assignment sejarah sem 8.docx
Post on 17-Jan-2016
104 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Sejarah merupakan satu cabang ilmu kemanusiaan yang tidak asing lagi pada masa ini.
Walaupun kepentingan dan masa depan subjek ini sering dipertikaikan, namun, terdapat
pelbagai usaha untuk menjadikan sejarah sebagai suatu bidang ilmu yang setanding dengan
bidang-bidang ilmu yang lain. Perkataan sejarah diterbitkan daripada pelbagai istilah khusus
seperti “syajaratun” dalam bahasa Arab, dan “history” pula dalam Bahasa Inggeris. Menurut J.B.
Bury, sejarah ialah sains, tidak kurang dan tidak lebih. R.G. Collingwood menyatakan bahawa
sejarah ialah sebuah penyelidikan tentang hal-hal yang dilakukan oleh manusia pada masa
lampau. Pada pandangan saya, sejarah ialah sesuatu peristiwa lepas yang dianggap penting
yang secara tersurat dan tersirat memberi makna kepada sesuatu kronologi peristiwa.
DEFINISI SUMBER SEJARAH
Ahli-ahli sejarah amat mementingkan penggunaan sumber yang sahih dalam
penghasilan sesebuah penulisan sejarah. Sumber yang benar dan tepat tentang sesuatu hasil
kajian sejarah dapat membuktikan kesahihan sesuatu peristiwa atau kejadian yang telah
berlaku pada suatu ketika dahulu. Menurut Muhd. Yusof Ibrahim (1986), “sumber ialah suatu
yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan”.
Selain itu, terdapat beberapa definisi atau tafsiran lain yang merujuk kepada maksud
sumber, antaranya seperti di dalam kamus Oxford English Dictionary, sumber atau “source”
bererti “sesebuah karya, dan lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang
bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal tersebut”. Sumber
juga boleh diertikan seperti bahan-bahan tinggalan sejarah yang berupa seperti dokumen,
artifak, jurnal, buku catatan peribadi dan lain-lain yang tersimpan di arkib, perpustakaan,
pejabat khas, muzium dan sebagainya.
Bahan-bahan ini secara langsung atau tidak langsung menjadi rujukan untuk tujuan
penyelidikan bagi ahli-ahli sejarah mahupun pengkaji-pengkaji dalam mana-mana disiplin ilmu.
Sumber terbahagi kepada tiga jenis, iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber lisan.
Sumber primer diklasifikasikan sebagai bahan-bahan asli atau tulen seperti dokumen, surat
(rasmi atau tidak rasmi), laporan, buku harian dan sebagainya yang belum ditafsir atau
diperlengkapkan lagi.
Bahan-bahan yang dikategorikan sebagai sumber primer kerana keadaannya yang asli
dan mengandungi maklumat asal sama ada benar atau tidak benar untuk tujuan penyelidikan.
1
Seterusnya ialah sumber sekunder atau kedua yakni bahan-bahan penulisan tentang sesuatu
peristiwa atau biografi tentang tokoh-tokoh tertentu yang diterbitkan oleh seseorang penulis
atau sesebuah organisasi berdasarkan kajian terhadap sumber primer. Penggunaan sumber
sekunder adalah penting bagi seseorang penulis sejarah kerana ia berfungsi sebagai
penyokong atau pengukuh bagi sesuatu hujah dan bukti yang dikemukakan. Sumber-sumber
kedua adalah seperti buku, majalah, surat khabar, disertasi atau tesis.
Sumber lisan sering menerima kritikan hebat daripada para sejarawan kerana
kemungkinan sumber lisan diubah atau adanya “campur tangan” pihak berkepentingan dalam
mengurus dan menyatakan keadaan perkembangan sejarah. Namun demikian, sumber lisan
merupakan sesuatu yang unik kerana sumber ini dapat digunakan bagi menerangkan
kesinambungan sejarah dahulu dan sekarang, selain terlalu bergantung kepada sumber primer
(utama) dan skunder (kedua) Hal ini benar seperti menurut Nadzan Haron (1998) yang
menyatakan bahawa Thucydides, sejarawan Yunani, telah menggunakan sumber lisan bagi
melengkapkan kajiannya ke atas kekalahan Yunani ditangan Sparta.
Dengan adanya sumber-sumber sejarah, kita mampu memberi nilai lebih unggu dalam
kronologi sejarah seperti mana sifat sejarah yang edukatif, berinspirasi, rekreatif dan adanya
sifat kesenian yang tinggi. Fakta sejarah hampir mustahil dibongkar seandainya sumber-sumber
sejarah tidak dikaji dengan sedalam mungkin, maknanya fakta sejarah tersebut belum boleh
diiktiraf nilai sejarahnya, tanpa ada kajian dan kritikan terhadap sumber-sumber sejarah
tersebut.
Ketiga-tiga sumber sejarah ini sepertinya berbeza tetapi sangat signifikan dari segi
kepentingannya. Sumber ini penting dalam menggambarkan suatu pandangan dan pemikiran
seseorang penulis atau pengkaji terhadap perkara dan juga terhadap alam persekitaran pada
masa lalu. Melalui penulisan mereka, sekurang-kurangnya sejarawan moden kini dapat
membayangkan bagaimana corak pemikiran mereka pada masa lain seterusnya
mengimaginasikan rentetan sejarah yang berlaku pada masa itu.
DEFINISI SUMBER PRIMER (UTAMA)
Dalam historiografi, sumber primer adalah suatu dokumen atau sumber informasi lain
yang diciptakan pada atau di sekitar waktu yang sedang dipelajari. Kata "primer" dalam hal ini
bukan bererti superior, melainkan merujuk pada kenyataan bahwa sumber tersebut dibuat oleh
2
pelaku primer. Sumber seperti ini dibezakan dari sumber sekunder yang merupakan karya
sejarah, seperti buku atau artikel yang dibuat berdasarkan sumber-sumber primer.
Untuk mengetahui definisi sumber utama dengan lebih jelas, beberapa pandangan
tokoh-tokoh sejarah perlu diketahui. Dari segi konsep, keseluruhan tokoh ini memberikan
makna yang hampir sama. Menurut Muhd Yusuf Ibrahim(1986), sumber utama itu ialah
kumpulan sumber mahupun bahan yang boleh kita rujuk, tetapi keadaannya masih asli dan
belum lagi ditafsirkan serta terdapat di institusi-institusi tertentu. Antara sumber ini temasuklah
bahan yang berupa dokumen, surat, sama ada yang rasmi ataupun sebaliknya, catatan,
laporan, buku harian, warkah, watiqah dan titah perintah dan kadangkala akhbar serta majalah
dan peringatan boleh juga dianggap sebagai sumber utama. Apa yang menjadikan sumber-
sumber itu sebagai sumber utama ialah keadaannya itu sendiri yang merupakan sumber yang
pertama sekali mencatatkan sesuatu peristiwa yang berlaku itu.
Sumber utama juga dikenali sebagai sumber primer atau primary source. Menurut Jan
Vermeer dari Perpustakaan Universiti Yale, sumber utama didefinisikan sebagai:
“A primary source is firsthand testimony or direct evidence concerning a topic
under investigation. The nature and value of a source cannot be determined
without reference to the topic and questions it bis meant to answer. The same
document, or other piece of evidence, may be a primary source in one
investigation and secondary in another. The search for prirnary sources does not,
therefore, automatically include or exclude any category of records or
documents”.
Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah(1996) pula, sumber pertama itu dimaksudkan sebagai
keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam sesuatu perkara. Ataupun,
sumber pertama ialah bahan-bahan mentah yang belum sempurna lagi. Bagaimanapun, tidak
selalunya terdapat pemisahan yang mutlak antara sumber pertama dengan sumber kedua. Ada
kalanya yang digolongkan sebagai sumber pertama itu adalah juga sumber kedua.
3
Contoh-contoh Sumber Primer (Utama)
Artifak
Rajah 1 : Batu Bersurat(Sumber : https://www.google.com/search?q=artifak&source dimuat turun pada 7 Februari
2015)
Rajah 2 : Dinar Emas Sultan Iskandar Syah(Sumber : https://www.google.com/search?q=artifak&source dimuat turun pada 7 Februari
2015)
4
Manuskrip
Rajah 3 : Manuskrip Melayu Acheh(Sumber : https://www.google.com/search?q=artifak&source dimuat turun pada 7 Februari
2015)
Rajah 4 : Manuskrip Timbuktu (Karya Nasir al-Din)(Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Manuskrip_Timbuktu dimuat turun pada 7 Februari 2015)
Fosil
5
Rajah 5 : Fosil rangka manusia Zaman Austronesia (Gunong Toba, Sumatera)(Sumber :http://gunungtoba2014.blogspot.com/2014/12/indikasi-pembauran-budaya-hoabinh-
dan.html dimuat turun pada 7 Februari 2015)
Rajah 6 : Fosil ekor dinosaur(Sumber : http://teknologi.news.viva.co.id/news/read/432482-peneliti-meksiko-temukan-fosil-
ekor-dinosaurus-berumur-72-juta-tahun dimuat turun pada 8 Februari 2015)
Surat Khabar
6
Rajah 7 : Surat Khabar The Malay Mail dan Berita Harian (1957)(Sumber : http://ammarah-yusop.blogspot.com/2012/03/gambar-gambar-kemerdekaan.html
dimuat turun pada 8 Februari 2015)
Rajah 8 : Surat Khabar Harian Metro (21 November 2012)(Sumber : http://kakahashim.blogspot.com/2013/01/tips-hilangkan-bau-ketiak-hangit.html dimuat
turun pada 9 Februari 2015)Gambar
7
Rajah 9 : DYMM YDP Agong dan Permaisuri pertama Malaysia(Sumber : http://www.syahrulzaman.com/potret-asal-pada-wang-kertas-malaysia/ dimuat turun
pada 9 Februari 2015)
Rajah 10 : Potret Monalisa (karya Leonardo da Vinci)
(Sumber : http://www.blogbisu.com/2013/02/kisah-misteri-senyuman-monalisa.html dimuat turun pada 9 Februari 2015)
Sumber primer (Utama) dan Penggunaannya
8
Sumber primer adalah menarik untuk dibaca kerana sifatnya itu, memberikan kita
pemahaman yang terus daripada sumber asal (first hand insights), pemahaman seolah-olah
anda berada di sana (you-are-there insights) tentang masa lampau. Sumber ini juga merupakan
alat yang sangat penting yang seorang ahli sejarah ada untuk membina suatu pemahaman
tentang sesuatu peristiwa. Sumber primer berfungsi sebagai bukti yang ahli-ahli sejarah
gunakan dalam membina satu tafsiran dan dalam membina satu hujah untuk menyokong
tafsiran itu. Anda akan menggunakan sumber primer tidak hanya untuk membantu seseorang
memahami dengan lebih baik apa yang telah berlaku, tetapi juga sebagai bukti dalam
menjawab soalan-soalan dan membina hujah-hujah mengenai masa lampau.
Sumber primer tidak "bercakap" dengan sendiri, tetapi mestilah ditafsirkan. Yakni, kita
tidak boleh selalu memahami serta-merta tentang apa yang suatu sumber primer itu
maksudkan, terutama jika sesuatu datang daripada suatu budaya yang sangat berbeza
daripada budaya kita sendiri. Oleh sebab itu, adalah perlu untuk mencuba memahami apa yang
dimaksudkan dan menggambarkan apa yang sumber itu boleh jelaskan kepada kita tentang
masa lampau.
DEFINISI SUMBER SEKUNDER (KEDUA)
Secara asasnya, sumber kedua ialah kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang
telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang sesuatu peristiwa,
tokoh-tokoh dan sebagainya. Kajian-kajian itu berdasarkan sumber-sumber utama tadi. Sumber
kedua lebih merujuk kepada tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana,
dissertasi atau buku.
Sebenarnya, sumber kedua ini merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan dan
malahan andaian yang dibuat oleh seseorang pengkaji terhadap perkara-perkara yang dikajinya
dengan bersandarkan sumber utama yang berkaitan. Sumber kedua itu boleh dan biasa
digunakan oleh para penyelidik yang lain, sama ada sebagai rujukan, sebagai bandingan,
mahupun sebagai ungkapan bagi mengemukakan pandangan serta tafsirannya terhadap
perkara yang dikajinya. Dalam kategori sumber kedua ini termasuklah buku-buku, majalah dan
juga akhbar, latihan ilmiah, tesis, karangan ataupun esei yang menganalisis sesuatu isu yang
penting. Bibliografi tentang tokoh yang dibukukan merupakan contoh yang baik bagi sumber
skunder.
9
Pada pendapat saya, sumber kedua ini merujuk kepada sesuatu karya yang telah
diproses hasil daripada bahan-bahan sumber pertama. Ini bermakna sumber kedua ini
mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sumber utama. Dalam hal ini, sekiranya sumber
utama tiada, maka sumber kedua ini tidak akan wujud dengan sendirinya.
Contoh-contoh Sumber Sekunder (Kedua)
Buku
Rajah 11 : Buku Sirah Para Nabi
(Sumber : https://www.google.com/search? dimuat turun pada 9 Februari 2015)
Ensiklopedia
10
Rajah 12 : Ensiklopedia (berjilid)(Sumber : http://saptabooks.blogspot.com/2013/07/ensiklopedia-mukjizat-al-quran-dan-
hadis.html dimuat turun pada 9 Februari 2015)
Majalah
Rajah 13 : Majalah Pancing (Bil. 165)(Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Majalah_Pancing dimuat turun pada 9 Februari 2015)
Bibliografi
11
Rajah 14 : Bibliografi (Sir Alex Ferguson)
(Sumber : http://www.bola.net/editorial/mereka-yang-dihajar-fergie-lewat-biografi-1.html dimuat turun pada 9 Februari 2015)
Sumber skunder (Kedua) dan Penggunaannya
Oleh sebab fakta-fakta tidak “bercakap” sendiri, adalah perlu untuk ahli-ahli sejarah
memberikannya beberapa bentuk dan meletakkannya dalam susunan yang boleh fahami. Ini
dipanggil satu tafsiran (an interpretation). Banyak sumber sekunder menyediakan tidak hanya
maklumat tetapi juga satu cara memberi makna kepada maklumat itu. Sesiapa sahaja
seharusnya menggunakan satu sumber sekunder jika ingin memahami bagaimana seorang ahli
sejarah memberi makna kepada satu peristiwa, orang atau trend tertentu (David W.
Koeller,1996).
12
DEFINISI SUMBER LISAN
Sumber lisan Menurut Ahmad (1987), merupakan satu kaedah atau teknik penyelidikan
moden yang bertujuan untuk memelihara pengetahuan sejarah melalui pengkisahan. Sumber
lisan merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut
oleh seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Sumber
ini hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan tidaklah ditulis atau dirakamkan. Namun
begitu, sumber lisan boleh menjadi sumber bertulis apabila datanya dirakam setelah mengalarni
proses temubual, perbincangan, dan temuduga dengan orang sumber.
Pada kebiasaannya, sumber ini turut menjadi rujukan bagi ahli sejarawan dalam bidang
sejarah lisan. Sumber lisan boleh juga dikategorikan sebagai sumber utama dan sumber kedua.
Lazimnya, sumber utamanya didapati daripada penyaksi-penyaksi atau orang-orang yang
terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu. Mereka ini boleh memberikan maklumat asal
tentang peristiwa yang mereka saksikan atan yang mereka turut terlibat. Jika mereka ini
memuatkan maklumat-maklumat ke dalam pita rakaman ataupun apa-apa perakam suara,
maka itu juga boleh dianggap sebagai sumber utama. Tetapi, jika mereka menulisnya, maka ia
akan menjadi sumber utama yang bertulis dan bukan lisan lagi.
Bagi sumber lisan dalam kategori kedua pula, merupakan maklumat daripada mereka
yang tidak menyaksikan atau terlibat dalam sesuatu peristiwa yang diterangkan. Kepentingan
sumber lisan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. lebih-lebih lagi dalam situasi di mana
kurangnya sumber utama dan kedua dalam satu-satu peristiwa sejarah.
Contoh yang jelas ialah semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 3
setengah tahun iaitu dari 15 Februari 1942 hinggalah 12 September 1945. Kebanyakan
daripada generasi muda pada masa kini mendapat tahu tentang peristiwa yang
menggambarkan keganasan dan kekejaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu melalui
cerita-cerita orang tua yang masih hidup dan telah menempuh zaman tersebut.
13
Hal ini turut dijelaskan oleh K.Ratnam (1998) (secara lisan):
“Layanan yang berbeza diberi kepada penduduk tempatan oleh pihak Jepun. Semua
kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India mengalami penyeksaan, penderitaan,
kebuluran, ketakutan dan pengangguran. Kaum Cina menderita akibat kezaliman dan
penyeksaan askar-askar Jepun. Akibatnya, ramai orang Cina telah melarikan diri ke
pinggir-pinggir hutan untuk mengelakkan kezaliman Jepun. Di sini mereka menternak
ayam itik. Ini mewujudkan masyarakat setinggan di Tanah Melayu. Kaum Melayu dan
India diberi layanan baik tetapi ramai di antara mereka juga dihantar ke Siam untuk
membina Jalan Kereta Api Maut. Akibatnya ramai orang Melayu, India dan Cina telah
terkorban dalam pembinaan jalan kereta api tersebut akibat seksaan dan jangkitan
penyakit tropika”.
Contoh-contoh Sumber Lisan
Temubual atau wawancara
Rajah 15 : Wawancara(Sumber : http://iraganean.blogspot.com/2012/05/metode-sejarah-dan-sejarah-lisan.html dimuat
turun pada 10 Februari 2015
14
Syarahan atau Kuliah
Rajah 16 : Syarahan akademik(Sumber : http://www.baysetya.com/about-me/ dimuat turun pada 10 Februari 2015)
Persidangan
Rajah 17 : Persidangan Ahli Parlimen(Sumber : http://article.wn.com/view/2014/06/03/ dimuat turun pada 2015)
15
Forum
Rajah 18 : Forum Perdana(Sumber : http://www.islam.gov.my/forum-perdana-penghayatan-islam-hadhari-siri-3-di-masjid-
putra dimuat turun pada 10 Februari 2015)
Sumber Lisan dan Penggunaannya
Bidang sejarah lisan telah dipelopori oleh Herodotus yang menjalankan proses
temuramah individu untuk mendapatkan peristiwa-peristiwa sejarah yang dianggap penting
pada masa lampau. Beliau telah dianggap sebagai ‘Bapa sejarah’ dan perintis dalam bidang ini
(Abdul Rahman. 1996). Kemudian dipelopori oleh Thucydides yang menulis menggunakan
pengalaman tentera-tentera yang terlibat dalam peperangan Peloponnesian (Mahyudin, 1988).
Fakta sejarah lisan dikatakan mempunyai kekuatan tersendiri yang dapat menjelaskan
peristiwa masa lampau yang telah berlaku, yang terdiri daripada pelbagai jenis sastera rakyat
(folklore) seperti mitos, lagenda, cerita asal-usul dan sebagainya (Abdul Rahman, 1996).
16
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SUMBER-SUMBER SEJARAH
Persamaan Sumber-Sumber Sejarah
Sumber Sejarah Persamaan
Sumber Primer (Utama)
Ketiga-tiga sumber amat signifikan. (Sumber Lisan
boleh menjadi sumber pertama atau kedua, dan
sumber primer dan sekunder memerlukan sumber
lisan sebagai kesinambungan kronologi)
Ketiga-tiga sumber digunakan oleh sejarawan
walaupun metode pengkajian sejarah berbeza-beza.
Semua sumber ini dapat mengukuhkan hujah
walaupun diberikan kritikan yang berbeza
Ketiga-tiga sumber mampu untuk menghasilkan
pensejarahan dan seterusnya sejarah tidak akan
wujud sebagai ilmu pengetahuan masa lalu,
seandainya salah satu sumber diketepikan.
Ketiga-tiga sumber boleh wujud secara bersama bagi
menerangkan sekurang-kurangnya satu peristiwa.
Sumber-sumber ini merupakan kepentingan yang
asasi kerana memberi ilham kepada sejarawan dalam
membentuk pensejarahan.
Sumber-sumber ini secara dasarnya tidak boleh
“bercakap” sendiri melainkan individu atau ada
seseorang yang menjelaskannya.
Semua sejarawan, sama ada sejarawan kuno atau
moden pernah atau akan menggunakan ketiga-tiga
sumber dalam membina pensejarahan,
Ketiga-tiga sumber dilihat sama penting kecuali
kritikan luaran dan dalaman ke atas kesahihannya
yang berbeza-beza.
Ketiga-tiga sumber boleh jadi benar atau tidak benar
Sumber Sekunder (Kedua)
Sumber Lisan
Jadual 1 : Persamaan Sumber-sumber Sejarah
17
Perbezaan Sumber-sumber Sejarah
Perbezaan dari segi
Sumber Sejarah
Primer (Utama) Sekunder (Kedua) Lisan
Definisi
Bahan asli, mentah, belum diubah, asal, origin, firsthand testimony, first source.
Bahan penulisan, atau catatan yang dirujuk daripada sumber primer, secondhand testimony
Wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut. Penting kerana dapat dijadikan sebagai pengkisahan sejarah
Keutamaan Kesahihan/keesaha
n
Amat tinggi (sama ada benar atau tidak)
Tinggi (sama ada benar atau tidak)
Rendah (kerana dipengaruhi banyak faktor)
Cara Menggunakan Sumber
Tidak boleh difahami serta-merta.Perlu ditafsir dengan sendiri.Perlu memahami dan menggambarkan peristiwa.Agakan, tekaan atau hipotesis mungkin terlibat dalam mentafsir sumber ini.Sumber ini perlu diletakkan dalam konteks sejarahnya.Sukar dikritik kerana adanya konteks asal.Sumber ini perlu dikelaskan.Sumber ini perlu difahami dan diberi nilai sebagai satu sumber maklumat sejarah.Sebagai kunci dan petunjuk fakta-fakta.
Boleh difahami dengan adanya sumber pertama.Sebagai pengkaji, sumber ini tidak memberi banyak maklumat.Sumber ini menjadikan pengkaji seorang yang pasif kerana menerima maklumat sahaja.Banyak usaha dilakukan bagi menelaah sumber ini.Sebagai koleksi fakta-fakta.
Tanpa sumber utama dan kedua,sumber ini boleh berdiri sendiri dan biasanya banyak penambahan dalam kronologi.Menerang pengkisahan sejarah yang terkandung dalam sumber pertama dan kedua.Boleh wujud unsur mitos yang jauh dari fakta sumber pertama.Sangat senang difahami kerana adanya pengkisahan sejarah.Sumber ini seolah-olah “bercakap”dan paling mudah tersebar.Menjadi pendorong kepada kajian terhadap sumber skunder dan pertama.
Contoh sumberArtifak, fosil, manuskrip asal, watikah
Tesis, Bibliografi, Majalah, Buku, Ensiklopedia
Wawancara, temubual, temuduga, forum, tutorial.
Jadual 2 : Perbezaan Sumber Sejarah
18
KESIMPULAN
Kita haruslah menyedari bahawa kepentingan sumber adalah suatu kepentingan yang asasi. Ini
kerana sumber, bagi penulisan sejarah, berbeza dengan penulisan karya kreatif, adalah
sesuatu yang mesti wujud. Tanpa sumber, sejarawan tidak berupaya menghasilkan
pensejarahannya, samalah keadaannya dengan sasterawan tanpa ilham, maka akan terkapai-
kapai mengahadapi alam maya. Oleh itu, sejarawan haruslah mencari serta mengumpulkan dan
memastikan sumbernya.
Sumber juga penting dalam menggambarkan suatu pandangan dan pemikiran
seseorang penulis atau pengkaji terhadap perkara dan juga terhadap alam persekitaran pada
masa lalu. Melalui penulisan mereka, sekurang-kurangnya sejarawan moden kini dapat
membayangkan bagaimana corak pemikiran mereka pada masa lain seterusnya
mengimaginasikan rentetan sejarah yang berlaku pada masa itu. Ini kerana pemikiran penulis-
penulis lalu melambangkan juga pemikiran masyarakat ataupun pemerintah sezamannya.
Misalnya, karya-karya tempatan yang dihasilkan oleh Abdullah Munsyi seperti Hikayat Abdullah,
Salasilah Raja-Raja Melayu dan Bugis, yang menggambarkan corak pemikiran Abdullah Munsyi
pada zaman itu.
Pada pandangan saya, sumber juga penting dalam memberikan keyakinan kepada
sejarawan dan masyarakat umum pada hari ini tentang sejarah sebagai pengetahuan masa
lampau yang pasti takkan kembali lagi. Melalui peninggalan sumber yang ada, sejarawan dan
masyarakat pasti akan berasa yakin bahawa suatu peristiwa itu telah pun berlaku pada masa
lalu dan harus diambil sebagai pengajaran untuk pedoman hidup pada masa-masa akan
datang.
Daripada beberapa kenyataan yang telah dijelaskan, dapat saya simpulkan di sini
bahawa sumber sangat penting dalam kajian atau penyelidikan sejarah. Dalam hal inl, kita
haruslah menyedari akan kepentingan sumber sebagai suatu kepentingan asasi sejarah. Ini
bermakna, tanpa sumber, sejarawan tidak mampu untuk menghasilkan pensejarahan dan
seterusnya sejarah tidak akan wujud sebagai ilmu pengetahuan masa lalu. Tanpa sumber juga,
sejarawan gagal mencari kebenaran tentang masa lalu. Oleh hal yang demikian, bagi
menghasilkan pensejarahan yang unggul, sejarawan perlu berusaha mendapatkan sumber
yang mempunyai kaitan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan rentetan
peristiwa lalu yang ingin dikajinya.
19
Senarai Rujukan
Buku :
Abdul Rahman Haji Abdullah. (1996). Pengantar Ilmu Sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
Kementerian Pelajaran Malaysia.2010. Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 : Sejarah
K.Ratnam.(1998). Sejarah Kertas 940/2: Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan Dan Asia Timur. Subang Jaya Selangor. Pustaka Sarjana.
Muhd. Yusof Ibrahim.(1986). Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan MengenaiTeori dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.(1988). Sejarawan dan Pensejarahan: Karya dan Ketokohan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal :
Abu Talib Ahmad.(2007). Aliran Kiri Dalam Nasionalisme Melayu, 1945-57: Satu Pemerhatian. Jurnal Pendidikan 12(2)
Laman sesawang :
http://ammarah-yusop.blogspot.com/2012/03/gambar-gambar-kemerdekaan.html
http://article.wn.com/view/2014/06/03/
http://gunungtoba2014.blogspot.com/2014/12/indikasi-pembauran-budaya-hoabinh-dan.html
http://iraganean.blogspot.com/2012/05/metode-sejarah-dan-sejarah-lisan.html
http://kakahashim.blogspot.com/2013/01/tips-hilangkan-bau-ketiak-hangit.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Manuskrip_Timbuktu
http://rupanx.tripod.com/aj1113/jenis_sumber_sejarah.htm
http://saptabooks.blogspot.com/2013/07/ensiklopedia-mukjizat-al-quran-dan-hadis.html
http://teknologi.news.viva.co.id/news/read/432482-peneliti-meksiko-temukan-fosil-ekor-
dinosaurus-berumur-72-juta-tahun
http://www.baysetya.com/about-me/
http://www.blogbisu.com/2013/02/kisah-misteri-senyuman-monalisa.html
20
http://www.bola.net/editorial/mereka-yang-dihajar-fergie-lewat-biografi-1.html
https://www.google.com/search?q=artifak&source
http://www.islam.gov.my/forum-perdana-penghayatan-islam-hadhari-siri-3-di-masjid-putra
http://www.syahrulzaman.com/potret-asal-pada-wang-kertas-malaysia/
21
top related