adat mengayau iban

Upload: jackyable

Post on 10-Mar-2016

100 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Suku Dayak seperti yang diketahui merupakan kelompok asli terbesar dan tertua yang telah mendiami kepulauan Borneo. Pada masa dahulu kala, suku dayak adalah sangat digeruni dimana suku dayak dipercayai telah mempraktikan satu tradisi yang dikenali sebagai "Ngayau" atau memburu kepala. Khas nya bagi eknik suku Iban dan suku kenyah merupakan dua dari suku Dayak yang memiliki adat ngayau. Ngayau merupakan aktiviti ekspedisi serangan yang dilakukan dalan adat tradisi suku kaum dayak Iban pada suatu masa dahulu. Pada mulanya ngayau dilakukan atau dimulakan daripada asal usul kaum dayak Mengayau iaitu salah satu daripada kaum yang tinggal di kalimantan Barat Indonesia. Pada tradisi ngayau yang sesungguhnya adalah tidak lepas daripada aktiviti pemenggalan kepala manusia dari pihakn musuh.

Istilah bagi perkataan ngayau ialah bermaksud satu ekspedisi sekumpulan manusia yang pergi menyerang perkampungan atau rumah panjang orang lain yang mana dikenali sebagai "Kayau Serang". Erti kayau serang ialah sekumpulan besar manusia berhimpun dan berkumpul menjadikan satu kelompok yang besar setelah dipanggil oleh seorang ketua dan merancang untuk mengatur satu serangan terhadap pihak musuh yang mana mereka adalah datang beremai-ramai daripada rumah panjang yang berlainan untuk menyerang musuh mengikut kata-kata arahan daripada ketua mereka yang dikenali sebagai "Tuai Kayau" atau "Tuai Serang". - See more at: http://www.onesantanblogs.com/2013/03/suku-dayak-seperti-yang-diketahui.html#sthash.pnrZ0Agy.dpuf

Satu lagi jenis serangan yang dilakukan dengan sekelompok jumlah pengikut nya yang kecil dan ia dikenali sebagai "Kayau Anak". Kayau Anak adalah satu serangan yang sangat ditakuti pada zaman dahulu kala. Erti kayau anak ialah satu ekspedisi serangan terhadap musuh yang diatur oleh sekumpulan kecil penduduk yang terdiri dalam lingkungan dua puluh orang pahlawan perang yang cukup berani menentang pihak musuh atau lebih kecil daripada itu. Mereka pergi menyerang musuh ketika dalam perjalanan ke sawah bendang, dalam perjalanan mandi ke sungai atau sedang mencari paku pakis didalam hutan atau sedang berburu dan berikan di dalam hutan.

Di dalam penceritaan lisan nenek moyang masyarakat suku kaum iban, aktiviti ngayau aktiviti ngayau hanya dilakukan ketika melawan dan bertembung dengan pihak musuh. Ini kerana pada zaman dulu kala suku iban sentiasa hidup berpindah-randah dan tidak tetap di satu-satu tempat (nomad). Ketika perpindahan ini lah mengakibatkan mereka sering kali bertemu dengan pihak musuh di mana musuh sering kali melakukan serangan di tempat mereka untuk merebut tempat atau pun hasil sumber makanan. Disebabkan itu juga aktiviti ngayau sering diamalkan dahulu kala dengan sesama suku kaum iban. Istilah ngayau pada masa dahulu kala adalah menahan/menangkap dan membunuh musuh. Walaupun begitu para wanita dan kanak-kanak harus dibawa pulang untuk dijadikan hamba pada pihak ngayau yang telah menang.

Selepas kemenangan pihak yang telah kalah dalam aktiviti ngayau badi yang masih hidup mahupun mati diraikan dengan adat tradisi iban. Bagi yang masih hidup mereka ini tidak disiksa sebaliknya disambut dengan penuh hormat iaitu disambut dengan adat tradisi iban yang diberikan nama "Gawai Bertembung". Gawai Bertembung merupkan tradisi yang besar erti nya bagi suku iban, dimana pihak yang kalah diambil sebagai hamba. Walaupun begitu mereka tidak lah diperlakukan seperti hamba ada sesetengah nya diambil sebagai anak angkat dan juga isteri. Namun ada satu tradisi dimana hamba tidak harus digelar/diperlakukan sebagai hamba iaitu melalui tradisi "Adat Tubun Tunggu". - See more at: http://www.onesantanblogs.com/2013/03/suku-dayak-seperti-yang-diketahui.html#sthash.pnrZ0Agy.dpuf

Bagi pihak lelaki yang telah berjaya memenggal kepala musuh dalam aktiviti ngayau ini tadi mereka digelar sebagai "Bujang Berani" atau sama erti dengan pahlawan suku kaum yang lain. Disebabkan keberanian mereka telah dihormati dan disanjung kerana ketangkasan dan kegagahan mereka ketika menentang pihak musuh. Maka atas sebab keberanian, kekuatan, ketangkasan, pengorbanan jiwa mulailah suku iban pada zaman dahulu berasa bangga dan terus melakukan ekspedisi serang ngayau untuk membalas dendam keatas kematian ahli keluarga mereka yang terkorban di tangan pihak musuh tanpa sebarang sebab yang tidak diketahui.

Satu tradisi dimana pahlawan yang berjaya melakukan ekspedisi ngayau akan diberikan satu tanda keberanian di tubuh badan nya yang dikenali sebagai tatu atau cacah badan yang bercorak hitam. Tatu ini dikenali sebagai "Ukir" atau "Kelingai". Mereka juga mengenakan topi yang dipanggil "ketapu" atau "Selapok Bedunjang" yang mana topi tersebut dihiasi dengan bulu merak atau kenyalang. Mereka juga mengenakan baju yang diperbuat daripada kulit binatang iaitu harimau.

Menurut penceritaan lisan zaman dahulu kala ngayau dimulakan oleh seorang dewa suku iban yang bernama "keling" atas keberanian beliau telah diberikan nama jolokan "Keling Gerasi Nanding, Bujang Berani Kempang Maioh Rambang". Manakala versi yang lain pula pemenggalan kepala musuh itu dilakukan oleh seorang lagi dewa yang bernama "Lang Sengalang Burong" ketika bberperang menentang inggeris di lautan belantara. Maka kerana terlalu marah ketika menyertai ekspedisi ngayau tiba-tiba lang sengalang burong terus memenggal kesemua mayat musuh yang telah berjaya dibunuh dan seterusnya bahagian kepala di bawa balik kerumah panjang sebagai bukti bahawa dia adalah "Bujang Berani" atau seorang pahlawan yang sebenar.

Cerita aktiviti ngayau ini pernah ditulis dalam buku karya Bock dalam tahun 1881 yang berjudul THE HEAD HUNTERS OF BORNEO yang menceritakan suku kaum iban merupakan suku kaum yang tinggal di kepulauan Borneo yang dikenali ramai kerana keberanian berkorban nyawa hingga ke titisan darah yang terakhir. Dalam buku yang ditulis seorang pengarang novel yang bernama MILLER pada tahun 1946 yang berjudul BLACK BORNEO. Dia menyatakan bahawa semua pahlwanan perang suku iban yang pergi ngayau - See more at: http://www.onesantanblogs.com/2013/03/suku-dayak-seperti-yang-diketahui.html#sthash.pnrZ0Agy.dpufmempunyai kekuatan, ketangkasan dan keberanian yang luar biasa daripada manusia biasa yang lain. Dan apa yang berlaku ke atas pahlwan tersebut yang mempunyai kuasa yang luar biasa tidak diketahui dari mana puncanya ketika berlawan dengan pihak musuh lebih-lebih lagi apabila mereka telah berjaya memenggal kepala musuh mereka.

Manakala dalam buku yang ditulis oleh MC KINLEY dalam tahun 1976, dia bertanya kenapa suku iban apabila mereka selamat dari aktiviti ngayau zaman dahulu mesti membawa balik kepala manusia yang telah dipanggal dan tidak membawa bahagian yang badan yang lain. Ianya sebagai tanda keberanian mereka selaku seorang pahlawan dan dalam pendapat beliau bahawa suku iban merasa bangga apabila balik daripada ekspedisi ngayau dan membawa bersama kepala musuh yang telah berjaya dibunuh sebagai tanda kemenangan kerana suku iban percaya bahawa kepala musuh adalah sama seperti tubuh badan manusia berkenaan kerana daripada gaya rupa atau wajah tersebut dengan mudah mengenali siapakah orang itu dan juga membolehkan mereka mengetahui siapakah suku sakat mangsa pembunuhan semasa serangan ngayau.

Walau bagaimanapun bagi suku kaum iban yang dikenali dan terbilang di dalam perkara tradisi ngayau, suku kaum iban tidak pernah mungkar (memulakan) pergaduhan jika tiada sesiapa pun yang memulakan pergaduhan. Suku kaum iban dikenali pada masyarakat tempatan mempunyai sifat penyabar, ramah dan tidak suka menbuat kekacauan. Dalam kehidupan bermasyarakat suku iban tetap menerima para tetamu dengan layanan yang baik dan sentiasa menjaga warisan nenek moyang baik dari segi agama mahupun ritual. - See more at: http://www.onesantanblogs.com/2013/03/suku-dayak-seperti-yang-diketahui.html#sthash.pnrZ0Agy.dpuf

Iban SarawakOrang Iban merupakan kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sarawak. Menurut perangkaan pada pertengahan tahun 2002, dianggarkan kira-kira 29.14 peratus atau 603,735 orang daripada 2, 071, 506 penduduk Sarawak adalah orang Iban. Kebanyakan Orang Iban yang juga dikenali sebagai Dayak Laut mendiami Bahagian Miri, Sibu, Bintulu, Kapit, Sarikei, Sri Aman, Kuching, Mukah dan Betong. Sebenarnya nama Dayak Laut yang diberikan kepada orang Iban sebenarya mengelirukan dan tidak sesuai kerana kebanyakan orang Iban tinggal di kawasan tanah tinggi yang jauh di pedalaman dan ekonomi mereka bergantung sepenuhnya pada pertanian.Buat beberapa lama istilah Dayak Laut telah diterima dan dianggap oleh masyarakat Barat sebagai istilah yang paling sesuai untuk orang Iban. Hal ini semikian kerana kebetulan pada awal kedatangan James Brooke Orang Iban telah mula melakukan ekspedisi melalui laut setelah mengadaptasi kemahiran orang Illanun dan Bajau. Sebenarnya bagi orang Iban pada peringkat awal istilah Iban itu bukan digunakan untuk merujuk kepada bangsa mereka sendiri tetapi bermaksud orang atau manusia. Kini Iban, secara rasminya digunakan untuk merujuk kepada satu suku, iaitu kaum Iban sahaja.Orang Iban tergolong dalam kelompok Proto-Malay (Melayu-Proto) dan menurut sejarah mereka berasal dari Lembah Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Mereka berhijrah ke Sarawak kira-kira lima belas generasi yang lalu, iaitu bermula pada pertengahan kurun ke- 16 (1630-an). Mereka masuk ke Sarawak melalui Lembah Kumpang, lalu mendiami Batang Ai dan kemudian berpecah ke beberapa tempat di negeri Sarawak (Stephanie Morgan, 1968: 61).Apabila James Brooke mula datang ke Sarawak dalam tahun 1 839, orang Iban kebanyakannya tinggal di Bahagian Kedua. Namun demikian pada penghujung abad ke-19 mereka terdapat di seluruh negeri Sarawak. Salah satu aspek penting tentang orang Iban ialah kehidupan di dunia rumah panjang mereka yang unik dan sehingga kini kekal sebagai satu identiti dan lambang perpaduan mereka, walaupun di sesetengah negeri ramai orang Iban yang tidak lagi berumah panjang.Orang Iban merupakan kumpulan etnik pribumi yang paling homogen (sejenis sahaja) iaitu tidak ada suku-suku tertentu, menggunakan bahasa yang sama dan mewarisi nilai, tradisi, kepercayaan, adat resam serta kebudayaan yang sama (C.A. Bamfylde: 1 898: 7-8). Oleh itu, Menurut Erik Jensen (1962: 5-6) dalam satu perjumpaan di antara tuai-tuai rumah, lemambang, tuai burong dan penghulu Iban dari kawasan Batang Lupar, Batang Ai, Saribas dan Batang Krian yang diadakan di Simanggang (Sri Aman) dalam tahun 1961 untuk membincangkan adat-istiadat, kebudayaan dan ritual Iban, didapati bahawa mereka sependapat tentang banyak perkara berkenaan dengan adat-istiadat, cerita dan sastera lisan walaupun selama ini mereka mereka dipisahkan oleh jarak dan masa yang luas dan tidak pernah bertemu sereta berbincang tentang perkara- perkara berkenaan. Suku dayak yang paling hampir menyamai Iban daripada segi bahasa, kepercayaan, kebudayaan dan adat resam ialah bangsa Dayak Muallang dan Dayak Desa di Kalimantan, Indonesia.Bagi orang Iban yang pagan pada zaman dahulu ketika mereka masih lagi mengamalkan kepercayaan animisme hampir semua aktiviti kehidupan, termasuk adat resam dan kepercayaan mereka dikaitkan dengan upacara-upacara tertentu. Oleh itu, selain daripada mempunyai tuai rumah setiap rumah panjang juga biasanya ada tuai burong, lemambang dan manang. Tuai burung ialah orang yang yang bertanggungjawab menilik dan meramal mimpi, mentafsir bunyi burung atau binatang dan petanda-petanda alam yang lain yang berkaitan dengan aktiviti harian. Namun demikian, generasi Iban kini mungkin sekadar mengetahui sedikit sahaja tentang kepercayaan itu dan tidak mengamalkannya lagi atau mungkin sekali-sekala pada hari gawai sahaja.Pada zaman dahulu Lemambang pula adalah individu yang penting kerana bertanggungjawab menjampi dan membaca mentera ketika upacara tertentu seperti gawai umai, gawai batu dan gawai sakit. Manakala manang pula adalah dukun atau bomoh yang bertanggungjawab mengubati orang sakit. Dari segi ekonomi, pada masa dahulu orang Iban bergantung sepenuhnya kepada ekonomi sara diri dengan menanam padi bukit besar-besaran secara pertanian pindah. Seperti masyarakat Iain di Malaysia, kini orang Iban juga telah mengalami banyak perubahan dan pembangunan daripada segi sosial, ekonomi dan politik sejajar dengan pembangunan negara. Pertanian pindah tidak lagi sepenting dulu buat mereka. Nilai-nilai, norma-norma dan kebudayaan serta adat Iban yang tidak sesuai, kini sudah tidak diamalkan lagi.Orang Iban rnempunyai berbagai-bagai jenis tradisi lisan yang telah diwarisi oleh mereka sejak turun-temurun. Seperti masyarakat Malaysia yang lain, tradisi lisan masyarakat Iban juga mempunyai sastera rakyat yang berbentuk prosa dan puisi. Sastera lisan yang berbentuk puisi kebanyakannya adalah berkaitan dengan adat resam dan kepercayaan mereka. Manakala sastera lisan yang berbentuk prosa pula adalah merupakan kumpulan cerita- cerita lisan yang mengandungi mitos dan legenda orang Iban.Tusut atau Salasilah Raja BeraniSalasilah Rentap apai Tambong yang diketahui tidaklah begitu mendalam, tidak seperti salasilah tuai serang (war leader) dari Saribas, seperti Linggir Mali Lebu atau pun Aji apai Limpa, nenek moyang mereka dapat diketahui sehingga lebih daripada 25 peturun (generasi) daripada asalnya sehingga kepada generasi yang ada kini.Daripada buku Legends and History of Sarawak, Salasilah Rentap adalah begini, Ningkan beristerikan Imbong beranakkan Rentap, Jarop, Ringgit, Lepo dan Serini. Rentap, Jarop dan Ringgit diam di Skrang, Lepo pindah ke Sungai Ngemah, cawangan Batang Rajang, manakala adik perempuan mereka Serini berpindah ke Muput, Anab, Balingian. Namun ada juga (dalam sebuah laman weblog) yang mengatakan ibu Rentap bernama Beremas (kalau saya salah, betulkanlah).Rentap beristerikan Sawai, dan beranakkan Tambong dan mengambil anak saudaranya Ensimai sebagai anak angkat. Ensimai adalah anak Ringgit. Ringgit merupakan adik Rentap dan juga orang yang paling dipercayai oleh Rentap. Semasa hayatnya Ringgit dikatakan telah memenggal banyak kepala. Tambong bersuamikan Layang, mereka tidak mempunyai anak. Oleh itu, mereka mengambil Subang sebagai anak angkat. Subang kemudiannya berkahwin dengan Penghulu Dalam Munan anak Penghulu Minggat apai Runai dari Awik, di Krian.Menantu Rentap, iaitu Layang suami kepada Tambong juga pahlawan gagah berani, dialah yang membunuh Tuan Allan Lee di Lintang Batang dekat Nanga Skrang. Penghulu Dalam Munan yang beristerikan Subang, cucu Rentap, juga pahlawan yang terkenal dan berani. Munan merupakan orang kepercayaan Raja Charles Brooke menentang Kayan-Kenyah di Ulu Belaga dan juga Ngumbang dan Bantin pemimpin Iban Ulu Batang Ai yang bangkit menentang kerajaan Brooke.Ayah Munan, Penghulu Minggat apai Runai merupakan raja berani Iban paling berpengaruh selepas Linggir Mali Lebu dari Paku. Minggat bersama-sama dengan Chulo Tarang bertanggungjawab membantu Brooke menghapuskan pemberontak Kayan-Kenyah dan Kejaman di Ulu Belaga, pemberontakan Ngumbang di Ulu Ai, Mujah Buah Raya di Ulu Julau dan Balang dan adiknya Enjop Ulu Katibas.Kemunculan Rentap adalah suatu yang membingungkan dan telah diberi pelbagai intrepretasi oleh orang Iban. Hal ini demikian adalah kerana datuk dan nenek moyang Rentap tidak dapat dikesan melalui tusut iaitu ilmu salasilah Iban yang dapat merujuk sehingga 25 keturunan generasi lampau. Oleh sebab salasilah Rentap tidak dapat diingati, maka kebanyakan pengkaji mengandaikan keluarga Rentap kononnya berasal dari Ulu Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia yang pada ketika itu di bawah kuasa pemerintahan Belanda. Sebaik sahaja Rentap lahir lebih kurang dalam tahun 1800 mereka sekeluarga bersama beberapa keluarga Iban yang lain berpindah dari Ulu Kapuas dan diam di Ulu Skrang. Namun demikian, ada juga cerita yang mengatakan Rentap lahir dan membesar di Skrang.Nama Rentap yang sebenarnya ialah Libau, setelah membunuh musuh semasa mengayau di bawah pimpinan Orang Kaya Rabong dan juga Orang Kaya Pemancha Dana Bayang nama Libau diberikan ensumbar atau pun julok ; Libau Panggau Dara, Rentap Tanah Kudi Menoa. Selepas itu nama Libau lebih dikenali sebagai Rentap. Rentap juga tau serang, tau kayau, tau mulau (berkebolehan memimpin perang) seperti raja berani Saribas dan Skrang yang lain.Pada suatu ketika Rentap telah mengetuai Iban Skrang mengikuti O. K. P. Dana Bayang meyerang pekampungan Melayu dan orang Cina di pekan Pontianak. Rentap yang merupakan tuai serang (leading warrior) Dana Bayang dengan beraninya melompat ke dalam perahu orang Melayu Pontianak yang sedang mengejarnya ke tengah laut lalu menetak kesemua musuh yang berada di dalam perahu berkenaan. Pada ketika inilah Rentap telah memperolehi sebilah keris yang berhulukan emas.Setelah beberapa kali mengikuti O.K.O. Dana Bayang akhimya Rentap pula bertindak sebagai ketua perang (war leader) dan pernah suatu ketika dia membawa para pengikutnya dari Saribas dan Skrang menyerang kapal Sultan Pontianak dan kapal perang Belanda. Mereka merampas dua pucuk meriam tembaga dan beberapa barangan yang lain sebagai perpasan (tanda kejayaan). Setelah membunuh kesemua anak kapal, Rentap dan orang-orangnya kembali ke Skrang tanpa seorang pun pahlawannya terbunuh atau tercedera.Pertemuan Pertama dengan Raja Ribai (Orang Putih).Setelah digelar menjadi Raja Sarawak, James Brooke pun pergi menyerang Iban Saribas. Dalam masa beberapa hari sahaja Iban Saribas pun berjaya dikalahkan. Orang Kaya Pemancha Dana Bayang bersama anak-anaknya kalah di Padeh, Linggir Mali Lebu dan Iban Paku kalah di Kerangan Pinggai dan anak-anak mendiang O.K. Antau Linggang Nengeri dan O.K. Gun Mangku Bumi telah kalah di Nanga Tawai di tebing sungai Rimbas.Setelah semua kubu Iban di Saribas kalah, maka datanglah James Brooke membawa angkatannya menyerang Iban Skrang yang diketuai oleh Libau Rentap. Apabila mendengar khabar Raja Putih hendak datang menyerang Rentap pun mempersiapkan angkatannya untuk menunggu orang putih. Kita akan tunggu mereka di Kerangan Peris kata Rentap kepada orang-orangnya. Kerangan Peris adalah satu tempat yang tidak berapa jauh dari Nanga Skrang tuai serang (war leader) Iban Skrang yang turut bertahan di situ ialah O.K. Gasing, Sabok Gila Berani (madly brave), Sandom, Linggi apai Belabut, Bulan Genaya dan beberapa lagi yang lain.Rentap yang merupakan perancang utama serangan itu telah mengarahkan para pengikutnya bersembunyi di sekitar tebing sungai dan bersedia untuk menyerang hendap pasukan orang putih dengan ketulan-ketulan batu yang sederhana besar, buluh-buluh runcing dan untuk menaikkan semangat anak-anah buahnya. Bunuh, bunuh, serang, serang, bunuh bansa ribai ! kata Rentap.Pasukan James Brooke tersepit dan dikepung oleh pasukan Rentap dari kedua-dua tebing sungai sebelah-menyebelah. Dalam pertempuran itu pasukan pihak Rentap telah menang, Rentap sendiri dengan beraninya mengasak musuh yang sedang kelam-kabut di kerangan (kawasan berbatu di tebing sungai atau gravel bed) lalu memenggal kepada seorang bansa ribai yang bernama Tuan Steward.Kepala Steward sempat dibawa oleh Rentap. Ketua Melayu Sarawak, Dato Patinggi Ali bersama dengan para pengikutnya yang seramai 26 orang juga menemui ajal dalam pertempuran itu. Selepas kemenangannya itu Rentap pun membawa orang-orangnya kembali ke Ulu Skrang bersama-sama kepala Tuan Steward, ribai yang malang itu.Itulah pertempuran pertama Rentap dengan orang putih. Pertempuran itu jugalah yang menyebabkan Rentap mendendami dan membenci orang putih sepanjang hayatnya. Selepas serangan di Kerangan Peris itu ketua Iban di Skrang hilir O.K. Gasing, Renggie, Sandom dan Linggi menyerah diri kepada James Brook dan selepas mereka mengkhianati Rentap lalu menyokong James Brooke sehingga Rentap meninggalkan Bukit Sadok 1861. Selain itu, Menurut DS Edmund Langgu bagi Iban Saribas, Krian, Julau, Kanowit, Batang Ai dan Batang Rajang trio O.K. Gasing, Renggie, Sandom dianggap sebagai pembelot besar bangsa Iban.Setelah kebanyakan pemimpin Iban hilir Skrang belot, tinggallah Rentap dan Bulan Genaya yang disokong oleh orang-orang Iban Ulu Skrang masih lagi bertekad untuk menentang Raja James Brooke. Namun setelah Rentap kalah di Sungai Lang, Bulan Genaya dan ramai pengikutnya juga turut meninggalkan Rentap dan berpaling tadah menyokong James Brooke.