara berikut bermula setelah pesta ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah. Pesta

ini bermula dengan acara pertama iaitu pertandingan memasak ponggal.Sebanyak lapan

kumpulan telah mengambil bahagian dalam semua acara. Bagi pertandingan memasak

ponggal,diberikankan masa selama dua puluh minit.Susu daripada belanga kumpulan mana

yang melimpah dulu dikira pemenang.Bukan setakat itu sahaja malah ponggal yang

dimasak juga haruslah sedap. Saya dan kumpulan saya begitu bersungguh-sungguh

memasak ponggal.Selama ini saya tidak mengerti memasak ponggal tetapi kakak senior

dalam kumpulan saya mengajar saya cara memasak ponggal.Semua kumpulan begitu

Page 2: kerja kursus bf  VELLA.docxB

teruja sekali untuk melihat susu daripada belanga kumpulan mana akan melimpah dulu.

Kumpulan “Thirumalisaiyalwar” iaitu kumpulan saya menjadi pemenang bagi acara

memasak ponggal.

Pertandingan seterusnya ialah “Tarian Kummi”.Tarian ini adalan tarian tradisional

kaum india. Kita perlu bertepuk tangan sambil menari. Inilah keistimewaan tarian ini.Saya

pun turut mengambil bahagian dalam tarian itu bersama kumpulan saya.Kami buat yang

terbaik.Pertandingan seterusya ialah,pertandingan “kolam”.Kumpulan mana yang membuat

“kolam” secara kreatif dikira pemenang. Pesta ini dimeriahkan lagi dengan pertandingan

mengupas kulit tebu dan menganyam “thoranam”.Pertandingan yang terakhir ialah (uri

adittal) iaitu memecahkan belanga yang diikat diatas tiang sambil menutup mata.Ahli

kumpulan masing-masing memberi petunjuk agar ahli kumpulan mereka dapat memecahkan

belanga itu dengan tepat. Setelah tamat pertandingan itu maka berakhirlah semua

pertandingan.

Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah. Para pemenang menerima hadiah

daripada pensyarah.Ucapan penutup diberi oleh Ketua Jabatan Bahasa Tamil iaitu Cik

Saraswathy. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatan kuasa dan juga

kepada yang semua terlibat bagi menjayakan Pesta Pongga 2013l.Beliau turut menyatakan

bahawa program seperti ini harus diteruskan bagi mengwujudkan semangat

berpasukan,bertoleransi serta keprihatinan dikalangan guru pelatih bagi melahirkan modal

insan kelas pertama.Akhir sekali ,diberikan jamuan kepada semua yang datang ke pesta

ponggal.

Bagi saya,meraikan pesta ponggal bersama dengan warga IPG cukup bermakna.

Melalui pesta ponggal ini saya dapat mempelajari banyak perkara.Saya mendapati bahawa

sesutu yang susah juga menjadi senang jika kita semua berganding bahu.Selain itu,semasa

aktiviti kumpulan saya juga turut belajar untuk bertolak ansur dengan orang

lain.Kadangkala,kita perlu bertolak ansur untuk menjayakan sesuatu perkara.Saya berasa

amat gembira kerana dapat meraikan pesta ponggal bersama dengan rakan-rakan dan saya

tidak akan melupakan kenangan manis ini.

 .

Page 3: kerja kursus bf  VELLA.docxB

Saya ingin membanding bezakan peristiwa ponggal bersama dengan peristiwa lain

yang diadakan di IPGKTAA. Oleh hal demikian ,saya memilih Wacana Malam Dialektologi

yang dinjurkan oleh Jabatan Jabatan Bahasa Melayu.

PERSAMAAN

Kedua-dua peristiwa ini berjaya menguatkan hubungan antara guru-guru pelatih.

Kedua-dua peristiwa ini melibatkan semua kaum.

Penglibatan guru-guru pelatih dalam kedua-dua peristiwa cukup membanggakan.

PERBEZAAN

PESTA PONGGAL

- Diraikan di astaka.

-Disambut pada waktu pagi.

-Kami keletihan kerana mengambil

bahagian dalam pertandingan.

- Kami kepanasan disebabkan cuaca

panas.

- Dapat mengetahui lebih lanjut mengenai

perayaan ponggal.

- Semua guru pelatih yang beragama

hindu.mengambil bahagian dalam pesta

ini dan guru-guru pelatih kaum lain turut

menyokong pesta ini .

- Kurang mendapat sambutan daripada

kaum lain.

WACANA MALAM DIALEKTOLOG

- Diadakan di Dewan Darul Makmur.

- Diadakan pada waktu malam.

- kami hanya duduk dan menonton

sahaja.

- Keadaan dingin kerana duduk di dewan.

- Dapat mengetahui dialek negeri-negeri

lain.

- Hanya yang terpilih sahaja berlakon.

- Mendapat sambutan yang baik.

Page 4: kerja kursus bf  VELLA.docxB

REFLEKSI

Nama saya Vellashene a/p Subramaniam dari unit BM (SJKT) Program Persediaan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PPISMP ) Semester 2. Saya telah diberikan suatu tugasan

individu untuk Bahasa Melayu Akademik 1.Dengan izin Tuhan, saya dapat menyediakan

tugasan tersebut pada masa yang tepat dan sempurna.

Pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

Kemahiran Belajar Berfikir iaitu,PUAN.NIRWANA BINTI MOHD RASHID kerana membantu

saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.Tanpa panduan dan bantuan beliau, saya tidak

sanggup menyelesaikan tugasan tersebut. Beliau telah memberikan banyak penerangan

kepada saya berkaitan topik tersebut dan cara untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Seterusnya, saya juga telah mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa

saya, iaitu Subramaniam a/l Muthusamy dan Sanbakhawalli a/p Krishnan yang menyokong

dalam kategori kewangan. Mereka memberi sokongan moral dan bimbingan ketika

melakukan tugasan tersebut.

Semasa menjalankan tugasan ini, saya memulakan dengan mencari maklumat yang

saya perlukan. Oleh sebab, kerja kursus ini secara berkumpulan, kami bercadang

membahagikan kerja. Kami mulakan kerja kursus ini dengan merancang apa yang patut

lakukan untuk menyelesaikan tugasan tersebut.Kami telah mengumpulkan semua maklumat

yang kami perlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan melayari internet, merujuk

buku-buku di perpustakaan dan beberapa idea daripada rakan-rakan kami.Seperti mana

yang kami cadang kami pun mula membuat kerja yang dibahagikan masing-masing.

Saya dapat merancang apa yang saya patut lakukan untuk menyelesaikan tugasan

tersebut. Saya telah mengumpulkan semua maklumat yang saya perlukan untuk kerja

kursus ini dengan melayari internet, merujuk buku-buku di perpustakaan .

Kekuatan saya semasa menjalankan tugasan tersebut adalah saya dapat

membahagikan masa dengan begitu terancang untuk menyiapkan kerja kursus tersebut

walaupun saya sibuk dengan kerja kursus lain. Selain itu, saya juga berani apabila

berkomunikasi dengan pensyarah.Saya tidak takut untuk berkomunikasi dengan pensyarah

untuk bertanya kepada beliau meengenai kerja kursus ini.

Page 5: kerja kursus bf  VELLA.docxB

Selain itu, masalah sambungan wayarles di dalam kampus kami menjadi satu

masalah semasa menjalankan kerja kursus ini. Baru-baru ini saya dapat tahu bahawa

wayarles di dalam kampus kami disekat untuk beberapa minggu. Ia membuat saya

menghadapi masalah dalam mencari idea-idea tentang topik tugasan saya di internet. Saya

juga terpaksa meminjam jalur lebar dari rakan saya untuk mencari maklumat. Tetapi kadang

kala jalur lebar tidak dapat pada waktu malam dan beberapa halaman juga disekat.Saya

juga mencari maklumat berkaitan tajuk kerja kursus tersebut dengan menggunakan jalur

lebar pada waktu tengah malam.

Selepas menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat mengetahui lebih lanjut tentang

teknik CORT.Selepas menyiapkan kerja kursus ini saya dapat tahu bahawa kita boleh

mengaplikasikan teknik-teknik CORT dalam pelajaran kita. Teknik sebegini amat membantu

dalam pelajaran kita.

Tambahan pula,setelah menyiapkan tugasan ini saya mendapat tahu bahawa sikap

rajin, bertanggungjawab dan menepati masa adalah amat penting dalam melakukan kerja

kursus. Sikap seperti ini juga meningkatkan keyakinan diri untuk persiapan mengharungi

cabaran profesion perguruan. Sebagai seorang bakal guru, kita seharusnya lebih gigih serta

tekun untuk menghadapi masalah.

Kesimpulannya,walaupun kedua-dua peristiwa ini mempunyai perbezaan tetapi info

yang saya peroleh daripada peristiwa-peristiwa di atas sangat luas.Info-info yang saya

peroleh itu amat berguna untuk saya. Akhirnya saya mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua orang yang telah membantu saya untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Sekian.

Terima kasih.