contoh asignment budaya dan fungsinya dalam masyarakat
Post on 10-Aug-2015
84 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BUDAYA DAN FUNGSINYA DALAM MASYARAKAT
PENGENALAN
Seorang manusia itu dari segi biologinya tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi
perlakuannya amat berbeza. Hal ini juga telah mendorong Darwin dan para penyokong evolusi
lain mengemukakan teori bahawa manusia berkembang daripada haiwan, dan haiwan adalah
moyang manusia. (seperti gambar di bawah). Walaubagaimanapun telah terbukti bahawa teori
tersebut ternyata salah. Perbezaan terbesar di antara seorang manusia dan seekor haiwan ialah
manusia mempunyai jiwa dan haiwan tidak. Manusia mempunyai kesedaran: mereka berfikir,
bercakap dan meluahkan pandangan mereka, membuat keputusan, berperasaan, meningkatkan
citarasa, mengenali seni, melukis, menyanyi dan penuh dengan perasaan cinta dan nilai-nilai
murni. Semua kemampuan ini berpaksi kepada jiwa manusia. Haiwan tidak mempunyai jiwa
(atau roh). Tiada makhluk selain manusia yang mempunyai sifat unik ini. Manusia dapat
menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal.
Proses pembelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat
akumulatif, mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem
pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan. Maka dengan kelebihan-
kelebihan manusia yang dicipta Allah ini lahirlah budaya dan tamadun dalam kelompok manusia
tersebut.
Definisi :
i) Budaya:
- Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan
kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara
amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam
pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan
oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau
boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai
culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam
atau mengerjakan.
ii) Fungsi:
- Fungsi dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan
sesuatu tujuan tertentu;peranan, dan menerangkan hubungan “variable “ antara satu
dengan yang lain; dan fungsi juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal
dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem yang lebih luas.
iii) Masyarakat:
- Secara umum, masyarakat itu definisikan sebagai satu kesatuan kelompok manusia
yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Budaya adalah sebagai
ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu
hubungan yang tidak dapat dipisahkan.
iv) Tamadun:
- Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti
pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah
dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup
bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya
dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah
yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan
dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari
bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar.
Fungsi budaya dalam masyarakat bertamadun
Tamadun mempunyai hubungan yang rapat dengan budaya kerana budaya masyarakat
yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan sesuatu masyarakat yang bertamadun.
Masyarakat yang berbudaya tinggi mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang
juga merupakan ciri masyarakat bertamadun. Namun begitu terdapat perbezaan antara tamadun
dan budaya iaitu pengaruh atau natijah tamadun berkekalan lebih lama dan tamadun mempunyai
batas-batas kenegaraan dan wilayah. Prof. Wan Hashim Wan The berpendapat yang
membezakan keduanya ialah tahap pencapaian. Budaya lebih umum manakala tamadun merujuk
kepada pencapaian yang tinggi dari aspek tertentu dalam budaya.
Fungsi Budaya Dalam Masyarakat di Malaysia
Sesutu kebudayaan boleh dilihat melalui nilai dan norma yang merangkumi perkara
seperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, gaya dan perlakuan, pantang larang,
upacara dan nilai-nilai keagamaan dan bersopan santun. Berikut merupakan beberapa fungsi
budaya terhadap masyarakat khususnya di Malaysia:
(i) Budaya sebagai simbol perpaduan
(ii) Budaya sebagai lambang/identiti bangsa
(iii) Budaya sebagai tunjang kesenian.
Budaya sebagai simbol perpaduan
Perpaduan merupakan elemen yang paling penting dalam masyarakat
yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan
musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terdapat tiga kaum
utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan
penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima
puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Maka tidak
hairanlah pada tahun 1978, kerajaan telah mengumumkan tema Hari Kebangsaan iaitu,
"KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN". Logo yang digunakan menggambarkan bulan sabit
serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera
Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia). Di dalam bulatan bulan dan bintang
itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian
negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru seolah-olah bersendi dan
bercantum yang mendedahkan perpaduan rakyat.
Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna
merah/kuning yang melambangkan kebudayaan. Ringkasnya logo pada tahun itu memberikan
penerangan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang
keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya
menaungi serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu.
Budaya sebagai lambang/identiti bangsa
Aspek kebudayaan juga menjadi teras yang patut dipertahankan sebagai asas jati diri
bangsa dalam sesebuah masyarakat itu. Dalam hal ini budaya sebagai identiti bangsa boleh
dihuraikan dalam beberapa aspek ,iaitu:
Budaya dalam perayaan
Budaya masyarakat di Malaysia boleh dilihat melalui perayaan-perayaan yang disambut
oleh kaum-kaum tertentu. Misalnya orang Melayu yang beragama Islam menyambut Hari Raya
Aidilfitri, orang Cina menyambut Tahun Baru Cina dan orang India menyambut Deepavali.
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan
Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada
sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri
dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan
dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi
mempersilakan tetamu datang berkunjung.
Perayaan Tahun Baru Cina pula disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di
Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina
percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab,
naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi
signifikan dan tuahnya tersendiri. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul
beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan
sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi 'angpau' kepada saudara
mara dan sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau' membawa pengertian kesejahteraan
yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah
limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun
Baru Cina. Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke
rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut.
Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.
Deepavali pula adalah salah satu perayaan yang disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya
dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali
bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan
mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan
kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh
badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang
di rumah atau dikuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum
keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan
membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah,
‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut
tetamu di hadapan rumah.
Budaya dalam kelahiran bayi
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan
suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai
setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu
perlu disyukuri. Ia sama bagi masyarakat cina dan juga india. Dalam aspek kelahiran ini,
masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun.
Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir
i- Sewaktu Bersalin
Bagi masyarakat melayu apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh
keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan
sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua
belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang
berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu
di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di
samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini
seperti potong tali pusat,azan atau qamat,membelah mulut dan berpantang.
Bagi masyarakat Cina pula mereka perlu menjauhi pantang larang seperti menjaga
tingkah laku,digalakkan bekerja ,dilarang memberi nama yang belum lahir dan sebagainya.
Masyarakat india pula Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan
dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini
akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Masyarakat india hendaklah
membisikkan nama Tuhan mereka,potong tali pusat dan menyapu madu.
ii- Selepas lahir
Bagi masyarakat melayu beberapa adat-adat tertentu perlu dijalankan antaranya tanggal pusat
atau cuci lantai dan terdapat barang-barang tertentu yang digunakan untuk menjalankan adat ini.
Selain itu adat lain ialah member nama,mencukur jambul,naik buah, jejak tanah dan bersunat
manakala bagi masyarakat cina pula golongan ibu hendaklah berpantang dan selain itu
menjalankan aktiviti kenduri, mencukur rambut dan memberi nama.Bagi masyarakat india pula
adat-adat yang perlu dijalankan ialah membawa bayi pulang ke rumah,mandi selepas
bersalin,mendodoi bayi dan memberi nama.
Budaya Pemakaian
Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan
warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket DiRaja yang
antic. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit
kayu dan hiasan manik. Apabila munculnya tamadun lama, kain tenunan dan batik Melayu
dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Apabila munculnya pedagang asing, pakaian
serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini...
Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina
masih digunakan dengan meluas. Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di
tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang
lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut
dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan
dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain
selendang atau tudung kepala. Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu.
Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini
selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.
Bagi masyarakat Cina pula pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan
anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang
tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan
kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang
kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-
akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini
dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain
dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari
terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India,
terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta
tudung kepala yang sesuai warnanya. Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki
India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat
daripada kain kapas atau linen.
Budaya sebagai tunjang kesenian.
Kesenian juga turut menjadi elemen terpenting kepada kebudayaan sesebuah masyarakat
sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat itu lebih
terserlah dan dikenali ramai. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pebagai
inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat di Malaysia.
Kesenian dalam kepelbagaian bangsa yang terdapat di Malaysia telah diakui dunia sebagai unik
dan menarik terutamanya seni tari dan seni muzik.
Keunikan Tarian Malaysia
Jenis Tarian Negeri/KaumGambus PerakBharat Natyam Semua Negeri
(Orang India)Canggung Perlis
Baghra SikhKuda kepang JohorInang MelakaSumazau SabahNgajat SarawalKipas CinaSinga CinaBalai TerengganuWau Bulan KelantanZapin Johor
TARIAN MELAYU
Mak Yong
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu
Kuda Kepang Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.
Zapin Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
Tarian Lilin Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan
Tarian Gamelan
Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu
Joget
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
TARIAN CINA
Tarian Singa
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
TARIAN INDIA
Tarian Bharat Natyam
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
Kesimpulan
Pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan tradisi
kaum-kaum di Malaysia. Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti kebudayaan rakyat
Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk memdedahkan kepada rakyat tentang
keunikan budaya yang terdapat di Malaysia. Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh diadakan di
peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa untuk menunjukkan pelbagai aktiviti
kebudayaan yang terdapat di Malaysia yang meliputi tarian, muzik, makanan, pakaian dan
sebaginya. Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan rumah terbuka secara besar-basaran bagi
setiap parayaan yang di sambut di Malaysia seperti Perayaan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha,
Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Gawai, dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan dapat
mengeratkan rakyat malaysia tanpa mengira kaum apabila semua kaum disatukan di bawah satu
bumbung. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan kerajaan amat penting dalam usaha untuk
mengekalkan budaya rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek sama ada di peringkat negeri, negara
mahupun antarabangsa.
Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen untuk
menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan budaya masing-masing sama ada dalam
negara mahupun sehingga ke luar negara. Kempen-kempen yang diadakan oleh pihak swasta
mahupun pihak kerajaan akan dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya usaha untuk
mengekalkan budaya yang masih diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia. Kempen-kempen
yang akan dilakukan haruslah dibuat secara berterusan supaya tidak jadi seperti hangat-hangat
tahi ayam sahaja. Contoh kempen yang boleh dilakukan ialah “Bersama Kita Mengekalkan
Budaya Kita” atau “Budaya Melambangkan Bangsa”. Selain itu, pihak-pihak sasterawan
juga boleh menyumbang tenaga dengan mengadakan majlis pembacaan puisi-puisi yang
berkaitan kebudayaan Melayu, Cina dan India mahupun menulis puisi-puisi yang indah
mengenai kepentingan dan keunikan kebudayaan Malaysia. Semua pihak boleh mendapat
kerjasama daripada media cetak atau elektronik untuk menjayakan lagi kempen-kempen yang
akan dijalankan.
Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di
Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak
terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat
Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya
haruslah dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru juga turut
mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Oleh hal yang demikian,
peranan semua pihak amatlah diperlukan supaya segala usaha yang akan dilakukan akan
membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.
Rujukan
http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%201%20Pengenalan%20ilmu%20ketamadunan.pdf
http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/ciptaan/ciptaan15.php
http://pmr.penerangan.gov.my
(2898 Patah Perkataan)
top related