bab 2. pentadbiran negeri-negeri selat · perdagangan selat melaka dan selat sunda. 3. singapura...

Post on 30-Nov-2020

22 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Bab 2. Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

Pengenalan

1. Pada abad ke 18, British menggalakan ekspedisi ke Timur untuk meningkat kekayaan negara melalui perdagangan.

2. Persaingan dengan Belanda dan Perancis menyebabkan British berusaha mendapat petempatan baru di Timur.

Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka Sebelum

Peluasan Kuasa British

1. Pulau Pinang

a. Merupakan wilayah Kesultanan Kedah dan menjadi tempat persinggahan pedagang dari Lingga.

b. Pulau Pinang menjadi pelabuhan dagang dengan Acheh.

c. Batu Uban pelabuhan paling awal yang dikunjungi oleh pedagang Arab.

d. Petempatan Batu Uban dibuka pada 1759 yang dianugerahkan oleh Sultan Kedah.

Peta menunjukkan lokasi Batu Uban, pelabuhan paling awal di Pulau Pinang

2. Singapura

a. Ialah wilayah Kesultanan Johor Riau.

b. Johor, Singapura dan Kepulauan Riau ditadbir oleh Temenggung Abdul Rahman.

c. Ladang-ladang gambir diusahakan oleh orang Melayu dan Cina di Singapura.

d. Pemerintah Kesultanan Johor Riau ialah Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga.

3. Melaka

a. Pada 1511, Kesultanan Melayu Melaka ditawan oleh Portugis.

b. Pada 1641-1824, Melaka menjadi tanah jajahan Belanda.

c. Belanda menjadi Melaka sebagai pusat pengumpulan hasil bijih timah.

Gambaran kota Melaka semasa zaman penjajahan Belanda

Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang

1. Pada awal abad ke 18, British yang bertapak di India berusaha mendapatkan petempatan baru di Alam Melayu berikutan perdagangan dengan China.

2. Pulau Pinang yang terletak di utara Selat Melaka mempunyai keistimewaan untuk British.

3. Kedudukan strategik Pulau Pinang memenuhi keperluan British.

Kedudukan Strategik Pulau Pinang

Pusat Pengumpulan

Barang

Pelabuhan Persinggahan

Pengkalan Tentera

1. Pusat Pengumpulan Barang

1. British memerlukan teh dari China.

2. China memerlukan emas, perak, bijih timah dan rempah-ratus.

3. British memerlukan pusat mengumpulkan barangan tersebut di Alam Melayu dan ditukarkan dengan teh dari China.

2. Pelabuhan Persinggahan

a. British memerlukan pelabuhan persinggahan di antara India dan China.

b. Tempat membaiki kapal, mendapat bekalan makanan dan minuman serta pelindungan angin monsun.

3. Pengkalan Tentera.

a. British memerlukan pengkalan tentera untuk mempertahankan petempatan di India daripada ancaman tentera Perancis dan saingan Belanda.

Peta menunjukkan laluan perdagangan British (SHTI) dengan China pada awal abad ke 19.

Kronologi Pendudukan British di Pulau Pinang

1 • Perebutan Takhta Kesultanan

Kedah

2 • Ancaman Siam

3 • Tipu Helah Francis Light

Menduduki Pulau Pinang

1. Perebutan Takhta Kesultanan Kedah

a. Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) melantik Tengku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah. Kerabat Diraja Kedah tidak setuju dengan pelantikan tersebut, berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang sultan.

b. Sultan Muhammad Jiwa mohon bantuan tentera dari SHTI untuk mempertahankan dari ancaman Bugis.

c. SHTI menghantar Edward Monckton berunding dengan sultan tetapi rundingan gagal.

2. Ancaman Siam

a. Siam menuntut penghantaran bunga emas dari Sultan Abdullah (1778-1798)

b. Sultan Kedah memohon bantuan dari SHTI. Baginda menawarkan Pulau Pinang untuk dapat bantuan tentera daripada ancaman Siam.

3. Tipu Helah Francis Light

a. Sultan Abdullah menawarkan Pulau Pinang kepada Francis Light sementara menunggu jawapan dari SHTI.

Pengukuhan Kuasa British di Pulau Pinang

1. Pada tahun 1786, Siam mengancam Kesultanan Kedah.

2. Sultan Abdullah meminta bantuan tentera SHTI tetapi SHTI enggan memberi bantuan kerana tiada perjanjian ditandatangani.

3. Sultan Abdullah menyerang Pulau Pinang tetapi ditewaskan oleh SHTI.

4. Sultan Abdullah dipaksa menandatangani perjanjian dengan British mengiktirafkan pendudukan British di Pulau Pinang.

5. Pada 1800, George Leith, Gabenor Pulau

Pinang mendesak Sultan Kedah, Sultan

Dhiauddin menandatangani perjanjian dengan

British.

6. Perjanjian ini membolehkan British

menduduki Seberang Perai.

Peluasan Kuasa British di Singapura

1. British berusaha meluaskan kuasa ke wilayah lain di Alam Melayu setelah menguasai Pulau Pinang.

2. Berikutan Perang Napoleon, British menduduki Melaka dan Betawi, iaitu jajahan Belanda.

3. British terpaksa mengembalikan petempatan tersebut kepada Belanda setelahnya tamat Perang Napoleon.

4. Stamford Raffles dan William Farquhar ditugaskan oleh British untuk mencari pelabuhan baharu di Alam Melayu.

Kepentingan Singapura kepada British

1. British memerlukan pelabuhan yang lebih stategik untuk bersaing dengan Belanda.

2. Kedudukan Singapura dapat mengawal kegiatan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda.

3. Singapura boleh main peranan sebagai pusat pengumpulan hasil-hasil Alam Melayu.

Peta menunjukkan kedudukan Singapura dan pelabuhan lain di Alam Melayu

Pertapakan British di Singapura

1. Stamford Raffles dan Willam Farquhar mengadakan perjanjian dengan pentadbir Singapura iaitu Temenggung Abdul Rahman untuk mendirikan petempatan British di Singapura.

2. Stamford Raffles memanipulasikan isu takhta Kesultanan Johor Riau bagi mendapatkan pengesahan Sultan Abdul Rahman.

3. Stamford Raffles memujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussien ke Singapura dan baginda diisytiharkan sebagai Sultan Johor Riau dengan gelaran Sultan Hussein Muhammad Shah.

Perjanjian Mengukuhkan Kuasa British di Singapura

1. Perjanjian 6 Feb 1819

a. Perjanjian antara Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles.

b. Petempatan British di Singapura diiktiraf. William Farquhar dilantik sebagai Residen pertama Singapura.

Stamford Raffles

William Farquhar

2. Perjanjian 2 Ogos 1824

a. Perjanjian antara Sultan Hussein dan

Temenggung Abdul Rahman dengan Residen

Singapura John Crawfurd.

b. Singapura diserahkan kepada British.

c. Sultan dan Temenggung hilang kedaulatan ke

atas Singapura.

d. Sebagai ganti, Sultan dan Temenggung

diberikan bayaran pampasan dan pencen.

Peluasan Kuasa British di Melaka

British dapat menguasai Melaka melalui strategi pakatan dengan Belanda.

Faktor Pakatan British -Belanda

Menamatkan Pertikaian di Alam Melayu

Mengukuhkan Persahabatan di

Eropah

Penyelesaian Untuk Perdamaian

1. Menamatkan Pertikaian British dan Belanda Berkaitan Singapura

a. Pendudukan British di Singapura menyebabkan hubungan British dan Belanda semakin tegang.

2. Persahabatan British dan Belanda di Eropah

a. Persahabatan ini penting kerana Belanda berdekatan dengan Britain.

b. Belanda perlu berbaik dengan British untuk menjaga jajahan Belanda di timur semasa Perang Napoleon.

Eropah semasa Perang Napoleon Perang Napoleon

3. Penyelesaian untuk Perdamaian

a. Belanda dan British mahu mengelakkan peperangan.

b. Belanda terbeban dengan masalah kewangan akibat Perang Napoleon.

Kesan Pakatan British dan Belanda

1. Terjadi Perjanjian London 1824.

2. Bertujuan menamatkan pertikaian demi menjaga kepentingan di Alam Melayu.

3. Melalui perjanjian ini, British menguasai Melaka apabila berlaku pertukaran wilayah antara British dengan Belanda.

Perjanjian London 1824 dan Kesanya Terhadap Alam Melayu

Pengenalan

1. Persaingan kuasa barat di Alam Melayu membawa kepada perancangan British dan Belanda membuat pembahagian kawasan pengaruh masing-masing.

2. Perancangan ini terhasil Perjanjian London 1824 yang ditandatangani oleh British dan Belanda.

Syarat Perjanjian London

British: • Berundur dari Sumatera. • Menyerahkan Bangkahulu

kepada Belanda. • Tidak membuka

petempatan baru di Kepulauan Riau Lingga dan Kepulauan lain diselatan Singapura.

Belanda: • Mengiktirafkan

petempatan British di Singapura.

• Menyerahkan Melaka kepada British.

• Tidak membuka petempatan baru di Tanah Melayu.

Perjanjian London 1824 dan Kesanya Terhadap Alam Melayu

Kesan Perjanjian

London 1824

Pembahagian Alam Melayu

Perpecahan Empayar

Kesultanan Johor Riau

Selat Melaka di bawah British

1. Pembahagian Alam Melayu

1. Selat Melaka dan Selat Singapura menjadi sempadan wilayah British dan Belanda.

2. Tanah jajahan British dikenali sebagai Tanah Melayu.

3. Tanah jajahan Belanda dikenali sebagai Hindia Timur Belanda.

Peta menunjukkan pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda berdasarkan Perjanjian

2. Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau

a. Singapura Menjadi Tanah Jajahan British

1. Pada Ogos 1824, Sultan Hussien dan Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian menyerahkan Singapura kepada British.

2. Sultan Hussien berpindah dari Singapura ke Melaka.

3. Pemerintah Johor memindahkan pusat pemerintahan Johor ke Johor Bahru.

b. Berakhir Kesultanan Riau Lingga.

1. Pada tahun 1911, Kesultanan Riau Lingga dihapuskan oleh Belanda.

c. Pengisytiharan Kedaulatan Pahang

1. Perpecahan Kesultanan Johor Riau menyebabkan Bendahara Tun Ali di Pahang cuba membebaskan Pahang daripada Kesultanan Johor Riau.

2. Pada 1853, Bendahara mengisytiharkan Pahang sebagai negeri yang bebas.

Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau

3. Selat Melaka di bawah British

1. British memiliki tiga pelabuhan strategik, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

2. Pengunduran Belanda membuka peluang kepada British menguasai negeri-negeri Melayu.

Pembentukan Negeri-negeri Selat

Negeri-negeri Selat dibentuk oleh British untuk menguasai Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Negeri-negeri Selat dibentuk pada tahun 1826. Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka Sebelum Negeri-negeri Selat. 1. Pulau Pinang (1786-1824) a. Ditadbir oleh Francis Light sebagai Persuruhjaya yang

bertanggunjawab kepada Gabenor Jeneral British di India.

b. Pada 1787 menjadi pelabuhan bebas. c. Pada 1805 menjadi Presidensi keempat selepas

Benggala, Madras dam Bombay di India. d. Gabenor menjadi ketua pentadbir.

2. Singapura (1819- 1826)

1. Ditadbir oleh Residen yang bertanggungjawab kepada Leftenan Gabenor British di Bangkahulu, Sumatera.

2. Menjadi pelabuhan bebas pada 1823.

3. Pusat pengumpulan hasil Alam Melayu untuk diperdagangankan dengan China

3. Melaka (1824-1826)

1. Ditadbir oleh Residen Konsular.

2. Sistem Kapitan diteruskan untuk keamanan komuniti kaum.

3. Ketua kaum sebagai penegak undang-undang.

4. Penghulu menjaga masyarakat luar bandar.

Negeri-negeri Selat 1826

Pada 1826, Pulau Pinang, Singapura dan Melaka digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat untuk menjimatkan perbelanjaan dan menyeragamkan pentadbiran.

Peta Negeri-negeri Selat

Kepentingan Negeri-negeri Selat

1. British dapat menguasai Selat Melaka untuk perdagangan.

2. Taraf pelabuhan bebas menarik pedagang dari Alam Melayu dan luar seperti Arab,India,China, Eropah dan Amerika.

3. Menjadi pusat pengumpulan bijih timah.

4. Menjadi pintu masuk bagi buruh luar.

5. Penanaman modal oleh pelabur luar menyebabkan perkembangan Negeri-negeri Selat.

Hubungan Negeri-negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu

Negeri-negeri Selat Memerlukan hasil ekonomi negeri-negeri Melayu untuk perdagangan. Melabur modal memajukan perlombongan bijih timah di negeri Melayu.

Negeri-negeri Melayu Memerlukan pelabuhan Negeri-negeri Selat untuk memperdagankan hasil ekonomi

Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Pada peringkat awal negeri-negeri Selat ditadbir oleh kerajaan British di India. Pada 1867, pentadbiran dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan London.

Negeri-negeri Selat di bawah Kerajaan British di India (1826-1867)

Negeri-negeri Selat di bawah SHTI (1826-1867) 1. Diketuai oleh Gabenor. 2. Gabenor dibantu oleh Residen

Konsular. 3. Pulau Pinang menjadi pusat

pentadbiran pertama. 4. Pada 1832, pusat pentadbiran

dipindahkan ke Singapura kerana lebih stratejik.

Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat India (1858-1867)

1. Undang-undang British

dikuatkuasakan. 2. Pemberontakan di India

menyebabkan Pejabat India tidak mampu mentadbir Negeri-negeri Selat dengan baik.

3. Pedagang tidak dilindungi. 4. Pedagang rasa tidak puas hati.

Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat Tanah Jajahan (1867-1946)

Pedagang dan penduduk tempatan tidak puas hati dengan pentadbiran Pejabat India, telah mengesak Pejabat Tanah Jajahan di London mengambil alih pentadbiran Negeri-negeri Selat.

Faktor Pemindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selat ke Pejabat Tanah Jajahan London

1. Tiada wakil Negeri-negeri Selat dalam Majlis Perundangan di India. 2. Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan kapal dagang dan

pertelingkahan kumpulan Cina. 3. Pejabat India mahu menjadikan mata wang rupee India sebagai mata wang

Negeri-negeri Selat. 4. Cadangan Pejabat India mengenakan cukai pelabuhan. 5. Pejabat India menjadikan Negeri-negeri Selat tempat buangan banduan.

Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London. Majlis Perundangan ditubuhkan di Negeri-negeri Selat untuk meluluskan undang-undang.

top related