akta warisankebangsaan2005

83
Warisan Kebangsaan 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 645 AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Jun 2006 National Heritage 1 LAWS OF MALAYSIA REPRINT Act 645 NATIONAL HERITAGE ACT 2005 Incorporating all amendments up to 1 June 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

Upload: tengku-puteh-tippi

Post on 05-Dec-2014

1.528 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Warisan Kebangsaan 1

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 645

AKTA WARISAN KEBANGSAAN2005

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Jun 2006

National Heritage 1

LAWS OF MALAYSIA

REPRINT

Act 645

NATIONAL HERITAGE ACT 2005Incorporating all amendments up to 1 June 2006

PUBLISHED BYTHE COMMISSIONER OF LAW REVISION, MALAYSIA

UNDER THE AUTHORITY OF THE REVISION OF LAWS ACT 1968IN COLLABORATION WITH

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

2 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 30 Disember 2005

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 31 Disember 2005

Warisan Kebangsaan 3

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN WARISAN

3. Dasar berhubung dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan

BAHAGIAN III

PENTADBIRAN AKTA

4. Pelantikan Pesuruhjaya Warisan

5. Pelantikan pegawai

6. Fungsi Pesuruhjaya

7. Kuasa Pesuruhjaya

BAHAGIAN IV

MAJLIS WARISAN KEBANGSAAN

8. Penubuhan Majlis Warisan Kebangsaan

9. Fungsi Majlis

10. Keanggotaan Majlis

11. Setiausaha

12. Tempoh jawatan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 645

AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

4 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

Seksyen

13. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota

14. Pengosongan jawatan

15. Pengisian kekosongan

16. Mesyuarat Majlis

17. Tatacara mesyuarat

18. Jawatankuasa

19. Saraan atau elaun

BAHAGIAN V

KUMPULAN WANG WARISAN

20. Penubuhan Kumpulan Wang

21. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

22. Akaun dan audit

BAHAGIAN VI

DAFTAR WARISAN KEBANGSAAN

23. Daftar Warisan Kebangsaan

BAHAGIAN VII

TAPAK WARISAN

Bab 1

Penetapan tapak warisan

24. Penetapan Tapak Warisan

25. Tapak bersempadanan dan berdekatan

26. Pemeriksaan tapak

27. Notis kepada pemunya, dsb.

28. Bantahan

29. Pendengaran

30. Keizinan Pihak Berkuasa Negeri

31. Keputusan Pesuruhjaya

32. Notis kepada pihak berkuasa perancang tempatan

Warisan Kebangsaan 5

Bab 2

Perintah Perlindungan Interim

Seksyen

33. Pesuruhjaya boleh membuat Perintah Perlindungan Interim34. Tempoh Perintah Perlindungan Interim35. Kerja-kerja yang dibenarkan semasa Perintah Perlindungan Interim

Bab 3

Urusan yang melibatkan tapak warisan

36. Notis niat untuk menjual tapak warisan37. Pertukaran pemunya tapak warisan

Bab 4

Pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan

38. Jagaan tapak warisan39. Pemeriksaan tapak warisan40. Permohonan bagi kebenaran merancang bagi tapak warisan41. Perintah Pemeliharaan Monumen42. Kewajipan untuk menjaga tapak warisan dalam keadaan baik43. Pembiayaan kerja pemuliharaan44. Kuasa untuk mengenakan fi masuk

Bab 5

Kawasan pemuliharaan dan pelan pengurusan pemuliharaan

45. Kawasan pemuliharaan46. Pelan pengurusan pemuliharaan

BAHAGIAN VIII

OBJEK WARISAN

Bab 1

Penjumpaan objek

47. Penjumpaan objek48. Hak keempunyaan objek

49. Pengisytiharan sebagai objek warisan oleh Pesuruhjaya

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

Bab 2

Permohonan bagi pendaftaran

Seksyen

50. Permohonan bagi pendaftaran objek warisan

51. Kelulusan atau penolakan permohonan bagi pendaftaran

52. Perakuan pendaftaran

Bab 3

Pengurusan objek warisan

53. Pampasan bagi objek warisan tertentu

54. Penguntukan bahagian dalam objek warisan

55. Pertikaian mengenai pampasan atau penguntukan

56. Penjualan atau pelupusan objek warisan

57. Notis niat untuk menjual atau memindahmilikan objek warisan

58. Pertukaran pemunya objek warisan

59. Pemuliharaan objek warisan

60. Pemuliharaan warisan kebudayaan tidak ketara

BAHAGIAN IX

WARISAN KEBUDAYAAN DI BAWAH AIR

61. Penjumpaan warisan kebudayaan di bawah air

62. Milikan, jagaan atau kawalan warisan kebudayaan di bawah air bolehalih

63. Pengisytiharan warisan kebudayaan di bawah air

64. Zon yang dilindungi

65. Kerja salvaj dan penggalian hendaklah dilesenkan

66. Pemunyaan warisan kebudayaan di bawah air yang dijumpai semasapengukuran, salvaj atau penggalian

BAHAGIAN X

WARISAN KEBANGSAAN

67. Pengisytiharan Warisan Kebangsaan

68. Penamaan sebagai Warisan Kebangsaan

Warisan Kebangsaan 7

Seksyen

69. Pemunyaan atau pemilikan Warisan Kebangsaan

70. Pertukaran pemunyaan Warisan Kebangsaan

71. Penyenaraian Warisan Kebangsaan dalam Daftar

72. Pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan

BAHAGIAN XI

HARTA KARUN

73. Keseragaman undang-undang berkenaan dengan harta karun

74. Notis penjumpaan harta karun

75. Pemberitahuan bagi siasatan

76. Masa yang dibenarkan bagi guaman oleh pihak menuntut

77. Bila harta karun boleh diisytiharkan tiada pemunya

78. Apabila harta karun terletak hak pada Kerajaan Negeri

79. Pelupusan harta karun

80. Kuasa Pesuruhjaya untuk memeriksa apa-apa harta karun

81. Kesalahan

82. Pelucuthakan tuntutan kepada dan kepentingan dalam harta karun

BAHAGIAN XII

PELESENAN

Bab 1

Eksport dan import butiran warisan

83. Lesen untuk mengeksport

84. Pengimportan butiran warisan asing

85. Menteri boleh menetapkan tatacara yang perlu

Bab 2

Lesen untuk menggali

86. Penggalian objek warisan

87. Permohonan bagi lesen untuk menggali

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

Seksyen

88. Kelulusan atau penolakan lesen untuk menggali

89. Terma dan syarat lesen

90. Pelanjutan dan pembatalan lesen

Bab 3

Pendaftaran peniaga butiran warisan

91. Peniaga berdaftar butiran warisan

92. Maklumat mengenai butiran warisan yang dicuri

93. Laporan penjualan atau pembelian butiran warisan

94. Pegawai penguat kuasa boleh memasuki dan menggeledah premisperniagaan peniaga berdaftar, dsb.

95. Penyerahan kepada pemunya

BAHAGIAN XIII

RAYUAN

96. Rayuan

BAHAGIAN XIV

KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENGUATKUASAAN,PENYITAAN, PENANGKAPAN, DSB.

97. Pelantikan pegawai penguat kuasa

98. Kuasa untuk menyiasat

99. Kad kuasa

100. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

101. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

102. Pemeriksaan orang

103. Penyitaan benda, dsb.

104. Notis penyitaan

105. Kuasa penangkapan

106. Menghalang penggeledahan, dsb.

Warisan Kebangsaan 9

107. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes

108. Pemeriksaan orang yang mengetahui kes

109. Kebolehterimaan pernyataan orang tertuduh

110. Pelucuthakan benda, dsb., yang disita

111. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan bolehdidapatkan

BAHAGIAN XV

KESALAHAN

112. Kesalahan berkenaan dengan tapak warisan

113. Kesalahan berkenaan dengan objek warisan

114. Kesalahan berkenaan dengan Warisan Kebangsaan

BAHAGIAN XVI

PELBAGAI

115. Pendakwaan

116. Bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama

117. Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

118. Penalti am

119. Pengkompaunan kesalahan

120. Pekhidmat awam

121. Kekebalan daripada tindakan undang-undang

122. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

123. Pewakilan kuasa

124. Peraturan-peraturan

BAHAGIAN XVII

PERUNTUKAN PEMANSUHAN DAN KECUALIAN

125. Pemansuhan dan kecualian

126. Pencegahan anomali

Seksyen

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

Warisan Kebangsaan 11

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemuliharaan danpemeliharaan Warisan Kebangsaan, warisan semula jadi, warisankebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan di bawahair, harta karun dan bagi perkara-perkara yang berkaitan.

[1 Mac 2006; P.U. (B) 53/2006]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Warisan Kebangsaan2005.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkanoleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan Menteriboleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasaAkta ini bagi bahagian yang berlainan dalam Malaysia.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 645

AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

Tafsiran

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“bangunan” ertinya suatu bangunan atau kumpulan bangunanyang berasingan atau bersambung, yang disebabkan oleh seni binanya,kehomogenannya atau tempatnya dalam landskap, mempunyai nilaisejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains;

“benda purba” ertinya—

(a) mana-mana objek boleh alih yang berusia atausemunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnyalima puluh tahun;

(b) mana-mana bahagian daripada mana-mana objek yangtelah pada mana-mana tarikh yang terkemudian ditambahatau dibina semula atau dibaik pulih; dan

(c) mana-mana peninggalan manusia, tumbuh-tumbuhan atauhaiwan yang berusia atau semunasabahnya dipercayaiberusia sekurang-kurangnya satu ratus tahun;

“butiran warisan” ertinya apa-apa Warisan Kebangsaan, tapakwarisan, objek warisan atau warisan kebudayaan di bawah airyang disenaraikan dalam Daftar;

“butiran warisan asing” ertinya mana-mana butiran yang ditetapkandan dilindungi sedemikian oleh perundangan sesuatu negara asing,yang merupakan suatu pihak kepada suatu triti tentang perlindunganobjek atau bahan kebudayaan;

“Daftar” ertinya Daftar Warisan Kebangsaan yang diwujudkandan disenggarakan di bawah seksyen 23 yang mengandungi suatusenarai butiran warisan;

“harta karun” ertinya apa-apa wang, syiling, emas, perak, saduran,barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek atau bendabernilai yang dijumpai tersembunyi dalam, atau dijumpai dalamapa-apa jua yang melekat pada, tanah atau dasar sesuatu sungaiatau tasik atau laut, yang tuan punyanya tidak diketahui atau tidakdapat dijumpai, tetapi tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaanketara;

Warisan Kebangsaan 13

“kawasan” termasuklah kerja manusia atau gabungan kerja alamdan manusia, dan kawasan yang termasuk tapak zaman purba yangmempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah,estetik, etnologi atau antropologi;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Warisan yangditubuhkan di bawah seksyen 20;

“lapangan terbang kastam” dan “pelabuhan kastam” mempunyaierti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967[Akta 235];

“Majlis” ertinya Majlis Warisan Kebangsaan yang ditubuhkandi bawah seksyen 8;

“melindungi” ertinya pengenalpastian, perlindungan, pemuliharaan,pembaikpulihan, pengubahelokan, penyenggaraan, pendokumenandan penggiatan semula perkara, artifak, kawasan bersejarah atautradisional dan persekitarannya;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengantanggungjawab bagi warisan;

“monumen” ertinya kerja seni bina, kerja membuat arca danmengecat monumen, elemen atau struktur daripada jenis arkeologi,inskripsi, penghunian gua dan gabungan ciri, yang mempunyainilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atausains;

“objek” termasuklah mana-mana benda purba boleh alih, warisankebudayaan ketara, warisan kebudayaan tidak ketara dan objekbersejarah tetapi tidak termasuk harta karun;

“objek bersejarah” ertinya apa-apa artifak atau objek lain yangpadanya terdapat kepentingan keagamaan, tradisional, artistik ataubersejarah dan termasuklah mana-mana—

(a) bahan etnografi seperti alat rumah tangga atau pertanian,benda perhiasan atau perhiasan diri;

(b) kerja seni seperti ukiran, pembuatan arca, lukisan, senibina, tekstil, alat muzik, senjata dan apa-apa kerja tanganlain;

(c) manuskrip, syiling, wang kertas, pingat, lencana, lambangkebesaran, jata, panji-panji, senjata atau perisai; atau

(d) kenderaan, kapal dan bot, yang sebahagian ataukeseluruhannya yang pengeluarannya telah dihentikan;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

“objek warisan” ertinya sesuatu objek yang diisytiharkandi bawah seksyen 49 atau yang didaftarkan di bawah seksyen 51sebagai objek warisan;

“pegawai kastam yang hak” mempunyai erti yang sama yangdiberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967;

“pegawai pelabuhan” mempunyai erti yang sama yang diberikankepadanya oleh Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. No. 70tahun 1952];

“pegawai penguat kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang dilantikoleh Menteri di bawah seksyen 97;

“pelan pengurusan pemuliharaan” ertinya pelan bagi pemuliharaanyang disediakan di bawah seksyen 46;

“pembaikpulihan” ertinya proses memulihkan secara tepat, rupabentuk dan perincian suatu struktur atau sebahagian daripada suatustruktur serta kedudukan struktur itu, sebagaimana yang didapatipada suatu tempoh masa, dengan mengalihkan kerja yang terkemudiandan menggantikan kerja asal yang hilang, dan termasuklah—

(a) pembaikpulihan sepenuhnya yang melibatkan kedua-duabahagian luar dan dalam;

(b) pembaikpulihan sebahagian yang melibatkan bahagianluar, bahagian dalam, atau mana-mana gabungan sebahagiandan digunakan apabila hanya bahagian sesuatu strukturadalah penting dalam menunjukkan nilai kebudayaan padaperingkat kepentingan sejarah, atau menyumbang kepadanilai yang baginya kawasan itu ditetapkan; dan

(c) pembaikpulihan secara penyesuaian yang melibatkankesemua atau sebahagian pembaikpulihan luar denganbahagian dalam disesuaikan bagi suatu kegunaan berfungsimoden;

“pembinaan semula” ertinya proses menghasilkan semula secaratepat melalui suatu pembinaan baru, rupa bentuk dan perinciansuatu struktur yang telah hilang, atau sebahagian daripada strukturitu, sebagaimana yang didapati pada suatu tempoh masa dantermasuklah pembinaan semula keseluruhan atau sebahagian;

Warisan Kebangsaan 15

“pemeliharaan” ertinya bertujuan untuk memberhentikankemerosotan lanjut, reput atau keadaan usang dan menyediakanstruktur yang selamat dan kukuh tetapi tidak menjangkakanpembangunan semula yang penting dan termasuklah—

(a) teknik membantutkan atau memperlahankan proseskemerosotan, reput atau keadaan usang sesuatu butiranatau struktur;

(b) pembaikan keadaan struktur untuk menjadikan sesuatustruktur selamat, boleh didiami, atau selainnya berguna;dan

(c) penyenggaraan biasa dan pembaikan kecil yang tidakmengubah atau memudaratkan rupa fabrik atau sejarahsesuatu struktur;

“pemulihan” ertinya proses mengembalikan sesuatu harta kepadakeadaan kebergunaan melalui pembaikan atau pengubahan, yangmemungkinkan penggunaan semasa yang efisien sambil memeliharabahagian dan ciri harta itu yang penting kepada seni binabersejarahnya;

“pemuliharaan” termasuklah pemeliharaan, pembaikpulihan,pembinaan semula, pemulihan dan penyesuaian atau mana-managabungannya;

“pemunya”, berhubung dengan mana-mana tanah, ertinya pemunyaberdaftar atau pemegang melalui pegangan ikut adat tanah itu;

“penduduk” termasuklah orang yang bercucuk-tanam atau orangyang sebenarnya memiliki, menguruskan atau mengawal mana-manatanah, dan termasuklah mana-mana orang yang mempunyai milikanatau kawalan mana-mana harta alih di premis atau tanah itu;

“pengumpul” ertinya mana-mana orang yang memperoleh warisankebudayaan boleh alih yang ketara bagi maksud selain bagi jualan;

“peniaga” ertinya mana-mana orang yang menerima keuntungandaripada pembelian dan penjualan semula ekshibit dan termasuklahseseorang peniaga berdaftar;

“peniaga berdaftar” ertinya mana-mana peniaga yang dilesenkandi bawah seksyen 91;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

“perairan Malaysia” ertinya perairan wilayah Malaysia yangditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurattahun 1969 [P.U. (A) 307A/1969];

“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Warisan yang dilantik di bawahseksyen 4;

“pihak berkuasa perancang tempatan” hendaklah mempunyaierti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta PerancanganBandar dan Desa 1976 [Akta 172] di Semenanjung Malaysia danpihak berkuasa perancang yang berwibawa di bawah undang-undangNegeri Sabah dan Sarawak;

“relik arkeologi” ertinya—

(a) mana-mana mendapan arkeologi; atau

(b) mana-mana artifak, peninggalan atau keterangan matanyang dikaitkan dengan mendapan arkeologi,

di mana-mana bahagian Malaysia dan berusia lima puluh tahunatau lebih;

“rizab arkeologi” ertinya suatu kawasan yang di dalamnya relikarkeologi terletak;

“tapak” termasuklah mana-mana kawasan, tempat, zon, warisansemula jadi, monumen atau bangunan yang melekat pada tanah,rizab arkeologi dan mana-mana tanah dengan bangunan, taman,pokok atau rizab arkeologi;

“tapak warisan” ertinya sesuatu tapak yang ditetapkan sebagaitapak warisan di bawah seksyen 24;

“warisan” membawa pengertian generik Warisan Kebangsaan,tapak, objek dan warisan kebudayaan di bawah air sama adadisenaraikan atau tidak dalam Daftar;

“Warisan Kebangsaan” ertinya mana-mana tapak warisan, objekwarisan, warisan kebudayaan di bawah air atau mana-mana oranghidup yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawahseksyen 67;

Warisan Kebangsaan 17

“warisan kebudayaan” termasuklah bentuk ketara atau tidak ketaraharta, struktur atau artifak kebudayaan dan boleh termasuk perkara,objek, butiran, artifak, struktur pembentukan, persembahan, tarian,nyanyian, muzik warisan yang penting kepada cara hidup rakyatMalaysia, dari segi sejarah atau semasa, di atas atau di dalam tanahatau warisan kebudayaan di bawah air bagi bentuk ketara tetapitidak termasuk warisan semula jadi;

“warisan kebudayaan di bawah air” ertinya segala kesan kewujudanmanusia yang mempunyai sifat kebudayaan, sejarah atau arkeologiyang sebahagiannya atau keseluruhannya di bawah air, berkalaatau berterusan, selama sekurang-kurangnya satu ratus tahun seperti—

(a) tapak, struktur, bangunan, artifak dan peninggalan manusia,bersama-sama dengan konteks arkeologi dan semulajadinya;

(b) vesel, pesawat udara, kenderaan lain atau mana-manabahagiannya, kargo atau kandungan lainnya, bersama-sama dengan konteks arkeologi dan semula jadinya; dan

(c) objek bersifat prasejarah;

“warisan kebudayaan ketara” termasuklah kawasan, monumendan bangunan;

“warisan kebudayaan tidak ketara” termasuklah mana-mana bentukungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang dihasilkanmelalui muzik, not, lirik boleh didengar, nyanyian, lagu rakyat,tradisi lisan, puisi, muzik, tarian sebagaimana yang dihasilkanmelalui seni pentas, persembahan teater, penggubahan bunyi danmuzik, seni mempertahankan diri, yang telah wujud atau wujudberhubung dengan warisan Malaysia atau mana-mana bahagianMalaysia atau berhubung dengan warisan masyarakat Malaysia;

“warisan kebudayaan yang penting” ertinya warisan kebudayaanyang mempunyai nilai estetik, arkeologi, seni bina, kebudayaan,sejarah, saintifik, sosial, spiritual, linguistik atau teknologi;

“warisan semula jadi” termasuklah ciri-ciri semula jadi mana-mana kawasan di Malaysia yang terdiri daripada pembentukantanah secara fizikal atau biologi atau kumpulan pembentukan itu,ciri geologi atau fisiografi, gunung, sungai, anak sungai, pembentukanbatu, pesisir laut atau mana-mana tapak semula jadi yang mempunyainilai yang menonjol dari pandangan semula jadi, sains, pemuliharaansejarah atau keindahan semula jadi termasuk flora dan fauna Malaysia;

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

“zon” ertinya sesuatu kawasan atau sebahagian daripada sesuatukawasan bagi maksud pemeliharaan dan pembaikpulihan berkenaandengan landskap luar bandar dan bandar, sama ada semula jadiatau buatan manusia, yang mempunyai apa-apa warisan kebudayaanyang penting.

(2) Dalam Akta ini, sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeriberhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WilayahPersekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklahditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawabbagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah PersekutuanLabuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

(3) Bagi maksud Akta ini, yang berikut tidak boleh dianggapsebagai warisan kebudayaan di bawah air:

(a) saluran paip dan kabel yang ditempatkan di atas dasarlaut; dan

(b) pepasangan selain saluran paip dan kabel, yang ditempatkandi atas dasar laut.

BAHAGIAN II

PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN WARISAN

Dasar berhubung dengan pemuliharaan dan pemeliharaanwarisan

3. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Menteri hendaklahbertanggungjawab menyediakan atau mengeluarkan dasar,pernyataan atau arahan berkenaan dengan apa-apa perkara, urusan,strategi atau pengendalian pemuliharaan dan pemeliharaanwarisan.

(2) Menteri tidak boleh menyediakan atau mengeluarkanapa-apa dasar, pernyataan atau arahan di bawah subseksyen (1)jika perkara, urusan, strategi atau pengendalian pemuliharaan danpemeliharaan warisan melibatkan kuasa atau bidang kuasa Negerimelainkan jika Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan telahdirundingi.

Warisan Kebangsaan 19

BAHAGIAN III

PENTADBIRAN AKTA

Pelantikan Pesuruhjaya Warisan

4. (1) Maka hendaklah dilantik oleh Menteri, seorang pegawaiyang dikenali sebagai “Pesuruhjaya Warisan” bagi maksudmenjalankan kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Pesuruhjayadi bawah Akta ini.

(2) Pelantikan Pesuruhjaya hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Pesuruhjaya yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklahmenjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurundan mempunyai suatu meterai perbadanan.

(4) Pesuruhjaya boleh membawa guaman dan dibawa guamanatas namanya.

(5) Pegawai yang dilantik menjadi Pesuruhjaya hendaklahmemegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahundan adalah layak untuk dilantik semula.

Pelantikan pegawai

5. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melantik apa-apabilangan Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya, pegawaiyang diberi kuasa dan mana-mana pegawai lain sebagaimana yangperlu untuk membantu Pesuruhjaya dalam melaksanakan fungsinyadan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.

(2) Semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)hendaklah tertakluk kepada pengawasan, arahan dan kawalanPesuruhjaya.

Fungsi Pesuruhjaya

6. Fungsi Pesuruhjaya adalah seperti yang berikut:

(a) untuk menentukan penetapan tapak, pendaftaran objekdan warisan kebudayaan di bawah air;

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(b) untuk mewujudkan dan menyenggarakan Daftar dan untukmenentukan dan menetapkan kategori warisan yang hendakdisenaraikan dalam Daftar;

(c) untuk mengawasi dan menyelia pemuliharaan,pemeliharaan, pembaikpulihan, penyenggaraan,penggalakan, pemameran dan kemudahan akses warisan;

(d) untuk menggalakkan dan memudahkan apa-apapenyelidikan yang berhubungan dengan warisan;

(e) untuk membenarkan, memantau dan mengawasi penggalianbagi maksud warisan;

(f) untuk menyenggarakan dokumen-dokumen yangberhubungan dengan apa-apa penggalian, penjelajahan,penjumpaan atau pencarian warisan;

(g) untuk menubuhkan dan menyenggarakan perhubungandan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Negeri berkenaandengan pemuliharaan dan pemeliharaan perkara-perkarawarisan;

(h) untuk menasihati dan menyelaraskan dengan pihak berkuasaperancang tempatan, Majlis dan badan dan entiti lain disemua peringkat bagi maksud melindungi, menggalakkandan berurusan dengan apa-apa warisan;

(i) untuk menggalakkan dan mengawal selia standard danamalan yang terpakai dalam pemuliharaan dan pemeliharaanwarisan;

(j) untuk menasihati Menteri berhubung dengan apa-apaperkara berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaanwarisan;

(k) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain di bawah Aktaini sebagaimana yang diberikan oleh Menteri dari semasake semasa; dan

(l) untuk melakukan semua perkara yang bersampingan denganatau berbangkit daripada penunaian kuasa dan fungsinya.

Kuasa Pesuruhjaya

7. Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, kuasa Pesuruhjayaadalah seperti yang berikut:

(a) untuk membuat kontrak;

Warisan Kebangsaan 21

(b) untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang danmenikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih;

(c) untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik,memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis,menyerahhakan semula, memindahkan hakmilik, atauselainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusanmengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih danapa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau takalih, yang terletak hak pada Pesuruhjaya; dan

(d) untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnyaperlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.

BAHAGIAN IV

MAJLIS WARISAN KEBANGSAAN

Penubuhan Majlis Warisan Kebangsaan

8. Maka hendaklah ditubuhkan Majlis Warisan Kebangsaan.

Fungsi Majlis

9. (1) Fungsi Majlis adalah—

(a) untuk menasihati Menteri dan Pesuruhjaya tentang segalaperkara yang berhubungan dengan warisan, dan pentadbiranwajar dan penguatkuasaan undang-undang yangberhubungan dengan warisan; dan

(b) untuk menasihati Menteri dan Pesuruhjaya tentang mana-mana perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteriatau Pesuruhjaya.

(2) Menteri dan Pesuruhjaya tidak terikat untuk bertindak atasnasihat Majlis.

Keanggotaan Majlis

10. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a) Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(b) Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian danWarisan atau wakilnya;

(c) Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan atau wakilnya;(d) Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa atau

wakilnya;(e) Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti atau

wakilnya;(f) Pesuruhjaya; dan(g) tidak lebih daripada enam anggota lain, sekurang-kurangnya

seorang daripadanya ialah pegawai awam yang mempunyaipengalaman atau kepakaran berhubung dengan pengurusan,pemuliharaan atau pemeliharaan tapak dan objek semulajadi atau warisan kebudayaan yang penting, yang hendaklahdilantik oleh Menteri.

(2) Menteri boleh melantik mana-mana anggota Majlis untukmelaksanakan fungsi Pengerusi—

(a) jika bagi apa-apa tempoh substansial Pengerusi tidakberupaya, disebabkan sakit, cuti atau apa-apa sebab lain,untuk melaksanakan fungsinya; atau

(b) semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi.

(3) Anggota yang dilantik sebagai Pengerusi di bawahsubseksyen (2) hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsiPengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Setiausaha

11. Maka hendaklah ada seorang setiausaha kepada Majlis yanghendaklah dilantik oleh Pesuruhjaya.

Tempoh jawatan

12. Tertakluk kepada seksyen 13, anggota yang dilantik di bawahperenggan 10(a) atau (g) hendaklah, melainkan jika dia meletakkanjawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya terlebih dahuludibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tigatahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masapelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

Warisan Kebangsaan 23

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota

13. (1) Pelantikan anggota di bawah perenggan 10(a) atau (g)boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.

(2) Seorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a)atau (g) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya denganmemberikan empat belas hari notis bertulis yang ditujukan kepadaMenteri.

Pengosongan jawatan

14. Jawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan10(a) atau (g) hendaklah menjadi kosong jika—

(a) dia meninggal dunia;

(b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkanatas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan ataukeburukan akhlak;

(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undangyang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum denganpemenjaraan (pemenjaraan sahaja atau sebagaitambahan kepada denda atau sebagai ganti denda)selama lebih daripada dua tahun;

(c) dia menjadi bankrap;

(d) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupayamenunaikan kewajipannya;

(e) dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi dan dalam hal Pengerusitanpa kebenaran Menteri;

(f) peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(g) pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

Pengisian kekosongan

15. Jika anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a) atau (g)terhenti menjadi anggota Majlis, Menteri boleh melantik seoranglain untuk mengisi kekosongan bagi baki tempoh anggota yangmengosongkan jawatan itu dilantik.

Mesyuarat Majlis

16. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perludalam setahun bagi melaksanakan fungsinya.

(2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuaratMajlis.

(3) Sesuatu mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Pengerusimelalui notis secara bertulis kepada anggota lain dan mesyuaratitu hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakandalam notis itu.

(4) Kuorum Majlis ialah lima orang.

(5) Keputusan Majlis hendaklah melalui undi majoriti, dan jikaterdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklahmempunyai undi pemutus.

Tatacara mesyuarat

17. Tertakluk kepada Akta ini, Majlis hendaklah menentukantatacara mesyuaratnya sendiri.

Jawatankuasa

18. Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa yang terdiri daripadaanggota Majlis atau orang yang bukan anggota Majlis atau gabungankedua-duanya untuk menasihati atau membantu Majlis atas apa-apa perkara berkenaan dengan fungsinya yang difikirkannya perludalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

Warisan Kebangsaan 25

Saraan atau elaun

19. Anggota Majlis atau jawatankuasa boleh dibayar daripadaKumpulan Wang apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yangboleh ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan MenteriKewangan.

BAHAGIAN V

KUMPULAN WANG WARISAN

Penubuhan Kumpulan Wang

20. (1) Bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang dikenalisebagai “Kumpulan Wang Warisan” ditubuhkan.

(2) Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggarakan dandikendalikan oleh Pesuruhjaya.

(3) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—(a) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen

daripada Kumpulan Wang Disatukan dan selainnya bagimaksud Akta ini;

(b) segala wang yang diterima melalui derma, hadiah ataupemberian;

(c) segala wang yang diperoleh daripada levi yang dikenakandi bawah Akta ini;

(d) faedah yang diterima daripada pelaburan melalui deposittetap wang yang ada pada kredit Kumpulan Wang;

(e) pembayaran balik apa-apa pinjaman yang dibayar di bawahAkta ini;

(f) segala wang yang ada pada kredit Kumpulan Wang yangtidak diperlukan dengan segera bagi maksud Akta inisebagaimana yang diluluskan oleh Menteri;

(g) segala wang yang dipinjam dengan keizinan MenteriKewangan bagi maksud Kumpulan Wang; dan

(h) segala wang atau harta lain yang boleh mengikut apa-apacara menjadi kena dibayar atau terletak hak padaPesuruhjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yangbersampingan dengan fungsi, kuasa atau kewajipannya.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada KumpulanWang

21. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yangberikut:

(a) pembayaran bagi pembelian warisan dan kawasanpemuliharaan mengikut Akta ini;

(b) pembayaran belanja yang dilakukan bagi—

(i) pemuliharaan dan pemeliharaan apa-apa warisandan kawasan pemuliharaan sama ada kawasan itudipunyai oleh Kerajaan atau selainnya;

(ii) menganjurkan kempen, penyelidikan, pembelajaran,penerbitan bahan bagi perlindungan warisan dankawasan pemuliharaan; dan

(iii) pemuliharaan dan pemeliharaan mana-mana butiranwarisan dan aktiviti yang bersampingan dengannya;

(c) apa-apa pembayaran pemberian atau pinjaman di bawahAkta ini; dan

(d) apa-apa pembayaran lain bagi maksud Akta ini.

Akaun dan audit

22. Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan akaun yang sepatutnyadisimpan dan disenggarakan berkenaan dengan Kumpulan Wangdan mematuhi peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan LaporanTahunan) 1980 [Akta 240].

BAHAGIAN VI

DAFTAR WARISAN KEBANGSAAN

Daftar Warisan Kebangsaan

23. (1) Pesuruhjaya hendaklah mewujudkan dan menyenggarakansuatu daftar yang dikenali sebagai Daftar Warisan Kebangsaansebagaimana yang ditetapkan yang mengandungi senarai butiranwarisan yang didaftarkan di bawah Akta ini.

Warisan Kebangsaan 27

(2) Pesuruhjaya hendaklah menjadikan Daftar tersedia untukpemeriksaan awam tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimanayang difikirkannya patut.

(3) Mana-mana orang boleh apabila dibayar fi yang ditetapkanoleh Menteri—

(a) memeriksa Daftar; dan(b) membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada,

Daftar.

BAHAGIAN VII

TAPAK WARISAN

Bab 1

Penetapan tapak warisan

Penetapan tapak warisan

24. Pesuruhjaya boleh menetapkan mana-mana tapak yangmempunyai warisan semula jadi atau warisan kebudayaan yangpenting menjadi tapak warisan.

Tapak bersempadanan dan berdekatan

25. (1) Jika suatu tapak tidak mempunyai warisan semula jadiatau warisan kebudayaan yang penting tetapi Pesuruhjaya berpuashati bahawa tapak itu patut ditetapkan sebagai tapak warisandisebabkan oleh kedekatannya kepada dan untuk perlindungan danpenambahbaikan tapak yang lain yang ditetapkan sebagai tapakwarisan di bawah seksyen 24, Pesuruhjaya boleh menetapkan tapakitu sebagai tapak warisan.

(2) Apa-apa penetapan yang dibuat di bawah subseksyen (1)hendaklah dibatalkan sekiranya penetapan tapak yang lain itudibatalkan.

Pemeriksaan tapak

26. (1) Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa memasuki sesuatutapak untuk memeriksa, meninjau, menyiasat atau menjalankanapa-apa kerja yang perlu bagi maksud menentukan sama ada untukmenetapkan tapak itu sebagai suatu tapak warisan.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(2) Pemunya atau penduduk tapak hendaklah diberikan suatunotis secara bertulis tidak kurang daripada tujuh hari dari apa-apakemasukan yang dicadangkan.

(3) Jika mana-mana orang membantah apa-apa kemasukan dibawah subseksyen (1) atas alasan keprihatinan atau keagamaan,kemasukan itu tidak boleh dilakukan kecuali dengan kebenaransecara bertulis Pihak Berkuasa Negeri yang tapak itu terletak.

(4) Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan denganpemunya atau penduduk tapak bagi apa-apa kerugian ataukerosakan yang dialami atau dikatakan telah dialami oleh pemunyaatau penduduk itu disebabkan oleh kemasukan di bawahsubseksyen (1).

(5) Mana-mana orang yang menghalang Pesuruhjaya atau engganmembenarkan kemasukan ke dalam mana-mana tapak bagipemeriksaan, peninjauan, penyiasatan, atau untuk menjalankan apa-apa kerja di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Notis kepada pemunya, dsb.

27. (1) Apabila penentuan dibuat untuk menetapkan suatu tapaksebagai tapak warisan, Pesuruhjaya hendaklah, sekurang-kurangnyaenam puluh hari sebelum membuat penetapan itu, memberikansuatu notis bertulis mengikut bentuk dan cara yang ditetapkan olehPesuruhjaya kepada pemunya tapak tentang niat untuk mendaftarkantapak itu sebagai tapak warisan.

(2) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas memberikannotis di bawah subseksyen (1) Pesuruhjaya hendaklah—

(a) menyebabkan disiarkan dalam Warta dan akhbartempatan—

(i) suatu notis niat untuk menetapkan tapak itu sebagaisuatu tapak warisan; dan

(ii) apa-apa perkara lain yang membentuk atau yangberhubungan dengan penetapan itu yang padapendapatnya wajar disiarkan; dan

Warisan Kebangsaan 29

(b) menfailkan suatu notis niat untuk menetapkan tapak itusebagai suatu tapak warisan di pejabat tanah tempat tapakitu terletak.

Bantahan

28. Pemunya tapak atau mana-mana orang lain yang terjejas atauberkemungkinan akan terjejas oleh penetapan tapak sebagai tapakwarisan boleh membuat bantahan terhadap penetapan tapak itudengan menyampaikan notis bantahan kepada Pesuruhjaya dalammasa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis di bawahperenggan 27(2)(a).

Pendengaran

29. Jika notis bantahan penetapan tapak itu disampaikan mengikutseksyen 28 Pesuruhjaya hendaklah menetapkan tarikh, masa dantempat untuk mendengar bantahan itu dan hendaklah, sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebelum tarikh pendengaranmenyampaikan notis pendengaran mengikut bentuk dan carasebagaimana yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya, kepada pihak yangmembantah dan pemunya tapak.

Keizinan Pihak Berkuasa Negeri

30. Jika sesuatu tapak terletak di dalam suatu Negeri,Pesuruhjaya hendaklah memperoleh keizinan Pihak BerkuasaNegeri bagi Negeri itu sebelum apa-apa penetapan dibuat.

Keputusan Pesuruhjaya

31. (1) Apabila Pesuruhjaya, selepas mendengar keteranganpihak-pihak, jika ada, berpuas hati bahawa—

(a) tapak itu ialah warisan kebudayaan yang penting; dan

(b) Pihak Berkuasa Negeri telah memberikan keizinannyadi bawah seksyen 30, dia hendaklah—

(i) menetapkan tapak itu sebagai tapak warisan;

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(ii) merekodkan tapak warisan itu dalam Daftar; dan

(iii) memberi pemunya suatu notis bertulis mengenaikeputusan Pesuruhjaya itu.

(2) Dengan seberapa segara yang mungkin selepas keputusandibuat di bawah subseksyen (1), Pesuruhjaya hendaklah—

(a) menyebabkan disiarkan dalam Warta dan akhbartempatan—

(i) suatu notis bahawa tapak itu telah ditetapkansebagai tapak warisan; dan

(ii) apa-apa perkara lain yang membentuk atau yangberhubungan dengan penetapan itu yang padapendapatnya wajar disiarkan; dan

(b) memfailkan suatu notis di pejabat tanah tempat tapakwarisan itu terletak yang memaklumkan bahawa tapakitu telah ditetapkan sebagai tapak warisan.

(3) Jika Pesuruhjaya membuat keputusan tidak meneruskanpenetapan tapak yang dicadangkan, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemunya tapak dan pejabat tanah tempat tapakitu terletak secara bertulis mengenai keputusan itu, dengan atautanpa memberikan apa-apa sebab.

Notis kepada pihak berkuasa perancang tempatan

32. Pesuruhjaya hendaklah memberitahu pihak berkuasa perancangtempatan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan tempat tapakwarisan itu terletak tentang penetapan tapak warisan itu supayapihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengambil kiraapa-apa perkara, dasar, strategi atau pelan tindakan berhubungdengan kepentingan tapak warisan itu dalam menyediakan apa-aparancangan pembangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatanitu di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 diSemenanjung Malaysia atau undang-undang Negeri yang berkaitandi Sabah dan Sarawak.

Warisan Kebangsaan 31

Bab 2

Perintah Perlindungan Interim

Pesuruhjaya boleh membuat Perintah Perlindungan Interim

33. (1) Apabila notis disampaikan kepada pemunya tapak di bawahsubseksyen 27(1) Pesuruhjaya boleh, dengan persetujuan PihakBerkuasa Negeri, mengeluarkan suatu Perintah Perlindungan Interimberhubung dengan sesuatu tapak jika pada pendapat Pesuruhjayaadalah perlu untuk berbuat demikian bagi maksud pemuliharaandan pemeliharaan tapak itu.

(2) Perintah Perlindungan Interim hendaklah mengandungi apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.

(3) Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan Perintah PerlindunganInterim disampaikan kepada pemunya tapak.

(4) Perintah Perlindungan Interim berkuat kuasa pada masapenyampaian Perintah Perlindungan Interim itu.

(5) Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa membatalkan PerintahPerlindungan Interim.

(6) Mana-mana orang yang melanggar Perintah PerlindunganInterim melakukan suatu kesalahan.

(7) Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan denganpemunya atau penduduk tapak bagi apa-apa kerugian atau kerosakanyang dialami atau dikatakan telah dialami oleh pemunya ataupenduduk itu disebabkan oleh Perintah Perlindungan Interim itu.

(8) Bagi maksud seksyen ini, Pihak Berkuasa Negeri hendaklahbererti Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri, mengikutmana-mana yang berkenaan.

Tempoh Perintah Perlindungan Interim

34. (1) Perintah Perlindungan Interim hendaklah terus berkuatkuasa—

(a) selama tempoh sembilan puluh hari atau selama apa-apatempoh selanjutnya sebagaimana yang dilanjutkan olehPesuruhjaya di bawah subseksyen (2); atau

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(b) sehingga—(i) tapak itu ditetapkan sebagai tapak warisan;

(ii) Pesuruhjaya membuat keputusan tidak meneruskanpenetapan tapak yang dicadangkan; atau

(iii) Pesuruhjaya membatalkan Perintah PerlindunganInterim.

(2) Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa melanjutkan tempohyang Perintah Perlindungan Interim terus berkuat kuasa.

(3) Notis pelanjutan hendaklah disampaikan mengikut cara yangsama sebagaimana Perintah Perlindungan Interim disampaikan.

Kerja-kerja yang dibenarkan semasa Perintah PerlindunganInterim

35. (1) Mana-mana orang yang terjejas oleh Perintah PerlindunganInterim boleh memohon kepada Pesuruhjaya untuk menjalankanapa-apa kerja atau aktiviti di atas tapak itu.

(2) Apabila permohonan diterima Pesuruhjaya boleh meluluskanapa-apa kerja atau aktiviti yang munasabah di atas tapak itu dengansyarat bahawa kerja atau aktiviti yang dicadangkan itu tidakmengurangkan atau menjejaskan warisan kebudayaan yang pentingbagi tapak itu.

(3) Suatu kelulusan di bawah subseksyen (2) boleh tertaklukkepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Pesuruhjaya.

(4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana syaratyang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.

Bab 3

Urusan yang melibatkan tapak warisan

Notis niat untuk menjual tapak warisan

36. Seorang pemunya tapak warisan yang membuat perjanjianpenjualan keseluruhan atau mana-mana bahagian tapak warisan,hendaklah memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis mengikut bentuk

Warisan Kebangsaan 33

yang ditetapkan maklumat tentang kewujudan perjanjian itu dalammasa dua puluh lapan hari dari tarikh perjanjian itu.

Pertukaran pemunya tapak warisan

37. (1) Mana-mana orang yang membeli atau memperolehapa-apa tapak warisan hendaklah dalam masa dua puluh lapan haridari tarikh penyempurnaan pembelian atau pemerolehan itu,memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis tentang—

(a) nama dan alamat orang itu; dan

(b) sama ada orang itu berniat untuk menduduki tapak itu.

(2) Seseorang yang telah memberitahu Pesuruhjaya maklumatdi bawah subseksyen (1) hendaklah, dalam masa dua puluh lapanhari dari apa-apa perubahan maklumat yang diberikan itu,memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis tentang perubahan itu.

Bab 4

Pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan

Jagaan tapak warisan

38. (1) Jika tapak warisan terletak di atas tanah beri hakmilik,Pesuruhjaya boleh selepas berunding dengan Pihak BerkuasaNegeri—

(a) membuat perkiraan dengan pemunya atau penduduk bagipemeriksaan, penyenggaraan, pemuliharaan danpemeliharaan tapak warisan itu;

(b) membeli atau memajakkan tapak warisan itu;

(c) memperoleh tapak warisan itu mengikut peruntukanmana-mana undang-undang bertulis yang berhubungandengan pengambilan tanah bagi maksud awam; atau

(d) memindahkan keseluruhan atau mana-mana bahagianbangunan atau monumen di atas tapak warisan itu.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(2) Jika pemunya atau penduduk bersetuju dengan apa-apaperkiraan di bawah perenggan 1(a), Pesuruhjaya boleh membuatsumbangan bagi kos menjalankan apa-apa kerja pembaikan ataupemuliharaan yang difikirkan perlu.

(3) Jika sumbangan bagi kos menjalankan kerja dibuat, kerjaitu hendaklah dijalankan mengikut arahan Pesuruhjaya.

(4) Pesuruhjaya hendaklah membayar apa-apa kerosakan yangberlaku kepada tapak atau monumen itu akibat daripada pemindahanmana-mana monumen di bawah perenggan 1(d) dan boleh bersetujudengan pembayaran apa-apa pampasan kepada pemunya tapak itu.

(5) Apa-apa pertikaian tentang amaun pampasan hendaklahdirujukkan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

Pemeriksaan tapak warisan

39. (1) Pemunya atau penduduk suatu tapak warisan yang terletakdi atas tanah beri hakmilik hendaklah membenarkan Pesuruhjayaatau mana-mana pegawai yang diberi kuasa memasuki tapak ituuntuk memeriksa, meninjau, menyiasat atau menjalankan apa-apakerja yang perlu bagi pemuliharaan, pembaikan, penyenggaraandan pembersihan sebagaimana yang difikirkan suai manfaat atauperlu.

(2) Pemunya atau penduduk hendaklah diberikan notis secarabertulis tidak kurang daripada tujuh hari tentang apa-apa kemasukanyang dicadangkan.

(3) Jika mana-mana orang membantah terhadap apa-apakemasukan di bawah subseksyen (1) atas alasan keprihatinan ataukeagamaan, kemasukan itu tidak boleh dilakukan kecuali dengankebenaran secara bertulis Pihak Berkuasa Negeri tempat tapakwarisan itu terletak.

(4) Pemunya atau penduduk adalah berhak menuntut pampasanbagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau dikatakandialami olehnya oleh sebab kemasukan di bawah subseksyen (1).

(5) Apa-apa pertikaian tentang amaun pampasan hendaklahdirujukkan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

Warisan Kebangsaan 35

Permohonan bagi kebenaran merancang bagi tapak warisan

40. (1) Pesuruhjaya hendaklah menyelaraskan dan menasihati pihakberkuasa perancang tempatan sebelum apa-apa kebenaran merancangatau perintah pembangunan yang melibatkan tapak warisandiberikan.

(2) Jika pihak berkuasa perancang tempatan merujukkanapa-apa permohonan oleh mana-mana orang bagi kebenaranmerancang atau perintah pembangunan kepada Pesuruhjaya,permohonan itu hendaklah mengandungi—

(a) butir-butir yang mencukupi untuk mengenal pasti monumenyang dimaksudkan oleh permohonan itu, termasuk pelansusun aturnya, pelan bangunan terukur dan fotograftiap-tiap sudutnya, termasuk bahagian luar dan bahagiandalam monumen itu;

(b) apa-apa pelan dan lukisan yang lain sebagaimana yangdiperlukan untuk memperihalkan kerja yang menjadiperkara permohonan itu;

(c) langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikankeselamatan tapak warisan dan tanah yang berdekatan;dan

(d) apa-apa butir yang lain sebagaimana yang dikehendakioleh Pesuruhjaya.

(3) Bagi maksud perenggan 2(c), tanah yang berdekatan ertinya—

(a) mana-mana tanah yang bersempadanan dalam lingkungandua ratus meter dari sempadan tanah yang dimaksudkanoleh permohonan di bawah seksyen ini;

(b) mana-mana tanah yang terpisah dari tanah yangdimaksudkan oleh permohonan yang dibuat di bawahseksyen ini oleh mana-mana jalan, lorong, parit atau tanahrizab yang lebarnya tidak melebihi dua puluh meter danyang akan menjadi bersempadanan dengan tanah yangdimaksudkan oleh permohonan itu jika tanah itu tidakdipisahkan oleh jalan, lorong, parit atau tanah rizab itu;atau

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(c) mana-mana tanah yang terletak dalam lingkungan duaratus meter dari sempadan tanah yang dimaksudkan olehpermohonan di bawah seksyen ini.

(4) Pesuruhjaya hendaklah menasihati pihak berkuasa perancangtempatan supaya mengenakan syarat-syarat apabila memberikankebenaran merancang atau perintah pembangunan yang melibatkansuatu tapak warisan yang boleh termasuk—

(a) menghendaki pematuhan mana-mana garis panduan dantatacara pemuliharaan yang dikeluarkan oleh Menteri;

(b) menghendaki pembayaran apa-apa kerosakan yangdisebabkan kepada mana-mana tapak warisan selepas kerjayang dibenarkan oleh kebenaran merancang atau perintahpembangunan itu selesai; atau

(c) menghendaki perlindungan dan pengekalan mana-manaciri tertentu tapak warisan itu.

(5) Jika kebenaran merancang diberikan, Pesuruhjaya hendaklahberhubung, bekerjasama dan menyelaraskan dengan pihak berkuasaperancang tempatan untuk memantau dan mengawasi terma dansyarat yang dikenakan yang berhubungan dengan pemuliharaanwarisan dipatuhi.

(6) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana syarat yangdikenakan di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan.

Perintah Pemeliharaan Monumen

41. (1) Jika Pesuruhjaya, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri,berpuas hati bahawa mana-mana monumen yang dianggap sesuaiuntuk didaftarkan sebagai tapak warisan adalah dalam keadaanusang atau dalam bahaya hampir dirobohkan, dimusnahkan,dirosakkan atau diubah, Pesuruhjaya hendaklah menyampaikankepada pemunya monumen itu suatu Perintah Pemeliharaan Monumensementara menunggu kelulusan pendaftarannya.

(2) Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah mengandungiapa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan.

Warisan Kebangsaan 37

(3) Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah mula berkuatkuasa sebaik sahaja Perintah itu disampaikan kepada pemunyamonumen itu.

(4) Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah terus berkuatkuasa selama tempoh sembilan puluh hari dari tarikh Perintah itudisampaikan dan boleh dilanjutkan oleh Pesuruhjaya selamaapa-apa tempoh masa yang difikirkannya patut.

(5) Walau apa pun subseksyen (4), Perintah PemeliharaanMonumen hendaklah terhenti berkuat kuasa—

(a) jika monumen itu ditetapkan sebagai suatu tapakwarisan; atau

(b) jika Pesuruhjaya memutuskan tidak menetapkan monumenitu sebagai suatu tapak warisan.

(6) Mana-mana orang yang melanggar Perintah PemeliharaanMonumen melakukan suatu kesalahan.

Kewajipan untuk menjaga tapak warisan dalam keadaan baik

42. (1) Pemunya suatu tapak warisan hendaklah memastikan bahawatapak warisan itu sentiasa dalam keadaan baik.

(2) Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa langkah-langkah yangmunasabah tidak diambil bagi pemeliharaan sewajarnya monumenitu, dia boleh menjalankan apa-apa kerja pembaikan, setelahmemberikan kepada mana-mana orang yang didapati oleh Pesuruhjayasebagai pemunya monumen itu dua minggu notis mengenai niatnyauntuk berbuat demikian, dan segala kos dan belanja yangsemunasabahnya dilakukan untuk menjalankan kerja itu hendaklahdibayar ganti oleh orang itu.

Pembiayaan kerja pemuliharaan

43. (1) Seseorang pemunya tapak warisan boleh, bagi maksudmenjalankan apa-apa kerja pemuliharaan dan pemeliharaan di atastapak warisan itu memohon kepada Pesuruhjaya bagi apa-apapemberian atau pinjaman.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(2) Pesuruhjaya boleh, selepas berunding dengan Majlis danPihak Berkuasa Negeri, membuat perkiraan dengan pemunya sesuatutapak warisan untuk menjalankan apa-apa kerja pemuliharaan danpemeliharaan yang difikirkan sesuai oleh Pesuruhjaya.

(3) Pesuruhjaya boleh, dengan kelulusan Majlis, mengeluarkanpemberian atau pinjaman yang akan dibayar daripada KumpulanWang bagi kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan itu.

(4) Pesuruhjaya boleh, apabila memberikan pemberian ataupinjaman itu, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yangdifikirkannya sesuai ke atas pemunya.

Kuasa untuk mengenakan fi masuk

44. (1) Seseorang pemunya tapak warisan boleh, dengan kelulusandan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakanoleh Pesuruhjaya, mengenakan fi masuk ke tapak warisan itu.

(2) Jika Pesuruhjaya telah menyumbang kepada belanjapemuliharaan dan pemeliharaan mana-mana tapak warisan,Pesuruhjaya boleh mengenakan suatu levi ke atas fi masuk yangditerima oleh pemunya tapak warisan itu dan apa-apa levi yangdibayar oleh pemunya itu hendaklah dibayar ke dalam KumpulanWang.

Bab 5

Kawasan pemuliharaan dan pelan pengurusan pemuliharaan

Kawasan pemuliharaan

45. (1) Jika suatu tapak ditetapkan sebagai tapak warisan, tapakitu hendaklah pada tarikh penetapan itu menjadi kawasanpemuliharaan dan hendaklah dipulihara dan dipelihara mengikutpelan pengurusan pemuliharaan.

(2) Suatu kawasan pemuliharaan boleh—

(a) memasukkan zon penampan di sekeliling suatu pusat utama;atau

Warisan Kebangsaan 39

(b) memasukkan zon penampan di sekeliling tapak yang telahditetapkan sebagai tapak warisan.

(3) Menteri boleh, selepas berunding dengan Majlis, menentukanzon penampan dan pusat utama itu.

Pelan pengurusan pemuliharaan

46. (1) Pesuruhjaya hendaklah, selepas berunding dengan Majlis,menyediakan suatu pelan pengurusan pemuliharaan bagimaksud—

(a) menggalakkan pemuliharaan, pemeliharaan, pemulihan,pembaikpulihan atau pembinaan semula suatu tapakwarisan;

(b) memastikan pengurusan wajar sesuatu tapak warisantermasuk penggunaan dan pembangunan semuabangunan dan tanah dalam tapak warisan itu danpemeliharaan persekitaran termasuk langkah-langkahmemperelok persekitaran hidup dari segi fizikal,perhubungan, kesejahteraan sosio-ekonomi, pengurusanlalu lintas dan penggalakan pertumbuhan ekonomi; dan

(c) menggalakkan skim bagi pendidikan, atau bagi bantuanpraktikal dan kewangan kepada, pemunya dan penduduk,dan bagi penglibatan masyarakat dalam membuatkeputusan.

(2) Pesuruhjaya hendaklah dari semasa ke semasa mengemukakanpelan pengurusan pemuliharaan itu kepada Pihak Berkuasa Negeriatau pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan, mengikutmana-mana yang berkenaan, dan menasihati dan menyelaraskandengan Pihak Berkuasa Negeri atau pihak berkuasa perancangtempatan bagi pelaksanaan pelan pengurusan pemuliharaan dangaris panduannya.

(3) Pesuruhjaya hendaklah dari semasa ke semasa mengkajisemula mana-mana pelan pengurusan pemuliharaan.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

BAHAGIAN VIII

OBJEK WARISAN

Bab 1

Penjumpaan objek

Penjumpaan objek

47. (1) Mana-mana orang yang menjumpai apa-apa objek yangdia mempunyai sebab untuk mempercayai mempunyai warisankebudayaan yang penting hendaklah dengan serta-merta memberitahuPesuruhjaya, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau PegawaiDaerah bagi daerah tempat objek itu dijumpai, dan jika bolehdilaksanakan, menghantarkan objek itu kepada Pesuruhjaya, pegawaiyang diberi kuasa atau Pegawai Daerah yang hendaklah memberikansuatu pengakuterimaan bertulis mengenainya.

(2) Jika Pegawai Daerah mempunyai sebab untuk mempercayaibahawa mana-mana objek yang dijumpai di dalam kawasannyamempunyai warisan kebudayaan yang penting, dia boleh melaluinotis secara bertulis menghendaki orang yang mempunyai milikanobjek itu menghantarkan objek itu kepadanya dengan serta-merta,dan Pegawai Daerah itu apabila menerima objek itu hendaklahmemberikan pengakuterimaan bertulis dan hendaklah menyimpanobjek tersebut dengan selamat.

(3) Pegawai Daerah hendaklah menyampaikan pemberitahuandi bawah subseksyen (1) atau notis bertulis di bawahsubseksyen (2) kepada Pesuruhjaya secepat yang dapat dilaksanakan.

(4) Mana-mana ejen, kontraktor atau pelaksana bagi KerajaanPersekutuan, Kerajaan Negeri atau pemunya tanah beri hakmilikyang menjumpai di tapak projek apa-apa objek yang dia mempunyaisebab untuk mempercayai bahawa objek itu mempunyai warisankebudayaan yang penting, maka ejen, kontraktor atau pelaksanaitu hendaklah melaporkan kepada Pesuruhjaya yang hendaklahdengan serta-merta memeriksa objek itu.

(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (4)melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didendatidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Warisan Kebangsaan 41

Hak keempunyaan objek

48. (1) Mana-mana objek yang dijumpai selepas tarikh permulaankuat kuasa Akta ini hendaklah menjadi harta mutlak KerajaanPersekutuan dengan syarat bahawa jika objek itu dijumpai di atastanah beri hakmilik, pampasan boleh dibayar kepada pemunyatanah itu.

(2) Seorang penilai warisan yang berwibawa boleh dilantik olehPesuruhjaya untuk memutuskan nilai objek itu bagi maksudmenentukan amaun pampasan, dan keputusan penilai warisan yangberwibawa itu adalah muktamad.

(3) Tiap-tiap objek yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasaAkta ini tidak dipunyai oleh mana-mana orang atau yang kawalannyatidak terletak hak pada mana-mana orang sebagai pemegang amanahatau pengurus, hendaklah disifatkan sebagai harta mutlak KerajaanPersekutuan.

(4) Semua objek yang belum dijumpai sama ada yang terletakdi atas atau yang tersembunyi di bawah permukaan tanah atau didalam mana-mana sungai atau di dalam laut, hendaklah disifatkansebagai harta mutlak Kerajaan Persekutuan tetapi jika objek tersebutpada tarikh terkemudian didapati dijumpai di atas atau di dalamtanah beri hakmilik peruntukan subseksyen (1) dan (2) hendaklahterpakai.

(5) Dalam mana-mana prosiding undang-undang yangberhubungan dengan tarikh penjumpaan objek mempunyai warisankebudayaan yang penting, maka hendaklah dianggap sebagai telahdijumpai selepas permulaan tarikh kuat kuasa Akta ini sehinggadibuktikan sebaliknya.

Pengisytiharan sebagai objek warisan oleh Pesuruhjaya

49. (1) Pesuruhjaya boleh mengisytiharkan dalam Warta apa-apaobjek yang mempunyai warisan kebudayaan yang penting sebagaisuatu objek warisan dan hendaklah menyebabkannya disenaraikandalam Daftar.

(2) Sebelum membuat pengisytiharan di bawah subseksyen (1),keizinan pemunya objek itu hendaklah diperoleh dan bagi maksuditu, Pesuruhjaya boleh memberi apa-apa peluang terlebih dahulu

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

kepada pemunya untuk membuat representasi atau penghujahanberhubung dengan pengisytiharan yang dicadangkan sebagaimanayang boleh dilaksanakan dalam hal keadaan itu dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.

(3) Pesuruhjaya boleh, mengikut cara yang sama sebagaimanadalam subseksyen (1), meminda atau membatalkan Warta itu dandalam setiap hal pindaan atau pembatalan itu dia hendaklahmenyokong tindakannya dengan latar belakang dan sebab yangperlu.

(4) Apabila objek itu disenaraikan dalam Daftar, objek ituhendaklah menjadi objek warisan bermula dari tarikh pendaftarannyadan hendaklah terhenti menjadi objek warisan apabila Pesuruhjayamembatalkan pendaftarannya.

Bab 2

Permohonan bagi pendaftaran

Permohonan bagi pendaftaran objek warisan

50. (1) Mana-mana orang boleh memohon bagi sesuatu objekdidaftarkan sebagai objek warisan.

(2) Suatu permohonan bagi pendaftaran hendaklah dibuat mengikutapa-apa bentuk dan disertakan dengan apa-apa dokumen ataumaklumat sebagaimana yang ditetapkan.

(3) Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa selepas menerimapermohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonanitu ditentukan, melalui suatu notis bertulis menghendaki pemohonuntuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahansebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pesuruhjaya.

(4) Jika mana-mana dokumen atau maklumat tambahan yangdikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohondalam masa yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apapelanjutannya yang diberikan oleh Pesuruhjaya, permohonan ituhendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskanselanjutnya, tetapi tanpa menjejaskan permohonan yang baru dibuatoleh pemohon.

Warisan Kebangsaan 43

(5) Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balikpada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.

Kelulusan atau penolakan permohonan bagi pendaftaran

51. (1) Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa suatu objekmempunyai warisan kebudayaan yang penting, dia hendaklahmendaftarkan objek itu sebagai suatu objek warisan dalam Daftardan memberi pemohon suatu notis bertulis mengenai keputusanPesuruhjaya di bawah seksyen ini.

(2) Jika permohonan itu melibatkan suatu objek yang melekatpada mana-mana tanah beri hakmilik, persetujuan Pihak BerkuasaNegeri hendaklah diperoleh sebelum permohonan itu diluluskan.

(3) Jika permohonan itu melibatkan warisan kebudayaan tidakketara yang dalamnya hak cipta wujud, keizinan pemunya hakcipta hendaklah diperoleh sebelum permohonan itu diluluskan.

(4) Suatu permohonan bagi pendaftaran yang diluluskan di bawahseksyen ini boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakanoleh Pesuruhjaya.

(5) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas kelulusandalam subseksyen (4), Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan disiarkandalam Warta suatu notis bahawa objek itu telah didaftarkan sebagaisuatu objek warisan dan mengenai apa-apa perkara lain yangmembentuk atau yang berhubungan dengan objek warisan itu yangpada pendapatnya wajar disiarkan.

(6) Jika Pesuruhjaya menolak permohonan itu, dia hendaklahdengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenaipenolakan itu dengan atau tanpa memberikan apa-apa sebab bagipenolakan itu.

Perakuan pendaftaran

52. (1) Apabila sesuatu objek didaftarkan di bawah seksyen 51Pesuruhjaya hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftarankepada pemunya.

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(2) Apabila objek warisan terhenti didaftarkan sebagai suatuobjek warisan, pemunya objek itu mesti menyerahkan perakuanpendaftaran kepada Pesuruhjaya dalam masa tiga bulan dari tarikhpemberhentian itu.

Bab 3

Pengurusan objek warisan

Pampasan bagi objek warisan tertentu

53. (1) Apabila dijumpai apa-apa objek yang mempunyai warisankebudayaan yang penting, Pesuruhjaya adalah berhak kepada jagaandan milikan objek itu bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan hendaklahbertanggungjawab untuk melindungi dan menyimpannya denganselamat.

(2) Jika Pesuruhjaya memutuskan untuk tidak menyimpan objekitu, objek itu hendaklah dipulangkan kepada orang yangmenghantarkannya tertakluk kepada apa-apa syarat yang bolehdikenakan oleh Pesuruhjaya.

(3) Apabila suatu objek disimpan oleh Pesuruhjaya atau jikapada pendapat Pesuruhjaya bahawa objek itu patut dilindungi ditempat ia dijumpai, Pesuruhjaya hendaklah mengikut budi bicaranyamembayar suatu amaun pampasan yang munasabah kepada—

(a) orang yang menjumpai;

(b) pemunya tanah beri hakmilik yang di dalamnya atau diatasnya objek itu dijumpai; atau

(c) pemberi maklumat.

Penguntukan bahagian dalam objek warisan

54. Pesuruhjaya boleh membuat suatu perjanjian bertulis denganpemunya objek warisan bagi penguntukan bahagian dalamobjek itu sebagaimana yang dipersetujui oleh Pesuruhjaya danpemunya itu.

Warisan Kebangsaan 45

Pertikaian mengenai pampasan atau penguntukan

55. Jika terdapat apa-apa pertikaian berhubung dengan pampasanyang hendaklah dibayar bagi apa-apa objek warisan atau penguntukanbahagian dalam objek itu, pertikaian itu hendaklah dirujukkankepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.

Penjualan atau pelupusan objek warisan

56. (1) Pesuruhjaya boleh melalui notis secara bertulis menghendakimana-mana orang yang memiliki apa-apa objek warisan yangdisifatkan sebagai mustahak atau penting kepada negara, tidakmenjual atau melupuskan objek itu tanpa terlebih terdahulu mendapatkeizinan bertulis daripada Pesuruhjaya.

(2) Mana-mana orang yang menerima notis itu tidak boleh menjualatau melupuskan apa-apa objek warisan dalam milikan atau jagaannya.

(3) Dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis di bawahsubseksyen (1) Pesuruhjaya hendaklah mempunyai hak pertamauntuk membeli objek warisan itu pada nilai yang boleh dipersetujui.

(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukansuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihisepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihisatu tahun atau kedua-duanya.

Notis niat untuk menjual atau memindahmilikkan objek warisan

57. Pemunya suatu objek warisan yang membuat suatu kontrakuntuk menjual atau memindahmilikkan objek warisan itu hendaklahmemberitahu Pesuruhjaya secara bertulis maklumat mengenaikewujudan kontrak itu dalam masa dua puluh lapan hari dari tarikhkontrak itu.

Pertukaran pemunya objek warisan

58. (1) Mana-mana orang yang membeli atau memperoleh suatuobjek warisan hendaklah, dalam masa dua puluh lapan hari daritarikh pembelian atau pemerolehan itu, memberitahu Pesuruhjayasecara bertulis mengenai nama, butir-butir dan alamat pembeliatau pemeroleh itu.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(2) Apa-apa perubahan kepada maklumat di bawahsubseksyen (1) hendaklah diberitahu kepada Pesuruhjaya secarabertulis dalam masa dua puluh lapan hari.

(3) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen(1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkandidenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pemuliharaan objek warisan

59. (1) Pemunya atau penjaga objek warisan hendaklah menyimpanharta warisan itu dalam keadaan yang baik dan di tempat yangselamat.

(2) Pemunya atau penjaga objek warisan hendaklah melaporkandengan serta-merta kepada Pesuruhjaya mengenai apa-apakehilangan atau kerosakan kepada objek warisan itu ataumana-mana bahagiannya apabila diketahui kehilangan ataukerosakan itu.

(3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)atau (2) melakukan suatu kesalahan.

Pemuliharaan warisan kebudayaan tidak ketara

60. (1) Pemunya atau penjaga objek warisan dalam bentuk suatuwarisan kebudayaan tidak ketara hendaklah mengambil segala langkahyang perlu untuk membangunkan, mengenal pasti, menghantar,menyebabkan dilaksanakan dan memudahkan penyelidikan ke ataswarisan kebudayaan tidak ketara itu mengikut garis panduan dantatacara yang ditetapkan.

(2) Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan denganpemunya atau penjaga warisan kebudayaan tidak ketara itu bagipematuhan garis panduan dan tatacara yang ditetapkan.

Warisan Kebangsaan 47

BAHAGIAN IX

WARISAN KEBUDAYAAN DI BAWAH AIR

Penjumpaan warisan kebudayaan di bawah air

61. (1) Mana-mana orang yang menjumpai suatu warisankebudayaan di bawah air di dalam perairan Malaysia hendaklah,secepat yang dapat dilaksanakan, memberikan notis mengenaijumpaan itu kepada Pesuruhjaya atau pegawai pelabuhan.

(2) Pegawai pelabuhan apabila menerima notis itu hendaklahsecepat yang dapat dilaksanakan memberitahu, dan jika mungkinmenyerahkan warisan kebudayaan di bawah air itu kepada,Pesuruhjaya.

(3) Pesuruhjaya boleh, apabila berpuas hati bahawa warisankebudayaan di bawah air mempunyai warisan kebudayaan yangpenting, menyebabkannya disenaraikan dalam Daftar.

(4) Mana-mana orang yang tidak memberikan notis di bawahsubseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Milikan, jagaan atau kawalan warisan kebudayaan di bawahair boleh alih

62. (1) Jika didapati oleh Pesuruhjaya bahawa seseorang adalahatau mungkin pernah mempunyai milikan, jagaan atau kawalan keatas apa-apa warisan kebudayaan di bawah air boleh alih atausebahagian daripada warisan kebudayaan di bawah air Pesuruhjayaboleh, melalui notis secara bertulis kepada orang itu, menghendakiorang itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu memberikankepadanya maklumat penuh mengenai warisan kebudayaan di bawahair boleh alih itu.

(2) Jika orang itu telah terhenti mempunyai milikan, jagaanatau kawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alihitu, orang itu hendaklah memberi Pesuruhjaya butir-butir tentanghal keadaan yang dia terhenti mempunyai milikan, jagaan ataukawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itu.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(3) Jika orang itu telah memindahmilikkan milikan, jagaan ataukawalan ke atas warisan kebudayaan di bawah air boleh alih itukepada orang lain, dia hendaklah memberi Pesuruhjaya nama danalamat orang yang kepadanya milikan, jagaan atau kawalan warisankebudayaan di bawah air boleh alih itu dipindahmilikkan.

(4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana kehendakdi bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Pengisytiharan warisan kebudayaan di bawah air

63. (1) Jika Pesuruhjaya berpendapat bahawa mana-mana warisankebudayaan di bawah air terletak di dalam perairan Malaysiamempunyai warisan kebudayaan yang penting tetapi berusia kurangdaripada satu ratus tahun, dia hendaklah menasihati Menteri danMenteri boleh melalui notis yang disiarkan dalam Wartamengisytiharkan tapak atau objek itu sebagai warisan kebudayaandi bawah air.

(2) Mana-mana tapak atau objek yang diisytiharkan sebagaisuatu warisan kebudayaan di bawah air hendaklah disenaraikandalam Daftar.

Zon yang dilindungi

64. (1) Menteri boleh atas nasihat Pesuruhjaya, mengisytiharkandalam notis yang disiarkan dalam Warta mana-mana kawasanyang di dalamnya suatu warisan kebudayaan di bawah air terletaksebagai zon yang dilindungi.

(2) Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa aktivitidi dalam zon yang dilindungi kecuali dengan kelulusan secarabertulis daripada Pesuruhjaya.

(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukansuatu kesalahan.

Kerja salvaj dan penggalian hendaklah dilesenkan

65. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa kerja salvajatau penggalian di dalam mana-mana perairan Malaysia bagi maksudmencari apa-apa warisan kebudayaan di bawah air, kecuali denganlesen yang diberikan oleh Pesuruhjaya.

Warisan Kebangsaan 49

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukansuatu kesalahan.

Pemunyaan warisan kebudayaan di bawah air yang dijumpaisemasa pengukuran, salvaj atau penggalian

66. (1) Mana-mana warisan kebudayaan di bawah air yang dijumpaisemasa mana-mana kerja mengukur, salvaj atau penggalian hendaklahterletak hak pada Pesuruhjaya dan hendaklah disenaraikan dalamDaftar.

(2) Jika Pesuruhjaya mengambil milikan mana-mana warisankebudayaan di bawah air, dia hendaklah dalam masa empat puluhlapan jam menyebabkan suatu senarai warisan kebudayaandi bawah air ditampalkan di mana-mana pejabat pelabuhandalam daerah tempat warisan kebudayaan di bawah air itudijumpai.

(3) Mana-mana pemunya warisan kebudayaan di bawah air boleh,apabila membuktikan tuntutannya sehingga Pesuruhjaya berpuashati, dalam masa satu tahun dari masa warisan kebudayaan dibawah air itu menjadi milikan Pesuruhjaya, dan apabila dibayar fidan belanja salvaj yang kena dibayar, berhak untuk memiliki warisankebudayaan di bawah air itu atas apa-apa terma dan syaratsebagaimana yang dikenakan oleh Pesuruhjaya.

(4) Seseorang pemunya yang tidak mematuhi apa-apa termadan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) melakukansuatu kesalahan.

(5) Jika tiada pemunya membuktikan suatu tuntutan dalammasa satu tahun, warisan kebudayaan di bawah air itu hendaklahmenjadi harta mutlak Kerajaan Persekutuan.

(6) Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri,Pesuruhjaya boleh memelihara warisan kebudayaan di bawah airsecara in situ.

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

BAHAGIAN X

WARISAN KEBANGSAAN

Pengisytiharan Warisan Kebangsaan

67. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,mengisytiharkan mana-mana tapak warisan, objek warisan, warisankebudayaan di bawah air yang disenaraikan dalam Daftar ataumana-mana orang yang hidup sebagai suatu Warisan Kebangsaan.

(2) Dalam membuat pengisytiharan di bawah subseksyen (1)Menteri boleh menimbangkan—

(a) kepentingan sejarah, hubungan dengan atau perhubungandengan sejarah Malaysia;

(b) ciri-ciri reka bentuk atau estetik;

(c) pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal;

(d) hubungan sosial atau kebudayaan;

(e) potensi untuk mendidik, menjelaskan atau menyediakanpenyiasatan saintifik lanjut berhubung dengan warisankebudayaan Malaysia;

(f) kepentingan dalam mempamerkan kekayaan, kepelbagaianatau integrasi bentuk yang luar biasa;

(g) jarang tidaknya atau keunikan warisan semula jadi, warisanbudaya ketara atau tidak ketara atau warisan kebudayaandi bawah air;

(h) gambaran bentuk suatu tapak atau objek sebagai sebahagiandaripada kelas atau jenis suatu tapak atau objek; dan

(i) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penentuanwarisan kebudayaan yang penting.

(3) Jika tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah airterletak di atas tanah Negeri, Menteri hendaklah berunding denganPihak Berkuasa Negeri sebelum membuat apa-apa pengisytiharandi bawah subseksyen (1).

Warisan Kebangsaan 51

(4) Jika tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah airterletak di atas tanah beri hakmilik atau dipunyai oleh mana-manaorang selain Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri,pemunya, penjaga atau pemegang amanah tapak itu, objek tidakalih atau warisan kebudayaan di bawah air itu hendaklah diberitahusekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tarikh pengisytiharandicadangkan itu.

(5) Jika pengisytiharan di bawah subseksyen (1) melibatkansuatu warisan kebudayaan tidak ketara dan hak cipta masih wujuddalam apa-apa kerja, keizinan pemunya hak cipta itu hendaklahdiperoleh sebelum apa-apa pengisytiharan dibuat.

(6) Jika pengisytiharan di bawah subseksyen (1) melibatkanorang yang hidup, keizinan orang itu hendaklah diperoleh sebelumapa-apa pengisytiharan dibuat.

(7) Suatu salinan perintah hendaklah disampaikan kepadapemunya, penjaga atau pemegang amanah tapak, objek atauwarisan kebudayaan di bawah air atau kepada orang yang hidupitu.

(8) Mana-mana orang yang membantah pembuatan pengisytiharandi bawah subseksyen (1) boleh mengemukakan bantahan secarabertulis kepada Menteri dalam masa tiga bulan dari tarikhpenyiarannya dan boleh memohon kepada Menteri bagi pembatalanperintah itu.

(9) Menteri boleh, selepas dinasihati oleh Majlis, membatalkanatau enggan membatalkan perintah itu dan keputusan itu adalahmuktamad.

Penamaan sebagai Warisan Kebangsaan

68. Mana-mana orang boleh menamakan kepada Menteri mengikutbentuk yang ditetapkan apa-apa warisan semula jadi, warisankebudayaan ketara atau tidak ketara, orang yang hidup atau warisankebudayaan di bawah air untuk diisytiharkan sebagai WarisanKebangsaan.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

Pemunyaan atau pemilikan Warisan Kebangsaan

69. Mana-mana Warisan Kebangsaan yang dipunyai atau dimilikioleh mana-mana orang selain Kerajaan Persekutuan atau KerajaanNegeri boleh terus berada dalam milikan pemunya, penjaga ataupemegang amanahnya.

Pertukaran pemunyaan Warisan Kebangsaan

70. (1) Maka tidak boleh ada pertukaran berkenaan denganpemunyaan mana-mana Warisan Kebangsaan kecuali melalui—

(a) pewarisan; atau

(b) penjualan, dengan kelulusan Pesuruhjaya terlebih dahulu.

(2) Jika pemunya, penjaga atau pemegang amanah berniat untukmenjual suatu Warisan Kebangsaan, pemunya, penjaga atau pemegangamanah itu hendaklah memberi keutamaan kepada Pesuruhjayauntuk membeli Warisan Kebangsaan itu pada nilai yang dipersetujuiatau atas arahan Pesuruhjaya untuk diuruskan mengikut apa-apacara yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya.

(3) Jika terdapat apa-apa pertikaian antara Pesuruhjaya denganpemunya mengenai pampasan yang munasabah bagi WarisanKebangsaan itu, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Menteriyang keputusannya adalah muktamad.

(4) Jika suatu penjualan telah dilakukan menurutperenggan (1)(b), pemunya, penjaga atau pemegang amanahdan pembeli hendaklah memberitahu secara bertulis kepadaPesuruhjaya dalam masa tiga puluh hari selepas pertukaranpemunyaan dan Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan dibuatpindaan yang perlu dalam Daftar.

Penyenaraian Warisan Kebangsaan dalam Daftar

71. Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan disenaraikan suatuWarisan Kebangsaan yang diisytiharkan di bawah subseksyen 67(1)dalam Daftar.

Warisan Kebangsaan 53

Pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan

72. (1) Menteri boleh mengenakan tatacara dan garis panduanyang berlainan sebagaimana yang ditetapkan bagi pengurusan,pemuliharaan dan pemeliharaan kategori yang berlainan bagi WarisanKebangsaan.

(2) Menteri boleh meluluskan apa-apa bantuan kewangan kepadapemunya, penjaga atau pemegang amanah suatu Warisan Kebangsaanbagi pematuhan mana-mana tatacara atau garis panduan yangditetapkan di bawah subseksyen (1).

BAHAGIAN XI

HARTA KARUN

Keseragaman undang-undang berkenaan dengan harta karun

73. Bahagian ini dibuat menurut Fasal 1(b) Perkara 76 PerlembagaanPersekutuan bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undangbagi Negeri-Negeri di Malaysia yang berhubungan dengan hartakarun.

Notis penjumpaan harta karun

74. (1) Mana-mana orang yang menjumpai apa-apa harta karunhendaklah, dengan serta-merta memberikan notis tentang penjumpaanitu kepada Pesuruhjaya atau Pegawai Daerah bagi daerah tempatharta karun itu dijumpai dan hendaklah menghantarkan harta karunitu kepada Pegawai Daerah yang hendaklah mengaku penerimaannya.

(2) Pegawai Daerah yang menerima notis di bawahsubseksyen (1) hendaklah memberitahu tentang penjumpaanharta karun itu kepada Pesuruhjaya tempat harta karun itudijumpai.

(3) Jika Pegawai Daerah mempunyai sebab untuk mempercayaibahawa mana-mana harta karun telah dijumpai di dalam daerahnyadan penjumpaan harta karun itu tidak diberitahu kepadanya dibawah Akta ini, Pegawai Daerah itu hendaklah memberikan notissecara bertulis menghendaki orang yang menjumpai atau orangyang disyaki menjumpai atau pemunya atau penduduk tempat yangharta karun itu dijumpai untuk hadir sendiri di hadapannya pada

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

hari dan di tempat yang disebut dalam notis itu dan untukmenghantarkan kepadanya harta karun atau yang disyaki sebagaiharta karun yang dijumpai sedemikian, dan Pegawai Daerahhendaklah mengaku penerimaan.

Pemberitahuan bagi siasatan

75. (1) Pegawai Daerah hendaklah menyebabkan suatu notisdiberikan kepada orang yang menjumpai atau orang yang disyakimenjumpai atau pemunya atau penduduk tempat yang harta karunitu dijumpai atau orang lain yang menuntut harta karun atau mana-mana bahagiannya yang menghendaki mereka hadir sendiri di hadapanPegawai Daerah pada hari dan di tempat yang disebut dalam notisitu bagi maksud menyiasat untuk menentukan—

(a) sama ada apa-apa objek atau benda ialah harta karun;

(b) orang yang olehnya, tempat di mana, dan hal keadaanyang di bawahnya, apa-apa harta karun itu dijumpai; dan

(c) seboleh-bolehnya orang yang olehnya, dan hal keadaanyang di bawahnya, apa-apa harta karun disembunyikan.

(2) Hak orang yang disebut dalam subseksyen (1) ke atas hartakarun jika harta karun itu dijumpai sedemikian dilucuthakkan ataskegagalan orang itu untuk hadir.

Masa yang dibenarkan bagi guaman oleh pihak menuntut

76. Jika, selepas suatu siasatan dibuat di bawah seksyen 75, PegawaiDaerah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta karundisembunyikan dalam masa lima puluh tahun sebelum tarikhpenjumpaan itu oleh orang yang hadir sebagaimana yang dikehendakioleh pemberitahuan tersebut dan menuntut harta karun itu, atauoleh beberapa orang lain yang di bawahnya orang itu menuntut,Pegawai Daerah hendaklah membuat suatu perintah yangmenangguhkan pendengaran kes itu selama apa-apa tempoh yangdifikirkannya mencukupi, untuk membenarkan suatu guamandimulakan dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yangberwibawa oleh pihak menuntut untuk membuktikan haknya.

Warisan Kebangsaan 55

Bila harta karun boleh diisytiharkan tiada pemunya

77. (1) Jika—(a) selepas apa-apa siasatan Pegawai Daerah mendapati tiada

sebab untuk mempercayai bahawa harta karun itudisembunyikan sedemikian;

(b) suatu tempoh ditetapkan di bawah seksyen 76, tiada guamandimulakan dalam tempoh itu pada pengetahuan PegawaiDaerah; atau

(c) apa-apa guaman dimulakan dalam apa-apa tempoh dantuntutan pihak menuntut yang akhirnya ditolak,

Pegawai Daerah itu boleh mengisytiharkan harta karun itu sebagaitiada pemunya.

(2) Mana-mana orang yang terkilan dengan pengisytiharan yangdibuat di bawah subseksyen (1) boleh merayu terhadap pengisytiharanitu dalam masa dua bulan dari tarikh pengisytiharan itu kepadaMahkamah Tinggi.

Apabila harta karun terletak hak pada Kerajaan Negeri

78. Apabila suatu pengisytiharan telah dibuat berkenaan denganmana-mana harta karun di bawah seksyen 77, harta karun ituhendaklah terletak hak pada dan menjadi kepunyaan Kerajaan Negeri.

Pelupusan harta karun

79. Pihak Berkuasa Negeri boleh mengikut budi bicaranya membayarsebagai hadiah kepada orang yang menjumpai apa-apa harta karundan kepada pemunya mana-mana tanah yang harta karun itu dijumpai,apa-apa jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh PihakBerkuasa Negeri.

Kuasa Pesuruhjaya untuk memeriksa apa-apa harta karun

80. (1) Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasaolehnya secara bertulis bagi maksud itu boleh pada bila-bila masayang munasabah memeriksa mana-mana harta karun yang beradadalam milikan mana-mana orang.

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(2) Maka hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap orang itu untukmembenarkan apa-apa pemeriksaan dan untuk memberikan kepadaPesuruhjaya atau pegawai itu segala kemudahan yang munasabahuntuk mengkaji harta karun itu dan untuk membuat lukisan, fotografcetakan, perasan atau keluaran semula dengan membuat acuanatau melalui apa-apa cara lain.

(3) Tiada apa-apa lukisan, fotograf, cetakan, perasan atau keluaransemula di bawah subsekyen (2) boleh dijual tanpa keizinan orangyang memiliki harta karun itu.

Kesalahan

81. Mana-mana orang yang merupakan orang yang menjumpaimana-mana harta karun, tidak melaporkan penjumpaan harta karunitu atau menyerahkan harta karun itu atau menyatakan hal keadaanpenjumpaan itu atau asal usul harta karun itu, atau dengan sengajamembuat laporan palsu mengenai hal keadaan itu atau asal usulitu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pelucuthakan tuntutan kepada dan kepentingan dalam hartakarun

82. (1) Mana-mana orang yang disabitkan atas mana-mana kesalahandi bawah Bahagian ini berkenaan dengan mana-mana harta karunhendaklah menurut sabitan itu tidak berhak kepada semua tuntutankepada atau kepentingan dalam harta karun itu atau nilai baginyaatau apa-apa hadiah yang berkaitan dengan penjumpaan itu, dandalam mana-mana hal sedemikian Majistret boleh memerintahkansupaya harta karun itu diserahkan kepada Setiausaha KerajaanNegeri bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri tempat harta karun itudijumpai dan dalam hal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WilayahPersekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya kepadaMenteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan KualaLumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah PersekutuanPutrajaya, dan jika Majistret membuat perintah itu maka hendaklahmenjadi kewajipan mana-mana orang yang ada dalam milikannyaharta karun itu untuk menyerahkannya dengan sewajarnya.

Warisan Kebangsaan 57

(2) Negeri yang berkenaan boleh memerintahkan supayamana-mana harta karun yang dilucuthakkan di bawah seksyen inidiserahkan kepada pemunya atau orang lain yang berhak kepadanyaatau dipulangkan kepada orang yang menjumpainya, mengikutmana-mana yang berkenaan, atas apa-apa terma dan syarat yangdifikirkannya patut.

BAHAGIAN XII

PELESENAN

Bab 1

Eksport dan import butiran warisan

Lesen untuk mengeksport

83. (1) Tiada seorang pun boleh mengeksport apa-apa butiranwarisan melainkan jika suatu lesen untuk mengeksport telah diperolehdaripada Pesuruhjaya.

(2) Pesuruhjaya tidak boleh mengeluarkan lesen sedemikian jikapada pendapatnya butiran warisan yang berkenaan semunasabahnyadipercayai menjadi mustahak atau penting kepada negara.

(3) Dalam permohonan bagi suatu lesen untuk mengeksportapa-apa butiran warisan, pemohon hendaklah mengemukakanperihalan, mengisytiharkan nilai dan memberikan apa-apa butiryang berkaitan yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya dan hendaklah,jika dikehendaki sedemikian, mendeposit apa-apa bahan warisanitu kepada Pesuruhjaya untuk diperiksa.

(4) Tiada lesen boleh dikeluarkan kepada mana-mana orangmelainkan jika dia membuktikan sehingga Pesuruhjaya berpuashati bahawa dia ialah pemunya butiran warisan itu atau bahawa diabertindak bagi pihak dan dengan kuasa pemunya.

(5) Jika pegawai penguat kuasa atau pegawai kastam yang hakmempunyai sebab untuk mempercayai bahawa objek atau bahanyang hendak dieksport itu ialah butiran warisan dan tanpa mempunyailesen eksport yang sah, dia hendaklah menahan objek atau bahanitu dan dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya dalam masadua puluh empat jam bagi penentuan objek atau bahan itu.

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(6) Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa objek atau bahan ituialah butiran warisan dan yang adalah atau akan menjadi mustahakatau penting kepada negara, dia boleh melarang pengeksportanitu.

(7) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen(1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkandipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun ataudidenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Pengimportan butiran warisan asing

84. (1) Seseorang yang berniat untuk mengimport apa-apa butiranwarisan asing hendaklah memberitahu Pesuruhjaya dengan dokumenyang memperakukan bahawa butiran warisan asing itu telah dibawakeluar dari suatu negara asing secara sah.

(2) Jika terdapat sebab yang sah untuk mempercayai bahawasesuatu butiran warisan asing yang sedang dalam perjalanan atautelah pun diimport telah dibawa keluar dari suatu negara asingsecara tidak sah, Pesuruhjaya boleh mengambil milikan butiran itudan menyimpannya dalam jagaan tetapi sebelum dia melaksanakantindakan itu dia hendaklah berunding dengan Menteri yangkeputusannya adalah muktamad.

(3) Jika suatu butiran warisan asing ditahan di bawahsubseksyen (2), Pesuruhjaya hendaklah menyimpan danmenguruskannya sebagaimana yang difikirkannya patut.

(4) Jika apa-apa butiran warisan asing dibuktikan telah dibawakeluar dari negara asing secara sah, Pesuruhjaya hendaklah tanpakelengahan memulangkannya kepada orang yang mengimport bahanitu.

(5) Jika mana-mana negara telah membuktikan bahawa butiranwarisan asing itu telah dieksport secara tidak sah dan memintasupaya butiran itu dipulangkan mengikut terma suatu triti, atauapabila Pesuruhjaya melaksanakan kewajipan memulangkan butiranitu mengikut suatu triti, dia hendaklah, dengan bantuan pihak berkuasayang berwibawa, mengambil langkah yang perlu untuk memulangkanbutiran itu kepada negara itu.

Warisan Kebangsaan 59

Menteri boleh menetapkan tatacara yang perlu

85. Jika suatu butiran warisan asing dibawa masuk ke Malaysiamengikut apa-apa cara, Menteri boleh menetapkan tatacara dankaedah penyimpanan selamat yang perlu dan boleh mengarahkanPesuruhjaya supaya mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Bab 2

Lesen untuk menggali

Penggalian objek warisan

86. (1) Tiada seorang pun boleh menggali mana-mana tanah bagimaksud menjumpai sesuatu objek melainkan jika dia memegangsuatu lesen yang diberikan oleh Pesuruhjaya.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukansuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihilima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Permohonan bagi lesen untuk menggali

87. Suatu permohonan bagi lesen untuk menggali hendaklah—

(a) dibuat kepada Pesuruhjaya mengikut bentuk yangditetapkan; dan

(b) mengandungi perihalan penuh dan tepat mengenai tanahyang di atasnya penggalian dicadangkan untuk dijalankan,maksud, jenis dan takat penggalian yang dicadangkandan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki.

Kelulusan atau penolakan lesen untuk menggali

88. (1) Pesuruhjaya boleh mengikut budi bicaranya meluluskanatau menolak apa-apa permohonan bagi lesen untuk menggali.

(2) Tiada lesen di bawah subseksyen (1) boleh diluluskanmelainkan jika Pesuruhjaya berpuas hati—

(a) bahawa pemunya tanah tempat penggalian dicadangkandibuat telah mengizinkan penggalian itu;

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(b) bahawa penggalian yang dicadangkan itu tidak akanmenyebabkan apa-apa kerosakan atau gangguan kepadaorang yang tinggal berhampiran dengan tanah itu, ataukepada mana-mana tempat yang digunakan bagi maksudkeagamaan, atau kepada mana-mana tanah perkuburan,sekolah, punca atau bekalan air, kerja-kerja pengairanatau saliran atau jalan awam, atau bahawa jika apa-apakerosakan mungkin berlaku peruntukan yang mencukupitelah dibuat oleh pemohon bagi pembayaran pampasan;dan

(c) bahawa pemohon boleh memberi jaminan bagi pematuhanwajar olehnya apa-apa syarat yang dikenakan ke ataslesen atau mana-mana peraturan sebagaimana yangditetapkan.

Terma dan syarat lesen

89. Suatu lesen yang diluluskan di bawah seksyen 88 adalah sahselama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu dan tertaklukkepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalamnya.

Pelanjutan dan pembatalan lesen

90. (1) Apa-apa lesen untuk menggali boleh, pada bila-bila masasebelum habis tempoh yang baginya lesen itu diluluskan, dilanjutkanoleh Pesuruhjaya bagi apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimanayang difikirkannya patut.

(2) Apa-apa lesen untuk menggali boleh, pada bila-bila masasebelum habis tempoh yang baginya lesen itu diluluskan, dibatalkanoleh Pesuruhjaya sekiranya pemegang lesen itu melanggarmana-mana terma atau syarat lesen itu atau pembatalan itu perluuntuk melindungi kepentingan negara, kepentingan keselamatannegara atau bagi maksud apa-apa dasar Kerajaan.

(3) Pemegang lesen tidak berhak menuntut pampasan bagiapa-apa kerugian atau ganti rugi yang dialami atau yang dikatakantelah dialami olehnya disebabkan oleh pembatalan di bawahsubseksyen (2).

(4) Bagi maksud seksyen ini, apa yang menjadi “kepentingannegara”, “kepentingan keselamatan negara” atau “dasar Kerajaan”hendaklah ditentukan oleh Menteri atas syor Pesuruhjaya danpenentuan itu adalah muktamad.

Warisan Kebangsaan 61

(5) Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Menteri dibawah subseksyen (4).

Bab 3Pendaftaran peniaga butiran warisan

Peniaga berdaftar butiran warisan

91. (1) Tiada seorang pun boleh berurus niaga dalam apa-apabutiran warisan melainkan jika dia ialah seorang peniaga berdaftardan memegang suatu perakuan pendaftaran yang diberikan olehPesuruhjaya.

(2) Mana-mana orang yang melanggar peruntukansubseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabiladisabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi limatahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit ataukedua-duanya.

(3) Mana-mana orang boleh memohon kepada Pesuruhjaya untukdidaftarkan sebagai peniaga berdaftar warisan kebudayaan mengikutapa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.

(4) Pesuruhjaya boleh meluluskan atau menolak permohonanitu.

Maklumat mengenai butiran warisan yang dicuri

92. (1) Apa-apa maklumat mengenai apa-apa butiran warisan yangdicuri atau hilang yang telah diterima oleh polis hendaklahdisampaikan kepada Pesuruhjaya.

(2) Apabila menerima maklumat di bawah subseksyen (1)Pesuruhjaya hendaklah memberitahu peniaga berdaftar senarai danperihalan butiran warisan yang dicuri atau hilang itu.

(3) Jika apa-apa harta yang menepati senarai dan perihalan beradadalam milikan mana-mana peniaga berdaftar atau yang telahditawarkan atau ditunjukkan kepada mana-mana peniaga berdaftar,dia hendaklah tanpa apa-apa kelengahan memberikan maklumatyang bermaksud sedemikian di balai polis yang paling hampir ataukepada mana-mana pegawai polis, dengan nama dan alamat orangyang daripadanya dia memperoleh atau yang menawarkan ataumenunjukkan kepadanya butiran warisan yang dicuri atau hilangitu.

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(4) Mana-mana peniaga berdaftar yang tidak memberikanmaklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) melakukansuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihilima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihienam bulan atau kedua-duanya.

(5) Peniaga berdaftar dalam hal itu boleh menahan orang yangmenawarkan atau menunjukkan butiran itu kepadanya sehinggaketibaan polis.

Laporan penjualan atau pembelian butiran warisan

93. (1) Tiap-tiap peniaga berdaftar yang berurus niaga butiranwarisan hendaklah, apabila dikehendaki sedemikian melalui perintahsecara bertulis oleh Pesuruhjaya, berkenaan dengan apa-apa tempohdan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan dalam perintah itu,melaporkan secara bertulis kepada pegawai yang diberi kuasa yangpaling hampir butir-butir penuh mengenai apa-apa butiran warisanyang telah dibelinya atau dijualnya dengan harga yang dibayar dannama serta alamat penjual atau pembeli butiran warisan itu, mengikutmana-mana yang berkenaan.

(2) Laporan itu hendaklah ditulis dengan jelas dalam bahasakebangsaan atau bahasa Inggeris.

(3) Mana-mana peniaga berdaftar yang, tanpa alasan yangmunasabah, tidak mematuhi perintah itu melakukan suatu kesalahandan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua puluhribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi duatahun atau kedua-duanya.

Pegawai penguat kuasa boleh memasuki dan menggeledah premisperniagaan peniaga berdaftar, dsb.

94. Mana-mana pegawai penguat kuasa boleh memasukimana-mana premis perniagaan peniaga berdaftar pada bila-bilamasa dan boleh menggeledah tanpa waran premis itu yang diamempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa apa-apa butiran warisanyang dicuri atau hilang dijumpai di premis itu.

Warisan Kebangsaan 63

Penyerahan kepada pemunya

95. (1) Jika mana-mana orang disabitkan atas suatu kesalahan didalam mana-mana mahkamah di bawah Bab XVII Kanun Keseksaan[Akta 574] berkenaan dengan mana-mana butiran warisan dan ternyatapada mahkamah bahawa butiran warisan itu telah dijual kepadaseorang peniaga berdaftar, mahkamah, apabila dibuktikankeempunyaan harta itu, boleh, jika difikirkannya patut,memerintahkan supaya butiran warisan itu diserahkan kepadapemunya itu sama ada dengan membayar kepada peniaga berdaftaramaun harga pembelian atau apa-apa bahagiannya atau tanpamembayar amaun harga pembelian itu atau apa-apa bahagiannyasebagaimana yang difikirkan sesuai dan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh menangguhkan prosiding itu bagi kehadiranpeniaga berdaftar itu dan boleh memanggil peniaga berdaftar itusupaya hadir pada pendengaran yang ditangguhkan itu bagi penentuandi bawah subseksyen (1).

BAHAGIAN XIII

RAYUAN

Rayuan

96. (1) Mana-mana orang boleh, dalam masa tiga puluh hari daritarikh pemberitahuan keputusan Pesuruhjaya, merayu secara bertuliskepada Menteri jika orang itu terkilan—

(a) oleh keputusan Pesuruhjaya untuk menetapkan atau tidakmenetapkan sesuatu tapak sebagai tapak warisan di bawahseksyen 31;

(b) oleh pengeluaran Perintah Perlindungan Interim di bawahseksyen 33;

(c) oleh pengeluaran Perintah Pemeliharaan Monumen dibawah seksyen 41;

(d) oleh keputusan Pesuruhjaya untuk meluluskan atau menolakpermohonan untuk mendaftarkan suatu objek sebagai objekwarisan di bawah seksyen 51; atau

(e) oleh penolakan Pesuruhjaya untuk meluluskan apa-apalesen di bawah seksyen 83 atau 86 atau apa-apa pendaftarandi bawah seksyen 91.

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(2) Menteri boleh mengesahkan, mengakas atau mengubahkeputusan yang dirayukan terhadap dan, dalam mengesahkan,mengakas atau mengubah keputusan itu, boleh mengenakanapa-apa terma atau syarat yang difikirkannya adil atau perlu.

(3) Sebelum membuat apa-apa keputusan di bawahsubseksyen (2), Menteri boleh merujukkan perkara itu kepada Majlis.

(4) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad.

(5) Jika keputusan itu diakas atau diubah, butir-butir pengakasanatau pengubahan itu hendaklah dimasukkan ke dalam Daftar.

BAHAGIAN XIV

KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGANPENGUATKUASAAN, PENYITAAN, PENANGKAPAN, DSB.

Pelantikan pegawai penguat kuasa

97. Menteri boleh melantik apa-apa bilangan pegawai penguatkuasa yang perlu bagi maksud Akta ini dan peraturan-peraturanyang dibuat di bawah Akta ini.

Kuasa untuk menyiasat

98. Seseorang pegawai penguat kuasa atau seseorang pegawaipolis hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahandi bawah Akta ini.

Kad kuasa

99. (1) Maka hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai penguatkuasa suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Menteri.

(2) Bilamana seseorang pegawai penguat kuasa menjalankanmana-mana kuasa di bawah Akta ini atau mana-mana peraturanyang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta,mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedangdijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawahsubseksyen (1).

Warisan Kebangsaan 65

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

100. (1) Jika ternyata pada Majistret, berdasarkan maklumatbertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimanayang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untukmempercayai bahawa—

(a) mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakanbagi; atau

(b) ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlubagi penjalanan penyiasatan mengenai,

pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturanyang dibuat di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkansuatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasaatau pegawai polis yang dinamakan dalam waran itu, padabila-bila masa yang munasabah sama ada pada siang atau malamhari dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu, jikaperlu dengan kekerasan.

(2) Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) bolehmemberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polisuntuk menggeledah premis itu bagi mencari, dan untuk menyitadan mengalihkan dari premis itu—

(a) apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lainyang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah ataudisyaki telah dilakukan; dan

(b) apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lainyang semunasabahnya dipercayai memberi keterangantentang pelakuan kesalahan itu.

(3) Seseorang pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yangbertindak di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh—

(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premisitu atau mana-mana pagar, kepungan, pagar pintu atauhalangan lain ke premis itu, untuk masuk ke dalam premisitu;

(b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepadakemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihanyang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawahsubseksyen (1) atau (2); dan

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(c) menahan tiap-tiap orang yang ditemui di dalam premisitu sehingga penggeledahan itu selesai.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

101. Bilamana seseorang pegawai penguat kuasa atau pegawaipolis mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawaapa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaandengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-manaperaturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan mungkindijumpai di dalam atau di mana-mana tempat, premis, pada orang,di dalam mana-mana kenderaan, vesel atau alat pengangkutan danbahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran di bawahseksyen 100 matlamat penggeledahan mungkin terkecewa, dia boleh,tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimanayang perlu—

(a) memasuki dan menggeledah tempat atau premis itu;

(b) memberhentikan dan memeriksa orang, kenderaan, veselatau alat pengangkutan itu; dan

(c) menyita apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau bendalain yang mungkin dijumpai dan boleh menjadi keterangantentang pelakuan kesalahan itu.

Pemeriksaan orang

102. Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lainyang sama jantinanya dengan orang itu, dan pemeriksaan ituhendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.

Penyitaan benda, dsb.

103. Tanpa menjejaskan subseksyen 100(2) dan seksyen 101,apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yangsemunasabahnya disyaki oleh seseorang pegawai penguat kuasaatau pegawai polis telah digunakan atau akan digunakan dalampelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-manaperaturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh disita dan ditahanoleh pegawai penguat kuasa atau pegawai polis itu.

Warisan Kebangsaan 67

Notis penyitaan

104. (1) Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Bahagian ini,pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang membuat penyitaanitu hendaklah menyediakan suatu senarai tiap-tiap objek, bahan,buku, dokumen atau benda lain yang disita dan tempat objek,bahan, buku, dokumen atau benda lain itu telah dijumpai danhendaklah menandatangani senarai itu.

(2) Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklahdiserahkan dengan serta-merta kepada penghuni tempat ataupremis tempat objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yangdisita itu dijumpai.

(3) Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-manatempat atau premis yang tidak dihuni, pegawai penguat kuasa ataupegawai polis yang membuat penyitaan itu hendaklah bilamanamungkin menampalkan supaya mudah dilihat suatu senarai bendayang disita itu di tempat atau premis itu.

(4) Jika apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda laindisita selain di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis,pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yang membuat penyitaanitu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis mengenaipenyitaan itu dan alasan-alasan penyitaan itu kepada pemunyaobjek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu denganmenyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu sendiriatau melalui pos ke tempat perniagaan atau kediamannya.

(5) Notis di bawah subseksyen (4) tidak perlu diberikan jikapenyitaan itu dibuat dalam kehadiran atau dengan pengetahuanpemunya itu.

Kuasa penangkapan

105. (1) Mana-mana pegawai penguat kuasa atau pegawai polisboleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yangsemunasabahnya dipercayainya telah melakukan atau cuba melakukansuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yangdibuat di bawah Akta ini.

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(2) Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penangkapandi bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidakperlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawaipolis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawaorang itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orangitu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan olehundang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yangsedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawaipolis.

Menghalang penggeledahan, dsb.

106. Mana-mana orang yang—(a) mengamang, menggalang, menghalang atau melengahkan

mana-mana pegawai penguat kuasa dalam melaksanakanapa-apa kemasukan yang berhak dilaksanakan olehnya dibawah Akta ini, atau dalam pelaksanaan apa-apa tugasyang dipertanggungkan atau apa-apa kuasa yang diberikanoleh Akta ini; atau

(b) tidak mematuhi apa-apa permintaan sah daripada seseorangpegawai penguat kuasa yang bertindak melaksanakantugasnya di bawah seksyen 105,

melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakanselama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihisepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahuikes

107. (1) Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat siasatandi bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahAkta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang pada hemat pegawai penguat kuasa itu mengetahuifakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, danorang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

(2) Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yangdikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawahsubseksyen (1), pegawai penguat kuasa itu boleh melaporkankeengganannya itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkansuatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimanayang dikehendaki oleh perintah itu.

Warisan Kebangsaan 69

Pemeriksaan orang yang mengetahui kes

108. (1) Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuatpenyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yangdibuat di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-manaorang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itudan hendaklah mengubah apa-apa pernyataan yang dibuat olehorang yang diperiksa sedemikian ke dalam bentuk bertulis.

(2) Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalanberhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawaipenguat kuasa, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalanyang jawapannya mungkin mendedahkan orang itu kepada suatupertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyenini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yangbenar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannyaatau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan itu.

(4) Seseorang pegawai penguat kuasa yang memeriksa seseorangdi bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkanorang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang dibawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalambentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnyaatau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yangberkenaan, selepas—

(a) pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasapernyataan itu dibuat olehnya; dan

(b) dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulanyang dia mahu.

Kebolehterimaan pernyataan orang tertuduh

109. (1) Dalam mana-mana perbicaraan atau siasatan oleh sesuatumahkamah tentang suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apapernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatupengakuan salah atau tidak, secara lisan atau bertulis, yang dibuatpada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

dipertuduh dan sama ada semasa penyiasatan atau tidak dan samaada atau tidak keseluruhannya atau sebahagiannya pada menjawabsoalan, oleh seseorang orang tertuduh kepada atau dengan didengaroleh mana-mana pegawai penguat kuasa atau pegawai polis, samaada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawaipenguat kuasa atau pegawai polis lain atau mana-mana orang lain,sama ada yang terlibat atau tidak dalam penangkapan orang itu,hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis ataurukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagaiketerangan dalam perbicaraan orang itu dan, jika orang itumengemukakan dirinya sebagai saksi mana-mana, pernyataansedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagimaksud mencabar kebolehpercayaannya.

(2) Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) bolehditerima atau digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalamsubseksyen itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata padamahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan ataujanji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yangdatang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi, pada pendapatmahkamah itu, untuk memberi orang itu alasan yang padapendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa denganmembuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah ataumengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosidingterhadapnya.

(3) Jika mana-mana orang ditangkap atau dimaklumkan bahawadia mungkin didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini,hendaklah disampaikan kepadanya suatu notis secara bertulis, yanghendaklah diterangkan kepadanya yang bermaksud seperti yangberikut:

“Kamu telah ditangkap/dimaklumkan bahawa kamu mungkindidakwa atas ... (kesalahan di bawah Akta ini yang mungkindipertuduhkan). Adakah kamu hendak menyatakan apa-apa? Jikaada apa-apa fakta yang hendak kamu gunakan dalam pembelaankamu di mahkamah, kamu dinasihati supaya menyatakannyasekarang. Jika kamu tidak menyatakannya sehingga kamu pergike mahkamah, kemungkinan keterangan kamu akan kurangdipercayai dan ini akan membawa kesan buruk kepada kes kamupada amnya. Jika kamu ingin menyatakan apa-apa fakta sekarang,dan kamu mahu ia ditulis, ini akan dilakukan.”.

Warisan Kebangsaan 71

(4) Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu pernyataan olehmana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan dibawah Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk menyampaikannotis di bawah subseksyen itu tidaklah menjadi tidak boleh diterimasebagai keterangan semata-mata kerana tiada notis sedemikiantelah disampaikan kepada orang itu jika notis sedemikian disampaikankepadanya dengan seberapa segera yang semunasabahnya mungkinsesudah itu.

(5) Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang orang tertuduhpada menjawab notis bertulis yang disampaikan kepadanya menurutsubseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai pernyataan yang disebabkanoleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji sebagaimana yangdiperihalkan dalam subseksyen (2), jika pernyataan itu dibuatselainnya dengan sukarela.

(6) Jika dalam mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorangatas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, keterangan diberikanbahawa tertuduh, apabila dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwakerananya, gagal menyatakan apa-apa fakta, iaitu fakta yang dalamhal keadaan yang wujud pada masa itu dia semunasabahnya dapatdijangkakan akan menyatakannya apabila dimaklumkan sedemikian,maka mahkamah, dalam menentukan sama ada pihak pendakwasudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalammenentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yangdipertuduhkan, boleh membuat apa-apa kesimpulan daripadakegagalan itu sebagaimana yang pada pendapatnya patut; dankegagalan itu boleh, berasaskan kesimpulan itu, dikira sebagai,atau sebagai dapat terjumlah kepada, sokongan apa-apa keteranganyang diberikan terhadap tertuduh yang berhubungan dengannyakegagalan itu adalah suatu perkara matan.

(7) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh, dalammana-mana prosiding jenayah—

(a) menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan perbuatanberdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasaapa-apa jua dikatakan dalam kehadirannya berhubungdengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh,setakat yang keterangan sedemikian akan boleh diterimaselain oleh sebab subseksyen itu; atau

(b) dikira sebagai menghalang pembuatan apa-apa kesimpulandaripada apa-apa perbuatan berdiam diri atau reaksi laintertuduh yang dapat dibuat selain oleh sebab subseksyenitu.

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

Pelucuthakan benda, dsb., yang disita

110. (1) Apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lainyang disita di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.

(2) Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini pegawaipenguat kuasa boleh mengikut budi bicaranya memulangkan secarasementara apa-apa benda itu kepada pemunya atas jaminan yangdiberikan yang memuaskan hatinya bahawa benda itu hendaklahdiserahkan kepadanya atas permintaan atau untuk dikemukakan dihadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.

(3) Suatu perintah bagi pelucuthakan di bawah subseksyen (1)hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hatibahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturanyang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa objek,bahan, buku, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkarabagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiadaorang telah disabitkan atas kesalahan itu.

(4) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa objek,bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Aktaini, objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu hendaklahdiambil dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satubulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yangterakhir diketahui orang yang daripadanya objek, bahan, buku,dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiadapendakwaan berkenaan dengan objek, bahan, buku, dokumen ataubenda lain itu, melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatutuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalamsubseksyen (5), (6), (7) dan (8).

(5) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunyaobjek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang disebutdi bawah subseksyen (4) dan bahawa objek, bahan, buku, dokumenatau benda lain itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikansendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notisbertulis kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polis yangdalam milikannya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lainitu dipegang bahawa dia menuntut objek, bahan, buku, dokumenatau benda lain itu.

Warisan Kebangsaan 73

(6) Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (5) diterima,pegawai penguat kuasa atau pegawai polis itu hendaklah merujukkanperkara itu kepada Majistret untuk mendapatkan suatu keputusan.

(7) Majistret yang kepadanya suatu perkara dirujukkan di bawahsubseksyen (6) hendaklah mengeluarkan suatu saman yangmenghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunyaobjek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itu dan orang yangdaripadanya objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain itudisita hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atauapabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itutelah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklahmeneruskan pemeriksaan perkara itu.

(8) Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta iniatau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telahdilakukan dan bahawa objek, bahan, buku, dokumen atau bendalain yang disebut dalam subseksyen (7) merupakan hal perkarabagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, makaMajistret hendaklah memerintahkan supaya objek, bahan, buku,dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan dan hendaklah, jikatiada bukti sedemikian, memerintahkan supaya objek, bahan, buku,dokumen atau benda lain itu dilepaskan.

(9) Mana-mana objek, bahan, buku, dokumen atau benda lainyang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklahdihantarserahkan kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai polisdan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.

(10) Jika apa-apa jua yang disita pada menjalankan kuasa yangdiberikan di bawah seksyen 100 atau seksyen 101 merupakandaripada jenis yang mudah musnah atau jika jagaan benda itumelibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah,Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya atau Penolong Pesuruhjayaatau pegawai penguat kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan,boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masadan hasil jualan itu dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apapendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaanboleh didapatkan

111. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapanmana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa jua,yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapatkos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkanjika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

BAHAGIAN XV

KESALAHAN

Kesalahan berkenaan dengan tapak warisan

112. (1) Tiada seorang pun boleh, tanpa kelulusan Pesuruhjayasecara bertulis—

(a) mengorek, membina, menggali, membangun, menanampokok, menguari, mengairi, membakar kapur ataumendeposit tanah atau sampah, di atas atau di tapak warisanatau kawasan pemuliharaan;

(b) meroboh, mengganggu, menghalang, mengubah suai,menanda, meruntuhkan atau mengalih mana-manamonumen di mana-mana tapak warisan;

(c) mendirikan apa-apa bangunan atau struktur bersebelahandengan suatu monumen di dalam mana-mana tapak warisan;

(d) memusnahkan perhubungan antara suatu bangunan denganalam sekitarnya yang tidak selaras dengan ciri-ciri kejiranandi mana-mana tapak warisan;

(e) membersihkan mana-mana kawasan atau mengganggu,memusnahkan atau mengalih mana-mana pokok, tumbuhanbawah, rumpai, rumput atau tumbuh-tumbuhan dimana-mana tapak warisan; atau

(f) melakukan apa-apa aktiviti atau tindakan yang mungkinmenyebabkan kerosakan kepada tanah yang bersempadanandan tanah di sekitarnya yang telah didaftarkan sebagaisuatu tapak warisan.

Warisan Kebangsaan 75

(2) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, melanggarsubseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabiladisabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahunatau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana orang yang ada dalam milikan atau jagaannyaatau di bawah kawalannya, apa-apa bahan yang berasal daripadatanah yang menjadi suatu warisan semula jadi atau warisankebudayaan, hendaklah dianggap sebagai telah diekstrak, dialihatau diangkut atau dibenarkan pengekstrakan, pengalihan ataupengangkutan warisan semula jadi atau warisan kebudayaan itutanpa kuasa yang sah.

(4) Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan dibawah seksyen ini boleh diperintahkan untuk membayar, sebagaitambahan kepada apa-apa hukuman yang dikenakan di bawahsubseksyen (2), pampasan yang bersamaan dengan nilai objek itudan bagi apa-apa jua yang dirosakkan semasa pengekstrakannya.

(5) Bagi maksud subseksyen (4), nilai apa-apa objek hendaklah,sekiranya tidak ada keterangan yang bertentangan, disifatkan sebagaiapa-apa amaun sebagaimana yang diperakui oleh penilai KerajaanPersekutuan.

(6) Apa-apa jumlah yang diperintahkan untuk dibayar di bawahsubseksyen (4) boleh didapatkan seolah-olah ia merupakan suatudenda yang dikenakan atas sabitan.

Kesalahan berkenaan dengan objek warisan

113. Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan,mencacatkan, melupuskan atau mengubah sesuatu warisankebudayaan ketara, tanpa suatu permit yang dikeluarkan olehPesuruhjaya melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkandipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didendatidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kesalahan berkenaan dengan Warisan Kebangsaan

114. (1) Tiada seseorang pun boleh, tanpa kelulusan bertulisPesuruhjaya, memindahkan, merobohkan, mengalihkan, mengubah,mengubah elok, mengeksport, menambah kepada atau menguruskanmana-mana Warisan Kebangsaan kecuali dalam hal keperluan yangsegera dan serta-merta bagi keselamatan orang atau harta.

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukansuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihilima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

BAHAGIAN XVI

PELBAGAI

Pendakwaan

115. Tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan dibawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahAkta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulisPendakwa Raya.

Bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama

116. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Mahkamah MajistretKelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untukmembicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan bolehmenjatuhkan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan itu.

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

117. Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawahAkta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta iniialah suatu pertubuhan perbadanan, maka tiap-tiap orang yang,pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan pengarah urusan,pengurus atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhanperbadanan itu, boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yangsama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhanperbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan, makatiap-tiap pengarah urusan, pengurus atau pegawai itu hendaklahjuga disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakanpenalti yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, melainkanjika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpapengetahuan, keizinan atau pembiarannya atau bahawa dia telahmengambil langkah yang munasabah untuk mencegah pelakuannya.

Warisan Kebangsaan 77

Penalti am

118. (1) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan dibawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahAkta ini yang tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh apabiladisabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit ataudipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya dia bolehdidenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakanselama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(2) Jika kesalahan yang dilakukan mengakibatkan kerosakankepada atau perobohan atau pembinasaan sesuatu butiran warisan,mahkamah boleh memerintahkan orang itu membayar, sebagaitambahan kepada apa-apa penalti yang dikenakan di bawahsubseksyen (1), kos pembaikan, pembaikpulihan atau pembinaansemula butiran warisan itu.

Pengkompaunan kesalahan

119. (1) Pesuruhjaya boleh, dengan keizinan secara bertulisPendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yangdilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerimadaripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukankesalahan itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluhperatus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu, dalam masayang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat padabila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(3) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawahsubseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalamtawaran itu atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang diberikanoleh Pesuruhjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakanpada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanyatawaran itu dibuat.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen(1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengankesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untukmengkompaun telah dibuat dan jika pemilikan telah diambil terhadapmana-mana buku, rekod atau dokumen lain atau apa-apa bendalain, buku, rekod, dokumen atau benda itu boleh dilepaskan tertaklukkepada apa-apa syarat yang dikenakan mengikut syarat kompaun.

(5) Amaun yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah dibayarke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan WangDisatukan Persekutuan dan dalam hal kesalahan di bawah BahagianXI amaun yang diterima hendaklah dibayar ke dalam dan menjadisebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri.

Pekhidmat awam

120. Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya,pegawai yang diberi kuasa, pegawai penguat kuasa, semua anggotaMajlis dan jawatankuasa, mana-mana anggota kakitangan atau ejenPesuruhjaya semasa menunaikan kewajipan mereka ataumelaksanakan fungsi mereka atau menjalankan kuasa mereka dibawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awammengikut pengertian Kanun Keseksaan.

Kekebalan daripada tindakan undang-undang

121. Tiada prosiding undang-undang, pendakwaan atau bentuklitigasi yang lain boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap—

(a) Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya atau PenolongPesuruhjaya;

(b) mana-mana anggota Majlis;

(c) mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau pegawaipenguat kuasa; atau

(d) mana-mana orang yang diambil bekerja di pejabatPesuruhjaya atau Majlis,

atas sifat peribadinya berkenaan dengan apa-apa perbuatan,peninggalan, keputusan atau pernyataan yang dilakukan atau dibuatbagi maksud atau bersampingan dengan pelaksanaan atau pelaksanaan

Warisan Kebangsaan 79

yang dicadangkan peruntukan Akta ini atau apa-apa peraturan yangdibuat di bawah Akta ini melainkan jika perbuatan, peninggalan,keputusan atau pernyataan itu telah dilakukan atau dibuat olehkecuaian atau keingkarannya yang disengajakan.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

122. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaanatau prosiding terhadap Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, PenolongPesuruhjaya, pegawai yang diberi kuasa, pegawai penguat kuasa,mana-mana anggota Majlis atau jawatankuasa, mana-mana anggotakakitangan atau ejen Pesuruhjaya, atau Majlis berkenaan denganapa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukanatau dibuat olehnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atassifat yang sedemikian.

Pewakilan kuasa

123. Pesuruhjaya boleh secara am atau khusus memberi kuasabagi penjalanan, pelaksanaan atau penunaian mana-mana kuasa,kewajipan atau fungsinya di bawah Akta ini atau apa-apa peraturanyang dibuat di bawah Akta ini kepada mana-mana pegawai yangdilantik di bawah subseksyen 5(1).

Peraturan-peraturan

124. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan sebagaimanayang suai manfaat atau perlu bagi maksud melaksanakan peruntukanAkta ini dengan lebih baik.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi kesemua atau mana-mana maksudyang berikut:

(a) menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki di bawahAkta ini untuk ditetapkan;

(b) menetapkan pelan pengurusan pemuliharaan;(c) menetapkan syarat dan sekatan (termasuk pembayaran

dan amaun fi) yang tertakluk kepadanya mana-mana lesenatau permit di bawah Akta ini boleh diberikan ataudikeluarkan;

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

(d) menyediakan tatacara bagi permohonan, terma dan syaratyang hendaklah dikenakan pada lesen, dan bagi fi, cajdan deposit berkenaan dengan permohonan itu, termasukperuntukan bagi pelucuthakan, penggunaan ataupengembalian deposit itu;

(e) menetapkan pengurusan dan tatacara bagi pemuliharaandan pemeliharaan tapak warisan, objek warisan, warisankebudayaan di bawah air dan Warisan Kebangsaan;

(f) menetapkan garis panduan dan tatacara bagi pemuliharaandan pemeliharaan warisan kebudayaan tidak ketara;

(g) menetapkan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan; dan

(h) menetapkan penalti atau denda yang tidak melebihi duapuluh lima ribu ringgit bagi pelanggaran atau kegagalanuntuk mematuhi mana-mana peruntukan mana-manaperaturan yang dibuat di bawah Akta ini atau dengansekatan atau syarat mana-mana lesen atau permit yangdiberikan di bawah mana-mana peraturan itu.

BAHAGIAN XVII

PERUNTUKAN PEMANSUHAN DAN KECUALIAN

Pemansuhan dan kecualian

125. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Akta Benda Purba 1976[Akta 168] dan Akta Harta Karun 1957 [Akta 542] dimansuhkan.

(2) Akta Harta Karun 1957 hendaklah terus terpakai bagi Negeri-Negeri yang tidak menerima pakai peruntukan Bahagian XI Aktaini melalui suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundanganbagi Negeri yang berkaitan mengikut Fasal (3) Perkara 76Perlembagaan Persekutuan.

(3) Semua penetapan, peraturan, kaedah, undang-undang kecil,pengecualian, arahan dan perintah yang dibuat, semua daftar yangdisimpan dan semua perakuan yang diberikan atau yang mempunyaikesan di bawah undang-undang atau perintah yang dimansuhkanoleh seksyen ini dan yang berkuat kuasa atau mempunyai kesanpada permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah (tanpa menjejaskankuasa Menteri untuk meminda peraturan-peraturan, kaedah-kaedahdan undang-undang kecil atau untuk meminda, membatalkan atau

Warisan Kebangsaan 81

menarik balik pengecualian, arahan atau perakuan melalui perintahatau arahan yang dibuat di bawah peruntukan yang berkenaanAkta ini dan tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perluuntuk menyelaraskan peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, undang-undang kecil, pengecualian, arahan atau perintah dengan Akta ini)terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telahdibuat, disimpan atau diberikan di bawah Akta ini, sehinggadiperuntukkan selainnya di bawah Akta ini.

Pencegahan anomali

126. (1) Menteri boleh, melalui perintah, membuat apa-apa ubahsuaian dalam peruntukan Akta ini yang didapatinya perlu atau suaimanfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yangdisebabkan oleh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan olehseksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh permulaankuat kuasa Akta ini.

(3) Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan,tambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, variasi,pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

82 Undang-Undang Malaysia AKTA 645

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 645

AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasayang meminda dari

–TIADA–

Warisan Kebangsaan 83

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 645

AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari

–TIADA–