status.doc - pdfmachine from broadgun software, http ......pertamanya, terima kasih kepada keluarga...
Post on 09-Feb-2020
7 Views
Preview:
TRANSCRIPT
id27556515 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
id27572093 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN WEB BAGI TAJUK �THE
STRUCTURE OF THE ATOM� UNTUK MATAPELAJARAN KIMIA
TINGKATAN EMPAT (KBSM) DENGAN MENGGUNAKAN ANIMASI
BERKOMPUTER
MOHD HAZLI BIN SANI
LAPORAN INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI
SEBAHAGIAN SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA
MUDA SAINS DAN KOMPUTER SERTA PENDIDIKAN (KIMIA)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2007
id27581671 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
ii
id27590562 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
iii
Buat Abah dan Mama..........
En Sani bin Sahar dan Puan Malinah Binti Wahab
Terima kasih atas dorongan dan semangat yang diberikan kepada
anakmu sepanjang hidup ini............
Abang Helmi, Abang Halem dan Hazirah........
Sentiasa berada dimana sahaja diperlukan.......
Buat Insan Tersayang.......
Terima kasih kerana sangat-sangat memahami diri ini.......
Rakan-rakan seperjuangan........
Muslim, Fozi, Mie, Shidi, Arif........
Jasa kalian takkan dilupakan ........
Kita sentiasa senang dan susah bersama dalam
meneruskan pengajian ini.......
Rakan-rakan sekuliah SPK..........
Sangat indah kenangan bersama kalian.......
Terutamanya Miza dan Dila........
Dan juga Pensyarah...........
Apa yang diajar sentiasa diingati dan digunakan kelak......
Terima Kasih Semua.............
id27600328 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui, dengan
limpah kurnia sempurnalah projek sarjana Muda ini dengan hasil yang cukup baik
dan memberansangkan.
Pertamanya, terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberikan kata-
kata semangat dan dorongan yang iltizam di dalam menempuh pengajian di
universiti.
Terima kasih juga diberikan kepada Penyelia Projek Sarjana Muda, En Mohd
Nihra Haruzuan Bin Mohd Said atas cadangan dan kritikan yang diberikan dan
memberikan impak yang positif dan mendalam dalam penghasilan projek ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa mengambil
berat perihal diri ini dan membantu di saat susah. Dengan bantuan kalian
penghasilan projek ini dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan.
Akhirnya kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan yang sentiasa
memantau serta menilai diri ini dari semasa ke semasa.
Dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dangan penghasilan
projek sarjana muda ini. Terima kasih diucapkan.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk membangunkan laman web ini berasaskan
pembelajaran menggunakan animasi berkomputer dan menggunakan pendekatan
pengajaran konstruktivisme mengenai tajuk Struktur Atom. Kandungan utama topik
ini adalah menggunakan animasi berkomputer di dalam subtopik Jirim, Sruktur
Atom, Isotop dan Kegunaannya dan Stuktur Elektronik Bagi Atom. Proses
rekabentuk pula mengaplikasikan model ADDIE dan model ARCS. Laman web ini
dibangunkan dengan menggunakan Microsoft FrontPage sebagai platform utama
dan perisian sokongan seperti Macromedia Flash MX dan Adobe Photoshop CS.
Diharapkan kajian ini dapat membantu para pelajar mengatasi masalah miskonsepsi
dalam tajuk ini serta dapat dijadikan rujukan tambahan atau alternatif oleh para
pelajar dan guru.
vi
ABSTRACT
This purpose of the project is to develop web based learning based on
computer animation and constructivism learning approaches for the topic The
Structure of Atom. The main subtopics are Matter, Atomic Structure, Isotopes and
their Uses and The Electronic Structure of an Atom. The ADDIE and ARCS model
are used in the development. This website has been built using the Microsoft
FrontPage as the main platform and Macromedia Flash MX and Adobe Photoshop
CS as supportive software. Finally, it is hope that this website as references for
students and teachers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Projek 8
1.5 Kepentingan Projek 8
1.5.1 Pelajar 9
1.5.2 Guru 9
1.5.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 9
1.5.4 Masyarakat 10
1.6 Skop Projek 10
1.7 Rasional Projek 11
1.8 Definisi Istilah 12
viii
1.8.1 Multimedia 12
1.8.2 Hipermedia 13
1.8.3 Hiperteks 13
1.8.4 Animasi berkomputer 13
1.8.5 Laman Web 14
1.8.6 Miskonsepsi 14
1.9 Penutup 15
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Masalah dalam pembelajaran kimia 17
2.3 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 19
2.3.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 19
2.4 Aplikasi Web dalam Pendidikan 22
2.5 Animasi berkomputer dalam Pendidikan 23
2.6 Jenis-jenis animasi berkomputer 24
2.6.1 Animasi 2 Dimensi (2D) 24
2.6.2 Animasi 3 Dimensi (3D) 25
2.7 Kelebihan animasi berkomputer dalam
pengajaran dan pembelajaran
25
2.7.1 Membantu persembahan visual 26
2.7.2 Pemindahan ilmu pengetahuan yang
baik
26
2.7.3 Keseronokan 26
2.7.4 Murah 27
2.7.5 Tidak bahaya 27
2.7.6 Membenarkan pengguna untuk
fenomena penjelajahan
27
2.8 Elemen multimedia dalam animasi berkomputer
berasaskan web
28
2.8.1 Teks 28
2.8.2 Grafik 28
2.8.3 Video 29
ix
2.8.4 Animasi Berkomputer 29
2.8.5 Audio 29
2.8.6 Hipermedia 30
2.9 Model rekabentuk perisian (MODEL ADDIE) 30
2.9.1 Fasa Analisis (Analyze) 31
2.9.2 Fasa Reka bentuk (Design) 31
2.9.3 Fasa Pembangunan (Development) 31
2.9.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 32
2.9.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 32
2.10 Model Motivasi ARCS 33
2.10.1 Perhatian (Attention) 33
2.10.2 Relevan (Relevance) 34
2.10.3 Keyakinan (Confidence) 34
2.10.4 Kepuasan (Satisfaction) 35
2.11 Penutup 35
BAB 3 REKABENTUK LAMAN WEB DAN ANIMASI
BERKOMPUTER
36
3.1 Pengenalan 36
3.2 Rekabentuk Am 37
3.3 Model Rekabentuk Pengajaran yang digunakan
untuk menghasilkan Animasi berkomputer
38
3.3.1 Fasa Pertama : Analisis 40
3.3.1.1 Analisis Pengguna 40
3.3.1.2 Analisis Pembangunan 41
i Analisis Keperluan
Perkakasan
42
ii Analisis Keperluan
Perisian
43
3.3.2 Fasa Kedua : Rekabentuk 44
3.3.2.1 Rekabentuk Animasi
Berkomputer
44
3.3.2.2 Rekabentuk Hipermedia dan
x
Hiperteks 46
3.3.2.3 Rekabentuk Antara Muka 47
3.3.3 Fasa Ketiga : Pembangunan Animasi
berkomputer Laman Web
47
3.3.3.1 Carta alir Laman Web 49
3.3.4 Fasa Keempat : Perlaksanaan 55
3.3.5 Fasa Kelima : Penilaian 55
3.4 Rasional Pemilihan Model ADDIE 56
3.5 Model Motivasi ARCS 56
3.5.1 Perhatian (Attention) 57
3.5.2 Relevan (Relevance) 57
3.5.3 Keyakinan (Confidence) 58
3.5.4 Kepuasan (Satisfaction) 58
3.6 Penutup 59
BAB 4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB 60
4.1 Pengenalan 60
4.2 Struktur Asas Laman Web 60
4.2.1 Paparan Mula Laman Web (Montaj) 61
4.2.2 Paparan Menu Utama (Home) 62
4.2.3 Paparan Subtopik (Subtopics) 64
4.2.4 Paparan Tutorial (Tutorial) 66
4.2.5 Paparan Forum (Forum) 68
4.2.6 Paparan Rujukan (References) 70
4.2.6 Paparan Pembangun (Email Me) 71
4.3 Penutup 72
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
74
5.1 Pengenalan 74
5.2 Rumusan Laman Web 74
5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa
pembangunan laman web
76
xi
5.3.1 Pengurusan masa 76
5.3.2 Kekurangan kepakaran 76
5.4 Kekuatan dan Kelemahan Laman Web 77
5.4.1 Kekuatan Laman Web 77
5.4.2 Kelemahan Laman Web 79
5.5 Cadangan 80
5.6 Kesimpulan 81
5.7 Penutup 81
RUJUKAN 82
LAMPIRAN A : Carta Alir Laman Web 86
xii
SENARAI JADUAL
RAJAH TAJUK MUKASURAT
Jadual 3.0 Mengenai animasi berkomputer yang akan 45
dibangunkan bagi beberapa subtopik dalam
topik Struktur Atom
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKASURAT Rajah 2.1 Konsep pembelajaran secara konstruktivisme 20
Rajah 2.2 Model ADDIE (Rossett, 1987) 30
Rajah 2.3 Model ARCS daripada Keller (1983) 33
Rajah 3.1 Langkah-langkah dalam proses pembangunan
animasi berkomputer berasaskan web
(Rossett,1987) 39
Rajah 3.2 Contoh Rekabentuk animasi berkomputer
di dalam web 46
Rajah 4.1 Paparan Mula Laman Web (Montaj) 62
Rajah 4.2 Paparan Menu Utama (Home) 63
Rajah 4.3 Paparan Subtopik (Subtopics) 65
Rajah 4.4 Contoh Paparan Animasi Berkomputer 66
Rajah 4.5 Paparan Tutorial 67
Rajah 4.6 Contoh Paparan Tutorial (Teka Silang Kata) 68
Rajah 4.7 Paparan Forum 69
Rajah 4.8 Paparan Rujukan (References) 71
Rajah 4.9 Paparan Pembangun Laman Web (Email Me) 72
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN PENERANGAN 2D Animasi 2 Dimensi
3D Animasi 3 Dimensi
ADDIE Analyze, Design, Development, Implementation, Evaluation
ARCS Attention, Relevence, Confidence, Satisfaction
BBM Bahan Bantu Mengajar
CD Compact Disc
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
WWW World Wide Web
xv
LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKASURAT
LAMPIRAN A Carta Alir Laman Web 86
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Teknologi komputer peribadi telah diperkenalkan di negara kita sejak
tahun 1980 lagi. Walau bagaimanapun, pada masa itu potensi teknologi atau
komputer tidak digunakan sepenuhnya di sekolah. Penggunaan amatlah terbatas
dan hanyalah berfungsi sebagai alat tambahan ataupun untuk tujuan pengajaran
literasi komputer sahaja, jauh sekali untuk digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah. Peranan guru pada masa itu adalah sebagai
pembekal dan penyampai maklumat yang mutlak dan pelajar juga menjadi pasif.
Penguasaan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar di sekolah
merupakan asas tunjang kepada kemajuan bagi sesebuah negara yang ingin
melihat dan mencapai matlamat menjadikan rakyat dan generasinya mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Oleh itu, kaedah dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran perlulah diubah supaya seiring dengan negara-
negara maju yang menggunakan kaedah dan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif.
Sains dan teknologi telah menjadi faktor yang paling penting dan dominan
kepada kekuasaan negara maju. Manusia kini yakin terhadap kemampuan sains
id27617093 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
2
dan teknologi yang semakin kukuh dan mantap. Bidang sains dan teknologi
dijadikan tumpuan utama bagi negara yang sedang membangun dengan sama-
sama berlumba menerokainya untuk dapat menikmati pelbagai hasil daripada
bidang itu atau sekurang-kurangnya menjadikan rakyat hidup dalam keadaan
yang lebih selesa. Di Malaysia, kepentingan dan penggunaan sains dan teknologi
menjadi semakin diperlukan kerana ia dapat dilihat apabila negara menggunakan
sains dan teknologi sebagai kunci utama bagi keseluruhan kehidupan yang
progresif dan proaktif. Jika diteliti dalam bajet rancangan Malaysia ke-9 (RMK-
9), Perdana Menteri kita, Dato� Sri Abdullah Hj Ahmad Badawi,
membentangkan bahawa pembangunan sumber manusia perlulah digilap kerana
ianya menjadi elemen yang paling penting dalam memastikan negara terus
berdaya saing dan sentiasa mengikuti perkembangan arus sains dan teknologi. Di
masa ini, era globalisasi bertunjangkan sains dan teknologi menjadikan kualiti
pendidikan keutamaan agar setiap warganegara dibekalkan dengan ilmu dan nilai
murni untuk budaya kerja yang lebih produktif.
Menurut Robiah Sidin (2003), pembangunan sains dan teknologi ke arah
membolehkan Negara menjadi maju sepenuhnya di mana semua warganegara
hidup dalam keadaan aman, moden, selesa dan bersih sebagai wawasan hidup.
Aplikasi seperti matlamat, sasaran dan peranan perlu dititikberatkan dan
digerakkan daripada akar umbi melalui pihak kerajaan, badan-badan berkanun,
pihak swasta, badan bukan kerajaan dan lain-lain agensi agar semua yang
menjadi impian dapat direalisasikan. Asas utama untuk mengerakkan
keseluruhan pembangunan Negara adalah melalui pendidikan sains dan
teknologi. Pembelajaran dan pengajaran sains dan teknologi perlulah mengalami
pelbagai alternatif dan pembaharuan serta ubahsuai agar sentiasa sesuai dengan
arus pemodenan dan perkembangan semasa. Kaedah atau pendekatan yang
digunakan dalam sistem pembelajaran banyak berbentuk hafalan dan yang
tinggi. Untuk mengatasi kaedah atau pendekatan ini, pemikiran kritis dan kreatif
telah digunakan. Malangnya pendekatan ini menjadikan pelajar kurang berminat
3
dengan menganggap matapelajaran sains dan teknologi tidak menyeronokkan
malah menjadi bebanan kepada para pelajar kerana terpaksa mempelajari mata
pelajaran sains dan teknologi.
1.2 Latar belakang masalah
Pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran kimia sering dianggap mata
pelajaran yang susah dan mencabar. Kebanyakan pelajar sering kali mengatakan
bahawa mata pelajaran kimia merupakan salah satu subjek yang memerlukan
daya pemikiran yang tajam dan imaginasi yang tinggi kerana kebanyakan
konsep-konsep kimia adalah berbentuk abstrak. Antara faktor-faktor lain yang
membatas pemikiran para pelajar adalah pengetahuan sedia ada pelajar terhadap
konsep-konsep di dalam mata pelajaran kimia. Secara asasnya, penyelidik dalam
bidang pendidikan sains bersetuju bahawa halangan utama para pelajar berpunca
daripada kerangka konseptual pelajar yang sangat berbeza dengan konseptual
pakar atau saintis. Kerangka yang tidak saintifik dan bercanggah itu dapat
menimbulkan masalah terhadap mempelajari konsep-konsep sains atau kimia.
Menurut Syarifah Fetom Syed Zain & Mohd Yusof Arshad (1999), para
pelajar sebelum memasuki ke dalam kelas telah mempunyai idea-idea tersendiri
mengenai konsep-konsep sains atau kimia. Idea-idea ini adalah sebagai
pengetahuan sedia ada mereka yang mana kebanyakannya melalui pengalaman
harian mereka. Kadang kala pengetahuan sedia ada mereka tidak selari atau
seiring dengan konsep-konsep sains atau kimia yang sebenar. Apabila konsep-
konsep ini menjadi kukuh dalam pemikiran dan struktur kognitif para pelajar,
menyebabkan ia sukar dan susah untuk diubah walaupun mengikuti kelas yang
formal dan terperinci semasa di tingkatan empat dan lima. Lilia Halim et al.
(2002), berpendapat bahawa para pelajar boleh dianggap sebagai tin kosong
kerana tugas seorang guru adalah untuk mengisi tin tersebut dengan ilmu dan
4
pengetahuan yang lengkap mengenai konsep sains atau kimia yang diajar agar
para pelajar dapat menerima dengan senang apa yang telah dicurahkan kepada
mereka. Implikasinya terhadap para pelajar dapat dilihat dengan jelas apabila
para pelajar dapat memahami konsep sains atau kimia tersebut dengan baik dan
relevan seiring dengan pendapat pakar atau saintis. Ini menjadikan konsep yang
mereka pegang tepat dan betul. Konsep-konsep yang dihuraikan oleh guru juga
mestilah dapat disampaikan dengan baik dan berkesan agar pelajar dapat
memahami semua konsep-konsep yang perlu dipelajari.
Berdasarkan huraian sukatan mata pelajaran kimia tingkatan empat dan
lima, penulis dapat melihat secara keseluruhan bahawa beberapa topik perlu
diberikan perhatian dan sentiasa menjadi fokus kepada para guru kimia. Antara
topik yang menjadi fokus seperti struktur atom, garam, elektrokimia, tindak balas
redoks, asid dan bes, hidrokarbon dan termokimia. Topik-topik yang dinyatakan
amatlah menjadi masalah dan terdapat pelbagai miskonsepsi oleh para pelajar.
Menurut kajian-kajian lepas, punca-punca terjadi miskonsepsi adalah pelajar
lemah dan tidak berminat terhadap mata pelajaran kimia.
Miskonsepsi atau salah tanggapan menjadi fokus kepada para pelajar
dalam pembentukan ilmu pengetahuan dalam struktur kognitif mereka.
Fenomena alam semula jadi antara penyumbang kepada miskonsepsi ini.
Kejadian yang dialami oleh pelajar menyebabkan para pelajar membentuk idea-
idea mereka sendiri yang tidak selaras dengan konsep kimia yang sebenar ( Lilia
Halim et al., 2002). Idea-idea ini sering bercanggah dan tidak sesuai dalam
menerangkan konsep-konsep sains. Kadang kala, dalam usaha memahami
pengajaran daripada para guru, para pelajar sebenarnya mungkin akan membina
kefahaman sendiri dan kefahaman ini mungkin menjadi pengetahuan yang amat
lemah dan secara tidak langsung menghasilkan miskonsepsi.
5
Selain miskonsepsi terhadap mata pelajaran kimia, para pelajar juga bosan
untuk mempelajari mata pelajaran kimia kerana pendekatan yang digunakan oleh
para guru tidak bersesuaian dengan konsep yang akan diterangkan. Pendekatan
pengajaran secara tradisi yang berasaskan �chalk and talk� tidak berapa menarik
minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan kesemua
pancaindera terutama sekali dalam pembelajaran mata pelajaran kimia.
Matapelajaran kimia yang mengandungi banyak topik yang sukar difahami oleh
pelajar secara lisan kerana perkara yang ingin disampaikan adalah berbentuk
abstrak dan memerlukan imaginasi yang tinggi.
Maka untuk memudahkan pemahaman pelajar, kaedah penyampaian mata
pelajaran kimia haruslah diubahsuai daripada pendekatan tradisi kepada
pendekatan alternatif yang lain seperti penerokaan, penemuan kendiri, simulasi,
pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran masteri dan sebagainya
menerusi perisian multimedia interaktif yang melibatkan pelajar secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar masa kini
memerlukan rangsangan yang pelbagai untuk memotivasikan mereka untuk
belajar. Minat untuk mereka belajar akan berkurang sekiranya tiada rangsangan
yang pelbagai. Kaedah pengajaran secara tradisional menimbulkan rasa
kebosanan dan kurang menarik jika dibandingkan dengan penggunaan bahan
bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian iaitu mampu menimbulkan rangsangan
positif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Morrison et al. (2002), gambar rajah adalah satu bahan visual
yang khas direka untuk menggalakkan pelajar menjelajahi terhadap tindak balas,
ingatan, perasaan lepas dan semasa serta membina pemikiran pelajar dalam
proses pembelajaran dan pengajaran sains. Grafik juga mampu menerangkan
sesuatu konsep yang abstrak atau sukar diterangkan olek teks dan lisan.
Penggunaan perisian interaktif juga memanfaatkan golongan pendidik kerana
banyak masa dapat dijimatkan dan golongan pendidik tidak perlu menulis
6
dipapan hitam tetapi cuma perlu memasukkan disket ataupun CD ataupun pen
drive. Secara tidak langsung kelas menjadi lebih terkawal dan lebih menarik
dengan bahan yang dipaparkan. Perisian yang dibina mestilah mampu menarik
minat pelajar dan berkonsepkan pedagogi agar matlamat atau objektif sesuatu
mata pelajaran tercapai dengan jayanya.
Interaktivi di dalam multimedia akan menjanjikan keseronokan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, multimedia juga memudahkan banyak
proses penyaluran ilmu. Ini terutamanya bagi program-program pendidikan jarak
jauh atau separuh masa yang mana pelajar dan guru tidak dapat bertemu secara
bersemuka sepanjang masa. Halaman web yang berteraskan multimedia boleh
digunakan secara berkesan bagi tujuan penyampaian sesuatu isi pelajaran dengan
mudah dan efektif (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2000).
Dalam mata pelajaran kimia, penggunaan alat bantu mengajar dapat
membantu dalam memberikan kefahaman kepada pelajar dalam tajuk struktur
atom. Dalam tajuk ini perlu diterangkan sesuatu yang abstrak iaitu pergerakan
zarah-zarah yang bergerak melalui dua medium yang berbeza. Dalam
mempelajari konsep-konsep kimia yang abstrak dan sukar ini penyampaian
melalui pendekatan dan kaedah yang berkesan mampu menjadikan konsep-
konsep kimia lebih konkrit dan mudah difahami. Dalam hal ini, komputer
dipercayai mampu membantu pelajar memahami konsep kimia yang abstrak.
Komputer boleh digunakan untuk melaksanakan dan mempersembahkan idea
abstrak. Idea yang abstrak ini boleh dinyatakan, di fikir dan dilihat sebagai
sesuatu yang lebih konkrit dalam keadaan mikro.
Untuk mengatasi miskonsepsi dan kebosanan para pelajar terhadap mata
pelajaran kimia umumnya dan khasnya kepada topik struktur atom, pembinaan
dan penggunaan aplikasi multimedia merupakan suatu kaedah yang sesuai yang
7
dapat membantu para guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajarannya
dalam tajuk struktur atom. Perisian ini akan menjadi satu alternatif kepada guru
bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
Dewasa ini, animasi berkomputer menjadi semakin popular dan berkesan
sebagai satu kaedah memperoleh maklumat dalam cara yang aktif. Menurut
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), penggunaan animasi dalam
pembelajaran kimia amat berguna serta membantu di dalam proses membentuk
model molekul dengan lebih realistik. Pembelajaran animasi berkomputer dapat
menerangkan konsep dan fakta yang berkaitan dengan topik struktur atom.
Kepentingan animasi berkomputer boleh digunakan untuk menghasilkan satu
keadaan yang merangsang dan menyeronokkan bagi tujuan pembelajaran kimia.
Dalam usaha memperoleh pembelajaran yang aktif dan efektif, pelajar harus
diberikan kebebasan untuk menentukan strategi pembelajaran. Animasi
berkomputer juga boleh untuk mendemonstrasikan bahan secara visual
berdasarkan kehendak pelajar kerana pelajar mempunyai kawalan dalam setiap
aspek animasi yang hendak dipaparkan. Satu contoh yang dapat diaplikasikan
dalam proses pembelajaran adalah kebolehan pelajar membuat hipotesis dan
mengujinya. Kaedah membina ini merupakan cara yang agak berkesan bagi para
pelajar untuk mendapatkan pengetahuan konseptual dan operasional.
1.3 Penyataan masalah
Daripada latar belakang masalah yang dihuraikan, telah dinyatakan
terdapat miskonsepsi dan kebosanan pelajar terhadap mata pelajaran kimia
khususnya topik struktur atom. Strategi pembelajaran berasaskan animasi
berkomputer akan digunakan untuk mencapai objektif ini. Menurut Baharudddin
8
Aris et al. (2002), pembelajaran berasaskan animasi berkomputer bertindak
sebagai alat kognitif untuk mencetuskan proses pembelajaran seperti �analisis
apa jika�, membuat ramalan, mengesah dan membuat hipotesis. Animasi
berkomputer juga menyediakan persekitaran supaya belajar berkongsi
pengetahuan secara kolaboratif. Antara kelebihan animasi berkomputer adalah
ianya amat bersesuaian digunakan untuk membuat demonstrasi bagi konsep-
konsep yang memerlukan ilustrasi, lakaran dan imaginasi yang susah dan sukar
serta mustahil untuk dilukis dan dilakarkan dengan menggunakan kapur dan
papan hitam (Narayanan & Hegarty�s, 2002). Reka bentuk penggunaan animasi
berkomputer dibangunkan adalah untuk pengajaran kolaboratif yang mana
terdapat elemen-elemen seperti motivasi dan perangsang untuk merangsang para
pelajar untuk belajar serta membolehkan para pelajar melihat keputusan dan
hasil daripada pembelajaran animasi berkomputer tersebut (Roni Linser & Som
Naidu, 1999).
1.4 Objektif projek
Objektif utama projek ini dihasilkan adalah untuk mereka bentuk dan
membangunkan perisian berasaskan web bagi tajuk �Struktur Atom� untuk mata
pelajaran kimia tingkatan empat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) dengan menggunakan animasi berkomputer.
1.5 Kepentingan projek
Projek yang dihasilkan ini adalah untuk kepentingan semua lapisan
masyarakat amnya, tetapi khasnya adalah untuk beberapa pihak yang terlibat
top related