bayaran ansuran insolvensi · 2 bayaran ansuran insolvensi 1.0 pengguna kali pertama 1. setiap...
Post on 06-Mar-2019
366 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAYARANANSURAN
INSOLVENSI
Portal e-Insolvensi Jabatan Insolvensi Malaysia menyediakan
perkhidmatan atas talian bagi memudahkan pelanggan
untuk membuat bayaran ansuran bulanan insolvensi.
ISI KANDUNGAN
Pengenalan 1
1.0 Pengguna Kali Pertama 2
1.1 Pendaftaran pengguna 2
2.0 Log masuk 3
3.0 Lupa katalaluan 3
4.0 Halaman Akaun Pengguna 4
5.0 Perkhidmatan Bayaran Ansuran Insolvensi.
5.1 Kunci Masuk No Insolvensi. 5
5.2 Senarai maklumat individu. 6
5.3 Semakan maklumat pembayaran 6
5.4 Pengesahan pembayaran. 7
5.5 Pembayaran di portal bank 7
5.6 Semakan selesai bayaran. 8
5.7 Resit bayaran. 9
1
Bayaran Ansuran Insolvensi
Pengenalan
Portal e-Insolvensi merupakan modul perkhidmatan yang terkandung di dalam Sistem
Insolvensi Bersepadu (INSIST) yang merupakan sistem pentadbiran kes Jabatan Insolvensi
Malaysia.
Portal ini dibangunkan bertujuan menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan
MdI dalam berurusan dengan jabatan ini. Portal ini menyediakan perkhidmatan seperti
berikut:
i. Perkhidmatan Carian Status Kebankrapan Individu;
ii. Perkhidmatan Carian Status Penggulungan Syarikat;
iii. Bayaran Ansuran Bulanan Insolvensi; dan
iv. Bayaran Deposit Pempetisyen.
Portal e-Insolvensi boleh dilayari menerusi url : https://e-insolvensi.mdi.gov.my/. Portal ini
juga boleh dicapai melalui portal Utama MdI, di url : http://www.mdi.gov.my dengan
memilih ikon e-Insolvensi pada tab Awam.
Bagi menggunakan perkhidmatan portal e-Insolvensi, sila pastikan:
a) Akaun pengguna yang berdaftar telah wujud;
b) Perisian ‘Adobe Reader’ bagi paparan dokumen PDF dipasang di komputer;
c) Talian internet yang stabil. Kelajuan yang disyorkan adalah 1MB.
Paparan terbaik adalah menggunakan browser Google Chrome, Mozilla Firefox, Google
Chrome, Safari, Opera dan Internet Explorer.
a) Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Meja Bantuan e-Insolvensi di talian
berikut: Telefon: 03 – 8885 1288 / 03 - 8885 1379
b) Fax : 03-8885 1743
c) E-mel : info@mdi.gov.my
2
Bayaran Ansuran Insolvensi
1.0 Pengguna Kali Pertama
1. Setiap pengguna yang ingin menggunakan aplikasi ini perlu mendaftar
terlebih dahulu. Pendaftaran hanya perlu dilakukan sekali sahaja.
2. Sekiranya telah mendaftar sebelum ini kunci masuk Id Pengguna dan
Katalaluan yang telah disetkan.
1.1 Pendaftaran Pengguna Baru
1. Klik pada butang Daftar baru bagi pendaftaran baru.
2. Lengkapkan maklumat seperti borang dipaparkan. Sila pastikan
semua maklumat diisi dengan lengkap.
3. Klik butang Hantar.
4. Log masuk semula menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan yang
didaftarkan setelah pendaftaran selesai.
3
Bayaran Ansuran Insolvensi
2.0 Log masuk
1. Kunci masuk Id pengguna dan Katalaluan yang telah didaftarkan.
2. Klik butang Login.
3.0 Lupa katalaluan
Sekiranya pengguna lupa katalaluan yang telah didaftarkan, klik butang Lupa
Katalaluan.
1. Masukkan e-mel yang didaftarkan.
2. Klik Reset Katalaluan.
3. Katalaluan yang lama akan direset dan katalaluan baru akan
dihantar ke emel pengguna.
4
Bayaran Ansuran Insolvensi
4.0 Halaman Akaun Pengguna
Pengguna boleh mula menggunakan perkhidmatan yang disediakan selepas
proses log masuk selesai.
1. Klik pada kemaskini profil untuk mengemaskini maklumat akaun penguna.
2. Klik Lihat Rekod Pembayaran untuk melihat rekod pembayaran lalu.
3. Sila pilih senarai servis yang ditawarkan untuk memulakan transaksi di portal e-
Insolvensi.
5
Bayaran Ansuran Insolvensi
5.0 Perkhidmatan Bayaran Ansuran Bulanan.
Sila pilih bayaran ansuran bulanan.
5.1 Kunci Masuk No Insolvensi
1. Sila kunci masuk no insolvensi bagi individu berkenaan.
2. Sila dapatkan no insolvensi dari cawangan MdI yang mentadbir
kes kebankrapan.
3. Klik Semak
6
Bayaran Ansuran Insolvensi
5.2 Semak maklumat individu.
1. Sistem akan memaparkan maklumat ansuran seperti jumlah
penetapan, nama dan no pengenalan individu.
2. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat.
3. Klik teruskan.
5.3 Semak maklumat pembayaran.
1. Sistem akan memaparkan maklumat pembayar dan bayaran.
2. Sila semak amaun yang hendak dibayar. Amaun ini boleh
ditambah sekiranya tedapat tunggakan bayaran yang ingin
dijelaskan seterusnya pilih bank untuk pembayaran.
7
Bayaran Ansuran Insolvensi
5.4 Pengesahan pembayaran.
1. Sila pastikan semua maklumat telah dikunci masuk dengan tepat.
2. Klik pada terma dan syarat.
3. Klik Bayar.
5.5 Pembayaran di portal bank.
1. Pembayaran ansuran bulanan adalah melalui kaedah FPX yang
disediakan di perbankan internet.
2. Log masuk ke portal bank akan dipaparkan dan sila lengkapkan
proses bayaran diportal bank.
8
Bayaran Ansuran Insolvensi
5.6 Semakan selesai bayaran.
1. Portal e-Insolvensi menyimpan rekod pembayaran pengguna di
menu Akaun dan Transaksi.
2. Klik pada maklumat bayaran untuk melihat status pembayaran.
3. Klik pada cetak resit untuk membuat cetakan resit.
9
Bayaran Ansuran Insolvensi
5.7 Resit bayaran.
1. Sila simpan resit sebagai rekod pembayaran selesai.
10
Bayaran Ansuran Insolvensi
Portal e-Insolvensi
Modul Perkhidmatan Sistem INSIST
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
Aras 2-3, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang,
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62692 Putrajaya
Tel : 03-8885 1000 | Fax : 03-8885 1303
http://www.mdi.gov.my
https://e-insolvensi.mdi.gov.my
top related