amalan murni panduan hidup kita

2
AMALAN MURNI PANDUAN HIDUP KITA PETIKAN 1 Zulkifli bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia sukar untuk bangun pagi walaupun telah berkali-kali dikejutkan oleh emaknya. Dia tidak sempat bersarapan. Dia juga tidak sempat bersalam dengan kedua-dua orang tuanya. Dia mengayuh basikalnya dengan pantas supaya dapat sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi. Nasibnya agak malang, sesampainya dia di persimpangan jalan, basikalnya tidak dapat dikawal dan terhumban ke tepi jalan. Lutut dan tapak tangannya berdarah. Dia tetap meneruskan perjalanannya ke sekolah. Dia sampai lewat lima minit. Dia menjelaskan keadaan sebenar kelewatannya sampai di sekolah. Dia memohon maaf atas kelewatannya itu. Dia juga meminta bantuan daripada guru bertugas untuk merawat dan mencuci luka di lutut dan di tapak tangannya. Setelah lukanya dicuci oleh Cikgu Ismail, Zukifli diajak oleh Cikgu Ismail ke kantin sekolah untuk bersarapan pagi. Zulkifli menerima pelawaan itu. Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ismail. PETIKAN 2 Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Aidil supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu dengan bermain.Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil pengsan. Doktor mengesahkan Aidil mengalami gastrik.

Upload: roger-henry

Post on 27-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PETIKAN NILAI MURNI

TRANSCRIPT

AMALAN MURNI PANDUAN HIDUP KITA

PETIKAN 1

Zulkifli bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia sukar untuk bangun pagi walaupun telah berkali-kali dikejutkan oleh emaknya. Dia tidak sempat bersarapan. Dia juga tidak sempat bersalam dengan kedua-dua orang tuanya. Dia mengayuh basikalnya dengan pantas supaya dapat sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi. Nasibnya agak malang, sesampainya dia di persimpangan jalan, basikalnya tidak dapat dikawal dan terhumban ke tepi jalan. Lutut dan tapak tangannya berdarah. Dia tetap meneruskan perjalanannya ke sekolah. Dia sampai lewat lima minit.

Dia menjelaskan keadaan sebenar kelewatannya sampai di sekolah. Dia memohon maaf atas kelewatannya itu. Dia juga meminta bantuan daripada guru bertugas untuk merawat dan mencuci luka di lutut dan di tapak tangannya. Setelah lukanya dicuci oleh Cikgu Ismail, Zukifli diajak oleh Cikgu Ismail ke kantin sekolah untuk bersarapan pagi. Zulkifli menerima pelawaan itu. Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ismail.

PETIKAN 2

Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Aidil supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu dengan bermain.Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil pengsan. Doktor mengesahkan Aidil mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Aidil menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut waktu.