akhlak tasawuf.doc
DESCRIPTION
ahwal dan maqamatTRANSCRIPT
1.0 Pendahuluan
Manusia telah diciptakan oleh Allah s.w.t terdiri dari dua unsur penting iaitu zahir dan batin
Kedua –dua unsur tersebut yang akan mewarnai kehidupan manusia di atas muka bumi ini.
Unsur yang zahir akan menjadikan manusia lebih bersifat haywaniyyah (kebinatangan). Sedang
unsur rohani pula akan menjadikan manusia bersifat dengan sifat kemalaikatan. Dengan
gabungan dua sifat ini manusia itu diciptakan dan seterusnya mengharungi kehidupan di atas
muka bumi ini.
Kejernihan hati/jiwa/roh seorang insan akan menyinarkan cahaya iman yang sememangnya
sudah sedia wujud dala hati manusia itu. Natijah daripada kejernihan tersebut seorang insan
berupaya untuk pergi lebih jauh dan menggarap hal-hal yang berhubung dengan soal keimanan
terhadap Allah dan alam ghaib. Dengan kejernihan itu manusia dapat merasakan yang Allah s.w.t
hampir kepadanya.
2.0 Definisi
Al-hal seperti yang difahami oleh ahli tasawuf ialah pengalaman rohaniyyah yang berlaku di
dalam hati tanpa disengajakan,dibuat-buat,dicari-cari atau diusahakan.Keadaan ini kemungkinan
akan berlaku semula atau terus lenyap daripada diri seseorang.Sebagai contoh rasa hebat dan
gementar hati apabila teringatkan keagungan Allah.,seperti yang digambarkan oleh Allah dalam
surah al-anfal:
1
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu(sempurna imannya) ialah mereka yang apabila
disebut nama Allah s.w.t (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan
1 Al-Quran, Al-Anfal 8: 2.
1
kepada ayat-ayatNya,menjadikan mereka bertambah iman dan kepada tuhan mereka jualah
mereka berserah.
Namun begitu, perasaan ini akan hilang apabila sifat diri seperti angkuh dan sombong
menguasai diri seseorang.
Seterusnya,Al-Jurjaniy menyatakan bahawa pada suatu ketika apabila sifat tersebut sudah
sebati dalam diri dan menjadi sebahagian dirinya atau darah dagingnya,maka keadaan ini
dinamakan al-maqam.Sebagai contoh,sifat zuhud pada awalnya merupakan al-hal bagi seseorang
yang salik.Walaupun begitu,apabila sampai ke suatu peringkat,zuhud akan berubah menjadi tetap
dan kekal di dalam hati sehingga dapat merasakan kemanisannya.Situasi inilah yang dinamakan
al-maqam dalam disiplin ilmu tasawuf.
Ibn Ajibah pula berpendapat,al-hal merupakan gerak hati atau dikenali juga sebagai
harakat al-qalb yang bersifat ketuhanan dan bersabar dalam menghadapi kehendak dan ketentuan
Allah. Al-maqam pula ialah diam hati atau sukut al-qalb.Sebagaimana zuhud yang pada
permulaan bagi seorang salik adalah melakukan amalan dengan bermujahadah meninggalkan hal
keduniaan dan segala sebab yang membawa kepada dunia.Kemudian,diperingkat kedua dia
mestilah tetap bersabar dalam keadaan serba kekurangan sehingga zuhud itu menjadi hal bagi
dirinya.Pada peringkat terakhir,zuhud akan tetap sebati di dalam hatinya dan dari situasi ini akan
terserlah kemanisan zuhudnya dengan sifat ketenangan.Di peringkat inilah ia dinamakan al-
maqam.
Tuntasnya, kedua-dua tokoh ini sependapat mengatakan bahawa al-hal merupakan
kurniaan Allah yang bersifat al-mawahib,manakala al-maqam pula lebih bersifat al-makasib iaitu
hasil daripada usaha seseorang yang salik dalam bermujahadah (Othman Napiah 2001:1-3)
3.0 Hubungan Al-Hal dan Al-Maqam
2
Menurut Ibn ’Ata’illah, al-hal dan al-maqam sentiasa berhubung kait dan sentiasa pengaruh
mempengaruhi antara satu sama lain seperti yang telah beliau jelaskan dalam kata-kata
hikmahnya:
االنزل مقامات فى التحقق من االحوال وحسن االحوال حسن نتائج االعمال حسن
Maksudnya:
” Baiknya amal-amal perbuatan itu adalah hasil daripada baiknya al-ahwal dan baiknya al-ahwal
adalah hasil daripada tepatnya al-maqamat yang ditetapkan.”
Dengan erti kata lain, apabila seorang yang salik dapat tetap istiqamah pada maqam-
maqamnya, maka tentulah akan menerima kurniaan Allah s.w.t dalam bentuk al-hal yang baik.
Manakala al-hal yang baik itu sudah tentu akan membuahkan amal-amal yang baik dan ikhlas
pula. Dalam kitabnya al-Hikam, Ibn ’Atai’llah menggunakan istilah al-mawahib dan al-waridat
untuk maksud al-hal. Menurut beliau al-hal sangat mempengaruhi perlakuan zahir manusia. Oleh
yang demikian, bolehlah dianggap di sini bahawa al-hal adalah aspek batin manakala pebuatan
yang baik itu adalah aspek zahir hasil daripada al-hal yang bersifat batin. Oleh sebab al-hal atau
kurniaan Allah s.w.t adalah berbagai-bagai dan berbeza antara satu sama lain, di samping
bermacam jenis dan keadaannya, maka manifestasi yang tercetus daripadanya dalam bentuk
amalan juga adalah berbeza dan bermacam-macam. Sama ada ia bersifat duniawiyah (keduniaan)
atau ukrawiyyah (keakhiratan) (Othman Napiah 2001:4).
Menurut beliau, kurniaan Allah s.w.t hanya dapat diterima dan berfaedah kepada diri
seseorang apabila dia telah berjaya membersihkan hatinya. Sejauhmana persediaan dan
kesugguhan mujahadah seseorang yang salik untuk mencapai hati yang bersih, maka sekadar
itulah kurniaan daripada Allah s.w.t yang akan diperolehinya. Keimanan yang benar-benar
mendalam bagi seseorang salik sehingga mencapai taraf mendapatkan limpahan kurniaan
daripada Allah s.w.t akan menjadikan manusia benar-benar suci pada lahir dan batinnya.
Semasa dalam perjalanan pada setiap maqam si hamba akan mengalami hal-hal kejiwaan
atau hal-hal kerohanian hati sebagai hembusan bayu segar dan nyaman.hal kerohanian ini tidak
kekal tetapi berlaku dalam masa-masa yang di luar jangkaan dan tanpa disengaja atau diusahakan
hasil dari kejernihan zikrullah sebagai kurniaan atau limpahan dari Allah yang menjadi
3
perangsang dalam perjalananya menuju Allah. Kedudukan maqam dan hal diungkapkan ahli sufi
seperti:
المجحود ببذل تحصل والمقامات الوجود عين من تأتى واالحوال
”Ahwal diterima semata-mata dari limpahan anugerah dan kurniaan Allah sementara maqam
dihasilkan dari curahan usaha dan jihad”
حاله فى مترق الحال وصاحب مقامه فى ممكن المقام وصاحب
”Yang empunya maqam akan menetap dalam maqamnya sementara yang empunya hal akan
meningkat dalam halnya”(Mohd Sulaiman Hj Yasin.1992: 526)
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa al-hal merupakan kurniaan Allah s.w.t yang sangat
penting dan bermanfaat kepada iman dan amal seorang yang salik bagi tujuan mencapai
keredhaan Allah s.w.t. bagi Ibn ’Atai’lla, seorang yang salik tidak boleh mengharapkan agar
kekalnya al-hal yang telah dikurniakan kepadanya. Namun memadai jika sekiranya al-hal itu
sudah meninggalkan kesan di dalam hatinya seperti terpancarnya cahaya iman dan lenyap
berbagai-bagai sifat kegelapan sehingga wujudlah ketenangan, ma’rifah, zuhud, reda dan
sebagainya(Othman Napiah 2001:5).
4.0 Tingkatan al-Ahwal
Othman Napiah menjelaskan di dalam bukunya bahawa Ibn ‘Ata’illah berpendapat bahawa al-
hal itu terbahagi kepada tiga bahagian menurut darjat atau tingkat para salik itu sendiri.Ketiga-
tiga darjat itu ialah:-
i. Al-Mubtadi’
ii. Al-mutawassit
iii. Al-Muntaha
Ibn ‘Ata’illah menjelaskan melalui kata-kata hikmahnya yang bermaksud:
“Bahawasanya Allah s.w.t mengurniakan ke atas anda sesuatu kurniaan bagi
menyelamatkan anda dari terbelenggu dengan kekuasaan debu dunia,agar anda bebas
daripada perhambaan kebendaan dan syahwat keduniaan.Allah mengurniakan kepada
4
anda suatu kurniaan agar anda dapat melepaskan diri anda daripada tahanan wujud anda
kepada lapangan melihatNya.”
Kata-kata hikmah ini merupakan rujukan kepada situasi yang dilalui oleh seseorang salik
dalam menuju kepada Allah s.w.t.Situsi yang pertama ialah peringkat al-mubtadi’.Pada peringkat
ini,Allah akan menyedarkan hati seseorang atau membendung seseorang itu daripada sifat al-
ghaflah atau lalai sehingga hatinya terjaga dan berada dalam keadaan al-yaqazah(sedar).
Kurniaan ini dapat mengeluarkan diri dan jiwa seseorang salik daripada kelalaian hati,(zulmat al-
ghaflah) kepada nur al-yaqazah(terangnya cahaya kesedaran).
Kemudian di peringkat kedua(al-mutawassit)Allah menjadikan hati seseorang salik itu
sentiasa hadir dalam mengingatinya sehingga dia lupa kepada lainnya .Seterusnya diperingkat
terakhir iaitu al-muntaha Allah menjadikan hati seseorang salik itu sentiasa syuhud terhadap
hakikat Allah,keagungan dan kesempurnaannya sehingga dengan jelas hakikat kehambaan diri
yang bersifat lemah,miskin,fakir,jahil dan sebagainya yang termasuk dalam peringkat al-ahwal
bagi seorang salik(Othman Napiah 2001:17-19).
5.0 Al-Maqamat
Terdapat beberapa pendapat tentang al-maqamat ini,sesetengah pendapat mengatakan ada
sepuluh maqam dan sesetengah lagi mengatakan tujuh maqam.Namun,kami akan membicarakan
tentang tujuh maqam sahaja.
Maqam yang pertama dikenali sebagai maqam al-Tawbah,keduanya maqam al-
zuhud,kemudian maqam al-sabar,seterusnya maqam al-Syukr,diikuti pula oleh maqam al- khauf
dan raja’,kemudian maqam al-redha dan tawakal dan yang terakhir sekali ialah maqam
mahabbah.
5.1 Maqam Al-Tawbah
Al-tawbah pada bahasa ialah al-ruju’yang bererti kembali.Namun begitu,hakikat sebenar al-
tawbah ialah kembali kepada Allah dengan meninggalkan segala perkara yang buruk di samping
melakukan perkara yang baik seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t
5
Al-Tawbah mempunyai tiga maqam atau darjat.Maqam yang pertama dikenali sebagai al-
tawbah manakalamaqam yang kedua dikenali sebagai al-inabah dan maqamketiga dikenali
sebagai al-awwab.maqamal-Tawbah khusus untuk mereka yang beriman namun terlibat dengan
dosa besar. Al-Inabah puladikhususkan untuk mereka yang bertaraf awliya’ atau para wali dan
muqarrabun manakala al-awwab pula adalah khusus bagi mereka yang bertaraf anbiya’dan
mursalin.
Al-Tawbah pada istilah pula dapat ditakrifkan sebagai meninggalkan perbuatan dan
perlakuan yang membawa kepada dosa besar dan melakukan ketaatan.Al-Inabah pula dapat
diklasifikasikan kepada meninggalkan segalaperbuatan dosa kecil dan melaksanakan perbuatan
yang disukai dan dicintaiNya.seterusnya al-Awwab pada istilah dapat diertikan sebagai
meninggalkan campurtangan nafsu kepada hanya Allah semata-mata.Maqam al-tawbah adalah
maqam yang pertama di antara beberapa maqamat yang telah ditetapkan dalam disiplin ilmu
tasawuf.Maqamat seterusnya adalah bergantung rapat dengan maqam al-tawbah ini.Kejayaan
seorang salik dalam suluknya sangat bergantung dengan kedudukan maqam al-tawbah
ini(Othman Napiah 2001:21-22).
5.1.1 Kaedah mencapai maqam tawbah
Sebahagian daripada kaedah untuk mencapai maqam al-tawbah ini adalah dengan cara ‘uzlah
iaitu pengasingan diri dan bertafakkur.Dengan ber’uzlah di samping melakukan tafakkur,seorang
salik akan memerhati diri dan jiwanya serta menilai kehidupan yang dilaluinya peda setiap waktu
di hadapan Allah s.w.t.Langkah ini dikira dapat membantu seorang salik itu membetulkan
keadaan diriniya kea rah yang lebih baik dan sempurna,disamping mendapat keredhaan
Allah.Langkah inilah yang dinamakan al-tawbah.Oleh itu,maqam al-tawbah adalah asas utama
bagi seorang salik untuk mencapai maqamat seterusnya dalam menuju Allah.(Othman
Napiah,2001:31)
5.2 Maqam al-Zuhud
Zuhud pada bahasa ialah meninggalkan kecenderungan terhadap sesuatu.Namun begitu,menurut
istilah yang diberikan oleh ahli tasawuf,zuhud ditakrifkan sebagai tidak menyukai dunia dan
menolaknya.Sebahagian ahli tasawuf lain mendefinisikan zuhud sebagai meninggalkan
6
kerehatan dan kesenangan di dunia dengan mengharapkan kerehatan dan kesenangan di akhirat
kelak.
Al-Ghazaliy berpendapat,hakikat sebenar zuhud adalah dengan meninggalkan sesuatu
yang dikasihi dan berpaling darinya kepada sesuatu yang lain.hal ini kerana,dalam konteks
tasawuf itu sendiri adalah meninggalkan perasaan kasih terhadap dunia kerana menginginkan
sesuatu di akhirat kelak.
Tingkatan Zuhud
Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa zuhud itu terbahagi kepada tiga
bahagian.Pertamanya ialah zuhud orang awam.Ini kerana zuhud mereka hanyalah terbatas
kepada meninggalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah ke atas diri mereka.Keduanya pula
ialah zuhud orang khawas.Mereka sudah mencapai tahap meninggalkan berlebihan dalam yang
halal dan yang terakhirnya ialah zuhud orang yang ‘arifin.Pada ketika ini,zuhud mereka adalah
dengan meninggalkan segala sesuatu yang menggangu ketenteraman akal fikirannya daripada
mengingati Allah.
Pembahagian zuhud
Ibn ‘Ata’illah menjelaskan bahawa zuhud terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-
i. Zuhud yang bersifat jaliy
ii. Zuhud yang bersifat batin
Zuhud yang bersifat jaliy
Bagi seorang salik yang zahid,kehidupannya hanya tertumpu kepada Allah s.w.t.Mereka tidak
memandang kepada perhiasan dan keseronokan yang ada di dunia ini.Hati mereka tidak sesekali
terpengaruh mahupun terpaut pada keduniaan walaupun dunia ini mereka miliki.Mereka inilah
yang digelar zahid.Dengan ini dapatlah diketahui bahawa meninggalkan kecintaan terhadap
dunia adalah sebahagian daripada tanda hub al-akhirat.Tanda dimana seorang itu telah
meninggalkan hal keduniaan serta kecintaannya adalah dengan dia tidak sedikit pun bersedih di
atas kehilangan malah bergembira ke atas kurniaan Allah(Othman Napiah 2001:33-35).
7
Zuhud bersifat batin
Zuhud bersifat batin ini meliputi seluruh aspek maknawiy.Sebagai contohnya, kemuliaan, pujian,
pangkat dan lain-lain yang ada kaitan dengan kebesaran di dunia.Sesungguhnya, kemuliaan,
pujian, kemegahan dan pangkat adalah sangat menarik dan mudah bagi diri seseorang.ini kerana
dengan adanya pangkat yang tinggi dan kedudukan yang agung,maka segala yang dicitakan akan
tercapai.Namun begitu,disebalik segala sifat ini terselindung hal yang bersifat batin.
Dunia pada hakikatnya bukan tempat untuk bersenang-senang,bersuka ria,mengumpul
harat kekayaan mengejar pangkat dan sebagainya.Sebaliknya,dunia adalah tempat beramal dan
mencari bekalan untuk menuju ke alam akhirat.
Oleh itu,dapatlah dikatakan bahawa orang yang memahami tentang hakikat kehidupan di
dunia ini adalah dari golongan orang-orang yang sabar dan beramal soleh.Orang yang sabar tidak
suka mengadu nasib pada manusia tetapi hanya akan mengadu pada Allah sahaja.Mereka juga
tidak ingin dipuji oleh manusia di atas sikap dan perbuatan mereka.Mereka sentiasa menahan diri
dari segala yang menjauhkan mereka dari Allah(Othman Napiah 2001:38-43).
5.3 Maqam Sabar
Sabar pada bahasa ialah menahan diri dari marah.Dari sudut istilah pula sabar dapat
diinterpretasikan sebagai tidak mengadu kepada sesama manusia di atas sesuatu yang menimpa
dirinya kecuali Allah.Selain itu,sabar juga boleh didefinisikan sebagai menahan nafsu daripada
marah terhadap sesuatu perkara yang tidak disukainya(Othman Napiah 2001:47).
5.3.1 Tingkatan Maqam Sabar
Ahli tasawuf menyatakan bahawa maqam sabar ini mempunyai empat tingkatan . Pertama adalah
merangkumi sabar daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah, keduanya pula ialah
sabar ke atas sesuatu yang diwajibkan oleh Allah dan yang ketiga ialah sabar dari tadbirat(qada’
dan qadar) dan ikhtiyarat. Tingkatan terakhir ialah sabar daripada cubaan atau ibtila’.
8
5.3.2 Tingkatan Pertama
Dalam ajaran tasawuf,peringkat pertamanya adalah sabar daripada perkara yang diharamkan oleh
Allah.Selain itu,ia juga dikenali sebagai al-Sabr ‘an al-ma’siyyah.Pada peringkat ini,seorang
salik itu perlulah menjauhkan dirinya dari sifat rakus tatkala berhadapan dengan kehidupan
dunia.
Sesungguhnya kehendak dan nafsu manusia adalah tidak terbatas.Oleh itu,ia boleh
menggagalkan perjalanan seorang salik dalam menuju jalan Allah.Dalam kehidupan,keinginan
dan kemahuan yang bersifat zahir mahupun batin amat memberi pengaruh kepada fikiran dan
tindakan seseorang.
Justeru,situasi seperti ini haruslah dihadapi dengan sabar supaya matlamat wusul ila
Allah berjaya(Othman Napiah 2001:54-58)
5.3.3 Tingkatan Kedua
Sabar tingkatan kedua ialah al-sabr ‘an al-ta’ah yang bermaksud sabar dalam melaksanakan
ketaatan atau dikenali juga sebagai al-sabr ‘an al-wajibat iaitu sabar dalam menghadapi
kewajipan.Kedudukan sabar dalam melaksanakan ketaatan itu terbahagi kepada tiga bahagian
seperti mana yang di jelaskan oleh al-Ghazali iaitu pertamanya kesabaran sebelum melakukan
ketaatan,keduanya kesabaran ketika sedang melaksanakan kewajipan serta ketaatan dan yang
terakhir,kesabaran setelah selesai melaksanakan ketaatan dan kewajipan tersebut.
Peringkat Kesabaran
1) Peringkat pertama
Kesabaran pada peringkat ini meliputi beberapa aspek penting yang harus dijaga oleh seorang
salik.Antaranya adalah dengan membetulkan niat melakukan ibadat hanya semata-mata kerana
Allah,ikhlas melakukannya di samping bersabar menghadapi unsure-unsur riya’ ketika hendak
melakukan ketaatan.Peranan sabar ketika melaksanakan ketaatan beribadah sangatlah penting
kerana dengan sifat tersebut seorang salik dapat mengikhlaskan diri kepada Allah.
9
2) Peringkat Kedua
Kesabaran pada peringkat ini ialah berusaha dengan penuh kesabaran untuk melaksanakan segala
perintah Allah iaitu dengan beribadat dan taat tanpa wujud ghaflah di dalamnya.Seorang salik
yang ghaflah akan lalai dan alpa semasa melaksanakan ibadah.Salik haruslah berhati-hati
menghadapi lintasan-lintasan buruk yang menyebabkan lahirnya sifat ghaflah dalam ibadahnya.
3) Peringkat Ketiga
Pada peringkat ini,seorang salik akan memasuki tahap terakhir dalam kesabaran.Ia juga dikenali
sebagai kesabaran setelah selesai melaksanakan amal kebajikan.Pada situasi ini,seorang salik
memerlukan kesabaran untuk menyembunyikan segala bentuk amal kebajikan yang telah
dilaksanakannya daripada dikhabarkan kepada orang lain.Keadaan ini akan meyebabkan
berlakunya riya’ dalam ibadah.Justeru,sifat sabar pada peringkat ini sangatlah penting untuk
mempastikan bahawa tercapainya wusul ila Allah(Othman Napiah 2001:59-72)
5.3.4 Tingkatan Ketiga
Menurut Ibn ‘Ata’illah,sabar pada tingkatan ini ialah sabr ‘an al-tadbirat wa al-ikhtiyarat atau
pun sabar dalam menghadapi tadbir Allah yakni qada’ dan qadar.Pada tahap ini,Ibn ‘Ata’illah
memberikan penekanan kepada keimanan terhadap qada’ dan qadar Allah.Dengan ini
menjadikan seorang salik bersifat dengan sifat redha dan taslim(menyerah diri) kepada segala
ketetapan Allah.Ini kerana segala yang terjadi ke atas diri seseorang salik itu adalah bergantung
kepada qada’ dan qadar Allah(Othman Napiah 2001:573-78)
5.3.5 Tingkatan Keempat
Pada peringkat ini pula,seorang salik perlulah bersabar dalam menghadapi segala cubaan atau
ibtila’ yang dating dari Allah.Seorang salik mestilah menyedari dan meyakini bahawa seluruh
kehidupan ini adalah medan unutuk Allah mengui manusia bagi membezakan status dan
kedudukan manusia di sisi Tuhannya.Ujian Allah ini bertujuan untuk merealisasikan ubudiyyah
kepada Tuhannya.
Ujian dari Allah adalah pelbagai bentuk dan sifat.ada yang bersifat zahir dan ada yang
bersifat batin.Sesetengahnya bersifat musibah dan kesukaran dan ada pula yang bersifat nikmat
10
dan kesenangan.Kesemua ujian ini adalah untuk menguatkan keazaman untuk meneruskan
perjalanan menuju Allah(Othman Napiah 2001:79-80)
5.4 Bentuk-bentuk ujian
1) Ujian bersifat darra’(kesukaran)
2) Ujian bersifat sarra’ (kesenangan)
5.4 Maqam al-Syukr
Syukur itu boleh dinyatakan sebagai suatu sifat yang terpuji dilahirkan melalui lisan(lidah), janan
(hati), dan arkan( anggota zahir) dengan satu tujuan untuk mengangungkan kebesaran Allah s.w.t
dan ketinggianNya disebabkan oleh penganugerahan sesuatu nikmat sama ada dengan lisan,
tangan atau hati. (Othman Napiah 2001:94)
5.4.1 Pembahagian syukur
1) Syukur al-lisan
Syukur ini dilakukan dengan cara menyebut-nyebut nikmat yang telah diperolehi disamping
mengucapkan pujian serta kesyukuran terhadap nikmat tersebut.
2) Syukur al-arkan
Syukur yang dimaksudkan di sini ialah syukur dengan anggota yang zahir. Iaitu apa sahaja
bentuk amalan kebajikan yang melibatkan aanggota zahir hendaklah dilaksanakan sebagai tanda
kita telah bersyukur kepada Allah s.w.t.
3) Syukur al-janan
Syukur diperingkat ini melibatkan hati dan keyakinan seorang yang salik terhadap Allah s.w.t.
Syukur al-janan membawa maksud meyakini dan mengakui hanya Allah s.w.t yang berkuasa
memberikan nikmat dan tidak yang lain selainNya yang boleh berbuat demikian.
Dengan kombinasi tiga gabungan syukur ini akan membolehkan seseorang yang salik
mencapai martabat keredhaan Allah s.w.t zahir dan batin(Othman Napiah 2001:94-98)
11
5.5 Maqam Khauf dan Raja’
Menurut al-Ghazali, al-khauf ialah suatu keadaan di mana hati berasa dukacita disebabkan oleh
sangkaan akan berlakunya perkara yang tidak diingini pada masa yang akan datang. Manakala
al-raja’ pula membawa maksud harapan. Al-Jurjaniy menjelaskan al-raja’ dari sudut bahasa
ialah harapan. Dari sudut istilah pula ialah: harapan hati untuk mendapatkan sesuatu yang disukai
pada masa akan datang.
Dalam keadaan yang tertentu, khauf dan raja’ sangat mendominasi diri dan perasaan
seorang yang salik. Justeru pada situasi tersebut, khauf dan raja’ merupakan maqamnya. Tetapi
jika hanya dirasakan pada saat-saat tertentu sahaja,maka situasi tersebut termasuk dalam
pengertian al-hal pada diri seorang yang yang salik. Khauf dan raja’ mestilah seimbang dalam
penghayatan seorang yang salik. Dengan keseimbangan tersebut akan memudahkan perjalanan
seorang yang salik dan akhirnya berjaya berjaya mencapai matlamat yang dicita-citakan(Othman
Napiah 2001:103-109).
5.6 Maqam Redha dan Tawakal
Redha menurut al-Jurjaniy ialah menerima dengan senang hati akan kepahitan qada’.Maqam
redha adalah lebih tinggi daripada maqam sabar. Maqam sabar masih mengandungi pengakuan
tentang adanya sesuatu yang menimbulkan penderitaan. Sedang maqam redha tidak membezakan
antara musibah dengan nikmat kerana dengan satu keyakinan bahawa semuanya adalah
perbuatan Tuhan(Othman Napiah 2001:111-116).
Tawakal pula menurut ’Abdul Qadir al-Jailani ialah menyerahkan segala perkara kepada
Allah s.w.t dan menjauhkan diri dari kegelapan ikhtiar dan tadbir, di samping mempertingkatkan
jiwa ke arah syuhud hukum dan takdir Allah s.w.t.
Tingkatan Tawakal
1) Tawakal : Iaitu orang yang tenang hati dan perasaannya ketika berhadapan dengan janji-
janji Allah s.w.t.
2) Taslim: Iaitu mereka yang memadai dengan ilmu mereka terhadap Allah s.w.t.
12
3) Tafwid: iaitu mereka redha terhadap hukum dan ketetapan Allah s.w.t atas
dirinya(Othman Napiah 2001:117-118).
5.7 Maqam Mahabbah
Menurut al-ghazali, maqam mahabbah adalah maqam yang terakhir dalam maqamat al-inzal dan
darjat yang paling tinggi bagi seseorang yang salik. Segala maqam yang selepasnya adalah buah
atau hasil daripadanya, manakala maqam yang sebelumnya pula dalah pendahuluan bagi
mencapainya(Othman Napiah 2001:123-126).
5.7.1 Syarat Mahabbah
Sebagai syarat dan bukti kecintaan seorang yang salik kepada tuhannya adalah dengan menurut
perintah RasulNya. Mengikut segala jejak langkahnya dalam urusan kehidupan, kerana Rasul
s.a.w dipilih dan diutuskan adalah untuk dicontohi dan menjadi ikutan kepada umatnya. Allah
menjelaskan dalam surah al-Ahzab:
2
Maksudnya :
Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu
bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat, serta
dia pula menyebut dan mengingati Allah s.w.t banyak-banyak dalam masa susah dan senang.
5.7.2 Tanda Mahabbah
2 Al-Quran, Al-Ahzab 33:21.
13
Antara tanda benarnya cinta seorang yang salik kepada Allah adalah dengan mendahulukan
Allah dalam segala urusan atas kehendak serta kemahuan diri dan nafsu. Oleh yang demikian,
kita disarankan oleh-Nya agar menyerahkan segala-galanya kepada Allah seperti dalam
firmanNya:
3
Maksudnya:
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah s.w.t tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
6.0 Latihan –latihan ahli sufi
Adalah menjadi kebiasaan bagi ahli-ahli kerohanian membahagikan kehidupan mereka kepada
dua bahagian iaitu yang pertama dalam bentuk mujahadah (latihan jasmani) dan yang kedua
kehidupan dalam bentuk penyaksian. Seorang ahli sufi yang hidup dalam latihan beberapa ketika
tidaklah semestinya dapat mencapai matlamat yang diharap-harapkan. Di dalam hal ini ahli-ahli
sufi telah memestikan ke atas mereka yang menjalani latihan itu (murid) supaya berdamping
dengan guru-guru yang dipanggil sheikh mereka yang bertugas menunjukkan jalan yang mesti di
lalui untuk mengatasi kesukaran-kesukaran yang ditemui dan untuk membolehkan mereka
meningkat dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.
Setiap tarikat mempunyai cara-cara yang khusus di sekitar hubungan antara murid dan gurunya
dan ia menentukan kewajipan setiap pihak. Namun kewajipan yang utama adalah murid mestilah
taat yang tidak berbelah bahagi terhadap gurunya.
Perdampingan ahli-ahli sufi dengan guru mereka bukan semata-mata berguru dan
mengikut arahan malah ia adalah sebagai satu pengakuan untuk tunduk di bawah kehendak dan
isyarat yang diberikan oleh guru itu dari masa- semasa. Guru itu juga bertugas untuk
membetulkan sikap dan pembawaan setiap muridnya. Di samping itu guru juga boleh mengambil
tindakan terhadap murid sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini oleh guru. Murid juga
wajib menjaga rahsia yang diberikan oleh guru dan rahsia kehidupannya hendaklah
3 Al-Quran, Al-An’am 6:162
14
dimaklumkan kepada gurunya tanpa menyembunyikan perkara itu walau sedikit pun (Yusof
Noor. 1978 : 71-75).
7.0 Kesimpulan
Ilmu tasawwuf telah menggariskan beberapa pendekatan bagi mencapai darjat ketinggian di sisi
Tuhan. Antaranya disiplin ilmu telah menerangkan tentang konsep al-hal dan al-maqam seperti
15
yang telah dibincangkan. Dengan penerangan tersebut akan memudahkan bagi kita mengenal
pasti di mana kekuatan dan kelemahan nafs. Seterusnya memulakan langkah untuk menuju
kepada Allah s.w.t dengan penuh keyakinan dan sedar kepada keilmuan yang mencukupi bagi
mencapai matlamat tersebut.
8.0 Cadangan
Secara keseluruhannya pendekatan-pendekatan ilmu yang di bawa oleh ulama sufi ini semuanya
adalah bermatlamatkan ke arah menghambakan diri kepada Allah di samping dapat merasakan
diri hampir dengan-Nya. Di sini penulis mencadangkan ilmu sebegini hendaklah didedahkan dan
diaplikasikan ke dalam kehidupan masyarakat masa kini memandangkan keadaan masyarakat
pada masa sekarang semakin jauh terpesong dengan berleluasanya gejala murtad.
Disiplin ilmu seperti al hal dan al-maqam dalam ilmu tasawuf mampu mendidik
masyarakat agar sentiasa ingat kepada tuhan dan menjauhkan diri mereka dari segala
kemungkaran. Mereka perlu mendapat pengetahuan mengenai ilmu tasawuf dan memahaminya.
Walaubagaimanapun untuk mempelajarinya secara mendalam, perlulah berpandukan kepada
guru yang lebih arif agar tidak terpesong. Pihak yang bertanggungjawab perlu memberi peranan
yang sewajarnya supaya dapat melahirkan masyarakat yang lebih berakhlak dan berpandukan
kepada syariat Allah. Sebagai contoh mewajibkan semua pelajar di peringakat sekolah
mempelajari ilmu tasawuf. Ilmu tasawuf ini penting kerana ianya salah satu wadah untuk
membersihkan hati dari segala sifat mazmumah.
Rujukan
Al-Quran
16
Mohd Sulaiman Hj Yasin.1992.Akhlak dan tasawuf.Selangor.Yayasan Salman Bangi.
Othman Napiah. 2001. Ahwal dan maqamat dalam ilmu tasawuf. Universiti Teknologi Malaysia
Cetak ratu Sdn Bhd.
Yusof Noor.1978.Ikhtisar ilmu tasawuf satu pandangan terhadap pemikiran dan cara hidup
sufi.Universiti Kebangsaan Malaysia.Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
17