melaka,nnm,negeri selat

29
Melaka Negeri-negeri Melayu Negeri-negeri Selat

Upload: baskaransubramaniam

Post on 23-Jun-2015

2.647 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Melaka,nnm,negeri selat

MelakaNegeri-negeri Melayu

Negeri-negeri Selat

Page 2: Melaka,nnm,negeri selat
Page 3: Melaka,nnm,negeri selat

MelakaKESULTANAN MELAYU MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 merupakan asas pembinaan negara dan bangsa kita.

Peradaban dan peraturan kenegaraan kerajaan ini tercatat dalam Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin karangan Tun Seri Lanang yang merupakan dokumen historiografi Melayu terpenting.

Masyarakat yang tersusun, berperaturan serta mempunyai sistem politir tersendiri.

Page 4: Melaka,nnm,negeri selat

SambunganKesultanan Melayu Melaka banyak

meninggalkan pelbagai kesan dan warisan sosiopolitik dalam sistem pemerintahan negara kita pada hari ini.

Page 5: Melaka,nnm,negeri selat

CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKAWilayah pengaruhKedaulatanKeunggulan undang-undangRakyatLambang-lambangKebesaran sultanKerajaan

Page 6: Melaka,nnm,negeri selat

CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKAWilayah pengaruh – Kawasan yang rakyatnya

menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja. Meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Timur Sumatera.

Kedaulatan – Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah Negara. Pemerintah mempunyai kuasa untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. Kedaulatan memastikan negara bebas daripada cengkaman politik, taklukan, campur tangan dan penjajahan kuasa asing. Kedaulatan merujuk kepada raja yang memerintah.

Page 7: Melaka,nnm,negeri selat

Sambungan Keunggulan undang-undang – Memelihara

keamanan dan melindungi rakyat. Menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerayataan yang diterima oleh masyarakat. Dua sumber undang-undang bertulis ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

Rakyat – Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah. Terikat dengan undang-undang dan peraturan dalam wilayah tersebut. Rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah.

Page 8: Melaka,nnm,negeri selat

SambunganLambang-lambang – Simbol yang menjadi

identity negara. Antaranya warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka, iaitu sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam.

Kebesaran sultan dapat dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protocol dan adat istiadat istana.

Page 9: Melaka,nnm,negeri selat

SambunganKerajaan – Institusi yang bertanggungjawab

menguruskan pentadbiran menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatic dengan negara lain. Kerajaan wujud apabila ada raja. Raja dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Sistem Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Raja/Sultan, Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua menjamin kesejahteraan sistem pemerintahan beraja dan kerajaan.

Page 10: Melaka,nnm,negeri selat
Page 11: Melaka,nnm,negeri selat

Negeri-negeri Melayu Pada umumnya, sistem pemerintahan Negeri-

Negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Selain itu, warisan Kesultanan Melayu Melaka seperti adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu, berkembang di negeri-negeri tersebut.

Kerajaan Johor, Perak dan Pahang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.

Semua pemerintah negeri tersebut menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masing yang ternyata mencontohi Sultan Melaka.

Page 12: Melaka,nnm,negeri selat

Sambungan Pada umumnya, sistem pewarisan takhta di negeri-

negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa. Menurut sistem ini, putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta tersebut.

Johor, Perak dan Pahang mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan di Melaka. Perbezaan antara ketiga-tiga negeri tersebut adalah pada gelaran pembesarnya. Perbezaan ini disebabkan perubahan semasa dan juga penyesuaian dengan keadaan tempatan.

Page 13: Melaka,nnm,negeri selat

Sambungan Warisan Kesultanan Melayu Melaka dapat

dilihat dalam kitab undang-undang bagi Johor, Perak dan Pahang. Ketiga tiga undang-undang itu disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk disesuaikan dengan unsurtempatan.

Contohnya, Undang-undang Pahang yang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah pada tahun 1596 sangat dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.

Page 14: Melaka,nnm,negeri selat

Undang-undang Tubuh Kerajaan JohorDiperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar pada

tahun 1895.Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat Johor.Agama Islam sebagai agama negeri.Berasaskan perlembagaan Barat.Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan

kepada Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.Menteri mengangkat sumpah dan

memberikan taat setia kepada raja dan kerajaan.

Page 15: Melaka,nnm,negeri selat

SambunganKeinginan pemerintahan Johor untuk

membentuk kerajaan yang bercorak demokrasi telah mendorong penggubalan perlembagaan.

Memantapkan sistem pentadbiran Johor.

Page 16: Melaka,nnm,negeri selat

Sistem Jemaah Menteri di KelantanDiamalkan sejak pemerintahan Sultan

Muhammad I.Sultan Muhammad II membentuk Sistem Jemaah

Menteri bagi melicinkan lagi pentadbiran.Terdapat lapan badan Jemaah Menteri dan setiap

satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.Kerabat diraja yang terlibat dalam perebutan

kuasa disingkirkan dan digantikan dengan golongan pembesar yang bergelar nik dan wan.

Page 17: Melaka,nnm,negeri selat

Undang-undang Tubuh Kerajaan TerengganuDikenali sebagai Ittiqan-ilmuluk bi-ta`dil il-

suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah berdasarkan keadilan.

Berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Bertujuan menghalang kemaraan British ke Terengganu.

Mengekalkan sistem monarki.

Page 18: Melaka,nnm,negeri selat

SambunganSultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat

Kerajaan dan Jemaah Menteri.Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh

Menteri Besar yang dilantik oleh sultan.

Page 19: Melaka,nnm,negeri selat

Prinsip demokrasi dan konsep Persekutuan di Negeri SembilanMerangkumi 9 buah negeri iaitu; Sungau

Ujung, Rembau, Johol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.

Mempunyai raja sendiri iaitu Raja Melewar dengan gelaran Yamtuan Besar (1773).

Negeri Melayu pertama yang bentuk mirip persekutuan.

Mengamalkan Adat Pepatih iaitu kedaulatan di tangan rakyat.

Page 20: Melaka,nnm,negeri selat

SambunganYang Dipertuan Besar tidak berhak melantik

pembesar.Perlantikan pemimpin dilakukan pada

peringkat bawah iaitu oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah.

Hierarki pemerintahan mengikut Adat Pepatih yang diketuai oleh Yang Dipertuan Besar, Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah.

Page 21: Melaka,nnm,negeri selat
Page 22: Melaka,nnm,negeri selat
Page 23: Melaka,nnm,negeri selat

Ciri-ciri Negeri-negeri SelatBerikutan Perjanjian Inggeris-Belanda

1824,SHTI telam memiliki tiga petempatan di laluan perdagangan Selat Melaka, iaitu Pulau Pinang,Melaka dan Singapura.

Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor,manakala Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen.

Pada tahun 1826,Pulau Pinang,Melaka dan Singapura digabungkan dalam satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.

 

Page 24: Melaka,nnm,negeri selat

SambunganTujuan penggabungan ini adalah untuk

menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan kos pentadbiran.

Pentadbiran Negeri-Negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor yang menerima arahannya daripada Gabenor Jeneral di India.

Gabenor Negeri-Negeri Selat dibantu oleh Residen Konsuler.

Ibu Negeri-Negeri Selat yang pertama ialah Pulau Pinang.

 

Page 25: Melaka,nnm,negeri selat

SambunganPada tahun 1832,Singapura menggantikan Pulau

Pinang sebagai ibu negeri kerana kedudukannya yang lebih strategik.

Dasar dan undang-undang Negeri-Ngeri Selat ditentukan oleh Gabenor Jeneral British di India.

Dasar-dasar pentadbiran ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Negeri-Negeri Selat kerana mereka merasakan Negeri-Negeri Selat seolah-olah tanah jajahan India.

 

Page 26: Melaka,nnm,negeri selat

SambunganMereka membuat rayuan kepada kerajaan

British supaya memindahkan pentadbiran Negeri-Negeri Selat ke London. 

Pada 1 April 1867,Neger-Negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British.

Sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan untuk membolehkan Neger-Negeri Selat meluluskan undang-undang sendiri.

Page 27: Melaka,nnm,negeri selat

Faktor Faktor British memindahkan pentadbiran Negeri-Negeri Selat dari India ke london adalah seperti berikut:SHTI di India tidak mengambil berat tentang

kebajikan Negeri-Negeri Selat.Negeri-Negeri Selat membantah cadangan

untuk menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura.

Imigran Cina yang datang ke Negeri-Negeri Selat secara tidak terkawal menubuhkan

Page 28: Melaka,nnm,negeri selat

Sambungankongsi gelap dan melakukan kekacauan. -

Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menjadikan rupee India sebagai mata wang rasmi Negeri-Negeri Selat, menggantikan mata wang perak Sepanyol. Pengenalan akta ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan saudagar kerana nilai mata wang rupee India lebih rendah daripada nilai mata wang perak Sepanyol.

Penduduk tempatan membantah tindakan kerajaan British yang menjadikan Negeri-Negeri Selat sebagai tempat buangan banduan.

Page 29: Melaka,nnm,negeri selat

Terima Kasih