buletin kkhs september 2014

6
Ms 12 Edisi 1 - 30 September Oleh: Mohd Hanaffi Bin A. Rahman Kuala Terengganu- KKHS telah dilantik sebagai Jawatankuasa Latihan Pusat, Penginapan dan Pengangkutan bagi kontigen Kolej Komuniti Selangor. Seramai 42 orang pelajar mewakili Kolej Komuniti Selangor telah menyertai 6 jenis sukan yang dipertandingkan. KK Selangor mendapat 2 pingat Emas, 4 pingat Perak dan 6 pingat Gangsa manakala pelajar KKHS, Muhammad Amirul (SKS) telah Berjaya meraih pin- gat Gangsa dalam acara Bowling. Tahniah, KKHS Hebat!!! MASKOM 2014 Diterbitkan oleh: Unit Multimedia & Sumber (UMS) Kolej Komuniti Hulu Selangor, No 43-57 jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah, 44300 Batang Kali, Selangor Tel: 03-60571717 Faks: 03-60571718 Email: www.kkhse.edu.my KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Bil. 9 Edisi 1 - 30 September 2014 BULETIN SEPTEMBER 2014 Menarik didalam: Lawatan ke Akademi Bomba KKB Oleh: Herdawati Binti Ahmad, Syed Hassanein Haiekal Shah Bin Said Amin Shah Kuala Kubu Baru - Seramai 34 orang pelajar Pro- gram Sijil Sistem dan Sokongan (SKS) semester 1 bagi modul SKS1012 - Keselamatan Industri telah menyertai Lawatan Akademik ke Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu (ABPM KKB) pada 5 September 2014. Lawatan Ke NIOSH Ms 2 Kursus English For Me Ms 3 Audit My SpeKK Ms 5 Taklimat Anugerah Desa Sejahtera Ms 4 Konvokesyen Komemoratif 2014 Ms 6 MBOR Stompers Ms 7 K3G UM 2014 Ms 8 KKHS Mall Ms 3 Kayak SPL Ms 4 MASKOM 2014 Ms 5

Upload: kolej-komuniti-hulu-selangor-scribd-rasmi

Post on 20-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Edisi 1 - 30 September 2014

TRANSCRIPT

  • Ms 12 Edisi 1 - 30 September

    Oleh: Mohd Hanaffi Bin A. Rahman

    Kuala Terengganu- KKHS telah dilantik sebagai Jawatankuasa Latihan Pusat,

    Penginapan dan Pengangkutan bagi kontigen Kolej Komuniti Selangor. Seramai 42

    orang pelajar mewakili Kolej Komuniti Selangor telah menyertai 6 jenis sukan yang

    dipertandingkan. KK Selangor mendapat 2 pingat Emas, 4 pingat Perak dan 6 pingat

    Gangsa manakala pelajar KKHS, Muhammad Amirul (SKS) telah Berjaya meraih pin-

    gat Gangsa dalam acara Bowling. Tahniah, KKHS Hebat!!!

    MASKOM 2014

    Diterbitkan oleh: Unit Multimedia & Sumber (UMS) Kolej Komuniti Hulu Selangor, No 43-57 jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah, 44300 Batang Kali, Selangor Tel: 03-60571717 Faks: 03-60571718 Email: www.kkhse.edu.my

    K O L E J K O M U N I T I H U L U S E L A N G O R , K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A

    Bil. 9

    Edisi 1 - 30 September 2014

    BULETIN SEPTEMBER 2014

    Menarik didalam: Lawatan ke Akademi Bomba KKB

    Oleh: Herdawati Binti Ahmad, Syed Hassanein

    Haiekal Shah Bin Said Amin Shah

    Kuala Kubu Baru - Seramai 34 orang pelajar Pro-

    gram Sijil Sistem dan Sokongan (SKS) semester 1

    bagi modul SKS1012 - Keselamatan Industri telah

    menyertai Lawatan Akademik ke Akademi Bomba

    Dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu (ABPM

    KKB) pada 5 September 2014.

    Lawatan Ke NIOSH Ms 2

    Kursus English For Me Ms 3

    Audit My SpeKK Ms 5

    Taklimat Anugerah Desa Sejahtera

    Ms 4

    Konvokesyen Komemoratif 2014

    Ms 6

    MBOR Stompers Ms 7

    K3G UM 2014 Ms 8

    KKHS Mall Ms 3

    Kayak SPL Ms 4

    MASKOM 2014 Ms 5

  • Ms 2 Edisi 1 - 30 September 2014

    Lawatan Ke NIOSH

    Oleh: Herdawati Binti Ahmad, Syed Hassanein Haiekal Shah Bin Said Amin Shah

    Bangi - Pada 9 September 2014 yang lalu, seramai 35 orang pelajar Program Sijil

    Sistem dan Sokongan (SKS) semester 1 bagi modul SKS1012 - Keselamatan Industri

    telah menyertai Lawatan Akademik ke National Institute Of Occupational Safety And

    Health (NIOSH), Bandar Baru Bangi. Input yang diperoleh daripada lawatan ini ialah

    para pelajar telah memperoleh maklumat yang spesifik berkenaan pengenalan

    NIOSH, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, Occupational Safety

    and Health (OSH) di Malaysia, kerjaya dalam bidang OSH dan lawatan ke galeri OSH.

    Edisi 1 - 30 September 2014 Ms 11

    Kayak SPL Oleh: Harulnizam Bin Mohamad

    Sungai Kampar - Pada 28 September lepas, telah diadakan aktiviti White Water Raft-

    ing di Sungai Kampar, Perak. Seramai 7 orang pelajar dan 2 pensyarah pengiring

    menyertai program ini. Program ini dijalankan berdasarkan modul SPL 3015

    Rekreasi Air untuk pelajar semester 3 program SPL.

  • Ms 10 Edisi 1 - 30 September 2014

    KKHS Mall

    Oleh: Noor Faizah Binti Abdullah

    Batang Kali - KKHS Mall dianjurkan oleh unit E-Tech KKHS pada setiap hujung

    bulan bagi menggalakkan minat dalam bidang keusahawanan di kalangan pela-

    jar dan staf KKHS. Staf juga diberi peluang untuk berniaga sempena program ini.

    Terdapat staf yang menjual fabrik seperti tudung dan kain selain barang keperlu-

    an rumah yang lain. Sempena dengan program yang dianjurkan oleh unit E-Tech

    ini, Kursus Asas Keusahawanan telah menjalankan amali akhir pada hari tersebut.

    Para pelajar yang terlibat adalah dari kelas SKS semester 3 dan pelajar SPL se-

    mester 3. Markah adalah berdasarkan jumlah hasil jualan, cara mempromosikan

    produk jualan dan kaedah pembungkusan yang digunakan.

    Edisi 1 - 30 September 2014 Ms 3

    Kursus English For Me

    Oleh: Noorulhuda Binti Md Tolah

    Kampung Serigala - Pada 6-7 September yang lalu, telah diadakan kursus English

    For Me yang disertai oleh 42 orang peserta. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan

    Fauziah Binti Aalif dan Puan Noorulhuda Binti Md Tolah pula sebagai penyelaras. Pe-

    serta telah diajar teknik dan sebutan yang betul dalam berkomunikasi dalam Bahasa

    Inggeris. Para peserta memberikan respon yang baik dan berminat untuk menyertai

    kursus yang lain pada masa hadapan.

  • Ms 4 Edisi 1 - 30 September 2014

    Taklimat Anugerah Desa Sejahtera

    Oleh: Siti Noorhani Binti Mohd Kardi

    Kuala Kubu Baru - Taklimat ini diadakan bagi menjelaskan fungsi setiap perwakilan

    dalam mengadili pertandingan Anugerah Desa Sejahtera (ADS) 2014. Melalui ADS,

    KKHS telah dipertanggungjawabkan untuk menghakimi aspek teknologi maklumat

    dan komunikasi desa terbaik. Taklimat ini berlangsung pada 10 September lepas di

    Pejabat Kemas Daerah Hulu Selangor.

    Edisi 1 - 30 September 2014 Ms 9

    K3G UM 2014

    Oleh: Noorulhuda Binti Md Tolah

    Pantai Dalam - Universiti Malaya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Ma-

    laysia telah menganjurkan program berprestij Karnival Kerjaya dan Keusahawanan

    Graduan 2014 (K3G) dari 26 sehingga 28 September 2014 ) bertempat di Dewan

    Tunku Canselor dan Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya. Unit E-Tech KKHS

    telah mengambil bahagian dalam program ini dengan disertai 6 orang pensyarah

    telah menjual roti, kek dan jagung manis. Sambutan yang diterima amat mengga-

  • Ms 8 Edisi 1 - 30 September 2014

    MBOR Stompers

    Oleh: Mohd Hanaffi Bin A. Rahman

    Serdang - Sempena majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti 2014, satu

    program untuk Malaysia Book Of Record (MBOR) untuk pasukan stompers Kolej

    Komuniti seluruh Malaysia telah diadakan. Program ini berlangsung pada 18 Sep-

    tember 2014. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1,

    Datuk Mary Yap Kain Ching. Rekod ini telah diterima oleh beliau dari pihak MBOR

    mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dato Amir Bin Md Noor, Ketua

    Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan semua pengarah Kolej

    Komuniti seluruh Malaysia turut serta dalam menjayakan program ini. Kumpulan

    muzik tersebut berjaya mencipta rekod persembahan stomp teramai yang meli-

    batkan 1,033 pelajar daripada 91 Kolej Komuniti seluruh negara.

    Edisi 1 - 30 September 2014 Ms 5

    Audit My SpeKK

    Oleh: Hasyimah Binti Said, Norzita Suzalin Binti Mohd Ali

    Batang Kali - Penilaian audit My SpeKK telah dilaksanakan pada 12 September 2014.

    Proses Pengauditan ini berlangsung selama sehari bermula jam 9.00 pagi hingga jam

    5.00 petang. Pasukan Juruaudit Luar yang dilantik oleh pihak JPKK ialah Prof. Madya

    Dr. M. Iqbal Bin Saripan dari UPM dan Prof. Madya Dr. Omar Bin Zakaria dari UPNM.

    Dalam mesyuarat penutup yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KKHS, para juruaudit

    memberi komen positif dan pujian terhadap penyediaan dokumen yang lengkap

    serta mendapat kerjasama dari semua pihak. KKHS Hebat!!!

  • Ms 6 Edisi 1 - 30 September 2014

    Konvokesyen Komemoratif 2014

    Oleh: Sharifah Nozi Binti Syed Hamid

    Serdang - Majlis Konvokesyen Komemoratif 2014 telah berlangsung selam 4 hari ber-

    mula 18 sehingga 21 September 2014. Majlis konvokesyen ini merupakan majlis kon-

    vokesyen peringkat kebangsaan sempena 10 tahun penubuhan Kolej Komuniti dan

    kali pertama diadakan seumpamanya. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri

    Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain Ching

    pada hari pertama konvokesyen berlang-

    sung. KKHS mempunyai seramai 23 graduan.

    Tahniah!!!

    Edisi 1 - 30 September 2014 Ms 7