akupunyadoc

182
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Objektif Latihan Industri Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang wajib bagi setiap pelajar Politeknik sebelum menamatkan pengajian di Politeknik. Selain itu, ianya juga untuk Penganugerahan Sijil dan Diploma bagi setiap pelajar yang berjaya dalam menjalani Latihan Industri sehingga tamat. Setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri ini mereka adalah terdiri daripada semester 3 bagi Sijil dan semester 4 bagi Diploma dimana mereka perlulah mencari firma-firma yang bersesuaian dengan kursus yang diceburi. 1

Upload: yazid-abdul-hamid

Post on 04-Jul-2015

2.894 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: akupunyadoc

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang wajib bagi setiap pelajar

Politeknik sebelum menamatkan pengajian di Politeknik. Selain itu, ianya juga untuk

Penganugerahan Sijil dan Diploma bagi setiap pelajar yang berjaya dalam menjalani

Latihan Industri sehingga tamat. Setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri ini

mereka adalah terdiri daripada semester 3 bagi Sijil dan semester 4 bagi Diploma

dimana mereka perlulah mencari firma-firma yang bersesuaian dengan kursus yang

diceburi.

Oleh itu, penempatan untuk Latihan Industri ini adalah bergantung pada pilihan

pelajar sendiri ataupun meminta bantuan daripada Unit Perhubungan dan Latihan

Industri Politeknik untuk mencari firma yang bersesuaian.

Tujuan utama Latihan Industri ini adalah untuk memberi pendedahan awal

kepada pelajar tentang keadaan sebenar di alam pekerjaan. Di samping itu, ia juga

1

Page 2: akupunyadoc

dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan

yang sedia ada terhadap bidang yang diceburi samada teori mahupun praktikal

sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Antara objektif Latihan Industri

ini diadakan adalah untuk:

i) Memberikan pendedahan awal kepada pelajar terhadap alam pekerjaan

yang sebenar.

ii) Meluaskan serta menambahkan lagi pengetahuan pelajar samada dari segi

teknikal mahupun kemahiran yang sedia ada.

iii) Menilai kemampuan pelajar dari segi kebolehan, kesanggupan serta sikap

dan perilaku yang akan ditunjukkan kepada majikan dalam firma-firma

tertentu.

iv) Mengukur kebolehan diri pelajar sendiri untuk persediaan dalam

menghadapi alam pekerjaan yang sebenar sebelum menamatkan pengajian

di Politeknik.

v) Mengeratkan serta meluaskan lagi pergaulan dengan kumpulan

masyarakat

pekerja dalam firma tersebut.

vi) Melatih pelajar dalam menyiapkan satu laporan rasmi yang telah ditetapkan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah tamat Latihan Industri.

2

Page 3: akupunyadoc

1.1.1 Kepentingan Latihan Industri khususnya kepada pelajar

Latihan industri mempunyai kepentingannya yang tersendiri

khususnya kepada semua pelajar Politeknik dimana ia dapat membantu

dalam menyempurnakan atau melengkapkan lagi pengajian setiap pelajar

itu sendiri. Terdapat beberapa kepentingan Latihan Industri kepada

pelajar, antaranya ialah:

i) Setiap pelajar dapat menimba suatu pengalaman yang baru serta

dapat merasakan seperti alam pekerjaan sebenar yang akan

ditempuhj pada masa-masa hadapan.

ii) Ia juga dapat mendisiplinkan diri semasa berada di alam pekerjaan

yang sebenar mahupun sedang menjalani Latihan Industri dalam

suatu firma tertentu.

iii) Dapat mengajar setiap pelajar dalam menguruskan masa dengan

tepat serta patuh akan arahan daripada pihak majikan

iv) Dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan lagi tali

persaudaraan diantara pelajar serta warga kerja dalam syarikat atau

firma tertentu.

v) Pelajar juga dapat mempelajari tentang cara-cara untuk berhubung

dan berkomunikasi dengan pihak luar terutamanya dengan mereka

yang berjawatan tinggi serta kepada para pelanggan syarikat ataupun

firma firma.

3

Page 4: akupunyadoc

1.1.2 Objektif Laporan

Antara objektif Laporan Industri ini ialah :

i) Dapat melatih pelajar untuk menyiapkan sesuatu tugas yang telah

diamanahkan dalam masa-masa tertentu atau ditetapkan.

ii) Selain itu, pelajar juga dapat mengumpul pelbagai maklumat yang

berkaitan dengan sesuatu firma yang diikuti semasa menjalani latihan

industri.

iii) Ia juga sebagai satu syarat yang wajib bagi setiap pelajar untuk

menerima penganugerahan Sijil dan Diploma apabila berjaya menamatkan

pengajian di Politeknik.

iv) Melatih pelajar dalam menguruskan masa dengan tepat dan sistematik

dalam menyiapkan laporan ketika sedang menjalani latihan industri.

v) Mendidik pelajar untuk berdikari dalam menyiapkan satu laporan yang tulen

tanpa bergantung sepenuhnya dengan pertolongan orang lain.

1.1.3 Skop Latihan Industri

i) Latihan Industri yang dijalankan dapat melatih pelajar agar

membuat kerja dengan cermat, tepat dan teratur mengikut

prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia.

ii) Latihan Industri juga dapat memperkenalkan kepada para pelajar

tentang alam pekerjaan yang sebenarnya samada bekerja dengan

Pihak Swasta mahupun Pihak Kerajaan.

4

Page 5: akupunyadoc

iii) Selain itu, ia juga dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan

kepada para pelajar yang mengikuti Latihan Industri.

iv) Para pelajar juga dapat memperbaiki kelemahan diri dan dapat

mempertimbangkan lagi prestasi kerja dengan lebih baik untuk

mengelakkan perkara yang sama berulang setelah menduduki

alam pekerjaan yang sebenar pada masa hadapan.

v) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari

semasa kuliah dengan apa yang dipelajari semasa Latihan Industri

dan sekaligus dapat mengulangkaji tentang perkara-perkara yang

berkaitan.

1.2 Sejarah penubuhan Telekom Malaysia Berhad

Menjelang tahun 1874, sejarah pembangunan asas bagi infrastruktur

telekomunikasi telah bermula dan bertapak di Semenanjung Malaysia dimana

ianya terletak di negeri Perak. Telekomunikasi di Perak ini bukan sahaja dapat

berhubung dengan Wilayah Wellesly malah negeri Pulau Pinang juga

menggunakan kabel dasar laut untuk berhubung ke Tanah Besar Semenanjung

Malaysia.

Pada tahun 1891, Ibusawat telefon pertama yang dibina adalah di Kuala

Lumpur dimana terdapat sebanyak 21 buah telefon yang disokong oleh 400 buah

talian telefon serta telegraf yang dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1895.

5

Page 6: akupunyadoc

1.3 Latar belakang Telekom Malaysia Berhad

Telekom Malaysia Berhad diperbadankan daripada Jabatan Telekom

Malaysia (JTM) pada 12 Oktober 1984, manakala pada 7 November 1990 ia

memasuki papan utama dalam pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Pada 14 April 2005 Telekom Malaysia Berhad melalui proses penjenamaan semula

dan dikenali sebagai TM.

Aktiviti utama TM adalah membangun, mengurus dan menyediakan

perkhidmatan yang berkaitan dengannya dibawah lesen yang dikeluarkan oleh

Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia yang dulunya dikenali sebagai

Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos.

Selain membangunkan infrastruktur telekomunikasi di Malaysia, TM juga

menjalinkan usahasama dengan syarikat telekomunikasi luar negara dan

bekerjasama dalam membangunkan sistem telekomunikasi negara tersebut.

Antaranya negara Ghana, Afrika Selatan dan Kemboja.

Pejabat pentadbiran TM berpusat di bangunan Menara Rebung yang terletak

di Jalan Pantai Baharu Kuala Lumpur. Menara Rebung ini adalah merupakan

bangunan yang melambangkan kemajuan didalam sector telekomunikasi di negara

ini. Bangunan ini juga digelar bangunan bijak kerana ia mempunyai teknologi

1.3.1 Visi Telekom Malaysia

‘Menjadi syarikat telekomunikasi pilihan dengan penumpuan kearah

menyampaikan nilai terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yang

berkepentingan dalam syarikat’.

6

Page 7: akupunyadoc

1.3.2 Misi Telekom Malaysia

Untuk mencapai misi, perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan :

i) Menjadi peneraju yang diiktiraf dalam semua pasaran yang diceburi

ii) Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan

menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh.

iii) Membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan dan rakan niaga

berdasarkan kepercayaan.

iv) Menjana nilai pemegang saham dengan merebut peluang-peluang

perniagaan di Asia Pasifik dan lain-lain pasaran serantau terpilih.

v) Menjadi majikan pilihan yang memberi inspirasi kearah kecemerlangan

prestasi.

1.3.3 Nilai-nilai Kristal

TM telah berusaha menuju ke suatu arah iaitu menjadi syarikat

telekomunikasi yang terunggul di negara ini berpandukan satu visi dan misi yang

menjadi panduan kepada setiap anggotanya. Untuk mencapai matlamat ini, TM

menggariskan nilai-nilai kristal untuk diterapkan disetiap anggotanya dan menjadi

landasan yang tepat. Nilai-nilai kristal ini adalah :

i) Komitmen menyeluruh Terhadap Pelanggan

- Proaktif, Seneitif, Responsif

ii) Kewibawaan Tanpa Kompromi

- Jujur, Boleh Dipercayai, Keikhlasan, Dedikasi. Adil

iii) Hormat Dan Prihatin

- Semangat Berpasukan, Bekerjasama, Saling Menghormati,

7

Page 8: akupunyadoc

Bersopan Santun, Kesefahaman, Berfikiran Terbuka.

1.3.4 Logo dan imej baru Telekom Malaysia Berhad

Telekom Malaysia Berhad yang dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan

Telekom Malaysia telah memperkenalkan logo baru syarikat yang membawa identiti

dan imej baru. Pada tahun 1990, secara rasminya logo ini telah diperkenalkan

kepada semua pengguna dengan misi korporatnya yang mengandungi huruf ‘t’

diperkukuhkan dalam satu bulatan dan diikuti dengan nama korporatnya ‘Telekom

Malaysia’ serta diperkukuhkan lagi dengan garisan merah dibawah perkataan

‘Telekom’. Logo yang

baru ini mewujudkan lagi tenaga kerja yang lebih progresif.

Gambarajah 1.6. : Logo lama bagi Telekom Malaysia Berhad

8

Page 9: akupunyadoc

1.3.5 Maksud disebalik logo

i) Simbol

Huruf ‘t’ pada bulatan diatas menunjukkan simbol universal untuk

telekomunikasi yang melambangkan rangkaian perniagaan Telekom Malaysia

Berhad.

ii) Ciri-ciri simbol ‘t’

Simbol ‘t’ dijalurkan dengan dua garisan yang selari dan dipincangkan untuk

menandakan ‘accessibility’. Garisan berbilang membawa maksud pelbagai jenis

perkhidmatan Telekom Malaysia yang mana sekaligus memperkukuhkan

kedudukan organisasi ini sebagai syarikat telekomunikasi yang unggul.

Garisan-garisan yang disatukan dan dijalurkan keatas dan kehadapan

untuk dijadikan satu bentuk yang mana mencerminkan kemajuan, kekuatan dan

potensi masa akan datang. Bulatan biru yang melingkari huruf ‘t’ menggambarkan

rangkaian sedunia. Ianya melambangkan komitmen telekomunikasi antarabangsa.

iii) Nama Korporat

Nama korporat iaitu ‘telekom’ memperkenalkan kewarganegaraan organisasi

dan bersama dengan huruf ‘t’ membentuk logo korporat Telekom Malaysia Berhad.

Nama korporat dalam bentuk yang ringkas dan jenis huruf ‘italik’ melambangkan

kemajuan dan memperlihatkan cirri-ciri syarikat yang dinamik serta progresif.

9

Page 10: akupunyadoc

iv) Garisan Merah

Garisan merah pada logo tersebut mencerminkan kepantasan Telekom

Malaysia untuk membawa telekomunikasi ke tahap yang lebih cemerlang. Selain

itu, ia juga dapat menggambarkan perhubungan yang aktif dan berterusan diantara

Malaysia dengan dunia luar yang boleh diungkapkan seperti ‘Live Wire’ di Telekom

Malaysia

v) Warna Korporat

Warna biru yang menghiasi logo tersebut melambangkan kesegaran,

kecerdasan, kerajinan dan pertumbuhan. Warna biru juga melambangkan

ketokohan dan kewibawaan syarikat dalam menerima identiti baru.

vi) Misi Korporat

Menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang moden, cekap dan

bermutu tinggi dengan harga yang standing mengikut kemampuan pengguna.

Mengendalikan entity perniagaan yang berdaya maju (viable) disamping

mengekalkan tanggungjawab sebagai warganegara korporat yang berkeperibadian

tinggi.

10

Page 11: akupunyadoc

1.3.6 Penjanaan semula Telekom Malaysia 2005

Gambarajah 1.6 : Logo baru bagi Telekom Malaysia setelah Penjanaan

Pada 14 April 2005, ia merupakan tarikh bersejarah di negara kita kerana

YAB DATO’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah

merasmikan majlis pelancaran identity penjenamaan TM yang mana ia menerima

sokongan daripada pihak kerajaan dalam usaha syarikat membawakan perubahan

sebenar kepada TM.

Logo baru dengan huruf “TM” melambangkan identiti kumpulan terdiri

daripada tiga warna yang bersemangat dan jelas iaitu oren, biru, merah. Warna

oren melambangkan semangat ceria anak syarikat multimedia TMNet manakala

merah pula menggambarkan kebebasan, iaitu identity Celcom, syarikat selular TM.

Huruf “TM” dan warna-warna baru ini menggambarkan imej baru TM sebagai

sebuah organisasi yang tegas, berani, bersemangat dan bertenaga.

Pengubahsuaian ini bukan sahaja menggemparkan perubahan luaran sahaja

kepada nama dan logo, malah perubahan kali ini menekankan pendekatan kasar

kearah menyemai budaya berorentasikan khidmat pelanggan dikalangan anggota

TM.

11

Page 12: akupunyadoc

1.3.7 Mengenai TM

Telekom Malaysia berhad (TM), merupakan sebuah kumpulan maklumat

dan komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk talian tetap, mudah alih, data dan

jalur lebar. Sebagai salah satu syarikat senaraian awam yang terbesar di Bursa

Malaysia dengan hasil operasi lebih daripada RM 13 billion, TM sentiasa bergerak

kearah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingan dalam persekitaran

yang kompetitif.

Kumpulan ini sentiasa memberikan tumpuan kepada usaha-usaha

peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya. Kini dengan pelaburan dan

operasi di 12 buah negara sekitar Asia dan secara global, TM memfokuskan kepada

pembangunan yang berterusan baik dalam pasaran mahupun antarabangsa.

12

Page 13: akupunyadoc

1.3.8 Aktiviti Organisasi

Senarai aktiviti dan prkembangan telekomunikasi selepas pembentukan Malaysia.

Tahun 1964

Kejayaan dicapai dengan siapnya projek kabel dasar laut anara

Singapura dengan Jeselton atau Kota Kinabalu iaitu SEACOM kabel.

Jabatan Telekom Malaysia ( JTM ) di Kuala Lumpur meluaskan

sayapnya dengan mengambil alih perkhidmatan luar si Sabah daripada

Cable And Wireless Co.

Tahun 1970

Pada bulan April, Malaysia berjaya melancarkan Stesen Satelit Bumi

yang pertama di Kuantan, Pahang

Tahun 1975

Pertukaran ibusawat TELEX manual dengan sistem automatic.

Pertukaran ibusawat lama iaitu daripada Strowger kepada Cross-Bar

dan Semielectronic

Tahun 1979

Memperkenalkan perkhidmatan Antarabangsa Terus Dail atau

International Direct Dialling ( IDD)

Tahun 1980

Ibusawat pertama yang menggunakan sistem elektronik sepenuhnya

dilancarkan di Tama Pelangi, Johor.

Kejayaan menghasilkan projek kabel dasar laut yang menghubungkan

Kuantan dan Kuching.

Tahun 1981

13

Page 14: akupunyadoc

Sistem satelit kedua iaitu Satelit di Lendu, Melaka yang bekerjasama

dengan Indian Ocean Satellite di lancarkan.

Tahun 1983

Perkhidmatan DATEL telah diperkenalkan iaitu pengguna boleh

menggunakan PSTNuntuk komunikasi data.

Tahun 1984

Malaysia telah memerkenalkan rangkaian datanya sendiri yang

menggunakan Pecket Switch Technology.

Tahun 1985

ATUR diperkenalkan iaitu sejenis perkhidmatan yang menggunakan

teknologi radio selular.

Memperkenalkan Multi Access Radio System ( MARS ) iaitu

perkhidmatan talian telefon yang menggunakan sistem radio yang

mengutamakan pelanggan-pelanggan yang berada di kawasan pendalaman.

Costumer Automated Service System ( CASS ) telah dilasanakan iaitu

satu sistem yang menyeluruh dan menjadi pangkalan data kepada semua

perkhidmatan yang disediakan.

Tahun 1987

Adalah tahun keramat bagi Jabatan Telekom Malaysia ( JTM ) kerana

ditukarkan kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad pada 12 Oktober.

Tahun 1988

Intelset Business Service ( IBS ) telah diperkenalkan kepada syarikat

perindustrian di Kuala Lumpur.

Pelancaran stesen satelit Bumi iaitu Kuantum-2A yang bernilai

RM27.7juta yang menggabungkan rekabentuk satelit da teknologi terkini

Tahun 1989

TELITA iaitu sistem Videotext di bangunkan oleh Telekom Malaysia

untuk pasaran di dalam negara dilancarkan pada 7 Mei.

14

Page 15: akupunyadoc

MAYCIS dan MAYPAC diperkenalkan pada bulan Julai.

Pada bulan Ogos TELEMAIL iaitu perkhidmatan yang berasaskan

pesanan elektronik dilancarkan.

Perkhidmatan 800 atau TOLLFREE diperkenalkan pada bulan

September.

Tahun 1990

Melaksanakan CASS di Hong Kong Telecoms.

Pemasangan ATURel iaitu telefon awam mudah alih dilaksanakan

dalam kereta api.

TOLLFREE antarabangsa diperkealkan pada ulan Mac.

Pelancaran CARDFON pra-bayar pada bulan Mei.

Telekom Malaysia melaksanakan penjenamaan semula dengan

melancarkan logo baru yang dinamik, berdaya saing dan mempunyai imej

yang tersendiri pada 17 Ogos.

Tahun 1993

Telekom Malaysia memperkenalkan Integreted Service Digital

Network ( ISDN )

Menara Kuala Lumpur dilancarkan dan diiktiraf Negara ketiga

tertinggal di Dunia.

Tahun 1997

Corporate Information Superhighway ( COINS ) iaitu kemudahan

telekomunikasi terkini dilancarkan.

Tahun 1999

Equal Access atau Akses Samarata diperkenalkan pada 1 Januari

dan Suruhanjaya Multimedia dan Telekomunikasi menetapkan pada 1 April

sebagai tarikh perlaksanaannya.

15

Page 16: akupunyadoc

Apabila memasuki abad ke-21 pembangunan dalam sector telekomunikasi

kian pesat. Kini Telekom Malaysia Berhad dan kumpulannya perlu bersaing dengan

syarikat telekomunikasi lain seperti MAXIS, DIGI, dan TIME GOLD untuk

memenangi hati pelanggan. Sejajar itu, Telekom Malaysia Berhad telah mengambil

langkah yang berani dengan membuat penjenamaan semula yang telah

dilaksanakan pada 14 April 2005.

Penjenamaan semula ini adalah menyatukan semua anak-anak syarikat di

bawah Telekom Malaysia Berhad di bawah satu identity iaitu TM. Jenama baru ini

mempunyai satu nilai iaitu ‘Proaktif, Berpengetahuan, Inovatif, Memberangsangkan.

Manakala visinya pula adalah “ Orang Ramai Inginkan Kemajuan. Kita Bersama

Mereka Merentasi Segala Cabaran dan Halangan Untuk Maju Ke Hadapan”.

Misinya adalah “ Kita Akan Mencipta dan Menawarkan Perkhidmatan Yang

Berpotensi Untuk Orang Ramai Meningkatkan Taraf Hidup Mereka”.

16

Page 17: akupunyadoc

CARTA ORGANISASI TM KOTA BELUD

17

TEAM 1

O&M SAF/ ACCES

HJ JAMLING HJ GHANI( PENGURUS DAERAH )

MDF/ FIBER / STREAMYX

SURVEY &PEMASANGAN

PEMBAIKAN/ RESTORATION

TEAM 1

EN. JAMLAN TG. DYG( JURUTEKNIK )

EN. MOHD AZALAN SAID( JURUTEKNIK )

EN. NAIR LANGAN( JURUTEKNIK )

EN. LAIP MARJANI( JURUTEKNIK )

EN. BUTANG YONTOK( PENYELIA TEKNIK )

EN. AMIDI DARUS( PENYELIA TEKNIK )

O & M ( TX )O & M ( DATA ) TM POINT

EN. LAHIM GENANG( PENYELIA TEKNIK )

EN. DZULKEFLI JUN( PENYELIA TEKNIK )

EN. JAFLI MATON( PENYELIA TEKNIK )

EN. ISKANDAR ASHGUL( PENGAWAI TSSB )

Page 18: akupunyadoc

BAB 2

RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI

Minggu pertama

Kami melaporkan diri di Tamparuli, dan berjumpa dengan En.Shamsul

Kamarul Adzrin Bin Amran selaku pengurus O&M Pantai Barat Utara Sabah. Antara

Daerah di bawah pengawsan PBU ialah Tamparuli, Tuaran, Kota Belud, Kota

Marudu, Pitas, Ranau dan Kudat. Setelah berjumpa dengan beliau, kami telah

ditempatkan di TM cawangan Kota Belud dan berjumpa dengan pengurus disana

iaitu En. Haji Jamling Hj.Ghani.

En.Amidi Darus selaku penyelia kami telah memberi sedikit taklimat dan

menerangkan bahagian-bahagian yang terdapat di TM Kota Belud. Antaranya ialah

PCM (Pulse Code Multiplexer) SOMA, MDF (Main Distrubation Port), TM Point atau

lebih di kenali sebagai ‘TM Sales and Service’ dan Pejabat RNO. Selain itu, kami

18

Page 19: akupunyadoc

telah menandatangani Aku Janji berkaitan dengan disiplin dan tanggungjawab yang

telah dipersutujui dengan TM Kota Belud.

Minggu Kedua

Pada minggu ini, kami telah diperkenalkan dengan bilik MDF. En. Amidi

Darus memberi penerangan tentang LEN dan SI, Port In dan Port Out, LOOP,

‘TAB’ (1313) dan Tracing Jumper. Kami juga diajar bagaimana pemasangan baru

atau tukar talian dilakukan. Selain itu, En. Amidi juga menerangkan tentang

pesanan-pesanan yang akan diterima untuk ‘jumpering’ di bilik MDF. Sebagai

contoh, Order (P) untuk pasang, Order (T) untuk tukar, Order (TD,TK) untuk tukar

cabinet, Order (C) untuk cabut dan Order (PS) untuk survey. Namun begitu, order-

order ini perlu diteliti terlebih dahulu sama ada mengandungi catatan lain sebelum

melakukan kerja di bilik MDF.

En.Butang iaitu selaku Penyelia Teknik mengajar bagaimana cara-cara

pengunaan Puncher, dan pengenalan kepada jenis Jumper. Beliau juga

menerangkan serba sedikit berkaitan kala kod bagi kabel. Pada akhir minggu ini

saya telah menyerahkan buku laporan untuk ditandatangani oleh Pengurus TM.

Minggu Ketiga

Dalam minggu ketiga ini, kami dibawa ke lokasi yang berlaku kerosakan,

dimana kami ditunjukkan cara-cara bagi mengatasi masalah sekiranya ada aduan

kerosakan diterima. Antara tempat-tempat yang kami tujui seperti S.M.K Usukan

( tidak dapat surfing internet), Kampung Kota Peladuk ( Drop Wire terputus),

Kampung Wakap (Jumper pada DP Disrubation Port tercabut), kampung Pirasan

(modem rosak)), manakala Taman Jadi dan kampung Tempasuk pula mengalami

masalah kerosakan iaitu Drop Wire telah putus.

19

Page 20: akupunyadoc

Kami telah diberi peluang untuk membantu juruteknik-juruteknik yang

bertugas untuk mengatasi masalah ini. Pengalaman ini amat bermanfaat kepada

kami untuk mengetahui bagaimana sesuatu masalah tersebut diatasi.

Minggu Keempat

Pada minggu ini, kami masih dibawa ke lokasi kerosakan. Antaranya ialah

Institut Pertanian Sabah iaitu bermasalahan dengan telefon Will mereka yand tidak

berfungsi, kampung payas-payas (tukar SI di kabinet F001), di Pantai Emas pula

mengalami masalah telefon tiada tone, Taman Nikmat mempunyai masalah dengan

Drop Wire yang terputus dan Kampung Kesapang bermasalahan dengan soket

telefon yang terbakar.

Selain itu juga, En.Iskandar Ashgul selaku penyelia di bahagian TM Point

telah memberi penerangan tentang ‘FLOAT’(First Level Complaint, kami diajar cara-

cara untuk memasukkan maklumat pelanggan ke dalam ‘FLOAT’ tersebut. Pada

minggu ini, kami telah memasukkan sebanyak 150 maklumat pelanggan kedalam

FLOAT. Pada akhir minggu ini saya telah menyerahkan buku laporan untuk

ditandatangani oleh Pengurus TM.

Minggu Kelima

Minggu ini kami telah diajar cara-cara setup modem secara manual oleh

En.Amidi. Kami telah dibawa ke rumah pelanggan iaitu kampung peninting dan

kampung peladuk untuk melakukan kerja ini. Selain itu, kami ditunjukkan cara-cara

pengaktifan akaun dilakukan. Namun begitu, hanya kontraktor yang berdaftar

dengan TM sahaja dibenarkan mengaktifan akaun tersebut.

20

Page 21: akupunyadoc

Kami juga diuji untuk melakukan pemasangan bagi talian baru dengan

dipantau oleh En.Butang. Ini bagi membiasakan kami untuk melakukan Jumpering

di bilik MDF sekiranya ada pesanan pemasangan diterima. Memandangkan kami

telah diberi mandate untuk melakukan pemasangan bagi talian baru.

Minggu Keenam

En.Dzulkifli Jun selaku penyelia teknik bahagian PCM telah membawa kami

ke Bukit X (Stesen penerimaan dan pemancaran data). Beliau telah memberi

penerangan tentang bagaimana PCM beroperasi. Selain itu, kami juga telah

memeriksa voltan bateri jenis YUASA yang membekalkan tenaga pada radio

apabila bekalan kuasa terputus. Kami juga memeriksa tahap keasidan bateri jenis

FIAMM.

Kami juga ke Kampung Pirasan dan Tambatuan untuk membaiki kerosakan

yang diadukan ke One Stop Center iaitu KE talian 100. Sebarang aduan yang di

terima boleh di rujuk di laman web WEBSTAR. Antara aduan yang berlaku ialah

Drop Wire terputus dan kebocoran kabel berlaku. Pada akhir minggu ini saya telah

menyerahkan buku laporan untuk ditandatangani oleh Pengurus TM.

Minggu Ketujuh

Pada minggu ini, kami lebih banyak melakukan kerja - kerja pemasangan di

bilik MDF. Kami telah menerima sebanyak 13 pesanan bagi Jumpering untuk talian

baru. En.Amidi juga telah mengajar kami bagaimana melakukan pemasangan bagi

talian Streamyx. Selepas mengetahui bagaimana prosidur jumpering bagi talian

berstremyx dilakukan, En Amidi memberi mandate kepada kami untuk melakukan

sebarang Jumpering sekiranya menerima Order dari system CASS. Sebanyak 5

pemasangan bagi talian streamyx telah di’jumper’ di bilik MDF. Kerja-kerja di MDF

memerlukan ketelitian dan ketekunan yang tinggi. Sebarang kesilapan akan

dikenakan tatatertib oleh pihakpengurusan.

21

Page 22: akupunyadoc

Minggu Kelapan

Pada minggu kelapan, kami diminta untuk mengemaskini jumper di MDF.

En.Amidi selaku penyelia teknik yang menyelia bilik MDF ini telah memberi

kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan untuk mengemaskini jumper yang lama

sekiranya tidak mematuhi piawai pemasangan yang digunapakai diseluruh Telekom

di Malaysia. Kerja mengemaskini ini memakan masa yang lama untuk disiapkan

kerana sering tergendala. Hal ini disebabkan kerja-kerja lain juga perlu dilakukan

seperti pemasangan. tracing jumpering dan lain-lain. Pada akhir minggu ini saya

telah menyerahkan buku laporan untuk ditandatangani oleh Pengurus TM.

Minggu Kesembilan

Kami menyambung kerja-kerja mengemaskini di bilik MDF. Kerja ini juga

perlu dilakukan dengan berhati-hati dan penuh ketelitian. Hal ini kerana sebarang

kesalahan berlaku akan dikenakan tindakan. Sebelum ini, pelatih-pelatih yang lain

telah melakukan kesilapan di mana mereka telah memindahkan SI pelanggan ke

kabinet lain yang menyebabkan pelanggan terpaksa membayar bil yang banyak

yang berpunca dari masalah di bilik MDF. TM hampir disaman oleh pihak pelanggan

namun masalah ini dapat di atasi dan TM terpaksa membayar bil tersebut bagi

pihak pelanggan.

Selain melakukan pengemaskinian, kami juga telah di bawa ke beberapa

lokasi untuk melakukan servay line bagi set telefon CDMA450. Antara lokasi yang

kami pergi ialah Balai Polis Rosok, SK Rosok, dan Klinik Kesihatan Rosok. Hal ini

22

Page 23: akupunyadoc

dilakukan kerana telefon-telefon yang sediaada dikawasan ini yang menggunakan

perkhidmatan set telefon WILL ( wireless in local loop) akan digantikan kepada set

telefon yang baru ini. Tindakan ini di ambil kerana perkhidmatan telefon jenis WILL

ini akan di tamatkan mulai hujung tahun ini.

Minggu Ke-10

Kami telah di ajar bagaimana untuk melakukan splicing dan waktu bila ianya

dilakukan. ‘Splicing’ ialah proses mencantumkan kaca yang terdapat pada kabel

Fiber Optik yang terputus. Sebelum melakukan Splicing kami terlebih dahulu

mengesan kedudukan kabel yang mengalami kerosakan di bilik COT (central office

terminal) dengan menggunakan Wavetek. Jarak akan diukur dengan menggunakan

alat ini yang membentuk gelombang pada monitornya.

Selain itu, kami juga telah menghadiri mesyuarat TM bahagian PB sabah.

Pelbagai isu yang diketengahkan dalam mesyuarat ini termasuklah belanjawan

sepanjang tahun ini. Pemasangan dan mengesan jumper juga dilakukan pada

minggu ini. Pada akhir minggu ini saya telah menyerahkan buku laporan untuk

ditandatangani oleh Pengurus TM.

Minggu Ke-11

Pengurus TM Kota Belud membawa kami menghadiri Mesyuarat Lembaga

dan Sukan Negeri Sabah yang bertempat di Kompleks sukan Butong Kota Belud.

Beliau meminta kami mencatat agenda yang di usulkan. Hal ini bertujuan bagi

mendedahkan kami kepada suasana mesyuarat yang lebih formal dan berurusan

dengan orang kenamaan.

Pada minggu ini juga, kami telah membantu kerani memasukkan maklumat

pelanggan yang telah membuat aduan kedalam sisitem maklumat pelanggan. Kami

juga telah menerima sebanyak 20 aduan bagi kerosakan talian. Selain itu kami juga

menerima sepuluh order bagi jumpering di bilik MDF. Antara pelanggan tersebut :

23

Page 24: akupunyadoc

1. Nama : Rayner

No. Tel : 977180

LEN : 920

SI : 296

PAU : KBD009

Jenis Order : ‘P’

2. Nama : Abd Kahar

No. Tel : 976092

LEN : 3512

SI : 329

PAU : KBD002

Jenis Order : ‘P’

3. Nama :Fidelia Binti Waith

No. Tel : 976218

LEN : 2031

SI : 179

PAU : KBD009

Jenis Order : ‘P’

4. Nama : Asni Binti Mursaling

No. Tel : 977245

LEN : 478

SI : 144

PAU : KBD009

Jenis Order : ‘P’

5. Nama : Pitah Bin Durasin

No. Tel : 972246

LEN : 2134

SI : 56

PAU : FTTS F311

Jenis Order : ‘P’

6. Nama : Abd Kahar Abd Latif

No. Tel : 976092

LEN : 3512

SI : 329

PAU : KBD009

Port in/out : 136/A002

Jenis Order : ‘T’

7. Nama : Gui Chiang Ping

No. Tel : 977180

LEN : 920

SI : 511

PAU : KBD009

Port in/out : 123

Jenis Order : ‘T’

8. Nama : John Stephen

No. Tel : 972164

LEN : 1192

SI : 4 pair 1

PAU : 888C ‘direct line’

Port in/out : 131/A002

Jenis Order : ‘T’

9. Nama : Asni Murasis

No. Tel : 977245

24

Page 25: akupunyadoc

LEN : 478

SI : 181

PAU : KBD009

Port in/out : 125/A002

Jenis Order : ‘T’

10.Nama : Rohanah Mohd Suod

No. Tel : 976066

LEN : 2700

SI : 8 pair 2

PAU : 888C ‘direct line’

Jenis Order :’P’

25

Page 26: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Minggu Ke-12

Pada minggu ini pengurus TM telah memberi cuti kepada kami.

29.09.2008 ( Cuti Pelepasan )

30.09.2008 ( Cuti Pelepasan )

01.10.2009 ( Cuti Hari Raya Aidilfitri )

02.10.2008 ( Cuti Hari Raya Aidilfitri )

03.10.2008 ( Cuti TM seluruh Malaysia )

Minggu Ke-13

Pada minggu ini kami telah menerima 10 orders bagi pemasangan baru

untuk dijumper di bilik MDF. Kami juga membantu pegawai TSSB melayani

pelanggan yang hendak berurusan di pejabat. Selain itu, kami diminta oleh

juruteknik-juruteknik TMB untuk verify SI di bilik MDF. Kami juga menerima

pelbagai aduan kerosakan dari pelanggan seluruh Kota Belud. Mesyuarat atau lebih

dikenali sebagai ROLL CALL telah diadakan pada minggu ini. Pelbagai agenda

telah diusulkan pada mesyuarat pada kali ini termasuk mutu kerja dan disiplin

semua pihak. Pengurus TM juga memaklumkan semua staf dan pelatih berkaitan

dengan penukaran set telefon WILL kepada CDMA450. Staf TM dan pelatih diminta

supaya mempelajari bagaimana untuk setting CDMA450.

Minggu Ke-14

En. Dzulkefli Jun selaku Penyelia Teknik di bahagian PCM ( Pulse Code

Multiplixer) memberi penerangan tentang fungsi dan cara PCM beroperasi. Kami

juga telah dibawa ke Kg. Tamu Darat untuk melakukan jumpering di Kabinet FTTS

F006. Memandangkan kami telah mengetahui untuk melakukan jumpering di bilik

MDF, En Amidi telah memberi peluang kepad kami untuk melakukannya di kabinet

pula. Cara kerja adalah hampir sama dengan di bilik MDF. Cuma di kabinet LEN

tidak ada, hanya SI dan SA sahaja yang ada. Dan bagi kabinet jenis Fiber, Port bagi

line streamyx terdapat di sini. Pada akhir minggu ini saya telah menyerahkan buku

laporan untuk ditandatangani oleh Pengurus TM.

Page 27: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Minggu Ke-15

Minggu ini kami lebih banyak melakukan kerja di dalam pejabat berbanding

luar. Penyelia kami iaitu En Amidi meminta saya dan rakan-rakan untuk verify

nombor yang terdapat pada SI dibilik MDF. Kerja ini mengambil masa yang lama

untuk disiapkan kerana kami perlu melakukan tugas-tugas yang lain seperti tracing,

jumpering, menerima aduan dan memasukkan aduan pelanggan tersebut ke dalam

sistem FLOAT. Sebanyak 177 maklumat pelanggan yang berjaya dimasukkan

kedalam sistem tersebut. Pada minggu ini juga, kesemua pelatih di minta untuk

membantu kerja-kerja Splicing di FTTS F009 iaitu bertempat di simpang Kem

Paradise.

Minggu Ke-16

Seperti minggu lepas, kami masih melakukan kerja-kerja di pejabat.

Sebanyak 10 orders yang kami telah terima. Saya telah di beri mandat untuk

menyiapkan kesemua orders yang perlu di jumper dan dibantu oleh rakan-rakan

yang lain. Walaupun kami telah mahir melakukan jumpering di bilik MDF, penyelia

sering menasihati kami untuk berhati-hati kerana sebarang kesilapan akan

menyebabkan kerugian kepada pelanggan mahupun pihak pengurusan. Kerja Verify

nombor telefon disambung semula kerana ianya perlu disiapkan sebelum kami

menamatkan Latihan Industri disini. Pada akhir minggu ini saya telah menyerahkan

buku laporan untuk ditandatangani oleh Pengurus TM.

Minggu Ke-17

Mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan tentang tanggungjawab dan

disiplin semua staf dan pelatih. Hal ini bagi menjaga imej syarikat TMB. Pengurus

juga meminta agar staf dan pelatih agar melakukan tugas dengan lebih efisien dan

konsisten. Pada mesyuarat kali ini turut juga di hadiri oleh kontraktor TMB. Mereka

diberi teguran oleh pengurus supaya tidak melakukan kerja dengan sambil lewa

sahaja. Kami telah menerima sebanyak 7 orders pada minggu ini untuk di jumper.

Page 28: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Minggu Ke-18

Minggu ini kami lebih banyak melakukan kerja-kerja di luar pejabat. Kami

telah di bawa ke Pekan Kota Belud, Taman Nikmat, Pekan Taginambur dan

Kampung Pirasan. Di Pekan Kota Belud, kami telah ke pejabat baru Bank Simpanan

Nasional dan Courts Mammoth untuk melakukan kerja-kerja pendawaian sistem

alarm dan membaiki ISDN. Di Pekan Taginambur pula iaitu di kabinet FTTS F311

kami telah memindahkan ‘jumper’ bagi 32 SI. Hal ini dilakukan kerana Card yang

mengandungi SI tesebut akan digunakan di kawasan Porak Ogis iaitu di kabinet

FTTS F301. sebelum melakukan pemindahan tersebut, kami telah terlebiuh dahullu

memindahkan SI di bilik MDF. Manakala di Taman Nikmat dan Kg Pirasan kami

mednukarkan set telefon pelanggan dari WILL ke CDMA450. Pada akhir minggu ini

saya telah menyerahkan buku laporan untuk ditandatangani oleh Pengurus TM.

Minggu Ke-19

Sejurus selepas mesyuarat pada minggu-minggu yang lepas bnerkaitan

dengan penukaran set telefon WILL kepad CDMA450, Staf TM membawa kami ke

rumah pelanggan untuk melakukan kerja tersebut. Kami telah ke Kg Bongol, Kg

Mandap dan Kg Menunggui.Kami memberi penerangan kepada pelanggan cara-

cara untuk menggunakan telefon tersebut. Hal ini perlu dibuat kerana set telefon ini

lebih canggih berbanding dengan set telefon yang lama. Set telefon ini boleh

menghantar pesanan ringkas kepada pelanggan lain dan mempunyai penggera

masa dan banyak lagi keistimewaan yang lain. Selain itu, pada minggu ini juga saya

telah diu ajar cara-cara untuk membaiki PORT yang bermasalah. Kerja tersebut

dapat dilakukan dengan bantuan dari En Butang Yontok.

Page 29: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Minggu Ke-20

Minggu ini kami lebih banyak bergotong royong dan membersihkan pejabat.

Dan pada minggu ini juga kami telah mengecat pejabat dan menghias pejabat

Pengurus. Walaupun kerja ini tiada kena mengena dengan kursus yang kami ambil,

namun kerja ini telah memberi pengalaman yang baik kepada semua pelatih. Kami

dapat belajar erti disiplin, tanggungjawab, kebersihan dan saling bantu membantu.

Selepas habis mengemas pejabat RNO, kami berasa puas hati dan bersemangat

untuk melakukan kerja dengan keadaan pejabat yang baru. Di samping itu, kami

tidak mengabaikan kerja-kerja yang lain seperti menerima aduan kerosakan dari

pelanggan, membantu kerani dan menyiapkan orders yang di terima hamper setiap

hari.

Minggu Ke-21

Selepas melakukan kerja mengecat dan mengemas kini pejabat pengurus

dan pejabat RNO pada minggu lepas, minggu ini kami menyambung semula kerja

tersebut di Pejabat TSSSB atau lebih dikenali sebagai TM POINT. Kami

memperbaharui Carta Organisasi yang nampak agak uzur kerana di TM ini semua

pekerja adalah lelaki dan amat sibuk sehingga tiada masa untuk menghias dan

menceriakan lagi pejabat ini. Walaupun kami mengambil masa yang lama untuk

menyiapkannya kerana banyak kerja-kerja lain yang perlu diselesaikan, namun kami

telah berjaya menyiapkannya pada minggu tersebut. Kini TM POINT Kota Belud

telah berwajah baru di atas kejasama kesemua pelatih.

Minggu Ke-22 ( Terakhir )

Memandangkan minggu ini adalah minggu terakhir saya dan rakan-rakan

menjalani Latihan Industri di TM, kami telah menyiapkan semua tugas-tugas yang

telah di amanahkan kepada kami selama ini seperti mengemaskini bilik MDF, Verify

nombor pada SI, membaiki set telefon pelanggan dan lain-lain. Pada minggu

terakhir ini juga kami sekali lagi bergotong-royong untuk menceriakan lagi TM

sebagai tanda terima kasih kepada semua staf dan pengurus kerana sudi menerima

kami untuk menjalani Latihan Industri di sini. Minggu ini juga pengurus telah

mengadakan Majlis perpisahan secara mengejut bagi meraikan kesemua pelatih

Page 30: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

yang telah memberi khidmat kepada TM Kota Belud selama ini. Saya dan rakan-

rakan juga telah melaporkan diri bahawa tamat latihan industri pada akhir minggu

ini. Pengurus telah memberikan markah dan penilaian kepada semua pelatih dan

menasihati agar terus belajar untuk mencapai kejayaan.

Page 31: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

BAB 3

RANGKAIAN PERHUBUNGAN

3.1 RANGKAIAN PERHUBUNGAN (LOCAL LINE NETWORK)

Sistem perhubungan telefon pelanggan di suatu kawasan ibusawat tertentu

dikenali sebagai rangkaian talian tempatan. Rangkaian ini bermula dari ibusawat

(Swithcing) ke kabel bawah tanah (underground cable or primary cable) ke kabel

atas (overhead cable or secondary cable) hinggalah ke kotak DP (distribution point).

Sistem ini hendaklah dirancang dan dibangunkan dengan pembinaan rangkaian

yang betul selain mempunyai penjanaan dan penyelenggaraan yang baik.

Fungsi utama rangkaian talian tempatan adalah menyediakan suatu media

perhubungan dalam penghantaran isyarat data daripada satu lokasi ke lokasi yang

lain menggunakan talian fizikal iaitu kabel samada kabel kuprum ataupun kabel

fiber.

Page 32: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Rangkaian ini menyediakan perkhidmatan utama iaitu perkhidmatan telefon

yang dihubungkan dari satu tempat ke ibusawat dan seterusnya meyambungkan

panggilan tersebut ke tempat lain sebagai panggilan tempatan. Ia juga

menyambungkan panggilan pelanggan dari ibusawatnya ke pelanggan di ibusawat

lain yang dikenali sebagai panggilan trunk atau junction di samping panggilan antara

negara yang dikenali sebagai panggilan overseas.

3.2 Local Loop

Local loop adalah suatu lingkaran daripada ibusawat ke suatu concentration

point seperti kabinet, concentrator atau radio base station dan seterusnya ke

peralatan yang digunakan pelanggan melalui media-media penghantaran seperti

wayar kuprum, fiber optik, kabel coaxial atau microwave. Local loop terdiri daripada

2 seksyen iaitu :

I. The Transfer

– lingkaran antara ibusawat dan concentration point seperti cabinet,

concentrator atau radio base station menggunakan wayar kuprum, fiber

optik, kabel coaxial atau microwave.

II. The Distribution

– sambungan antara concentration point dan pelanggan menggunakan wayar

kuprum, fiber optic, kabel coaxial atau radio.

Page 33: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Wayar kuprum

Coaxial

Fiber optik

Microwave

IBUSAWAT CONCENTRATION POINT PELANGGAN

TRANSFER DISTRIBUTION

Gambarajah 3.1 : Local Loop

KABINET

RADIO BASE STATION

Page 34: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

3.3 RANGKAIAN KABEL TALIAN TEMPATAN

Rangkaian kabel talian tempatan adalah suatu sambungan di antara

ibusawat (exchange) di MDF (Main Distribution Frame) dengan kabinet yang

dikenali sebagai Rangkaian Kabel Utama (Primary Cable Network) dan kabinet

dengan DP (Distribution Point) yang dikenali sebagai Rangkaian Kabel Agihan

(Secondary Cable Network Point) yang dikenali sebagai Rangkaian Kabel Agihan

(Secondary Cable Network).

Primary cable Secondary cable CPE

Gambarajah 3.2 : Rangkaian kabel talian tempatan

3.3.1 RANGKAIAN KABEL UTAMA (PRIMARY CABLE NETWORK)

Suatu rangkaian kabel yang besar yang bermula daripada chamber di

bawah MDF hinggalah ke suatu kawasan pengagihan talian telefon iaitu kabinet .

Rangkaian kabel utama adalah terdiri daripada wayar kuprum yang bersaiz besar

dan semua laluannya pula dimasukkan ke dalam sesalur dan ditanam di bawah

tanah. Ia diagihkan ke kawasan kabinet bermula di chamber house iaitu suatu

tempat penyambungan yang besar yang terletak di bawah MDF. Di bahagian

kabinet ia disebut sebagai Sisi Ibusawat (SI) atau Exchange Side (ES).

M

D

F

Kabinet

DP Pelanggan

Page 35: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

3.3.2 RANGKAIAN KABEL AGIHAN (SECONDARY CABLE NETWORK)

Rangkaian kabel yang bersaiz kecil ini bermula di kabinet dan berakhir di

DP. Ia selalunya terletak di atas tiang yang ditanam di sepanjang tepi laluan

jalanraya, manakala di kawasan bangunan pula ia dilekatkan di dinding bangunan

tersebut sebelum disambung ke kotak DP. Di samping itu ada juga kabel yang di

masukkan ke dalam sesalur iaitu kabel fully fill. Di kabinet ia disambungkan ke satu

terminating block yang dikenali sebagai Sisi Agihan (SI) atau Distribution Side (DS).

3.3.3 RANGKAIAN KABEL FIBER OPTIK (OPTICAL FIBER CABLE

NETWORK)

Rangkaian kabel fiber optik adalah suatu rangkaian yang menawarkan

penghantaran suara atau data secara digital berbanding rangkaian kabel kuprum

yang menghantarkan maklumat secara analog. Kemajuan dan kemodenan

peralatan dan teknologi kabel fiber optik telah memberi peluang kepada rangkaian

tempatan membuat suatu perubahan yang efektif untuk masa depan sistem

perhubungan.

Kabel kuprum berkemampuan memberikan perkhidmatan 2 Mbit/s tetapi

kemajuan dunia moden pada masa ini menyaksikan pelanggan berebut-rebut

inginkan perkhidmatan yang lebih daripada itu seperti 8 Mbit/s, 34 Mbit/s dan 140

Mbit/s seiring dengan kebangkitan dunia digital sekarang ini dan kabel fiber optik

adalah jawapan yang tepat pada permintaan tersebut. Jalur lebar (bandwidth) yang

tinggi pada saluran fiber optik, kekebalan pada elektromagnetik dan keselamatan

yang tinggi adalah antara kelebihan-kelebihan yang membuatkan rangkaian kabel

fiber optik semakin penting dalam rangkaian kabel tempatan.

Page 36: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

3.4 Kesimpulan :

Rangkaian perhubungan bermula pada ibusawat kemudian ke cabinet dan

seterusnya ke DP. Rangkaian perhubungan ini di bahagikan kepada dua bahagian

iaitu rangkaian kabel utama dan rangkaian kabel agihan. Rangkaian kabel utama

menggunakan kabel yang bersaiz besar manakala rangkaian kabel agihan

menggunakan kabel yang bersaiz kecil. Rangkaian kabel perhubungan terdiri

daripada talian fizikal seperti kabel kuprum dan kabel fiber optic.

Page 37: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

BAB 4

KABEL UTAMA

4.1 KABEL UTAMA (PRIMARY CABLE)

Kabel utama atau primary cable terletak di bawah tanah dan bermula dari

chamber hingga ke kabinet. Ia juga dikenali sebagai kabel sisi ibusawat di samping

berfungsi sebagai pembawa isyarat telefon dari ibusawat melalui MDF ke kabinet

sebelum disambungkan ke secondary cable. Jenis-jenis kabel utama yang

digunakan oleh TM terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

I. PCUT – Paper Core Unit Twin

II. PEUT – Polyethelene Unit Twin

Page 38: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Lead Sheath PVC Sheath

Unit Paper Insulation

Gambarajah 4.1 : Kabel PCUT

Polyethylene Sheath Aluminium

Screen

Polyethylene Tape Unit

Gambarajah 4.2 : Kabel PEUT

Kabel-kabel utama yang digunakan ini terdapat dalam beberapa saiz

mengikut keperluan sesuatu tempat. Saiz minima adalah 200 pasangan kabel dan

saiz maksima pula adalah 2400 pasangan kabel. Setiap unit di dalam kabel PEUT

terdiri daripada 100 pasangan kabel dan terbahagi kepada 4 sub unit yang terdiri

daripada 25 pasangan kabel bagi setiap sub unit. Bagi kabel yang bersaiz 2400, ia

dibahagikan kepada 4 kumpulan utama yang mempunyai 600 pasangan kabel

setiap kumpulan. Berikut adalah susunan saiz-saiz kabel yang terdapat di dalam

kabel PEUT:

Page 39: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

NO SAIZ KABEL MENGIKUT PIAWAI

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

200pr/0.4mm

400pr/0.4mm

600pr/0.4mm

800pr/0.4mm

1000pr/0.4mm

1200pr/0.4mm

1400pr/0.4mm

1600pr/0.4mm

2000pr/0.4mm

2400pr/0.4mm

200pr/0.5mm

400pr/0.5mm

600pr/0.5mm

800pr/0.5mm

1000pr/0.5mm

1200pr/0.5mm

-

-

-

-

Jadual 4.1 : Saiz-saiz Kabel PEUT

UNIT PASANGAN KABEL WARNA BINDER

Kumpulan Pertama

Kumpulan Kedua

Kumpulan Ketiga

Kumpulan Keempat

1 – 600

601 – 1200

1201 – 1800

1801 - 2400

Putih

Merah

Hitam

Kuning

Jadual 4.2 : Warna binder bagi setiap kumpulan untuk kabel 2400pr

4.2 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Langkah-langkah keselamatan adalah penting sebelum memulakan kerja-

kerja penyambungan kabel. Ini adalah kerana kabel utama terletak di bawah tanah

dan lorang atau manhole iaitu tempat di mana penyambungan kabel dilakukan

terletak samada di tepi atau di atas jalanraya. Langkah-langkah keselamatan ini

adalah untuk memudahkan laluan trafik dan menjadi panduan kepada semua

pengguna jalanraya. Sewaktu bekerja di dalam lorang, langkah-langkah memasang

papan tanda adalah perlu dilakukan. Antara papan tanda yang perlu adalah :

Kerja-kerja di hadapan

Jalan selorong di hadapan

Lorong kiri/kanan ditutup

Page 40: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Kurangkan laju

Awas

Jarak papan tanda daripada lorang adalah :

Jalan dua hala – 70m hingga 100m

Lebuhraya – 100m hingga 200m

Selekoh merbahaya – 400m hingga 500m

Jarak kon keselamatan daripada lorang adalah 1.2m hingga 9m

Di kedua-dua belah jalan di arah trafik mendatang, letakkan papan tanda

dan kon keselamatan di kedudukan yang sesuai jauh dari tempat perkerjaan untuk

memberi masa yang cukup bagi trafik perlahankan kelajuan. Letakkan penghadang

mengelilingi mulut lorang dan susun beberapa biji kon untuk memandu perjalanan

trafik. Jika perlu sediakan dua orang pengawal bendera untuk mengawal perjalanan

trafik melalui tempat perkerjaan. Letakkan beberapa buah lampu amaran di tempat

strategik ketika menjalankan kerja di waktu malam.

Sebelum memasuki lorang, ujian kehadiran gas perlu dilakukan

menggunakan alat pengesan gas. Antara gas-gas merbahaya yang mungkin

terdapat di dalam lorang adalah :

Gas mudah terbakar – gas petrol, butane/propane dan methane

Gas beracun – karbon monoksida dan hidrogen sulfida

Gas merbahaya - karbon dioksida

Manakala cara menguji gas-gas tersebut adalah seperti berikut :

Buka sedikit penutup lorang lebih kurang 76mm-100mm dan uji kehadiran

gas.

Jika tidak terdapat kehadiran gas, buka penutup lorang sepenuhnya dan uji

kehadiran gas di bawah bumbung lorang.

Jika tidak terdapat gas juga, uji di bahagian tengah lorang, lantai dan mulut

sesalur atau duct.

Page 41: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Langkah-langkah keselamatan yang disebutkan di atas adalah merupakan

perkara utama dan amat penting yang perlu dilakukan sebelum kerja-kerja

penyambungan kabel utama dibuat di dalam lorang. Selain daripada itu, langkah-

langkah keselamatan lain juga perlu dipatuhi bagi melancarkan kerja-kerja

penyambungan seterusnya. Antaranya adalah seperti berikut:

Letakkan papan penghalang di sekeliling lorang

Letakkan papan tanda amaran di kedudukan yang sesuai jauhnya dari

lorang untuk memberi amaran awal kepada kenderaan-kenderaan yang

datang.

Gunakan kon-kon keselamatan untuk memberi panduan lencongan.

Bersihkan kekotoran di sekeliling dan di kedudukan penutup lorang untuk

menentukan penutup lorang dapat diletakkan kembali di kedudukannya dan

tidak berjongket-jongket atau tinggi sebelah yang membahayakan

kenderaan yang akan lalu di atasnya.

Gunakan kunci penutup lorang yang betul.

Gunakan orang yang secukupnya untuk mengangkat penutup lorang dan

lain-lain barang yang berat.

Untuk memasuki lorang, buka penutup sepenuhnya dan letakkannya jauh

dari mulut lorang.

Selalu gunakan kasut but Wellington untuk membuat kerja di dalam lorang.

Jangan memijak kabel semasa masuk dan keluar dari lorang.

Letakkan kenderaan kegunaan seperti lori dan trailer di tempat yang tidak

mengganggu perjalanan kenderaan awam.

Jangan meletak peralatan di tempat yang mengganggu atau

membahayakan orang ramai.

Sendalkan atau choke dengan selamat tayar-tayar trailer kabel atau trak

winch sebelum menjalankan kerja-kerja penarikan kabel.

Bersihkan sebarang kekotoran di dalam lorang dan juga di atas jalanraya.

Berhati-hati dengan bahaya racun plumbum. Basuh tangan sehingga bersih

selepas memegang kabel yang bersalut plumbum.

Page 42: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

4.3 PEMASANGAN DAN PENYAMBUNGAN KABEL UTAMA

Oleh kerana jarak antara MDF dengan kabinet adalah terlalu jauh, maka

kabel utama yang menghubungkannya perlu di sambung. Sambungan kabel itu pula

dilakukan di dalam lorang yang terdapat di sepanjang laluan sesalur. Jarak antara

lorang ke lorang yang lain adalah lebih kurang 100 meter ke 150 meter bergantung

kepada keadaan laluan sesalur.

Sebelum penyambungan kabel dilakukan, kabel utama perlu ditarik di

sepanjang sesalur yang telah disediakan. Sesalur adalah sejenis paip yang

diperbuat daripada PVC dan menghubungkan antara lorang. Bilangan laluan di

dalam laluan sesalur bergantung kepada keperluan kapasiti, samada hanya satu

laluan (single way) atau laluan pelbagai (multiway). Bagi laluan pelbagai, format

sesalur adalah seperti 2, 3, 4, 6, 8, 9, 12, 16, 20, 24, 30, 36, dan 48 laluan. Semua

sesalur itu dicantumkan menggunakan konkrit atau simen supaya tidak bergerak

dan mengelakkan ia pecah. Bagi laluan sesalur yang menyeberang jalanraya,

sesalur yang digunakan adalah diperbuat daripada paip G.I yang tahan dengan

gegaran dan bebanan yang berat. Semasa penarikan kabel utama ke dalam

sesalur, peralatan-peralatan yang digunakan adalah seperti berikut :

1. Rodding Tool

2. Winding Reel

3. Cylindrical Brush

4. Rubber Duct Cleaning Discs

5. Tube Shovel

6. Mandrel Wood

7. Cutting Mandrel

8. Hand Splice

9. Compression Splice

10. Socket Termination

11. Swaged Termination

12. Ball Bearing Swivel

13. Eye Bolt Epoxy Bond

14. ’D’ Shackle

15. Keystone Link

16. Epoxy Resin Bonded Hauling Eye Type No. 1

Page 43: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

17. Epoxy Resin Bonded Hauling Eye Type No. 2

18. Cable Grip Single Eye

19. Cable Grip Double Eye

20. Split Cable Grip

21. Lead Cable End Dressed Down

22. Spike, Wiping Metal, Transverse

Setelah kabel utama ditarik dan semua langkah-langkah keselamatan

dipatuhi, barulah kerja-kerja penyambungan kabel boleh dilakukan. Penyambungan

kabel utama hendaklah dilakukan di dalam lorang.

Kabel utama yang terdiri daripada saiz-saiz yang besar disambung satu

persatu dan untuk memudahkannya, ia disambung mengikut kod warna yang

terdapat pada kabel tersebut. Cara penyambungan yang sering dilakukan adalah

menggunakan 3M module yang terdiri daripada 25 pasangan kabel setiap module.

Selepas penyambungan kabel dibuat, ujian hujung ke hujung (end-to-end test) ke

atas kabel tersebut perlu dilakukan untuk memastikan ketepatan sambungan. Ujian

yang juga dikenali sebagai continuity test ini adalah antara MDF dengan kabinet.

Setelah kabel utama itu selesai disambung, ia perlu dibungkus dan ditutup

untuk mengelakkan sambungan tersebut dimasuki air. Penutup yang biasa

digunakan adalah jenis PSI Universal Closure ataupun PSI Mechanical Closure

yang dapat menghalang air memasuki sambungan kabel utama. Sambungan kabel

yang telah ditutup diletakkan dan diikat di atas palang besi di dalam lorang. Ini untuk

mengelakkan sambungan kabel tadi bergerak-gerak sewaktu lorang dimasuki air

dan menyebabkan ia rosak.

Page 44: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

4.4 SISTEM GPA DAN SISTEM CGPA

Gas Pressurisation Alarm System (GPA) diperkenalkan kepada rangkaian

kabel tempatan dan kabel junction pada awal tahun 70-an manakala Computer-

Based Gas Pressurisation Alarm System (CGPA) diperkenalkan sekitar awal tahun

90-an. Tujuan utama sistem ini adalah untuk mengelakkan air dan kelembapan

memasuki kabel yang disebabkan oleh kulit kabel terkoyak atau bocor dan penutup

kabel yang kurang ketat.

Sistem GPA merupakan sistem separuh automatik yang mana ia

membekalkan tekanan angin ke dalam kabel dan akan menendang air yang

memasuki kabel di samping mengeringkan kelembapan kabel. Sistem ini

mengandungi 2 jenis aktiviti penyelenggaraan iaitu :

Penyelenggaraan penggera

Aktiviti ini memerlukan penyelenggaraan staff sebagai tindakbalas kepada

penggera suara yang mengisyaratkan sekiranya ada terdapat kebocoran

kabel.

Penyelenggaraan harian

Biasanya ia dilakukan sebagai aktiviti pencegahan iaitu memeriksa bacaan

tekanan angin yang dibekalkan ke dalam kabel sebelum berlakunya

kebocoran besar ataupun beakdown. Sekiranya tekanan di bawah paras

biasa, kabel dianggap sebagai bermasalah iaitu kemungkinan berlakunya

kebocoran. Tindakan seterusnya boleh diambil berpandukan tekanan tadi.

Sistem CGPA pula beroperasi secara automatik secara keseluruhannya

yang mana ia memantau secara berterusan tekanan angin yang dibekalkan ke

dalam kabel. Sebarang perubahan pada tekanan angin akan dapat dikesan oleh

alat pengesan yang dipasang di sambungan-sambungan yang strategik di

sepanjang kabel. Perubahan ini akan direkodkan terus ke dalam skrin sistem

pemantauan. Bacaan tekanan angin yang kurang daripada yang sepatutnya akan

diambilkira dan akan dicetak secara automatik dan perlu diberi perhatian

selanjutnya.. Apabila pengguna menerima isyarat kebocoran daripada penggera,

skrin pemantauan akan dapat membantu memberikan jarak lokasi kebocoran

tersebut. Dengan demikian, sistem CGPA yang cekap ini akan mengurangkan

penyelenggaraan harian dalam sistem GPA.

Page 45: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

4.5 KABINET

Kabinet merupakan suatu alat atau equipment yang menghubungkan antara

kabel utama atau E-Side (Exchange Side) dengan kebel agihan atau D-Side

(Distribution Side). Di sebelah hujung kabel utama, ia disambungkan dengan

terminating unit/connecting module yang disebut E-Side atau Sisi Agihan (SI),

manakala di sebelah hujung kabel agihan pula, ia disambungkan dengan

terminating unit/connecting module yang disebut D-Side atau Sisi Agihan (SA).

Terdapat 3 jenis kabinet yang digunakan iaitu :

1. APO

2. KRONE

3. POUYET

4.5.1 Kabinet APO

Kabinet jenis ini merupakan jenis kabinet yang telah lama digunakan, dan

pada masa ini kabinet jenis ini mula ditukarkan dengan jenis-jenis kabinet yang baru

iaitu samada jenis KRONE atau POUYET. Kabinet APO adalah jenis kabinet yang

agak sukar diselenggarakan manakala alat ataupun tools yang digunakan adalah

terlalu kecil. Atas sebab inilah ia jarang digunakan untuk projek-projek baru dan

mula dihapuskan sedikit demi sedikit.

Terdapat dua saiz bagi kabinet jenis ini, iaitu 900 pasangan dan 1800

pasangan. Kedua-duanya berbentuk silinder dan mempunyai diameter yang sama

tetapi penutup (cover) bagi 1800 pasangan lebih tinggi 40 sentimeter dairpada

penutup 900 pasangan. Tiga bahagian utama jenis ini adalah tapak (base), penutup

(cover) dan topi (cap). Manakala kompenen asas pembuatannya adalah aluminium

alloy dan sand-blasted pada permukaan luar dan ia tidak perlu dicat untuk

mengurangkan kos.

Page 46: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Gambarajah 4.3 : Pandangan Atas Kabinet APO

Ke DP

Ke MDF

Gambarajah 4.4 : Pandangan Hadapan Kabinet APO

4.5.2 Kabinet KRONE

Kabinet jenis ini berbentuk segiempat dan mempunyai pintu di kedua-dua

bahagian cabinet tersebut. Kabinet ini diperbuat daripada bahan yang tahan suhu

yang tidak menentu. Bahagian luarnya diperbuat daripada bahan gentian kaca (fiber

glass). Seperti kabinet yang lain, kabinet jenis ini juga mengandungi bahagian SI

dan SA. Kedudukan SI di sebelah tengah manakala kedudukan SA adalah di

sebelah tepi. Fungsinya adalah sama dengan kabinet-kabinet yang lain, di mana ia

DE

D D

E

SASISA SI SA

Page 47: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

merupakan tempat yang menghubungkan bahagian SI dengan SA dan

penyambungan ini dibuat menggunakan wayar jumper.

Gambarajah 4.5 : Pandangan Hadapan Kabinet KRONE

Gambarajah 4.6 : Pandangan Atas Kabinet KRONE

SISA

SA

SI

SI

SA

SI SA

SA SI SI SA

SA SI SI SA

SA SI SI SA

Ke DP DP

Ke MDF

Page 48: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

4.5.3 Kabinet POUYET

Kabinet jenis ini juga berbentuk segiempat sama seperti kabinet KRONE. Ia

juga diperbuat dairpada bahan yang sama seperti kabinet KRONE. Sekiranya ia

dilihat dari luar, tiada perbezaan antara kedua-dua jenis kabinet ini. Namun dari segi

dalamannya adalah berbeza. Perbezaannya adalah kabinet POUYET mempunyai

empat bahagian D-Side (depan dan belakang) dan dua bahagian E-Side sekiranya

dilihat dari pandangan atas. Bagi kabinet KRONE, ia mengandungi empat bahagian

D-Side dan empat bahagian E-Side sekiranya dilihat dari pandangan atas.

Gambarajah 4.7 : Pandangan Hadapan Kabinet POUYET

SISA SA

SA SI SA

SA SI SA

Ke DPKe Ibusawat

SA

SA

SI

SI

SA

SA

Page 49: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Gambarajah 4.8 : Pandangan Atas Kabinet POUYET

Kesemua jenis kabinet yang disebut di atas telah digunapakai di TM sejak

sekian lama. Kabinet-kabinet tersebut telah menjadi perantara yang

menghubungkan ibusawat dengan pelanggan. Penggunaan kabinet di dalam

rangkaian talian tempatan adalah untuk memudahkan penyelenggaraan dan

pemasangan talian telefon. Untuk menghubungkan SI dengan SA, kerja-kerja

jumpering perlu dilakukan dengan menggunakan tools tertentu mengikut jenis

kabinet dan mengikut rekod yang telah ditetapkan. Kabinet juga berfungsi sebagai

tempat membuat ujian kabel sekiranya terdapat sebarang kerosakan yang

melibatkan kabel utama atau kabel agihan.

Page 50: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

BAB 5

KABEL AGIHAN (SECONDARY CABLE)

5.1 PENGENALAN

Kabel agihan adalah kabel yang berada selepas kabinet ke pelanggan dan

terletak di atas tiang. Ia bermula di kabinet dan berakhir di kotak agihan ataupun

distribution point (DP) dan ia juga dikenali sebagai distribution side (DS) ataupun

Sisi Agihan. Pada bahagian ini, selain terdapat kabel agihan, terdapat juga tiang,

kotak DP, stay dan strut.

Kabel agihan terdiri daripada 2 jenis kabel yang digunakan oleh TM secara

keseluruhannya. Jenis kabel tersebut adalah :

PEUTIB – Polyethelene Unit Twin Integral Bearer

PEUTFF – Polyethelene Unit Twin Fully Filled.

Kedua-dua jenis kabel ini mempunyai beberapa perbezaan ketara

antaranya, kabel PEUTIB mempunyai bearer ataupun suspension wire yang

Page 51: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

memudahkan kabel ini digantung di tiang telefon dan ia tidak mengandungi

petroleum jelly di dalamnya, manakala kabel PEUTFF tidak mempunyai bearer

tetapi ia mengandungi petroleum jelly yang boleh mengelakkan air memasukinya.

Kabel agihan yang digunakan terdapat dalam berbagai saiz. Saiz yang

paling besar adalah 200 pasangan kabel manakala saiz yang paling kecil adalah 5

pasangan kabel, tetapi pada masa ini kabel yang bersaiz 5 pasangan kabel tidak

lagi digunakan dan hanya kabel yang bersaiz 10 pasangan kabel yang paling kecil

masih digunakan.

PVC Sheath Paper Tape

Petroleum Jelly

Unit Aluminium Screen

G

ambarajah 5.1 : Kabel PEUT FF

Bearer Wire

Page 52: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Web

PVC Sheath

Unit

Aluminium Screen

Paper Tape

Gambarajah 5.2 : Kabel PEUTIB

Saiz Kabel

Diameter WayarPEUT IB PEUT FF

5 pair

10 pair

20 pair

30 pair

50 pair

100 pair

200 pair

5 pair

10 pair

20 pair

30 pair

50 pair

100 pair

200 pair

0.4mm & 0.5mm

0.4mm & 0.5mm

0.4mm & 0.5mm

0.4mm & 0.5mm

0.4mm & 0.5mm

0.4mm & 0.5mm

0.4mm & 0.5mm

Jadual 5.1 : Saiz-saiz Kabel Agihan

Kabel agihan mempunyai kod warna yang tertentu bagi membezakan antara

sutu pasangan dengan satu pasangan kabel yang lain. Dengan menggunakan kod

warna ini, setiap pasangan kabel dapat dibezakan dengan mudah dan

penyambungan dan penyelenggaraan dapat dilakukan dengan betul. Berikut

merupakan kod warna yang digunakan pada kabel.

Kod Warna Binder Kod Warna Pasangan Kabel

Nombor

Unit

Warna

Binder

Nombor

Pair

Warna Wayar

A-Leg B-Leg

Page 53: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

1 & 11 Biru 1 Putih Biru

2 & 12 Oren 2 Putih Oren

3 & 13 Hijau 3 Putih Hijau

4 & 14 Coklat 4 Putih Coklat

5 & 15 Kelabu 5 Putih Kelabu

6 & 16 Biru – Putih 6 Merah Biru

7 & 17 Oren – Putih 7 Merah Oren

8 & 18 Hijau – Putih 8 Merah Hijau

9 & 19 Coklat – Putih 9 Merah Coklat

10 & 20 Kelabu - Putih 10 Merah Kelabu

Jadual 5.2 : Kod Warna Kabel Agihan

5.2 TIANG

Tiang adalah unsur penting dalam rangkaian kabel agihan kerana ia menjadi

tempat dan laluan utama kabel agihan. Tiang berfungsi sebagai tempat untuk kabel

agihan diletakkan di dalam rangkaian telefon. Terdapat 3 jenis tiang yang digunakan

oleh TM iaitu:

Tiang kayu - bersaiz 6.7 meter dan 7.9 meter

Tiang konkrit - bersaiz 7.5 meter

Tiang besi - bersaiz 6.7 meter dan 7.6 meter

Tiang kayu tidak lagi digunakan pada masa ini kerana di era dunia moden

ini, ia tidak lagi praktikal untuk digunakan memandangkan kesukaran untuk

mendapatkan bekalan kayu di samping kayu itu pula terlalu cepat rosak dan tidak

tahan lama.

5.3 STAY DAN STRUT

Page 54: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Stay dan strut merupakan sesuatu yang perlu dipasang pada tiang telefon.

Tujuan stay dan strut dipasang adalah untuk menahan tiang dairpada tumbang

akibat daripada beban kabel yang diletakkan di atasnya. Antara tiang-tiang yang

perlu dipasangkan stay adalah :

1. Tiang di bahagian hujung laluan (terminal pole) di mana kabel hanya

bermula ke satu arah sahaja.

2. Tiang di selekoh (angle pole)

3. Tiang yang membawa kabel menyeberangi sungai, jalanraya dan rel

keretapi.

4. Tiang di setiap jarak 500 meter di laluan lurus bertujuan untuk menstabilkan

laluan kabel tersebut sewaktu breakdown.

5. Tiang di tempat-tempat luas dan terbuka bagi mengelakkan dari tiupan

angin.

Terdapat pelbagai jenis stay yang digunakan dan ia dipasang mengikut

keadaan tempat dan kedudukan sesuatu tiang itu. Antara jenis-jenis stay yang

digunakan oleh TM adalah :

Terminal Stay – Dipasang pada tiang yang berada dipermulaan atau akhir

laluan kabel. Ia dipasang bersetentang dengan arah laluan kabel dan sebaris

atau pada arah yang sama.

Kabel Tiang Stay

Gambarajah 5.3 : Terminal Stay

Longitudinal Stay – Dipasang untuk menguatkan laluan tiang daripada tekanan

atau kekuatan angin dan dipasang setiap 500 meter. Menggunakan 2 stay yang

dipasang bersebelahan dan selari dengan laluan kabel pada tiang.

Tiang

Kabel Stay Stay

Page 55: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Gambarajah 5.4 : Longitudinal Stay

Angle Stay - Dipasang merentangi dan berlawanan dengan daya tarikan laluan

kabel. Ia digunakan di selekoh dalam barisan tiang. Tujuannya adalah untuk

mengimbangi daya tarikan kabel agihan dari kedua-dua arah.

Stay

Kabel Kabel

Tiang

Gambarajah 5.5 : Angle Stay

Transverse Stay - Stay jenis ini selalunya digunakan secara berpasangan dan

dipasang bersebelahan atau merentangi laluan kabel. Ia igunakan untuk

mengelakkan breakdown yang sering berlaku di kawasan kritikal.

Stay

Kabel Tiang

Stay

Gambarajah 5.6 : Transverse Stay

Overhead Stay - Dipasang merentangi jalanraya, landasan keretapi, sungai atau

berhampiran dengan kabel elektrik. Ia digunakan kerana pemasangan stay

seperti biasa tidak dapat dibuat (tempat sempit). Walaubagaimanapun ground

stay perlu dipasang bersetentang dengan overhead stay untuk mengimbangi

daya tarikannya.

Overhead Stay

Ground Stay

Page 56: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Tiang

Jalanraya

Gambarajah 5.7 : Overhead Stay

Stay Cruth – digunakan untuk menyokong tiang pada situasi di mana tiang tidak

dapat disokong menggunakan stay atau strut. Tetapi stay jenis ini kurang

berkesan berbanding jenis stay yang lain.

Tiang Stay Cruth

Gambarajah 5.8 : Stay Cruth

Strut – Ia digunakan pada situasi di mana tiang tidak dapat disokong oleh

wayar stay. Ia dipasang samada pada hujung barisan tiang atau pada

selekoh. Kekurangannya adalah ia lebih mahal daripada stay tetapi kurang

berkesan berbanding stay. Strut terdiri dari 2 saiz iaitu 6.1 meter dan 7.6

meter panjang lengkap dengan base plate.

Kabel

Page 57: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Strut

Tiang

Tanah

Gambarajah 5.9 : Strut

Pemasangan stay dan strut adalah perlu untuk menjamin laluan tiang dan

laluan kabel sentiasa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang

kerosakan. Ini juga untuk memudahkan kerja-kerja di atas tiang seperti menarik

kabel, menyambung kabel dan menarik drop wire. Berikut adalah alat-alat yang

terlibat dan digunakan semasa memasang stay atau strut :

1. Stay wire

2. Stay rod

3. Turnbuckle

4. Thimble open small

5. Stay base plate

6. Preformed grip

7. Terminating pole clamp

8. GI pipe

5.4 JARAK KABEL AGIHAN DENGAN PARAS BUMI

Page 58: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Kabel agihan mesti diletakkan pada kedudukan yang tidak boleh dicapai

oleh manusia. Ini bagi mengelakkan kabel dari putus dilanggar kenderaan, ataupun

ancaman-ancaman lain seperti dicuri. Berikut adalah jarak kabel agihan dari paras

bumi bagi memastikan ia selamat.

Kedudukan kabel agihan Jarak minima

Sepanjang jalan kampung yang mana tiang loji tidak

melebihi 1 meter dari pagar.

2.5m

Jalan luar bandar 3.7m

Melintasi jalan 5.5m

Di dalam kawasan rizab keretapi 2.5m

Melintasi rel keretapi 6.7m di atas rel

Merentasi sungai, terusan Mengikut keadaan

kawasan

Laluan masuk ke premis:

- dilalui oleh bukan kenderaan muatan tinggi

- dilalui oleh kenderaan bermuatan tinggi seperti laluan

masuk ke kilang atau gudang.

3.7m

4.6m – 5.5m

Jadual 5.3 : Jarak kabel agihan dari paras bumi

5.5 PEMASANGAN DAN PENYAMBUNGAN KABEL AGIHAN

5.5.1 Pemasangan Kabel Agihan

Sebelum kabel agihan disambung, ia perlu ditarik dan dipasangkan di tiang-

tiang yang telah ditanam di sepanjang tepi jalanraya. Kerja-kerja pemasangan kabel

agihan ini memerlukan tenaga kerja yang ramai dan kemahiran yang tinggi

memandangkan ianya agak sukar dilakukan. Biasanya kabel agihan yang hendak

ditarik akan di bawa ke lokasi pemasangan menggunakan trailer dan kabel yang

terletak di dalam dram akan di masukkan ke dalam penggulung atau roller pada

trailer supaya senang ia dibuka dari dram tersebut.

Di lokasi, kabel agihan akan di buka dari dram dengan cara menariknya

selari dengan barisan tiang. Selepas itu kabel akan mula dinaikkan dari satu tiang

Page 59: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

ke satu tiang untuk dimatikan ikatannya ke tiang-tiang tersebut. Bagi kabel agihan

jenis PEUTIB, di bahagian hujungnya bearer akan dililit dengan preformed grip yang

disangkutkan ke pole clamp yang terdapat di tiang. Manakala bagi kabel agihan

jenis PEUTFF, sebelum dinaikkan ia akan digandingkan dengan wayar suspension

yang diikat dengan cable tie di sepanjang kabel. Ini bermakna wayar suspension itu

yang akan dililitkan dengan preformed grip.

Pada tiang seterusnya, kabel agihan akan ditegangkan menggunakan

sejenis alat yang disebut tensioning vise atau tensioning winch. Selepas

ditegangkan, bearer akan ditekap menggunakan IB clamp. Support hook pula

digunakan untuk menyangkutkan IB clamp tadi dengan pole clamp. Sekiranya

laluan tiang berselekoh, maka kabel di selekoh tersebut hendaklah dimatikan atau

diikatkan ke tiang seperti di tiang yang pertama. Berikut adalah material-material

yang digunapakai semasa pemasangan kabel agihan:

1. Pole clamp

2. Terminating pole clamp

3. Thimble open small

4. Preformed grip

5. Turnbuckle

6. IB clamp

7. Support hook

8. Suspension wire (untuk kabel jenis PEUTFF)

9. Cable tie

10. Ring pole head (tiang kotak DP)

11. Pole steps (tiang kotak DP)

12. Jubilee clip

Manakala peralatan-peralatan yang digunakan sewaktu menarik kabel agihan

adalah :

1. Trailer

Page 60: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

2. Drum cable roller

3. Cable jack

4. Tensioning vise / tensioning winch

5. Cable grip

6. Cable roller

7. Plier

8. Suspension cutter

5.5.2 Penyambungan Kabel Agihan

Penyambungan kabel dilakukan untuk menyambungkan kabel yang tidak

cukup panjang ataupun disebabkan kabel tersebut putus. Untuk membuat

pemyambungan, kulit kabel perlulah dibuang sedikit untuk mengeluarkan wayar-

wayar kuprum yang terdapat di dalamnya. Wayar-wayar tersebut diasingkan

mengikut pasangan-pasangan (pair) dan kod warna yang betul. Pasangan-

pasangan kabel tersebut akan dililit dengan pasangan kabel yang hendak

disambung. Wayar-wayar kuprum pada kedua-kedua kabel kemudiannya

disambung menggunakan UY crimp connector atau UR crimp connector mengikut

pasangan masing-masing dengan betul. Dua jenis sambungan yang sering

dilakukan kepada kabel agihan adalah :

Sambungan terus (Straight Joint)

Sambungan Y (Y joint)

Selepas penyambungan kabel agihan selesai dilakukan, screen continuity

perlu disambungkan di antara kedua-dua hujung kabel tersebut. Ini adalah bertujuan

untuk mengekalkan sambungan pembumian di sepanjang kabel agihan.

Setelah kesemua wayar dan pasangan kabel itu disambung dengan betul,

sambungan tersebut perlu dibalut dan seterusnya ditutup oleh sejenis penutup.

Penutup ini berfungsi sebagai pelindung sambungan supaya sentiasa kering dan

mengelak daripada dimasuki air. Ia juga bertujuan untuk menghalang daripada

ancaman-ancaman yang boleh mengganggu perkhidmatan telefon seperti curi talian

dan tapping. Penutup atau closure yang biasa digunakan oleh TM adalah Heat

Shrink Tubing dan Raychem Heat Shrink Wraparound dan yang penutup yang

terbaru dipanggil Slic Aerial Closure With Shield Bond Assembly & Spiral End Seals

Page 61: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

(TAC-3X33-4460-SB/SES). Penutup kabel yang telah dipasangkan ke sambungan

kabel agihan akan dipanaskan menggunakan api yang akan mengecutkan penutup

tersebut.

Berikut adalah jadual spesifikasi Raychem Heat Shrink Wraparound untuk

penyambungan baru dan penggantian bagi kabel lurus overhead yang digunakan

oleh TM.

Item Descriptions Max.

Joint

Dia.

(mm)

Min.

Joint

Dia.

(mm)

Maxi.

Joint

Opening

(mm)

Stock

Code

Cable Size

Closure HSW Kit No. 1

withhout Branch Off Kit

(Xaga 500 – 43/8 200)

43 8 200 50006985

5 – 30/0.4 – 0.9

5 – 30/0.4A – 0.9A

5/1.27

Closure HSW Kit No. 2

without Branch Off Kit

(Xaga 500–75/15–320)

75 15 320 50006986

10 – 30/1.27

50 – 100/0.5 – 0.9

50 –100/0.4A–0.63A

Closure HSW Kit No. 3

without Branch Off Kit

(Xaga 500–100/25-500)

100 25 500 50006987

100/0.9 – 1.27

200/0.5 – 0.63

200/0.5A-0.63A

Closure HSW Kit No. 4

Without Branch Off Kit

(Xaga 500-125/30-500)

125 30 500 50006988 200 – 400/0.9-1.27

200-400/0.9A-1.27A

Jadual 5.4 : Spesifikasi Raychem Heat Shrink Wraparound

Page 62: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Gambar 5.1 : Penyambungan Kabel Agihan Gambar 5.2 : Menutup Sambungan

kabel

5.6 PEMASANGAN KOTAK DP (DISTRIBUTION POINT)

Kotak DP adalah destinasi terakhir bagi rangkaian kabel yang bermula dari

MDF ke kabel utama dan kabinet dan seterusnya ke kabel agihan. Kotak DP

terletak samada di tengah atau di hujung kabel agihan dan ia berfungsi sebagai

tempat mengagih-agihkan talian telefon kepada pelanggan. Kotak DP mesti

dipasang dengan bahagian hadapannya menghadap ke arah cabinet dan

kedudukannya hendaklah di sebelah kanan jalanraya. Secara umumnya DP boleh

dikelasifikasikan kepada 3 jenis iaitu :

1. DP jenis ring

Jenis DP ini sering terdapat di atas tiang di kawasan perumahan dan

kampung. Kelebihan jenis ini adalah drop wire boleh di tarik di setiap arah dari

tiang melalui ring pole head manakala kos pemasangannyanya adalah

lebih murah berbanding jenis DP yang lain.

2. DP jenis luaran (External DP)

Jenis ini selalunya terdiri daripada 10 atau 20 pasangan kabel. Ia dipasang

di luar bangunan manakala kabel agihan pula diletakkan di sepanjang

bangunan menggunakan kepingan kayu (batten wood).

3. DP jenis dalaman (Internal DP)

Jenis ini terdapat di dalam bangunan pejabat yang memerlukan banyak

talian. Kabel agihan dari kabinet ditarik terus ke dalam bangunan dan

disambungkan dengan DP yang terdapat dalam pejabat. Sekiranya saiz

kabel agihan melebihi 100 pasangan kabel, ia akan disambungkan terlebihi

dahulu dengan SDF (Subscriber Distribution Frame) sebelum diagihkan ke

internal DP.

Page 63: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Sebelum kotak DP disambungkan ke kabel agihan, ia perlu dipasangkan di

tiang-tiang tertentu. Bagi tiang besi, kotak DP diletakkan 60 milimeter di bawah pole

head ring. Cable tie dimasukkan ke dalam slot di atas kotak DP dan diikatkan ke

sekeliling tiang. Jubilee clip pula digunakan dengan mengetatkannya sehingga

kotak DP tersebut tidak dapat digerak-gerakkan dan sentiasa berkedudukan tegak.

Bagi tiang konkrit pula, prosidur dan material yang digunakan adalah sama dengan

tiang besi tetapi ia menggunakan cable tie yang lebih besar memandangkan

diameter tiang tersebut adalah lebih besar.

Berikut adalah material-material yang digunakan untuk memasang kotak DP

dan sistem pembumiannya :

Ring pole head

Bridle ring

Jubilee clip

Cable tie

Eye bolt

Pole step

Earth wire

GI pipe 25mm

Earth rod

5.7 SISTEM PEMBUMIAN

Sistem pembumian amat perlu bagi kabel yang digunakan. Ia bertujuan

untuk mengelakkan berlaku kerosakan pada peralatan telefon akibat daripada kabel

yang disambar petir. Rintangan bagi pembumian yang dibuat adalah 5 ohm ataupun

kurang. Antara sistem pembumian yang digunakan adalah :

single electrode system

multiple electrode system

Page 64: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

IB wire earthing system

Buried wire electrode system

Special earthing system

Bagaimanakah kita boleh mengesan kerosakan kabel? Berikut adalah antara ujian

yang sering digunakan untuk mengesan kerosakan kabel agihan :

IR Test

CR Test

Varlery Test

Murray Test

Apakah jenis-jenis alat uji yang digunakan bagi mengesan kerosakan kabel?

Ohm Meter

Bridge Megger

Multimeter

Page 65: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

BAB 6 : MDF ( MAIN DISTRIBUTION FRAME )

6.1 PENGENALAN

Antara tanggungjawab dan tugas-tugas yang dipelajari di unit ini adalah :-

Mempelajari fungsi asas dan kepentingan MDF dalam sistem

telekomunikasi

Melakukan kerja-kerja jumpering untuk pemasangan baru dan pemindahan

Penukaran pasangan kabel sisih agihan (SI)

Penukaran wayar jumper yang didapati rosak

Membuang wayar jumper untuk C order (pemotongan tetap)

Mengemaskini wayar jumper sedia ada

Menjaga rekod pasangan kabel

Membuat panggilan ujian untuk kerosakan yang telah dibaiki

Menjaga kebersihan kawasan MDF

6.2 MDF (Main Distribution Frame)

MDF merupakan salah satu unsur penting dalam sistem perhubungan

telefon talian tetap dan di MDF inilah bermulanya pengagihan talian telefon ke

premis pelanggan. MDF atau nama lainnya JAB (Junjungan Agihan Besar) terletak

di bahagian bawah ibusawat. Ia memainkan peranan penting di dalam

menyampaikan isyarat telefon ke kabinet dan seterusnya ke pelanggan. MDF terdiri

daripada exchange side yang terletak di blok mendatar (horizontal) dan line side

Page 66: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

yang terletak di blok menegak (vertical). Exchange side dihubungkan ke peralatan

penyuisan di ibusawat manakala line side dihubungkan ke kabinet dan pelanggan.

Fungsi utama MDF adalah untuk tujuan jumpering di antara LEN (line equipment

number) yang terletak di exchange side dengan talian di line side.

6.3 Jumpering

Kerja-kerja jumpering dilakukan adalah untuk pemasangan baru dan

pemindahan bagi talian telefon, data line, leased line, ISDN dan streamyx.

Jumpering juga dibuat untuk menukarkan wayar jumper yang didapati rosak. Wayar

jumper yang digunakan untuk jumpering adalah seperti berikut :

I. Putih/biru - talian terus ibusawat/telefon

II. Merah/oren - dataline, leased line, ISDN dan streamyx

Aktiviti di MDF hanya bermula apabila pesanan pemasangan (P Order) atau

pesanan pemindahan diterima. Pesanan pemasangan ini bermakna ada pelanggan

baru yang ingin melanggan talian telefon TM. Apabila pesanan diterima, pertama

sekali LEN (Line Equipment Number) yang terdapat pada pesanan tersebut adalah

kosong bermaksud tiada pengguna di LEN tersebut. Ini dapat diketahui dengan

memasang telefon dan nada pada telefon didengar. Jika nada engage tone, ini

bermakna LEN tersebut adalah kosong dan jika ada pengguna, nombor talian

pengguna di LEN tersebut akan diumumkan dalam telefon dengan mendail 1313.

Bagi MDF di TM Kota Belud, LEN juga dikenali sebagai Blok Mendatar.

Selain daripada kerja-kerja untuk talian pemasangan dan pemindahan, staff

restoration juga akan menghubungi staff MDF untuk pemeriksaan kerosakan

telefon di sini. Umumnya staff tadi akan memberikan nombor telefon dan nombor

pugak berserta pasangannya. Tugas staff MDF hanya perlu memastikan ada nada

dail pada punggak tersebut dan menguji talian tersebut sama dengan nombor

telefon yang diberi. Jika tiada nada dail, LEN pula akan diperiksa dan jika ada nada

dail, satu wayar jumper baru akan ditarik dan dipasang pada punggak tersebut.

Page 67: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Masalah utama yang timbul di sini ialah apabila terdapat percanggahan

rekod pada wayar jumper antara LEN dengan pugak. Ini bermakna LEN nombor

perkhidmatan bagi LEN tersebut bercanggah dengan nombor perkhidmatan di

pugak. Data di database iaitu sistem CASS juga tidak dikemaskinikan dan masih

pada bacaan pugak yang lama. Maka wayar jumper itu akan dikesan menuju ke

pugak mana. Aktiviti ini dikenali sebagi tracing. Ini agak memakan masa kerana

wayar jumper yang sedia ada terlalu banyak dan menyukarkan kerja-kerja tracing.

Tracing ini memerlukan ketelitian supaya tidak merosakkan wayar jumper yang lain

seterusnya mengelakkan gangguan perkhidmatan telefon sedia ada.

Setelah kerja-kerja tracing selesai dilakukan, dan kedudukan rekod yang

baru talian telefon itu ditemui, staff MDF akan melaporkannya kepada pihak CICC

melalui borang CPAS-1 untuk mengemaskini segala rekod dan percanggahan ke

dalam sistem CASS.

6.4 Blok Mendatar (Exchange Side) - LEN

Blok mendatar (horizontal block) merupakan sejumlah blok-blok yang

dihubungkan dengan ibusawat ataupun peralatan pensuisan. Setiap nombor telefon

dari ibusawat disebut LEN yang terletak di blok mendatar. Jumlah LEN pada setiap

blok adalah 100 tetapi hanya 96 sahaja yang boleh digunakan. Sebelum membuat

kerja-kerja jumpering, LEN yang terdapat di blok mendatar hendaklah ditukar

kepada bentuk fizikal mengikut jadual yang telah di tetapkan di dalam Convertion

Page 68: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Sheat yang telah disertakan oleh pengeluar. Contoh, LEN 06101223 kepada bentuk

18A J 20. Fizikal LEN tersebut akan disambungkan menggunakan wayar jumper ke

blok menegak atau pugak di mana pugak itu disambungkan dengan kabel bawah

tanah dan terus ke kabinet.

Gambar 6.1 : Blok mendatar di MDF Kota Belud

6.5 Blok Menegak (Line Side) - SI

Blok menegak ataupun vertical block adalah blok-blok yang disambungkan

terus dengan kabel utama. Setiap blok menegak mempunyai ekor atau tail yang

disambungkan dengan kabel utama di dalam chamber yang terletak di bawah MDF.

Setiap vertical atau punggak mempunyai 10-12 blok dan setiap blok pula berkapasiti

sebanyak 100 pasangan kabel. Oleh itu setiap punggak mengandungi 1000 hingga

Page 69: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

1200 pasangan kabel. Setiap punggak ini pula disambungkan ke kabinet-kabinet

tertentu mengikut keperluan sesuatu tempat.

Setelah LEN di blok mendatar dipastikan kosong, punggak juga hendaklah

dipastikan kosong. Ianya dapat diketahui jika tiada wayar jumper pada blok

tersebut. Jika terdapat wayar jumper, ianya akan dipastikan dahulu samada ianya

berfungsi atau tidak dengan cara yang sama untuk menguji LEN tadi iaitu dengan

meletakkan telefon dan mendengar nada yang ada. Kemudian barulah wayar

jumper yang baru ditarik daripada LEN ke punggak.

Gambar 6.2 : Blok menegak di MDF Kota Belud

Dari Ibusawat

Line Side Exch Side

Blok Menegak

Page 70: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Rajah 6.3 : Susunan Umum MDF

6.6 Peralatan – Peralatan yang digunakan

Peralatan yang sering digunakan dalam melakukan kerja-kerja di MDF ialah

seperti:

Ke Kabinet/SDF/DP

Blok Mendatar

Wayar Jumper

Frame

Page 71: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

1. Klip 2.Cutter

3. Puncher Blok Baru 4. Puncher Blok Lama

5. Set Telefon 6. Tangga Keselamatan

7. Wayar ( Jumper )

8. Kertas Pesanan ( Docket )

6.7 Kesimpulan

Di TM Kota Belud unit MDF diseliakan oleh En Amidi Darus. Unit ini

bertanggungjawab melakukan kerja-kerja seperti jumpering untuk pemasangan

Page 72: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

baru, pemindahan dan membaiki kerosakan telefon. Bilik MDF adalah kawasan

larangan dan hanya anggota TM yang bertugas di MDF dibenarkan masuk ke

sini. Namun begitu, semasa menjalani latihan di sini kami di beri kebenaran

untuk mengawal selia bilik ini dan di pertanggungjawabkan untuk melakukan

‘jumpering’ sekiranya menerima ‘order’ baru. Kami lebih banyak menghabiskan

masa di unit ini kerana kami mahir dalam bahagian ini. Selain itu, kami

mengemaskini ‘jumpering’ di bilik MDF ini kerana ‘jumpering’ sebelum ini

banyak yang tidak mengikut piawai yang telah ditetapkan oleh telekom seluruh

Malaysia.

Page 73: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

BAB 7

WILL (WIRELESS IN LOCAL LOOP) DAN

CDMA (CODE DIVISION MULTIPLE ACCESS)

7.1 WILL (Wireless In Local Loop)

Sistem WILL merupakan suatu rangkaian telefon yang menggunakan sistem

Radio dimana ianya digunakan oleh pelanggan-pelanggan yang berada diluar

kawasan bandar. Sistem ini dilengkapi dengan ‘Access Node’, ‘Radio Base Station’,

dan ‘Subscriber Interface Unit’. Ia juga merupakan perkhidmatan talian telefon tetap

yang mana menggunakan teknologi radio (analog) untuk menghantar suara ke

Ibusawat PSTN (Public Switched Telephone Network). Setibanya di Ibusawat,

ianya akan disalurkan melalui kabel kuprum biasa menuju ke destinasi yang dituju.

Nombor telefon pelanggan bagi sistem WILL ini adalah sama dengan nombor

telefon pelanggan yang biasa, dan di Kota Belud nombor telefon jenis WILL bermula

dengan 088-931xxx. Golongan sasaran bagi WILL hanya kepada penduduk daerah

pedalaman dimana tiada talian telefon disediakan. Kesemua caj panggilan adalah

Page 74: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

sama dengan caj talian tetap. Namun begitu, semua telefon jenis WILL ini akan

ditamatkan pada hujung tahun 2008 dan pelangganyang menggunakan

perkhidmatan telefon ini akan diberikan set telefo baru iaitu CDMA450.

Terdapat 4 bahagian utama didalam sistem WILL iaitu :

i) SIM – Sebagai antaramuka dengan Ibusawat

ii) TIM – Sebagai antaramuka antara SIM dengan RBS

iii) RBS – Tukar isyarat suara ke isyarat radio

iv) SRT – Menerima isyarat radio dan menukarkannya ke bentuk

isyarat suara

Semasa proses pemasangan telefon WILL ini dilakukan, pelanggan akan

diberikan Telelink daripada Ericson. Telelink ini berfungsi untuk menukarkan

gelombang isyarat kepada gelombang suara atau sebaliknya. Alat Telelink ini

kemudiannya disambung kepada set telefon. Proses yang sukar semasa

pemasangan alat ini ialah untuk mendapatkan bacaan penerimaan isyarat yang

terkuat atau RxLev terbaik. Disini, satu alat RSSI (Received Signal Strength

Indicator) digunakan. Alat ini akan memberikan bacaan RxLev terbaik yang boleh

diterima dengan menggunakan antena luar. Antenna luar yang digunakan adalah

jenis ‘Directional’dan biasanya dalam gandaan 10dB.

Sebelum alat Telelink diberikan kepada pelanggan, ia terlebih dahulu di

programkan atau ‘Burn’ melalui komputer menggunakan program yang disertakan

sekali oleh pihak Ericson. Dengan program ini, alat tersebut akan di set nombor

ESN (Equipment Serial Number). Nombor ini akan digunakan oleh ‘Base Station’

untuk mengenalpasti dan mengesahkan kehadiran Telelink ini dalam rangkaian

WILL TM. Disamping itu, cara pemprograman ini adalah dengan ‘Rewrite Flash’

CMOS.

Setelah diprogram, ianya akan diuji dan dipastikan terlebih dahulu berfungsi

dengan baik sebelum diserahkan kepada pelanggan. Ini bertujuan untuk

mengelakkan kerumitan timbul kerana tempat pemasanagan adalah jauh dan agak

menyusahkan jika alat yang dibawa tidak dapat berfungsi dengan baik.

Page 75: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Telelink Bateri (Back Up Spply)

Antena Luar

Gambarajah 7.1.1 : Peralatan Telefon WILL

Telelink Bateri

Page 76: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Gambarajah 7.1.2: Contoh Pemasangan Telefon WILL

Gelombang radio (analog)

Exchange Side

Gambarajah 7.1.3 : Cara WILL beroperasi

7.2 CDMA (Code Division Multiple Access)

CDMA ialah perkhidmatan telefon tetap tanpa wayar (Fixed Wireless

Telephone Service) yang menggunakan teknologi radio bagi membolehkan

pelanggan membuat dan menerima panggilan serta menikmati perkhidmatan data.

BASE STATION

TM

EXTERNAL ANTENNA

TELEFON SET

TELELINK

Page 77: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

FWT (Fixed Wireless Terminal) yang dipasang di rumah atau di pejabat pelanggan

dihubungkan secara gelombang radio melalui BTS (Base Transceiver Station).

Perkhidmatan ini akan menggunakan nombor akses telefon talian tetap

PSTN. Pelanggan akan dibekalkan dengan sebuah FWT dan antenna luaran untuk

kawasan yang memerlukannya. FWT ini perlu dibekalkan kepada bekalan elektrik

dan akan berperanan dalam menukar gelombang radio kepada bentuk suara dan

sebaliknya.

Pelanggan perkhidmatan yang berada di kawasan liputan yang kurang baik

akan dibekalkan dengan FWT yang disambung kepada antena luaran untuk tujuan

penerimaan gelombang radio yang lebih baik. FWT akan berhubung terus melalui

gelombang radio dengan BTS yang terletak di Ibusawat setempat atau stesen bukit

radio yang dipasang lengkap dengan sistem CDMA.

Dengan penggunaan telefon CDMA ini, pengguna dapat menikmati Kualiti

Suara, Faksimili, Internet/Data, Perkhidmatan Nilai Tambah (Call Waiting, Call

Forwading, Call Forwading No Reply/On Busy), Perkhidmatan TM Wartel,

Perkhidmatan TM Payphone dan Perkhidmatan SMS (Short Message Service) pada

tahap yang baik.

Sasaran utama perkhidmatan CDMA adalah ‘Waiter Customer’ dan

pelanggan baru dimana talian telefon tiada atau kotak DP telah penuh. Sasaran

sekunder perkhidmatan ini adalah kepada pelanggan yang memerlukan kelajuan

akses Internet/Data sehingga 64kbps menggunakan protokol IS95B dan sehingga

144kbps menggunakan protokol CDMA 1x yang telah diimplementasikan oleh TM

pada suku keempat tahun 2002.

Page 78: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Sekarang telefon CDMA ini diperolehi daripada Syarikat Dowtel, Korea

dengan kod laluan 089, alat telefon dalam perkhidmatan talian kediaman dan

perniagaan tanpa wayar CDMA yang disediakan oleh TM adalah seperti berikut :

-Fixed Wireless Terminal (FWT)

Jenis Telefon – HWP120 dan DTP800

Jenis Terminal – HWT120 dan DTT800

-Telefon Sesular (MOBILE SET)

ALCOM ACH700

Neotel CX5000

Nokia 2280

7.2.1 Perkhidmatan Internet CDMA

Perkhidmatan CDMA Internet akan diberikan kepada pelanggan yang

memerlukan aplikasi internet seperti melayari laman web, emel, dan sebagainya.

Pelanggan memerlukan kabel data RS-232 untuk menghubungkan komputer

Page 79: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

dengan terminal FWT. Kabel ini boleh didapati disemua TM Point atau kedai

komputer yang ada menyediakan kabel data. Walaubagaimanapun, TM akan

menyediakan Manual Konfigurasi Perkhidmatan CDMA Internet untuk pelanggan.

Bermula 15 Februari 2005, perkhidmatan CDMA Internet – 1525 ditawarkan

kepada pelanggan CDMA. Perkhidmatan ini tidak akan dikenakan sebarang

bayaran bulanan tetapi hanya caj penggunaan sahaja. Walaubagaimanapun,

pelanggan akan dikenakan bayaran untuk yuran pendaftaran dan tahunan untuk

mendapatkan akaun internet. Pelanggan perlu mendaftar atau mempunyai Akaun

Tmnet Dial-Up (1515/1525) untuk menikmati perkhidmatan CDMA Internet – 1525

ini. Selain itu juga, pelanggan prabayar Tmnet boleh menggunakan perkhidmatan

CDMA Internet 1525/1515 ini.

Perkhidmatan CDMA Internet 1525 ini akan menggunakan akses rangkaian

CDMA 1x dimana pelanggan akan menikmati kemudahan melayari internet pada

kelajuan 144kbps iaitu purata kelajuan akses 80 – 90kbps.

Page 80: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

CDMA800 CDMA450

CDMA C2205 Pengecas

Gambarajah 7.2.1 : Contoh CDMA dan pengecas

7.2.2 Perkhidmatan Faksimili CDMA

Page 81: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Perkhidmatan ini boleh diberikan melalui dua jenis terminal FWT iaitu HWP –

120 untuk aplikasi PC Fax dan HWT – 120 untuk aplikasi Analog Fax. Pada amnya,

sasaran pelanggan untuk perkhidmatan ini adalah pelanggan perniagaan dan

korporat yang memerlukan aplikasi faksimili.

Pelanggan akan diberikan nombor perkhidmatan CDMA yang kedua

(Dummy Number) yang tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Nombor

perkhidmatan kedua ini hanya digunakan untuk tujuan penerimaan pesanan

faksimili sahaja. Sebarang panggilan masuk atau keluar melalui nombor ini tidak

akan berjaya dan ini bermakna apabila pelanggan CDMA mahu menerima pesanan

faksimili dari pihak lain, pihak tersebut perlulah menggunakan nombor perkhidmatan

kedua tersebut

Page 82: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

BAB 8

CPE / PEMBAIKAN (RESTORATION)

8.1 PENGENALAN

Unit Pembaikan Kerosakan atau ‘Restoration’ merupakan unit yang penting

diSaf & Access Kota Belud kerana unit inilah yang akan menerima segala laporan

kerosakan atau ‘Trouble Report’ (TR) yang dilaporkan oleh pelanggan melalui ‘Fault

Management Care Centre’ – FMCC (panggilan 100) dan seterusnya membaiki

kerosakan tersebut berdasarkan docket yang telah dikeluarkan. Kerja-kerja

pembaikan ini dilakukan adalah mengikut masa yang telah ditetapkan oleh TM.

Antara tanggungjawab utama di unit ini adalah :

Page 83: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

i) Menerima laporan kerosakan (TR) daripada FMCC

ii) Membaiki (TR) mengikut masa yang telah ditetapkan oleh TM

- Pelanggan P1 < 8 jam

- Pelanggan P2 < 16 jam

- Pelanggan P3 < 24 jam

- CKC < 3 hari

iii) Membuat panggilan ujian kepada semua TR yang telah dibaiki

iv) Mengemaskini TR yang telah dibaiki ke dalam sistem WebStar

8.2 CPE (Customer Premises Equipment)

CPE bermula selepas kotak DP hinggalah ke set telefon di premis

pelanggan. Antara yang terlibat dengan rangkaian CPE adalah ‘Drop Wire’,

‘Internal Wiring’, soket telefon, ‘Line Card’ dan set telefon. Cpe merupakan perkara

penting dalam perhubungan telefon talian tetap kerana disinilah terletaknya

peralatan pelanggan yang menjadi alat utama dalam perhubungan.

Page 84: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

8.3 Drop Wire

CPE bermula pada drop wire iaitu dikotak DP dimana hujung drop wire

dimasukkan kedalam pasangan tertentu di DP tersebut, manakala ‘Bearer’nya pula

diikatkan di ‘Ring Pole Head’. Drop wire terdiri daripada satu ‘Bearer Wire’ dan

sepasang wayar kuprum yang bersaiz 0.63 milimeter. Ia dibaluti oleh sejenis

sarung yang berwarna hitam yang membuatkan drop wire menjadi tahan lama dan

terlindung daripada sebarang kerosakan. Wayar kuprum dapat dilindungi daripada

hujan dan kelembapan, panas matahari dan ancaman-ancaman semulajadi yang

boleh menyebabkan ia rosak dan menjejaskan perkhidmatan.

Drop Wire ditarik disepanjang laluan tiang sebelum diikatkan dirumah

pelanggan ataupun ia ditarik dari kotak DP terus ke rumah pelanggan.

Penggunaannya dihadkan hanya 3 atau 4 jarak tiang ‘Span’ sahaja untuk

memudahkan penyelenggaraannya dan mengelakkan ia daripada risiko-risiko lain

seperti curi talian ‘Tapping’ dan kerosakan lain. Untuk mengelakkan Drop Wire

cepat rosak, ia tidak digalakkan disambung ditengah-tengah kerana setiap

sambungannya akan mudah rosak apabila wayar kuprum terdedah.

Setiap hujung Drop Wire dimasukkan ke kotak DP dan ‘Bearer’ diikat di

‘Ring Pole Head’, hujung yang satu lagi juga perlu diikatkan dirumah pelanggan.

‘Bearer’ akan diikat disebelah bawah atap, manakala wayar kuprumnya akan

disambungkan dengan pendawaian dalaman ‘Internal Wiring’. Drop Wire

penyambung akan digunakan untuk penyambungan ini. Penyambung ini juga

bertindak sebagai pelindung sambungan tersebut kerana didalamnya terdapat

sejenis jeli yang boleh mengelakkan kelembapan dan dimasuki air.

Page 85: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Kebanyakan kerosakan yang terjadi yang melibatkan Drop Wire adalah pada

sambungannya dengan pendawaian dalaman. Atas sebab ini, TM telah mengambil

inisiatif dengan mengarahkan pihak kontrator menarik Drop Wire dari kotak DP

hingga ke soket telefon bagi setiap pemasangan baru. ‘Bearer’ Drop Wire tersebut

akan diikat diluar rumah manakala didalam rumah pula hanya wayar kuprumnya

sahaja yang akan digunakan sebagai pendawaian dalaman.

8.4 Pendawaian Dalaman

Selepas Drop Wire ditarik sehingga keluar rumah, ia akan disambungkan ke

pendawaian dalaman. Pada masa ini setiap pemasangan baru akan menggunakan

Drop Wire sebagai pendawaian dalaman yang ditarik terus dari kotak DP. Bagi

talian telefon yang sedia ada, Drop Wire akan disambungkan dengan pendawaian

didalam rumah dimana ianya berakhir di soket telefon.

Pendawaian dalaman ini adalah berwarna kelabu yang lebih dikenali sebagai

wayar ‘PVC Wire’ dan mempunyai pelbagai saiz, tetapi untuk rumah kediaman

kebanyakkannya hanya menggunakan kabel yang bersaiz satu atau dua pasangan

sahaja. Bagi pendawaian di bangunan, wayar PVC selalunya ditarik terus dari kotak

DP ke soket telafon.

Page 86: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Berikut adalah kod warna bagi wayar PVC yang selalu digunakan:

No. Pasangan Kod Warna (A Leg) Kod Warna (B Leg)

1 Pair Only Putih Biru

1 (10 Pair)

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Putih

-

-

-

-

Merah

-

-

-

-

Biru

Oren

Hijau

Coklat

Kelabu

Biru

Oren

Hijau

Coklat

Kelabu

Jadual 4.1 : Kod Warna Wayar PVC

8.5 Soket Telefon

Page 87: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Pendawaian yang telah siap ditarik akan disambungkan ke soket telefon

yang menjadi destinasi terakhirnya. Kontraktor yang memasang pendawaian juga

bertanggungjawab memasang soket telefon di rumah pelanggan. Soket telefon

adalah suatu alat yang menyambung pendawaian dalaman dengan set telefon yang

menggunkan ‘Line Cord’.

Selepas disambungkan dengan pendawaian dalaman, soket telefon

hendaklah dilekatkan ke dinding. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan

kelembapan sewaktu lantai dibersihkan oleh tuan rumah disamping untuk

merapikan pendawaian dalaman tersebut. Jarak antara lantai dengan soket adalah

tidak kurang daripada 6 inci dan hendaklah jauh daripada pendawaian elektrik.

8.6 Pembaikan Kerosakan Telefon

Unit Pembaikan adalah unit yang bertanggungjawab dalam membaiki segala

jenis

kerosakan yang melibatkan talian telefon bermula dari ibusawat, MDF, SI, SA,

Kabel Utama, Kabel Agihan, Kabinet, DP, Drop Wire, Pendawaian Dalam, Soket

Telefon, ‘Line Cord’, dan Set Telefon. Selain daripada itu, unit ini juga memikul

tugas dalam membaiki kerosakan yang berkaitan dengan Fiber Optik, WILL, CDMA,

Streamyx, Minilink, dan MARS.

Page 88: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Tidak

Ya Ya

Ok

Gambarajah 8.1 : Aliran aduan kerosakan TR

FMCC(Aduan 100)

WebStar

Uji TR

Team Pembaika

n

WebStar

TR Complete

Bahagian Lain

Page 89: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Kerosakan-kerosakan yang berlaku adalah berdasarkan laporan yang dibuat

oleh pelanggan ke Unit ‘Fault Management Care Centre (FMCC) iaitu talian Aduan

Kerosakan 100. pelanggan yang mendapati telefon mereka tidak berfungsi akan

mendail ke nombor 100 iaitu nombor yang disediakan oleh TM untuk aduan

kerosakan. Pihak FMCC yang menerima laporan itu pula akan mengagih-agihkan

laporan tersebut ke PTT yang berkenaan mengikut lokasi kerosakan. Misalnya, jika

lokasi telefon tersebut terletak dikawasan Tuaran, maka laporannya akan dihantar

ke PTT Tuaran, jika ia terletak dikawasan Kudat, laporannya akan dihantar ke PTT

Kudat. Proses menerima dan mengagihkan laporan kerosakan tersebut dibuat

didalam satu sistem ‘On Line’ yang disebut WebStar.

8.7 Sistem WebStar

Sistem WebStar adalah satu sistem yang dicipta khas untuk menyimpan

segala data-data sesuatu laporan kerosakan atau Trouble Report (TR). Sistem ini

dihubungkan ke sistem CASS untuk mendapatkan data-data dan maklumat setiap

pelanggan TM. Data-data yang disimpan didalam sistem WebStar adalah termasuk

nombor telefon, alamat pelanggan, tarikh pasang, maklumat pasangan kabel, tarikh

lapor, masa lapor, tarikh jangkasiap, masa jangkasiap, catatan pelanggan, jenis

kerosakan dan berbagai lagi maklumat yang berkaitan pelanggan terbabit untuk

rujukan sewaktu membaiki TR tersebut.

TR atau docket pada sistem WebStar boleh dicetak untuk diagih-agihkan

kepada Team Pembaikan atau Repair Team. Dalam docket yang dicetak itu, segala

maklumat tentang pelanggan dan pasangan kabel dapat dilihat sebagai panduan

semasa membaiki kerosakan. Selain itu, ia juga boleh dilihat melalui perkhidmatan

pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit Team Pembaikan.

Walaubagaimanapun nombor telefon bimbit itu perlu didaftarkan terlebih dahulu ke

dalam sistem WebStar.

Page 90: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Setiap TR yang terdapat di sistem WebStar akan tetap berada di sistem itu

selagi ia tidak dilengkap siap. Setelah mendapat TR, Team Pembaikan mesti

membaikinya mengikut masa yang telah ditetapkan dan apabila siap Team

Pembaikan akan melaporkannya kepada seorang pegawai yang bertugas

mengawal dan memantau sistem WebStar untuk kerja-kerja lengkap siap.

Sekiranya pelanggan yang sama mengalami kerosakan talian dalam masa

sebulan, dan melaporkan lagi dengan mendail nombor 100, maka dalam sistem

WebStar, TR tersebut dianggap TR berulang ataupun ‘Repeat Report’ (RR).

Sekiranya TR berulang ini berlaku, ini membuktikan kerja-kerja pembaikan yang

telah dibuat adalah kurang berkualiti dan menunjukkan pelanggan tidak berpuas hati

denagn perkhidmatan yang diberikan.

8.7.1 Pembaikan Kerosakan di Saf & Access Kota Belud

Unit Pembaiakan Kerosakan di Saf & Access Kota Belud diketuai oleh 2

orang Pembantu Teknik yang mengawal dan memantau segala proses pembaikan.

Di samping itu, unit ini juga diselia oleh 2 orang Penyelia Teknik yang

berpengalaman luas dalam bidang teknikal berkaitan pembaikan kerosakan telefon.

Seorang daripada Penyelia Teknikal ini bertanggungjawab memantau bahagian

laporan kerosakan atau ‘Trouble Report’ (TR) iaitu En Butang, manakala seorang

lagi bertanggungjawab di bahagian kerosakan yang membabitkan kabel samada

kabel utama atau kabel agihan iaitu En Amidi Darus.

Unit ini juga terdiri daripada 3 Team Pembaikan yang bertanggungjawab

dalam membaiki TR di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan. Team pertama

iaitu dianggotai oleh En Nair dan En Laip yang memantau bahagian Tengkurus,

Porak Ogis, Taginambur, Kg Pirasan. Manakala bagi Team yang kedua yang di

anggotai oleh En Azalan Said dan En Jamlan.

Page 91: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

8.7.2 Kerosakan Yang Sering Berlaku

Antara kerosakan-kerosakan yang sering berlaku dikawasan Kota Belud

adalah yang berkaitan dengan Drop Wire. Salah satu sebabnya adalah kebanyakan

kawasan perkhidmatan telefon berada diluar kawasan Bandar. Bagi sesetengah

kawasan terdapat Drop Wire yang ditarik terlalu jauh dari kotak DP dan ini

mengakibatkan ia terdedah dengan pelbagai masalah yang menyebabkan ia sering

rosak.

Sambungan-sambungan Drop Wire yang menggunakan ‘Connector’ adalah

punca utama masalah ini. Sambungan ini apabila terdedah ia akan cepat berkarat

dan tepu yang boleh menyebabkan ia cepat putus. Selain itu, apabila ia

bersentuhan antara satu sama lain juga akan menyebabkan talian tersebut rosak.

Masalah-masalah lain yang sering timbul adalah curi talian pada Drop Wire dan

dilanggar oleh lori-lori besar.

Selain Drop Wire, kerosakan yang sering berlaku adalah pada pendawaian

dalaman. Ini berlaku kerana pendawaian tersebut dibuat dengan tidak mengikut

piawaian yang telah ditetapkan oleh TM. Terdapat juga pendawaian yang ditarik

diatas siling dan jika ini berlaku, masalah digigit tikus sering berlaku menyebabkan

telefon tidak dapat berfungsi dengan baik. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga

pelanggan yang menyambung talian selari secara haram dan pendawaiannya pula

tidak mengikut prosidur TM.

Kabel juga antara yang banyak menyumbang kepada kerosakan-kerosakan

yang berlaku. Kabel utama misalnya, terdapat kabel yang sudah terlalu lama dan

usang di kawasan Kota Belud. Ini menyebabkan ia terlalu sensitif terhadap

sekelilingnya dan sambungan kabel yang usang ini seringkali dimasuki air dan

menyebabkan perkhidmatan telefon yang menggunakan kabel ini terjejas.

Kabel agihan juga tidak ketinggalan dalam menyumbang jumlah kerosakan di

kawasan Kota Belud. Terdapat banyak kabel agihan dan sambungannya dipasang

tidak mengikut prosidur dan piawaian yang telah ditetapkan oleh TM. Keadaan ini

menyebabkan kabel itu sering terdedah kepada masalah dimasuki air dan selain itu

juga, masalah kecurian kabel agihan juga menjadi masalah utama pada ketika ini.

Page 92: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Kabel-kabel yang terlibat adalah kabel yang bersaiz besar iaitu 100 pair dan

200 pair dan hampir setiap minggu Saf & Access Kota Belud berhadapan dengan

masalah kecurian kabel ini. Masalah ini juga menyebabkan TM Kota Belud tidak

dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan di Kota

Belud terutama di kawasan Kg Tambulion. Kadangkala, kecurian kabel agihan

berlaku ditempat yang sama iaitu selepas kabel baru ditarik bagi menggantikan

kabel yang dicuri.

Masalah-masalah yang disebutkan diatas adalah merupakan masalah

utama yang menyumbang kepada jumlah TR yang diterima setiap hari. Selain

itu,kerosakan SI pada cabinet juga sering berlaku. Ini menyebabkan, staf MDF amat

diperlukan agar penukaran SI ini dapat dilakukan. Kerosakan talian telefon adalah

menjadi masalah harian yang mesti diatasi untuk menjamin perkhidmatan yang

terbaik untuk diberikan kepada pelanggan-pelanggan TM.

Page 93: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

BAB 9

ADSL / STREAMYX

9.1 Pengenalan tentang ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line)

Teknologi Digital Subsciber Line (DSL) adalah teknologi modem yang

menggunakan talian telefon tetap sebagai media pembawa data jalur lebar yang

besar seperti aplikasi multimedia dan video. Tema xDSL adalah menunjukkan

peringkat atau level yang berteknologikan DSL seperti ADSL, SDSL, HDSL,

RADSL, dan VDSL.

Teknologi ini menjanjikan penghantaran data jalur lebar yang besar dengan

kelajuan yang pantas berbanding teknologi yang lain. Perkhidmatan xDSL adalah

untuk ‘Point to Point’ atau capaian rangkaian menggunakan talian telefon diantara

penyedia perkhidmatan rangkaian dengan pelanggan

Page 94: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

9.2 Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL)

ADSL ataupun Asymmetric Digital Subscriber Line adalah merupakan satu

teknologi yang terkini dalam melayari internet. ADSL juga dikenali sebagai

Streamyx dan kewujudannya juga dirasakan tepat pada masanya ketika pelayar

internet semakin bertambah seiring dengan kemajuan dalam dunia perkomputeran.

Penggunaan ADSL atau Streamyx yang mudah dan terbuka kepada

pelanggan perniagaan dan pelanggan persendirian menyebabkan ia mendapat

sambutan yang menggalakkan. Berikut adalah pecahan ADSL:

i) Asymmetric - Penghantaran data yang pantas

(faster ‘Downstream’ than ‘Upstream’)

ii) Digital - Data ditukarkan kepada Analog untuk penghantaran

iii) Subscriber Line - Menggunakan sepasang kabel kuprum dalam penghantaran

data ke rumah pelanggan.

Teknologi ADSL membenarkan lebih ‘Downstream’ jalur lebar (Download)

berbanding dengan ‘Upstream’ (Upload) daripada penyedia perkhidmatan ke tempat

pelanggan. Teknologi ini sesuai untuk melayari internet, ‘viden-on demand’ dan

akses ‘remote’ LAN. Pengguna aplikasi ini biasanya lebih banyak membuat kerja-

kerja muat turun daripada menghantar maklumat.

Bagi ADSL yang biasa digunakan, ‘Downstream’ mempunyai kadar yang

bermula pada 256 kbit/s dan biasanya boleh mencapai sehingga 8 Mbit/s pada jarak

1.5 km atau 5000 kaki daripada DSLAM dipejabat dengan terminal di Remote.

Manakala kadar ‘Upstream’ bermula pada 64 kbit/s dan biasanya boleh mencapai

256 kbit/s tetapi ia juga boleh mencapai sehingga 1024 kbit/s

Page 95: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

1.5 to 9 Mbps

16 to 640 Mbps

Gambarajah 9.1 : Sambungan ADSL

9.3 Kepantasan Teknologi ADSL

Sebelum ini perkhidmatan ISDN adalah satu-satunya cara alternative

memandangkan perkhidmatan data adalah mahal kerana ISDN boleh memberikan

kelajuan sehingga 128 kbps ‘Dual Channel’. Tetapi pada masa ini, dengan adanya

talian ADSL pelanggan dapat menikmati perkhidmatan yang jauh lebih pantas

sehingga mencapai 2Mbps dengan hanya menggunakan satu talian telefon biasa.

ADSL adalah Asymmetric atau tidak Simetri bermakna ia mempunyai kelajuan

berbeza yang digunakan untuk muat turun dan muat naik.

Teknologi DSL mempunyai data komunikasi yang berkadar seratus kali lebih

laju berbanding dengan modem tradisional dan lima puluh lebih laju berbanding

teknologi ISDN dengan menggunakan talian telefon yang sama. Teknologi ini

membenarkan isyarat digital yang besar melaluinya dengan kelajuan yang tinggi.

SERVER

CODENETWORK

INTERNET

ADSL ADSL

Page 96: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

9.4 Peralatan ADSL

Teknologi ADSL terdiri daripada beberapa peralatan yang digunakan sebagai

perantara. Talian ADSL yang bersumber dari Ibusawat akan melalui peralatan-

peralatan ini sebelum disambungkan kepada modem dan peralatan pelanggan.

Antara peralatan tersebut adalah :

i) DSLAM

- Digital Subscriber Line Accsess Multiplexer

- Ia terletak di Ibusawat dan selalunya di MDF

- Ia menyediakan Access pelanggan kepada perkhidmatan ADSL

melalui talian kuprum.

- Peranti akan mengasingkan suara dan komponen data daripada

talian pelanggan dan menghantarnya ke rangkaian.

ii) RDLAM / PIZZABOX

- Remote DSLAM

- Ia terletak di MDF

- Digunakan untuk kabinet fiber optic atau FTTS / FTTO

- Juga terletak di FTTS / FTTO

iii) RTDSLAM

- Remote Terminal DSLAM

- Digunakan untuk beberapa cabinet fiber atau kabinet kuprum

iv) BRAS

- Menghantar Username dan kata laluan yang dibekalkan oleh CPE

atau

RADIUS

- Menyimpan dan memperuntukan alamat IP

- Menyediakan perkhidmatan ROUTING untuk pengguna Remote

v) RADIUS

- Menyediakan Username dan kata laluan

- Menjaga sesi ONLINE pengguna

Page 97: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Gambarajah 9.2 : Operasi Umum Peralatan ADSL

9.5 Kelebihan ADSL

Teknologi ADSL mempunyai beberapa kelebihan berbanding teknologi lain

seperti teknologi tradisional dan ISDN. Antaranya adalah :

i) Connectivity

Penggunaan Internet dan telefon / faksimili menggunakan satu talian

yang sama secara serentak.

ii) Speed

ADSL boleh bertahan dengan kadar data yang diperlukan untuk semua

jenis aplikasi.

iii) Cost Effectiveness

Kerana ia menggunakan talian kuprum yang sedia ada, ADSL adalah

penyelesaian untuk pelanggan kediaman dan perniagaan kecil

memandangkan harganya yang berpatutan.

iv) Reliability

ADSL beroperasi menggunakan talian telefon kabel kuprum yang lebih

kukuh dan terbukti berkesan.

v) Permanent Connection

Pelanggan tidak perlu mendail apa-apa nombor untuk akses rangkaian

dan boleh berada di rangkaian selama yang pelanggan mahu.

INTERNET

BRAS RADIUSDSLAMUSERNAME

Page 98: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

vi) Fix-rate Charges

Tidak seperti modem tradisional dan ISDN, ADSL tidak dikenakan

sebarang caj panggilan. Ianya dikenakan caj bulanan yang tetap dan

murah.

vii) Multitasking

ADSL membolehkan pelanggan menggunakan suara dan data secara

serentak kerana ia menggunakan frekuensi yang berbeza.

Pelanggan boleh berbual sambil menerima faksimili dan pada masa

yang sama juga mereka boleh melayari internet atau mengakses data.

Semua ini adalah merangkumi pada satu talian telefon sahaja.

viii) Increased Internet Functionality

Peningkatan jalur lebar membenarkan internet menggunakan potensi

yang sepenuhnya. ADSL membolehkan penggunanya membuat

seminar secara online, kualiti audio CD dan grafik yang besar serta

pemindahan fail informasi.

Page 99: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

9.6 Kesimpulan:

Dalam Unit ini, kami sering di bawa oleh juruteknik-juruteknik yang terlibat ke

rumah pelanggan yang melaporkan kerosakan. Hal ini dapat mendedahkan kepada

pelatih bagaimana untuk melakukan pembaikan sekiranya terjadi sesuatu

kerosakan. Kami dibenarkan melakukan pembaikan sekiranya ada kerosakan yang

tidak sukar untuk dibaiki berlaku, seperti drop wire terputus, soket terbakar, SI pada

cabinet rosak ( talian tidak sampai ) dan lain-lain. Selain itu juga, mereka sering

meminta bantuan kepada kami di bilik MDF untuk penukaran SI sekiranya mereka

berada diluar iaitu di cabinet.

ADSL adalah di bawah selian En Amidi Darus. Dalam unit ini, kami hanya

mengikuti beliau untuk memasangkan modem atau installation dilakukan. Hal ini

kerana, unit ini memerlukan masa yang lama untuk memahami unit ini. Namun

begitu,beliau menerangkan serba sedikit kepada kami hal-hal yang berkaitan

dengan ADSL Kerja-kerja penyelenggaraan bagi DSLAM pula hanya dilakukan oleh

kontraktor yang bertauliah seperti PERNEC.

Page 100: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

BAB 10: PCM

10.1 Pengenalan

PCM ( Pulse Code Modulation ) atau dalam bahasa melayu disebut sebagai

pemodulatan kod denyut merupakan salah satu teknik yang digunakan untuk

menghantar isyarat bunyi dalam bentuk digital. Kebanyakan teks rujukan

menyatakan bahawa isyarat analog daripada isyarat PCM yang terhasil dari isyarat

bunyi adalah yang termudah dalam proses berdigit. Penjana PCM akan

mengeluarkan suatu siri angka ataudigit setiapdaripada digit ini, ianya berada dalam

kod panduan ( binary code ) yangmewakili anggaran amplitude bagi isyarat mudah

pada ketika itu.

Page 101: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Rajah 10.1 : Penukaran Analog ke Digital

Oleh yang demikian, konsep dalam PCM adalah isyarat-isyarat analog,

seperti mana yang dijana oleh telefon di mana maklumat diwakili oleh magnitud

isyarat, ditukarkan kepada isyarat digital dan maklumat yang diperlukan tersebut

diwakili oleh angka penduaan bersiri. Isyarat digital ini kemudiannya dapat dihantar

melalui laluan penghantaran digital yang bersesuaian, disatukan dan dipecahkan

dalam peralatan pemultipleksan digital (MUX/Multiplexer), dialihkan (Switched)

dalam Digital Switching Unit dan akhirnya mencapai ke kawalan terminal

penerimaan PCM untuk digunakan sebagai maklumat bagi membina semula isyarat

analog yang asal.

A/D D/A

IsyaratAnalog

IsyaratDigital

IsyaratAnalog

Susunan angka-angka paduan ( Bits)

Page 102: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Penggunaan PCM sebagai salah satu kaedah penghantaran dalam

telekomunikasi perlu dipertimbangkan sebelum ianya dapat diaplikasikan secara

menyeluruh. Ini dilihat berdasarkan melalui 2 aspek utama iaitu:

I. Pertimbangan Secara Teknikal

Immune kepada bisingan dan interferens

Keupayaan untuk dijanakan semula (Regeneration)

PCM adalah bersesuaian dengan media penghantaran yang

lain seperti radio, fiber optic, pandu gelombang, satelit dan lain-lain

Berkeupayaan untuk membawa data, bunyi, telegrafi, TV dan

lain-lain lagi dalam satu laluan.

Kurangnya aplikasi S/N (Signal to Noise Ratio)

II. Pertimbangan Secara Ekonomi

Peningkatan kapasiti (Increased Capasity)

Kesatuan dalam perhubungan rangkaian (Intergrated

Network)

Persaingan Kos (Cost Competitive) – kos pemasangan peralatan digital adalah lebih

rendah berbanding dengan kos pemasangan peralatan analog.

Page 103: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

10.2 Pengoperasian Dalam Sistem PCM

Operasi penukaran isyarat analog kepada isyarat digital PCM dan

penukarannya semula kepada bentuk isyarat analog dapat digambarkan secara

keseluruhannya seperti Rajah 8.1.

Di sebelah bahagian penghantaran (Transmit), isyarat analog pada mulanya

diterhadkan jalurnya dengan penuras laluan rendah (Low Pass Filter) dan

kemudiannya isyarat ini disampelkan untuk menjana denyut amplitude bersiri.

Amplitude ini kemudiannya lagi akan dikuantumkan (Quantized) dan ditukarkan

kepada bentuk isyarat digital oleh CODER. Kombinasi daripada tiga proses ini

dipanggil sebagai ENCODER atau Penukaran A/D (Analog to Digital).

Di sebelah bahagian penerima pula, isyarat digital PCM adalah dalam

keadaan terkod (DECODER) dan amplitud terkuantum ini dijana semula

(regenerated) untuk membina kembali isyarat yang menghampiri isyarat asal.

Isyarat ini akan ditapis untuk melicinkan lagi bentuk gelombangnya dan membuang

harmonik-harmonik yang tidak diperlukan bagi membolehkan bentuk isyarat asal

dikekalkan. Proses ini pula dipanggil sebagai DECODER atau PENUKARAN D/A.

Sistem PCM adalah asas bagi satu channel tunggal. Channel bunyi analog

(4 kHz) ditapis bagi memastikan tidak terdapat frekuensi lain yang melebihi 4 kHz

bagi mengelakkan herotan (Distrortion). Channel ini disampelkan (8 kHz),

dikuantum, dikodkan, dan dihantar sebagai nombor penduaan bersiri.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, piawaian bagi kadar

penghantaran isyarat PCM adalah dalam 2048 kb/s (2048 Mb/s) yang mana ianya

mematuhi syarat dalam susunan Plesoichronous Digital Hierarchy, PDH. Setiap 2

Mb/s ini memberikan kapasiti sebanyak 30 voice channel. Setiap channel mewakili

satu laluan penghantaran yang mana ianya dibahagi-bahagikan oleh PCM dan

multiplexer serta disambungkan ke Digital Distribution Frame (DDF) atau

Intermediate Digital Frame (IDF) mengikut laluan yang akan dilaluinya.

Page 104: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Gambarajah 10.2 : Plesoichronous Digital Hierarchy ( PDH )

Page 105: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

10.3 Bidang Tugas Di Bahagian PCM / MUX

Di sepanjang tempoh berada di bahagian PCM / MUX bagi Unit TOMA

Telekom Malaysia Berhad Kota Belud, saya didedahkan dengan pelbagai aktiviti

yang menjadi rutin harian bagi kakitangan di bahagian ini. Pemahaman dalam

proses sistem PCM itu sendiri merupakan syarat utama yang membolehkan

seseorang itu memahami dengan lebih lanjut bagaimana sesuatu tugas di bahagian

ini dilaksanakan. Beberapa tugas yang dijalankan oleh bahagian PCM adalah

seperti memasang laluan baru, ‘monitoring’ dan ‘line-up’.

10.3.1 ‘Memasang Laluan Baru’

Pemasangan sesebuah laluan baru akan dilakukan dengan menentukan

kekosongan pada laluan 2 Mb/s yang sedia ada. Setelah sesuatu laluan itu dikenal

pasti, sepasang kabel coax 3C 2V (Transmit dan Receive) akan disediakan, lengkap

dipasang bersama-sama dengan connector. Connector yang digunakan adalah

daripada jenis Male – connector. Kabel ini kemudiaannya akan disambungkan

kepada rak DDF berdasarkan ‘sistem’ bagi laluan tersebut. Satu lagi kaedah

pemasangan laluan adalah dengan menyambungkan dawai pada bingkai IDF

berdasarkan ‘sistem’ dan pasangan kabel (pairs).

Ganbarajah 10.3 (i) : Contoh Kad Bagi 2Mbs

Page 106: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

10.3.2 ‘Monitering’

Proses monitoring dijalankan sekirannya terdapat aduan daripada

pelanggan-pelanggan yang menggunakan perkhidmatan laluan di bilik PCM Kota

Belud ini. Terdapat dua alat yang biasa digunakan untuk proses monitoring iaitu HP

37721A Digital Transmission Analyzer yang digunakan untuk monitoring pada

DDF dan Model 96 Analog Test Set yang digunakan untuk monitoring pada IDF

dan Multiplexer / MUX.

a) HP 37721A Digital Transmission Analyzer

HP 37721A merupakan peralatan pengukuran kesilapan (error) multi-rate bit.

Ia dapat menjana dan menerima corak atau data (data patterns), dan

memberikan analisis bagi error yang diterimanya.

Rajah 10.3(ii) Digiital Transmission Analyzer

Page 107: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

End-to-End Testing

Pemeriksaan ini dilakukan adalah bertujuan untuk menentukan

samada prestasi keseluruhan sesebuah sistem penghantaran. Selain itu,

pemeriksaan spesifikasi ini juga akan memastikan bahawa sistem yang telah

dipasang memenuhi tuntutan Intergrated Digital Network (IDN).

Loopback Testing

Pemeriksaan ini pula bertujuan untuk menentukan wujudnya

kesilapan lokasi pada terminal pealatan atau ‘repeater’. Cara pemasangan

untuk menjalankan loopback testing ini ditunjukkan pada rajah di bawah.

Page 108: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

BAB 11: KABEL OPTIK

11.1 Pengenalan Kepada Optik / SDH

Bahagian Optik / SDH merupakan bahagian yang turut diikuti semasa

menjalani Latihan Industri ini. Semasa bertugas di bahagian ini, pada mulanya

hanya diberi penerangan daripada penyelia juruteknik di bahagian ini. Seterusnya

berpeluang untuk melakukan penyelenggaraan bersama dengan ketua penyelia

bahagian fiber optik daripada TMB Tamparuli. Aktiviti lain yang dilakukan adalah

membuat rujukan terhadap konsep yang digunakan dalam sistem ini. Rujukan

banyak tertumpu terhadap sistem Synchronous Digital Hierarchy (SDH) dan

penyelenggaraan kabel fiber optik.

11.2 Synchronous Digital Hierarchy (SDH)

Page 109: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Synchronous Digital Hierarchy (SDH) merupakan suatu piawai antarabangsa

untuk sistem rangkaian telekomunikasi optik berkelajuan tinggi.

Pada November 1988, piawaian SDH pertama diluluskan iaitu G.707, G.708

dan G.709. piawai ini menetapkan kadar penghantaran, format isyarat, struktur

pemultipleksan dan rangkaian agihan menggunakan Network Node Interface (NNI)

iaitu piawai antaramuka untuk SDH. CCITT, atau Comite Consultatif International

de Telegraphie et Telephonie merupakan satu jawatankuasa yang berpusat di

Geneza, Switzerland yang mencadangkan piawaian-piawaian bagi telekouniksi.

Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab memperkenalkan piawai pengendalian

pemultipleksan (G.781, G.782 dan G.783) dan rangkaian pengurusan SDH (G.784).

ini adalah piawaian membolehkan SDH beroperasi dengan fleksibel.

Konsep rangkaian pengangkutan teratur berdasarkan piawai SDH adalah

asas penghantaran point-to-point termasuklah keperluan rangkaian telekomunikasi

networking-switching, penghantaran (tranmission), dan aplikasi rangkaian kawasan

seperti rangkaian tempatan dan rangkaian jarak jauh.

Penghantaran rangkaian keupayaan tinggi hari ini berdasarkan hierarki

pemultipleksan isyarat digital. Isyarat paling rendah adalah 2.048 Mb/s yang melalui

multipleks kepada kadar isyarat yang lebih tinggi untuk penghantaran. Untuk

mencapai suatu isyarat yang rendah bagi tujuan laluan isyarat dan pengujian,

crossconnect perlu dilakukan pada peringkat yang sesuai. Oleh sebab pemultipleks

asal tidak synchronous maka, laluan semula isyarat atau pengujian perlu

demultipleks langkah demi langkah sehingga tahap 2.048Mb/s.

11.2.1 Kelebihan SDH

Page 110: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Pemultipleks Yang Tepat Dan Teratur

Rangkaian telekomunikasi yang fleksibel adalah berdasarkan kepada

pemultipleks yang segerak dan pensuisan digital dalam suatu rangkaian. Add-drop

Multiplexer(ADM) digunakan membolehkan kebebasan rekabentuk rangkaian baru

seperti Ring dalam kapasiti yang berbeza untuk membekalkan pengurusan lebar

lajur yang fleksibel.

Penyatuan Pengurusan Rangkaian Dan Penjagaan

Sistem rangkaian telekomunikasi SDH adalah diselenggarakan

menggunakan computer dan kebanyakkan pengurusan serta penjagaan diwakili dan

dibina dalam sesuatu rangkaian. Kemerosotan dalam isyarat penghantaran pula

dapat dikesan melalui maklumat yang diterima kembali dalam computer data yang

dibina dalam isyarat SDH.

Kemampuan Pengangkutan SDH

Semua isyarat tributary yang digunakan sebelum wujudnya teknologi ini kini

mampu dibawa oleh SDH. Ini termasuklah CEPT 2, 34 dan 140 Mb/s dan juga

isyarat dalam format Amerika Utara DS1, DS2, dan DS3. Kebolehan SDH

membawa isyarat yang fleksibel ini sudah pasti akan menampung permintaan

pengguna pada masa depan serta bersesuaian dengan isyarat yang sedia wujud.

11.2.2 Hierarki Isyarat Dan Kadar Laluan Dan Kapasiti SDH

Page 111: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Isyarat SDH yang terendah dipanggil Synronous Transport Module level 1

(STM-1) yang mempunyai kadar isyarat 155.52 Mb/s. kadar isyarat tinggi dihasilkan

melalui gabungan pemultipleks isyarat tahap rendah yang diberi nama STM-N yang

mana N yang wujud pada masa kini adalah integer 1, 4 dan 16 kadar laluan yang

dihasilkan oleh isyarat tinggi adalah nilai N didarabkan dengan 155.52 Mb/s. Jadual

9.2.1 menunjukkan perbezaan kadar laluan dan kapasiti laluan setiap STM.

Synchronous Transport

MODULLine Rates Mb/s Channel Capasity

STM-1 155.52 Mb/s 1890 CH

STM-4 622.08 Mb/s 7560 CH

STM-16 2488.32 Mb/s 30240 CH

Synchronous Transport Module level 1 (STM-1)

Isyarat STM-1 terdiri daripada 9 baris dan 270 lajur (Jadual 9.2.1)

memberikan jumlah keupayaan isyarat sebanyak 19440 bit per frame. Kadar

pengulangan frame atau kadar bingkai adalah 8000 frame bagi setiap saat yang

bersamaan dengan 125 mikrosaat bagi setiap frame.

19440 = 19440 = 155.52 Mb/s 1 frame = 125 mikrosaatFrame 125µs

Seksyen Overhead menggunakan 9 lajur pertama yang berjumlah 81 byte

manakala 261 lajur yang tinggal diperuntukkan kepada isyarat Virtual Containner.

Rajah 9.2.2 menunjukkan SDH asas ‘Network Elements’ bagi STM-1.

Page 112: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Line Terminal Mux (STM-1)

1

STM-1=155.52 Mb/s 2 Mb/s

Rajah 11.2.2: Menunjukkan asas SDH Network Elements bagi STM-1

Syncronous Transport Module level-4 (STM-4)

STM-4 adalah gabungan byte bagi frame isyarat STM-1 yang selari.

Gabungan ini menghasilkan peta dua dimensi untuk isyarat frame STM-4 yang

sama (mempunyai 9 baris seperti STM-1 tetapi mempunyai 1080 lajur iaitu 4 kali

ganda bilangan lajur isyarat STM-1). Oleh itu kapasiti isyarat STM-4 adalah 9720

byte atau 77760 bit per frame dan dengan dimensi bingkai dan kadar pengulangan

8000 frame per saat maka kadar isyarat STM-4 ialah 622.08 Mb/s.

Peta dua dimensi isyarat STM-4 dibina dengan mengambil lajur dari tiap-tiap

frame contohnya satu lajur dari STM-1 A, satu lajur dari STM-1 B, satu dari lajur

STM-1 C, dan satu lajur dari STM-1 D. Jujukan ini diulang sehingga semua lajur

63

Page 113: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

terbentuk dalam frame STM-4. 36 lajur yang pertama digunakan untuk overhead

dan 1044 lajur bagi digunakan oleh isyarat Virtual Containner (Rajah 9.2.3)

Line Terminal Mux (STM-4)

STM-4=622.08 Mb/s

Rajah 11.2.3: Menunjukkan asas SDH Network Elements bagi STM-1

11.3 Synchronous Multiplexer

Synchronous Multiplexer berfungsi sebagai pemultipleks dan penamat talian

yang dapat menerima kadar isyarat tributary yang besar dan membenarkan atau

menyediakan bilangan kadar output data. Bagi isyarat tributary, semua kadar bit

plesichronous (140Mb/s) dapat dibawa dan ini mewujudkan kebolehan global untuk

penyatuan antaramuka. Bagi penyatuan isyarat (aggregate), atau bagi laluan

penghantaran, kadar piawai yang digunakan ialah 155.52 Mb/s (STM-1), 6.22 Mb/s

(STM-4), 2488.52 Mb/s (STM-16) dan juga 9953.960 Mb/s (STM-64).

Synchronous Optical Interface bagi Synchronous Multiplexer boleh disalin

bagi tujuan perlindungan jika berlaku kerosakan pada laluan utama. Bagi 1+1

Protection, jika laluan utama mengalami kerosakan maka laluan Protection akan

LTM1

2

3

4

140 Mb/s atau

STM-1

Page 114: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

digunakan. Bagi topologi Ring pula, kegagalan pada talian utama akan

membolehkan pemilihan pada laluan yang bersebelahan (Rajah 9.3.5).

Laluan utama

Laluan protection

Sistem 1+1

Laluan utama Rosak

Laluan protection

Sistem Topologi Ring

Rajah 9.2.4 : Topologi 1 + 1 dan Topologi Ring serta laluan protection.

11.3.1 Elemen Rangkaian Synchronous Multiplexer

Add-Drop Multiplexer (ADM)

Stesen A

Stesen A

Stesen D

Stesen C

Stesen B

Stesen B

Page 115: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Plesiochronous dan kadar bit rendah isyarat synchronous boleh diturunkan

(extract) dari atau dimasukkan pada laluan SDH kelajuan tinggi dengan

menggunakan ADM Add-Drop Multiplexer (ADM). Sifat ini membolehkan pewujudan

struktur Ring yang berkebolehan untuk memberikan perlindungan dengan

pensuisan automatic jika berlaku kegagalan (Rajah 9.3.6).

STM-N STM-N

s

O TRIB O

Rajah 11.2.5: Gambaran struktur Add-Drop Multiplexer (ADM)

Terminal Multiplexer (TM)

Terminal Multiplexer, TM digunakan untuk menggabungkan isyarat masukan

plosiochronous dan synchronous ke dalam kadar isyarat bit tinggi STM-N.

Konfigurasi ini sesuai untuk topologi point-to-point dan topologi rangkaian.

Penyatuan (aggregate) atau keluaran talian biasanya menggunakan Multiplexing

Section Protection, MSP (Rajah 9.3.7).

A A

G G

SDH PDH

Page 116: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

STM-N

TRIBO

Rajah 11.2.6: Gambaran struktur Terminal Multiplexer (TM)

Regenerator (REG)

Regenerator adalah berfungsi untuk penjanaan semula clock dan

perhubungan amplitude bagi isyarat data yang mengalami pengecilan dan

pelemahan yang disebabkan oleh penyebaran. Isyarat clock diperolehi dari arus

data yang diterima. Ini ditunjukkan pada Rajah 9.3.8 di bawah.

STM-N STM-N

Rajah 11.2.8: Menunjukkan gambaran struktur Regenerator (REG

11.4 Penyelenggaraan Sistem SDH

A G G

SDH

PDH

A A

G G

Page 117: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Bagi tujuan penyelenggaraan dan pemantauan sistem fiber optik yang

menggunakan sistem SDH, setiap laluan yang digunakan akan direkodkan dalam

peta SDH. Peta lakaran ini menunjukkan sistem 155 Mb/s yang digunakan dan

nama pelanggan setiap sistem 2 Mb/s. Contoh peta lakaran adalah seperti dalam

Rajah 9.4.9 di bawah.

ΙΙ Pengenalan Optik

Kabel fiber optik mengandungi teras kaca yang dikelilingi oleh cladding kaca.

Teras kaca adalah mempunyai aras pembiasan yang tinggi manakala cladding

mempunyai aras pembiasan yang lebih rendah dari teras. Fiber optik adalah keras

dan rapuh, oleh itu fiber optik mestilah dilindungi oleh dua lapisan primer dan

lapisan sekunder. Lapisan primer contohnya terdiri daripada plastic dan resin

manakala lapisan sekunder terdiri daripada plastik dan nylon. Gambarajah 9.1.10 di

bawah menunjukkan pergerakan cahaya di dalam fiber optik dan lapisan

perlindungan bagi teras.

Teras ini berfungsi untuk menghantar gelombang cahaya, manakala

cladding bertujuan untuk meminimakan kehilangan cahaya pada permukaan dan

memandu gelombang cahaya yang dipancarkan. Kaca yang digunakan untuk

kedua-dua teras dan cladding mestilah benar-benar asli kerana sebarang kehadiran

bendasing akan menyebabkan gangguan pantulan cahaya.

Terdapat dua jenis kaca yang sering digunakan iaitu silica-based glass

(silika yang dicampurkan dengan oksida) dan multi-component glass (contohnya

sodium borosilikat). Sesetengah fiber optik tidak menggunakan kaca

keseluruhannya, tetapi menggunakan jenis plastik yang tertentu. Pembuatan plastic

ini lebih murah dari kaca tetapi mempunyai kesan pengecilan (attenuation) yang

tinggi. Pengecilan yang berlaku dalam fiber optik yang tulen adalah kurang daripada

0.25 dB/km.

Bagi panjang gelombang yang pendek, isyarat gelombang cahaya disuntik

ke dalam hujung tidak melalui teras tengah tetapi secara zig-zag (Rajah 9.1b).

Serakan cahaya dari denyut yang bergerak secara terus akan sampai terlebih

Page 118: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

dahulu berbanding serakan cahaya yang bergerak secara zig-zag. Terdapat tiga

jenis fiber optik iaitu Fiber Multimod index langkah, Fiber Multimod index bergred

dan Fiber Singlemod index langkah.

11.5 Sistem penghantaran

Fiber Optik

Sistem penghantaran gentian optik adalah satu sistem yang mana isyarat

elektrik dihantar melalui gentian optik. Isyarat digital atau analog yang dihantar akan

ditukarkan terlebih dahulu kepada isyarat cahaya kemudiannya akan di pancarkan

masuk ke dalam kabel fiber optik dengan menggunakan diod laser atau Light

Emitted Diod (LED). Isyarat cahaya akan bergerak ke hujung talian yang

mempunyai pengesan isyarat cahaya yang akan menukarkan semula isyarat

cahaya kepada isyarat elektrik.

Kabel fiber optik mempunyai panjang kabel yang berbeza. Ia merangkumi

dari beberapa ratus meter kepada beberapa kilometer. Bagi laluan yang jauh, fiber

mestilah mempunyai penyambung iaitu splice untuk penyambung yang kekal dan

connectors digunakan untuk penyambungan yang separa kekal seperti

penyembungan pada Fiber Distribution frame (FDF). Kelebihan penggunaan kabel

fiber optik dalam sistem penghantaran rangkaian telekomunikasi adalah seperti

berikut:

Kurang kadar kehilangan penghantaran isyarat

- Kabel fiber optik mempunyai repeater yang lebih jauh dari repeater bagi

kabel sepaksi (coaxial) oleh itu ia dapat mengurangkan kos.

Lebar lajur yang besar

- Lebar lajur yang besar membolehkan kapasiti channel yang di bawah

oleh fiber optik adalah besar.

Saiz kabel yang kecil dan ringan

Page 119: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

- Kabel yang kecil dan ringan membenarkan pengurusan yang kebih

ekonomi dari segi penghantaran atau penggunaan buruh. Selain itu,

kabel ini juga mengurangkan penggunaan ruang dalam cable duck.

Tidak dipengaruhi oelh gangguan electromagnet

- Oleh sebab isyarat adalah dalam bentuk cahaya dan bukan dalam dalam

isyarat elektrik maka ia tidak akan dipengaruhi oleh kesan

electromagnet. Ini juga membenarkan nisbah isyarat terhadap bisingan

adalah rendah.

Tiada kesan aruhan

- Kabel fiber tidak akan memberikan kesan aruhan, oleh itu tidak akan

berlaku kesan aruhan terhadap litar berdekatan yang lain.

Kebaikan/kelebihan pada masa panjang

- Walaupun kos pembinaan yang tinggi, namun ia mempunyai kelebihan

dari segi kos penyelenggaraan.

Sistem fiber optik yang digunakan oleh Telekom kini adalah menggunakan 8

Mb/s, 34 Mb/s, 140 Mb/s, 565 Mb/s dan 2.4 Mb/s. sebagai contoh sistem 565 Mb/s

adalah bersamaan dengan 7680 channels suara dalam satu fiber yang sama besar

dengan sehelai rambut.

11.6 Splicing

Page 120: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Splicing ialah proses mencantum kabel Fiber Optik yang terputus dan

mengalami kerosakan. Sekiranya ada gangguan talian dikawasan-kawasan tertentu,

juruteknik TM biasanya akan memeriksa kabel fiber optik dengan menggunakan

Waveteck. Hal ini dapat dilakukan dengan hanya memeriksa kabel tersebut di bilik

COT ( Central Office Terminal ). Waveteck akan mengukur jarak kabel yang

mengalami kerosakan. Sejurus kemudian barulah kerja-kerja splicing diakukan.

Proses ini akan dilakukan oleh juruteknik TM Tamparuli iaitu En. Kashmir dan

dibantu oleh juruteknik TM Kota Belud. Kabel terputus biasanya berlaku di Joint

yang terdapat pada tiang telefon mahupun yang terdapat dalam Main Hole. Di

bawah ialah peralatan-peralatan yang digunakan semasa Splicing.

Joint Fusion Splicer

Fiber Cleaver

Page 121: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

BAB 12 : DATA

12.1 PENGENALAN

Unit ini diselia sepenuhnya oleh En. Jafli Maton selaku penyelia 0&M (Data)

Pantai Barat. Antara tugas-tugas dan tanggungjawab unit ini adalah :

Menyelenggara dan memantau semua talian data di kawasan Kota Belud,

Tuaran, Kudat, Pitas, Kota Marudu dan Ranau dan memastikannya

berfungsi pada tahap yang maksima.

Melaksanakan kerja-kerja membaikpulih talian data yang rosak mengikut

masa yang ditetapkan.

Memantau pesanan-pesanan pemasangan baru.

Membuat pemasangan baru talian data mengikut masa yang ditetapkan.

PENGENALAN TENTANG DATA

Page 122: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Permulaan di unit ini, Penyelia telah menunjuk ajar diajar cara-cara

membuat jumpering di termination block data yang terdapat di MDF untuk

pemasangan dan membaikpulih data.

Bagi pemasangan baru, terdapat beberapa laman web yang digunakan

untuk memantau proses pemasangan tersebut samada yang berstatus kajisiasat

ataupun yang belum dilengkapsiap. Antara laman web yang selalu digunakan oleh

unit ini adalah:

http://200.1.34.130;8080/cares/user_login.jsp

http://206.6.147.90/cares/default.php

http://202.188.127.188/NASApp/cis/workgroup/SrvtPlain004

http://10.1.101.91/gitn_confirmed/displayPagingList.php – digunakan untuk

monitor pesanan jabatan kerajaan seluruh Malaysia.

Selepas itu, penyelia Unit Data memperkenalkan pula fail-fail yang berkaitan

ISO dan prosidur-prosidur yang mesti diikuti oleh kakitangan Data Sabah.Terdapat

dua prosidur kualiti yang penting di sini iaitu:

QP-ANO-R03-RLC – prosidur yang digunakan untuk membaikpulih DATA

DPC, DPG dan DPQ.

QP-ANO-RO2-ILC – prosidur yang digunakan untuk kerja-kerja pemasangan

DATA.

ALIRAN KERJA – MEMBAIKPULIH

Laporan kerosakan atau TR yang diterima perlu dibaiki dengan segera

memandangkan talian data merupakan talian yang sangat penting. Semua

pelanggan data adalah dari kalangan syarikat-syarikat besar dan koporat dan Sewa

yang mahal bagi satu talian data membuatkan ia amat diutamakan. Pembaikan

segera dengan kerja-kerja yang berkualiti amat dititikberatkan untuk memastikan

pelanggan sentiasa mendapat perkhidmatan yang terbaik dan pada tahap maksima.

Berikut adalah carta aliran kerja yang menjadi panduan dan perlu

diikuti untuk memastikan setiap laporan di ambiltindakan:

Carta Alir Langkah Penerangan Tanggungjawab

Page 123: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

ya

tidak

tidak

Ya

Tidak

ya

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Menerima dan merekod TR.Membuat

koordinasi dengan pelanggan.

Adakah masalah berpunca daripada pelanggan?

Membuat koordinasi dengan unit yang berkaitan berdasarkan Tatacara Kerja baikpulih litar DPC, DPF dan DPQ.

Adakah masalah berpunca dari rangkaian tempatan?

Sekiranya bukan masalah rangkaian tempatan, hantar TR ke pihak yang berkenaan.

Melaksanakan kerja-kerja baikpulih litar berdasarkan Arahan Kerja baikpulih litar DPC,DPG dan DPQ.

Litar berfungsi dengan baik selepas kerja-kerja baikpulih?

Menukar status TR kepada ‘Pending Verify’.

OMC Data

OMC Data

OMC Data

OMC Data

OMC Data

OMC Data

O&M Data

O&M Data

OMC Data

Gambarajah 12.1 : Carta aliran pembaikan Data DPC, DPG dan DPQ

12.4 PEMASANGAN TALIAN DATA

Carta Alir Langkah Penerangan Tanggungjawab

Mula

1. Terima TR

3. Masalah Pelanggan

?

2. Koordinasi

TR Pertama

5.Masalah Rangkaian

Tempatan?

6. Hantar TR ke pihak yang berkenaan

8.Litar OK

4. Koordinasi TR Kedua

Tamat

7.Pembaikan

9.Tukar Status TR

Page 124: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

tidak

ya

Tidak

ya

1

2

3

4

5

6

7

8

Menerima dan merekod pesanan kerja.

Menyemak dan memastikan kerja mempunyai maklumat lengkap.

Adakah pesanan kerja yang diterima lengkap?

Memulangkan pesanan kerja ke pihak CSM sekiranya pesanan kerja tidak lengkap.

Koordinasi dengan pelanggan (termujanji) dan unit terlibat berdasarkan prosidur kerja DPC, DPG dan DPQ.

Melaksanakan kerja-kerja pemasangan.

Ujian litar mematuhi spesifikasi TM?

Melengkapsiap status pesanan kerja.

OMC Data

OMC Data

OMC Data

OMC Data

OMC Data

OMT Data

OMT Data

OMC Data

Gambarajah 12.2 : Carta Aliran Pemasangan Data

12.5 TERMINOLOGI

Mula

1.Terima dan rekod pesanan kerja

3.Pesanan kerja lengkap

?

2.Verifikasi pesanan kerja

7. Ujian OK?

Tamat

5. Koordinasi dengan pelanggan

dan unit lain.6. Pemasangan

8. Lengkapsiap

4. Pulang pesanan ke CSM

Page 125: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Berikut adalah terminologi-terminologi ataupun istilah-istilah yang digunakan

dalam tugas-tugas harian Unit Data Sabah. Semua terminologi ini perlu difahami

oleh anggota yang bertugas di unit ini untuk melancarkan perkhidmatan.

Modem - Alat yang disambungkan daripada CPE ke talian.

OMC Data - Operation Maintenance Center (Pusat Koordinasi

Data).

O&M Data - Operation & Maintenance Data (Kumpulan

Pemasangandan Pembaikan Data).

DPC - Litar Data Analog (DA)

DPG - Litar Data Digital 1 (DG) – Unmanaged

DPQ - Litar Data Digital 2 (DQ) – Managed

CPE - Customer Premise Equipment

CARES - Circuit Assignment Routing and Engineering System.

CISS - COINS Integrated System.

COINS - Corporate Information Superhighway.

CSM - Customer Service Management.

SAC - Service Assurance Centre.

TR - Trouble Report (Laporan Kerosakkan yang

dikeluarkan oleh SAC melalui sistem STARs-re).

Pending Verify - TR yang menunggu pengesahan dari pelanggan

sebelum di tutup.

MLCN - Managed Leased Circuit Network.

PCM - Pulse Code Modulation.

12.6 RANGKAIAN KOMUNIKASI DATA

Page 126: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Lease line merupakan suatu rangkaian komunikasi data yang digunakan

oleh TM. Ia digunakan untuk penggunaan internet, perbankkan dan sebagainya.

Rangkaian Komunikasi Data ini menggunakan sistem rangkaian analog (PSTN) –

Public Subscriber Telecommunication Network). Rangkaian ini menggunakan 2

wayar kuprum ataupun 4 wayar, 2W/4W. Komunikasi data yang menggunakan

rangkaian ini adalah antara 4.8 Kbps hingga 28.8 Kbps.

Ibusawat A

Ibusawat B

PCM PCM

Pelanggan Kabinet MDF

Gambarajah 12.3 : Diagram Rangkaian Perkhidmatan Data

Penggunaan komputer sangat berleluasa pada masa kini. Secara

umumnya, komputer berkerja dan menerima arahan dalam mod stand-alone iaitu

dalam lingkungannya sendiri dan terhad, tetapi kadang-kadang terdapat keperluan

di mana penghantaran data dari satu ibusawat ke ibusawat yang lain dengan

menggunakan komputer. Mekanisma inilah yang dinamakan Komunikasi Data.

Komunikasi data adalah apabila dua atau lebih komputer atau terminal menghantar

dan menerima data dalam tempoh yang telah ditetapkan di mana proses yang rumit

diperlukan. Sistem komunikasi adalah menjadi asas kepada ibusawat data dengan

ibusawat data yang lain. Elemen asas dalam model komunikasi adalah:

Sources – menjana data yang hendak dihantar

Transmitter – menukar data kepada isyarat yang boleh dihantar

Transmission System – membawa data

Receiver – menukar isyarat yang masuk kepada data

Destination – menerima data

30c 30c

Transmitter

Transmitter

Transmission system

Receiver

Receiver

DestinationSources

Page 127: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Gambarajah 12.4 : Diagram Umum Model Komunikasi

Terdapat julat yang besar di dalam kemudahan komunikasi yang berbeza.

Pada dasarnya semua aplikasi yang melibatkan dua atau lebih komputer adalah

bergantung kepada peruntukan kemudahan komunikasi yang sesuai. Sebagai

contoh, sekiranya terdapat pemintaan yang mudah untuk memindahkan

sekumpulan data dari satu kemudahan komunikasi kepada komputer yang sama di

dalam bilik atau pejabat yang sama, kemudahan komunikasi adalah lebih mudah

berbanding sekiranya data yang hendak dihantar kepada komputer yang lain dan di

bilik yang lain. Beberapa contoh kemudahan komunikasi adalah seperti berikut:

Point-to-point Link (Simple LAN) Connection

Local Area Network (LAN)

Wide Area Network (WAN)

12.6.1 Leased Line

Leased line adalah sambungan telefon yang tetap di antara dua titik yang

dibentuk oleh pembawa biasa telekomunikasi. Pada keadaan biasa, leased line

digunakan oleh syarikat perdagagang untuk menghubungkan pejabat yang berada

di pendalaman. Tidak seperti sambung dial-up biasa, leased line selalunya aktif dan

mempunyai kadar pemindahan data yang spesifik dan penghantaran yang tetap

tanpa mengganggu kelajuan yang diminta oleh pelanggan perniagaan tersebut.

Akses sambungan yang tetap selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk yang

tetap dan berubah setiap bulan, suku tahun dan yuran bulanan.

Faktor utama yang mempengaruhi yuran bulanan bagi setiap pelanggan

adalah jarak di antara titik akhir dan kelajuan litar itu sendiri. Kerana sambungan

tersebut tidak berkongsi dengan pelanggan leased line yang lain, di mana pembawa

boleh memastikan tahap kualiti yang diberikan. Penggunaan leased line

semakin bertambah dengan pesatnya oleh syarikat perdagagang dan individu untuk

akses internet kerana kadar penghantaran data lebih cepat. Jadi, di dalam suasana

di mana informasi penghantaran data masa kini, leased line sudah menjadi trend

untuk menjamin aplikasi dan komunikasi pada masa yang sebenar.

12.6.2 Perkhidmatan Digitaline II (DQ)

Page 128: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Digitaline II direkacipta oleh TM untuk memenuhi permintaan yang

mendesak dalam suasana perniagaan hari ini. Dengan menggunakan teknologi

Digital II yang terkini iaitu end-to-end, mengurus dan transmisi berkelajuan tinggi

iaitu 64Kbps, N x 64Kbps sehingga 3Mbps. Elemen rangkaian Digitaline II adalah:

Digital Cross – Connect (DXC) Equipment

Access Node (AN)

Flexible Multiplexer (FMX)

Network Terminating Unit (NTU)

Elemen-elemen ini diurus dan dikawalselia sepenuhnya secara remote iaitu

dari jarak jauh oleh INMS (Integrated Network Management System) di mana ia

diurus 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Tulang belakang rangkaian Digitaline II

adalah sistem fiber optik. Dengan cara ini, sambungan digital secara mesh topology

yang menghubungkan melepasi peralatan yang terdapat di Malaysia lebih selamat.

Akses pelanggan rangkaian Digitaline II adalah menggunakan NTU

(Network-terminating Unit) yang juga dikenali sebagai DCE (Digital Customer

Equipment) di mana ia berfungsi seakan modem. NTU di sediakan oleh TM dan

dipasang di premis pelanggan. Pada keseluruhannya kemudahan pengujian,

synchronization secara automatik dan kemudahan laluan membuatkan Digitaline II

lebih efektif.

Walaupun Digitaline II dibina untuk penghantaran data, ia juga membekalkan

keperluan julat yang besar untuk aplikasi seperti mixed voice dan data di dalam

circuit yang sama, transmisi faksimili berkelajuan tinggi, persidangan video (VC),

PBX tie line connection, CAD/CAM, penghantaran imej video, LAN dan WAN dan

rangkaian persendirian. Perkhidmatan DQ boleh diklasifikasikan seperti berikut:

Kelajuan

- kelajuan rendah (64Kbps sehingga 128Kbps)

- kelajuan tinggi (256Kbps dan seterusnya)

Jenis rangkaian yang digunakan - bergantung vendor yang membekalkan

topologi rangkaian tersebut.

-12XXXXXX – Marconi I

-13XXXXXX – Marconi II

-14XXXXXX – Tellabs

Page 129: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

NTU (Network Terminal Unit) yang digunakan untuk DQ berkelajuan rendah adalah

seperti berikut:

DQ12XXXXXX : MD72 dan MAT6D – Marconi

DQ14XXXXXX : STU 160 – Tellabs

Manakala NTU yang digunakan untuk DQ berkelajuan tinggi adalah :

DQ12XXXXXX : MD73 – Marconi

DQ13XXXXXX : NT-HDSL WATSON II – Marconi II

DQ13XXXXXX : RNU8C – Marconi II

DQ14XXXXXX : CTU-S – Tellabs

DQ14XXXXXX : SBM2048M Mininode – Tellabs

Gambar 12.1 : MLCN

Page 130: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

BAB 13

KOMEN DAN CADANGAN

Sepanjang menjalankan Latihan Industri di TM Kota Belud, berbagai

pengalaman dan pengetahuan yang dapat saya pelajari. Pengetahuan ini adalah

sangat berguna dan boleh dijadikan sebagai panduan di masa hadapan. Selain itu

saya dapat mempelajari benda-benda baru yang berkaitan peralatan-peralatan dan

teknlogi-teknologi terkini yang tidak mungkin dapat diperolehi dengan hanya

mengikuti kuliah sahaja.

Saya amat berterima kasih kepada semua staf-staf TM yang telah banyak

memberi bimbingan kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Selepas menamatkan

Latihan Industri yang memakan masa selama 22 minggu di TM Kota Belud, terdapat

beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan untuk memperbaiki perkhidmatan

dan mengukuhkan lagi kepercayaan pelanggan terhadap TM.

Cadangan utama yang saya ingin utarakan adalah yang berkaitan dengan

kecurian kabel yang berleluasa di sekitar kawasan Kota Belud. Masalah kecurian ini

adalah masalah yang paling membimbangkan kerana ia menyumbang kepada

Page 131: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

tingginya peratus TR di Kota Belud. Untuk membanteras masalah ini, penggera

perlulah di pasang di setiap kabel yang berpotensi untuk dicuri. Satu alat pengesan

dipasang di hujung kabel ataupun di kotak DP manakala penggeranya pula

dipasangkan di pondok pengawal di kawasan ibusawat. Sekiranya kabel itu

dipotong, penggera itu akan berbunyi secara automatik dan pengawal yang

bertugas bolehlah mengambil tindakan yang sewajarnya seperti menghubungi pihak

polis ataupun pegawai TM. Selain itu pihak Saf & Access perlu sentiasa berhubung

dengan pihak polis sekiranya berlaku masalah kecurian. Pemantauan yang kerap

juga perlu dilakukan di kawasan-kawasan kabel yang sering dicuri terutama Kg

Tambulion.

Cadangan lain yang saya rasa perlu dititik beratkan adalah yang berkaitan

dengan kabel utama di kawasan Kota Belud yang kebanyakannya telah usang dan

terlalu tua. Kabel usang juga boleh menjadi penyumbang utama TR dan sering

mendatangkan masalah besar atau major breakdown. Ia perlulah digantikan dengan

kabel-kabel yang baru ataupun digantikan dengan kabel fiber optik yang jauh lebih

moden. Sekiranya ini dapat dilakukan, kepercayaan pelanggan akan bertambah dan

TM akan menjadi pilihan utama di hati pelanggan.

Selain itu, bagi kawasan-kawasan yang perkhidmatannya menggunakan

kabel fiber optik, perlulah dipastikan ia mendapat bekalan kuasa elektrik yang tetap

dan jarang terputus. Peralatan fiber optik yang bekalan elektriknya sering terputus

akan mendatangkan masalah dan mengundang banyak TR.

Akhir sekali, masalah kekurangan anggota juga perlu diambil perhatian.

Banyak terdapat TR yang gagal dibaiki mengikut masa yang ditetapkan adalah

disebabkan oleh kekurangan anggota apabila ada anggota yang bercuti. Saf &

Access perlu mengambil tindakan menambah anggota untuk menampung masalah

ini. Di harap cadangan ini dapat meningkatkan lagi prestasi kerja TM.

Page 132: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

BAB 14

KESIMPULAN

Selepas 22 minggu menjalankan Latihan Industri yang bermula pada 12

Januari 2009 dan berakhir pada 12 Jun 2009, banyak pengalaman berharga dan

pengetahuan yang telah saya perolehi. Menjalani latihan di TM Kota Belud telah

memberi peluang kepada saya untuk mempelajari tentang teknologi-teknologi baru

dan terkini. Di TM ini juga saya berkesempatan mempelajari bagaimana talian

telefon boleh berfungsi sehingga ke premis pelanggan. Bermula di MDF, talian

telefon itu disambungkan ke kabel utama hingga ke kabinet dan selepas itu ia

disambung pula ke kabel agihan hingga ke kotak DP dan akhir sekali drop wire

digunakan untuk menyambung talian tersebut hingga ke set telefon pelanggan.

Sebelum proses penyambungan ini dilakukan, proses menyediakan medium-

medium penghantaran tersebut mesti disediakan terlebih dahulu, dan proses ini

pula memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi.

Setelah proses menyambungkan talian telefon ke rumah pelanggan selesai,

pembaikan kerosakan juga penting dilakukan dengan segera bagi talian yang

menghadapi masalah. Proses pembaikan ini banyak memberikan pengalaman baru

Page 133: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

kepada saya. Selain itu saya juga berpeluang mempelajari teknologi fiber optic,

kecanggihan ADSL, Pengurusan Pelanggan dan kepentingan data.

Akhir sekali Latihan Industri ini dapat mendisiplinkan saya dengan menepati

jadual kerja yang telah ditetapkan dengan lebih efisien. Ini amat penting kerana buat

masa ini pengurusan masa (time management) amat penting untuk dititik beratkan

di mana-mana syarikat. Begitu juga di TM, ketepatan masa amat diperlukan untuk

menjamin perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan. Manakala di Saf & Access

pula sangat menitik beratkan ketepatan masa bekerja, ketepatan masa membuat

pemasangan telefon dan ketepatan masa membaiki kerosakan diperlukan kerana

Saf & Access adalah salah satu tulang belakang kepada TM.

RUJUKAN

Page 134: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

01) Refresher Course For Introduction To Local Network, MMC Sabah..

02) Refresher Course For Optical Fiber, MMC Sabah.

03) MSB Wiring & Cabling Practices, MMC Sabah.

04) Local Access Network, MMC Kuala Lumpur.

05) Optical Fiber Communication, MMC Kuala Lumpur.

06) tmnet Streamyx by TmNet Sdn Bhd, 3rd Nov 2004

07) http://products.telekom.com.my/tmhistory/dawn.htm

08) http://www.intra.tm/NMO/ANOC/

09) http://www.ssiltd.co.uk/services/adsl-advantages.asp

10) http://www.SAMS.tm.com.my

11) http://10.1.51.119/FLOAT/frame.html

Page 135: akupunyadoc

MERINTIS KEMUNGKINAN

Lampiran

Contoh Orders

Docket

Borang Permohonan Talian

Borang Streamyx

Borang TM net

Gambar-Gambar