i-pintas (integrated procedure of inquisitorial trial...

7
LAMPIRAN 1 i-PINTAS (Integrated Procedure of Inquisitorial Trial Access System) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 1.0 PENGENALAN 1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang ditubuhkan berdasarkan Seksyen 42(1), (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993. JKSN bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutus kes-kes disemua peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan di dalam pengurusan MAL, Jenayah dan Faraid. Penubuhan kumpulan ini adalah hasil inisiatif Y.A.A Dato' Haji Abdul Walid bin Abu Hassan yang berhasrat untuk menjadikan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang sebagai “Smart Department”. 2.0 LAPORAN INOVASI (Nayatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan) 2.1 Tujuan Inovasi Tujuan pelaksanaan projek i-PINTAS adalah untuk menyelesaikan masalah kelewatan perbicaraan secara sebelah pihak yang telah mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. I-PINTAS juga memperkenalkan satu sistem penyediaan afidavit keterangan kepada pelanggan bagi memudahkan penyediaan afidavit. Sistem tersebut dinamakan sebagai e-Afidavit. 2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi in-house 2.3 Proses sebelum dan selepas Sebelum inovasi diadakan terdapat masalah kelewatan kes yang melibatkan prosiding perbicaraan sebelah pihak khususnya ke Mal yang ( Uncontested) kerana prosiding tersebut mengambil tempoh yang agak lama untuk diselesaikan iaitu dengan jumlah tangguhan masa selama 381 hari dan tangguhan kehadiran sebanyak 13 kali. (lihat rajah di bawah)

Upload: vuongdang

Post on 23-Jul-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAMPIRAN 1

i-PINTAS (Integrated Procedure of Inquisitorial Trial Access System)JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

1.0 PENGENALAN

1.1 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang ditubuhkan berdasarkan

Seksyen 42(1), (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri

Pulau Pinang 1993. JKSN bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutus

kes-kes disemua peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah

Rayuan di dalam pengurusan MAL, Jenayah dan Faraid.

Penubuhan kumpulan ini adalah hasil inisiatif Y.A.A Dato' Haji Abdul Walid bin Abu

Hassan yang berhasrat untuk menjadikan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau

Pinang sebagai “Smart Department”.

2.0 LAPORAN INOVASI (Nayatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan)

2.1 Tujuan Inovasi

Tujuan pelaksanaan projek i-PINTAS adalah untuk menyelesaikan masalah

kelewatan perbicaraan secara sebelah pihak yang telah mengambil masa yang lama

untuk diselesaikan. I-PINTAS juga memperkenalkan satu sistem penyediaan afidavit

keterangan kepada pelanggan bagi memudahkan penyediaan afidavit. Sistem

tersebut dinamakan sebagai e-Afidavit.

2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi

in-house

2.3 Proses sebelum dan selepas

Sebelum inovasi diadakan terdapat masalah kelewatan kes yang melibatkan

prosiding perbicaraan sebelah pihak khususnya ke Mal yang (Uncontested) kerana

prosiding tersebut mengambil tempoh yang agak lama untuk diselesaikan iaitu

dengan jumlah tangguhan masa selama 381 hari dan tangguhan kehadiran

sebanyak 13 kali. (lihat rajah di bawah)

Selepas inovasi dijalankan didapati tempoh masa prosiding perbicaraan telah

berjaya dikurangkan dengan jumlah tangguhan masa melalui Projek i-PINTAS adalah

82 hari sahaja dan jumlah kehadiran pelanggan ke Mahkamah sebanyak 4 hari.

(lihat rajah di bawah)

2.4 Elemen penurunan kuasa (jika ada)

2.5 Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/jabatan/agensi/Negara:

i) Elemen Inovatif/Kreativiti

Keseluruhan rangkaian sistem iaitu E-Afidavit, E-Syariah, E-Bicara, E-

Judgement adalah dinamakan sistem i-PINTAS (Integrated Procedure of

Inquisitorial Trial Access System) dengan keyakinan kes perbicaraan

sebelah pihak dapat diselesaikan dengan amat cepat dan segera serta

bersesuaian dengan motto “Bicara Pantas Keputusan Tuntas” adalah

merupakan nadi pelaksanaan i-PINTAS.

ii) Elemen Keberkesanan

Penyeragaman dan Pengawasan

Kumpulan telah mengambil tindakan penyeragaman dalam pelaksanaan

projek ini di antaranya ialah mengeluarkan Surat Pekeliling KHS Bil.11/2015

berhubung pelaksanaan i-PINTAS ke seluruh daerah Mahkamah Syariah di

Negeri Pulau Pinang.

Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan bagi tujuan pengawasan dan

pemantauan secara berkala projek ini untuk mengenalpasti permasalahan

tangguhan kes yang lama. Mesyuarat Jawatankuasa Khas tersebut diadakan

setiap 2 bulan sekali.

iii) Elemen Signifikan

Impak Kehadiran Pelanggan

Kes perbicaraan secara sebelah pihak dapat mengurangkan kekerapan

kehadiran pelanggan ke Mahkamah daripada 13 kali kepada 4 kali kehadiran

Impak Masa/Hari

Kes perbicaraan sebelah pihak dapat menjimatkan tempoh masa

tangguhan daripada 381 hari kepada 82 hari.

Impak Kehadiran Pelanggan Ke Mahkamah

Kes perbicaraan secara sebelah pihak dapat menjimatkan kos

pelanggan yang hadir ke mahkamah. Pelanggan yang berada di dalam

Negeri Pulau Pinang penjimatan kos daripada RM806.00 kepada

RM248.00 manakala pelanggan yang berada di luar Negeri Pulau Pinang

penjimatan kos daripada RM2990.00 dapat dikurangkan kepada

RM920.00.

Impak Kos Penyediaan Sistem

Projek inovasi i-PINTAS juga tidak menjejaskan kos perbelanjaan

jabatan kerana perancangan dan pembangunan inovasi yang diperkenal

adalah dibangunkan oleh pegawai dan kakitangan jabatan. Manakala

sistem e-Afidavit yang digunakan adalah dibangunkan oleh pegawai

jabatan sendiri secara in-house dan hanya menggunakan peralatan ICT

yang telah sedia ada tanpa melibatkan implikasi kewangan yang tinggi.

iv) Elemen Relevan

Projek ini secara am nya memberi impak sosial kepada masyarakat ke arah

merealisasikan hasrat jabatan untuk meningkatkan tahap kepuasan hati

pelanggan terhadap perkhidmatan jabatan, di antaranya ialah:-

I) Menghentikan pertelingkahan di antara bekas pasangan dengan

segera.

II) Menghentikan tekanan mental dan emosi ke atas pasangan yang

bertelingkah dengan segera tanpa perlu menghadapi proses

perbicaraan yang panjang di Mahkamah.

III) Menghentikan tekanan emosi dan mental kanak-kanak yang terlibat

dalam pertelingkahan ibu bapa mereka.

IV) Memulihkan segera keadaan pihak-pihak dan mereka boleh

meneruskan kehidupan masing-masing tanpa gangguan.

2.6 Pengiktirafan diterima

Tiada

2.7 Gambar-gambar berkaitan

2.8 Implikasi Kewangan (jika ada)

3.0 PENUTUP

Projek i-PINTAS ini telah memberi impak yang memberansangkan kepada mutu

perkhidmatan perundangan di JKSNPP. Dengan terciptanya inovasi ini banyak kes-kes

sebelah pihak dapat diselesaikan dalam tempoh singkat, pantas dan menghasilkan

keputusan tuntas.

Disediakan oleh:

Nama Pegawai : SHAHAROM BINTI MOHD SHAH HIMI

Tel :6505748

Emel :shaharom @penang.gov.my