issue 17, volume 9, 2016 - polimelaka.edu.my · pengamalan budaya kerja yang selamat dan sihat...
Post on 14-Mar-2019
225 Views
Preview:
TRANSCRIPT
2
Issue 17, Volume 9, 2016
Pendahuluan
Apakah yang bezanya kemalangan ditempat kerja dan kemalangan jalan raya? Sudah tentu kita semua dapat
membezakan kedua-dua jenis kemalangan ini iaitu kemalangan jalan raya adalah kemalangan atau
kecelakaan yang terjadi semasa kita berada di jalan raya. Manakala kemalangan di tempat kerja adalah
bencana atau kecelakaan yang berlaku ketika di tempat kerja seperti terjatuh dari tempat tinggi semasa bekerja
di tapak pembinaan dan sebagainya. Tanpa kita sedari sebenarnya kita lebih berisiko untuk mendapat
kemalangan di tempat kerja berbanding dengan kemalangan jalan raya.
Ini kerana tempoh kita berada di tempat kerja lebih lama berbanding di jalan raya (kecuali pemandu). Umum
beranggapan kemalangan di tempat kerja ini hanya melibatkan kerja di kawasan tapak projek pembinaan,
perlombongan dan kilang seperti kuari serta yang melibatkan kerja buruh. Sebenarnya ia merangkumi semua
tempat pekerjaan dari kerja di pejabat hinggalah ke ladang seperti pertaniaan, perhutanan, perikanan,
pengangkutan, penyimpanan, komunikasi, perkhidmatan (gas, elektrik, air dan kebersihan), perdagangan
borong dan runcit, kewangan, hotel, restoran dan banyak lagi.
3
Punca Kemalangan
Pengamalan budaya kerja yang selamat dan sihat
memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak dalam
organisasi. Golongan pekerja sering menyalahkan pihak
pengurusan kerana tidak menyediakan peralatan yang
selamat manakala pihak pengurusan menyalahkan pekerja
tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika keadaan ini
berterusan dan berlaku kemalangan ia akan merugikan
kedua-dua belah pihak. Kecenderungan utama berlaku
kemalangan di tempat kerja boleh dibahagikan kepada
beberapa faktor utama iaitu punca asas dan punca
langsung. Punca asas kemalangan boleh dibahagikan
kepada 4 bahagian iaitu:
Faktor peribadi. Ilmu pengetahuan pekerja tidak
mencukupi serta pekerja tersebut tidak mahir dalam
mengendalikanSelain itu keadaan motivasi, fizikal dan
mental yang lemah boleh mengundah kemalangan
ketika melaksanakan kerja.
• Faktor pekerjaan. Persekitaran peralatan dan kawasan
kerja yang tidak sesuai dan rekabentuk serta rutin
senggaraan yang dilakukan juga boleh menyumbang
kepada berlakunya kemalangan. Contohnya jam operasi
jentera yang telah melampaui tempoh yang ditetapkan.
• Prestasi Penyeliaan. Kegagalan mematuhi prosedur
dan arahan yang disampaikan tidak sempurna serta
kelengkapan yang disediakan tidak mencukupi dalam
melaksanakan sesuatu kerja juga seringMengambil
mudah sesuatu prosedur yang telah ditetapkan dan
peraturan yang ada tidak dikuatkuasakan.
• Polisi dan Keputusan Pengurusan. Dalam
melaksanakan sesuatu prosedur dan proses kerja pihak
pengurusan hendaklah mengkaji dengan lebih
mendalam sebelum ia digunapakai, supaya tidak
mengundang kemalangan semasa kerja dilaksanakan.
Issue 17, Volume 9, 2016
4
Punca langsung kemalangan pula lebih menjurus kepada
kelakuan tidak selamat pekerja dan keadaan kerja yang tidak
selamat. Kelakuan pekerja yang tidak selamat ini boleh
ditafsirkan sebagai melaksanakan kerja dalam keadaan
terdedah kepada hazard antaranya tidak menggunakan
peralatan yang betul, tidak memakai Personal Protective
Equipment (PPE) apabila diperlukan, menggunakan peralatan
serta jentera yang tidak atau masih dalam selenggaraan,
bergurau semasa kerja dan bekerja dibawah pengaruh dadah
atau alkohol. Bagi bekerja dalam keadaan tidak selamat pula
ianya lebih tertumpu kepada keadaan di tempat
kerja. Suasana tempat kerja boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan seperti bunyi bising yang melampau sehingga
menyukarkan perhubungan komunikasi antara pekerja, sistem
pengudaraan dan pencahayaan yang tidak sempurna, ruang
kerja yang tidak dihadang terutamanya bekerja di tempat
tinggi dan persekitaran yang terdedah kepada hazard seperti
lubang yang tidak ditutup.
Kesan Dan Akibat Kemalangan
Kita menganggap kemalangan hanya memberi kesan buruk
pada fizikal seseorang seperti kecederaan, kecacatan dan
kematian. Sebenarnya banyak kesan negetif dan kerugian
yang dialami oleh pekerja dan juga majikan. Secara amnya
kesan seperti teori Bongkah Air dan ia boleh dibahagikan
kepada kesan nyata dan kesan tersembunyi. Kesan nyata ini
adalah kecederaan atau kematian kepada pekerja dan
kerosakan pada peralatan.
Manakala kesan tersembunyi ini sebenarnya lebih banyak
daripada kesan nyata dan menjadi kesan yang tinggi
tehadap kos keseluruhan kemalangan yang berlaku. Antara
kesan tersembunyi adalah kerugian produktiviti serta kualiti
kerja, kos pembersihan kawasan kemalangan, melatih
pekerja baru untuk melaksanakan kerja, membaiki peralatan
yang rosak semasa kemalangan, kerugian masa dan wang
untuk urusan mahkamah serta tenaga kerja untuk urusan
penyiasatan kemalangan menyebabkan kerja-kerja lain
tertangguh dan banyak lagi. Untuk kesan kepada mangsa
kemalangan pula mungkin menyebabkan tekanan kehidupan
dan trauma kepada mangsa serta keluarga.
Issue 17, Volume 9, 2016
5
Langkah Pencegahan
Terdapat pepatah menyatakan mencegah lebih baik dari merawat. Dalam mencegah kemalangan ini, pelbagai teori
telah dikeluarkan oleh pihak yang berkaitan dan yang paling popular adalah prinsip pencegahan yang di keluarkan
oleh Kementerian Buruh dan Perkhidmatan Kebangsaan UK 1956. Walaupun ianya telah hampir separuh abad
tetapi masih relavan, antara prinsip tersebut adalah:
• Kerjasama pengurusan dengan pekerja mestilah berterusan dan bersungguh-sungguh.
• Pemimpin tertinggi dan semua peringkat mestilah menyokong langkah keselamatan yang dilaksanakan.
• Dasar keselamatan dan kesihatan hendaklah jelas dan diketahui oleh semua peringkat.
• Pengetahuan dan kaedah terbaik mestilah digunakan.
Selain itu dalam mengawal kejadian kemalangan yang berlaku, terdapat juga teori mengawal hazard iaitu dengan
menghapuskan hazard dari tempat kerja, mengalihkan hazard ke tempat lain, kawalan kejuruteraan dengan
mengunakan peralatan tertentu seperti kipas ekzos untuk mengalihkan udara kotor, kawalan pentadbiran dengan
membuat prosedur tertentu dan akhir sekali adalah penggunaan PPE.
Kesimpulan
Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja perlu dititik beratkan kerana ia banyak memberi kesan yang baik
kepada pekerja dan organisasi. Untuk merealisasikan perkara ini perlu wujud kerjasama yang erat antara
organisasi dengan pekerja. Peningkatan pengetahuan, kemahiran dan penguatkuasaan secara berterusan sangat
penting dalam menjamin suasana, keadaan dan kelakuan kerja yang selamat dapat diwujudkan. Keselamatan dan
kesihatan pekerja perlulah diberi keutamaan dari segala-galanya.
Issue 17, Volume 9, 2016
Sumber maklumat: https://dalzakga.blogspot.my/2013/07/kemalangan-di-tempat-kerja.html
Continue… 6
What is required to make a workplace safe for
employees and legally compliant with the
Occupation Safety and Health Administration's
regulations? Building on the success of the first two
editions of Safety and Environmental Management,
this updated and expanded third edition discusses
the elements that should be included in any
organization's safety plan, including sample plans to
help guide managers in creating safety protocols for
their own companies.
In this book, author Frank Spellman covers the
subjects of accident investigation, hazard
communication, hazardous waste handling, confined
space entry, fire and hot work safety, lockout/tagout
procedures, personal protective equipment, OSHA
noise requirements, and more.
by Frank R. Spellman(Author)
Issue 17, Volume 9, 2016
Continue… 7
Editorial Reviews
About the Author
Frank R. Spellman is the author or co-author of more than 70
books on safety, occupational health, and natural and
environmental sciences. He has 45 years of experience in safety
and health and has served as a consultant for the U.S. Department
of Justice, a variety of law firms, and a number of non-
governmental organizations on environmental issues and health-
related matters. He is formerly an assistant professor of
environmental health at Old Dominion University.
Product Details
Hardcover: 362 pages
Publisher: Bernan Press; 3 edition (September 29, 2015)
Language: English
ISBN-10: 1598887696
ISBN-13: 978-1598887693
Product Dimensions: 7.2 x 1.1 x 10.3 inches
Shipping Weight: 1.6 pounds (View shipping rates and policies)
Average Customer Review: Be the first to review this item
Amazon Best Sellers Rank: #2,615,292 in Books (See Top 100 in
Books)
#753in Books > Business & Money > Industries > Manufacturing
#806in Books > Business & Money > Industries > Industrial
Relations
#831in Books > Law > Specialties > Labor Law
Would you like to update product info or give feedback on images?
Issue 17, Volume 9, 2016
8
Headline : Buruh maut digilis jentera perata jalan ketika tidur Publication : Kosmo Date : 07 September 2016 Page : 12
Issue 17, Volume 9, 2016
9
Headline : Eksperimen ‘rebus’ raksa Publication : Harian Metro Date : 08 September 2016 Page : 45
Issue 17, Volume 9, 2016
10
Headline : Panik bila tengok! Publication : Harian Metro Date : 10 September 2016 Page : 16
Issue 17, Volume 9, 2016
11
Headline : Lelaki maut terjatuh lif Publication : Kosmo Date : 23 Ogos 2016 Page : 19
Headline : Tragedi dandang meletup Publication : Berita Harian Date : 11 September 2016 Page : 41
Issue 17, Volume 9, 2016
12
Headline : Tingkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja Publication : Utusan Malaysia Date : 08 September 2016 Page : 13
Issue 17, Volume 9, 2016
13
Headline : Kemalangan jalan raya libatkan pekerja meningkat Publication : Utusan Malaysia Date : 03 September 2016 Page : 28
Issue 17, Volume 9, 2016
14
Headline : Crackdown on crane drivers Publication : The Star Date : 06 September 2016 Page : 4N
Issue 17, Volume 9, 2016
15
Headline : Not enough crane operators Publication : The Star Date : 07 September 2016 Page : 10N
Issue 17, Volume 9, 2016
16
Headline : DOSH seals 43 tower cranes over safety issues Publication : The Star Date : 08 September 2016 Page : 8N
Headline : Budaya negatif menyebabkan pekerja tertekan Publication : Utusan Malaysia Date : 19 September 2016 Page : 08
Issue 17, Volume 9, 2016
top related