bahagian c

Post on 10-Nov-2015

223 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

BAHAGIAN C(40 markah)

Jawabduasoalan sahaja.

1. Kata atau perkataan terbentuk daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Susunan morfem tersebut akan membentuk kata yang dikenali sebagai:

i.Kata Tunggalii.Kata Terbitaniii.Kata Majmukiv.Kata Ganda

a) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kata tunggal, dan bincangkan jenis-jeniskata tunggal satu suku kataberdasarkan pola suku katanya. Penerangan anda perlu disertakan dengan contoh-contoh perkataan yang sesuai.( 10 markah )

b) Kata terbitan ialah sebarang kata yang telah menerima imbuhan, sama ada awalan, apitan, sisipan, mahupun akhiran. Bincangkanfungsiimbuhan, dan nyatakanjenis-jenis imbuhanmengikut golongan kata yang terbentuk.( 10 markah )

2. Kata kerja boleh dibahagikan kepada 2 jenis berdasarkan bentuk ayatnya;iaituKata Kerja Transitif,danKata Kerja Tak Transitif.

a) Jelaskan konsep kedua-dua jenis kata kerja tersebut berpandukan ayat-ayat yang di bawah sebagai contoh:

i.Semua orang pulang.ii.Gadis itu tersenyumiii.Saya tinggal di Sungai Merabiv.Keadaan bapa beransur baik.v.Saya telah menjawabsuratitu.vi.Ayah membesarkan rumah.( 10 markah )

b) Kata Kerja Tak Transitif terbahagi kepada 2 jenis; iaitu Kata KerjaTak Transitif Berpelengkap dan Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap. Huraikan konsep kedua-dua jenis kata kerja ini dengan memberikan 5 contoh ayat untuk setiap satu jenis kata kerja.(10 markah )

3. Kata Tugas terbahagi kepada 4 kelompok dasar berdasarkan fungsinya,sama ada di dalam frasa, atau di dalam ayat. Berdasarkan kelompok dasar tersebut terdapat pelbagai jenis kata yang mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza.

a) Huraikan 4kelompok dasar Kata Tugasyang dimaksudkan itu, dari segi fungsi, dan penggunaannya( 10 markah)

b) Bincangkanfungsi dan penggunaan Kata Tugasdalam ayat berdasar 5 jenis Kata Sendi Nama yang anda pilih. Perbincangan perlu disertakan dengan contoh-contoh ayat yang sesuai.( 10 markah )

top related