cerita monyet dan kancil

Post on 20-Jun-2015

4.757 Views

Category:

Documents

22 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Di sebuah hutan yang penuh dengan buah-buahan, tinggal sang kancil bersama kawannya kura-kura. Mereka hidup saling membantu antara satu sama lain.

Tiba-tiba datang seekor monyet yang liar. Ia mengganggu ketenteraman penghuni hutan tersebut dengan bergayut ke sana ke mari.

Apabila lapar ia makan buah-buahan yang ada tanpa minta kebenaran sang kancil. Monyet ternampak sang kancil sibuk bekerja lalu mendekatinya.

“Aku mahu makan buah dari pokok yang kamu tanam itu,” kata monyet. “Jangan, jangan monyet, kita tidak boleh makan buah ini! Kata kancil pula.

Monyet berlari lalu mencapai buah tersebut dan terus memakannya. Tiba-tiba monyet menjerit bertempiaran dan lari lintang pukang seperti cacing kepanasan kerana pedas.

Rupa-rupanya buah yang dimakannya ialah cili. Itulah akibatnya kerana tidak mendengar kata dan terlalu tamak.

top related