i-pintas (integrated procedure of inquisitorial trial...
Post on 23-Jul-2019
240 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LAMPIRAN 1
i-PINTAS (Integrated Procedure of Inquisitorial Trial Access System)JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG
1.0 PENGENALAN
1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang ditubuhkan berdasarkan
Seksyen 42(1), (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Pulau Pinang 1993. JKSN bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutus
kes-kes disemua peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah
Rayuan di dalam pengurusan MAL, Jenayah dan Faraid.
Penubuhan kumpulan ini adalah hasil inisiatif Y.A.A Dato' Haji Abdul Walid bin Abu
Hassan yang berhasrat untuk menjadikan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau
Pinang sebagai “Smart Department”.
2.0 LAPORAN INOVASI (Nayatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan)
2.1 Tujuan Inovasi
Tujuan pelaksanaan projek i-PINTAS adalah untuk menyelesaikan masalah
kelewatan perbicaraan secara sebelah pihak yang telah mengambil masa yang lama
untuk diselesaikan. I-PINTAS juga memperkenalkan satu sistem penyediaan afidavit
keterangan kepada pelanggan bagi memudahkan penyediaan afidavit. Sistem
tersebut dinamakan sebagai e-Afidavit.
2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi
in-house
2.3 Proses sebelum dan selepas
Sebelum inovasi diadakan terdapat masalah kelewatan kes yang melibatkan
prosiding perbicaraan sebelah pihak khususnya ke Mal yang (Uncontested) kerana
prosiding tersebut mengambil tempoh yang agak lama untuk diselesaikan iaitu
dengan jumlah tangguhan masa selama 381 hari dan tangguhan kehadiran
sebanyak 13 kali. (lihat rajah di bawah)
Selepas inovasi dijalankan didapati tempoh masa prosiding perbicaraan telah
berjaya dikurangkan dengan jumlah tangguhan masa melalui Projek i-PINTAS adalah
82 hari sahaja dan jumlah kehadiran pelanggan ke Mahkamah sebanyak 4 hari.
(lihat rajah di bawah)
2.4 Elemen penurunan kuasa (jika ada)
2.5 Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/jabatan/agensi/Negara:
i) Elemen Inovatif/Kreativiti
Keseluruhan rangkaian sistem iaitu E-Afidavit, E-Syariah, E-Bicara, E-
Judgement adalah dinamakan sistem i-PINTAS (Integrated Procedure of
Inquisitorial Trial Access System) dengan keyakinan kes perbicaraan
sebelah pihak dapat diselesaikan dengan amat cepat dan segera serta
bersesuaian dengan motto “Bicara Pantas Keputusan Tuntas” adalah
merupakan nadi pelaksanaan i-PINTAS.
ii) Elemen Keberkesanan
Penyeragaman dan Pengawasan
Kumpulan telah mengambil tindakan penyeragaman dalam pelaksanaan
projek ini di antaranya ialah mengeluarkan Surat Pekeliling KHS Bil.11/2015
berhubung pelaksanaan i-PINTAS ke seluruh daerah Mahkamah Syariah di
Negeri Pulau Pinang.
Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan bagi tujuan pengawasan dan
pemantauan secara berkala projek ini untuk mengenalpasti permasalahan
tangguhan kes yang lama. Mesyuarat Jawatankuasa Khas tersebut diadakan
setiap 2 bulan sekali.
iii) Elemen Signifikan
Impak Kehadiran Pelanggan
Kes perbicaraan secara sebelah pihak dapat mengurangkan kekerapan
kehadiran pelanggan ke Mahkamah daripada 13 kali kepada 4 kali kehadiran
Impak Masa/Hari
Kes perbicaraan sebelah pihak dapat menjimatkan tempoh masa
tangguhan daripada 381 hari kepada 82 hari.
Impak Kehadiran Pelanggan Ke Mahkamah
Kes perbicaraan secara sebelah pihak dapat menjimatkan kos
pelanggan yang hadir ke mahkamah. Pelanggan yang berada di dalam
Negeri Pulau Pinang penjimatan kos daripada RM806.00 kepada
RM248.00 manakala pelanggan yang berada di luar Negeri Pulau Pinang
penjimatan kos daripada RM2990.00 dapat dikurangkan kepada
RM920.00.
Impak Kos Penyediaan Sistem
Projek inovasi i-PINTAS juga tidak menjejaskan kos perbelanjaan
jabatan kerana perancangan dan pembangunan inovasi yang diperkenal
adalah dibangunkan oleh pegawai dan kakitangan jabatan. Manakala
sistem e-Afidavit yang digunakan adalah dibangunkan oleh pegawai
jabatan sendiri secara in-house dan hanya menggunakan peralatan ICT
yang telah sedia ada tanpa melibatkan implikasi kewangan yang tinggi.
iv) Elemen Relevan
Projek ini secara am nya memberi impak sosial kepada masyarakat ke arah
merealisasikan hasrat jabatan untuk meningkatkan tahap kepuasan hati
pelanggan terhadap perkhidmatan jabatan, di antaranya ialah:-
I) Menghentikan pertelingkahan di antara bekas pasangan dengan
segera.
II) Menghentikan tekanan mental dan emosi ke atas pasangan yang
bertelingkah dengan segera tanpa perlu menghadapi proses
perbicaraan yang panjang di Mahkamah.
III) Menghentikan tekanan emosi dan mental kanak-kanak yang terlibat
dalam pertelingkahan ibu bapa mereka.
IV) Memulihkan segera keadaan pihak-pihak dan mereka boleh
meneruskan kehidupan masing-masing tanpa gangguan.
2.6 Pengiktirafan diterima
Tiada
2.7 Gambar-gambar berkaitan
2.8 Implikasi Kewangan (jika ada)
3.0 PENUTUP
Projek i-PINTAS ini telah memberi impak yang memberansangkan kepada mutu
perkhidmatan perundangan di JKSNPP. Dengan terciptanya inovasi ini banyak kes-kes
sebelah pihak dapat diselesaikan dalam tempoh singkat, pantas dan menghasilkan
keputusan tuntas.
Disediakan oleh:
Nama Pegawai : SHAHAROM BINTI MOHD SHAH HIMI
Tel :6505748
Emel :shaharom @penang.gov.my
top related