faizatunaziyah binti mohd jais p78956 (terkini dan final)
Post on 13-Sep-2015
98 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
1 | P a g e
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
GGGB 6013: KAEDAH PENYELIDIKAN 1
KESAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOOPERATIF
STAD TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR TAHUN 5
DALAM PELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH
PENSYARAH:
DR MOHD KHALID BIN MOHAMMAD NASIR
PELAJAR:
FAIZATUNAZIYAH BINTI MOHD JAIS
PENDIDIKAN SAINS
P78956
-
2 | P a g e
SI KANDUNGAN
BAB 1 PENGENALAN
BAB II ULASAN KEPUSTAKAAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
1.1 Pendahuluan 3
1.2 Latarbelakang Kajian 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Tujuan Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Persoalan Kajian 8
1.7 Hipotesis Kajian 9
1.8 Kepentingan Kajian 10
1.9 Skop Kajian 10
1.10 Batasan Kajian 11
1.11 Kerangka Konseptual 12
1.11 Definisi Oprational 13
2.0 Pendahuluan 14
2.1 Pembelajaran Kooperatif 15
2.1.1 Pembelajaran Kooperatif STAD 15
2.2 Kajian Yang Terdahulu 16
2.2.1 Kajian di Malaysia menegenai pembelajaran kooperatif 17
2.2.1 Kajian di Luar Negera mengenai pembelajaran kooperatif 18
2.3 Kesimpulan 19
3.0 Pendahuluan 20
3.1 Kerangka Konsep 21
3.2 Penyelidikan Kepustakaan 22
3.3 Penyelidikan Lapangan 22
3.4 Instrumen Kajian 23
3.5 Sample Kajian 24
3.6 Analisis Data 24
3.7 Kesimpulan 25
-
3 | P a g e
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Sains secara amnya dalah satu bidang keilmuan yang merangkumi proses hasil dan sikap
untuk kesejahteraan manusia. Sebagai satu bidang keilmuan, sain membekalkan satu
kerangka kosep yang membolehkan kanak-kanak memhamami fenomena di sekeliling
mereka. Di samping itu juga, kanak-kanak perlu dibantu dalam menghubungkan fakta dan
konsep, membuat peintlakan dan menghubung kait pelajaran yang lalu dengan ilmu yang
sedia ada. Ini bagi membolehkan mereka mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian
dengan baik dan berkesan.
Sains di peringkat sekolah rendah memberikan tumpuan kepada pelajaran mengenai
diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan penyiasatan dan bertujuan melahirkan
insan yang berpengetahuan dan berkemahiran saintifik dalam membentuk masyarakat
berbudaya sains teknologi, ikram, dinamik dan progresif supaya lebih bertanggungjawab
terhadap alam sekeliling dan mengkakumi ciptaan alam.
-
4 | P a g e
Tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam aspek saintifik, pelajar tidak
dapat melaksanakan aktiviti penyiasatan dengan berkesan. Sehubungan dengan itu
kurikulum sains sekolah rendah telah diperkenalkan ke seluruh negara mulai sesi
persekolahan 1994/1995 (BPG,2011). Sejajar dengan perkembangan teknologi dan era
globalisasi pelajar bukan sahaja perlu mempelajari fakta tetapi perlu menguasai kemahiran
proses sains demi mempertingkatkan kemahiran berfikir mereka secara analiti dan berjaya
dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Sementara konteks pendidikan sains untuk abad ke-21, Yager (2011) menyatakan
bahawa kita perlu memupuk nilai dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar kita untuk
menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan berdsarkan bukti dan penakulan yang logik.
Dalam penulisannya juga beliau mencadangkan bahawa pendidikan sains seharusnya
mengupayakan pelajar untuk menyoal, mencadang penerangan-peneranagan yang
munasabah, mengusul cara menguji hipotesis, mengumpul dan mentafsir data yang diperolehi
dan berkomunikasi tentang proses dan juga keputusan kepada orang lain.
-
5 | P a g e
1.1 LATAR BELAKANG
Cabaran utama yang dihadapai oleh warga pendidik sekolah rendah ialah menyediakan
bilangan pelajar yang meninati dan menguasai sains dengan cemerlang bagi membantu
mencapai matlamat memenuhi kuota 60:40 pelajar aliran sains dan sastera pada peringkat
sekolah menengah. Hal ini adalah penting bagi membina masyarakat yang inovatif dengan
keupayaaan Sains dan Teknologi yang kukuh (KPM 2001; 2012). Menurut Molly (2009)
pencapaian dan pengetahuan asas yang kukuh di kalangan pelajar sekolah rendah penting
sebagai penentu asas yang kukuh dikalangan pelajara sekolah rendah penting sebagai penentu
kejayaan bagi sebarang dasar di peringkat menengah dan membolehkan mereka mengikuti
pengajian tinggi kerana peranan pengetahuan lampau dalam membina kematangan dan
kedewasaaan seseorang (Lawson 2011; Mohammad Daud 1996; Piaget 1970).
Kegagalan menguasai kemahiran pengetahuan asas dengan mantap merupakan
penyebab kepada keciciran, pembentukan sikap negatif, kurang keyakinan diri, kurang
berdaya saing dan menyebabkan ciri-ciri kelemahan itu semakin subur dan menjadi kumulatif
yang akhirnya mempengaruhi pencapaian pada tahap yang tinggi (Isahak Haron, 2001;
Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM], 1994, 2010). Pendapat ini turut dipersetujui oleh
Kilpatrik, Swafford dan Findell (2011) keaan menurut mereka kefahaman peringkat lebih
rendah sebagai kaedah komprehensif dan menjadi asas untuk meningkatkan kecekapan pada
peringkat yang lebih tinggi.
Di peringkat sekolah rendah, proses pembelajaran sains menekankan penguasaan
kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains asas (KPSA) dan kemahiran proses sains
-
6 | P a g e
bersepadu (KPSB). Semasa di sekolah rendah pelajar di dedahkan kepada kemahiran proses
sains asas (KPSA) di mana aktiviti yang didedahkan kepada pelajar masih berada dalam
tahap operasi konkrit, seperti mengelas, mengukur, meramal, menggunakan nombor,
berkomunikasi, menggunakan perubungan ruang dan masa dan membuat inferens. Sementara
kemahiran di peringkat menengah pelajar didedahkan kepada kemahiran proses sains
bersepadu (KPSB) yang lebih menjurus kepada permikiran saintifik aras tinggi dan berfungsi
pada tahap operasi formal atau memerlukan pemikiran aras tinggi seperti mentafsir
maklumat, mendefinisi secara opearasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan
mengeksperimen (Ismail Jusoh, 2001; kementerian Pendidikan Malaysia, 2013; Padilla,
1991).
Dalam peperiksaan awam sains peringkat UPSR, pelajar akan diuji dengan kemhiran
asas poses sains dan proses sains bersepadu yang berteraskan ujian rujukan kriteria.
Keputusan berdasarkan taksonomi Bloom ke atas solan-soalan UPSR dari tahun 2010 hingga
2013 (Koleksi Peperiksaan Sebenar Sains, UPSR 2014) mendapati purata 20% daripada 30
soalan objektif (Bahagian A) dan 68% daripada soalan subjektif (Bahagian B) UPSR
merupakan soalan-soalan KPSB atau soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) daripada
jenis analisis, sistesis dan penilaian mengikut taksonomi Bloom. Jumlah soalan KPSB dalam
soalan sains UPSR 2014, 68.2% daripada soalan bagaian subjektif (Bahagian B) terdiri
daripada soalan sains aras analisis 42.2%, sistesis 19.0% dan penilaian 7.0%.
Berdasarkan analisis tersebut, seorang pelajar yang ingin memperolehi gread A
(cemerlang) dalam peperiksaaan UPSR perlulah menguasai KPSB keana purata sebagaian
besar soalan Bahagian B adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi dan sikap
saintifik kerana selari dengan matlamat kurikulum pendidikan sains rendah. Walaupun tujuan
-
7 | P a g e
pengujian adalah untuk menilai kebolehan menakul saintifik pelajar, namun sebahagian besar
amalan para guru lebih tertumpu kepada kebolehan pelajar menjawab secara teknik hafalan
atau ingatan dan bukannya kebolehan mengaplikasikan penakulan saintifik (Mohd. Fazil
2012; Sharifah Nor, 1999).
Pelajar pula didapati belum menguasai KPSB (Sharifah Nor, 1999). Cara pelajar
diajar dan belajar pada ketika ini menyebabkan pengetahuan yang dikuasai tidak mampu
kekal lama dan pelajar gagal untuk menintergrasikan kemahiran dan proses saintifik ini
dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan dalam kehidupan mereka (Abu
Bakar, 1995; Kelly 1993; National Academiy of Science 1996). Ini kerana pelajar hanya
didedahkan kepada permsalahan yang lebih tertumpu kepada yang dinyatakan di dalam buku
kerja dan buku teks sehingga membawa kepada decontxtualization dan
oversimplification (Collins,1998).
Amalan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan hafalan dan ingatan kembali
serta berpusatkan guru dipatuhi sepenuhnya oleh guru ketika mengajar sains namun peratusan
pelajar yang cemerlang dalam sains masih berterusan rendah malahan kemahiran-kemahiran
KPSA dan KPSB masih lagi gagal dikuasai dengan baik lalu menyebabkan bilangan pelajar
gagal berterusan tinggi (Mohd. Fadzil 2013). Situasi ini mencetuskan anomali (Kuhn, 2010).
Anomali jelas dilihat pada peratusan pelajar cemerlag yang berterusan rendah dan peratus
kegagala yang tinggi sepanjang tahun 2010 -2014 subjek sains di peringkat UPSR. Tinjauan
ke atas pencapaian pelajar sains UPSR antara tahun 2010 hingga 2014 mendapati scara purata
setiap tahun seramai 175,030 atau 36% peajar menddapat gred C (gred lulus). Peratusan
pelajar dalam gred C,D dan E boleh dikurangkan jika cara guru mengajar sesuai dengan cara
-
8 | P a g e
belajar dengan mengambil kira cara pelajar yang pelbagai di kalangan pelajar yang pelbagai
kebolehan.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Rumusan daripada kajian-kajian yang dibuat oleh Ling Ai Yieng (1999), Mohd. Fazil
(2003), Mohd Najib (2010), Poh Swee Hiang & Hasimah (1997), Subahan (1997), Sharifah
Nor (1999) dan Tan Juat Nhoh (2011) mendapati amalan guru-guru sains di negara ini masih
di kongkong oleh kaedah pengajaran yang berhierarki, berbentuk objektif dan menekankan
maklum balas. Penilaian yang dibina oleh guru adalah semata-mata mengukur atau tahap
masteri dan menguji pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar (Azman 1989; Mohd
Fadzil 2013; Sharifah Nor, 2006; ). Pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan adalah
berorentasikan guru dan guru memainkan peranan penting untuk menyampaikan pengetahuan
manakala pelajar hanya sebagai penerima pasif (Azman, 1989; Dick & Carey, 1990; Burton,
Moore &Mangliaro, 2011). Amalan pedagogi itu disebut sebagai kaedah pengajaran guru
(Fellows, 1994; KPM, 1997).
Penguasaan dalam KPSB memerlukan pemikiran aras tinggi atau tahap pemikiran
operasi formal (Inhelder & Piaget (19570); Lawson (2011) mendefinisi tahap operasi formal
sebagai pemikiran deduktif (HD) iaitu pelajar sudah menguasai pemikiran abstrak dengan
kebolehan melalukan pemikiran pengabungan, pemikiran mengenal pasti dan mengawal
pembolehubah, pemikiran pengkadaran dan kebarangkalian menyelesaikan masalah
menngikut kaedah saintifik. Buat masa ini, kajian terhadap pelajar di Malaysia menunjukan
bahawa para pelajar masih belum mempamerkan kebolehan melakukan operasi formal yang
mencukupi walaupun meraka telah melengkapkan pendidikan peringkat menengah atas atau
berada di kolej dan universiti (Mushita & Sharifah Norhaidah, 2013). Rumusan daripada
-
9 | P a g e
kajian TIMSS-R 2014 menunjukkan kedudukan Malaysia semakin merudum ke bawah
berbanding dengan tahun yang sebelumnya keranan pelajar gagal untuk menguasai kebolehan
menyelesaikan konsep abstark dan kompleks serta mempamerkan kehafaman dalam hal
fundamental berkaitan penyiasatan sains membolehkan mereka berada dalam kategori 10%
terbaik dalam 38 buah Negara yang dikaji.
Dapatan dari analisis UPSR sains mengambarkan masih ramai pelajar di sekolah
kebangsaan belum berfungsi pada tahap operasi formal iaitu tahap penting dalam
perkembangan intelek pelajar walaupun purata usia mereka adalah 12 tahun. Kegagalan
mencapai matlamat sukan pelajaran mempunyai kaitan dengan amalan PdP para guru kerana
kajian yang dibuat oleh Ling Ai Yieng (2010) mendapati majoriti guru sains tidak
mengamalkan syor Huraian Sukatan Pelajaran Sains seperti menjalankan eksperimen,
perbincangan, simulasi dan kaedah projek ketika mengajar sains. Dapatan itu juga sejajar
dengan teguran Lembaga Peperksaaan Malaysia (2013) supaya guru membuat eksperimen,
menggiatkan kerja amali dan aktivti hands-on sebagai reka bentuk instruksi sains.
Selain itu, perningkatan prestasi akdemik di kalagan pelajar juga boleh dicapai dengan
membangunkan sikap positif pelajar terhadap sains (Gauld, 1980) kerana dapatan kajian
mengaitkan sikap positif terhadap sains berjaya membaiki minat, motivasi dan prestasi dalam
sains manakala sikap negatif hanya menghakis minat pelajar terhadap sains (Ismail Jusoh
2001). Pembelajaran secara kooperatif menyediakan peluang untuk saling berinteraksi dan
berbincang antara kumpulan. Interaksi dan perbincangan ini telah ditemui oleh pengkaji-
pengkaji sebagai berkemampuan untuk meningkatkan proses penerimaan maklumat,
memajukan kemahiran berfikir dan meningkatkan pencapaian pencapaian akademik di
kalangan pelajar. Justru itu, kajian ini menggunakan rekabentuk pengajaran yang
-
10 | P a g e
menyepadukan kaedah kooperatif, kaedah kooperatif dapat meningkatkan prestasi pelajar di
sekolah-sekolah kebangsaan dalam prestasi kemahiran proses sains bersepadu, prestasi
pemikiran saintifik dan sikap mereka terhadap sains.
1.4 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan kaedah
pembelajaran kooperatif dalam meningkatkan minat pelajar dalam pelajaran sains dan
penguasaan pelajar kemahiran KPSB dan KPSA bagi pelajar tahun 5.
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Objetif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kaedah inkuri kooperatif menggunakan model
STAD berbanding kesan kedah pembelajaran konvensional ke atas pelajar sekolah rendah
yang mempuyai keserataan pengetahuan dalam pemikiran saintifik dan kemahiran proses
sains asas terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu prestasi KPSB, prestasi pemikiran saintifik
dan pemikiran mereka terhdap sains. Manakala pemboleh ubah tidak bersandar pula kaedah
pembelajaran kooperatif.
1.6 PERSOALAN KAJIAN
Adakah Pembelajaran Kooperatif Model STAD dapat menambahkan minat dan
motivasi pelajar terhadap pembelajaran
Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap pencapaiaan pelajar dalam penguasaan
kemahiran proses sains bersepadu bagi kumpulan kawalan dengan kumpulan
eksperimen.
-
11 | P a g e
1.7 HIPOTESIS KAJIAN
Terdapat dua hipotesis yang digunakan dalam kajian ini untuk menjawab persoalan kajian
pertama dan kedua yang dikemukakan
Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap minat dan motivasi pelajar
Terhadap pelajaran sains bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian pelajar dalam
pencapaiaan pelajar dalam penguasaan kemahiran proses sains bersepadu bagi
kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen.
Ha1 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap minat dan motivasi pelajar
Terhadap pelajaran sains bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen
Ha2 : Terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian pelajar dalam
pencapaiaan pelajar dalam penguasaan kemahiran proses sains bersepadu bagi
kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen.
1.8 KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada guru tentang kepentingan
pembelajaran kopeatif dalam sains. Hasil kajian ini juga diharap dapat menyedarkan para
guru sains tentang kepentingan kaedah pengajaran dalam peneguhan KPSB dan dapat
dijadikan panduan. Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan maklumat yang boleh
membantu guru dari segi perancangan dan pemilihan kaedah pembelajaran yang sesuai.
-
12 | P a g e
Di samping itu, hasil kajian juga diharap dapat membantu pelajar menggunakan
kaedah pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan kemhiran KPSB. Tambahan pula,
kemahiran KPSB dan KPSA akan memberikan manfaat kepada pelajar untuk
mengimplikasikan KPSB dan KPSA ddalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
kehidupan seharian.
1.9 SKOP KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kedan kaedah pembelajaran kooperatif model STAD di
dalam pembelajaran sains. Skop kajian ini terhad kepada pelajar yang sedang belajar di
Tahun 5 di SK Kuala Pilah, Kuala Pilah. Kesan kaedah pembelajaran kooperatif yang dikaji
adalah terhadap pelajar sahaja. Kajian ini tidak mengkaji kesan kaedah pembelajaran
kooperatif terhadap aspek-aspek yang lain. Kajian ini hanya mengkhususkan kepada mata
pelajaran Sains.
1.10 BATASAN KAJIAN
Terdapat batasan kajian dari segi masa di mana pengkaji perlu mencari kesesuaian waktu
bagi melaksanakan eksperimen kerana bagi menjalankan pembelajaran berasaskan kaedah
pembelajaran kooperatif bagi kumpulan eksperimen tertakluk kepada jadual waktu yang telah
ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah. Keadaan persekitaran perlajar dan kesuntukan masa
mungkin mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar.
-
13 | P a g e
1.11 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Rajah 1: Krangka Proses Pembelajaran Kooperatif
1.12 DEFINISI OPERASIONAL
Di dalam penulisan kajian ini, terdapat beberapa istilah yang perlu dijelaskan bagi
menerangkan maskudnya supaya ia dapat difahami dan tidak disalah tafsirkan untuk kajian
ini. Di antara istilah tersebut ialah:
1.12.1 Kesan
Menurut Hassan (2014), kesan bermaksud satu tahap kemujaraban yang ingin dicapai.
Dalam erti kata lain, kesan membawa maksud tahap penerimaan sesuatu konsep atau kaedah
pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut konteks pengkajian pula,
Kaedah pengajaran
(kooperatif)
Pendekatan kerja
kumpulan
Aras
Pegetahuan
Aras
Kefahaman
Aras
Motivasi
-
14 | P a g e
kesan ialah tahap penerimaan pelajar terhdap pembelajaran kooperatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
1.12.2 Pencapaian
Kejayaan akademik ialah kejayaan yang dinilai berdsarkan pencapaaian seseorang pelajar
dalam peperiksaaann sekiranaya pelajar tersebut berada di sekolah rendah, maka
pencapaiannya di nilai berdsarkan keputusan penggal atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Bagi pelajar menengah pencapaian diukur berdsarkan peperiksaaan penggal
ataupun keputusan Peperiksaan Penilaian Menengan Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Bagi pelajar yang sedang belajar di
insitusi pengajian tinggi pula, pencapaian akademiknya diukur berdasarkan Gred Point
Average (GPA) ataupun Cumulative Grade Point Average (CGPA), (Mohd 2007).
1.12.3 Kaedah Pembelajaran Kooperatif
Menurut Yusminor (2010), pembelajaran kooperatif merupakan satu kaedah yang
menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ia meripaka satu teknik
pembelajaran dalam kumpulan kecil yang melibatkan kerjasama, interaksi, perbincangan dan
penyertaan pelajar dalam aktiviti atau projek yang dijalankan. Kaedah pembelajaran
kooperatif yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah Students Teams-Achivements
Divisions (STAD). Kaedah STAD melibatkan bebeapa kumpulan kecil yang terdiri daripada
empat hingga lima orang pelajar dalam satu kumpulan.
1.12.4 Pendekatan Kooperatif Model STAD
-
15 | P a g e
Kajian ini menggunakan pendekatan kooperatif model STAD. Slavin (1982) berpendapat
dimana teknik pembelajaran kumpulan yang terdiri daripada empat hingga lima orang pelajar
yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza.
1.12.5 Kemahiran Proses Sains
Merupakan kemahiran yang digunakan oleh para saintis untuk mengkaji dan menyiasat
sesuatu masalah, isu, persoalan atau fenomena sains. Lantaran itu kemahiran proses sains
digunakan untuk menjana pengetahuan atau ilmu sains dan membina konsep sains (Carin &
Saund 1985; Collette & Chiapetta, Sund & Trowbrige 1973, Wellington 1994, Eng Tek Ong;
2012). Kenyataan Dokumen Standard bahawa Sains menekankan kaedah inkuri masalah
(BPK 2012a, p.8).
1.12.6 Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA)
Merangkumi memerhati, mengelas, mengukuh dan menggunakan nombor, membuat inferen,
meramal, berkomunikasi dan menggunakan ruang dan perhubungan masa.
1.12.7 Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB)
Merangkumi meninterpretasi data, mendefinisi secara operasi, mengawal pemboleh ubah,
membuat hipotesis dan mengeksperimen.
-
16 | P a g e
BAB II
TINJAUAN KEPUSTAKAAN
2.1 PENGENALAN
Bab ini membincangakan mengenai tinjauan kepustakaan iaitu tinjauan terhadap kajian yang
lepas berkaitan dengan topik yang di kaji, sama ada pernah dilakukan di dalam atau di lur
negara. Walaupun terdapat banyak kajian yang berkaitan dengan pembelajaraan kooperatif
telah dilakukan di dalam dan luar negara tetapi hanya sebahagian sahaja yang benar berkait
rapat dengan topik yang ingin dikaji akan di bincangakan.
Oleh itu, tinjauan kajian memberi tumpuan kepada penggunaan pembelajaran
kooperatif dalam sains, kesan pembelajaran kooperatif model STAD terhadap pencapaian dan
sikap pelajar, dapatan kajian-kajian di Malaysia, luar negara dan bidang yang berkaitan.
Kajian-kajian lepas ini akan membantu untuk dijadikan sebagai panduan kepada pengakji
untuk memperolehi dan mengumpul maklumat latar belakang kajian dan mendapat gambaran
awal tentang perkara yang perlu dalam kajian ini.
-
17 | P a g e
2.1 PEMBELAJARAN KOOPERATIF
Menurut Salvin (1982); Johnson, Johnson & Holubec, Edythe.J (1990); Kagan (1992),
pembelajaran kooperatif ialah kaedah pembelajaran kerjasama yang memerlukan pelajar
untuk bekerjasama untuk belakat dan bertanggungjawa ke atas pembelajaran rakan
sekumpulan mereka, selain daripada pembelajaran diri sendiri atau di kenali dengan
pembelajaran berkumpulan. Dalam pembentukan kumpulan ini pelajar diletakkan dalam
kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan kognitif yang berbeza supaya mereka dapat
saling melengkapi dan membantu anatara satu sama lain.
2.1.1 Ciri-ciri Pembelajaran Kooperatif
Hubungan antara pembelajaran kooperatif yang berkesan ialah interaksi bersemuka,
akuantabiliti secara individu, kemahiran sosial, saling pergantungan secara positif dan
penilaian kumpulan (Johnson & Holubee . 1990).
-
18 | P a g e
2.1.2 Strategi dalam Pembelajaran Kooperatif
Antara kriteria yang perlu dijadikan sebagai garis panduan untuk melaksanakan pembelajaran
kooperatif di dalam bilik darjah (Stahl. 1994).
Pelajar perlu mengetahui objektif pembelajaran secara jelas
Sikap positif di kalangan setiap ahli kumpulan untuk mencaai objektif pembelajaran
Arahan yang jelas mengenai tugasan yang perlu dilaksanakan
Pemilihan kumpulan hetrogenus
Peluang yang saksama di kalangan ahli kumpulan
Sikap kerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain
Interaksi sosialdan sikap yang positif
Peruntukan masa yang mencukupi
Individu yang bertanggungjawab.
2.2 KAJIAN LALU MENGENAI PEMBELAJARAN KOOPERATIF
Sebahagian besar kajian mengenai pembelajaran kooperatif ini dilakukan di negara barat di
mana kajian pertama dilakukan pada tahun 1898, yang melibatkan 600 eksperimen dan 100
penyelidikan yang berkitan dengan pembelajaran kooperatif (Johnson, David W., Johson,
Roger T. Holubeec, Edyythe J. 1994a. m.s 11-12). Di samping itu juga kajian-kajian lepas
ini telah di jadikan panduan dalam kajian yang dilakukan pada kali ini.
-
19 | P a g e
2.2.1 Dapatan kajian-kajian di Malaysia
Gan (1999) juga mendapati pelaksanaan pembelajaran kooperatif telah membawa hasil yang
menggalakan. Kebanyakan pelajar suka bekerja dalam kumpulan.
Wahida Shakira (2010) dalam kajiannya mendapati pembelajaran secara berkumpulan
adalah kaedah yang terbaik dalam memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman pelajar
terhadap isi pelajaran sains. Di samping itu juga kedah ini dapat menguatkan ingatan
terhadap suatu formula dengan lebih mudah.
Nor Azizah Salleh (2007) dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat satu hubungan
yang signifikan terhadap penerapan nilai murni dalam pelajaran melalui pelajaran kooperatif
dalam mata pelajaran sains.
Hasil kajian Christina Lau Chui Jin (2012) menyatakan bahawa pengajaran guru
melalui Numbered Head Togteher (NHT) dalam pelajaran sains tahun 4 mampu
meningkatkan pencapaian, minat dan penyertaan pelajar-pelajar dalam pelajaran sains.
Melalui kajian beliau dengan strategi NHT ini pelajar juga lebih senang memahami dan
berupaya menguasai konsep-konsep sains.
Meor Ibrahim & Nurul Amira (2010) dalam kajiannya menyataka bahawa presepsi
pelajar adalah positif terhadap penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif semasa
mempelajari mata pelajaran sains.
-
20 | P a g e
Menurt Che Mansor bin Che Ton (2013), guru-guru perlu menggalakkn pra pelajar
berfikiran kreatif agar generasi akan datang mampu untuk berfikir secara kreatif, inovatif dan
mempunyai idea yang tuntas. Para pendidikan tidak semestinya terikat dengn satu-satu fakta
dalam proses penyampaian isi pelajaran masing-masing. Sebaliknya penglibatan pelajar
secara aktif dalam proses pembelajaran membolehkan minda mereka berkembang.
2.2.2 Dapatan kajian-kajian di Luar Negara
Pate-Clevenger, R., Dusing, J, Houck P., Zuber, J. (2008) tinjauan terhadap keberkesanan
Pembelajaran Kooperatif dalam menagani masalah gangguan pembelajaran dalam kalangan
para pelajar sekolah rendah dan sekolah menangah di Chicago, Illinois pada tahun 2008,
mendapati bahawa kaedah ini merupakan strategi yang berkesan untuk mengurangkan
masalah gangguan di bilik darjah serta berupaya untuk meningkatkan kemahiran sosial yang
positif.
Pembelajaran kooperatif bukan sahaja membantu meningkatkan pencapaian
akademik tetapi juga berkesan untuk memupuk minat pada sekolah, kemahiran berinteraksi
dan komunikasi (Johnson, D.W., Johnson, R.T. 2011).
Menurut Kagen (1994), pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah
membawa banyak keberkesanan atau faedah sperti membaiki hubungan sosial, meningkatkan
tahap kemahiran aras tinggi, meningkatkan teknologi, meningkatkan keyakinan diri.
-
21 | P a g e
Stokedale & William (2010) dalam kajiannya mendapati kaedah pembelajaran
kooperatif ini hanya memberikan impak yang positif kepada pelajar yang mempunyai
kebolehan akademik pada tahap sederhana dan lemah, sementara bagi pelajar yang
mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang kaedah ini tidak begitu menunjukkan
perubahan yang ketara.
David W.Johnson & Roger T. Johnson (1989) membandingkan lebihh 500 kajian
terhadap kaedah pembelajaran kooperatif menyimpulkan bahawa kaeah pembelajaran
kooperatif adalah strategi pembelajaran yang efektif. Hasil kajian menunjukkan bahawa
apabila pelajar mula mendpat kejayaan, mereka berasa yakin dan berpuas hati dengan diri
mereka. Ini menjadikan mereka berisikap positif terhadap mata pelajaran yang dikaji.
Artz dan Newmn (2011); kajian mendapati penggunaan pembelajaran kooperatif
boleh meningkatkan pencapaian pelajar, pemikiran kreatif dan kritikal, kemahiran social dan
interaksi kumpulan serta berkeyainan dan saling menghormati.
Veeman, Bebthum, Boostma, Dierren dan Kemp (2012) mengkaji sikap daripada
prespektif seorang guru mendapati bahawa terdapat satu hubugan yang signifikan antara
penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif dengan peningkatan motivasi dan minat pelajar
dalam pelajaran.
-
22 | P a g e
2.2.3 Dapatan kajian-kajian dari bidang-bidang lain
Meriam Ismail (1997) telah mengkaji pembelajaran kooperatif ke atas sikap pelajar terhdap
maetamatik di Sarawak. Walaupun tiada perbezaan signifikan bagi sikap diperolehi tetapi
kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian sains dan kehadiran pelajar ke
kelas.
Suhaida Abdul Kadir (2002) telah menjalankan kajian tentang perbandingan
pembelajaran kooperatif dan tradisional dalam pendidikan perakaunan. Kajian mendapati
kebanyakan pelajar menerima baik pelaksanaan pembelajaran kooperatif. Terdapat
peningkatan prestasi pelajar dlam bidang perakaunan.
2.3 KESIMPULAN
Kajian kooperatif ini telah lama dijalankan oleh kebanyakkan negara-negara maju. Dapatan
kajian di barat menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang positif terhdap diri pelajar
apabila guru menukar teknik pengajaran dan pembelaharan dari berpusatkan guru kepada
berpusatkan pelajar.
Berdasarkan hasil tinjauan kajian lepas, jelas menunjukkan bahawa kaedah
pembelajaran kooperatif memberikan kesan positif dari pencapaian dan efektif kepada
pelajar. Kesan ini penting untuk dimanfaatkan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
di Malaysia. Secara amnya, kebanyakan pelajar di Malaysia agak sukar untuk berinteraksi
seara aktif di dalam kelas dan mengelurakan pendaat kerana bimbang sekiranya pendapat
yang salah.
-
23 | P a g e
BAB III
METHODOLOGI PENYELIDIKAN
3.0 PENDAHULUAN
Merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian
tertentu. Bagi mendapatkan satu keputusan kajian yang konklusif, kedah yang digunkan bagi
kajian ini adalah secara eksperimen bagi melihat dan membanding pencapaian pelajar tahun 5
dalam topik tenaga.
Penyelidikan ini dijalankan secara eksperimen dan akan memakan masa Selma tiga
minggu. Dalam tempoh tersebut sebanyak 6 kali pertemuan diadakan dua kali untuk ujian
pra dan ujian pos serta empat kali proses rawatan.
-
24 | P a g e
3.1 REKABENTUK KAJIAN
(Penyelidikan kajian lepas)
Tujuan : Mengenal pasti keberkesanan kaedah kooperatif STAD dalam mata pelajaran Sains
(Reka bentuk Ujian Pra dan Ujian Post)
Soalan Ujia Pra dan Ujian Post mempunyai konsep yang sama yan menekankan kepada
penyelesaian masalah KPSB dan KPSA
Ujian Pra
(Analisis Data)
Tujuan : Mengenal Pasti tahap kesukaran dan jenis kesilapan pelajar.
(Pembelajaran secara kooperatif)
Tujuan :Pelajar belajar membaiki kesilapan dan menguasai tajuk melalui kaedah ini.
(Borang Soal Selidik)
Tujuan : Untuk mengetahui tahap motivasi dan minat pelajar terhadap pembelajaran secara
kooperatif
(Analisis Data)
Ujian Post
Tujuan : Mengenalpasti keberkesanan kaedah pembelajaran kooperatif
PERANCANGAN
-
25 | P a g e
Dua kumpulan yang pelajar yang terlibat dalam kajian ini di bahagikan kepada dua kumpulan
iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan pelajara ini berasal
dari dua kelas yang berbeza. Dalam kajian ini, Kumplan eksperimen didedahkan kepada
pembelajaran dan pengajaran menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif model STAD
manakala kumpulan kawalan menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran secara
kaedah konvensional. Sebelum proses rawatan dijalankan pelajar diberikan ujia pra untuk
mengetahui tahap kebolehan pelajar Setelah ujian pra dijalankan pelajar kemudiannya
dibahagikan kepada dua kumpulan. Kemudian sesi rawatan dimulakan sebanyak empat kali.
Selepas tamat proses rawatan kedua-dua kumpulan telah diberikan ujian post untuk mengkaji
sama ada terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar dalam penguasaan KPSB serta
minat pelajar dalam pelajaran sains selepas proses rawatan ini.
3.2 PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN
Pada pertingkat ini, pengumpulan data skunder diperolehi melalui usaha penyelidikan bertulis
kajian yang terdahulu. Sumber bertulis yang diperolehi daripada bahan-bahan bertulis seperti
buku teks Sains Tahun 5 analisa statistik pecahan soalan peperiksaan UPSR daripada JPNNS
dan journal penyelidikan. Menurut Mohd. Shafie Abu Bakar (1991:41) kaedah ini
merupakan tenik yang paling popular bagi penyelidikan ekonomi dan sains social.
-
26 | P a g e
3.3 PENYELIDIKAN LAPANGAN
Penyelidikan dijalankan ke atas subjek kajian dengan menggunakan kaedah borang soal
selidik
3.3.1 Soal Selidik
Dalam kajian ini, keboleh terimaan pelajar tahun 5 SK Kuala Pilah terhadap kaedah
pembelajaran kooperatif STAD akan dijalankan. Melalui kaedah ini pengkaji akan
memperolehi lebih banyak maklumat dan maklum balas mengenai responden. Set soal
selidik (Lampiran A dan B) digunakan untuk kumpulan eksperimen.
3.3.2 Kaedah Pemerhatian
Oleh kerana kajian ini melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pemerhatian terhadap tingkah laku dan respond pelajar semasa sesi PdP melalui borang
rekoda anekod (naratif) seperti dalam lampiran C akan di rekodkan. Kaedah ini dapat
memberikan makluman tambahan untuk kajian ini.
3.4 SAMPLE KAJIAN
Subjek kajian terdiri daripada 76 orang pelajar tahun 5 SK Kuala Pilah, Kuala Pilah di Negeri
Sembilan. Pelajar ini terdiri daripada 38 orang kumpulan eksperimen dan 38 orang pelajar
kumpulan kawalan. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan serta
pencapaian yang lebih kurang sama berdasarkan pencapaian dalam ujian penggal Sains
sekolah. Ini penting bagi memastikan wujudnya keseimbangan dari segi pencapaian antara
-
27 | P a g e
kedua-dua kumulan kajian. Pemilihan ini adalah ditetapkan oleh Panitia Sains sekolah
tersebut.
3.5 INSTRUMEN KAJIAN
Ujian Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) yang mempunyai 36 item yang dibina oleh
Padilea, Cronin dan Twiest (1985) dipilih sebagai instrument dalam kajian ini. Intrumen ini
akan di terjemahkan semula ke dalam Bahasa Malayu untuk kegunaan kajian ini. Namun,
beberapa adaptasi dibuat dari segi penggunaan nama seperti Upin dan Ipin, supaya item
tersebut lebih kenegaraan. Ujian KPSA menilai kemahiran memerhati (6 item), mengelas (6
item (6 item), mengukur (6 item), berkomunikasi (6 item), meramal (6 item) dan membuat
inferens (6 item). Pembinaan atau penjanaan Ujian KPSA telah dibuat dengan pemberhatian
yang serius dan kebolehpercayaan spertimana yang dilaporkan dalam Padilla, Cronin dan
Twiest (1985). Di samping itu, intrumen asal didapati mempunyai kebolehpercayaan
keseluruhan KR-20 sebanyak 0.82 (Padilla, Cronin & Twist) 1985.
-
28 | P a g e
3.5.1 Ujian
Kedua-dua kumpulan diberikan ujian yang terdiri daripada 36 soalan yang berkaitan dengan
topic Tenaga dimanana 10 soalan adalah berbentuk menguji kemahiran KPSB dan KPSA.
Bagi ujian ini pelajar dikehendaki untuk menyelesaikan kesemua soalan dalam masa 1jam.
Ujian Pra
Untuk menilai kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah berkaitan kemahiran
KPSB dan KPSA sebelum mengikuti rawatan.
Ujian Pos
Untuk menilai pencapaian pelajar selepas menerima rawatan untuk menyelesaikan
masalah berkaitan dengan kemahiran KPSB dan KPSA
3.5.2 Pentadbiran Ujian
Pentadbiran ujian adalah penting bagi memastikan kesahan maklumat yang diperolehi hasil
daripada ujian yang dijalankan. Oleh itu persediaan rapi perlu dilakukan ke tempat kajian
sehinggalah data dikumpulkan daripada responden.
3.7.1 Persediaan ke Tempat Kajian
Surat makluman dan kebenaran pihak sekolah diperolehi bagi memohon kerjasama guru
subjek memberikan kerjasama untuk melakukan ujian ini. Pengkaji telah menyediakan dua
set soalan untuk kumpulan eksperimen iaitu set soalan ujian dan set soal selidik. Di samping
itu juga pengkaji telah membuat tinjauan kepustakaan untuk mendapatkan garis panduan dan
maklumat tambahan bagi pengkaji menjalankan kajian.
-
29 | P a g e
3.7.2 Masa Kajian
Setelah perancangan dan persediaan awal dijalakan, pengkaji akan menjalankan kajian
selama 6 hari seperti yang dijadualkan di bawah:
Bil Tarikh Hari Masa
1 10 Ogos 2015 Isnin 10:35pagi-11:35pagi
2 12 Ogos 2015 Rabu 7:45pagi 8:45 pagi
3 17 Ogos 2015 Isnin 10:35pagi-11:35pagi
4 19 Ogos 2015 Rabu 7:45pagi 8:45 pagi
5 24 Ogos 2015 Isnin 10:35pagi-11:35pagi
6 26 Ogos 2015 Rabu 7:45pagi 8:45 pagi
Kajian semasa sesi pembelajaran dilakukan secara berkoloberasi dengan guru pembimbing
yang ada di sekolah tersebut.
3.7.3 Alat Kajian
Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik, ujian pra dan ujian post
kepada responden. Alat-alat kajian ini amat diperlukan dan penting sekoali dalam
memperolehi data dalam keseluruhan kajian.
-
30 | P a g e
3.8 ANALISIS DATA
Data yang dikumpul akan dari ujian KPS akan dianalisis berdasarkan pencapaian dari segi
kemahiran proses sains secara keseluruhan dan secara kemahiran spesifik dengan mengiran
skor min (purata), peratus min dan sisihan piawai (ukuran peratus min). Bagi
menentukanpebezaan tahap penguasaan kemahiran proses ssains asas (keseluruhan dan juga
setiap kemahiran spesifik) secara statistik.
Penganalisisan data juga akan dilakukan dengan menggunakan kaedah multivariate
analysis of covariance (MANCOVA) bagi menguji hubungan antara pencapaian sains secara
keseluruhannya di kalangan pelajar yang mengikuti pembelajaran kooperatif STAD.
Analisis Univariate anyalisis of covariance (ANOVA) pula digunakan untuk melihat
kesignifikanan keberkesanan kaedah pembelajaran kooperatif STAD ini dengan minat pelajar
terhadap mata pelajaran sains. Mankala statistic deskriptif digunakan untuk menunjukkan
bilangan peratus dan jadual di sepeanjang kajian ini dijalanlan.
3.9 KESIMPULAN
Bab III ini menerangkan bagaimana pengkaji memperolehi data daripada kerja lapangan yang
bermula dari perigkat perancangan hingga ke peringkat pelaksanaannya serta kaedah
penafsiran data. Kajian dilaksanakan menggunakan reka bentuk eksperimental dan
pengumpulan data menggunakan dua jenis interumen iaitu soal selidik dan ujian berbentuk
ujian pra dan ujian pos. Analisis data pula menggunakan SPSS.
-
31 | P a g e
LAMPIRAN A
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Borang Kaji Selidik
Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Sains Di Sekolah Rendah.
Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda di ruangan yang di sediakan.
1. Jentina Lelaki 6.Aliran / Sains Perempuan Sastera
2. Agama Islam 7. Bangsa Melayu Kristian Cina
Buddha India
3.Keputun Sains A 8. Tahun 5 UM
Penggal 1 B 5 UKM
C
D
4. Bilangan jam sehari membuat 0 jam latihan/kerja rumah dalam m/p jam 8. Nyatakan 3 m/p i. _
______
Sains 1jam yang anda paling ii. _
______
2jam minati di Sekolah. iii. _
______
>2jam
Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda berdasarkan skala 1, 2, 3, 4, atau 5.
Skor nilai Skor
Amat Tidak Bersetuju (ATS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Setuju (S) 3
Sangat Setuju (SS) 4
Amat Sangat Bersetuju (ASS) 5
Assalamualaikum/Salam sejahtera,
i. Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas tentang minat pelajar terhadap mata pelajaran sains di sekolah
rendah.
ii. Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu penyelidik untuk mendapat data kajian.
iii. Segala maklumbalas yang diberikan akan di RAHSIAKAN.
iv. Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.
Bahagian I : Latar Belakang Responden.
Bahagian II : Kajian Yang Dibuat Kepada Responden.
-
32 | P a g e
A. Berkaitan minat terhadap Sains.
1 2 3 4 5
1 Saya menyukai mataspelajaran Sains.
2 Saya dapat meningkatkan motivasi diri apabila belajar Sains.
3 Saya menyediakan jadual waktu untuk belajar Sains setaip hari.
4 Saya rasa seronok apabila dapat menjawab soalan Sains dengan betul.
5 Bagi saya Sains sangat mudah sekiranya memahami konsep.
6 Saya dapat mendisplinkan diri saya apabila mempelajari Sains.
7 Sains membantu saya kerana tidak perlu menghafal fakta.
8 Sains membantu saya cara berfikir untuk menyelesaikan masalah.
9 Saya di peluang untuk meneroka ilmu bru Sains di dalam kelas.
10 Saya rasa seronok apabila memasuki kelas Sains
B. Berkaitan minat terhadap latihan Sains.
1 2 3 4 5
11 Saya suka membuat latihan Sains kerana dapat meningkatkan kemahiran saya.
12 Saya suka membuat latihan Sains di waktu lapang.
13 Ibubapa saya mendorong / mebimbing saya dalam membuat latihan Sains.
14 Saya buat latihan Sains yang kerap dapat meningkatkan markah saya dalam peperiksaan.
15 Saya suka membuat latiahan Sains bersama rakan-rakan.
16 Saya suka membaut latihan Sains disebabkan pengaruh rakan-rakan.
17 Setiap kali saya membuat latihan Sains saya rasa puas hati apabila menyelesaikan tugas saya.
18 Saya akan cuba dapatkan latihan Sains melalui blog dan website.
19 Melalui latihan Sains, saya dapat meneroka ilmu baru.
20 Saya dapat mengenalpasti kelemahan saya dalam Sains memalui latihan yang saya selesaikan.
C. Berkaitan minat terhadap guru Sains.
1 2 3 4 5
21 Saya rasa seronok bila guru menggunakan alat bantu mengajar seperti komputer semasa
menagajar.
22 Penampilan guru dapat menarik minat saya dalam Sains.
23 Saya rasa seronok dengan pengajaran guru dalam kelas mengunakan ICT.(Komputer)
24 Saya rasa seronok belajar Sains kerana guru saya menagajar secara kreatif.
25 Guru mengambil berat apabila saya mengahadapi masalah dalam menyelesaikan masalah Sains.
26 Saya di layani dengan baik semasa guru mengajar di dalam kelas..
27 Guru memberi latihan sesuai dengan kebolehan saya.
28 Guru pandai membei semangat kepada saya untuk belajar Sains.
29 Guru Sains saya selalu memberi pujian setiap kali dapat menjawab soalan dengan betul.
30. Apakah cadangan anda untuk memperbaiki pengajaran guru Sains anda?
________________________________________________________________________________________________________________
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA
Bahagian III : Pandangan Dan Cadangan Responden.
-
33 | P a g e
LAMPIRAN B
SOAL SELIDIK
KAEDAH PEMBELAJARAN KOOPERATIF STAD
Arahan : Tandakan () pada ptak YA atau TIDAK
Item Perkara Ya Tidak
1 Adakah anda suka kaedah pembelajaran koperatif model STAD
2 Adakah anda mendapati kaedah pembelajaran koopratif model STAD
menyeronokan?
3 Adakah kaedah pembelajarn model STAD membantu anda memahami dan
menyelesaikan soalan Kemahiran Proses Sains
4 Adakah anda menjawab soalan dengan betul semasa kaedah pembelajaran STAD
dijalankan
5 Adakah anda lebih berminat terhadap sains?
6 Dapatkah anda meningkatkan markah kumpulan?
9 Adakah kaedah pembelajaran kooperatif model STAD mengingkatkan
pencapaian dama sains?
10 Adakah anda berubah sikap terhadap sains selepas didedhkan dengan kaedah
pembelajaran koperatif model STAD?
11 Adakah rakan sekumpulan anda membantu anda?
Pandangan anda terhadap pembelajaran kaedah kooperatif model STAD?
.
SEKIAN TERIMA KASIH
-
34 | P a g e
LAMPIRAN C
BORANG REKORD ANEKOD
Nama Pelajar : Umur :
Tarikh : Masa :
Nama Guru : Item :
CATATAN ULASAN
-
35 | P a g e
Bil
Artikel/Journal
/Buku/Laporan
Isu Teori/keran
gka
konseptual/
IV/EV
Kaedah
mendapatkan
maklumat
responden Lokasi Kaedah analisis
data
Penemuan/Kesimpulan/
Penambahbaikan
1 Norfazilah &
Shakinaz (2012)
Uni Pendidikan
Sultan Idris
membandingkan kemahiran
proses sains (KPS)
menggunakan pembelajaran
berasaskan masalah dengan
kaedah biasa untuk topik
nutrisi
inkuri :
Pembelajara
n kooperatif
melalui ujian yang
diberikan secara
bertulis
80 orang pelajar
tingkatan 4. 40
orang dalam kumpulan
eksperimen (EK) dan 40
orang dalam kumpulan
kawalan (KK)
kuala
Lumpur,
Malaysia
ujian T untuk
menentukan
perbezaan markah
maksimum dan
minimum
kemahiran menginfrens
pelajar kumpulan EK
adalah lebih tinggi dan
signifikan pada aras
p
-
36 | P a g e
3 Nor'Aini, Nor'
rahmah &
Nor'Shamsidah
(2008) Univ
Tun Hussien
Onn
mengenal pasti ketidak
pastian kekeliruan dalam
pelaksanaan pendekatan
Pembelajaran Kooperatif
inkuri :
Pembelajara
n kooperatif
soalan dan
perbincangan
pelajar matematik
kejuruteraan semester 1
sesi 2006/2007 UTHM
Johor,
Malaysia
matrik rubrik
persembahan lisan
dan penilaian
pelaporan
terdapat beberapa
perkara mengenai PBM
yang masih perlu
diperbaiki supaya
pendekatan ini lebih
berjaya pada masa akan
datang
4 Husseini
Othman & Syed
muhammad
(2008) SKIKS
penyediaan tahap kognitif
pelajar dengan kemahiran
berfikir aras tinggi dengan
koblehpasaran pelajar masa
akan datang.
inkuri :
Pembelajara
n kooperatif
soal selidik pelajar teknikal dan
kejuruteraan
Johor,
Malaysia
pemberatan skala
linkert
pelajar mengalami
banyak penikatan dalam
kemahiran insaniah dan
keyakinan diri
5 Zubaidah(2008)
Politeknik
Sultan Abdul
Halim
Muadzam Shah
kajian tinjauan diskriptif
bagi mendapatkan maklumat
sokongan mengenai
keberkesanan penggunaan
kaedah kooperatif dalam
sesi PdP
inkuri :
Pembelajara
n kooperatif
soal selidik 16 orang pensyarah
UTHM yang
mengamalkan PBM
diberikan borang soal
selidik dengan
menggunakan istrumen
Johor,
Malaysia
pemberatan skala
linkert
skor min melebihi 3.68
bagi tiga item
penghasilan. 4.06 nagi
item perbincangan
kumpulan dan 3.81 bagi
item penilaian rakan
-
37 | P a g e
berdasarkan kajian yang
lepas
sebaya
6 Suzilawati, Ong
Eng Tek &
Shakinaz (2010)
Univ. Pend.
Sultan Idris
mengenal pasti
keberkesanan penggunaan
kaedah pembelajaran
berasaskan masalah
berbanding dengan kaedah
tradisional berdasarkan
tahap kognitif taksonomi
blom dalam mata pelajaran
biologi
Pembelajara
n koopeatif
keputusan
peperiksaan
pertengahan tahun
sebagai pra ujian.
Pasca ujian 15 item
aneka pilihan dan 3
solana subjektif
yang dibina
berdasarkan JPU
yang selaras dengan
aras taksonomi
bloom
39 pelajar mengikuti
kaedah PBM dan 37
pelajar mengikuti kaedah
pembelajaran secara
tradisional.
Perak,
Malaysia
MANCOVA dan
ANOVA
analisis MANCOVA
perbezaan analisis
(P
-
38 | P a g e
7 Alisson, Philip
& Pamela
(2015)
University Of
Illion, Chocago
cabaran dalam pelaksanaan
PBM dan kaedah mitigasi
untuk menambah baik
kaedah PBM yang sedia ada
inkuri :
Pembelajara
n kooperatif
soalan dan
perbincangan
Chicago, matrik rubrik
persembahan lisan
dan penilaian
pelaporan
kaedah PBM didapati
membantu dalam
peningkatan keyakinan
pelajar dalam
komunikasi dan
kemahiran berfikir pada
aras tinggi
8 Eng Tek, Bibi
Hazlina &
Mohd Hassan
(2013) Unv
Pend Sultan
Idris
membanding tahap
penguasaan prses sains dlam
kalangan pelajar sekolah
rendah tahap II berdasarkan
jantina, lokasi sekolah dan
aras tahun
Teori
Kognitif
Jane Piaget
kajian
perbandingan sebab
337 orang pelajar dari
dua buah sekolah rendah
kebangsaaan luar bandar
Perak,
Malaysia
Ujian T tidak
bersandar dan
analisis ANOVA
pelajar sekolah rendah
tahap II gagal mencapai
tahap dua pertiga atau
67% dalam KPSA secara
keseluruhannya
9 Mimi
Mohafiyza &
Md.
Nazzaraddin,
Masihitah
Strategi Pengajaran koperatif
dalam rekabentuk dan
penghasilann projek
Teori
kopeatif
kemahiran afektif
rendah di kalangan
pelajar sekiolah dan
tidak dapat
menyesuaikan diri
35 orang pelajar tingkah
laku orang di Sekolah
Menengah Kebangsaan
Tu Aminah
Johor jadual min melalui kaedah
kooperatif pelahr
semakin berani dalam
mengemukanan kaedah
tradisional
-
39 | P a g e
dengan
pembelajaran dalam
penghasilan projek
9 Johnson, David
W.,
keberkesanan kaedah
kooperatif dalam
pembelajaran
Teori
Kognitif
Jane Piaget
pelajar gagal
mengimplimenatsik
an kemahiran
proses sains di luar
sekolah
156 orang pelajar
sekolah rendah
New York MANCOVA dan
ANOVA
Secara keseluruhan
minat dan motivasi
pelajar meningkat
dengan pnggunaan
pembelajaran kooperatif
10 Richard
M.Fedlar
(2011)
Sesetengah pelajar gagal
untuk melakukan tugasan
secara berkumpulan dan
tidak mampu untuk
berkomunikasi dengan baik
Teori
pembelajara
n inkuri
Soal selidik dan
temubual
56 pelajar sekolah
menengah
New York MANCOVA dan
Anova
Minat dan motivasi
pelaajarr untuk
berkomunikasi dan
membuat tugasan secara
berkumpulan meningkat
-
40 | P a g e
RUJUKAN
Amira, M. I. (2010). Presepsi Guru Sains Terhadap Kaedah Pembelajaran Kooperatif (PK)
Berdasarkan Kemahiran Sosial Dan Minat Pelajar dan Guru. Universiti Teknologi
Malaysia.
Artz, A. N. (1997). How to Use Learning Cooperative in The Matematics Class. Reston:
NCJM.
Cheah, L. N. (1999). Efficeacy of Cooperative Learning Among Malaysian Secondary
School Students. Journal of School Education Studies, 13-27.
Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran. (2013). Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Guru, B. P. (1995). Kerangka Alternatif Sains Pelajar Sekolah Rendah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ishak, S. (2004). Pelaksanaan Pembelajaran Koperatif Di Kalangan Guru Sek. Men Keb di
Daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah. Kolej Universiti Tun Hussin Onn.
Johnson, D. W. (1990). Circle of Learning Cooperative in the Classroom. Minnesota:
Interaction Book.
Kadir, S. A. (2008). Perbandingan Pembelajaran Kooperatid dan Tradisional Terhadap
Perstasi, Artibusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik dan Hubungan Sosial
dalam Pendidikan Perakaunan. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia.
Kagan, S. (1994). The Structural Approch to Cooperative Learning. Educational Leadership,
12-15.
-
41 | P a g e
Mohd Fazil, M. &. (2011). Kesan Penggunaan kaedah STAD terhadap penulisan karangan
Bahasa Tamil. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang: Laporan Praktikum Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan.
Noh, A. H. (2000). Satu Kajian Kes Terhadap Pembelajaran Kooperatif Dalam Mata
Pelajaran Sains Sek Men.
Pate-Clevenger, R. D. (2008). Imporovement of Off-Task Behaviour Of Elementary School
and High School Students Through the use of Cooperative Learning Strategies.
Power, J. G. (2002). The teacher sourcebook for cooperative learningpractice method, basic
principal and frequent asked question. Thousand Oaks: Carwin Press.
Salleh, N. A. (2001). Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran Kooperatif Dalam Sains.
Journal Pendidikan, 47-57.
Salvin, R. (1995). Cooperative learning : Therory, research and practice. Boston: Allyn and
Bacon.
Stahl, R. J. (1994). The essential elemens of ooperative learning in classroom. Eric Digest,
ED370881.
T., P. (1999). How cl motivate students and teacher: Benefit of cooperative learning in
realation to students motivation.
Tobin, K. T. (1993). Constructivisim as a Referens for Teaching and Learning. Washington:
America Association for Advancement of Science.
W., J. (2007). Cooperative learning in the classroom: putting it into practic. London: Paul
Chapman Publising.
William, S. &. (2004). Classroom Motivation Strategies. UNESCO, 23-45.
-
42 | P a g e
Yage, R. (2000). A vison for what science education should be like for the first 25 yeard of
new millennium. School Science adn Mathematics, 327-341.
top related