bahagian c jawapan

24
Latihan 1 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah ) Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Semenjak bersara dari polis, Encik Tan menjadi pemandu teksi di bandar Johor Bahru. Setiap hari, dia mengambil dan menghantar penumpang ke tempat-tempat yang diarah oleh penumpangnya. Sepanjang perkhidmatannya,banyak peristiwa pahit dan manis telah ditempohi. Dia nyaris terlanggar pokok apabila membrek keretanya untuk mengelakkan seekor lembu sedang melintas jalan. Dia sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. Dia masih kelihatan cergas walaupun telah berusia 60 tahun. Dia sentiasa bersenam pada setiap pagi untuk menjaga kesihatannya. Nilai murni : Rajin / gigih / mengisi masa lapang Menurut peraturan Berhati-hati / menjaga keselamatan Mematuhi undang-undang Menjaga kesihatan

Post on 23-Jan-2016

255 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahagian c Jawapan

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian c Jawapan

Latihan 1 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Semenjak bersara dari polis, Encik Tan menjadi pemandu teksi di bandar Johor Bahru. Setiap hari, dia mengambil dan menghantar penumpang ke tempat-tempat yang diarah oleh penumpangnya. Sepanjang perkhidmatannya,banyak peristiwa pahit dan manis telah ditempohi. Dia nyaris terlanggar pokok apabila membrek keretanya untuk mengelakkan seekor lembu sedang melintas jalan. Dia sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. Dia masih kelihatan cergas walaupun telah berusia 60 tahun. Dia sentiasa bersenam pada setiap pagi untuk menjaga kesihatannya.

Nilai murni :

Rajin / gigih / mengisi masa lapang Menurut peraturan Berhati-hati / menjaga keselamatan Mematuhi undang-undang Menjaga kesihatan

Page 2: Bahagian c Jawapan

Latihan 2 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Kemalangan jala raya merupakan pembunuh utama manusia. Sikap terburu-buru pengguna jalan raya menyebabkan ramai yang tidak berdosa terkorban.Selain itu memandu melebihi had laju yang ditetapkan juga turut mempengaruhinya. Tambahan pula kelalaian para pengguna jalan raya seperti tidak memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan, memandu dalam keadaan mabuk, berlumba-lumba di jalan raya dan menggunakan telefon bimbit adalah punca utama kemalangan jalan raya. Di samping itu, keadaan jalan raya yang tidak sempurna juga menyebabkan kemalangan.Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan oleh kerajaan, namun kadar kemalangan masih meningkat kerana sikap para pengguna jalan raya. Masalah ini hanya dapat diatasi, jika pengguna mengikut undang-undang jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat.

Pengajaran :

bersabar Memandu mengikut had laju Berhati-hati ketika memandu Prihatin Mematuhi peraturan

Page 3: Bahagian c Jawapan

Latihan 3 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Setiap tahun, Hari Guru akan disambut oleh setiap sekolah pada 16 Mei. Hari Guru dirayakan untuk mengenang dan menghargai sumbangan guru terhadap anak didiknya.Guru umpama lilin yang membakar diri sendiri demi menerangi orang lain. Sebenarnya, tugas guru memerlukan pengorbanan yang tidak terkira. Memang benar guru akan menerima gaji pada setiap hujung bulan.Namun begitu, sewaktu berada di kelas, mereka mengajar dengan penuh kesungguhan dan dedikasi agar murid-murid yang diajar berjaya dalam pelajaran mereka. Guru juga sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri bagi memastikan murid-murid yang dididik berjaya dalam pelbagai bidang. Apa yang diharapkan oleh seorang guru hanyalah kejayaan anak muridnya.

Nilai murin :

Mengenang jasa Menghargai Tanggungjawab Dedikasi Pengorbanan Ikhlas

Page 4: Bahagian c Jawapan

Latihan 4 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Peribahasa “Sehelai selembar benang, lama-lama menjadi kain” membawa maksud sesuatu pekerjaan itu jika dilakukan dengan tekun,walaupun sedikit, akhirnya akan selesai juga dengan sempurna. Dalam erti kata yang lain, jika kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak jemu-jemu akhirnya kerja tersebut akan sempurna.Kita tidak harus mudah kecewa dan putus asa apabila melakukan sesuatu usaha. Kita tidak seharusnya malas melaksanakan tugas yang sepatutnya kita lakukan. Kita juga jangan lupa, kerja yang bertangguh tidak akan menjadi. Sebagai seorang murid, kita mestilah melakukan kerja-kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru kepada kita. Kita mestilah menyiapkan kerja mengikut jadual yang ditetapkan.

Pengajaran :

Tekun / gigih Sabar dan tabah Rajin Bertanggungjawab Berdisiplin

Page 5: Bahagian c Jawapan

Latihan 5 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Raju,Ah Beng dan Abu tiga sahabat baik. Mereka tinggal berjiran di Taman Manis 2. Setiap hari, mereka berjalan kaki ke sekolah. Semasa pulang, mereka sentiasa berhati-hati ketika melintas jalan. Apabila sampai di bahu jalan, mereka bertiga akan berpimpin tangan agar dapat melintas jalan bersama-sama. Sebelum melintas, mereka akan memandang ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula untuk memastikan tiada kenderaan yang lalu. Apabila memastikan tiada kenderaan yang lalu, mereka bertiga mengatur langkah bersama-sama untuk melintas jalan tersebut. Sikap berhati-hati yang diamalkantelah membantu mereka untuk melintas jalan dengan selamat.

Nilai murni :

Semangat kejiranan Berdikari Berhati-hati Mematuhi peraturan Menjaga keselamatan Bekerjasama

Page 6: Bahagian c Jawapan

Latihan 6 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa nilai murni/ pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Kebersihan alam sekitar amat penting bagi kita.Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita. Kita mestilah sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar. Sampah-sarap mesti dibuang ke dalam tong sampah. Sesetengah bahan buangan boleh dikitar semula. Sikap tidak bertanggungjawab menyebabkan orang membuang sampah-sarap di merata-rata tempat. Kita mesti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan kita. Langkah ini dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar. Alam sekitar yang bersih menjadikan udara lebih segar dan hidup kita akan lebih sihat.

Nilai murni / pengajaran :

Menjaga kebersihan alam sekitar Kitar semula Bekerjasama Mengikut arahan Berdisiplin Menjaga kesihatan

Page 7: Bahagian c Jawapan

Latihan 7 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa nilai murni/ pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah semakin hampir. Aku tidak mahu membuang masa. Walaupun aku telah cukup bersedia tetapi aku tidak mahu terlalu yakin. Aku patuh akan arahan ibu supaya mengikuti kelas tuisyen. Aku juga membuat ulang kaji pada waktu malam. Mulai bulan ini, aku berazam untuk membuat jadual belajar. Aku mesti menyusun cara belajar berdasarkan jadual itu. Petang ini, aku dan Reduan akan pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku rujukan. Aku ingin meminjam buku rujukan Matematik bagi mengatasi kelemahanku dalam subjek itu. Cikgu Farid telah banyak kali berpesan supaya aku banyak membuat latihan. Aku akan terus berusaha untuk berjaya.

Nilai murni :

Menghargai masa Taat Rajin Berdisiplin Mendengar nasihat Gigih / dedikasi

Page 8: Bahagian c Jawapan

Latihan 8 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa amalan baik yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Anak tani menangkap pelaga,Pelaga ditangkap dari telaga;

Sayang-menyayang sesama keluarga,Barulah tercapai misi negara.

Cantik purnama tidak terkata,Sinar memancar ke tepi muara;

Sikap terbuka amalan kita,Itulah Malaysia negara jaya.

Tumbuh subur pokok halia,Halia dibeli oleh Pak Lah;

Saling menghormati amalan mulia,Rakyat pasti tidak berbalah.

Naik feri ke Pulau Angsa, Singgah sebentar di Pulau Buaya;

Rakyat hidup aman sentosa,Negara pasti akan berjaya.

Berbudi bahasa amalan mulia, Tanpa mengira tempat dan masa;

Tegur menegur sesama kita, Agar terpelihara agama dan bangsa

Amalan baik :

Sayang menyeyangi Toleransi Hormat menghormati Aman Berhemah tinggi Peramah

Page 9: Bahagian c Jawapan

perpaduan

Latihan 9 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa pengajaran / nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Amira murid yang cacat kakinya sejak dilahirkan. Amira rajin belajar kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera. Walaupun dia berjalan bertempang-tempang, dia tidak malu untuk ke sekolah. Kawan-kawannya juga tidak pernah mengejeknya. Mereka tahu bahawa Amira tidak dilahirkan cacat. Malah kawan-kawannya selalu membantu Amira seperti membawakan beg sekolah atau memberinya tempat duduk di dalam bas. Amira sangat gembira mempunyai kawan-awan yang baik baik seperti mereka. Di sekolah, Amira murid yang pandai kerana dia rajin belajar. Di dalam kelas, dia sentiasa menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Kerana kepandaiannya itu, di selalu menolong kawannya yang lemah dalam pelajaran. Dia tidak pernah sombong atau meninggi diri atas kepandaiannya. Oleh itu, semua kawan dan guru sayang akan Amira.

Nilai murni :

rajin yakin / cekal simpati ringan tulang bertimbang rasa / prihatin baik hati rendah diri

Page 10: Bahagian c Jawapan

Latihan 10 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa pengajaran / nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pisau diasah untuk berjuang, Sedikit masa tidak terluang, Untuk mencari sedikit wang, Demi menyara keluarga tersayang.

Dingin pagi membawa diri, Panas mentari tidak disedari, Rezeki halal itu yang dicari, Rela bekerja sepanjang hari.

Diserahkan jiwa dan raga, Tiada alpa segala-galanya dijaga, Harta benda bukanlah harga, Kejayaan anak diharapkan juga.

Itulah kewajipan seorang bapa, Biarpun miskin biarpun tiada apa, Bahagaia anak-anak tidak dilupa, Dengan rezeki tidak seberapa.

Pengajaran / nilai murni :

menghargai masa tanggungjawab rajin / tekun prihatin pengorbanan gigih / bersyukur

Page 11: Bahagian c Jawapan

Latihan 11 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Yok Man berangan-angan mahu membeli sebuah basikal baharu. Basikalnya sekarang sudah terlalu buruk dan sering sahaja rosak. Namun demikian, dia tidak pernah menyuarakan keinginannya itu kepada ibu dan ayahnya. Dia sedar bahawa mereka orang susah. Yok Man menyimpan wang belanja sekolahnya sedikit demi sedikit. Dia mahu membeli basikalnya itu dengan wang simpanannya sendiri. Pada suatu hari, ibu Yok Man jatuh sakit. Ayah Yok Man berasa amat susah hati kerana dia tidak mempunyai wang untuk membeli ubat. Apabila Yok Man mengetahui hal tersebut, dia pun segera mengeluarkan kesemua wang simpanannya.Wang itu mahu digunakan untuk membeli ubat ibunya.

Pengajaran :

kesabaran kesedaran berjimat cermat berkorban

Page 12: Bahagian c Jawapan

Latihan 12 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pasukan koir sekolah Suzan diumumkan sebagai johan. Suzan dan kawan-kawannya terlonjak-lonjak kegembiraan. Sebagai ketua pasukan, Suzan dipersilakan naik ke pentas. Dia mewakili pasukannya untuk menerima piala pusingan.

Malang tidak berbau. Tanpa disangka-sangka, suasana gembira bertukar menjadi duka. Suzan yang leka kerana terlalu gembira tergelincir semasa menuruni pentas. Dia tersungkur ke lantai bersama dengan pialanya.

“ Aduh, sakitnya!” Suzan merintih menahan kesakitan. Murid-murid dan guru-guru yang ada di situ terkejut dan cemas. Masing-masing pandang-memandang.

Mujurlah, dalam keadaan cemas begitu, Vincent dan Andrew tidak hilang akal. Mereka yang merupakan anggota Pasukan Bulan Sabit Merah cepat-cepat menghulurkan bantuan.

Vincent dan Andrew segera memberikan pertolongan cemas kepada Suzan. Menurut mereka, tangan Suzan terseliuh. Mereka pun menganduh tangan Suzan yang cedera itu. Kemudian, mereka bersama-sama dengan Cikgu Lim membawa Suzan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

bangga menghargai tanggungjawab berhati-hati sentiasa tenang tolong-menolong

Page 13: Bahagian c Jawapan

Latihan 13 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Amira segera bersiap untuk pergi ke hospital. Dia tidak mahu terlewat. Dia mahu menziarahi ibunya yang sedang sakit. Sudah seminggu ibu Amira dimasukkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah rendah. Amira tidak mahu ibunya ternanti-nanti akan kedatangannya. Tidak berapa lama menunggu, akhirnya bas pun tiba. Amira berbaris untuk menanti bas. Dia membiarkan kanak-kanak dan orang tua menaiki bas itu dahulu. Amira sampai pada pukul 3.45 petang. Masih ada 15 minit lagi sebelum waktu melawat. Amira duduk di sebuah kerusi yang disediakan di kawasan taman hospital berkenaan. Dia mengeluarkan nota kecil dari beg yang dibawanya. Amira membaca catatan yang dibuatnya. Tepat jam 4.00 petang, pelawat-pelawat dibenarkan masuk. Amira segera mendapatkan ibunya. Dia gembira melihat ibunya semakin sembuh.

Menghargai masa Kasih sayang Prihatin Berdisiplin Bertolak ansur Bertimbang rasa Menghargai masa

Page 14: Bahagian c Jawapan

Latihan 14 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Aku berasa bangga melihat gambar-gambar mercu tanda negara. Mercu-mercu tanda itu melambangkan kejayaan negara. Alangkah bertuahnya negaraku. Negaraku bukan sahaja aman sejahtera tetapi juga pesat membangun. Aku bersyukur kepada Tuhan atas nikmat ini. Aku juga berasa amat berhutang budi kepada para pemimpin negara yang banyak berjasa membangun negara

Nilai murni

Besar hati Bersyukur Aman Berterima kasih Mengenang jasa

Page 15: Bahagian c Jawapan

Latihan 15 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hassan merupakan Bendahari Kelab Kebudayaan dan Kesenian sekolahnya. Dia menjalankan tugasnya dengan baik. Hassan tinggal bersama-sama dengan ibunya yang sakit. Dia menjaga ibunya dengan baik. Hassant tidak mempunyai wang untuk membayar kos rawatan ibunya. Dia teringat akan wang tabung Kelab Kebudayaan dan Kesenian yang berjumlah RM 1000.00. Dalam hatinya dia berkata bahawa dia boleh menggunakan wang itu dahulu.

Namun, dia tidak sanggup mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh guru dan kawan-kawannya. Akhirnya, dia telah berjumpa dengan guru besar dan meminta bantuan beliau. Pihak sekolah telah mengumpulkan wang untuk membiayai rawatan ibunya.

Nilai murni / pengajaran :

Berdedikasi Kasih sayang Amanah Jujur Prihatin Tolong-menolong

Page 16: Bahagian c Jawapan

Latihan 16 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa nilai / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Seperti biasa,setiap pagi sebelum ke sekolah, Salleh bersarapan bersama-sama dengan ayah, ibu dan kakaknya. Sebelum ke sekolah, Salleh akan mencium tangan kedua-dua ibu bapanya. Salleh ke sekolah dengan menunggang basikal bersama-sama dengan rakannya,Razak. Mereka menunggang basikal dengan berhati-hati. Namun begitu, ketika sampai di suatu selekoh, tiba-tiba datang sebuah kereta lalu melanggar Razak. Pemandu kereta yang melanggar Razak melarikan diri. Salleh segera menahan sebuah kereta dan pemandu kereta tersebut membawa Razak ke hospital. Kemudian, Salleh menghubungi kedua-dua ibu bapa Razak.

Nilai-nilai murni :

Menjaga kesihatan Kasih sayang Berdikari Menjaga keselamatan Tidak bertanggungjawab Tolong-menolong

Page 17: Bahagian c Jawapan

Latihan 17 BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )

Tulis beberapa nilai / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Demi menjaga nama baik keluarga , Tok Kamal tidak akan melupakan tugasnya. Sebagai seorang Ketua Kampung Sri Lalang, Tok Kamal cuba untuk bersikap tidak pilih kasih kepada semua penduduk kampung. Segala masalah yang diadukan kepadanya akan cuba diselesaikan dengan cara yang paling baik. Beliau sememangnya seorang ketua kampung yang menjalankan tugas dengan jujur dan tekun. Segala keputusan yang telah dibuat oleh penduduk kampung akan diterima dengan hati yang terbuka kerana beliau tahu hak dan kebebasan para penduduk kampungnya.

Nilai murni :

Harga diri Tanggungjawab Adil Amanah Toleransi bekerjasama