gaya penulisan akhbar2009
Post on 12-Jun-2015
2.664 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENDAHULUAN
Penulisan merupakan wacana terpenting untuk menyampaikan mesej. Malangnya,
bidang penulisan, penyuntingan, penterjemahan dan penerbitan di Malaysia
mengalami masalah mutu persembahan yang tidak menepati tahap profesional
dan boleh menjejaskan penerimaan kumpulan sasar. Pelbagai dokumen rasmi,
bahan bacaan, rujukan, promosi dan sebagainya yang sering mengandungi
pelbagai kesilapan dan ketidak jelasan makna adalah disebabkan individu
yang menghasilkannya tidak atau kurang mahir tentang teknik penulisan dan
penyuntingan yang sebenar. Secara tidak lansung, kelemahan ini
menggambarkan ketidakprofesionalan individu atau lebih malang lagi,
sesebuah organisasi.
Akhbar pula memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat sebagai
penyalur pelbagai maklumat yang boleh mempengaruhi pembaca. Akhbar juga dikatakan
sebagai wadah kepada pemikiran rakyat.Baik buruknya pemikiran rakyat terletak kepada
penyampaian yang disajikan kepada rakyat.Akhbar juga berperanan sebagai sumber
berita utama yang dipercayai keesahan sumber maklumatnya.Jadi dapatlah dikatakan
bahawa tanggungjawab akhbar berperanan sebagai nadi dan hala tuju ke arah kebaikan
ataupun keburukan. Dalam menjalankan agenda yang tersembunyi terdapat banyak
kecenderungan oleh akhbar bertujuan untuk menarik pelanggan mahupun pembaca
dengan apa cara sekalipun. Asalkan suratkhabar yang ditulis itu menjadi hangat dipasaran
tanpa mengambil kira soal tanggungjawab sosial akhbar terhadap masyarakat. Selain
pengaruh positif, ianya juga memberi kesan negatif dalam kehidupan
masyarakat.Sebenarnya budaya ini ataupun “Trend” ini telahpun berlaku di barat dengan
melaporkan berita yang tidak mengambil kira kesan moral atau kesan negatif selain
menjadikan pemberita sebagai seorang yang sensasi,terkenal dan seterusnya menjadikan
akhbar tersebut popular dan mendapat keuntungan yang besar hasil dari penjualan
tersebut
Akhbar merupakan bahan bacaan yang sangat popular di Malaysia. Di Malaysia
terdapat akhbar dalam pelbagai bahasa terutamanya Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan
1
Tamil,Dusun dan juga dalam Bahasa Iban. Akhbar yang diterbitkan setiap hari dikenali
sebagai akhbar harian seperti Berita harian,Utusan Malaysia,New Strait Times dan
Harian Metro manakala yang lain diterbitkan seminggu sekali atau pada hari-hari tertentu
dalam seminggu.
PERANAN AKHBAR
Umumnya, pembacaan akhbar harian di Semananjung Malaysia didapati pada 54
peratus penduduk yang berusia 15 tahun ke atas. Peningkatan pembacaan akhbar harian
dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini adalah didorong oleh akhbar-akhbar harian
Bahasa Malaysia. Harian Metro memiliki paling banyak pembaca dengan
jangkauan 15 peratus. Ia diikuti oleh Berita Harian (8%), Utusan Malaysia (7%) dan
Kosmo (3%). (Sila lihat rajah 1)
Di kalangan akhbar harian berbahasa Inggeris, Star mengekalkan kedudukan
utamanya dengan lapan peratus bilangan pembaca. Ini diikuti oleh NST dan The Sun
yang kedua-duanya memiliki bilangan pembaca seramai dua peratus setiap satunya.
Malay Mail pula hanya mempunyai kurang daripada satu peratus bilangan pembaca.
Bagi akhbar harian Cina, Sin Chiew Daily mengekalkan kedudukan teratasnya
dengan memiliki bilangan pembaca seramai lapan peratus. Ini dituruti oleh China Press
dengan bilangan pembaca seramai lima peratus. Bilangan pembaca Guang Ming Daily
danNanyang kekal ke paras dua peratus bagi setiap akhbar.
Di kalangan akhbar harian Tamil, Nanban mengekalkan kedudukan utamanya
dengan bilangan pembaca seramai dua peratus dan diikuti oleh Tamil Nesan yang
bilangan pembacanya kurang daripada satu peratus.
Adalah jelas bahawa kian ramai rakyat Malaysia menggunakan media dalam talian
bagi mendapatkan bahan atau maklumat terkini atau untuk mengemaskinikannya. Ini
jelas dilihat dengan peningkatan 35 peratus bilangan pembaca akhbar dalam talian dalam
tempoh setahun yang menghampiri sejuta pembaca.
Namun begitu, adalah cukup jelas jua bahawa pencari berita atau maklumat
tidak memingirkan media massa tradisional. Ini kerana sembilan daripada sepuluh
pembaca masih menggunakan akhbar harian biasa bagi mendapatkan berita atau
2
maklumat yang mereka mahukan atau untuk mengemaskinikan pengetahuan Sebagai
wadah menyebarkan maklumat seringkali akhbar dianggap sebagai mempunyai
agenda.Secara jujurnya biarlah kita akur dan mengakui bahawa kewujudan agenda ini
jika kita menerima hakikat bahawa akhbar tidak boleh lari daripada matlamatnya sebagai
alat penyebar ideal sosial dan penentu agenda sebagaimana dirumuskan oleh beberapa
kajian mengenainya.Kewujudan akhbar sebagai alat utama dan lidah kerajaan merupakan
satu instrumen kepada melahirkan agenda pro dan kontranya.Adalah tidak dinafikan
bahawa ada sesetengah akhbar yang begitu taksub dan pro kepada pemerintah.
Berbeza di negara yang mengamalkan sistem authoritarian atau Komunis, akhbar
di negara membangun menjadi intipati memenuhi keperluan masyarakat dan kerajaan. Di
negara mengamalkan sistem demokrasi, akhbar dirujuk sebagai percubaan mencari
kebenaran dan memaklumatkan masyarakat. Memang ramai yang mempersoalkan
perkara ini. Namun, sesuatu yang tidak boleh dinafikan, di mana-mana saja di dunia,
wujud konflik antara akhbar dan kerajaan. Hasil daripada konflik inilah sebenarnya
tercetusnya sistem kawalan sosial yang mana hubungan antara individu dan institusi
dapat diubahsuai atau diseimbangkan. Dalam menangani isu gelaja sosial, umpamanya,
kita lihat semua institusi ini bergerak seiringan.
Menurut Laporan Mac Bride, Unesco, 1980, 1984, hubungan getis dalam
instrumen politik mempengaruhi komunikasi ialah antara kuasa dan komunikasi dan
antara komunikasi dan kebebasan. Perbezaan konsep antara hubungan kedua-duanya
wujud di sekeliling dunia bergantung kepada tradisi, sistem sosial dan keperluan
pembangunan. Malaysia mempunyai falsafah Rukun Negara yang berteraskan kepada
perpaduan rakyat, mengekalkan demokrasi, mewujudkan masyarakat yang adil,
melaksanakan pendekatan yang liberal dalam membentuk budaya dan tradisi,
mewujudkan masyarakat yang progresif berorientasikan sains dan teknologi moden. Ini
sudah pun menjadi misi.
Thomas Jefferson dalam ucapan pelantikannya yang kedua berkata: "Meriam-
meriam akhbar telah ditujukan ke arah kita, dengan mempergunakan apa sahaja
kebebasan yang dapat diikhtiarkannya... penyalahgunaan satu institusi yang begitu
penting kepada kebebasan dan sains sangatlah dikesali kerana ia boleh mengurangkan
manfaatnya dan kesejahteraannya" (Dipetik daripada James Reston, 1966).
3
Menurut Reston, wartawan Amerika selalu merasa bimbang terhadap dilema antara
tanggungjawab mereka terhadap kebenaran dan tanggungjawab mereka terhadap negara
sendiri. Tetapi, katanya, walaupun mereka selalu menyulitkan para pegawai dengan
melaporkan fakta malah kadangkala mengganggu dasar umum, "tradisi melaporkan fakta
walau betapa menyakiti sekalipun adalah lebih kuat daripada yang lain" (James Reston,
1966: IX). Dalam peperangan Vietnam, pihak tentera mencaci media Amerika kerana
"mensensasikan" peperangan itu. Mereka mengatakan pihak media telah mereka-reka
setengah-setengah berita mereka sendiri dan membesar-besarkan setengah-setengah
berita yang lain.
Peranan akhbar tidak boleh dilihat dalam konteks penggunaan bahasa dan
mempertahankan nilai budaya yang baik semata-mata. Bahasa akhbar mempunyai
standardnya tersendiri. Ramai juga yang menegur apabila akhbar berbahasa Melayu
menggunakan bahasa asing seolah-olah bahasa Melayu ketandusan terminologi. Masalah
ini cuba diperbaiki dari semasa ke semasa. Ia tidak boleh dianggap sebagai pengabaian
tetapi sebenarnya ia masih dalam proses pembetulan disebabkan kekacauan terminologi
baru dalam pelbagai bidang baru yang mana akhbar sendiri memerlukan petunjuk yang
jelas. Tentunya, kita juga mengharapkan bantuan kepakaran daripada pakar-pakar
bahasa.
Kalau hendak dibandingkan di segi bilangan berhubung urusan penterjemahan
bahasa terutamanya dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, akhbar berbahasa Melayu
mampu bersaing dengan mana-mana organisasi sekalipun walaupun dengan penterjemah
buku sekali pun. Akhbar berbahasa Melayu bukan saja menterjemah bahan-bahan
daripada agensi berita tiap-tiap hari, tetapi juga ucapan tokoh-tokoh, kertas kerja,
temubual dalam bahasa asing dan sebagainya terutamanya jika ia membabitkan orang
asing. Tugas ini dibuat supaya pembaca turut membahami pemikiran orang lain. Dalam
proses penterjemahan yang terlalu banyak, mungkin timbul beberapa kejanggalan bahasa
dan mesej yang cuba disampaikan.
Akhbar boleh menjadi peneraju dalam penggunaan bahasa, tetapi kita juga
mahukan kesepakatan. Akhbar sedar bahasa bahasa di sesebuah negara dianggap sebagai
sebahagian daripada budaya, atau kebudayaan dianggap sebagai kepentingan total kepada
bahasa. Ini bermakna ia bergantung antara satu dengan lain. Akhbar sedar bahasa adalah
4
alat perantara antara satu kaum dengan kaum lain, satu zaman dengan zaman yang lain
dan satu kemajuan dengan kemajuaan yang lain. Kita mahukan semua kaum membaca
akhbar berbahasa Melayu tetapi pembaca mempunyai cita rasa tersendiri.
GAYA PENULISAN
Dalam mempelajari modul ini sebenarnya ianya telah memperkayakan
pengetahuan terhadap peranan akhbar dan juga menambahkan pengetahuan terhadap
gaya penulisan akhbar samada di Malaysia atau diluar Negara.Walaupun pada prinsipnya
pemilihan berita penyiaran dengan berita media cetak pada umumnya hampir sama tetapi
sebenarnya ada sedikit perbezaan. Berita Penyiaran lebih menumpukan liputan peristiwa
yang memberi kesan ke atas ramai orang, isu semasa, peristiwa tempatan dan konflik atau
perkara luarbiasa.Ini berlainan semasa saya tidak membaca modul ini pengetahuan saya
hanya terhad kepada berita berbentuk digital sahaja tanpa mengambil tahu bahawa dalam
akhbar juga ada berita dengan gaya penulisan tersendiri.
1.Terkini/Terbaru.
Oleh kerana media siaran mampu menyalurkan maklumat dengan pantas
berbanding akhbar maka pemilihan berita dibuat berdasarkan berita terbaru. Ini
diutamakan dalam berita penyiaran kerana saingannya akhbar, terbit esok. Maka
kelebihan ini harus dimanfaatkan sepenuhnya. Berita Radio juga kini disiarkan
setiap jam. Ini bermakna setiap minit perkembangan yang baru berlaku perlu
dilaporkan. Berita yang berlaku dua jam atau sejam yang lalu sudah dianggap basi
bagi bagi media elektronik. Oleh kerana itu, pendengar yang membuka radio atau
menonton berita TV mahukan berita terkini atau yang baru berlaku.
2.Maklumat bukan penjelasan.
Berita-berita yang dipilih untuk siaran media elektronik biasanya tidak
memerlukan banyak penjelasan untuk pendengar atau penonton. Bahan berita
yang dipilih biasanya mudah dan boleh disampaikan terus kepada penerima.
Panjang maksimum sesuatu bahan berita untuk siaran televisyen biasanya dua
minit manakala panjang normal sekitar 20 saat hingga 30 saat. Kadangkala agak
sukar untuk seseorang pemberita untukmenulis berita yang seringkas ini kerana
5
banyak fakta yangperlu dimasukkan. Namun begitu, mereka seharusnya belajar
menulis sepadat mungkin kerana banyak lagi bahan-bahan lainyang hendak
digunakan.
3.Kesan audio atau visual.
Berita Penyiaran mengutamakan berita yang mempunyai kesan audio atau
visual.Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi lebih menarik
jika dapat mendengar suaranya sendiri (actualiti) berbandingsekadar membaca
kenyataannya sahaja. Demikian juga bencana banjir, cerita akan lebih menarik
jika penonton dapatmenyaksikan suasana banjir berbanding sekadar penceritaan
tanpa gambar. Wartawan media penyiaran lazimnya memilih bahan-bahan yang
mempunyai gambar dan audio. Namun begitu, jika ada bahan penting yang tiada
gambar, penyunting masih menggunakannya dengan memasukkan grafik dan
sebagainya.
Dalam mempelajari modul ini kami dapat menjelaskan gaya bahasa akhbar secara
umum kerana ianya amat berbeza dengan gaya penulisan cerpen,karangan,majalah,buku
cerita dan juga novel.Bagi gaya penulisan akhbar ianya mempunyai format dan gayanya
yang tersendiri yang wajib diikuti oleh setiap penulis akhbar ataupun berita.Contohnya
seperti ayat dan perenggan haruslah pendek orang yang dinamakan dalam berita
hendaklah dikenalpasti.Lihat contoh berikut.
UTUSAN Melayu (Malaysia) Berhad akan menerbitkan akhbar berwajah baru mulai keluaran Mingguan Malaysia esok diikuti dengan Utusan Malaysia pada hari Isnin.Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin berkata pembaharuan itu dilakukan atas desakan komersial dan bagi memenuhi citarasa pembaca yang mahu kelainan dari segi rupa paras kosmetik, persembahan dan kandungan berita."Anggota kumpulan Utusan akan pastikan isi kandungan akhbar keluarannya mengikut citarasa pembaca yang berubah-ubah seiring dengan cabaran masa ini dari segi ekonomi mahupun kehadiran media baru," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran wajah baru akhbar itu di ibu pejabatnya di sini, Sabtu.Antara yang hadir di majlis itu ialah bekas-bekas peneraju Kumpulan Utusan seperti Tan Sri Mazlan Nordin, Tan Sri HM Shah, Datuk Zainudin Maidin dan Said Zahard.Hashim berkata perubahan ini bukan sekadar pada wajahnya sahaja malah penulisan berita baru yang melangkaui gaya penulisan berita biasa yang konservatif.
6
Jika dilihat kepada gaya penulisan tersebut maka dapat dikatakan bahwa gaya tersebut
berbentuk gaya umum dan ianya berbeza dengan gaya ekonomi atau perniagaan.
Begitu juga dalam penyediaan kapi dalam akhbar.Ianya mempunyai cara dan
teknik khusus yang wajar diikuti serta bukan hanya mengikut apa yang difikirkan perlu.
Penyuntingan ini bertujuan menghapuskan segala halangan yang ada antara pembaca
dengan apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Penyuntingan kapi akan dilakukan
perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, dan adakalanya huruf demi huruf. Editor kapi
yang bertanggungjawab melakukan penyuntingan ini mestilah seorang yang
berkebolehan membuat keputusan dengan cepat, logik, dan boleh mempertahankan
keputusannya. Perkara yang diliputi secara teliti dan terperinci semasa penyuntingan ini
ialah aspek fakta, bahasa, dan gaya persembahan.
Apakah Yang Perlu Disunting?
Bahasa yang betul.
Ejaan. Merujuk kepada Kamus Dewan & Istilah DBP.
Struktur Ayat. Elakkan perkataan atau ayat yang berulang.
Ketepatan maklumat.
Konsep manuskrip.
Bentuk dan gaya.
Hubungkait antara ayat, antara perenggan, antara sub bab/bab.
Label dan kapsyen rajah dan jadual satu/dua poin lebih kecil. Perlu jelas dan menarik.
Judul dalam senarai kandungan sama seperti dalam teks.
Halaman asas disertakan.
Rujukan/bibliografi ditulis mengikut format.
Indeks – entri utama dan subentri.
Siapakah Yang Boleh Menyunting?
7
Pakar bidang yang arif dalam bidang yang disunting,
Mempunyai keterampilan berbahasa, dan
Berminat dalam menjana terbitan bahan-bahan bermutu.
Penguasaan bahasa, sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sangat penting
sebelum penulis menulis sesuatu topik. Pembacaan haruslah lebih luas dan mantap.
Apabila membaca sesuatu karya, apa yang penting ialah untuk membaca sebagai penulis
dan bukan hanya semata-mata sebagai pembaca. Aspek penulisan sesebuah karya harus
dikaji. Penulis yang baik merupakan penulis yang mampu menguasai bahasa, menguasai
subjek yang ditulis, dan menguasai teknik penulisan. Bahasa harus digunakan sebagai
alat untuk meluaskan ilmu pengetahuan.
Menjadi penulis yang baik menuntut ketabahan dan ketekunan dan mempunyai
disiplin yang teguh sebagai penulis. Kelancaran menulis hanya akan dapat dikuasai jika
kita rajin menulis. Penulis itu harus menjadi pengkritik yang baik terhadap hasil
tulisannya sendiri. Penulis perlu mempunyai sumber bahan bacaannya sendiri dan
mempunyai contoh penulisan yang baik. Penulisan yang baik merupakan cetusan
daripada seluruh pembacaan dan seluruh pengalaman penulis terhadap sesuatu perkara
yang ditulis. Hal ini dapat mengelakkan penulis muda membuat kesilapan dengan
menggunakan perkataan yang bombastik semata-mata. Jika terdapat hasil tulisan daripada
seorang yang pakar tentang sesuatu isu dan dibandingkan dengan penulis muda yang
turut menulis hal yang sama, maka tulisan daripada seorang pakar adalah lebih diyakini
berbanding dengan penulis muda dan lebih layak untuk disiarkan di akhbar atau mana-
mana majalah yang baik. Penulis yang baik merupakan seorang penulis yang kritis dan
berusaha bersungguh-sungguh dalam memenuhi tugasannya sebagai penulis.
Penulis juga harus memikirkan tentang khalayak yang akan membaca hasil
tulisannya, dalam hal ini khalayak yang akan membaca tulisannya perlu yang uas dan
merangkumi semua lapisan masyarakat. Selain itu, persaingan yg dihadapi oleh para
penulis juga perlu difikirkan. Tema yang dipilh perlu luar biasa, aneh dan mampu
menarik perhatian khalayak yang membacanya. Selain itu, dengan menggunakan teknik
penulisan yang baik, isu yang biasa juga boleh menjadi menarik pada pandangan
8
pembaca, dengan syarat ianya mestilah dipersembahkan daripada persepsi yang
berbeza.Penulis perlu bijak memperalatkan bahasa untuk menyatakan rasa fikiran dan
pendapat, hasil penyiasatan dalam bentuk tukisan yang mempunyai nilai sastera.
Jangan takut menghadapi persaingan daripada penulis yang dianggap berpengalaman
kerana kadangkala, pengalaman yang mereka miliki merupakan halangan terbesar bagi
membawa kesegaran dan perubahan dalam penulisan.Gaya penulisan yang baik adalah
yang selari dengan perawakan dan jiwa seseorang penulis, dan gaya penulisan orang lain
tidak boleh ditiru melainkan gayabahasa tersendiri perlu dibentuk dan dispesifikkan.
ASPEK YANG DIKETAHUI SEBELUM MEMBACA MODUL
Dalam gaya penulisan akhbar sebenarnya telah banyak saya pelajari berdasarkan
kepada pengalaman membaca akhbar seperti Berita Harian,Utusan Malaysia dan juga
pelbagai akhbar yang ada di Malaysia dan juga luar Negara.Dalam tugasan ini saya akan
menghuraikan beberapa aspek yang saya ketahui sebelum membaca modul ini seperti
penulisan berita. Dengan penulisan berita dimaksudkan laras bahasa yang digunakan di
lembaran akhbar, majalah dan pelbagai jenis penerbitan yang disediakan khas untuk
bacaan umum. Termasuk di bawah judul ini juga ialah bahasa yang digunakan untuk
menyampaikan berita dan maklumat melalui media elektronik seperti televisyen dan
bentuk-bentuk digital lain. Namun begitu, tumpuan lebih akan diberikan kepada bahasa
yang digunakan di lembaran akhbar.Penulisan berita merangkumi tulisan-tulisan yang
berbentuk laporan berita, ulasan berita dan rencana tentang berita.
Dalam sesebuah akhbar, bahagian yang penting ialah laporan berita. Satu ciri
laporan akhbar ialah formatnya yang khusus. Pertama ialah judul berita lazimnya
berbentuk ringkas dan kadang kala tidak memenuhi peraturan tatabahasa. Kadang kala
nama jurulapor dimasukkan, tetapi amalan ini tidak berlaku bagi semua berita. Jika
difikirkan perlu, diperturunkan kutipan, jika berita itu melaporkan sesuatu kenyataan
yang dibuat oleh pemimpin negara atau tokoh-tokoh tertentu. Berikut ialah contoh yang
dipetik daripada halaman dua,
Mingguan Malaysia 2 Mei 2008.
9
Gaji minimum ditangguh Oleh Saifulizam Mohamad dan Amran Mulup
“MTUC boleh mengadakan sehingga 100 demonstrasi jika itu yang mereka mahukan,
tetapi buat masa ini kerajaan sememangnya tidak dapat melaksanakan tuntutan tersebut”–
Abdullah Ahmad Badawi.
Ciri seterusnya ialah laporan berita dimulakan dengan penyataan tempat dan
tarikh berita itu berlaku. Dalam Mingguan Malaysia, nama tempat ditulis dengan huruf
besar.Contohnya:
KUALA LUMPUR 3 Mei – Demikianlah aspek format tentang cara berita dilaporkan di
dada akhbar. Tentang bahasa pula, satu ciri yang membezakan laras ini daripada laras
lain ialah bagaimana berita itu disampaikan. Satu sifat yang menonjol ialah ayat-ayatnya
panjang, selalunya satu perenggan terdiri daripada satu ayat. Hal ini demikian kerana
pemberita ingin memuatkan segala macam maklumat yang relevan dalam perenggan
tersebut. Dengan demikian, ayat yang dihasilkan berbentuk ayat majmuk campuran yang
padat dan penuh dengan isi.
KUALA LUMPUR 3 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari
ini menegaskan bahawa cadangan gaji minimum RM900 seperti yang diminta oleh
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan pada
masa ini.
Ayat di atas terdiri daripada ayat majmuk campuran yang mengandungi ayat majmuk
komplemen dan ayat majmuk relatif. Dalam ayat-ayat ini pula maklumat tambahan juga
terdapat, seperti nama penuh Perdana Menteri, jumlah gaji minimum yang dipohon dan
keterangan waktu atau masa permohonan gaji minimum itu tidak dapat dilaksanakan.
Satu lagi ciri bahasa laporan berita ialah sifat memetik, kerana yang dilaporkan itu
kadang-kadang berbentuk sesuatu yang dinyatakan oleh seseorang. Petikan boleh
berbentuk laporan dan boleh juga secara langsung. Contoh pertama, “Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Hari Pekerja 2008 di Stadium Putera
10
Bukit Jalil di sini hari ini.”
Contoh kedua: Beliau berkata, “Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita
mempunyai sebab untuk menangguhkannya.”
Dari segi ungkapan dan perkataan yang digunakan, satu ciri yang jelas kelihatan ialah
perkataan-perkataan yang menunjukkan aspek pelaporan, se perti “Menurut Presiden
MTUC...”, “Ujarnya lagi, ...”, “Terdahulu dalam ucapannya, ...” “Kata beliau ...”, dan
“Ketika mengulas perkara itu, beliau telah mengatakan ....”
Sehingga kini telah dihuraikan laporan berita, juga cirinya yang khusus termasuklah judul
berita yang ringkas, bahasa laporan yang bersifat memetik dan menggunakan ayat yang
panjang. Huraian tentang ulasan berita dan rencana tentang berita akan disambung pada
keluaran yang akan datang
PENGALAMAN SEDIA ADA
Dalam mempelajari modul ini apatah lagi melihat akhbar sebagi satu medium
utama dalam pembentukkan tangunggjawab sosial.Banyak pengetahuan sedia ada telah
saya pelajari secara tidak langsung terutamanya menegani gaya penulisan akhbar.
Sepanjang mempelajari modul ini kami merasakan amat mudah memandangkan ramai
dari kami mempunyai latar belakang sebagai guru matapelajaran bahasa melayu dan
sudah sedia tahu dengan selok belok penggunaan bahasa dalam penulisan.Ini amat
memberikan kelebihan untuk memudahkan pemahaman yang lebih kerana mempunyai
pengetahuan sedia ada dalam bidang penulisan.Selain dari itu aspek penggunaan bahasa
melayu merupakan satu elemen yang banyak membantu kumpulan kami dalam
memnggunakan modul ini kerana sebahagian daripada modul yang disediakan
menggunakan bahasa melayu.
KRITIKAN TERHADAP GAYA PENULISAN
11
Dalam penghasilan modul gaya penulisan yang baik dan juga tatabahasa amat
ditik beratkan dalam penulisan setiap sesuatu.Secara umumnya boleh dikatakan ciri-ciri
intelektual yang perlu disampaikan dianggap dipenuhi jika modul ini berjaya memberi
maklumat berguna sebagaimana diharapkan oleh pembaca, memberi keselesaan dan
mewujudkan kesedaran serta berjaya menjadikan mereka manusia yang bermaklumat
(well-informed), maklumat yang kemaskini dan terkini.
Namum demikian dalam meneruskan kesinambungan ilmu seharusnya modul
yang dihasilkan ini perlulah diterjemahkan dalam bahsa ibunda iaitu Bahasa
Melayu.Sepanjang saya dan rakan-rakan mengikuti modul ini terdapat kelemahan dalam
menterjemahkan modul dalam bahasa melayu.Kebanyakkan intipati ilmu yang diperolehi
hasil dari maklumat dari bahasa inggeris semata-mata.Adalah amat wajar jika modul
yang dihasilkan ini menggunakan bahasa melayu secara keseluruhan.Sepanjang
pembacaan modul ini terdapat masalah yang paling besar iaitu asimilasi bahasa iaitu
antara bahasa inggeris dengan bahasa melayu.Begitu juga boleh dikatakan sebahagian
daripada modul ini menggunakan bahasa inggeris.
Dalam perbincangan ini kami juga beminat untuk menyentuh tentang cara
penulisan modul yang terbaik supaya mahasiswa mendapat manfaat dari pada modul
yang ditulis. kami terfikir kenapa kita tidak diajar bagaimana untuk menulis dengan baik
didalam modul sedangkan di sekolah kita sangat ditekankan dengan format-format dalam
penulisan karangan misalnya. Bila kita lihat, modul merupakan medium yang sesuai
untuk kita menulis ilmu yang berbentuk ilmiah dan akademik dan bukan secara bebas
untuk menulis dengan apa jua bentuk format yang kita suka.
1. Tajuk modul anda hendaklah spesifik dan tidak kabur.
2. Pastikan setiap artikel yang anda tulis dipecahkan kepada beberapa perenggan.
3. Jangan gunakan terlalu banyak perkataan bahasa singkatan.
4. Tulis artikel dengan bilangan patah perkataan yang sesuai. Tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek.
TOPIK TAMBAHAN DALAM MODUL
12
Hasil dari pembacaan dan juga pengalam kerja kumpulan kami beberapa perkara
perlulah dimasukkan dalam modul ini agar ianya menjadi pelengkap kepada modul dan
sesuai dengan tajuk modul iaitu PROSES PENYUNTINGAN & PENERBITAN
BERITA iaitu
1. Tokoh-tokoh komunikasi samaada dinegara Malaysia ataupun luar Negara
2. Proses dan teknik penyuntingan berita dan juga akhbar
3. Peranan akhbar dulu dan kini
4. Media dan sumbangan kepada masyrakat
5. Sejarah Akhbar di Malaysia semasa pemerintahan British dan Jepun
6. Halatuju akhbar dan berita di Malaysia.
7. Penyuntingan Berita digital
8. Akhbar maya
Walaubagaimanapun apa yang kami tulis ini hanyalah sekadar cadangan sahaja ianya
sewajar memerlukan satu penelitian untuk melakukan penambah baikan kerana setiap
penambah baikan akan memerlukan kos tambahan kepada modul yang dihasilkan.
PENYUSUNAN MODUL
Sebagai seorang penulis dan terlibat secara langsung dalam penyusunan modul
pelbagai aspek yang boleh diubah serta ditambah nilai untuk menjadikan sesuatu modul
itu terbaik dan bermutu tinggi.Antara yang boleh dilakukkan ialah dengan
menterjemahkan kembali modul dari bahasa inggeris kebahasa melayu secara
keseluruhan tanpa mencampur aduk isi tersebut sehinggakan modul tersebut bukan lagi
dari karya asli.Disamping itu juga penambahan modul seperti modul Sistem Pengurusan
Kandungan (content management system (CMS)) ialah sebuah perisian computer
pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan
yang lain seperti imej dan sumber-sumbermultimedia. Sebuah sistem pengurusan
kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan cirri-ciri
13
tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web
ke dalam laman web. yangmembantu pengguna-penggunanya dalam prosessistem
pengurusan kandungan web biasanya digunakan sebagai tempat menyimpan, mengawal,
dan menerbitkan dokumen-dokumen seperti artikel-artikel berita, manual pengguna,
manual teknikal, panduan jualan, dan risalah-risalahpenjualan. Sebuah sistem pengurusan
kandungan boleh menyokong ciri-ciri berkenaan:
- Mencipta dan mengimport dokumen serta bahan-bahan multimedia.
- Mengenal pasti pengguna-pengguna utama serta tanggungjawab pengurusan kandungan
mereka.
- Kebolehan untuk membahagikan peranan serta tanggungjawab dalam kategori-kategori
kandungan yang berbeza.
- Mengdefinasikan tugas-tugas penting supaya pengurus kandungan dapat diberitahu
tentang sebarang pengubahsuaian dalam isi kandungan.
Penambahan modul sistem pengurusan kandungan web juga dapat memberi nilai
tambah yang baik kepada modul ini pengurusan kandungan web ialah sebuah sistem
komputer yang digunakan untuk mengurus dan mengawalkoleksi dinamik sumber web
yang besar (dokumen-dokumen HTML dan imej-imej yang berkaitan). Sebuah
CMSmempermudahkan pengawalan dokumen, penyuntingan, dan waktu pengurusan.
Sebuah CMS web menyediakan ciri-ciri berkenaan:
- Reka bentuk automatik: Mencipta reka bentuk piawai yang boleh digunakan secara
automatik kepada kandungan baruserta sedia ada. Ini membolehkan setiap laman
mempunyai reka bentuk yang sama.
- Kandungan yang mudah disunting: Sebaik sahaja kandungan anda diasingkan daripada
reka bentuk laman web anda,ia boleh memudahkan kerja-kerja penyuntingan.
Kebanyakan perisian CMS mempunyai alat penyuntingan WYSIWYG yang
membolehkan kandungan disunting.
- Modul dan panel: Kebanyakan CMS mempunyai modul dan panel yang boleh dipasang
secara mudah untuk memperluaskan fungsi sesebuah laman web.
14
Dalam konteks gaya penulisan akhbar ianya adalah bidang yang sangat penting
dan menarik untuk diterokai dengan lebih mendalam terutama yang berkaitan dengan
proses dan strategi yang digunakan. Membaca modul ini sebagai satu proses yang
kompleks memerlukan penelitian yang lebih komprehensif dalam memahami topik-topik
yang ada. Hal ini disebabkan pembaca tidak hanya melihat kepada isi dan maklumta
tetapi menggunakan kemampuan kognitifnya untuk membuat analisis serta interpretasi
yang sesuai dengan tujuan modul ini. Oleh itu modul ini diharap dapat membantu
pembaca meningkatkan lagi pemahaman berkaitan proses dan strategi penyuntingan
berita dengan tumpuan kepada aspek teori dan amalan penyuntingan dan gaya penulisan
yang berkesan.
KELEMAHAN-KELEMAHAN DALAM MODUL
Hasil modul umum yang baik, pada hemat perbincangan, perlu memenuhi
sebahagian besar daripada tujuan pembelajaran, yakni untuk menyampaikan maklumat
atau ilmu, untuk mempengaruhi atau memujuk pembaca, untuk mendidik, dan untuk
menghibur manusia. Maksud modul di sini ialah tulisan yang disasarkan kepada pembaca
dari kalangan mahasiswa dalam bidang khusus ilmu.Untuk mencari kesalahan adalah
lebih banyak dari mencari yang benar akan tetapi sebagai golongan professional dalam
mencari kelemahan-kelemahan dalam modul ini.Mudah-mudahan ianya dapat diperbaiki
serta dapat membantu para pembaca dalam menemui ilmu berkeanaan dengan
penyuntingan.Beberapa ciri kelemahan yang boleh diperbaiki seperti ;
a) Prakata: belum ditulis siapa penggunanya, struktur bukunya, pesan bagi
pengguna buku
b) Pembagian bab kurang merata. Contoh: bab 1 tidak ada pendahuluan,
jumlah bab hendaknya disesuaikan dengan jumlah pertemuan dalam satu
semester, jumlah halaman di tiap bab, lebih kurang sama.
c) Tujuan atau sasaran di setiap bab tidak jelas.
d) Penggunaan bahasa belum tertib. Kita sebagai rakyat malaysia harus
menjaga agar Bahasa Melayu digunakan dengan tertib dan benar. Kita
dapat menggunakan perkataan atau glosarium istilah.
15
e) Istilah asing masih terlalu banyak
f) Nilai tambah: glosari/ kamus kecil
g) Ilustrasi kurang jelas, masih mengutip ilustrasi yang dilindungi oleh hak
cipta
Sepanjang pembacaan modul kelemahan ketara dalam modul ini ialah terlalu
banyak menggunakan contoh-contoh dari buku-buku inggeris.Alangkah baiknya jika
modul yang digunakan ini memanfaatkan bahasa melayu sebagai bahasa utama dalam
modul ini.Alangkah baiknya jika modul yang dihasilkan ini berdasrkan imu dan
pengkajian penulis serta digarap dalam satu modul yang akan menjadi panduan dan
tatapan semua.
MANFAAT KEPADA KEHIDUPAN SEHARIAN
DUNIA penulisan bukannya dunia kecil bagi segolongan individu atau hanya
layak bagi sekelompok manusia untuk mencatat sesuatu sebagai makanan jiwa dan minda
manusia, yang tidak putus mencari jawapan bagi persoalan-persoalan yang timbul saban
waktu. Tamadun manusia meletakkan penulisan sebagai khazanah yang cukup besar dan
hebat dalam merakam suasana sosial masyarakat pada zaman tersebut, sehingga ia cukup
dikagumi dan corak perjalanan dihayati.Pengetahuan terhadap gaya penulisan akhbar
sebenarnya dapat membantu dalam menterjemahkan isi akhbar yang sebenarnya.Dalam
erti kata yang luas dunia penulisan adalah dunia yang penuh dengan warna. Ia menarik
dan ceria. Tanpa penulisan tiadalah akhbar, majalah, televisyen dan radio. Tanpa
penulisan, dunia ceria tidak akan wujud.Kami banyak mendapat manfaat dalam membaca
modul tersebut kerana banyak maklumat berkenaaan dengan Gaya Penulisan
Akhbar,Sumber Maklumat, Berita Akhbar,Peranan dan Proses Penyuntingan,Penulisan
Tajuk Berita,Reka Bentuk Akhbar dan Isu-isu Semasa Mengenai Reka Bentuk
Akhbar.Semua itu dipelajari hanya dalam modul ini sahaja.
Dalam konteks gaya penulisan misalnya kami dapat mengetahui mengenai cara
menulis akhbar dengan betul berdasarkan format-format penulisan.Selama ini apa yang
kami tatap diakhbar sebenarnya sudah diatur dan mempunyai ketetapan masing-
masing.Hasil dari pembelajaran kami boleh dikatakan bahawa ianya dapat dimanfaatkan
16
dalam kehidupan kami terutamanya dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang
guru.Kami dapat mengabungjalin antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan
didalam modul untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai seorang guru yang juga banyak telibat dalam aktiviti mendidik dan juga
kemasyrakatan, modul tersebut sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan dalam
menyampaikan laporan dan juga maklumat kepada masyarakat.Ilmu yang ada dapat
digabungjalin untuk menambahkan lagi pengetahuan kepada masyarakat
sekeliling.Begitu juga dengan kontesk masyarakat dikampung hasil pembacaan modul ini
kami dapat menerangkan kepada golongan masyarakat tentang konsep penerbitan akhbar
dan cara penulisan akhbar berdasrkan kaedah yang ditetapkan.Hai ini sedikit sebanyak
dapat membantu masyarakat dalam menambahkan pengetahuan semasa.
Disamping itu juga gaya penulisan sedikit sebanyak membantu pembaca untuk
meningkatkan pengetahuan terhadap kosa kata dan juga aspek tatabahasa yang amat
dititik beratkan dalam bahasa melayu.Secara tidak langsung ianya sudah dapat membantu
para pembaca dalam memahirkan diri dalam aspek pembudayaan bahasa dan tatabahasa.
Malah, peranan akhbar dalam apa jua bahasa adalah cermin masyarakat. Seringkas mana
berita atau rencana yang dicetak, faedahnya cukup besar jika pembaca dapat
mengaitkannya dengan kehidupan mereka sendiri. Akhbar adalah rojak kehidupan
manusia yang mengadun pelbagai ragam sejak awal sejarah kelahiran media cetak hingga
kini, sehingga ia berkembang dalam bentuk majalah dan media elektronik seperti internet
yang menyediakan maklumat mencecah sehingga membawa kepada kewujudan industri
e-buku yang menyaingi industri percetakan tradisional.
Begitu juga dengan kesan penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian,penggunaan
bahasa slanga yang meluas dikalangan remaja menyebabkan wujudnya bahasa slanga
yang bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi juga dalam penulisan. Penulisan-
penulisan yang digunakan dalam sesebuah buku terutama dalam bacaan ringan seperti
komik telah terpengaruh dengan bahasa slanga. Penggunaan bahasa slanga dalam
penulisan sesebuah buku atau karya dan diterbitkan boleh menjejaskan kedaulatan
bahasa. Penggunaan bahasa slanga dalam sesebuah buku juga menyebabkan ramai remaja
dan kanak-kanak akan terpengaruh dan menggunakan bahasa ini dalam kehidupan
seharian. Pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya
17
mendatangkan kerisauan bukan saja dikalangan pakar linguistik atau pejuang bahasa
Melayu, malah ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan kenbanjiran komik berbahasa
slanga di pasaran.
Kesan penggunaan bahasa yang serba mudah dan meluas ini banyak istilah baru
yang muncul bagi memudah ekspresi. Contoh istilah-istilah baru yang muncul kesan
daripada penggunaan bahasa slanga ialah caye(percaya), camni(macam ini) dan
teypon(telefon). Istilah-istilah ini pada peringkat awal digunakan hanya untuk
memerihkan suasana sahaja, namun demikian lama kelamaan istilah ini menjadi budaya
dalam percakapan. Hal ini menyebabkan generasi-genarasi muda yang akan datang akan
terpengaruh dengan budaya bahasa slanga yanga digunakan pada masa kini. Jika
direnungkan sejenak apakah kesan jaka panjang jika bahasa slanga masih terus digunakan
oleh generasi kini, maka dapat disimpulkan bahawa generasi akan datang akan mewarisi
bahasa melayu yang telah menggunakan istilah-istilah baru.Sekiranya kita menerima
kebiasaan pengunaan bahasa slanga bagi penggunaan di alam realiti maka akan lenyap
bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Penggunaan bahasa slanga yang berleluasa
pada masa kini akan menyebabkan bahasa melayu yang asal akan terhakis sedikit demi
sedikit. Hal ini juga akan menyebabkan bahasa asal sesuatu bahasa juga akan hilang
serinya. Penggunaan bahasa slanga tidak akan terhenti setakat semasa remaja sahaja,
akan tetapi penggunaannya akan tetap digunakan oleh seseorang selapas melangkah kea
lam pekerjaan. Sebagai contoh penggunaan bahasa slanga juga digunakan oleh guru-guru
yang mengajar di sekolah. Hal ini menyebabkan penyebaran bahasa slanga akan
berterusan sehinggakan menyebabkan bahasa melayu terus dicemari. Jika hal ini
berterusan, tidak dapat tidak bahasa asal sesuatu bahasa akan megalami perubahan ketara
pada masa depan.Matlamat untuk mengembangkan bahasa Melayu akan terhalang akibat
terlalu banyak elemen yang merosakkan bahasa diperkenalkan oleh pengguna bahasa
slanga. Bahasa melambangkan bangsa, jika bahasa slanga terus merabak generasi akan
datang akan lupa akan bahasa mereka sendiri. Usaha untuk mengembangkan bahasa
melayu diperingkat antarabangsa misalnya tidak akan dicapai sekiranya pengguna bahasa
itu sendiri tidak mengunakan bahasa mereka dengan betul.Sebab itulah sebagai sebuah
akhbar seharusnya gaya penulisan semestinya menggunakan tatabahasa yang betul agar
dapat dimanfaatkan bersama.
18
KESIMPULAN
Sebagai sebuah modul yang menjadi bacaan dan tatapan umum seharusnya ianya
bersifat sebagai sumber ilmu dan maklumat yang dapat memberi manfaat kepada
pembaca, apatah lagi yang bakal menjadi sebagai sumber rujukan pelajar-pelajarr bidang
komunikasi dan juga para wartawan. Apatah lagi jika selepas ini kita berada dalam dunia
kewartawanan.Maka seluruh kehidupan kita akan berada dalam dunia akhbar.
Dalam proses mencari maklumat dan pengetahuan adalah tidak dinafikan bahawa
penggunaan modul ini dapat membantu kami untuk mengetahu secara langsung mengenai
proses penyuntingan dan penerbitan berita yang menjadi asas pengetahuan dalam dunia
penyaiaran masa kini.Kami yakin bahawa penggunaan modul ini telah mempertingkatkan
pengetahuan kami dalam bidang penyuntingan dan dalam bidang kewartawanan itu
sendiri.Sewajarnya sebagai sebuah modul ianya perlulah bersifat dinamik dan luwes agar
kesan ilmunya dapat dimanfaatkan bersama.
Akhbar juga mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk pendapat awam
atau "public opinion". Pemilik akhbar berperanan memuatkan perkara-perkara yang
dipilih sebagai berita, penonjolan, pendapat, rencana untuk mempengaruhi pembaca dan
mendesak kerajaan, sebaliknya akhbar akhbar juga boleh mewujudkan suasana dan
keadaan yang menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam negara yang
bermasyarakat majmuk dan unik, masyarakat mengharapkan akhbar dan wartawan
menjadi satu saluran untuk menwujudkan hubungan dan keyakinan rakyat terhadap apa
juga dasar-dasar pembangunan negara untuk faedah rakyat seluruhnya. Bukan sahaja dari
segi pembangunan fzikal tetapi yang lebih penting ialah pembangunan minda dan
spritualiti masyarakat. Sesuangguhnya, kekuatan dan keunggulan pembangunan sesebuah
masyarakat dan negara adalah bermula kepada pembangunan minda dan spritual
masyarakat atau sistem sosial itu sendiri.
Hakikatnya, kejayaan atau kegagalan memenuhi matlamat meningkatkan daya
intelektual, bahasa dan kebudayaan kebangsaan, sukar diukur mengikut tahap-tahapnya.
Kalau belum dicapai, boleh disambung-sambung tempohnya. Setakat ini tidak ada angka
yang boleh menentukan pencapaian di segi daya intelektual, bahasa dan kebudayaan
19
nasional. Apa yang boleh dilihat, sama ada ia diguna, diamalkan atau sebaliknya. Fungsi
meningkatkan daya intelek, bahasa dan budaya kebangsaan adalah tugas berterusan,
bukan saja menjadi tanggungjawab akhbar, malah setiap individu dan organisasi lain
yang turut menjadi mata dan telinga pemerintah.
Akhbar massa yang rnampu mencapai tujuannya yang luhur ialah akhbar yang
boleh menampilkan maklumat yang tepat, berita yang benar serta fakta-fakta yang bernas
untuk kepentingan seluruh individu masyarakat dan bukannya untuk segelintir golongan
elit sahaja. Perlaksanaan fungsi ini semata-mata untuk menjunjung tinggi nilai-nilai yang
sihat, pemikiran yang betul dan usaha-usaha yang luhur Tidak ada mana- mana orang
atau kumpulan tertentu yang boleb menunggang langgangkan kedudukan nilai-nilai luhur
tersebut serta merendah-rendahkannya. Akhbar massa menjalankan fungsinya untuk
merealisasi perpaduan masyarakat dengan usaha membentuk public opinion yang bersatu
dalam menangani isu serta permasalahan orang ramai di samping melaksanakan tugas
vitalnya ke arah pemasyarakatan yang sihat untuk generasi baru.
20
RUJUKAN
1. Mansor Ahmad Saman (1995). Penulisan & Akhbar. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2. Jaafar Muhmad (Edisi Ketiga, 1997). Kelakuan Organisasi.Kuala Lumpur.Leeds
Publications.
3. Mohd Safar Hasim. 1996. Akhbar dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar di
Malaysia Sejak 1806. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya
4. Everette E. Dennis & John C. Merrill, 1996. Akhbar Debates: Issues In Mass
Communication, Longman Publishers, USA.
5. Robert E. Park, 1995. (Terj) Peranan Berita, dalam Everette E. Dennis dan rakan-
rakan, Isu-Isu Komunikasi Massa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
21
top related