buletin kkhs jan 2014
Post on 06-Jul-2016
50 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Ms 8 Edisi 1 - 31 Januari 2014
Oleh: Hayati Binti Idris, Ahmad Tarmizi Bin Md Nor
Batang Kali - Sempena menyam-
but bulan bahasa peringkat ke-
bangsaan, KKHS turut mengada-
kan program di peringkat kolej
pada 31 Januari. Antara program
yang diadakan ialah pertand-
ingan Bijak Jawi, Sahibba, Info-
hunt, Syarahan, Melukis Poster
dan Pantomin. Semua pelajar di-
wajibkan mengikuti semua acara
yang dipertandingkan. Para pela-
jar dibahagikan mengikut kelas
masing-masing.
Program Bulan Bahasa KKHS 2014
Diterbitkan oleh: Unit Multimedia & Sumber (UMS) Kolej Komuniti Hulu Selangor, No 43-57 jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah, 44300 Batang Kali, Selangor Tel: 03-60571717 Faks: 03-60571718 Email: www.kkhse.edu.my
K O L E J K O M U N I T I H U L U S E L A N G O R , K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A
Bil. 1
Edisi 1 - 31 Januari 2014
BULETIN JANUARI 2014
Menarik didalam: Kejohanan Tenpin Boling Staff KKHS
Oleh: Nurul Sheema Binti Kamaruzaman
Rawang - Unit Sukan KKHS telah mengadakan Kejo-
hanan Tenpin Boling Staff pada 8 Januari 2014 yang
lepas bertempat di Peransang Templer Golf Club
(PTGC). Program yang julung-julung kali diadakan ini telah bermula pada jam 1.00
tengah hari dan berakhir pada jam 5.00 petang. Sebanyak 3 kategori telah dipertand-
ingkan iaitu individu lelaki, individu wanita dan kumpulan. Hadiah-hadiah telah
disampaikan oleh Encik Muhamad Azlin Bin Ismail yang mewakili pengarah KKHS.
Program Car Wash Pela- Ms 2
Pembentangan Manifesto JPP
Ms 3
Kursus Sulaman Ms 5
Kursus Kek Lapis Sara-wak
Ms 4
Kursus Pembuatan Sarung Tangan
Ms 6
Kursus Dan Latihan Kebakaran
Ms 7
Program Bulan Bahasa KKHS
Ms 8
Ms 2 Edisi 1 - 31 Januari 2014
Program Car Wash Pelajar
Oleh: Maliah Binti Rohaizat, Aishah binti Hussin, Norain Binti Md Khamijah
Batang Kali - Pelajar SPL
PP3 (Ketua Rombongan
Pelancongan) telah men-
gadakan aktiviti car wash
untuk semua warga KKHS.
Ia diadakan sepanjang
bulan Januari ini pada se-
tiap hari Selasa dan Ju-
maaat bermula 10 Januari
yang lalu. Tujuan program
ini diadakan adalah untuk
mengutip dana sempena
projek amali akhir mereka
iaitu lawatan ke Medan,
Indonesia. Mereka di-
jadualkan bertolak ke Me-
dan pada tanggal 11 Febru-
ari yang akan datang ber-
sama 4 orang pensyarah
pengiring.
Edisi 1 - 31 Januari 2014 Ms 7
Oleh: Seri Wati Binti Said, Ahmad Tarmizi Bin Md Nor
Batang Kali - Pada 28 & 29 Januari telah diadakan Kursus Kebakaran dan Latihan
Kebakaran di KKHS. 6 orang pegawai dari Jabatan Bomba & Penyelamat Kuala Kubu
Bharu telah sudi hadir dan mengendalikan aktiviti tersebut. Dalam program ini
semua warga KKHS termasuk para pelajar telah diajar tatacara latihan kebakaran
serta teknik yang betul menggunakan pemadam api. Para pensyarah dan pelajar
juga diberi peluang memadamkan api di bawah selaian pegawai bomba tersebut.
Kursus Dan Latihan Kebakaran
Ms 6 Edisi 1 - 31 Januari 2014
Kursus Pembuatan Sarung Tangan
Oleh: Seri Wati Binti Said
Batang Kali - Kursus ini telah diada-
kan pada 23 Januari yang lepas.
Seramai 4 orang peserta dari sekitar
Daerah Hulu Selangor elah menyertai
kursus ini. Puan Seri Wati Binti Said
bertindak sebagai penyelaras dan
juga tenaga pengajar kursus pendek
ini. Kebanyakkan peserta adalah suri
rumah sepenuh masa.
Edisi 1 - 31 Januari 2014 Ms 3
Pembentangan Manifesto JPP
Oleh: Nur Hanani Binti Sariman, Aishah binti Hussin
Batang Kali - Seramai 13 orang calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) KKHS
telah membentangkan manifesto masing-masing pada
29 Januari yang lepas. Mereka dicalonkan untuk mere-
but 9 kerusi Exco dan 4 kerusi Majlis tertinggi (MT).
Program ini telah dilaksanakan di lobi blok A KKHS di
bawah seliaan Puan Nur Hanani Binti Sariman. Majlis
bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam
4.00 petang.
Ms 4 Edisi 1 - 31 Januari 2014
Kursus Kek Lapis Sarawak
Oleh: Faridah Binti Othman
Batang Kali - Kursus ini telah diadakan
pada 18 Januari yang lepas. Seramai 17
orang peserta dari sekitar Daerah Hulu
Selangor dan Daerah Gombak telah me-
nyertai kursus ini. Puan Faridah Binti Oth-
man bertindak sebagai penyelaras kursus
pendek ini.
Edisi 1 - 31 Januari 2014 Ms 5
Kursus Sulaman
Oleh: Zuryani Binti Ramli
Batang Kali - Penyelaras kursus ini merupakan salah seorang tenaga pengajar yang
mengajar kursus sulaman dan jahitan di KKHS. Puan Zuryani Binti Ramli telah menga-
dakan kursus ini pada 21 Januari yang lalu. Peserta yang hadir adalah kebanyak-
kannya terdiri dari suri rumah sepenuh masa. Ini boleh dijadikan sebagai salah satu
punca pendapatan bagi mereka dalam menguruskan kehidupan seharian. Peserta
diajar cara menjahit dan menyulam dengan menggunakan teknik dan ikatan yang
betul.
top related